Laporan Kemerdekaan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN , BANDAR, .

Sekolah Kebangsaan seksyen , Bandar telah mengadakan Sambutan Hari


Kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-61. Sambutan yang bertujuan
memupuk semangat cintakan negara kepada warga sekolah ini Berjaya diadakan
dengan cemerlang. Sambutan telah diadakan pada pagi _____________

Segala perancangan dan persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu


sebelum sambutan iaitu aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Tepat pada jam 8.10
pagi para guru mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan
doa oleh wakil murid. Diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas sekolah.
Ucapan dimulakan oleh Puan Norhayati bt Hassan selaku setiausaha Program
Kemerdekaan .Seterunya diikuti oleh ucapan guru besar turut merasmikan pelancaran
bulan kemerdekaan. Acara teruskan dengan istiadat perbarisan murid-murid sekolah
yang membawa jalur gemilang, diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh
bersemangat oleh para pelajar.

Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan bertajuk ‘Tanggal 31. Sesi
pertama sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar tahun 6. Seterusnya murid-
murid tahun 5 menyampaikan sebuah pantun direka sendiri. Sambutan diteruskan
dengan persembahan murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 dengan pakaian tradisional.
Suasana ketika itu, amat meriah. Pelajar seronok menyaksikan persembahan oleh
rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Majlis berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah. Majlis diakhiri dengan peyampaian hadiah untuk pemenang yang
menyertai pertandingan sempena aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Seterusnya
nyanyian lagu ‘Malaysiaku Gemilang’ dan ‘ Tanggal 31’ yang diketuai oleh Guru-guru.

Pelajar direhatkan sebelum bermulanya sesi kedua sambutan hari kemerdekaan


selama setengah jam. Sesi kedua pula diteruskan dengan pertandingan kuiz spontan
kemerdekaan untuk pelajar. Kuiz ini disertai oleh semua murid dengan menjawab
soalan mengikut tahap mereka. Kemudian acara diteruskan dengan pertandingan
mewarna logo kemerdekaan untuk semua murid. Seterusnya murid melekatkan logo
yang telah warna di kain rentang. Sebelum sesi kedua tamat, nyayian lagu Jalur
Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil mengibarkan jalur gemilang
bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap warga.

LAMPIRAN GAMBAR

You might also like