Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 42

2/18/2015

TAJUK 2
KEMASYARAKATAN DALAM ISLAM

nklela®

Konsep
masyarakat

Pembinaan
Hak &
masyarakat
kewajipan jiran
Islam
TAJUK 2:
KEMASYARAKATAN
DALAM ISLAM

Hak &
Ciri-ciri
tanggungjawab
masyarakat
anggota
Islam
masyarakat

• nklela®

nklela@acisN9 1
2/18/2015

Rujukan
• Abdul Monir Yaacob & Sarina Othman (ed.). 1995. Pemerintahan
Islam Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: IKIM
• Abdul Qadir Djaelani. 2001. Negara Berdaulat Dalam Perspektif Islam.
Shah Alam: Pustaka Dini
• Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd.
• Mohamed Azam Mohamed Adil. 2006. Perundangan & Kekeluargaan
Islam. Kuala Lumpur: iBook Publications Sdn. Bhd.

Maksud Masyarakat

Bahasa 1. Kamus al-Marbawi:


syarikat berasal daripada
Bahasa 2. Kamus Oxford:
‘society’ berasal
perkataan syarika, daripada perkataan
yasraku, syirkan atau ‘social’ yang
syarikatan yang membawa maksud
membawa maksud masyarakat atau
bersekutu, berkongsi,
berusaha sama berniaga
organisasi.
dan sebagainya Perkataan
(Muhammad Idris, 1970). ‘society’pula merujuk
kepada masyarakat
atau organisasi yang
hidup di negara atau
wilayah tertentu dan
mempunyai adat,
undang-undang dan
organisasi yang
dikongsi bersama.

nklela@acisN9 2
2/18/2015

Maksud Masyarakat
Sarjana Sarjana Sarjana
Yahya Ibrahim (2009) Baker Brownell (1950) dalam bukunya Kesimpulan:
Barat Masyarakat terdiri satu Barat “The Human Community” Barat 1. Menekankan aspek
set ciri yang Masyarakat itu ialah satu kelompok luaran individu yang
merangkumi aspek jiran-jiran yang saling mengenali dibentuk dan dikawal
sosiobudaya seperti antara sesama mereka. oleh kebudayaan
nilai, norma dan adat Masyarakat ialah satu kelompok yang
resam yang dikongsi sesuatu masyarakat.
menyeluruh yang dirangkumkan 2. Nilai sesuatu perkara
bersama, hubungan dalam kaedah umur, jantina,
bersemuka, semangat dan etika bergantung
kemahiran, fungsi dan pertolongan,
dan amalan saling kepada penilaian
sifat bergotong-royong antara
membantu seperti mereka. masyarakat
bergotong-royong. 3. Penentuan
Ia terbendung dalam kelompok peraturan kehidupan
Kesedaran tentang bekerjasama, terdapat kebanyakan
keterikatan nasib daripada aktiviti-aktiviti besar dalam dan kemasyarakatan
bersama identiti yang penghidupan harian dianjurkan berdasarkan
dikongsi bersama serta bersama. kemampuan manusia.
kepercayaan dan
amalan agama yang Mempunyai perasaan kasih mesra
sama atau sense of belonging, di samping
mempunyai identiti kelompok (group
identity) serta kesepaduan dan
perpaduan.
Ia juga adalah kelompok yang kecil
seperti keluarga, desa atau pekan
kecil, yang membolehkan seseorang
itu dapat berkenalan rapat secara
akrab sesama mereka.

Maksud Masyarakat

Sarjana Drs. Sidi Gazalba (1976)


Sarjana Sarjana Kesimpulan
Hammudah Abdalati
Islam Masyarakat dari segi
istilah mengutamakan
Islam (1983) Islam pembangunan yang
seimbang antara tuntutan
dua perkara; Seluruh bentuk di dunia dan juga
hubungan yang diatur tuntutan di akhirat
• interaksi manusia
oleh keakraban yang dengan menekankan
dengan manusia, hidup
berkelompok dalam tinggi dari seseorang pembentukan kerohanian
masyarakat yang dalam pergaulannya dan fizikal individu.
teratur; dengan seseorang yang
• pemeliharaan interaksi lain.
yang teratur dalam
kelompok.

nklela@acisN9 3
2/18/2015

Pembinaan Masyarakat Madinah

Pembina • Masjid • Al Quran &


Quba • Muhajirin * Aus Piagam al Sunnah
an Persaudaraan Penyatuan
• Masjid • Ansar * Khazraj Madinah • Muslim &
Masjid Madinah non muslim

