Geografi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PROSES AWAL

Nama Penulis: Muhammad Hazim Nazhan bin Mohd Said

Tajuk: Kajian Di Selinsing, Simpang Empat, Semanggol

BIL JENIS SUMBER MAKLUMAT


1. Orang Sumber 1 Tijau dan perhatikan kawasan
Nama: Mohd Rosdi bin. Musa kajian

Umur: 38 tahun Potensi memajukan kawasan


Alamat: No.38, Selinsing, Simpang 4, berlorek
Semanggol.
- Hutan belukar yang terbiar
- Penanaman padi secara
Orang Sumber 2 moden
- Kawasan rata dan tanah
Nama: Mohd Ridzuan bin Jamaluddin
yang sesuai
- Sumber air senang dapat
Umur: 46 tahun iaitu daripada tali air dan
Alamat: No. 40, Selinsing, simpang 4 air bukit merah.
Semanggol - Tenaga keja mencukupi
kerana ada penempatan
petani yang berhampiran
- Pengangkutan yang
mudah.
Orang Sumber 3
Nama: Azmi bin Mohamad Halangan kawasan dimajukan..
Umur: 50 tahun - Tanah sempit
Alamat: No. 45, Selinsing, Simpang 4, - Masalah Saliran
Semanggol - Faktor cuaca
- Kos
- Benih tak sesuai

2. Bahan Ilmiah 1
Chong Mui Sen, Azizan Hj Abu Samah, 2003. Panduan melukis petunjuk peta
Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala lakar.

Lumpur: Percetakan Saufi Sdn. Bhd


Maklumat tentang cara menulis
simbol fizikal dan simbol budaya.
Bahan Ilmiah 2
Chong Mui Seng, 2000. Target A Geografi Maklumat melukis peta lakar
PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. dengan betul.

Bahan Ilmiah 3 Ciri semulajadi kawasan kajian


Aw Soo Woon, Chong Yoon Choi, Nik Idris
Nik Muhamed,2016.Focus PT3. Bangi: ciri budaya seperti objek-objek
buatan manusia kawasan kajian
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

3. Akhbar 1
Cadangan
Utusan Malaysia Tenologi benih terbaik dan jangka
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/ masa hasil padi singkat
20140825/ag_01/Teknologi-pertanian-tepat
Penanaman 5 kali dalam tempoh 2
Akhbar 2 tahun.
Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jentera- Penggunaan Jentera Moden dan
tanam-padi-mudahkan-pesawah-1.66252 Terkini

Akhbar 3 Penanaman Padi cara Moden


Berita Harian
http://www.bharian.com.my/node/119229

Blog Rasmi Mardi


ttps://blogmardi.wordpress.com/2011/12/16/439/

4. Internet 1
http://www.googlemap.com Peta kawasan kajian

Bentuk muka bumi kawasan kajian

Internet 2 Fizikal kawasan kajian


Budaya kawasan kajian
http://www.kpkt.gov.my/kegiatan
ekonomi/Malay/Why_m.asp Cadangan mengatasi masalah

- Kegiatan pertanian yang sesuai


Internet 3 - Menggunakan teknologi terkini
http://wikipedia.org/wiki/kegiatanekonomi

Internet 4

https://ppkh2kepalabatas.wordpress.com/.../sejarah-
penanaman-padi-di-semenanjung

Internet 5

https://ms.wikipedia.org/wiki/Padi
Kaedah kajian

Beberapa kaedah akan digunakan untuk membantu saya mendapat maklumat


secara terperinci mengenai kajian yang saya jalankan. Saya telah menggunakan
5 kaedah yang sesuai untuk menjalankan kajian ini. Antaranya i

alah:

1. Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian melalui lawatan ke kawasan kajian saya
iaitu Selinsing, Simpang Empat, Semanggol. Saya mengumpul beberapa
data pemerhatian saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan
melukis peta lakaran kawasan kajian saya dengan betul dan tepat.

2. Kaedah temu bual


Saya telah memilih beberapa orang sumber untuk ditemu bual mengenai
potensi, halangan dan cadangan untuk memajukan kawasan berlorek. Ini
memudahkan lagi untuk saya mendapatkan maklumat yang tepat
mengikut pandangan penduduk di kawasan itu.

3. Rujukan bahan sumber dari buku, risalah, dan internet.


Bagi mendapatkan maklumat awal tentang kajian, saya telah membuat
rujukan bahan sumber melalui laman web di internet dan rujukan di
pusat sumber sekolah. Saya telah menggunakan buku teks geografi
tingkatan satu sebagai panduan bagi memudahkan saya membuat peta
lakaran yang dikehendaki.

