Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

5 KAJIAN LEPAS

Beberapa kajian lepas telah pun dijalankan ke atas novel TIVI ini. Novel ini

telah menerima kritikan yang sungguh hebat daripada para karyawan- karyawan negara.

Salah satunya ialah kritikan daripada Mohd Zariat Abdul Rani dalam Islamiyyat pada

tahun 2008 yang bertajuk “Karya Mithali Sastera Islam? Satu penilaian Kritis Terhadap

novel TIVI yang merupakan karya oleh Shahnon Ahmad”. Beliau telah mempersoalkan

mengenai kandungan novel Shahnon Ahmad yang membawa kepada penulisan yang

berunsurkan erotik dan seksual namun dinilai sebagai satu karya sastera Islam. Di

samping itu, Mohd Zariat juga turut mengemukakan satu lagi kertas kerja yang bertajuk

“Islam, Modernity and Western Influence in Malay Literature: An Analysis of the

Employment of Narrative Devices in Shahnon Ahmad’s TIVI” pada tahun 2007 dalam

“New Zealang Journal of Asian Studies”. Kajian ini juga turut membincangkan sama

ada novel ini benar- benar memenuhi ciri- ciri karya Sastera Islam. Kedua, kajian Mohd

Zariat telah dijadikan sebagai “Persuratan Baru” bagi mengkaji konflik di antara Islam

dan Barat dalam Sastera Melayu.

Selain Mohd Zariat Abdul Rani, Sohaimi Abdul Aziz juga mempunyai pandangan

serta pendapat yang sama seperti Shahnon Ahmad yang telah mendakwa TIVI sebagai

“Karya Mithali”. Sohaimi telah memberikan sokongan terhadap dakwaan oleh Shahnon

Ahmad berdasarkan teori oleh Sigmund Freud yang mengatakan bahawa seksualiti

merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam perkembangan psikologi manusia.

Oleh yang demikian, maka kajian- kajian lepas yang berkaitan dengan TIVI

banyak menyoalkan tentang di manakah aspek nilai dan agama dapat mengangkat novel

ini sebagai satu “karya mithali” yang membawa kepada nilai- nilai yang boleh dijadikan

sebagai pengajaran oleh pembaca. Ini disebabkan oleh hampir separuh daripada novel
ini menceritakan mengenai adegan- adegan yang erotik dan seksual serta perubahan yang

berlaku dalam gaya hidup keluarga Chah yang tidak lagi mempunyai nilai- nilai yang

baik serta mengikut ajaran agama Islam. Pengkaji- pengkaji yang lepas banyak

menggunakan “Persuratan Baru” bersama surah- surah dalam Quran untuk membidas

kedudukan novel TIVI sebagai karya sastera Islam manakala sebahagian lagi pengkaji

menggunakan teori- teori moden seperti yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud bagi

menempatkan novel ini kukuh sebagai satu karya Sastera Islam.

Abdul Kadir Derani. (1993). Rumahku Syurgaku: Perkahwinan dalam Islam. Kuala Lumpur:

Perniagaan Mawarku. Abd. Kadir Abdullah Hassan. (2002). Perkahwinan dalam Islam. Kuala

Lumpur: Al- Hidayah Publishers. Mohd Affendi Hassan . Medan- medan dalam Sistem

Persuratan Melayu : Sanggahan Terhadap Syarahan Perdana Prof. Dr. Muhammad Haji salleh

(Sarjana dan Sasterawan Negara). Kota Bharu: Penerbit Tiga Puteri.

You might also like