Kertas Kerja Sambutan Hari Kanak Kanak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

MELAKSANAKAN AKTIVITI
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI
Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

TAJUK AKTIVITI : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


TARIKH : 2 NOVEMBER 2018
PEGAWAI MEJA : SHARIRAH BINTI DAUD
KOD : 2018/PKHEM/

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar untuk menimbang dan bersetuju :
a. Mengadakan majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak

2. LATAR BELAKANG
a. Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di SK Bukit Tinggi.
b. Unit Hal Ehwal Murid telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk
melaksanakan aktiviti tersebut.

3. OBJEKTIF
a. Menghargai sumbangan kanak-kanak di sekolah.
b. Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan
kanak-kanak.
c. Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holostik dari segi fizikal, kognitif, bahasa,
sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
d. Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
e. Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta
berwibawa.

4. ASAS PERTIMBANGAN
a. Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa kanak-kanak mempunyai perlindungan, kebajikan,
kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa terpelihara.
b. Membuktikan masyarakat terhadap keprihatinan kebajikan dan kesejahteraan kanak-
kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada setiap tahun

5. KUMPULAN SASARAN
1277 orang murid.

6. IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk lampiran 1 -

7. TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran 2

8. JAWATANKUASA AKTIVITI
Rujuk lampiran 3

1
9. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak dikemukakan untuk
pertimbangan dan kelulusan.

10. SYOR
Pengetua / Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………………..….
( )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi

Cap :

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan

You might also like