Pembinaan Masjid
• Pembinaan masjid - usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di
Madinah.
• Fungsi masjid –Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan
perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan
berurusniaga.
• Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.
• Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.

nklela@acisN9 4
2/18/2015

Mempersaudarakan Ansar & Muhajirin


• Bertujuan untuk saling membantu .
• Contohnya Nabi mempersaudara Hamzah dengan Zaid bin Harithah,
dan Abu Bakar dengan Kharijah.
• Konsep persaudaraan ini tidak melewati batas persaudaraan yang
mempunyai darah keturunan dan mereka dilarang mewarisi
harta.Sebaliknya lebih kepada ikatan kepaercayaan dan akidah.
• Persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya
membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam.

Menyatupadukan Aus & Khazraj


• Aus & Khazraj adalah bangsa Arab
• Bertujuan menamatkan permusuhan tradisi.
• Golongan ini sudah lama bermusuhan di Madinah kerana
kegiatan orang Yahudi (terdiri daripada Nadhir, Quraizah &
Qainuqak) yang sering melaga-lagakan golongan ini untuk
kepentingan mereka.

10

nklela@acisN9 5
2/18/2015

Piagam Madinah
• Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan
tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
• Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
a) 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hak & tanggungjawab sesama umat
Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
b) 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat
bukan Islam iaitu Yahudi (hak & tanggungjawab mereka).
• Nama lain - Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.
• Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana
kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi
membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang
berbilang bangsa atau kaum.

11

Piagam Madinah
• Dipernalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.
• Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawab pemerintah
dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan,
keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebagainya.
• Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran & Hadith
• Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara
manusia.

12

nklela@acisN9 6
2/18/2015

Kandungan Utama Piagam Madinah


1) Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan
segala pertelingkahan hendaklah merujuk kepada baginda.
2) Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama
sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa
Madinah.
3) Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-
masing.
4) Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan
mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
5) Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang
tercatat dalam piagam tersebut

13

Objektif Piagam Madinah


1) Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
2) Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
3) Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
4) Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
5) Mewujudkan keamanan di Madinah
6) Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
7) Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
8) Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
9) Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
10) Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan
keluarga diMekah.

14

nklela@acisN9 7
2/18/2015

Peranan Piagam Madinah


Mewujudkan
Keadilan dan
Mewujudkan Persamaan
Pembinaan Perpaduan Terhadap
sebuah kerajaan Masyarakat Masyarakat
Islam yang kuat Madinah Madinah.

Penekanan Mewujudkan Kebebasan


terhadap Rasa Masyarakat
musyawarah Tanggungjawab Madinah
dalam Mempertahankan
pemerintahan Madinah

Pembinaan sebuah kerajaan Islam yang kuat

• Masyarakat Madinah bebas membincangkan hal politik dan


pentadbiran – bekerjasama membentuk sebuah kerajaan Islam yang
kuat.
• Masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan kerajaan
ini daripada ancaman musuh.
• Hak dan tanggungjawab penduduk Madinah diakui dalam Piagam
Madinah tanpa mengira agama mereka. Penduduk Madinah yang
beragama Islam dan bukan Islam mempunyai hak yang sama untuk
memperoleh perlindungan, keselamatan dan keadilan.

nklela@acisN9 8
2/18/2015

Penekanan terhadap musyawarah dalam pemerintahan.


• Piagam Madinah mengamalkan prinsip musyawarah yang
berlandaskan keadilan dalam pemerintahan - mengeratkan lagi
hubungan antara rakyat dengan Pemerintah.
• Semua kaum diberikan hak menyuarakan masalah kaum masing-
masing.
• Penduduk Madinah juga diberi hak menyuarakan pandangan
terhadap pemimpin.

