Surat Mohon Sponsor Tiket Bertuah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Kampung Baru

PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN KENINGAU


PETI SURAT NOMBOR 4
89008 KENINGAU, SABAH

Tarikh : 21 Okt 2019

Kepada,
Tuan/Puan/Encik/Cik

___________________________

Tuan,
Memohon Sumbangan Kewangan Bagi Hadiah Acara Cabutan Tiket Bertuah
Sempena Kejohanan Olahraga SK KG. Baru Tahun 2019

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah ingin memohon sumbangan kewangan daripada pihak


tuan/puan untuk tujuan pembelian hadiah bagi acara cabutan tiket bertuah
sempena Kejohanan Olahraga SK KG Baru, Keningau Tahun 2019. Bagi
makluman tuan Sukan Tahunan ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 22 & 23 Oktober 2019 ( Rabu & Khamis )


Masa : Jam 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Kampung Baru, Keningau

3. Sehubungan dengan ini, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput


tuan/puan untuk menyaksikan kejohanan sukan ini. Diharapkan dengan
kehadiran tuan akan memeriahkan lagi kejohanan ini nanti.

4. Akhir sekali pihak sekolah terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima
kasih terhadap sumbangan yang diberikan oleh pihak tuan.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,

…………………….……..
( Nurul Ain Abdullah )
Guru Besar
Merangkap Pengerusi Kejohanan
Sukan Tahunan SK Kampung Baru
Tahun 2019

Sk : Fail

You might also like