Latar Belakang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Latar Belakang

Unit Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1968. Tujuan
utama unit ini ditubuhkan adalah bagi melaksana dan memantau Program Kebersihan Alam Sekitar
Luar Bandar (Rural Environmental Sanitation Programme, RESP).

Pada tahun 1976, RESP telah diperkembangkan kepada Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam
Sekeliling (BAKAS) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) di semua negeri dan pada tahun
yang sama juga tertubuhnya Unit Keselamatan Sinaran.

Pada tahun 1980, Unit Kejuruteraan Hospital telah diwujudkan. Pada tahun 1981, Unit Kejuruteraan
telah dinaiktarafkan kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK) yang terdiri daripada
BAKAS (Semua Negeri), Unit Keselamatan Sinaran dan Unit Kejuruteraan Hospital (Semua Negeri).

Pada tahun 1983, Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) telah diwujudkan di semua peringkat
Jabatan Kesihatan Negeri dan diletakkan di bawah kawalseliaan BPK.

Pada tahun 1996, Program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) dan Keselamatan Sinaran
telah diwujudkan di peringkat negeri serta Unit Kawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital
ditubuhkan pada tahun yang sama. Pada tahun ini juga BPK telah mula melaksanaan Projek Baru
dan Naiktaraf Fasiliti Kesihatan dan Perubatan di peringkat Ibu Pejabat KKM.

Pada tahun 2007, BPK telah diperkembangkan lagi dengan kewujudan Seksyen Operasi Hospital,
Seksyen Operasi Klinik, dan Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS).

Sehingga tahun 2014, program dan aktiviti yang terletak di bawah tanggungjawab BPK adalah
seperti berikut:

 BAKAS
 KMAM
 PEKA
 Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH)
 Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK)
 Pelaksanaan Projek Baru, Pembaikan dan Naiktaraf
 Medical Equipment Enhance Tenure (MEET)
 National Environmental Action Plan (NEHAP)
 Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS)
 Pengurusan Aset Tak Alih (PATA)
 Pembaikan dan Senggaraan Kuaters
Visi dan Misi
Visi
Menjadi sebuah organisasi yang terdiri daripada pasukan kerja profesional yang berpengetahuan,
cekap dan berkemahiran tinggi di dalam memberi perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang
berkualiti dan berinovatif di Kementerian Kesihatan Malaysia

Misi
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:

 Pembangunan dasar yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran dan perkhidmatan


kejuruteraan fasiliti kesihatan.

 Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti kesihatan persekitaran, perkhidmatan


kejuruteraan fasiliti dan peralatan biomedikal, perkhidmatan pembersihan, pembekalan linen
dan pengurusan sisa klinikal serta perkhidmatan penyelenggaraan fasiliti kesihatan.

 Perancangan, pelaksanaan, penyeliaan projek-projek fizikal di fasiliti kesihatan.

Perutusan Pengarah,
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
Laman web ini merupakan salah satu sumber informasi mengenai maklumat kakitangan dan aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan di bawah BPKj, seiring dengan dasar, visi dan misi KKM. BPKj juga
merupakan Bahagian yang bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan dan pemantauan
aspek-aspek teknikal dalam kejuruteraan kesihatan umum, kejuruteraan penjagaan kesihatan dan
biomedikal yang efisien, efektif dan berkualiti.
Sejajar dengan agenda Kerajaan ke arah Industrial Revolution (IR) 4.0, BPKj juga berhasrat untuk
terus berdiri sebagai Bahagian teknikal di peringkat KKM dalam bidang kejuruteraan kesihatan
umum, kejuruteraan penjagaan kesihatan dan kejuruteraan biomedikal yang inklusif dan mapan
dengan fasiliti kesihatan yang selamat dan hijau untuk memacu pembangunan sektor kesihatan
negara.
Saya juga ingin menarik perhatian para pengunjung, laman web rasmi ini merupakan perkongsian
maklumat mengenai program-program, aktiviti-aktiviti, kegiatan sosial dan kebajikan di BPKj. Selain
itu, laman web ini juga merangkumi penyediaan maklumat atas talian, direktori pegawai, pautan
jabatan dan agensi luar yang berkaitan. Besar juga harapan saya agar, informasi dan maklumat-
maklumat yang disediakan digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan bersama serta memudahkan
pengunjung dalam mendapatkan maklumat yang betul dan tepat.
Akhir kata, saya juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan, pertanyaan atau aduan daripada
setiap pengunjung laman web rasmi ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Bahagian ini dalam
memberi perkhidmatan yang inklusif dan efektif kepada rakyat. Semoga laman web rasmi ini menjadi
nadi penghubung dan maklumat teknikal yang terus kekal bermanfaat kepada anda semua dalam
mendapatkan perkhidmatan yang berterusan Bahagian ini, khususnya dan di KKM, amnya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

