Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MEI / TAHUN 2015

ABSB3103

FIQH IBADAH

NO. MATRIKULASI : 751014125697001


NO. KAD PENGENALAN : 751014125697
NO. TELEFON : 016 3747679
E-MEL : izz_ilham@yahoo.com
NAMA TUTOR :
PUSAT PEMBELAJARAN : LABUAN LEARNING CENTRE

1
ISI KANDUNGAN

No Tajuk Halaman

1.0 Pengenalan 3-4

2.0 Pengertian Zakat 5 – 11

3.0 Hikmah Pembayaran Zakat Fitrah Dan Kaitannya Dengan 12 - 13


Pembangunan Masyarakat Semasa

4.0 Bentuk-Bentuk Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut 14 – 15


Pandangan Mazhab Dan Fatwa Di Malaysia

5.0 Kaedah Kutipan Zakat Fitrah Di Negeri Pilihan Dan 16


Keberkesanannya

6.0 Kesimpulan 17

Rujukan

2
1.0 PENGENALAN

Syariat Islamiyah yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis adalah bersifat syumul
dan lengkap serta merangkumi segala aspek kehidupan sama ada berkaitan hubungan dengan
Allah SWT, hubungan sesama manusia dan makhluk lainnya serta aspek-aspek lain yang
berkaitan dengan kerohanian, bidang kemasyarakatan, ekonomi, politik dan sebagainya.

Zakat merupakan salah satu ibadah yang disyariatkan oleh Islam dan berperanan
penting dalam membangunkan umat Islam seperti yang dikehendaki dan diredhai Allah SWT
serta berupaya meningkatkan martabat ummah. Sejarah zakat telah bermula sejak
zaman permulaan Islam di Makkah lagi tetapi perintah diwajibkan zakat pada masa tersebut
adalah secara umum. Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan perintah wajib menunaikan
zakat juga tidak dinyatakan secara terperinci tentang jenis-jenis harta benda dan jumlah
yang diwajibkan zakat. Zakat pada ketika itu ditunaikan sekadar mengikut timbang rasa
orang-orang Islam dan kemurahan hati mereka.

Al-Quran juga telah menyatakan bahawa menunaikan zakat merupakan sebahagian


daripada ciri-ciri mereka yang beriman sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-
Taubah, ayat 71:

 
   
 
  
 
 
   
   
    

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,sebahagiannya


menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruhberbuat kebaikan, dan
melarang daripada berbuat kejahatan; dan merekamendirikan sembahyang dan memberi
zakat, serta taat kepada Allah danRasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
Sesungguhnya Allah MahaKuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah 9:71)

[ Shazana Binti Muhamed Sa'ad ]

3
Perintah wajib zakat turun di Madinah pada bulan Syawal pada tahun kedua hijrah
Nabi SAW. Kewajibannya terjadi setelah kewajiban puasa Ramadhan dan zakat fitrah. Zakat
mulai diwajibkan di Madinah karena masyarakat Islam sudah mulai terbentuk, dan kewajiban
ini dimaksudkan untuk membina masyarakat muslim.

Ketika zaman Rasulullah SAW, zakat mempunyai dua fungsi iaitu ibadah bagi
Muzakki dan sumber utama pendapatan negara. Oleh itu, dalam pengelolaan zakat, Nabi
Muhammad S A W sendiri yang memberikan contoh dan perlaksanaannya. Bagi daerah
diluar kota Madinah, Nabi mengutuskan petugas untuk mengumpulkan dan menyalurkan
zakat

Khalifah Abu bakar melanjutkan tugas Nabi, terutama tugas-tugas pemerintahan


khususnya dalam mengembangkan sejarah agama Islam termasuk menegakkan syariat zakat
yang telah ditetapkan sebagai sendi rukun Islam yang penting dan strategik. Khalifah
memandang masalah ini sangat serius, karena fungsi zakat sebagai pajak dan sumber utama
pendapatan Negara. Semasa awal pemerintahan Khalifah Abu Bakar wujud suatu gerakan
yang enggan membayar zakatnya kepada Khalifah. Maka khalifah mengambil suatu
kebijaksanaan bahwa golongan yang tidak mau lagi membayar zakat di hukum telah murtad,
maka mereka boleh di perangi.

Para ulamak sebenarnya bersepakat bahawa zakat yang diberikan kepada asnaf fakir
dan miskin sepatutnya dengan tanpa had amaunnya, asal saja mereka berpuashati. Sayyidina
Umar al-Khattab misalnya pernah mengarahkan petugas zakatnya dengan berkata:

“Apabila mengagihkan zakat kepada orang-orang miskin, berilah dengan berlebihan agar
mereka berpuashati; ulangi memberikannya kepada mereka walaupun mereka mendapat
seratus ekor unta” (Abu Ubaid, 1981:502).

Menurut Yusuf Qardawi (1996:798-802), Islam memerintahkan para penguasa


membahagikan zakat ke daerah mana zakat itu dipungut, khususnya bagi zakat ternakan,
tanam-tanaman dan buah-buahan. Menurut beliau lagi, para ulama juga bersepakat bahawa
zakat fitrah juga mesti dibahagikan di tempat orang yang wajib mengeluarkan zakat fitrah itu
berada. Ulama hanya berbeza pendapat tentang mata wang, sama ada zakat dibahagikan di
tempat harta itu atau di tempat beradanya pemilik.

