New Latar Belakang KG Sg. Tungku

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Latar Belakang Mukim Sungai Manik

Sungai Manik terletak di daerah Hilir Perak, Perak. Sungai Manik mendapat nama
daripada terjumpanya sejumlah manik-manik logam di tepi sungai yang dipercayai digunakan
orang dahulu kala. Dari segi ekonomi, Sungai Manik terkenal dengan sektor pertanian iaitu
sawah padi. Pada tahun 2005 Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM60 juta
bagi membaik pulih sistem pengairan dan saliran di kawasan penanaman padi di Sungai Manik
bagi meningkatkan daya pengeluaran tanaman padi oleh kira-kira 6,000 petani di sini. Daya
pengeluaran padi di kawasan itu dapat ditingkatkan daripada tiga tan metrik semusim kepada
enam tan metrik semusim. Kawasan penanaman padi Sungai Manik merupakan sebahagian
jelapang padi negara, akan terus diberi perhatian sewajarnya selaras dengan matlamat
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk meningkatkan penghasilan padi tempatan
yang kini 71 peratus.

1.1 Sejarah Awal Kampung Sungai Tungku

Kampung Sungai Tungku merupakan salah satu daripada 14 buah kampung yang
terletak di Mukim Sungai Manik. Kampung Sungai Tungku telah wujud sejak zaman
kedatangan British lagi sekitar abad ke-20. Menurut Hajah Samiah Binti Haji Mat Dah, 82
tahun, Kampung ini mula dibuka oleh seorang moyangnya yang berasal dari Kalimantan,
Indonesia yang merupakan seorang individu berbangsa banjar. Kampung ini dibuka selepas
mendapat perkenaan Sultan Perak yang memerintah pada ketika itu. Menurut Hajah Samiah,
Sultan Perak pada ketika itu memberikan 10 ekar tanah bagi setiap penduduk. Namun siapa
yang rajin di benarkan membuka kawasan tanah semampu yang boleh. 1

Menurut Mohd Faisal, 32 Tahun yang merupakan penduduk asal kawasan Kampung
Sungai Tungku ini mendapat nama daripada rupa bentuk sungai yang dahulu ketika dibuka,
bentuk sungai tungku ini kelihatan seperti tengkolok. Lantaran itu, penduduk awal kampung
ini bersetuju untuk menamakan kampong sebagai Kampung Sungai Tungku. 2 Majority
penduduk kampung pada asalnya merupakan orang Banjar dan menganuti agama islam pada
ketika itu.

1
Temubual Responden : Puan Hajah Samiah Binti Haji Mad Dah (82 Tahun), cucu kepada pembuka Kampung
Sungai Tungku. Pada 12 Oktober 2019
2
Temubual Responden : En Faisal Bin , (32 Tahun), Penduduk asal Kampung Sungai Tungku dan pekerja di
Pejabat Pertanian Negeri Perak.Pada 12 oktober 201
Gambar 1.1 : Hajah Samiah Binti Haji Mat Dah serta Cucu Pn.Azrin Azuria sedang
menceritakan sejarah asal Kampung Sg.Tungku

Gambar Peta 1.0 : Bulatan pada peta menunjukkan rupa sungai tungku yang kelihatan seperti
tengkolok.
Gambar 1.2 : Tanaman padi yang dijalankan di Kampung Sungai Tungku sejak dahulu kala

Selain itu, pada awal pembukaan Kampung Sungai Tungku ini, para penduduk kampong
hanya menjalankan pertanian seperti menorah getah dan penanaman padi bagi menyara hidup. Selain
itu, penduduk kampung juga menjalankan kerja-kerja membuat tikar, bakul, tikar mengkuang dan
mak andam secara persendirian sebagai sumber pendapatan.

Menurut Hajah Samiah, Kampung Sungai Tungku ini juga turut menjadi tempat sebuah
peristiwa perang berdarah ataupun dikenali sebagai perang Fisabillah berlaku. Perang yang mana
melibatkan kaum Melayu dengan Pasukan Komunis Bintang Tiga.

Gambar 1.3 : Dikatakan parang tersebut merupakan parang terbang yang digunakan dalam Perang
Fisabillah
Gambar 1.4 : Temubual bersama En. Mohd Faisal

1.2 Jawatan Kuasa Kampung Sungai Tungku

Ketua Kampung : En. Ayob Bin Zakari

Bendahari : En. Ali Nordin Bin Lili

Setiausaha : Puan Siti Normah Binti Jamil

Biro Keraian : Pn. Azrin Azuria Binti Mat Supri & Pn. Fuziah Binti Sabran

Biro Keselamatan : En. Jamaluddin Bin Lili & En. Abdul Majd Bin Abdullah

Biro Hal Ehwal Wanita : Pn. Asnah Binti Napiah & Pn. No hayati Binti Sulaiman

Biro Sukan : En. Mohd Fazli Bin Abdul Hamid

Biro Keagamaan : En. Ramli Bin Yusof

Biro Pendidikan : Pn. Junainah Binti Suri

Biro Kebajikan : En. Sharizan Bin Mazlan

Biro Insfrastruktur dan Kemudahan : En.Mohd Nazari Bin Sabran

Biro Pertahanan : En. Zainol Abidin Bin Suri


1.3 Info Penduduk

Bilangan Rumah: 146 Buah Lelaki- 129

Perempuan- 95

Bilangan Penduduk: 768 Orang Penduduk

13-19 tahun

Bilangan Keluarga: 141 Keluarga Lelaki- 55

Perempuan- 66

Lelaki- 310

Perempuan- 185 7-12 tahun

Lelaki- 39

Umur: Perempuan- 35

65 tahun ke atas

Lelaki- 41 5-6 tahun

Perempuan- 39 Lelaki- 17

Perempuan- 14

41-64 tahun

Lelaki- 84 0-4 tahun

Perempuan- 106 Lelaki- 13

Perempuan- 8

20-40 tahun

You might also like