Mewujudkan Perpaduan Masyarakat Madinah


• Menyatupadukan:
1) Masyarakat Islam Ansar dan Muhajirin.
2) Masyarakat bukan Islam iaitu kaum Yahudi, Aus, Khazraj, Quraisy,
Parsi dan Habsyi.
3) Masyarakat Islam dan bukan Islam
• Mengiktiraf setiap rakyat sebagai warganegara Madinah
• Mendidik masyarakat menjadi anggota masyarakat atau ummah yang
kuat tanpa mengira kaum, keturunan dan tempat tinggal.

nklela@acisN9 9
2/18/2015

Mewujudkan Rasa Tanggungjawab Mempertahankan Madinah


• Semangat Piagam Madinah memupuk semangat cintakan negara -
mendorong masyarakat Madinah yang terdiri daripada umat Islam
dan bukan Islam bersama-sama mempertahankan kerajaan Madinah
daripada serangan musuh.
• Masyarakat Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan musuh-
musuh Islam yang menentang kerajaan Islam Madinah.
• Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegara Madinah seperti
masyarakat Islam selagi mereka melaksanakan tanggungjawab
mereka menurut Piagam Madinah.

Mewujudkan Keadilan dan Persamaan Terhadap Masyarakat


Madinah.

• Piagam Madinah telah menetapkan persamaan antara semua


penduduk tanpa mengira keturunan,bangsa dan kedudukan seperti
antara pemerintah dengan yang diperintah.
• Kekayaan dibahagikan dengan saksama antara masyarakat untuk
mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.
• Setiap masyarakat juga bertanggungjawab untuk melaksanakan
keadilan berlandaskan ajaran Islam:
1) Hak berdasarkan usaha
2) Hak berdasarkan kebajikan

nklela@acisN9 10
2/18/2015

Kebebasan Masyarakat Madinah


• Penindasan ke atas golongan yang lemah seperti yang biasa dilakukan
oleh kaum Yahudi adalah dilarang kerana Piagam Madinah menjamin
kebebasan hak asasi yang sama rata untuk setiap penduduk.
• Kebebasan hak asasi ini meliputi kebebasan beragama, beramal,
bekerja, bersuara dan sebagainya selagi tidak bertentangan dengan
ajaran Islam kerana kebebasan yang tiada batas akan mewujudkan
kezaliman yang boleh memecah-belahkan perpaduan ummah
sesebuah kerajaan.

Prinsip Piagam Madinah


1) Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
2) Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
3) Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
4) Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
5) Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
6) Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
7) Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
8) Kebebasan beragama
9) Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
10) Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

22

nklela@acisN9 11
2/18/2015

Fasal 1 – 23: Hubungan Sesama Muslim


• Fasal 1
• Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah
kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah
bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk
Islam dariQuraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang
bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan
berjuang bersama-sama mereka.

23

Fasal 2 – 11: Kedudukan Kaum Beragama


Islam Dalam Madinah
• Fasal 2
• Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
• Fasal 3
• Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka
saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di
antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan
dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.

24

nklela@acisN9 12
2/18/2015

Fasal 2 – 11: Kedudukan Kaum Beragama Islam Dalam


Madinah
• Fasal 4
• Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana
mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang
tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang
tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 5
• Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan
lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah
seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang
tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-
orang yang beriman.

25

Fasal 2 – 11: Kedudukan Kaum Beragama Islam Dalam


Madinah
• Fasal 6
• Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap
puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 7
• Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap
puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

26

nklela@acisN9 13
2/18/2015

Fasal 2 – 11: Kedudukan Kaum Beragama Islam


Dalam Madinah
• Fasal 8
• Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-
sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-
tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 9
• Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap
puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

27

Fasal 2 – 11: Kedudukan Kaum Beragama


Islam Dalam Madinah
• Fasal 10
• Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-
sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-
tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 11
• Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap
puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

28

nklela@acisN9 14
2/18/2015

Fasal 12 – 23: Tanggungjawab Muslim


• Fasal 12
• Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara
mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan
berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.
• Fasal 12-b
• Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di
bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih
dahulu.
• Fasal 13
• Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat
kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau
kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama
menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.

29

Fasal 12 – 23: Tanggungjawab Muslim


• Fasal 14
• Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana
seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang
mukmin.
• Fasal 15
• Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang
lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah
salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
• Fasal 16
• Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan
pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan
tidak baik terhadap mereka.

30

nklela@acisN9 15
2/18/2015

Fasal 12 – 23: Tanggungjawab Muslim


• .Fasal 17
• Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu
tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut
serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan
dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
• Fasal 18
• Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua,
oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.
• Fasal 19
• Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap
darah yang tumpah pada jalan Allah.

