Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEK. MEN. KEB.

RAJA MUDA MUSA


45600 BESTARI JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROJEK MURAL SEKOLAH

Anjuran:
UNIT KOKURIKULUM
SMK RAJA MUDA MUSA
1.0 PENGENALAN

1.1 Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan.
Sekolah membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui
persekitaran yang kondusif. Persekitaran sekolah yang kondusif akan merealisasikan
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan cemerlang.

1.2 Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan
suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan
kawasan sekolah antaranya ialah aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini
atau taman Sains, menceriakan bilik darjah dan sebagainya.

1.3 Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, Unit Kokurikulum SMK Raja Muda
Musa telah bersepakat untuk membuat mural bertemakan alam di setiap blok
bangunan SMK Raja Muda Musa.

2.0 RASIONAL

2.1 Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi
agenda penting dalam rutin harian sekolah.
2.2 Sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah ceria dan disenangi oleh tetamu yang datang ke sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik;


3.2 mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber
perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah;
3.3 hasil kerja pelajar dijadikan sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila pelajar
meninggalkan alam persekolahan kelak;
3.4 melatih pelajar untuk belajar melukis mural.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua ahli kelab dan persatuan SMK Raja Muda Musa

5.0 TARIKH PROGRAM DAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


Tarikh : 7 November 2013
Tempat : SMK Raja Muda Musa
Masa : 8.00 – 12.30 tengah hari

6.0 PELAN TINDAKAN PROJEK MURAL

Langkah Aktiviti
1  Mencari bahan dan lukisan yang sesuai untuk dilukis melalui
internet dan perbincangan dengan guru penasihat kelab/persatuan.
 Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti tali, pita pengukur
dan kapur.
2  Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat dan berus
 Melukis lukisan mural pada dinding sekolah
3  Mewarnakan lukisan secara berperingkat
4  Membaiki dan menambahbaik mural yang dilukis
5  Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan
7.0 AGIHAN TUGAS

Blok Persatuan/Kelab Fasilitator/Pemantau


Blok A  Bahasa Melayu
 Geografi dan Alam
Sekitar
 Usahawan
Blok C  Bahasa Cina
 KKQ
 Pengguna
Blok D  Bahasa Inggeris
 Pendidikan Seni
 Briged Siber  Guru penasihat kelab
Blok F  Bahasa Tamil dan persatuan
 MPPU  Penyelaras
 Prostar kelab/persatuan
Blok H  Pendidikan Islam akademik dan bukan
 Sains akademik
 Kaunseling &
Kerjaya/PRS
Blok I  Kemahiran Hidup
 SPBT
 Matematik
Blok K  Sejarah
 Sains Pertanian
 Rukun Negara
 ERT
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Azmi Bin Misron


Timbalan Pengerusi : Pn. Noraliza Bt Md Nusi
Naib Pengerusi I : Pn. Aspuriah Bt Masoad
En. Halim Bin Omar
Pn. Norul ‘Aini Bt Omar
Pn. Masmerah Bt Urmin
Naib Pengerusi II : Pn Rosinah Bt Sungip
Pn Norsiah Bt Abu Samat
En Azhar B. Osman
En Mazzam B. Abu Bakar
Penyelaras program : Pn Sharifah Norziedah Nordin
Mentor/Fasilitator : Guru-guru penasihat kelab dan persatuan

9.0 SUMBER PERBELANJAAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Sumber diperolehi daripada :

a) Pihak Sekolah

1. Makanan dan minuman murid

________________________

RM 544.00

2. Cat
________________________
RM 400.00

____________________________
JUMLAH KESELURUHAN RM 944.00
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Makanan dan minuman untuk 200 orang pelajar


1. Bihun
2. Air sirap/mineral
3. Cawan polistrin

___________________
RM 544.00

b) Peralatan melukis dan mengecat


1. Cat tin
2. Kayu Reja
3. Pembuka Cat tin
4. Berus Cat
5. Minyak Thinner

_____________________
RM 400.00

________________________

JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN RM 944.00

________________________
11.0 PENUTUP

Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Projek ini
adalah salah satu platfom para pelajar untuk mencari pengalaman secara terus tidak melalui bilik
darjah. Semoga projek mural sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri pelajar dan
mengindahkan lagi kawasan sekolah.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

(NOOR FARHANA BT. ABDUL SAMAD) (EN. AZMI BIN MOSRON)


Pengetua
SMK Raja Muda Musa

You might also like