Ir. TAURAN ZAIDI BIN AHMAD ZAIDI


Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Objektif
 Merancang dan melaksanakan program-program berkenaan dengan keselamatan kesihatan
awam.

 Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan


seefektifnya dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna,

 Memastikan Program Sanitasi Persekitaran Luar Bandar dilaksanakan dan dipelihara


seefektifnya supaya air minum adalah selamat dan sanitasi diperolehi oleh setiap golongan
masyarakat Luar Bandar

 Menyediakan perkhidmatan teknikal yang berkualiti untuk pelaksanaan projek pembangunan


dan keseluruhan aspek kejuruteraan dan peralatan perubatan,

 Koordinat dan memantau program pembaikpulihan dan pemuliharaan terhadap bangunan-


bangunan dan pusat kemudahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan untuk menyediakan
nasihat teknikal yang mana berkenaan,

 Menyediakan perkhidmatan dalam pelaksanaan Program Kualiti Assuran dan aktiviti


keselamatan radiasi dan juga memastikan peralatan radiasi dan bahan-bahan radioaktif
mematuhi kehendak dan tahap keselamatan.

Polisi Kualiti
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan komited di dalam menyampaikan perkhidmatan yang efektif dan
efisyen bagi memenuhi kehendak dan meningkat kepuasan hati pelanggan menerusi
penambahbaikan berterusan dan penglibatan semua peringkat pekerja berlandaskan Sistem
Pengurusan Kualiti dan garis panduan yang berkaitan.
Piagam Pelanggan
Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar

 Menyediakan perkhidmatan bekalan air dan kebersihan alam sekeliling kepada masyarakat
luar bandar secara berterusan.
 Bilangan persampelan dan penganalisaan air bagi memastikan keselamatan air minuman
yang dibekalkan kepada orang awam menepati mutu piawaian kebangsaan yang telah
ditetapkan.

Kejuruteraan Fasiliti Kesihatan

 Pengeluaran sijil pembayaran interim dalam tempoh 14 hari waktu bekerja apabila segala
dokumen yang dihantar adalah lengkap.

Start page bawah ni (print)


CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

1. Cawangan Perancangan
i) UNIT KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR
ii) UNIT KEJURUTERAAN FASILITI
iii) UNIT TEKNIKAL
iv) UNIT PENJAGAAN KESIHATAN SWASTA
2. Cawangan Perkhidmatan
i) SEKSYEN OPERASI BIOMEDIKAL
ii) SEKSYEN IMPLEMENTASI PROJEK
-Unit Projek I
- Unit Projek II
- Unit Projek III
- Unit Projek IV
iii) SEKSYEN OPERASI KLINIK
- Unit FEMS
- Unit BEMS
- Unit CLS & CWMS
iv) SEKSYEN OPERASI HOSPITAL
- Unit FEMS
- Unit BEMS
- Unit CWMS
- Unit CLS
- Unit LLS
v) SEKSYEN LESTARI DAN TEKNOLOGI
3. Cawangan Regulatori
i) SEKSYEN KAWALAN ALAM SEKITAR
- Unit BAKAS
- Unit KMAM
- Unit Pencemaran Air
- Unit Saintifik
ii) SEKSYEN NEHAP
- Sekretariat NEHAP
- Unit Pencemaran Udara
- Unit Sisa Berbahaya
4. Unit Pentadbiran dan Kewangan
1. CAWANGAN PERANCANGAN
1. Merancang dan mewujudkan dasar dan strategi bagi program kejuruteraan untuk menepati keperluan
kementerian.
2. Menggubal dan menyemak akta dan peraturan-peraturan bagi disesuaikan dengan keadaan semasa dan
standard antarabangsa.
3. Menyedia dan menyemak garis panduan dan standard bagi menambah baik kualiti penyampaian
perkhidmatan.
4. Merancang pembangunan modal insan bagi mempertingkatkan prestasi dan kecekapan organisasi.
5. Menyediakan khidmat nasihat kepakaran serta menggalakkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
bagi menilai kesesuaian teknologi dan keberkesanan program.
6. Membuat semakan, pemeriksaan, pengesahan pematuhan kepada perundangan di bawah Akta
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Terdapat 4 unit di bawah Cawangan Perancangan iaitu:

i) UNIT TEKNIKAL
1. Merancang dan melaksanakan perolehan peralatan biomedikal, kenderaan dan sistem kejuruteraan.
2. Mengurus dan melaksanakan perancangan organisasi dan perjawatan untuk skim kejuruteraan di
Kementerian Kesihatan.
3. Penyelaras laporan/kertas cadangan untuk projek-projek pembangunan melibatkan Agensi Pusat.
4. Bertindak sebagai Pegawai Aset Alih untuk Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.
5. Khidmat nasihat teknikal kejuruteraan.
6. Aktiviti penambahbaikan pengurusan, kualiti dan profesionalisma Jabatan.
7. Kajian kejuruteraan dan penyediaan garispanduan/piawaian.
8. Penyelaras Aktiviti Pengurusan Aset Tak Alih.
9. Khidmat nasihat teknikal untuk projek peralatan perubatan (biomedikal).

ii) UNIT KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR (PKAS)

1. Menyelaras perkhidmatan pengurusan tempat letak kereta (TLK) di fasiliti KKM dan sebagai Urusetia
Jawatankuasa Pemandu Pengurusan TLK di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Mengurus dan membuat penilaian bagi permohonan syarikat untuk outsourcing atau pembangunan
TLK di hospital KKM.
3. Menyelaras pembangunan dan peruntukan latihan dalam perkhidmatan (latihan dalam dan luar negara)
bagi jurutera KKM.
4. Menyelaras dan menilai Laporan CPD (continual professional development) bagi semua jurutera KKM.
5. Menyelaras dan mengurus penyediaan Garis Panduan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan
seperti mould control dan healthcare waste.
6. Menyelaras dan mengurus sukatan peperiksaan dan penggubalan peperiksaan subjek jabatan bagi
Penolong Jurutera KKM.
7. Menyelaras pelaksanaan dan melaporkan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pengarah
Kesihatan di bawah pelaksanaan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.
iii) UNIT PENGURUSAN FASILITI (UPF)
Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) di bawah Cawangan Perancangan di Bahagian Perkhidmatan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) KKM yang bermula secara effektif 1
Julai 2015. Pengwujudan UPF ini adalah selaras dengan kehendak sepertimana yang dinyatakan di
dalam Pekeliling Am Bil 2. Tahun 2012 Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) bagi mengurus Aset
Tak Alih Kerajaan di Kementerian ini.

