Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

NAMA SEKOLAH:

SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab

NAMA PENGKAJI/PENYELIDIK:
Rozita Anak Latip

TAJUK KAJIAN:
Teknik KuFaS Kertas 1 Melalui Permainan BINGO Sukatan Pelajaran Tingkatan 5 Hanafi

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah
SPM Kertas 1 . Pendekatan pengajaran berasaskan kepada teori konstruktivisme dapat memberi peluang
kepada murid dalam membina kefahaman mereka sendiri dan murid dapat belajar secara aktif seain
menghidupkan persekitaran pembelajaran yang menarik. Seramai 13 orang murid berpencapaian rendah
dalam Kertas 1 dipilih secara pensampelan bertujuan di salah sebuah sekolah menengah di daerah
Padawan. Saya telah menggunakan analisis dokumen sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu peritus. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan dalam pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah Kertas 1 . Lantaran itu,
kajian ini mencadangkan agar permainan Bingo digunakan dalam meningkatkan pencapaian dan minat
murid dalam Sejarah Kertas 1.

1.0 PENDAHULUAN
Secara umumnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan mata pelajaran Sejarah
sebagai mata pelajaran wajib lulus SPM mulai 2013. Mata pelajaran Sejarah dijadikan mata pelajaran
wajib lulus sebagai syarat layak mendapat sijil SPM sebagai syarat layak mendapat sijil SPM. Oleh yang
demikian, keputusan yang baik dalam mata pelajaran Sejarah amat penting untuk pelajar.
Berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme, pelajar perlu membina ilmu pengetahuan dengan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdPc. Penggunaan bahan bantu mengajar yang dipersembahkan
juga mesti menarik supaya dapat meningkatkan minat pelajar dalam menguasai ilmu baru.

1
Teknik KuFaS melalui Permainan Bingo digunakan untuk membantu pelajar dalam mengingati fakta
sejarah sejarah di samping mewujudkan suasana pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang
menyeronokkan pelajar.

1.1 REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG LALU


Pelajar-pelajar di dalam kelas 5 Hanafi terdiri daripada pelajar-pelajar yang sederhana dan lemah.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah didapati ramai pelajar yang
tidak minat Sejarah, sukar mengingati fakta Sejarah, rasa bosan mempelajari Sejarah serta waktu PdPc
Sejarah yang dilaksanakan pada waktu petang. Hasil dapatan Ujian Diagnostik 1 (Mac) , seramai 13 orang
daripada 34 orang pelajar tidak mencapai gred kepujian (sekurang-kurangnya gred C).
Selama ini saya mengajar dengan menggunakan kaedah Pak-21 seperti 1 Stay, 3 Stray, Gallery Walk,
Think Pair Share dan sebagainya. Malah, saya juga menyangka dengan penggunaan Modul Nota Sejarah
Tingkatan 5 untuk memudahkan pelajar mengingati fakta dengan baik tetapi sangkaan saya meleset.
Modul Nota Sejarah Tingkatan 5 telah saya sediakan bagi pelajar mencari perkataan, istilah atau frasa
yang sesuai bagi melengkapkan tempat kosong.
Lagipun berdasarkan kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar, mereka bukanlah pelajar
yang lemah kerana rata-rata daripada pelajar ini memperoleh sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR. Saya
merasakan perkara ini agak pelik apabila pelajar tidak dapat menguasai fakta Sejarah walaupun dengan
keputusan UPSR yang agak baik.
Sekiranya masalah tidak ditangani, pelajar akan terus mengamalkan sikap sambil lewa kerana soalan yang
dikemukakan dianggap agak mudah dan sentiasa berulang kerana menggunakan buku teks sebagai
panduan untuk mencari jawapan. Jika penggunaan buku teks diberikan secara berterusan maka pelajar
akan malas untuk menghafal fakta sejarah.

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRRIHATINAN


Walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya hanya memfokuskan kajian ini
kepada masalah pelajar yang mendapat kurang daripada 25/40 jawapan yang betul bagi Kertas 1 (soalan
objektif). Buktinya, didapati 24 daripada 34 (70%) murid 5 Hanafi tidak mencapai tahap minimum 25/40
dalam Ujian Diagnostik. Bagi mencapai keputusan yang baik dalam Sejarah SPM, calon hendaklah
memperoleh atau mencapai tahap minimum sekurang-kurangnya 25/40 ke atas bagi Kertas 1.

2
Dengan adanya unsur didik hibur dalam PdPc di dalam kelas, saya yakin pelajar dapat mencapai tahap
minimum bagi Kertas 1 sekaligus mencapai gred kepujian bagi mata pelajaran Sejarah SPM.

3.0 TUJUAN & OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan Sejarah SPM Kertas 1 dalam kalangan pelajar
Tingkatan 5 Hanafi.
Berdasarkan tujuan kajian, objektif khusus kajian adalah untuk:
i. meningkatkan pencapaian tahap minimum bagi SPM Sejarah Kertas 1.
ii. mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dalam kalangan pelajar

4.0 PERSOALAN KAJIAN


Berpandukan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. Adakah terdapat peningkatan pencapaian tahap minimum pelajar bagi SPM Sejarah Kertas 1?
ii. Adakah wujud suasana pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan pelajar?