31

Fasal 12 – 23: Tanggungjawab Muslim


• Fasal 20
• Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik
petunjuk dan seteguh-teguhnya.
• Fasal 20-b
• Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang
Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin
(akan haknya)
• Fasal 21
• Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin
dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu
berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena
bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara
mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan
terhadapnya.[2]
32

nklela@acisN9 16
2/18/2015

Fasal 12 – 23: Tanggungjawab Muslim


• Fasal 22
• Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui
isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian,
menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi
orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat
Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan
diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
• Fasal 23
• Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara
hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi
Muhammad.
33

Fasal 24 – 38: Kedudukan Yahudi Dlm


Madinah
• Fasal 24
• Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-
sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu
berperang
• Fasal 25
• Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama
orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri
(Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga
orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri,
melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak
akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
34

nklela@acisN9 17
2/18/2015

Fasal 24 – 38: Kedudukan Yahudi Dlm


Madinah
• Fasal 26
• Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 27
• Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 28
• Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 29
• Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

35

Fasal 24 – 38: Kedudukan Yahudi Dlm


Madinah
• Fasal 30
• Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 31
• Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf,
kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu
tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
• Fasal 32
• Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi
Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)

36

nklela@acisN9 18
2/18/2015

Fasal 24 – 38: Kedudukan Yahudi Dlm


Madinah
• Fasal 33
• Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik
hendaklah membendung segala kejahatan.
• Fasal 34
• Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah
(diperlakukan) sama dengan mereka itu.
• Fasal 35
• Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan
orang-orang Yahudi itu sendiri.

37

Fasal 24 – 38: Kedudukan Yahudi Dlm


Madinah
• Fasal 36
• Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri
keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi)
Muhammad.
• Fasal 36-b
• Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh
mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan
maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang
dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati
piagam ini.

38

nklela@acisN9 19
2/18/2015

Fasal 24 – 38: Kedudukan Yahudi Dlm


Madinah
• Fasal 37
• Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti
mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan
hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa
jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan
hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat
kebajikan terhadap perbuatan dosa.
• Fasal 37-b
• Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan
yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi
kepada orang yang dizalimi.
39

Fasal 24 – 38: Kedudukan Yahudi Dlm


Madinah
• Fasal 38
• Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan
bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada
dalam keadaan perang

40

nklela@acisN9 20
2/18/2015

Fasal 39 – 47: Mempertahankan Madinah


• Fasal 39
• Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh
dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
• Fasal 40
• Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak
boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
• Fasal 41
• Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan
dengan izin keluarganya sendiri.

41

Fasal 39 – 47: Mempertahankan Madinah


• Fasal 42
• Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di
antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa
bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada
penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan
kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya
• Fasal 43
• Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy
(musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-
orang yang membantunya.

42

nklela@acisN9 21
2/18/2015

Fasal 39 – 47: Mempertahankan Madinah


• Fasal 44
• Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib
daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
• Fasal 45
• Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur
dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia
berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila
mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin
hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang
memerangi agama (Islam).
43

Fasal 39 – 47: Mempertahankan Madinah


• Fasal 46
• Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang
yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama
seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan
mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini.
Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak
melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah
yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi
kandungan Piagam ini dan merestuinya.

44

nklela@acisN9 22
2/18/2015

Fasal 39 – 47: Mempertahankan Madinah


• Fasal 47
• Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-
orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini
barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di
dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang
yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang
yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad
hendaklah diakui Pesuruh Allah.

45

Ciri-ciri Masyarakat Islam


1) Melaksanakan rukun iman, rukun Islam dan memiliki akhlak mulia.
• Akidah - kuat dan kental , tidak dapat diganggu gugat oleh musuh
lahir dan batin.
• Syariat harian mereka kemas dan teratur.
• Akhlak mereka sangat murni dan mulia.

46

nklela@acisN9 23
2/18/2015

Ciri-ciri Masyarakat Islam


• Asas utama pembentukan masyarakat Islam adalah untuk
memelihara, menjaga dan menegakkan akidah Islam.
• Akidah tauhid amat penting untuk membebaskan manusia daripada
belenggu khurafat yang boleh membawa kemunduran iaitu
kepercayaan karut-marut yang tidak berasaskan akal rasional.
• Akidah tauhid juga akan membebaskan manusia daripada belenggu
modenisme yang menafikan kewujudan Tuhan sehingga membawa
kehancuran akhlak manusia dan sistem nilai.
• Berterusan berusaha membendung penyelewengan akidah