4. Bimbingan guru
Bimbingan guru sangat penting dalam menyiapkan tugasan saya.
Tanpa bimbingan guru sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan
tugasan saya dengan baik. Bimbingan guru geografi saya iaitu Pn
Junaidah sangat baik dan membimbing saya untuk
menyiapkan tugasan saya ini.
LATAR BELAKANG PETA KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Selinsing, Simpang Empat, Semanggol. Selinsing


terletak di selatan daerah Kerian, negeri Perak. Selinsing berhampiran dengan
pekan Simpang empat dan Semanggol.

Selinsing merupakan kawasan tanah pamah. Kawasan ini lebih rata berbanding
dengan Semanggol. Kawasan ini merupakan kawasan pertanian iaitu
penanaman padi. Terdapat beberapa batang sungai iaitu sungai baru, sungai
Kepar, Sungai Kerian dan sungai Kg. Dew berhampiran dengan Selinsing.

Keluasan Selinsing lebih kurang 172 km persegi dan mempunyai penduduk


lebih kurang 10 ribu orang. Terdapat banyak penempatan dan kemudahan
seperti jalan raya dan lebuh raya. Rata-rata penduduknya bekerja sebagai
petani. Kemudahan lain seperti sekolah rendah, sekolah menengah dan klinik.
MENTAFSIR PETA LAKAR

Peta lakar ini menunjukkan kawasan Selinsing, Simpang Empat, Semanggol dan
kawasan sekitarnya. Keseluruhan kawasan barat merupakan tanah pamah
yang rata dan rendah. Kawasan ini merupakan tumpuan pertanian dan
penempatan. Pertanian yang sesuai dikawasan ini ialah penanaman padi
kerana mempunyai tanih uluvium dan bolehlah dikatakan padi merupakan
tanaman utama kawasan ini. Tali air dibina untuk membekalkan air ke sawah
padi.

Terdapat dua batang sungai di Selinsing dan kawasan sekitarnya yang mengalir
dari timur ke barat daya. Hutan dan belukar merupakan tumbuhan semulajadi
yang terletak di bahgian barat daya peta dan kawasan tanah tinggi iaitu Bukit
Semanggol. Di bahagian timur terdapat bukit iaitu bukit Semanggol. Kawasan
hutan di bukit semanggol merupakan hutan simpan kerana penting sebagai
kawasan tadahan hujan.

Tanaman getah dan kelapa sawit di tanam di sebelah timur laut dan timur
peta. Getah di kawasan ini ditanam di kawasan muka bumi yang bercerun
landai, bertanih laterik dan bersaliran baik. Manakala sawit ditanam secara
kecil kecilan berhampiran bukit Semanggol.

Terdapat jalinan jalan raya yang lurus dalam peta ini. Pengangkutan jalan raya
merupakan kaedah pengangkutan utama di kawasan peta untuk kegunaan
penduduk berulang alik dan mengangkut hasil pertanian.

Penempatan dan taburan penduduk dalam peta ini tidak sekata dan
berselerak. Penduduk paling banyak tertumpu di Taman Selinsing Indah,
Taman Seri Selinsing dan sepanjang jalan Selinsing juga jalan besar.
Kebanyakan penduduk kawasan ini terdiri daripada kaum melayu dan
beragama Islam. Terdapat beberapa kemudahan seperti sekolah, masjid, balai
polis, pejabat pos dan klinik untuk penduduk setempat dan sekitarnya.

Kawasan berlorek yang terletak dibahagian barat daya merupakan kawasan


yang berpotensi untuk dimajukan sebagai penanaman padi secara moden. Ini
kerana kawasan ini merupakan tanah pamah yang rata dan sangat sesuai untuk
penanaman padi. Tujuannya adalah untuk memperluaskan kawasan
penanaman padi kerana kawasan berhampiran merupakan penanaman padi
sedia ada dan mempunyai sumber air daripada tali air. Ini akan menjadikan
kawasan penanaman padi lebih luas dan ekonomik.
LOREKAN KAWASAN BERPOTENSI

Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar untuk dimajukan kerana
kawasan ini merupakan kawasan hutan belukar terbiar yang luas dan boleh
dicerahkan untuk dijadikan kawasan pertanian iaitu penanaman padi secara
moden dan ekonomik.

Kawasan yang dipilih merupakan tanah rata yang luas dan tanihnya yang
mempunyai aluvium sangat sesuai untuk penanaman padi. Kawasan
disekelilingnya merupakan kawasan penanaman padi sedia ada. Jika kawasan
ini dimajukan, kawasan penanaman padi bertambah dan lebih luas.

Kawasan ini juga mempunyai keperluan asas sedia ada yang sesuai untuk
penanaman padi seperti saliran tali air yang boleh membekalkan air yang
mencukupi untuk sawah padi. Kawasan ini juga menerima air daripada
empangan air bukit merah yang membekalkan air untuk kawasan padi yang
berhampiran.