4
Walaubagaimana pun, menurut Yusuf Qardawi (1996:799), pendapat paling masyhur
yang diikuti kebanyakan ulama ialah bahawa zakat itu mengikuti harta, bukan mengikuti
pemilik. Beliau menghuraikan dalilnya seperti berikut:

“Ketika Rasul s.a.w. menugaskan petugas dan pengurus zakat pergi ke negara-negara dan ke
daerah-daerah untuk mengumpulkan zakat, maka ia (Baginda) memerintahkan mereka untuk
mengambil zakat dari orang kaya suatu negara, untuk kemudian diberikan kepada mereka
yang fakir. Telah berlalu kepada kita hadis Mu`az yang telah disepakati kesahihannya,
bahawa Nabi s.a.w. telah mengutusnya ke Yaman dan memerintahkannya untuk mengambil
zakat dari orang kaya Yaman untuk diberikan kepada orang fakirnya. Demikian pula Mu`az
melaksanakan wasiat Nabi itu. Ia membagikan zakat penduduk Yaman pada mustahiknya
dari kalangan mereka, bahkan ia membagikan zakat tiap daerah pada orang daerah tersebut
yang memerlukannya saja. Ia menulis sebuah surat kepada mereka: “Barangsiapa yang
pindah dari daerah keluarganya, di mana terdapat tanah dan hartanya, maka sedekahnya
dan sepersepuluhnya itu adalah daerah keluarganya itu”.

[ Muhammad Syukri Salleh ]

Selain itu, Yusuf Qardawi (1996:799-801) menguatkan hujahnya dengan sebelas dalil
berikut:

1. “Dari Abu Juhaifah, ia berkata: “Telah datang kepada kami petugas zakat Rasulullah
s.a.w. kemudian ia mengambil sedekah dari orang kaya kami, dan diberikan pada
orang-orang fakir kami. Aku adalah seorang anak yatim, dan petugas itu memberi
zakat kepadaku seekor unta”

2. Dalam hadis sahih dikemukakan bahawa seorang dusun bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. berbagai macam pertanyaan, di antaranya: “Demi Allah, Zat yang telah
mengutus engkau. Apakah Allah memerintahmu untuk mengambil sedekah dari orang
kaya kami untuk kemudian dibagikan pada orang-orang fakir kami?” Rasul
menjawab: “Ya”.

3. Telah meriwayatkan Abu Ubaid dari Umar – semoga Allah meredhainya – bahawa ia
telah berkata dalam wasiatnya: “Khalifah sesudahku berwasiat dengan anu, dan aku
berwasiat dengan anu, dan berwasiat kepadanya untuk berlaku baik pada penduduk
dusun, kerana mereka adalah nenek moyang orang Arab dan asal Islam. Hendaklah ia

5
mengambil sekitar harta mereka, untuk kemudian dibagikan kepada orang-orang
fakirnya”.

4. Dari Said bin Musayyib: “Bahawa Umar telah mengutus Mu`az sebagai petugas zakat
pada Banu Kilab atau pada Banu Sa`ad bin Ribyan, ia membagikannya di kalangan
mereka, sehingga tidak tersisa sedikit pun juga, sampai ia datang kembali ke
tempatnya semula, di mana ia meninggalkan budaknya”.

5. Berkata Sa`ad, salah seorang sahabat Ya`la bin Umayyah, dan salah seorang petugas
zakat Umar: “Kami semua keluar untuk mengambil sedekah, dan kami tidak pulang
kecuali dengan kesederhanaan kami (sebagaimana semula, penterjemah)”.

6. Umar ditanya tentang sedekah yang diambil dari penduduk Arab: “Bagaimana kita
memperlakukannya?” Umar menjawab: “Demi Allah, aku akan kembalikan kepada
mereka, sehingga datang dari salah seorang di antara mereka, seratus ekor unta”.

7. Dari Imran bin Hushain, semoga Allah meredhainya, ia telah ditugaskan untuk
menjadi petugas sedekah dari Ziad bin Abihi atau sebagian penguasa pada masa Bani
Umayyah. Ketika ia pulang, ia ditanya: “Di mana harta itu”? Ia menjawab: “Harta
yang kau utus aku untuk mengambilnya. Aku mengambilnya sebagaimana Rasulullah
s.a.w. mengambilnya dan aku menempatkannya, di tempat aku mengambilnya”.

8. Muhammad Yusuf as-Saqafi telah menugaskan Thawus, ahli fikih Yaman sebagai
petugas sedekah pada suatu daerah, lalu ia mengambil sedekah dari orang-orang kaya
dan memberikannya pada orang-orang fakir. Ketika sudah selesai tugasnya,
Muhammad bin Yusuf berkata kepada Thawus: “Perlihatkan catatanmu”. Ia
menjawab: “Aku tidak mempunyai catatan, kerana aku mengambilnya dari orang
kaya, lalu ku berikan kepada orang miskin”. [ Muhammad Syukri Salleh ]

9. Dari Farqad as-Sabkhi, ia berkata: “Aku membawa zakat hartaku untuk ku bagikan di
Makkah, kemudian aku bertemu dengan Said bin Zubair, lalu ia berkata: Bawa
kembali hartamu itu, bagikanlah di negerimu”.

6
10. Dari Sufyan ats-Tsauri: “Bahawa zakat dibawa dari Ray ke Kufah, kemudian Umar
bin Abdul Aziz mengembalikannya ke Ray”.

11. Berkata Abu Ubaid: “Ulama-ulama masa sekarang telah sepakat terhadap semua atsar
ini, bahawa penduduk setiap negara dari negara-negara yang ada atau setiap mata air
dari air-air yang ada (dengan melihat lembah-lembah), lebih berhak terhadap
sedekahnya, selama ada orang yang memerlukannya, satu orang atau lebih, dari
kalangan mereka sendiri, walaupun dengan itu menghabiskan semua sedekah,
sehingga petugas kembali, tanpa membawa sesuatu apa pun juga”.

[ Muhammad Syukri Salleh ]

Justeru, tugasan yang diberikan ini akan membincangkan secara lebih lanjut mengenai
pengertian zakat, hikmah pembayaran zakat fitrah dan kaitannya dengan pembangunan
masyarakat semasa dan bentuk-bentuk pembayaran zakat fitrah mengikut pandangan mazhab
dan fatwa di Malaysia. Selain itu, juga akan dibincangkan dengan lebih lanjut tentang kaedah
kutipan zakat fitrah di negeri pilihan dan keberkesanannya.

2.0 PENGERTIAN ZAKAT

2.1 Dari Segi Bahasa

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua
hijrah. Secara harfiah zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah.