47

Ciri-ciri Masyarakat Islam


• Syariah – melaksanakan suruhan Allah dalam mengurus semua sistem
kehidupan iaitu, kemasyarakatan, politik, kenegaraan, ekonomi, dll
• Syariah –meninggalkan larangan Allah dalam mengurus semua sistem
kehidupan iaitu, kemasyarakatan, politik, kenegaraan, ekonomi, dll

48

nklela@acisN9 24
2/18/2015

Ciri-ciri Masyarakat Islam


• Akhlak dengan Allah seperti cinta kepada Allah, takut kepada Allah,
malu kepada Allah, syukur, sabar, redha terhadap ketentuan Allah,
ikhlas, rasa kehambaan, bertaubat, harap dan tawakkal kepada Allah
dan lain-lain.
• Berakhlak kepada sesama manusia seperti merendah diri, bertolong
bantu, nasihat menasihati, hormat menghormati, pemaaf, suka minta
maaf, pemurah, kasih sayang, berlapang dada, bertolak ansur dan
lain-lain.

49

Ciri-ciri Masyarakat Islam


2) Melindungi anggota masyarakat dengan menyediakan
semua keperluan hidup, seperti makan minum yang halal,
prasarana yang teratur, tempat tinggal, pendidikan dan lain-
lain.
• Telah wujud sistem ekonomi yang dipimpin oleh Abdul
Rahman bin Auf yang mampu melumpuhkan sistem ekonomi
kapitalis oleh orang Yahudi di Madinah.

50

nklela@acisN9 25
2/18/2015

Ciri-ciri Masyarakat Islam


3) Melindungi kafir zimmi, iaitu golongan yang tidak menerima
Islam tetapi tidak pula menentang, berlindung di bawah
kerajaan Islam, dengan mematuhi peraturan dan undang-
undangnya.
• Negara Islam bertanggungjawab menjaga keselamatannya,
kesihatannya, makan minumnya, tempat tinggalnya,
pendidikannya, dll dgn syarat dikenakan membayar jizyah
atau cukai kepala yang tidak membebankan.

51

Ciri-ciri Masyarakat Islam


4) Masyarakat Islam mesti bekerjasama untuk kebaikan dan tidak
bekerjasama untuk melakukan dosa dan perbuatan keji.
• Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
• Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan
takwa dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan
perlanggaran. (Surah al-Maidah: 2)

52

nklela@acisN9 26
2/18/2015

Ciri-ciri Masyarakat Islam


5) Masyarakat Islam menekankan aspek bersatu padu (membina
persaudaraan) sebagai satu bentuk ibadat yang dituntut dalam Islam.
• Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
• Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali jika
mereka berpegang pada tali (ad-Din) Allah dan tali (perjanjian)
dengan manusia. (Surah al-Imran: 112)

53

Ciri-ciri Masyarakat Islam


6) Berilmu pengetahuan
• Setiap individu wajib menuntut ilmu, oleh itu mereka hendaklah
diberi peluang menuntut ilmu

54

nklela@acisN9 27
2/18/2015

Hak Masyarakat (Hak Asasi Manusia)


• Konsep keadilan, kebebasan, persamaan hak dan darjat manusia
merupakan sesuatu yang sinonim dengan Islam.
• Hak-hak tersebut merupakan sebahagian rangka teori Islam serta
amalan yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam (Muhammad Al-
Buraey, 1992).
• Antara hak individu yang dijamin oleh Islam adalah: hak beragama,
bersuara, memiliki harta, bergerak dan menuntut ilmu.

55

Syariah Islam mengiktiraf kebebasan beragama bukan sahaja secara teori,


malahan juga sebagai prinsip kehidupan yang praktis.
Hak Beragama

1) Manusia hendaklah sedia menghormati kebebasan orang lain untuk


mengatur apa jua kepercayaan atau agama yang dipilihnya. Tiada siapa yang
boleh memaksa orang lain untuk menerima anutannya atau menukar
kepercayaannya.

2) Manusia cenderung untuk mempertahankan pegangan agama dan tidak


akan membenarkan sesiapapun menceroboh dan mengganggunya. Walau
bagaimanapun, jika mereka gagal mempertahankan agama mereka disebabkan
oleh pemerintah yang zalim atau alasan-alasan yang lain, mereka hendaklah
berhijrah ke tempat lain yang pegangan mereka akan dihormati.

