Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PERMUAFAKATAN IBU BAPA

TAHUN 6

PENILAIAN PENTAKSIRAN SEKOLAH


RENDAH ( PPSR ) 2018

BAHASA MELAYU

KEFAHAMAN ( 011 )
DAN PENULISAN ( 012 )
FORMAT BAHASA MELAYU UPSR ( PPSR )

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SK ( 011)

1. Tempoh Ujian : 1 jam 15 minit


2. 2 Bahagian : ( A dan B )
3. Jumlah soalan : 25 soalan

BAHAGIAN A : Objektif 20 Soalan ( 20 markah )


Soalan 1 - 16 = Tatabahasa
Soalan 17 - 20 = Petikan / pemahaman

BAHAGIAN B : 5 Soalan Subjektif ( 30 markah)

Soalan 21 = 4 markah
Soalan 22 = 6 markah
Soalan 23 = 5 markah
Soalan 24 = 8 markah
Soalan 25 = 7 markah

Jumlah markah = ( 50 x2 = 100 markah )

Jumlah soalan Pemahaman = 25 Soalan

4. Jenis Soalan ; Bahagian A : Objektif (Aneka Pilihan )


Bahagian B : Subjektif / Struktur
- Isi tempat kosong
- Padanan/ Salah Betul
- Pemahaman ( Struktur)
BAHASA MELAYU PENULISAN SK (012 )

1.Tempoh Ujian : 1 jam 15 minit

2. Bahagian / Bilangan Soalan

 Bahagian A : 1 Soalan - Mesti jawab


 Bahagian B : 1 Soalan - Mesti jawab
 Bahagian C : 2 Soalan - Pilih SATU

3. Jumlah markah :

 Bahagian A = 10 markah (15 min)


 Bahagian B = 15 markah (25 min)
 Bahagian C = 25 markah (35 min)

Jumlah = 50 markah

4. Jenis / Bentuk Soalan : Subjektif

 Bahagian A : Bergambar- Bina Ayat


 Bahagian B : Grafik – Ulasan / penilaian
idea
 Bahagian C : Karangan
BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ _________________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba !” titah


Tuanku Muadzam dengan murka.
A. Beta C. Patik
B. Saya D. Baginda

2. Kassim ___________________ bola dengan kuat hingga terkena pasu bunga neneknya.
A. menolak C. menggelecek
B. menyepak D. memegang

3. Midah digelar____________oleh Cikgu Limah kerana dia suka


bercakap semasa dalam kelas.
A. mulut tempayan C. mulut murai
B. mu]ut becok D. mulut manis

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Mereka ________________ sambil minum petang di anjung rumah.


A. bertitah C. bergurau
B. berfikir D. bersembang
Soalan 17 hingga 20

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN BERCERITA
Persatuan Bahasa Malaysia SK Tun Abdullah Badawi akan menganjurkan pertandingan
bercerita sempena Minggu Bahasa Malaysia. Butir-butir pertandingan adalah seperti yang
berikut :
Tarikh : 12 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi
Tema : Kasih Sayang
Tempat : Dewan Sekolah Wawasan
Peserta : Terbuka kepada murid Tahap 2
Tarikh tutup penyertaan : 28 Februari 2018

Hadiah :
Pemenang pertama – Hadiah wang tunai sebanyak RM 100.00
Pemenang kedua - Hadiah wang tunai sebanyak RM 80.00
Pemenang ketiga - Hadiah wang tunai sebanyak RM 50.00
5 pemenang sagu hati – Hadiah wang tunai sebanyak RM 20.00

Semua pemenang akan diberi sijil penghargaan

Sesiapa yang berminat hendaklah mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Hayati.

17. Mengapakah pertandingan itu diadakan ?


A. Untuk menyemai semangat kasih sayang dalam kalangan guru dan murid.
B. Untuk memupuk bakat murid-murid dalam bercerita.
C. Untuk memilih murid yang bakal mewakili sekolah ke peringkat daerah.
D. Untuk memenuhi aktivti sempena Minggu Bahasa Malaysia di sekolah.

18. Siapakah yang tidak layak menyertai pertandingan bercerita tersebut ?

A. Ahmad Zawir dari Kelas Empat Kuning.


B. Jaffery Shah dari Kelas Tiga Ungu
C. Jamilah dari Kelas Lima Hijau
D. Sashveen dari Kelas Enam Merah.
19. Berapakah jumlah wang tunai yang ditawarkan untuk pemenang sagu hati ?
A. RM 20.00 C. RM 80.00
B. RM 60.00 D. RM 100.00

20. Bagaimanakah cara untuk menyertai pertandingan bercerita tersebut ?


A. Mendapatkan borang penyertaan daripada guru kelas masing-masing.
B. Mendapatkan borang penyertaan daripada guru penasihat persatuan.
C. Mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Hayati.
D. Mendapatkan borang penyertaan daripada wakil persatuan.
BAHAGIAN B (30 MARKAH )
Soalan 25. Baca puisi di bawah kemudian jawab soalan berikutnya.

Ingat Pesan

Ingatlah pesan ibu


Simpanlah mainan selepas diguna
Susunkan kasut selepas dipakai
Agar mudah diguna semula.

Ingatlah pesan ayah


Nasihat dan budaya baik jadikan amalan
Usah diabai keselamatan diri
Sepanjang masa harus berhati-hati.

Ingatlah pesan guru


Berjalan biar tertib jangan tergesa
Barhati-hati gunakan tangga
Patuhilah peraturan sekolah
Agar menjadi murid cemerlang.

a. Ibu berpesan …
1. ______________________________________________________________________

2. ______________________________________________________________________
(2 markah )

b. Mengapakah anak-anak mesti menyimpan semula mainan selepas digunakan ?


________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Tandakan / bagi pernyataan yang betul.

Ayah berpesan supaya berhati-hati supaya kita sentiasa selamat.

Kita mesti mematuhi peraturan sekolah supaya menjadi murid


yang berdisiplin.

Pesanan ayah supaya berhati-hati semasa menggunakan tangga


di sekolah .

( 2 markah )
CONTOH KERTAS PENULISAN .
MASA : 1 JAM 15 MINIT

Bahagian A

[10 markah]

[Masa dicadangkan: 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan suasana di ruang tamu. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar di bawah.
Bahagian B

[ 15 markah ]

[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menghormati orang tua.


Tulis ulasan tentang gambar tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Bahagian C ( 25 markah )

( Masa dicadangkan : 35 minit )

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjangnya karangan kamu sendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

SOALAN 1

Kamu dan rakan-rakan kamu sedang bersedia untuk menyertai acara perbarisan
rumah sukan semasa hari sukan sekolah. Tiba-tiba salah seorang rakan kamu
pengsan. Tuliskan tindakan yang kamu lakukan,

Tulis karangan kamu dengan selengkapnya.

ATAU

SOALAN 2

Riang hatiku badan bertuah


Punya teman yang comel dan manja
Basikal tua
Membawa aku ke mana sahaja
Itulah aku Basikal Tua

Berdasarkan pernyataan di atas tuliskan sebuah karangan lengkap yang bertajuk Aku
Sebuah Basikal.
Tuliskan karangan kamu selengkapnya.

You might also like