Keperluan asas yang lain seperti tenaga kerja daripada penempatan yang
berhampiran dan kemudahan pengangkutan boleh digunakan bagi memajukan
kawasan ini. Terdapat pejabat pertanian yang boleh membantu dari segi
keperluan benih, baja, nasihat dan bantuan lain yang berkaitan dengan
penanaman padi.
POTENSI MEMAJUKAN KAWASAN BERLOREK

Setelah membuat pemerhatian, pemantauan dan temubual beberapa sumber


saya dapati kawasan berlorek yang berpotensi dimajukan adalah kawasan
hutan belukar di tepi jalan utama dan berhampiran dengan dengan sawah
padi. Kawasan ini sangat sesuai dimajukan sebagai penanaman padi secara
moden. Penanaman padi secara moden dapat dijalankan dalam masa yang
lebih singkat dan menghasilkan padi yang lebih banyak dan berkualiti tinggi.

Memandangkan kawasan ini merupakan belukar dan tanah terbiar bolehlah


ditebus guna dengan penanaman padi kerana kawasan ini merupakan tanah
pamah yang diliputi tanih aluvium yang sesuai untuk penanaman padi.
Keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas, sesuai dan memudahkan untuk
pertanian terutamanya penaman padi.

Kawasan ini juga mempunyai tali air yang sangat diperlukan oleh penanaman
padi. Tali air merupakan sumber air atau punca utama saliran bagi
membolehkan air mengalir masuk ke kawasan sawah padi. Terdapat
pengaliran saliran tali air yang sistematik yang berhampiran yang
membolehkan air mengalir masuk mengikut keperluan penanaman padi.
Selain daripada itu, sumber air daripada empangan bukit merah yang
berhampiran juga boleh digunakan.

Kawasan ini juga mempunyai kemudahan pengangkutan memudahkan tenaga


kerja untuk berulang-alik bekerja di sawah dan untuk mengeluarkan hasil
pertanian ke kilang. Kemudahan jalan sangat di perlukan untuk keluar masuk
jentera bagi kegunakan penanaman padi seperti mesin padi digunakan semasa
musim menuai dan jentera untuk membajak semasa awal penanaman padi.
Oleh itu jelas menunjukkkan bahawa kemudahan pengangkutan yang ada
sangat membantu mengeluarkan hasil padi dengan cepat bagi menjaga kualiti
padi.

Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan penempatan. Jesteru itu,


terdapat penempatan dikawasan berhampiran . Petani boleh membina rumah
atau tempat tinggal di kawasan berhampiran dengan sawah padi . Hal ini
memudahkan penyediaan sumber tenaga kerja bagi penanaman padi.
HALANGAN MEMAJUKAN KAWASAN BERLOREK

Melalui pemerhatian dan tinjauan, saya dapati terdapat beberapa halangan


yang telah dikenalpasti di kawasan berlorek. Antara halangan yang dikenal
pasti adalah seperti berikut:

a) Kemarau

Faktor cuaca sangat memainkan mempengaruhi penanaman padi di kawasan


berlorek. Cuaca yang tidak menentu seperti kemarau yang berpanjangan
menyebabkan empangan dan tali air yang membekalkan air berkurangan dan
petak sawah menjadi kering. Hal ini menyebabkan pokok padi kekurangan air
yang boleh menjejaskan hasil dan kualiti padi.

b) Saliran

Saliran tali air besar tidak dapat menyalurkan air kepada semua petak sawah.
Hanya sawah yang bersebelahan dengan tali air sahaja yang mendapat bekalan
air yang mencukupi. Lebih buruk lagi terdapat mendapan tanah di tali air
akibat runtuhan tebing menjadikan tali air semakin cetek. Apabila ini berlaku,
tali air tidak dapat menampung kapisiti air yang banyak untuk keperluan pokok
padi. Hal ini akan menyebabkan pokok padi akan mati atau terbantut
pembesarannya kerana kekurangan air terutamanya semasa awal penanaman
padi .

c) Pertanian secara tradisional

Kebanyakan petani masih menggunakan kaedah yang tidak efektif semasa


melakukan kerja kerja di sawah. Contohnya petani masih menggunakan
tajak untuk membersihkan sawah padi dan menabur benih menggunakan
tangan. Ini memakan masa yang lama dan benih padi tidak rata pada semua
kawasan sawah.

d) Benih padi kurang sesuai

Benih padi yang digunakan oleh petani agak kurang sesuai pada masa kini
kerana pokok padi yang tumbuh tidak tahan dengan serangan penyakit dan
mengambil tempoh masa yang lama dalam satu musim. Hasil padi juga
tidak banyak dan kurang berkualiti.

e) Saiz Kawasan tanah pertanian kecil.