Zakat dari segi bahasa bererti “bersih”, “suci”, “subur”, “berkat” dan
“berkembang”. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan
harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti
yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Firman Allah S.W.T.:

    

7
Maksudnya,“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu (dengan iman dan
amal kebajikan).” (Surah Al-Syams: 9)

Al-Qurtubi berkata: “Dengan maksud sesungguhnya telah berjaya siapa yang Allah menyuci
kan jiwanyadengan ketaatan.”Menurut ayat tersebut, orang yang berjaya ialah orang yang
membersihkan dirinya daripada akhlak yang buruk.

2.2 Dari Segi Syarak

Manakala, zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu
diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh syarak.

Di dalam Al-Qamus Al-Fiqhi menyebut: Zakat pada syarak ialah pemilikan


sebahagian daripada harta yangditentukan oleh syarak kepada orang Muslim yang fakir yang
bukan di kalangan Bani Hasyim di mana sebahagian harta dari kalangan orang kaya yang
diberikan semata-mata kerana Allah S.W.T. Pengertian zakat mengikut susunan empat
mazhab adalah seperti berikut:

1. Mazhab Hanafi:

Memberikan milik sebahagian harta yang tertentu daripada harta yang khusus kepadaindividu
yang tertentu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

2. Mazhab Maliki:

Mengeluarkan sebahagian khusus daripada harta yang cukup nisab kepada orang yang
berhak menerimanya, sekiranya sempurna milik dan cukup haul iaitu bagi yang selain
daripada harta galian, tanaman dan rikaz.

3. Mazhab Al-Syafie:

Zakat adalah nama bagi sesuatu yang dikeluarkan daripada harta dan tubuh badan dengan
cara yang tertentu.

4. Mazhab Hanbali:

Ia adalah hak yang wajib pada harta yang tertentu diberikan kepada golongan tertentu pada
waktu tertentu. Daripada definisi yang dijelaskan di atas, jelaslah bahawa perkataan zakat itu
digunakan untuk menunjukkan kepada perbuatan mengeluarkan zakat itu sendiri iaitu

8
menunaikan hak yang wajib terhadap harta. Ia juga digunakan untuk menunjukkan kepada
sebahagian harta yang telah ditetapkan yang difardhukan oleh Allah S.W.T. sebagai satu hak
kepada orang-orang fakir. Zakat juga dinamakan sebagai sedekah kerana ia menunjukkan
kepada sifat benar seorang hamba dalam melakukan ubudiyyah dan mentaati Allah S.W.T

3.0 HIKMAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DAN KAITANNYA DENGAN


PEMBANGUNAN MASYARAKAT SEMASA

Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat keji yang
memberi kesan kepada masyarakat, iaitu sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki.
Bagaimanapun sifat tersebut akan menjadi barah dalam masyarakat jika tiada lagi sifat
berkasih sayang, tolong-menolong dan saling bersimpati. Fenomena ini bukan hanya
propaganda yang dilaung-laungkan sahaja, malah ia telah menjadi satu realiti yang nyata dan
bukan fantasi yang direka. Apabila zakat dilaksanakan, hasilnya akan jelas kelihatan dan
kesannya yang menakjubkan. Oleh itu, ia dapat membersihkan jiwa daripada sifat hasad
dengki dan iri hati serta mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun mereka berbeza dari

segi kemewahan dan kekayaan. Ini berdasarkan rman Allah S.W.T.:

   


  
    
     


“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya

engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk.”
(Surah Al-Taubah: 103)

Ibn Abbas menjelaskan bahawasanya setiap kalimah di dalam Al-Quran adalah lebih aula
difahami dengan makna zakat yang wajib. Zakat Fitrah juga mempunyai banyak hikmah, di
antaranya:

I. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah dapat mengagihkan


kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Selain itu, dengan membayar zakat kita dapat membersihkan diri dari sisfat-sifat

9
mazmumah (tercela) iaitu hasad dengki, iri hati, sombong, takabbur dan sebagainya.
Kerana kebiasaannya, golongan miskin akan berasa benci terhadap golongan kaya
yang suka mempergunakan duit untuk tujuan yang tidak bermanfaat. Jika harta yang
melimpah itu dimanfaatkan , sudah tentu terjalin keharmonian diantara golongan kaya
dan miskin. Kemudian, menunaikan zakat ini dapat membentuk akhlak mahmudah
(mulia) seperti rasa bertolak ansur, bertaqwa dan rasa simpati kepada golongan yang
kurang bernasib baik dan sebagainya
II. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dari hadits Abu Rabsyah Al-An
Maary: "Harta tidak akan berkurang dengan dishodaqohkan"(HR. Tirmidzi, kitab Az
Zuhd jilid 4 hal. 487 no. 2325, kata Imam Tirmidzi: "Hadits ini hasan shohih")
III. Orang yang membayar zakat tidak akan sesekali miskin atau terkurang hartanya.
Malah dengan membayar zakat kita akan mendapat keredhoan illahi, keberkatan
dalam harta pencarian dan harta dalam simpanan menjadi bersih, bersih dari sesuatu
yang haram dimiliki iaitu hak-hak orang yang berhak menerima zakat dan mendapat
balasan pahala berlipat kali ganda serta dikurniakan oleh Allah s.w.t syurga yang
hakiki.
IV. Disamping mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh
Allah s.w.t di kalangan orang yang berada, nikmat yang disyukuri itu dijanjikan oleh
Allah akan ditambahkan malah mengembangkan lagi harta si pembayar zakat.
Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan , peramah dan lembut kepada
saudaranya yang tidak cukup berkemampuan. Allah Ta’ala berfirman, “Dan berbuat
baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.” (QS.
Al Qoshosh: 77).
V. Dari segi agama, dengan membayar zakat bererti kita telah menjalankan salah satu
rukun islam yang ke lima. Ianya merupakan saranan bagi seorang hamba untuk
mendekatkan diri kepada Allah serta menambahkan keimanan dan mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat. Pembayar zakat akan mendapat balasan pahala yang
berlipat kali ganda , sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah
memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah”[ surah Al-Baqarah : ayat 276]
VI. Harta dari sumber yang baik akan dilipat kali gandakan oleh Allah SWT. Seperti yang
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, zakat juga salah satu cara menghapus dosa. Hikmah
lain ialah zakat dapat membantu mereka-mereka yang berjuang dalam
mengembangkan dakwah islam.

