PSV Akhir Tahun 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

1. Apakah definisi harmoni?


A. Tindak balas tampak dalam alam dan karya seni yang meyepadukan unsur-unsur
B. Jarak antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan karya seni visual
C. Sesuatu objek yang mempunyai struktur jisim dan isi padu
D. Tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan

2. Manakah antara berikut merupakan kesan daripada gabungan unsur-unsur dalam elemen
rekaan?
A. Kecelaruan C. Keselesaan
B. Kekeliruan D. Keresahan

3. Apakah ciri-ciri harmoni yang boleh dilihat pada bangunan?


A. Harmoni daripada aspek garisan
B. Harmoni daripada aspek jalinan
C. Harmoni daripada aspek hiasan
D. Harmoni daripada aspek motif

4. Manakah antara berikut merupakan fungsi harmoni dalam sesebuah gubahan karya seni
visual?
A. Meningkatkan nilai estetik C. Meningkatkan prinsip harmoni
B. Meningkatkan kualiti gubahan D. Meningkatkan ciri-ciri harmoni

5. Pilih teknik penghasilan kontra.


A. Penggunaan rupa yang sama
B. Penggunaan arah yang sama
C. Penggunaan saiz yang berbeza
D. Penggunaan bentuk yang sama

6. Pernyataan yang manakah benar mengenai kontra?


A. Kontra wujud apabila unsur seni digunakan secara bertentangan antara satu sama lain
B. Kontra merupakan tindak balas tampak yang menyepadukan unsur-unsur
C. Kontra menimbulkan keselesaan dalam karya seni visual
D. Kontra juga dikaitkan dengan kesatuan

7. Mengapakah perkataan pada papan tanda jalan raya menggunakan warna kontra?
A. Keindahan
B. Menarik perhatian
C. Tujuan keselamatan
D. Mewujudkan kepelbagaian

8. Pernyataan yang manakah boleh dikaitkan dengan penegasan?


A. Penumpuan unsur seni atau imej yang kelihatan lebih ketara
B. Keadaan unsur seni yang dapat dilihat dalam keadaan seimbang
C. Susun unsur-unsur seni yang menunjukkan pergerakan
D. Pernyatuan unsur-unsur seni yang menimbulkan kesan harmoni

1
9. Apakah fungsi penegasan dalam penghasilan poster?
A. Menyeimbang sesuatu keadaan
B. Menimbulkan tumpuan dan fokus
C. Menyepadukan unsur-unsur seni
D. Mewujudkan kesan keseragaman

10. Ciri yang manakah dapat mewujudkan penegasan


A. Warna yang kontra
B. Garisan yang sama
C. Bentuk yang sama
D. Rupa yang sama

11. Teknik yang manakah digunakan untuk menghasilkan penegasan?


A. Elemen yang kontra
B. Warna yang harmoni
C. Bentuk yang seimbang
D. Unsur garisan yang sama

12. Apakah fungsi penegasan buah rambutan yang berwarna merah pada pohonya?
A. Kelihatan cantik
B. Menarik perhatian
C. Mengelakkan kebosanan
D. Menimbulkan kepelbagaian

13. Kepelbagaian warna dapat dilihat pada


A. sebijik epal
B. segugus kunci
C. sebatang pokok
D. sebuah taman bunga

14. Pernyataan manakah mewakili fungsi prinsip kepelbagaian?


A. Mengelakkan kebosanan
B. Mengurangkan daya tarikan
C. Pengulangan dalam gubahan
D. Mengalihkan fokus pemerhati

15. Bagaimanakah kepelbagaian dapat diwujudkan dalam karya seni visual?


A. Unsur seni yang rencam
B. Tiada unsur seni garisan
C. Kesan jalinan yang terang dan jelas
D. Penggunaan rupa organik yang sama

16. Manakah antara berikut merupakan jenis imbangan tidak semetri?


A. Sebuah buku C. Sebatang pokok
B. Kapal terbang D. Gasing tradisional

17. Apakah garisan yang membahagikan dua bahagian sesuatu objek?


A. Garisan menegak C. Garisan paksi
B. Garisan beralun D. Garisam tebal

2
18. Manakah antara berikut merupakan fungsi imbangan?
A. Menunjukkan pergerakan
B. Mewujudkan penumpuan
C. Menampakkan kelainan
D. Mewujudkan kestabilan

