Penyataan Masalah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Apa Itu Penyataan Masalah

Penyelidikan ialah satu proses sistematik yang mengumpul dan menganalisis maklumat
untuk menerangkan dan memahami suatu topik, masalah atau isu (Noraini Idris, 2013). Gage
(1975) pula menambah bahawa penyelidikan adalah satu kajian yang sistematik terhadap
pembolehubah-pembolehubah yang menentukan jika dan/atau bagaimana pemboleh ubah berkait
antara satu sama lain. Pemboleh ubah adalah suatu simbol yang diberikan angka atau nilai yang
berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pemboleh ubah mempunyai sifat yang boleh
berubah. Mouly (1963) pula menegaskan bahawa penyelidikan adalah satu proses untuk
mendapat penyelesaian-penyelesaian yang boleh dipercayai kepada masalah melalui pungutan
data, penganalisaan dan interpretasi yang terancang dan sistematik. Gage dan Mouly memberi
definisi penyelidikan sebagai satu proses. Berdasarkan maksud penyelidikan di atas, dapat
disimpulkan bahawa penyelidikan adalah suatu kajian yang dibuat untuk mengumpul dan
menganalisis maklumat tentang suatu topik atau isu secara terancang dan sistematik.

Suatu penyelidikan perlu mempunyai masalah yang hendak dikaji oleh penyelidik.
Pengkaji perlu mengenal pasti dan memilih masalah yang memerlukan jawapan kepada
penyataan masalah tersebut untuk memulakan suatu penyelidikan yang sistematik. Proses
pencarian masalah kajian bergantung kepada sumber pengetahuan, penelitian dan penganalisaan
serta bahan literatur. Pemilihan sesuatu penyataan masalah merupakan satu proses yang
mengambil masa dan pemikiran yang mendalam. Pemilihan masalah kajian perlu relevan dengan
bidang kajian dan merupakan isu yang diminati oleh pengkaji untuk diterokai (Noraini Idris,
2013).

Pernyataan masalah dalam kajian amat penting untuk menjalankan penyelidikan.


Pengkaji boleh menjalankan sesuatu penyelidikan apabila memperoleh masalah dalam kajian
tersebut. Menurut Gay dan Airasian (2003), suatu masalah penyelidikan itu menjadi tunjang
kepada struktur dan proses-proses yang seterusnya dalam sesuatu penyelidikan. Penyelidikan
tidak dapat dilakukan sekiranya pengkaji tidak menemui permasalahan kajian.

Lazimnya terdapat tiga sumber utama yang menyunbang kepada sesuatu masalah untuk
dikaji. Pertama, pengalaman penyelidik atau individu lain, kedua ialah literatur tentang sesuatu
dapatan penyelidikan yang mempunyai aspek atau hal tertentu yang masih belum disentuh atau
ditangani dan yang ketiga adalah teori sedia ada di mana kekurangan dalam teori-teori yang
diguna pakai turut boleh dijadikan suatu masalah penyelidikan (Noraini Idris, 2013).

Berdasarkan sumber yang menyumbang sesuatu kepada permasalahan kajian, terdapat


elemen-elemen yang perlu ada dalam penyataan masalah tersebut. Elemen-elemen tersebut perlu
dinyatakan supaya penyataan masalah dapat dihasilkan dengan sistematik. Menurut Creswell
(2005), elemen-elemen yang seharusnya ada dalam penyataan masalah ialah tajuk yang dikaji,
masalah yang dikaji, bukti bagi menjustifikasikan pemilihan masalah penyelidikan berkenaan,
kekurangan dalam bukti berkaitan dengan perkara yang menjadi fokus penyelidikan dan sasaran
penyelidikan untuk akan datang. Elemen-elemen ini perlu ada dalam penyataan masalah yang
dikaji oleh pengkaji.

Jika dilihat dari sudut pandangan seorang pengkaji dan pemahaman saya, penyataan
masalah merupakan satu tunjang yang penting yang perlu ada dalam sesuatu penyelidikan. Tanpa
penyataan masalah pengkaji tidak boleh menjalakan sesuatu penyelidikan. Penyataan masalah
merupakan satu asas permulaan untuk menjalankan penyelidikan. Tajuk atau isu yang ingin
dikaji perlulah jelas dan mengikut bidang yang diminati oleh pengkaji. Pada masa yang sama,
penyataan masalah yang dinyatakan oleh pengkaji perlulah jelas dan mempunyai bukti yang
telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Terdapat elemen-elemen yang perlu ada dalam
penyataan masalah. Elemen-elemen tersebut perlu dinyatakan di dalam penyataan masalah. Jika
salah satu elemen tidak dinyatakan, penyelidikan tidak dapat dijalankan dengan tarancang dan
seimbang. Hal ini kerana tunjang utama penyelidikan tidak terurus dan seimbang. Penyelidikan
akan menjadi satu masalah dan bebanan yang lain jika penyataan masalah kajian tidak
dinyatakan dengan terancang.

You might also like