10
VII. Sebaliknya apabila seseorang itu tidak menunaikan zakat, maka ancaman dari Allah
SWT amat mengerikan, sebagaimana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat ke
34-35: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak
menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa
mereka akan mendapat siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas dan perak itu di
dalam neraka jahanam, lalu dikatakan kepada mereka : “ Inilah harta bendamu yang
kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang akibat dari yang kamu
simpan itu.”
VIII. Zakat juga menimbulkan dzikrul maut iaitu ingat akan mati. Hal ini kerana perintah
menunaikan zakat haruslah dilakukan segera, jangan sampai ditangguh-tangguhkan.
Bila pelaksanaannya ditangguh lalu sampai ajal terlebih dahulu maka timbul
penyesalan yang tidak terkira. Firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah
sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian
kepada salah seorang diantara kamu, lalu ia berkata “Ya Tuhanku, mengapa engkau
tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan
dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh.” Dan Allah sekali-kali
tidak akan menanggguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya.
Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah Al-Munaafiquun : 10-
11].
IX. Bila kematian kita sudah sampai dan hal itu memang suatu kepastian, maka salah
satu perkara yang harus dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT adalah
berkenaan soal harta. Dari mana harta itu diperolehi, bagaimana ia dibelanjakan dan
untuk apa harta itu dibelanjakan. Sama ada dibelanjakan ke jalan Allah atau
sebaliknya. Dan yang paling penting, adalah adakah sudah ditunaikan zakatnya atau
belum. [Nurul Hidayah Yaacob ]
X. Zakat Fitrah merupakan salah satu bentuk solidaritas, khususnya kepada fakir miskin
yang tidak mempunyai makanan pada hari raya Idul Fitri.
XI. Zakat Fitrah merupakan pembersih puasa dari hal-hal yang mengotorinya.
Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘laihi wassalam:

‫ين‬ َ ‫ط ْع َمةً ِل ْل َم‬


ِ ‫سا ِك‬ َّ ‫صائِ ِم ِمنَ اللَّ ْغ ِو َو‬
ُ ‫ َو‬،ِ‫الرفَث‬ ْ ‫زَ كَاة َ ْال ِف‬
ُ ‫ط ِر‬
َّ ‫ط ْه َرة ً ِلل‬

"Zakat Fitri merupakan pembersih bagi yang berpuasa dari hal-hal yang tidak bermanfaat
dan kata-kata keji (yang dikerjakan waktu puasa), dan bantuan makanan untuk para fakir
miskin." (Hadits Hasan riwayat Abu Daud)

11
Waki' bin Jarrah berkata, “Manfaat zakat Fitrah untuk puasa seperti manfaat sujud sahwi
untuk shalat. Kalau sujud sahwi melengkapi kekurangan dalam shalat, sedangkan zakat fitrah
melengkapi kekurangan yang terjadi ketika puasa”.

XII. Zakat Fitrah merupakan bentuk syukur kepada Allah subhanahu wata’ala karena telah
memberikan taufik-Nya sehinga bisa menyempurnakan puasa Ramadhan.
XIII. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada
golongan yang kurang berada.
XIV. Membersihkan diri pembayar zakat.
XV. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
XVI. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T di
kalangan golongan yang berada.
XVII. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
XVIII. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah S.W.T di samping
perhubungan antara manusia dengan manusia.
XIX. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk
mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
XX. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan
kewangan.
XXI. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah
S W T.
XXII. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

4.0 BENTUK-BENTUK PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MENGIKUT


PANDANGAN MAZHAB DAN FATWA DI MALAYSIA

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama


Islam Malaysia Kali Ke-57, yag bertarikh 10 Jun 2003 dan bertajuk: “ Penentuan Zakat
Fitrah Seluruh Malaysia” ialah:

a) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga
setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut
timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

12
b) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga
setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice
bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu
gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg

Justeru, fatwa ini menunjukkan bahwa pihak pemerintah Malaysia yang mazhab
rasminya adalah Mazhab Syafie telah menerima pakai pendapat bahwa membayar zakat
fitrah dengan nilaian wang adalah dibolehkan.

Di dalam kitab Mustika Hadits, Jilid Ketiga terbitan JAKIM, dinyatakan: Tersebut di
dalam kitab al-Itsaarah (‫)االيثارة‬, karangan Shohibul Fadhilah Dato’ Haji Mahmud Ghazali bin
‘Abdullah, Mantan Mufti Negeri Selangor [menjadi mufti sekitar tahun 1968 – 1973, beliau
kemudiannya kembali ke Perak dan menjadi Mufti Perak dari tahun 1977 - 1981], terbitan
Majlis Agama Islam Selangor:

Berdasarkan hadits yang lalu, zakat fitrah wajib dikeluarkan dari jenis makanan
utama [asasi] penduduk sesebuah negeri, dan ini menjadi pegangan dalam mazhab Syafie
(kecuali adanya dharurat, atau diperintahkan oleh pihak yang berkuasa, maka diharuskan
membayarnya dengan wang sebagai ganti makanan – beras), seperti yang sedang di’amalkan
oleh jabatan-jabatan agama Islam di Malaysia, kerana memudahkan urusan pemungutan
zakat fitrah dan pembahagiannya [pengagihannya]. Masalah ini dihuraikan di dalam kitab al-
Itsaarah [Al-Ithaarah Pada Huraian Hukum-hukum Zakat dan Fitrah] seperti berikut:

Berfitrah dengan wang:

(a) Membayar fitrah dengan wang adalah tidak sah mengikut Mazhab Syafie jika diniatkan
wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan “Wang ini fitrah yang wajib atasku, bagi diriku
dan orang-orang tanggunganku”. Tetapi harus digantikan makanan dengan wang dan
hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku,
bagiku dan (orang-orang) tanggunganku – pada tahun ini".