5.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang tidak mencapai tahap minimum SPM Sejarah K1 dalam Ujian
Diagnostik Tingkatan 5. Jumlah yang telah dikenalpasti seramai 13 orang pelajar yang terdiri daripada
11 pelajar perempuan dan 2 pelajar lelaki. Malah, kebanyakan para pelajar ini juga berasal dari kawasan
luar bandar

6.0 REKABENTUK/MODEL KAJIAN


Bentuk kajian yang dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian Model Kajian Tindakan yang
diaplikasikan dalam Kajian Model Kurt Lewin (1946). Menurut Lewin (1946), kajian tindakan
memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah berdasarkan kepada empat langkah iaitu merancang
(planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran akan berterusan ke kitaran
seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan
kitan baru.

3
Mereflek Merancang

Satu
kitaran
kajian

Memerhati Bertindak

Modul Kajian Tindakan Lewin (1946)

6.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Langkah Pelajar diberi pra-ujian untuk menilai pemahaman pelajar. Guru merekodkan markah
1 pelajar untuk membuat perbandingan.
Langkah Pelajar diberi Modul Kertas 1 berdasarkan soalan peperiksaan SPM Sejarah tahun-tahun
2 lepas.
Langkah Guru mengarahkan pelajar supaya membuat kotak 5 x 5 petak untuk permainan Bingo
3 dengan menulis nombor 1-25 secara rawak.
Langkah Guru mengedarkan Modul Kertas 1 (soalan objektif) kepada pelajar.
4
Langkah Pelajar diminta menggariskan/menandakan kehendak soalan & mencari 3 fakta yang
5 berkenaan dengan merujuk buku teks Sejarah T4 dan Tingkatan 5.
Langkah Guru memulakan permainan Bingo dengan meminta mana-mana pelajar untuk menjawab
6 soalan & memilih nombor kesukaan mereka.
Langkah Pelajar-pelajar lain diminta mencatat 3 fakta yang dikemukakan dalam modul masing-
7 masing.

4
Langkah Pelajar yang berjaya mendapat 1 garis lurus menyebut BINGO. Pelajar yang menang
8 akan ditentukan melalui 5 garis luris pelajar itu BINGO.
Langkah Guru memberi ujian kepada pelajar untuk melihat sama ada berlakunya peningkatan
9 pemahaman pelajar.

7.0 PELAN TINDAKAN DAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN

BIL. PERKARA APRIL MEI JUN JULAI OGOS


1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Kenalpasti
permasalahan
2 Tinjauan data
awal
3 Merancang
pelan tindakan
4 Melaksanakan
pelan tindakan
5 Menganalisa
data
6 Refleksi
7 Penulisan
pelaporan

8.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Saya telah menggunakan kaedah analisis dokumen kerana maklumat yang relevan kepada isu dan
masalah yang dikaji. Dokumen merupakan sumber yang paling mudah kepada saya kerana
maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Dokumen yang saya gunakan ialah rekod pencapaian
Ujian Diagnostik (AR1), Peperiksaan Pertengahan Tahun (AR2) dan Peperiksaan Percubaan SPM
(AR3).

5
9.0 CARA MENGANALISIS DATA KAJIAN
Berdasarkan Jadual 9.1 , seramai 13 orang pelajar atau 38.2 % Tingkatan 5 Hanafi tidak mencapai
tahap minimum dengan memperoleh sekurang-kurangnya 25/40 bagi Kertas 1 dalam Ujian
Diagnostik (AR1). Oleh itu, sebahagian besar daripada pelajar itu adalah lemah dalam Sejarah
Kertas 1 , maka satu pelan tindakan boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini.

BIL. PELAJAR J AR1


1 Alya Adriana Binti Hazemi P 10/40
2 Damia Adzwa Binti Mohamad Iskana P 18/40
3 Muhammad Hadif Danish B Padil L 18/40
4 Muhammad Nur Haqimin Bin Raden L 19/40
5 Nur Asha Fazira Binti Asmadi P 18/40
6 Nur Qamarina Bt Alik P 18/40
7 Nur Qurattun Ain Fitry Hasikin P 17/40
8 Nurul Hazwani Binti Razali P 18/40
9 Nurul Shafikah Binti Ahamad Jedi P 20/40
10 Shahirah Binti Sulaini P 15/40
11 Sharida Binti Kamarudin P 15/40
12 Syifa Najhan Binti Abdul Buhat P 18/40
13 Zaidah Binti Ahmad Zaidi P 20/40

Jadual 9.1 Prestasi Pelajar dalam Ujian Diagnostik (AR1)

Setelah permainan Bingo diterapkan dalam PdPc, saya mendapati perubahan yang agak ketara apabila
kedapatan pelajar berjaya mencapai tahap minimum 25/40 bagi Kertas 1 dalam Peperiksaan Pertengahan
Tahun (AR2). Berdasarkan Jadual 9.2, seramai 6 orang pelajar yang berjaya mencapai tahap minimum
manakala 7 orang lagi masih belum mencapai tahap minimum. Walau bagaimanapun, 7 orang pelajar ini
menunjukkan peningkatan daripada pencapaian Kertas 1 dalam AR2.
Seterusnya dalam Peperiksaan Percubaan SPM (AR3), semua pelajar menunjukkan peningkatan yang
ketara dalam Kertas 1. Seramai 9 orang pelajar iaitu 69.2% berjaya mencapai tahap minimum Kertas 1

6
manakala 3 orang pelajar masih belum mencapai tahap minimum tetapi menunjukkan peningkatan yang
agak ketara.

