Professional Documents
Culture Documents
Beli
Beli
Beli
0 Pengenalan
Perjanjian sewa beli merupakan satu perjanjian di mana pemilik bersetuju untuk menyewakan
barang miliknya kepada penyewa untuk satu tempoh yang tertentu dan penyewa diberi pilihan
untuk memiliki barang yang tersebut di akhir perjanjian (Alizah, 2018). Perjanjian untuk
membeli barang secara ansuran juga boleh dimaksudkan sebagai sewa beli. Tidak semua barang
boleh disewa mengikut perjanjian sewa beli. Mengikut Jadual Pertama Akta Sewa Beli 1967,
barang yang boleh disewa belikan ialah motosikal, kereta (termasuk teksi dan kereta sewa),
kenderaan ringan dibawah 2540 kilogram dan bas. Sewa beli adalah salah satu kaedah yang
paling kerap diamalkan oleh orang ramai untuk memiliki kereta. Sebelum memasuki sesuatu
perjanjian sewa beli bagi kereta persendirian, ada baiknya anda menatap halaman ini untuk lebih
mendalami hal-hal yang berkaitan dengannya. Memahami langkah-langkah yang terlibat di
dalam pembiayaan sewa beli boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelakkan
keraguan dan keresahan. Undang-undang yang berhubung dengan sewabeli dalam negara ini
dikuasai oleh Akta Sewabeli 1967 dan Akta Sewabeli 1976 (pindaan). Sewabeli telah
didefinisikan dalam Seksyen 2(1) seperti berikut :
“Perjanjian sewabeli” termasuk penyewaan barang-barang dengan suatu opsyen untuk membeli
dan suatu perjanjian bagi pembelian barang-barang menerusi ansuran (samada perjanjian itu
menghuraikan ansurannya sebagai sewaan atau sewa atau sebaliknya).
Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal menjelaskan
bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir. Jika penyewa
telah meninggal dunia atau berlaku 4 kali engkar berterusan
Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan memberikan
kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh, masa serta alamat
tempat barang diambil
Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari Jadual
Kelima diberikan kepada penyewa
Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika penyewa
telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang terbayar melebihi
daripada harga tunai barang tersebut
Pemunya menyediakan insuran tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan bagi
barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman
Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:
- Melakukan pelupusan secara fraud
- Memindahkan barang ke alamat baru tanpa memaklumkan kepada pemunya
- Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.
Berhak mengutip deposit minimum:
- 10% secara tunai termasuk fi tempahan
- Dalam bentuk barang-barang ada nilai dagang
Peranan Penjamin
Hak Penjamin
Hak Penjual
Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada
tempahan.
Bibliografi
Alizah Ali
https://terengganu.uitm.edu.my/v3/images/download/eBuletin/InfoUsahawan/Info_Usahawan_ed
isi_11.pdf