(b) Berfitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) adalah harus dalam mazhab Syafie
tetapi lebih afdhal dengan makanan. Di dalam mazhab Hanafi pula lebih afdhal dengan
harga daripada makanan.

Didalam mazhab Syafie yang mengharuskan ialah;

13
 Kerana dharurat

 Kerana diperintahkan oleh raja (pemerintah) [menurut kitab al-Itharah, bahwa


keterangan mazhab Syafie tersebut ada dinyatakan dalam kitab Majmu’ Syarah al-
Muhazzab 5/431 dan keterangan mengenai mazhab Hanafi yang mengatakan: Tiap-
tiap benda yang harus disedekahkan maka haruslah dikeluarkan menjadi bayaran ganti
zakat – ada disebutkan dalam kitab al-Majmu’ (5:429). Dalam kitab al-Itharah juga
ada menyebutkan keterangan kitab al-Majmu’ (5:429) bahawa dalil pihak yang
mengharuskan zakat fitrah dengan harganya ialah hadits yang disebut oleh Imam
Bukhari ‫ رحمه هللا‬dengan tegas sebagai ulasan, bahawa Sayyidina Muadz ‫رضي هللا عنه‬,
semasa diutuskan oleh Rasulullah ‫ صلى هللا عليه وآله وسلم‬ke negeri Yaman sebagai
pemungut zakat, ia telah meminta mereka membayar zakat dengan kain keluaran
negeri itu sebagai ganti gandum (kerana cara yang demikian katanya bukan sahaja
memberi kemudahan kepada pembayar-pembayar zakat bahkan orang-orang miskin
yang berhak menerima zakat di Madinah juga memerlukan pakaian].

Pemerintah menghukumkan berfitrah dengan wang itu kerana beberapa sebab yang bertujuan
baik, di antaranya:

 Asnaf yang 8 terutama faqir dan miskin lebih suka menerima wang daripada beras.

 Menyimpan wang lebih selamat dan mudah.

 Sedangkan beras selain daripada menyusahkan pihak pemerintah atau pemungut


zakat fitrah, pejabat agama dan memerlukan upah mengangkutnya serta akan terdedah
kepada kerosakan jika disimpan terlalu lama.

Fadhilatus Syaikh Dr. ‘Ali Jumaah, Mufti Mesir, ketika ditanya mengenai
membayar zakat dengan menggunakan wang, maka beliau mengatakan ianya dibolehkan. Hal
ini tersebut di dalam kitab beliau bertajuk al-Bayan al-Qawwim li Tashih Ba’dhi al-
Mafaahim [pertanyaan 27] dan al-Bayan Lima Yashghal al-Azhan [pertanyaan 71].

Boleh mengeluarkan (membayar) zakat fitrah dengan menggunakan wang. Ini adalah
pendapat segolongan para ‘ulama yang memandang sebagaimana itu adalah pendapat
segolongan tabi’in, antara lainnya:

14
 Imam Hasan al-Basri ‫ ;رضي هللا عنه‬diriwayatkan darinya, bahawa beliau berkata: ‫ال بأس‬
‫“ أن تعطي الدراهم في صدقة الفطر‬Tidak mengapa memberikan wang-wang dirham di dalam
membayar zakat fitrah.” (Diriwayat oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Abi Syaibah)

 Imam Abu Ishaq As-Subai’e, meriwayatkan dari Zuhair, bahawa beliau berkata, Aku
mendengar Imam Abu Ishaq berkata, “Aku berjumpa dengan mereka, dan mereka
memberikan wang-wang dirham pada membayar zakat fitrah dengan senilai
makanan.”

 Sayyidina ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz ‫ ;رضي هللا عنه‬meriwayatkan dari Waqi’ dari Qurrah,
bahawa beliau berkata, “Telah sampai kepada kami surat dari Khalifah ‘Umar bin
‘Abdul ‘Aziz ‫ رضي هللا عنه‬tentang zakat fitrah, satu sha’ (Satu Sha’ mengikut nilaian
lama menyamai 5 1/3 rithil (‫‘ )الرطل‬Iraqi iaitu gantang Baghdad atau dikenali sebagai
1 gantang Baghdad disini – abu zahrah) ke atas setiap orang atau nilainya adalah
setengah dirham.” (‘Abdurrazaq, Mushannaf ‘Abdurrazaq, vol. 2, hlm. 316 (5778))

 Dan, ini juga adalah mazhab ats-Tsauri, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf.

Dan juga pendapat dari para ‘ulama Mazhab Hanafi. Pendapat inilah yang diamalkan
dan difatwakan di kalangan mereka pada setiap jenis zakat, kaffarah, nazar-nazar, cukai, dan
lain-lainnya. [Bada’i’ ash-Shana’i’ oleh al-Kasaani, 2/979 dan 980, cetakan Zakaria ‘Ali
Yusuf; dan al-Mabsuuth oleh as-Sarkhasi, 3/113 dan 114] Ini juga adalah pendapat al-Imam
an-Naashir dan al-MuayyadbilLah, dari kalangan para imam ahlul bait mazhab az-Zaidiyyah.
[al-Bahr az-Zakhkhar al-Jami’ li Madzahib ‘Ulama al-Amshar oleh Ahmad ibn Yahya ibnal-
Murtadha, 3/202 dan 203].

Ini juga merupakan pendapat sekumpulan ‘ulama dari mazhab Maliki seperti Ibnu
Habiib, Ashbagh, Ibnu Abi Haazim, Ibnu Dinaar, dan Ibnu Wahab, berdasarkan pengambilan
dari mereka yang berpendapat secara muthlak di dalam membolehkan mengeluarkan nilai-
nilai (harga) dalam zakat; mencakupi zakat harta dan zakat individu-individu (zakat fitrah).
Dan itu adalah berbeza-beza (yakni, tidak secara muthlak) dengan pendapat yang mereka
ambilkan daripada Ibnu Qasim dan Asyhab, bahawa mereka berdua membolehkan
mengeluarkan nilai harga pada zakat kecuali pada zakat fitrah dan kaffarat sumpah.