BIL. PELAJAR J AR1 AR2 AR3 SPM


2018
1 Alya Adriana Binti Hazemi P 10/40 17/40 20/40 C
2 Damia Adzwa Binti Mohamad Iskana P 18/40 18/40 22/40 C+
3 Muhammad Hadif Danish B Padil L 18/40 18/40 20/40 C+
4 Muhammad Nur Haqimin Bin Raden L 19/40 26/40 28/40 A-
5 Nur Asha Fazira Binti Asmadi P 18/40 27/40 29/40 A-
6 Nur Qamarina Bt Alik P 18/40 19/40 21/40 B+
7 Nur Qurattun Ain Fitry Hasikin P 17/40 22/40 25/40 C+
8 Nurul Hazwani Binti Razali P 18/40 19/40 26/40 C+
9 Nurul Shafikah Binti Ahamad Jedi P 20/40 33/40 34/40 A+
10 Shahirah Binti Sulaini P 15/40 25/40 29/40 B+
11 Sharida Binti Kamarudin P 15/40 20/40 25/40 A-
12 Syifa Najhan Binti Abdul Buhat P 18/40 23/40 25/40 B
13 Zaidah Binti Ahmad Zaidi P 20/40 28/40 29/40 B+

Jadual 9.2 Prestasi Pelajar dalam Ujian Diagnostik (AR1), Peperiksaan Pertengahan Tahun (AR2) dan
Peperiksaan Percubaan SPM (AR3).

Rumusan saya berdasarkan jadual di atas:


i. sepanjang aktiviti permainan Bingo dijalankan pelajar berasa seronok serta menumpukan perhatian
semasa PdPc di dalam kelas.
ii. wujud kesedaran bahawa guru perlu menjalankan aktiviti bercorak didik hibur di dalam PdPc.
iii. pelajar akan mencari 3 fakta tambahan setiap kali guru memberikan latihan soalan objektif tanpa
disuruh.
Saya juga berasa apabila 4 daripada 13 orang pelajar saya berjaya memperoleh gred A dalam SPM 2018.
Sehinggakan ada dalam kalangan mereka menyatakan minat mereka untuk menjadi guru atau pensyarah

7
Sejarah. Malah keputusan SPM 2018 menunjukkan GPMP mata pelajaran Sejarah adalah di tangga
keempat selepas Sains, Bahasa Melayu dan Matematik.

Disediakan oleh,

..................................
(ROZITA ANAK LATIP)
Guru Sejarah,
SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

8
BIL. NAMA PELAJAR K1 30
ALYA ADRIANA BINTI HAZEMI 10 7.5
DAMIA ADZWA BINTI MOHAMAD
ISKANA 18 13.5
MOHAMAD AMIRUL AIMAN BIN
MOHD BAHARIN 21 15.8
MOHAMAD ANIQ HAZIQ BIN MAT
HASSAN 21 15.8
MOHAMAD HAKIMI BIN FAIZAL 22 16.5
MOHD IQMAL BIN RAKAWI 23 17.3
MUHAMMAD AIMAN BIN MUSA 24 18.0
MUHAMMAD HADIF DANISH B
PADIL 18 13.5
MUHAMMAD HAFIZ BIN
MUSTAPHA 21 15.8
MUHAMMAD HAIQAL FIKRI BIN
MANSUR 24 18.0
MUHAMMAD NUR HAQIMIN BIN
RADEN 19 14.3
NUR ASHA FAZIRA BINTI
ASMADI 18 13.5
NUR QAMARINA BT ALIK 18 13.5
NUR QURATTUN AIN FITRY
HASIKIN 17 12.8
NUR ZIKRI FARHAN B MOHAMED
ZAILAN 22 16.5
NURUL HAZWANI BINTI RAZALI 18 13.5
NURUL SHAFIKAH BINTI
AHAMAD JEDI 20 15.0
RADEN AHMAD FARISH BIN
SUDERMAN 23 17.3
RIDZAA IZWANIE BINTI RIDZUAN 23 17.3
SHAHIRAH BINTI SULAINI 15 11.3
SHARIDA BINTI KAMARUDIN 15 11.3
SITI NURA AISYAH BT BAJURI 24 18.0

9
SYIFA NAJHAN BINTI ABDUL
BUHAT 18 13.5
ZAIDAH BINTI AHMAD ZAIDI 20 15.0

10

You might also like