Lot kawasan penanaman padi yang kecil dan berselerak sangat mempengaruhi
penanaman padi di kawasan berlorek.Ini menjadikan sumber tanah yang
terhad diusahakan oleh seseorang petani. Contohnya adat pemecahan tanah
pusaka mengecilkan tanah atau petak sawah menjadikan penanaman padi
tidak ekonomik.

f) Kos

Kos merupakan masalah utama dalam menyelesaikan masalah atau


menjalankan projek untuk mengatasi masalah, membaikpulih atau memajukan
kawasan yang berpotensi. Contohnya apabila berlaku mendapan disaliran, kos
tinggi untuk penyewaan jentera bagi mendalamkan saliran tidak dapat
dilaksankan. Ini sudah tentu akan menjejaskan penanaman padi.
CADANGAN MENGATASI HALANGAN KAWASAN BERLOREK

a) Menyediakan Mesin pengepam air

Masalah kekurangan sawah padi sering berlaku pada musim kemarau. Petani
boleh menyediakan mesin pengepam air untuk mengepam air masuk ke dalam
petak sawah. Pihak pertanian boleh menyediakan bantuan pam air untuk
menarik masuk air ke petak- petak sawah yang tidak dapat bekalan air
daripada tali air.

b) Naik taraf sistem pengairan dan penyediaan parit ladang

Sistem pengairan perlu dinaik taraf iaitu pembangunan sistem berkala besar
seperti empangan kerian lebih bersistematik dan terkawal bagi menjamin
bekalan air yang cukup mengikut jadual persawahan. Penyediaan parit ladang
atau parit kecil daripada talir air terus ke petak sawah memudahkan air,
ditakung dalam lot sawah dan disalir keluar ke dalam parit pada masa tertentu.
Contohnya sistem ini memerlukan batas ladang untuk menakung air di dalam
lot sawah dan parit ladang untuk menyalirkan air keluar aras tanah yang rata.

c) Penggunaan jentera yang berteknologi tinggi

Penggunaan jentera berteknologi sangat diperlukan oleh penanaman padi.


Penggunaan jentera ini mampu memudahkan kerja-kerja di sawah dengan
cepat dan berkualiti. Salah satu jentera berteknologi tinggi ialah mesin
menanam memudahkan menanam padi dengan cepat dan jimat berbanding
sistem tabur yang diamalkan pesawah sebelum ini.
d) Teknologi

Penggunaan teknologi terkini sangat membantu penanaman padi. Melalui


kajian teknologi pengeluaran hasil padi boleh dilakukan sehingga lima kali
dalam tempoh dua tahun dan hasil yang banyak serta bermutu tinggi. Hal ini
adalah usaha R&D dalam bidang bioteknologi yang menghasilkan kaedah
moden dan benih baharu yang bermutu tinggi dan mengeluarkan hasil dalam
jangka masa yang lebih singkat.

e) Perluaskan petak sawah

Gabungkan petak sawah atau lot tanah yang kecil kepada satu tuan atau satu
pengurusan. Ini memudahkan pengurusan untuk penanaman padi
terutamanya penggunaan jentera kerana kawasan yang kecil menyukarkan
pergerakan jentera. Batas sawah juga boleh dikurangkan dan menjadikan
petak sawah lebih besar dan kawasan padi yang digunakan lebih luas.
RUJUKAN

Buku teks

Chong Mui Sen, Azizan Hj Abu Samah, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2.
Kuala Lumpur: Percetakan Saufi Sdn. Bhd.

Buku Rujukan

Chong Mui Seng, 2000. Target A Geografi PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Aw Soo Woon, Chong Yoon Choi, Nik Idris Nik Muhamed,2016.Focus PT3.
Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Orang Sumber

Mohd Rosdi bin. Musa


No.38, Selinsing, Simpang 4, Semanggol.

Mohd Ridzuan bin Jamaluddin


No. 40, Selinsing, simpang 4 Semanggol

Azmi bin Mohamad


No. 45, Selinsing, Simpang 4, Semanggol

Berita /Akhbar

Utusan Malaysia
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/ 20140825/ag_01/Teknologi-
pertanian-tepat

Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jentera-tanam-padi-mudahkan-
pesawah-1.66252

Berita Harian
http://www.bharian.com.my/node/119229

Blog Rasmi Mardi


ttps://blogmardi.wordpress.com/2011/12/16/439/

Internet

http://www.googlemap.com

http://www.kpkt.gov.my/kegiatan ekonomi/Malay/Why_m.asp

http://wikipedia.org/wiki/kegiatanekonomi

https://ppkh2kepalabatas.wordpress.com/.../sejarah-penanaman-padi-di-
semenanjung

https://ms.wikipedia.org/wiki/Padi

You might also like