56

nklela@acisN9 28
2/18/2015

Undang-undang Islam menyatakan dengan jelas kebenaran bagi


Hak Bersuara
kebebasan menyuarakan pendapat untuk penduduk di negara Islam,
sama ada mereka beragama Islam ataupun tidak

1) Nasihat harus sesuai dengan pedoman al-Quran dan as-Sunnah.


2) Nasihat harus didasarkan kepada kepastian dan bukan kepada
spekulasi, perkiraan dan prasangka.

3) Nasihat harus diberikan dalam bentuk yang sebaiknya dan sesuai


dengan kesempatan, waktu dan tempat.
4) Nasihat tidak boleh digunakan untuk membuka kelemahan dan
rahsia orang.

57

Islam memberi kebebasan kepada setiap individu untuk memiliki


harta kekayaan, pada masa yang sama Islam memberi jaminan
keselamatan terhadap hak tersebut
Hak Memiliki

1) Memperolehi harta dengan usaha yang halal


2) Memperolehi harta melalui syariat spt faraid, wasiat, hibah,
hadiah, fidyah, zakat dan sedekah
3) Hak orang lain terhadap harta spt zakat, nafkah, sedekah dan
cukai
Harta

1) Larangan merampas/mencuri harta orang lain


2) Larangan riba/menindas
3) Larangan menipu

58

nklela@acisN9 29
2/18/2015

Islam mewajibkan setiap Muslim, baik lelaki atau perempuan


Hak Menuntut
menuntut ilmu pengetahuan. Pemerintah juga wajib
menyediakan kemudahan asas untuk masyarakatnya
menuntut ilmu. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Menuntut
ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap Muslim dan Muslimat.”
(HR. Ibn Majah, al Baihaqi, Ibn Abd al-Barr)

Islam menggalakkan penggunaan ilmu dengan mengamalkan


perkongsian ilmu yang diperolehi sama ada di kalangan muslim
atau bukan muslim.
Ilmu

1) Ilmu fardu ain dan kifayah


2) Memberi manfaat kepada masyarakat
3) Menghindarkan kemudharatan

59

Menurut Islam, “kerja” merupakan suatu kegiatan manusia yang


disuruh dan dituntut sekuat-kuatnya. Di dalam al-Quran terdapat
banyak ayat yang menyuruh manusia bekerja, kerana kerja
Hak Bekerja

merupakan sumber rezeki untuk menanggung diri sendiri, kaum


keluarga dan membantu orang lain.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah
daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah. (Surah al-Mulk: 15)

1) Kerja yang halal & bermanfaat


2) Bersungguh-sungguh, cekap dan produktif
3) Larangan kerja yang memudaratkan

60

nklela@acisN9 30
2/18/2015

Kehidupan manusia merupakan hak Allah SWT dan tanpa


kebenaran daripada Allah SWT, maka tidak ada sesiapa berhak
untuk mencabar hak ini.
Firman Allah: “Sesiapa yang membunuh manusia tanpa alasan
yang membolehkan dia membunuh orang itu atau kerana
melakukan kerosakan di muka bumi maka seolah-olah dia telah
Hak Untuk

membunuh manusia kesemuanya dan sesiapa yang menjaga


keselamatan hidup seorang manusia maka seolah-olah dia telah
menjaga keselamatan hidup manusia keseluruhannya.” (al-
Maidah: 32)
Hidup

1) Larangan membunuh orang


2) Larangan membunuh diri

61

Tanggungjawab Anggota Masyarakat


Ta’aruf
Perkenalan sesama masyarakat
Tafahum
bukan sekadar tahu nama atau
tempat tinggal tetapi lebih jauh dari Saling faham memahami serta
Ta’awun
itu seperti mengenali latar belakang mempunyai sikap bermuafakat
kedudukan seseorang, kebudayaan antara satu sama lain di kalangan masyarakat hidup saling bantu-
mereka, kekeluargaan, pemikiran, anggota masyarakat ke arah membantu antara satu sama lain.
jiwa, kelebihan, kekurangan dan kebajikan dan kebaikan yang
sebagainya. berasaskan hukum syarak. Bentuk kerjasama yang dikehendaki
dalam Islam ialah kerjasama yang
Perkenalan yang jujur memerlukan
tidak bercanggah dengan ajaran
kita mengetahui kedudukan sebenar
Islam dan membawa kepada
corak kehidupan sahabat tersebut
kebaikan serta tidak menjurus ke
arah kemusnahan.

