Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tapestry

Dato’ Ja’afar Mohamed

1. Dato’ Ja’afar dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1833. Bapa
beliau melakukan kerja-kerja kampung, seorang penenun, menjual kuih dan keluar ke
laut untuk menyara kehidupan keluarga dan mengharapkan bantuan anak lelakinya.
Dato’ Ja’afar sering memberitahu akan kehidupan beliau yang susah semasa kecil dan
mengingatkan anak-anak beliau bahawa beliau bukan golongan bangsawan dan
menasihatkan agar mereka tidak merasa sombong dan bangga dan sentiasa
berkhidmat kepada negeri dan rakyat.

2. Keturunan Dato’ Ja’afar berkhidmat dengan pemerintah-pemerintah kerajaan


Melaka dan Johor selama 300 tahun. Keturunan beliau dapat diselusuri sehingga
kepada Bendahara Tepok Tun Hamzah, bendahara terakhir kerajaan Melayu Melaka
(ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511). Berketurunan langsung
daripada Tok Abdul Jabar yang merupakan cicit kepada Tun Biazid, Bendahara Paduka
Raja Johor (anak lelaki Bendahara Tepok).

3. Dato’ Ja’afar berumur 25 tahun ketika dilantik menjadi Dato’ Bentara dan dilantik
menjadi Menteri Besar Johor yang pertama pada 1886 ketika berusia 48 tahun. Sultan
Abu Bakar sangat mempercayai Dato’ Ja’afar. Setelah kematian Ungku Abdul Majid
(adik kepada Sultan Abu Bakar) pada tahun 1889, Dato’ Ja’afar sering dilantik sebagai
Pemangku Raja apabila sultan berangkat ke luar negara.

4. Pihak British sangat menghormati Dato’ Ja’afar sebagai seorang yang suka
berterus-terang, manakala kebijaksanaan dan keadilan beliau memenangi hati orang
Melayu dan Cina di negeri Johor. Beliau amat tegas dalam melakukan tugasan Menteri
Besar dan sering mengeluarkan surat peringatan bernada keras yang memberi amaran
kepada pegawai-pegawai British yang dikontrakan untuk berkhidmat dan melatih
kakitangan kerajaan berbangsa Melayu supaya tidak melanggar batasan pekerjaan
mereka.
Keluarga

1. Dato’ Ja’afar berkahwin sebanyak 5 kali. Kesemua isteri-isteri dan anak-anak


(13 anak kandung & 3 anak tiri) beliau bernaung di bawah satu bumbung. Beliau juga
mempunyai ramai anak angkat perempuan berketurunan cina. Anak-anak beliau juga
dipastikan berbudaya dan berpendidikan.

2. Anak-anak beliau dimestikan bertutur Bahasa Melayu dan Inggeris dengan


sempurna. Mereka juga diwajibkan membaca Quran dan memahami agama, membaca
hikayat dan syair Melayu serta puisi dan sastera Inggeris. Mereka dipastikan bermain
alatan muzik dan menikmati muzik serta mempunyai citarasa terhadap makanan dan
pakaian.

3. Sementara anak-anak lelaki beliau dihantar ke sekolah, anak-anak perempuan


pula di ajar membaca dan menulis serta diperkenalkan kepada puisi dan sastera
Inggeris oleh seorang wanita Inggeris dari Singapura bergelar Nanny.

4. Generasi Sultan Abu Bakar dan Dato’ Ja’afar Mohamed bukanlah semata-mata
golongan pemerintah-pemerintah, ahli-ahli politik dan pentadbir-pentadbir kerajaan.
Mereka merupakan generasi berbudaya dan bercitarasa. Mereka memperuntukkan
masa dan tumpuan dalam budaya dan tradisi, mereka mengetahui muzik dan sastera
Timur dan Barat, mereka sangat peduli terhadap makanan dan pakaian terbaik serta
persekitaran yang indah. Mereka sangat mempercayai kehidupan yang sempurna
memerlukan aktiviti dan pencapaian yang pelbagai untuk meningkatkan kualiti dan
makna apa sahaja yang mereka lakukan.