Mengeluarkan zakat fitrah di dalam bentuk wang adalah lebih utama, kerana
memberikan kemudahan bagi orang yang faqir untuk membeli apa sahaja yang ia inginkan

15
pada hariraya kelak. Sebab, kadang-kadang dia tidaklah memerlukan beras, tetapi lebih
memerlukan kepada pakaian-pakaian, daging atau selain itu. Dengan memberikan beras
kepadanya, membuatkannya terpaksa berjalan jauh sekeliling untuk mendapatkan orang yang
ingin membelikan beras tersebut. Kadang-kadang dia harus menjualkan beras itu dengan
harga yang lebih murah daripada apa yang diperolehinya, iaitu dengan harga yang sedikit
daripada harga beras yang sebenar yang diperolehinya. Ini semuanya di dalam keadaan
mudah dan banyaknya beras yang beredar di sekitar pasar-pasar. Adapun, pada keadaan yang
sulit (susah) dan jarangnya beras di pasar-pasar, maka membayar dengan benda adalah lebih
utama daripada nilai harga kerana menjaga kemaslahatan orang faqir. Prinsip dasar yang
menjadi alasan disyariatkannya zakat fitrah adalah kemaslahatan orang faqir dan
mencukupkan keperluannya pada hari di mana seluruh kaum muslimin bergembira pada saat
itu.

Di dalam mazhab Syafie, bahawa ianya tidak memadai jika dikeluarkan dengan
nilaian, bahkan mesti dikeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negeri itu
sendiri. Walaubagaimanapun, tidak mengapa mengikut [bertaklid] mazhab Abu Hanifah ‫رضي‬
‫ هللا عنه‬dalam masalah ini pada zaman sekarang, iaitu harus mengeluarkan zakat fitrah dengan
nilaian. Ini kerana pada hari ini mengeluarkan dengan nilaian lebih memberi manfaat kepada
orang faqir daripada makanan asasi dan lebih dekat untuk mencapai matlamat yang
diharapkan.

5.0 KAEDAH KUTIPAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI PILIHAN DAN


KEBERKESANANNYA

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis
yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat
fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang
makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu
gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh
Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau
menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai

16
beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu
Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian
berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

5.1. Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Walaupun zakat fitrah merupakan salah satu zakat yang wajib dibayar,namun zakat
fitrah berbeza dengan zakat harta benda. Zakat fitrah adalah zakat yang berfungsi
mengembalikan seseorang muslim kepada fitrahnya,dengan menyucikan jiwa mereka
daripada dosa-dosa yang disebabkan oleh pengaruh pergaulan dan sebagainya sehingga
manusia itu menyimpang dari fitrahnya. Ianya diwajibkan kepada seluruh umat Islam sama
ada kanak-kanak atau dewasa.

Kaedah Pembayaran Zakat fitrah di Malaysia secara umumnya adalah menggunakan tiga
kaedah berikut :

1. Membayar kepada amil-amil yang dilantik oleh jawatankuasa surau / masjid dibawah
seliaan Jabatan Agama Islam Negeri. Secara lazimnya, amil-amil yang dilantik ini akan
ditempatkan di tempat pusat-pusat membeli belah, pasaraya, pasar-pasar, surau dan masjid.

2. Membayar secara atas talian atau online menerusi portal perbankan internet seperti
Maybank2u, CIMBClicks, dan BankIslamBiz.

3. Membayar terus zakat kepada asnaf di kawasan terdekat.

[ Aiman ]

Walaubagaimanapun, hukum membayar terus zakat kepada asnaf atau mengagihkan zakat
secara persendirian dan qada zakat melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23
November 2006 telah membincangkan Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan
Qada Zakat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat
Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil
Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.

17
2. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui
pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan
melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah
berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri
dalam perkara kebaikan adalah wajib.

Mengenai hukum Qada Zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi
syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Dalam hal ini Imam al-Nawawi berkata, “Apabila berlalu beberapa tahun sedangkan
zakat yang sepatutnya tidak ditunaikan maka wajiblah bagi orang yang berkenaan
mengeluarkan zakat kesemuanya, sama ada pada masa itu dia mengetahui kewajipan berzakat
atau tidak, atau dia berada di negara Islam atau kafir. Inilah pendapat mazhab kami (Syafie)”.

Ibn Munzir pula berkata, “Menurut pendapat Mazhab Syafie, satu pendapat dalam
mazhab Maliki dan Abu Thaur, sekiranya sesebuah negeri dikuasai oleh penderhaka dan
penduduk negeri tersebut tidak menunaikan zakat selama beberapa tahun, maka apabila
negeri tersebut dimenangi balik oleh pemerintah yang sah hendaklah dipungut kembali zakat-
zakat yang tertunggaksebelum itu”.

Kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan


ketentuan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing mengikut timbangan satu gantang
Baghdad bersamaan dengan 2.70 kilogram beras atau senilai dengannya. Kadar ini
berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Walaubagaimanapun
negeri Terengganu telah memperkenalkan 3 kadar bayaran zakat fitrah berbanding negeri lain
di Malaysia iaitu kadar minimum, kadar pertengahan dan kadar maksimum. Manakala, negeri
Johor pula memperkenalkan dua kadar bayaran zakat fitrah. Kategori kadar bayaran zakat
fitrah bagi negeri Terengganu dan negeri Johor adalah berdasarkan harga gred atau jenis
beras yang dimakan.

Bagi negeri Terengganu, tujuan penetapan 3 kadar zakat fitrah adalah untuk
mewujudkan keadilan sekaligus menggalakkan penduduk Islam di Terengganu membuat
bayaran zakat fitrah memandangkan di negeri lain wujud ketirisan seperti kajian di Selangor
oleh Yahya (2013). Justeru itu, di negeri Terengganu ditetapkan kadar paling rendah adalah
untuk mereka yang berpendapatan rendah, kadar sederhana untuk mereka yang

18
berpendapatan sederhana dan kadar yang paling tinggi adalah untuk mereka yang
berpendapatan tinggi.