62

nklela@acisN9 31
2/18/2015

Tanggungjawab Anggota Masyarakat

Mahabbah
Kasih sayang itu dibina atas dasaar
Ukhuwwah
cinta kerana Allah SWT dan Rasul-
Nya. Semua manusia bersaudara samada
Takaful
Rasa kasih sayang dan cinta berdasarkan:
menyebabkan seseorang individu itu 1) Akidah yang sama Saling menjamin/saling melindungi
lebih mementingkan orang lain antara satu dengan yang lain.
2) Pertalian darah
daripada dirinya sendiri. Sikap ini lahir hasil daripada
3) Perkahwinan ATAU
persaudaraan yang erat antara
4) Perikemanusiaan golongan masyarakat di mana setiap
Persaudaraan melahirkan mereka merasa bertanggungjawab
masyarakat yang saling menjaga untuk saling membantu sekiranya
kebajikan antara satu sama lain terdapat pihak yang kesusahan atau
memerlukan pertolongan

63

Konsep Jiran
• Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana
setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam
menjalani kehidupan.
• Rasulullah SAW bersabda:
• ‫ المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع‬,‫اربع من السعادة‬
‫من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء‬
• Maksudnya: “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah
perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang
baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada
keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat,
isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan
yang buruk”. (Riwayat Ibn Hibban)

nklela@acisN9 32
2/18/2015

Definisi Jiran
• Bahasa:
1) Kamus dewan (1994, edisi 3) - jiran ialah orang yang berada dekat
dengan rumah kita manakala mengikut tesarus bahasa dewan jiran
ialah jiran: tetangga, orang sebelah, orang sekampung, teman;
berjiran: bertetangga, berhampiran, sebelah-menyebelah,
berdekatan, sekampung, sedesa, setempat; kejiranan:
kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan
2) Bahasa Arab - jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah
menyebelah atau tetangga (Mustafa Hj Daud, 1991)

Definisi Jiran
• Berdasarkan syarak - jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah
kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di
tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut
• Rasulullah s.a.w bersabda: “Empat puluh buah rumah tetap sebagai
jiran tetangga”. (Riwayat Abu Daud)

nklela@acisN9 33
2/18/2015

Kategori Jiran

Kategori Jiran
• Maksudnya; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan
berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum
kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang
terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang
jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil.” (An-Nisa’: 36)

nklela@acisN9 34
2/18/2015

Kategori Jiran
))‫ار ذِي ْالقُ ْربَى‬
ِ ‫(( َو ْال َج‬ ِ ُ‫ار ْال ُجن‬
)) ‫ب‬ ِ ‫(( َو ْال َج‬
• jiran yang mempunyai hubungan • jiran yang tidak memiliki
kekeluargaan atau pertalian hubungan darah atau
darah kekeluargaan
• jiran muslim yang satu agama. • Jiran bukan muslim seperti jiran
• jiran yang rumahnya berdekatan yahudi dan nasrani
• jiran yang berjauhan rumahnya

Kategori Jiran
• Rasulullah SAW bersabda:
• ‫ق‬ ِ ‫ارلَهُ ث َ َالثَةٌ ُحقُ ْو‬ٌ ‫ان َو َج‬ ِ ً‫ارلَهُ َحق‬ ٌ ‫احد ٌ َو َج‬ ِ ‫ارلَهُ َح ٌق َو‬ ٌ ‫ان ثَالَثَةٌ َج‬ ُ ‫ا َ ْل ِجي َْر‬
‫ار ا َ ْل ُم ْس ِل ُم ذُو ا َ ْل َّر ِح ِم فَلَهُ َح ُّق ا َ ْل َج َو ِار َو َح َّق‬
ُ ‫ق ا َ ْل َج‬ٍ ‫ارلَهُ ث َ َالثَةُ ُحقُو‬ ُ ‫فَاا َ ْل َج‬
‫ار ا َ ْل ُم ْس ِل ُم فَلَهُ َح ُّق ا َ ْل َج َو ِار‬
ُ ‫ان فَ ْال َج‬
ِ َّ‫الء ْس َال ِم َو َح ُّق ا َ ْل َّر ِح ِم َوأ َ َّما اَلّذِى لَهُ َحق‬ ِ َ‫ا‬
ُُ‫ار ا َ ْل ُم ْش ِر‬
ُ ‫الء ْس َال ِم َوأ َ َّما الَّذِى لهُ َح ٌق َوا َحدٌ فَ ْال َج‬ ِ َ ‫َو َح ُّق ا‬

nklela@acisN9 35
2/18/2015

Kategori Jiran
• Maksudnya: “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya
mempunyai satu hak dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada
jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak itu
ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan
kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai
Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak
ialah jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim.
Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik”. (Riwayat
Abu Na’im dan Ibnu ‘Adiy)

