Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEJOHANAN BOLA TAMPAR E2VC U16

2019
PERATURAN PERTANDINGAN

1. AM
Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN BOLA TAMPAR E2VC U16 2019

2. PENGELOLA
Pertandingan ini dikelolakan oleh Kelab Bola Tampar SMK Putrajaya Presint 11(2)

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN


3.1 Yuran penyertaan ialah RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ringgit sahaja). Bayaran
hendaklah dibuat secara tunai semasa pendaftaran.
3.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak melebihi dua belas (12) orang pemain
sahaja. Pendaftaran hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan.
3.3 Setiap pemain hendaklah menyerahkan KAD PENGENALAN semasa pendaftaran.
3.4 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku
sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan
secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut
dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan
lawan.

3.5 Kelayakkan pemain mengikut umur adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki 16 tahun : Pemain lelaki yang lahir pada tahun 2003 dan selepas
sahaja
Kategori Perempuan 16 tahun : Pemain perempuan yang lahir pada tahun 2003 dan
selepas sahaja

3.6 Semua pemain boleh mewakili satu pasukan sahaja.

3.7 Semua pemain hendaklah bermain bagi pasukan sekolah (school based) masing-masing
sahaja.

3.8 Pemain SUKMA, AUG, ASG, MAVA League dan Malaysia Open (Tahun 2015-2019)
TIDAK dibenarkan mendaftar.

4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh : 16 November 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00pagi -6.00 petang
Tempat : Gelanggang Serbaguna Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11(2)

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1 Pasukan yang akan berlawan hendaklah berada di gelanggang lima (5) minit sebelum
perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana
pasukan jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa
sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
KEJOHANAN BOLA TAMPAR E2VC U16
2019
5.2 Perlawanan boleh dijalankan dengan enam (6) pemain sepasukan. Setiap pasukan
hendaklah mempunyai bilangan pemain secukupnya. Jika kurang dari jumlah pemain
yang sepatutnya, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dan
pasukan tersebut dikira kalah.

6. FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Tertakluk kepada bilangan penyertaan, pasukan-pasukan yang bertanding dibahagikan kepada
dua (2) kumpulan A & B (bagi 6 pasukan atau lebih) atau dijalankan secara liga satu kumpulan
(bagi kurang dari 6 pasukan). Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan
dengan cara undian bagi menentukan kumpulan masing masing.
6.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir (liga dua kumpulan)
Johan dan Naib Johan kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib Johan dan
Johan kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang akan
bertanding dalam perlawanan akhir.

7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

7.1 Keseluruhan perlawanan akan dimenangi oleh pasukan yang terdahulu mendapat 31 mata
dengan tiada deuce. (Peringkat kumpulan hingga akhir)
7.2 Undang-undang lain adalah mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia
(MAVA).
7.3 Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad. Setiap kemenangan akan diberi dua (2)
mata dan kekalahan (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama,
maka kaedah di bawah hendaklah digunakan untuk mencari pemenang.

Kaedah 1: Nisbah set terbesar : Jumlah set menang/Jumlah set kalah


Kaedah 2: Nisbah mata terbesar: Jumlah mata set menang/Jumlah mata set kalah
Jika masih tiada pemenang, pengundian akan diadakan.

7.5 Pakaian yang digunakan oleh pasukan bertanding hendaklah mempunyai nombor disebelah
belakang dan hadapan. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain. Pertukaran
nombor pemain tidak dibenarkan.

8. PENGADILAN

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Tampar E2VC U16 2019 akan menyediakan pengadil-
pengadil yang merupakan pengadil peringkat negeri atau mantan pemain MSS Putrajaya di peringkat
kebangsaan. Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.

You might also like