[Siti Saufirah Mohd Tahir, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad ]

Jadual 1: Kadar Zakat Fitrah di Malaysia bagi Tahun 2014


NEGERI RM
Terengganu 4.50, 7.00,
7.60
Johor 5.00,8.00
Perak 7.00
Sabah 7.00
Kelantan 7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Labuan 7.00
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.00
Pahang 7.00
Sarawak 7.00
Selangor 7.00
Melaka 6.70
Negeri Sembilan 6.50
Perlis 6.50
[Siti Saufirah Mohd Tahir, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad ]

5.2.1 Pencapaian Kutipan Dan Agihan Zakat 2014 Negeri Terengganu

19
Berdasarkan data yang diperolehi daripada pihak MAIDAM, kutipan zakat fitrah di
Terengganu telah menunjukkan peningkatan yang menggalakkan dari tahun ke tahun.
Peningkatan tersebut dapat dilihat dalam perangkaan bermula dari tahun 2010 hingga 2014.

Jadual 2: Jumlah Bilangan Pembayar Fitrah dan Kutipan Zakat Fitrah

Bagi Tahun 2010- Kadar Zakat Bilangan Pembayar Jumlah Kutipan


2014 Tahun (Ratus Zakat Fitrah
Fitrah
Ribu Orang) (RM Juta)
(RM)

2010 5.00,7.00,8.00 7.31 5.47

2011 5.00,7.00,8.00 7.50 5.53

2012 4.50,7.00,7.60 7.68 5.62

2013 4.50,7.00,7.60 7.75 5.81

2014 4.50,7.00,7.60 8.32 6.05

Jadual di atas merupakan data terkini yang diperolehi daripada pihak MAIDAM dan
jelas sekali menunjukkan peningkatan yang agak memberansangkan setiap tahun.
Berdasarkan data tersebut, seramai 8.32 ratus ribu orang telah menunaikan zakat fitrah bagi
tahun 2014 berbanding seramai 7.31 ratus ribu orang pada tahun 2010. Peningkatan dicatat
sebanyak 6.46 %. Dari segi kutipan pula, sebanyak 5.47 juta telah berjaya dikutip bagi tahun
2010 berbanding pada tahun 2014 yang mana kutipan sebanyak 6.05 juta dengan
mencatatkan peningkatan sebanyak 5.03 %. Penurunan harga fitrah sebanyak 50 sen bagi
tahun 2012 dan tetap sehingga tahun 2014 berbanding 2010 merupakan penyumbang kepada
peningkatan jumlah kutipan zakat fitrah.

[Siti Saufirah Mohd Tahir, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad ]

20
5.2.2 Pencapaian Kutipan Dan Agihan Zakat 2014 Negeri Selangor

Dalam usaha Lembaga Zakat Selangor memudahkan pengeluar zakat dan menyantuni
asnaf, Lembaga Zakat Selangor telah mengutip sebanyak rm582.1 juta dan mengagihkan
sebanyak rm595.1 juta pada tahun 2014.

Kutipan zakat (harta dan fitrah) di Selangor pada tahun 2014 telah melebihi sasaran,
dengan jumlah kutipan sebanyak rm582.1 juta berbanding rm517.3 juta dalam tempoh yang
sama pada tahun sebelumnya (2013). Lembaga Zakat Selangor mensasarkan kutipan zakat
sebanyak rm560 juta pada tahun 2014.

Jumlah ini melebihi kutipan tahun 2013 sebanyak 13 peratus, dengan perbezaan
sebanyak rm64.8 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak rm561.6 juta dikutip daripada
zakat harta, manakala rm20.6 juta daripada zakat fitrah iaitu meningkat sebanyak 3.5%

Antara keberkesanan bayaran zakat fitrah ialah jumlah pengeluar zakat harta bagi
tahun 2014, ialah seramai 263,411 orang (meningkat 11 peratus) berbanding tahun
sebelumnya 2013 iaitu seramai 237,847 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 46,102
orang merupakan pengeluar baru zakat harta di Lembaga Zakat Selangor.

Manakala, keberkesanan melalui agihan zakat pada tahun 2014 yang lalu, MAIS
melalui Lembaga Zakat Selangor telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak
di Selangor sebanyak rm595.1 juta berbanding rm463.5 juta pada tahun sebelumnya (2013).
Jumlah pengagihan ini dilihat meningkat sebanyak 28 peratus dengan perbezaan sebanyak
rm131.6 juta.

Bilangan asnaf fakir yang menerima bantuan pada tahun lepas (2014) ialah seramai
13,613 keluarga berbanding 10,179 keluarga pada tahun 2013. Manakala bagi asnaf miskin
adalah seramai 30,048 keluarga berbanding 20,771 keluarga pada tahun sebelumnya (2013).
Oleh itu, jumlah keseluruhan fakir dan miskin pada tahun lepas (2014) adalah seramai 43,661
keluarga. Dalam masa yang sama juga, Lembaga Zakat Selangor meneruskan
program pencarian fakir dan miskin dikenali sebagai skuad jejak kemiskinan (sjk) yang telah
diperkenalkan pada tahun 2011.

21
Sebanyak 33 siri Lembaga Zakat Selangor telah dilaksanakan di seluruh selangor
sepanjang tahun 2014. Melalui sjk 2014, seramai 830 keluarga telah ditemui dan didaftarkan
sebagai asnaf fakir dan miskin di selangor.

Pada tahun 2014, seramai 221 orang penerima bantuan zakat telah keluar dari kategori
asnaf. Mereka ini terdiri daripada penerima bantuan modal perniagaan yang disediakan oleh
Lembaga Zakat Selangor. Sementara itu, 1,240 keluarga yang menjadi penerima zakat pada
tahun 2014 turut keluar daripada kategori asnaf hasil daripada siasatan semasa yang
dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor menggunakan garis penentuan fakir dan miskin
iaitu haddul kifayah. [ Noh ]

5.2.3 Kaedah pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor Dan Keberkesanannya

Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam
menguruskan pungutan dan agihan wang zakat dan fitrah di negeri Johor mengikut
sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (1);

“Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekalian orang yang diwajibkan oleh
Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam negeri ini yang diwajibkan
oleh Hukum Syarak membayarnya”.

Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di negeri Johor menunaikan Zakat Fitrah,


Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik amil-amil di setiap kariah dan kawasan bagi
diberi kuasa dan tauliah memungut Zakat Fitrah sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama
Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (2);

“Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh
memungut, mengambil atau menerima bayaran Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau
dengan kebenaran Majlis”

Umat Islam di negeri Johor hendaklah membuat bayaran Zakat Fitrah kepada amil-
amil yang diberi kuasa dan tauliah memungutnya di kawasan masing-masing. Bagi mereka
yang membuat bayaran zakat kepada mereka yang tidak diberi kuasa dan tauliah daripada
Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah melakukan kesalahan di bawah Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangn 14 Seksyen 28 (3);

22
“Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh
membayar Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis
bagi memungut, mengambil atau menerimanya”.

Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Tahun 1997 Seksyen 16 iaitu mana-mana orang
yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi:

a) Enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; atau
b) Enggan membayar atau dengan senganja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui
amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk
memungut zakat atau fitrah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.

Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan dengan :

1. Datang sendiri ke kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat
Agama Daerah.

2. Melalui pos (cek / kiriman wang / wang pos /Bank draf ) atas nama
Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah Negeri Johor.

3. Agen-agen kutipan zakat MAIJ.

 RHB Bank Berhad -(Kaunter,Online)

 Bank Islam Malaysia Berhad -(Kaunter, Online)

 CIMB Bank -(Online)

 AmBank -(Kaunter, Online)

 HSBC-(Kaunter, Online)

 Maybank Berhad -(Kaunter, Online)

 Standard Chartered – (Online)

 Affin Bank – (Online)

 EON Bank Berhad -(Kaunter)

23
 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad -(Kaunter)

 Bank Muamalat Malaysia Berhad -(Kaunter)

 Bank Pertanian Malaysia -(Kaunter)

 Bank Simpanan Nasional -(Kaunter)

 Pos Online

4. Skim Potongan Gaji Bulanan

 Kakitangan Kerajaan (Kod AG 4380, Kod Negeri 2509)

 Kakitangan Swasta (Majikan)

5. Kaunter bergerak / sementara yang dibuka dari semasa ke semasa di negeri Johor.

[ Portal Rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor ]

Melalui kaedah bayaran yang efektif yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam
Negeri Johor menunjukkan peningkatan yang menggalakkan dari tahun ke tahun dari aspek
jumlah kutipan zakat fitrah serta individu muslim yang membayar zakat.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, zakat fitrah adalah merupakan zakat diri yang difardukan ke
atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat
yang ditetapkan. Zakat merupakan salah satu ibadah yang disyariatkan oleh Islam yang
berperanan penting dalam membangunkan umat dan meningkatkan martabat Islam.

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan
kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh syarak.

24
Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat keji,
membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat dan dapat mewujudkan sifat
bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Kadar zakat fitrah di Malaysia adalah berdasarkan ketentuan oleh Majlis Agama
Islam Negeri masing-masing mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan dengan
2.70 kilogram beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak
Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Pengurusan zakat di Malaysia pada masa kini boleh dikatakan antara terkehadapan
berbanding dengan negara-negara Islam yang lain. Melalui keamanan dan pembangunan
negara, terdapat ramai hartawan Muslim yang layak mengeluarkan zakat. Sistem pengurusan
zakat yang dikendalikan pusat-pusat pengurusan zakat juga memudahkan umat Islam
menunaikan rukun Islam yang ketiga ini. Malah, kesedaran tentang pentingnya zakat fitrah
terhadap umat Islam telah mendorong mereka untuk mengeluarkan zakat.

Selain itu, pihak-pihak berwajib dan kerajaan juga memainkan peranan penting
berkaitan zakat fitrah. Perlembagaan Persekutuan telah menyenaraikan zakat di bawah bidang
kuasa negeri. Semua negeri di Malaysia telah memperuntuk perkara berkenaan dengan urusan
zakat ini sama ada di bawah akta atau enakmen di negeri masing-masing atau diletakkan di
bawah enakmen khusus tentang zakat. Akta atau enakmen juga ada memperuntuk kuasa
kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau syarikat yang dilantiknya memungut zakat
daripada pemilik harta dan setiap orang yang melanggar akta atau enakmen tersebut boleh
dikenakan hukuman.

Menurut Seksyen 16 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan)


1997 (Akta 559) secara jelas memperuntukkan kuasa kepada Majlis atau wakilnya untuk
memungut zakat. Ini bermaksud, orang yang membayar zakat atau fitrah melalui amil yang
tidak dilantik oleh Majlis adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (b) dan boleh
dikenakan hukuman jika sabit kesalahan.

Justeru, semua umat Islam sama ada pihak kerajaan, institusi-institusi berwajib, NGO,
masyarakat dan individu muslim mesti memainkan peranan dan berganding bahu agar
bayaran zakat fitrah dapat dilaksanakan dengan berkesan serta dapat menjana ekonomi umat
Islam seterusnya meninggikan syiar Islam dimata dunia.

25
( 5,932 Patah Perkataan )

RUJUKAN

Ustaz Sulaiman Endut (2011). Asas-Asas Fardu Ain. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Haji
Abdul Majid.
Muhammad Akhyar L.C & Drs.Syahrin Bin Jasah (2014).Ihya’ Ulumuddin Jilid 1. Selangor
Darul Ehsan: Pustaka Al Shafa
Prof Madya Dr Anisah Abdul Ghani (Ogos 2014). Fiqh Ibadat. Selangor Darul Ehsan: Open
University Malaysia
Abdullah Basmih (1985), Panduan Zakat, Sedekah dan Khairat. Kuala Lumpur: Bahagian
Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, hh. 58-59.

Abu Bakar Muhammad bin Abdullah (Ibn Al-Arabi). 2006. Hukum-hukum dalam Al-Quran.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

26

You might also like