Kategori Jiran
1) Jiran muslim yang mempunyai pertalian darah
2) Jjiran muslim yang tidak mempunyai pertalian darah
3) Jiran bukan muslim

nklela@acisN9 36
2/18/2015

Hak & Tanggungjawab Jiran

1 •Jangan menyakiti jiran


2 •Memelihara jiran
3 •Berbuat baik kepada jiran

Jangan menyakiti jiran

• Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina,
mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran
atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak
sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau
yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh
menggangu ketenteraman jiran .
• Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Lebih
dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau
melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih
buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.

nklela@acisN9 37
2/18/2015

Jangan menyakiti jiran

• Rasulullah SAW bersaba:


ُ ‫ َال يَ ْد ُخ ُل ا َ ْل َجنَّةَ َم ْن َال يأ َم ُن َج‬: ‫ت ِل ُم ْس ِل ِم‬
• ُ‫ارهُ ئِقَه‬ ٍ َ‫َوفِي ِر َواي‬

• Maksudnya: Di dalam riwayat Muslim dikatakan : Tidaklah


masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana
gangguannya”. (Riwayat Muslim)

Memelihara jiran
• Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran.
Sikap ini menandakan hati yang bersih.
• Nabi SAW bersabda:
• ‫ع ْينَهُ يَ ْو َم ا َ ْل ِقيَا َم ِة‬
َ ُ‫عيْنَ ُمؤْ ِم ِن اَقَ َّر هللا‬ َّ َ ‫َم ْن ا‬
َ ‫قر‬

• Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada


seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan
kepadanya pada hari kiamat”. (Riwayat Ibn Mubarak)

nklela@acisN9 38
2/18/2015

Memelihara Jiran
• Menghormati jiran dan amalan mereka selagimana tidak membawa
mudharat – contoh orang-orang Cina meletakkan tokong di luar
rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa
bahaya dan mudharat.

Berbuat baik kepada jiran


• Sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak
yang baik dalam muamalah dengan mereka
• Jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus
dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah
sama memberikan tahniah
• Jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah
takziah, walaupun bukan seagama.

nklela@acisN9 39
2/18/2015

Berbuat Baik Kepada Jiran


• Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka.
• Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barang siapa yang melapangkan
seorang Mukmin yang dalam kesusahan atau menolong orang yang
dianiaya, maka dosanya akan diampunkan Allah”. (Riwayat al-Tabrani)

Hak Muslim Terhadap Jirannya (Imam Al-Ghazali. 2009. Ihya Ulumuddin. Shah
Alam: Illuison Network Sdn Bhd.)

1) Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu


2) Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari
3) Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
4) Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa
musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa
diminta
5) Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau
kurniaan Allah SWT

nklela@acisN9 40
2/18/2015

Hak Muslim Terhadap Jirannya (Al-Ghazali)


6) Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-
apa cara sekalipun
7) Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya
meletakkan batang kayu di dinding rumahnya
8) Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
9) Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya
10) Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan
hebohkan kepada sesiapapun
11) Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila
kesukaran menimpanya

Hak Muslim Terhadap Jirannya (Al-Ghazali)


12) Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
13) Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa
umpatan atau berita-berita yang tidak menyenangkan
14) Tundukkan matamu sewaktu melihat isteri/suaminya
15) Jangan selalu memandang hamba/pembantu rumahnya
16) Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam percakapan atau
lain-lain
17) Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang dalam
urusan keduniaan atau keakhiratan.

nklela@acisN9 41
2/18/2015

Kepincangan masyarakat
• Dr Muhammad Sayyid Yusuf dalam bukunya Manhaj al-
Qur’an fi Islah al-Mujtama`menyenaraikan sebab
kepincangan masyarakat kepada 3 punca utama:
1) berpaling dari ajaran agama
2) tertipu dengan godaan syaitan
3) perancangan jahat musuh yang ingin melihat kehancuran
sesebuah masyarakat

83

nklela@acisN9 42

You might also like