Rumah Agam Bukit Senyum

1. “Bukit Senyum”, rumah agam yang dibina oleh Dato’ Ja’afar untuk keluarga
besar beliau, terletak di atas bukit yang berlatarbelakangkan pusat bandar Johor Bahru
dan Selat Johor (Selat Tebrau). Mengikut lagenda, Dato’ Ja’afar jatuh cinta terhadap
kawasan bukit tersebut dan pemandangan hebatnya, maka beliau membawa Sultan
Abu Bakar ke lokasi bukit itu dan memohon izin untuk membina rumah agam untuk
keluarga yang semakin membesar dan mereka yang bergantung kepada beliau.
Dikatakan Sultan Abu Bakar hanya tersenyum tanda perkenan, makan lahirlah nama
Bukit Senyum.

2. Rumah agam ini dibina di atas tanah seluas 100 ekar mengikut reka bentuk
Hardwick Hall, Derbyshire. Seni bina rumah ini dikenali sebagai Elizabethan. Rumah ini
mempunyai fasad yang simetri dengan empat buah menara di setiap sudut. Ia
merupakan kediaman peribadi yang paling hebat di Johor Bahru ketika pergantian
abad. Rumah ini dipenuhi dengan perabot-perabot mewah dari Eropah dan hiasan-
hiasan dari serata dunia.

3. Kos membina rumah ini adalah sebanyak $60,000.00. Dato’ Ja’afar meminjam
wang daripada Wong Ah Fook untuk membina rumah ini. Beliau membayar ansuran
$1,000.00 dengan kaedah pemotongan gaji setiap bulan. Rumah ini di bina pada tahun
1893. Dato’ Ja’afar mula berpindah masuk ke dalam rumah ini bersama-sama keluarga
besarnya serta pengikut-pengikutnya pada tahun 1896.

4. Terdapat dua kolam mandi terbuka dan salah satunya khas untuk anak-anak
Dato’ Ja’afar. Terdapat juga dusun buah-buahan di mana ketika musim durian anak-
anak beliau akan membina pondok kecil untuk menunggu gugurnya buah-buah durian
tersebut. Juga terdapat sebuah taman bunga Jepun dengan sebuah jambatan
menyeberangi kolam yang dipenuhi ikan yang direka khas oleh seorang berbangsa
Jepun. Sayur-sayuran ditanam oleh petani cina di belakang rumah. Lembu dan
kambing juga diternak di Bukit Senyum oleh orang India. Terdapat juga kandang yang
menempatkan kuda-kuda dan pedati-pedati beliau.

Kehidupan di Bukit Senyum

1. Pada satu-satu masa hampir 70 orang mendiami rumah ini. Satu guni beras
dimasak setiap hari untuk menjamu isi rumah. Satu tin besar minyak tanah digunakan
untuk menyalakan lampu-lampu di dalam rumah serta kawasan sekitar bangunan.

2. Dato’ Ja’afar merupakan tuan rumah yang pemurah ketika majlis-majlis


keramaian diadakan di Bukit Senyum. Jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai
British dan pedagang-pedagang dari Singapura dan Johor, ahli-ahli perniagaan Cina
dan pegawai-pegawai kanan kerajaan berbangsa Melayu. Ukiran ais menghiasi setiap
majlis yang juga bertindak sebagai pendingin untuk keselesaan tetamu.

3. “Bukit Senyum” terkenal dengan masakan eksotik dan tempat mempromosi dan
menyempurnakan makanan baru dan pelbagai kepada rakyat Johor. 2 orang chef,
masing-masing dari Turki dan India bertanggungjawab menyediakan makanan di dalam
dapur besar Bukit Senyum. Chef dari India memperkenalkan biriyani kepada orang
Johor manakala chef dari Turki pula memperkenalkan hidangan Timur Tengah.

4. Semasa bulan terang, anak-anak Dato’ Ja’afar akan bermain ghazal di beranda
rumah yang betentangan dengan Selat Johor bersama kumpulan-kumpulan ghazal
sekitar Johor Bahru. Anak-anak beliau diajar bermain alatan muzik oleh seorang guru
muzik dan juga pemain-pemain ghazal.

You might also like