19. Apakah fungsi imbangan pada cermin mata?


A. Keselesaan pengguna
B. Kelihatan cantik
C. Mudah dipakai
D. Lebih ringan

20. Apakah yang dimaksudkan dengan kesatuan dalam karya seni visual?
A. Gabungan Bahasa Seni Visual
B. Gabungan flora dan fauna
C. Gabungan fizikal dan ilusi
D. Gabungan alat dan bahan

21. Manakah antara berikut merupakan teknik untuk menghasilkan kesatuan dalam seni halus?
A. Gabungan tajuk dan mesej yang sama
B. Unsur seni yang berulang-ulang
C. Penggunaan unsur seni yang pelbagai
D. Elemen seni yang disusun dengan sepadan

22. Pernyataam yang manakah betul tentang prinsip kesatuan dalam karya?
A. Rupa yang pelbagai akan menonjolkan kesan prinsip kesatuan
B. Kesatuan dapat dihasilkan melalui unsur warna dan jalinan
C. Warna yang kontra akan mewujudkan kesan prinsip kesatuan yang sempurna
D. Gubahan bahagian kiri dan kanan yang seimbang akan menimbulkan prinsip kesatuan

23. Apakah yang dimaksudkan dengan irama dan pergerakan dalam karya seni visual?
A. Hasil karya yang seimbang
B. Nilai ton warna yang berubah-ubah
C. Kepelbagaian unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya
D. Kesan pergerakan yang wujud daripada pengulangan visual

24. Manakah antara berikut merupakan jenis irama


A. Irama rawak C. Irama selingan
B. Irama teratur D. Irama bersimpang-siur

25. Manakah pernyataan yang betul tentang fungsi prinsip irama dan pergerakan?
A. Menjadikan pergerakan kelihatan tidak tersusun atau sekata
B. Menjadikan karya seni lebih realistik
C. Memberi kesan statik pada rupa
D. Menimbulkan kebosanan

3
26. Manakah antara berikut merupakan teknik untuk mewujudkan prinsip irama dan
pergerakan?
A. Olahan saiz bentuk yang sama
B. Olahan garisan yang berulang
C. Olahan warna yang sekata
D. Olahan rupa yang sama

27. Mengapakah aksi dalam komik menggunakan banyak prinsip irama dan pergerakan
A. Memudahkan jalan cerita
B. Menonjolkan watak utama
C. Memaparkan prinsip kepelbagaian
D. Meninggalakn kesan aksi yang mendalam

28. Apakah aspek utama dalam definisi tajuk?


A. Tema C. Figura
B. Mesej D. Hal benda

29. Apakah Fokus utama dalam definisi mesej?


A. Ketepatan tajuk C. Hal benda yang relevan
B. Pemilihan teknik D. Maksud tersurat dan tersirat

30. Buah fikiran yang tercetus hasil rangsangan seperti pemerhatian, pengalaman dan
perbincangan pengkarya sebelum menghasilkan karya seni visual ialah ________________.
A. Idea C. Motif
B. Tema D. Konsep

1. A B C D 21. A B C D
2. A B C D 22. A B C D
3. A B C D 23. A B C D
4. A B C D 24. A B C D
5. A B C D 25. A B C D
6. A B C D 26. A B C D
7. A B C D 27. A B C D
8. A B C D 28. A B C D
9. A B C D 29. A B C D
10 A B C D 30. A B C D
11. A B C D
12. A B C D
13. A B C D
14. A B C D
15. A B C D
16. A B C D
17. A B C D
18. A B C D
19. A B C D
20. A B C D

4
BAHAGIAN B

1. Apakah definisi kepelbagaian dalam Bahasa Seni Visual?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

2. Mengapakah prinsip kontra penting dalam rekaan grafik

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

3. Bagaimanakah anda boleh menunjukkan sesuatu objek itu berada jauh dengan menggunakan
warna?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

4. Bagaimanakah prinsip imbangan dapat diwujudkan dalam karya seni visual?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

5. Apakah unsur yang boleh menimbulkan kesan imbangan tidak simetri dalam sesuatu gubahan?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

5
BAHAGIAN C
Pelajar dikehendaki menghasilkan satu logo persatuan rekreasi dan kembara.

You might also like