Objektif
1. Memastikan pendaftaran aset tak alih dilaksanakan di semua peringkat Bahagian / Jabatan / Institusi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Memastikan pengurusan operasi dan penyenggaraan Fasiliti yang berkesan untuk meningkatkan jangka
hayat aset serta pulangan pelaburan yang tinggi kepada kerajaan.
3. Memastikan penyediaan bajet pengurusan aset tak alih dilaksanakan di semua peringkat Bahagian /
Jabatan / Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
4. Memastikan pengukuran prestasi dan penarafan secara sistematik bagi mengoptimumkan nilai aset dan
meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Peranan dan Tanggungjawab
Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) adalah berperanan mengurus dan menyelaras dalam perlaksanaan
Pengurusan Aset Tak Alih di Kementerian Kesihatan seperti di nyatakan di bawah:
1. Menyelaras semua aset tak alih kerajaan di Kementerian Kesihatan yang meliputi:

 Penerimaan dan pendaftaran aset.


 Operasi dan penyelenggaraan aset.
 Penilaian keadaan atau prestasi aset.
 Pemulihan/ubah suai/naik taraf aset.
 Pelupusan aset.
 Kehilangan dan hapus kira.

2. Memantau, mengawal dan menilai pencapaian pelan pelaksanaan, aktiviti setiap fasa dalam kitaran
hayat aset tak alih;
3. Mengurus permohonan Anggaran Belanjawan Mengurus bagi pengurusan aset tak alih.
4. Mengurus keperluan sumber, latihan kompetensi, audit dalaman dan rekod-rekod yang berkaitan
dengan aset tak alih.
5. Mengendali mesyuarat penyelarasan pengurusan aset tak alih.
6. Mengurusetia mesyuarat JKPAK (Fasiliti) dan mesyuarat kajian semula (MKSP) di peringkat
Kementerian.
7. Mengurus pelantikan Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Tak Alih Kerajaan, Ahli Jawatankuasa
Penyiasat (kehilangan/hapus kira), panel penilai teknikal dan pihak pelaksana sekiranya berhubung
dengan pihak ketiga.

iv) UNIT PENJAGAAN KESIHATAN SWASTA (UPKS)


Latar Belakang
UPKS telah ditubuhkan pada September 2007 berikutan berkuatkuasanya Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Akta 586) dan Peraturan-peraturan dibawahnya. Akta ini dikawal
oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian
Kesihatan Malaysia. Akta ini memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengawal
kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta. Secara umumnya, peranan UPKS adalah
memastikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta memenuhi dan mematuhi kehendak-
kehendak kejuruteraan di dalam Akta tersebut. Antara Peraturan-Peraturan dibawah Akta 586 adalah
seperti berikut:

i) Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan
Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006; dan

ii) Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta
dan Klinik Pergigian Swasta) 2006.

Selain itu, UPKS juga turut melaksana dan menguatkuasakan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) dan
peraturan yang berkaitan dengannya.

Aktiviti UPKS
1. Menyemak dan memberi ulasan terhadap pelan-pelan kejuruteraan yang dikemukakan bagi memastikan
ianya mematuhi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta, peraturan-peraturannya,
garis panduan serta piawaian sedia ada.
2. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan kelulusan dan pelesenan premis-premis
kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta.
3. Menjalankan lawatan pemeriksaan ke atas premis-premis kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta
dan menyediakan laporan pemeriksaan.
4. Merancang, membangun dan menyemak semula akta, polisi, strategi, kod amalan dan standard yang
berkaitan dengan untuk aktiviti-aktiviti di bawah Unit Penjagaan Kesihatan Swasta.
5. Menjadi rujukan dan memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan sistem kejuruteraan kepada CKAPS,
UKAPS, premis-premis kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta atau mana-mana pihak yang
berkenaan apabila diperlukan.
5. Menentusahkan loji dan jentera, peralatan perubatan atau kemudahan lain yang layak diberi
pengecualian cukai pendapatan di bawah Investement Tax Allowance (ITA) sebagai galakan Promosi
Pelancongan Kesihatan.

Senarai Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta:


http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Senarai_KPJKS

You might also like