Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK GOVERNMENT MORTGAGE REDUCING TERM TAKAFUL

(GMRTT)
(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk sebelum anda
memutuskan untuk menyertai Government Mortgage
Reducing Term Takaful (GMRTT). Sila pastikan anda telah Tarikh : 20/08/2019
membaca terma umum dan syarat.)

1. Apakah produk ini?

h Government Mortgage Reducing Term Takaful (GMRTT) ialah pelan Takaful Keluarga Berkelompok yang menyediakan
perlindungan kewangan bagi jumlah pembiayaan Gadaijanji yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan
Sektor Awam (LPPSA) sekiranya berlaku Kematian atau Ahli mengalami Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK)
atau penyakit kritikal yang membawa kepada persaraan akibat kesihatan.

h Pembayaran manfaat adalah berdasarkan Jumlah Dilindungi yang berkurangan sekiranya berlaku Kematian atau HUKK
atau penyakit kritikal yang membawa kepada persaraan akibat kesihatan dalam tempoh penyelesaian pembiayaan
Gadaijanji yang disediakan.

2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai?

h Takaful
Berdasarkan konsep Takaful, Ahli-ahli akan memberi sumbangan kepada Akaun Pelaburan Risiko Keluarga
Berkelompok (APRKB) sebagai tabarru’ (derma), yang mana ia akan digunakan untuk pertolongan dan bantuan
bersama.
h Wakalah
Peserta melantik Pengendali Takaful untuk mengendalikan operasi Takaful dengan mengenakan Yuran Wakalah
sebagaimana diluluskan oleh pihak berkuasa.
h Tabarru’
Ia adalah sumbangan yang mana Ahli-ahli bersetuju untuk mencarum, ke dalam sebuah dana khas iaitu APRKB.
Caruman ini akan digunakan untuk bantuan bersama sekiranya Ahli-ahli lain ditimpa musibah.

h Perkongsian Lebihan
Sekiranya terdapat pengisytiharan Lebihan dari APRKB pada setiap akhir tahun kewangan, ia akan dikongsi antara
Ahli-ahli* dan Zurich Takaful Malaysia Berhad pada nisbah 50:50, tetapi hanya akan dikongsi dengan Ahli setelah Sijil
Ahli tamat. Tiada lebihan akan dibayar jika Sijil telah diserahkan atau ditamatkan disebabkan oleh tuntutan.
Nota: *Hanya Ahli-ahli yang tidak membuat sebarang tuntutan dan/atau tidak menerima sebarang manfaat di bawah
setiap jenis perlindungan di bawah Sijil semasa ianya masih berkuatkuasa.
3. Apakah jenis perlindungan/manfaat yang diberikan?

h Jumlah Dilindungi permulaan anda ialah RM 0.00


h Pelan ini menyediakan perlindungan berikut:

No Manfaat-manfaat¹ Deskripsi
1. Manfaat Kematian (Semua § Zurich Takaful Malaysia Berhad akan membayar sekaligus baki Jumlah
sebab)² Dilindungi yang berkurangan kepada LPPSA sekiranya berlaku Kematian.

2. Manfaat Hilang Upaya § Zurich Takaful Malaysia Berhad akan membayar sekaligus baki Jumlah
Keseluruhan & Kekal Dilindungi yang berkurangan kepada LPPSA sekiranya berlaku HUKK.
(HUKK)³

3. Manfaat Khairat Kematian² § Zurich Takaful Malaysia Berhad akan membayar manfaat tambahan
sebanyak RM2,000 sekiranya berlaku Kematian terhadap Ahli.

Manfaat Penyakit Kritikal § Zurich Takaful Malaysia Berhad akan membayar sekaligus baki Jumlah
4.
yang menyebabkan Dilindungi yang berkurangan kepada LPPSA sekiranya Ahli menghidap
persaraan awal4 penyakit kritikal yang menyebabkan persaraan awal.

5. Manfaat Rawatan § Zurich Takaful Malaysia Berhad akan membayar balik perbelanjaan yang
Perubatan untuk HUKK³ ditanggung untuk rawatan perubatan HUKK sehingga RM1,000.

Nota:
1) Perlindungan di bawah sijil ini akan terhenti dengan serta-merta sekiranya manfaat bernombor 1,2 ataupun 4 telah
dituntut.
2) Perlindungan Kematian adalah sehingga Ahli berumur 95 tahun atau berdasarkan tempoh pembiayaan Gadaijanji, yang
mana terdahulu.
3) Perlindungan HUKK adalah sehingga Ahli berumur 70 tahun atau berdasarkan tempoh pembiayaan Gadaijanji, yang
mana terdahulu.
4) Perlindungan Penyakit Kritikal yang menyebabkan persaraan adalah sehingga umur persaraan, atau Ahli berumur 60
tahun atau berdasarkan tempoh pembiayaan Gadaijanji, yang mana terdahulu.

4. Berapakah caruman yang perlu dibayar?

h Caruman yang perlu dibayar oleh Ahli adalah bergantung kepada:

a. Hari Jadi Terhampir pada masa permohonan : 37


b. Jantina : Lelaki
c. Tempoh pembiayaan Gadaijanji : 35
d. Jumlah pembiayaan Gadaijanji : RM 0.00
e. Tempoh penangguhan pembiayaan Gadaijanji : 1

h Anggaran Caruman Tunggal untuk perlindungan GMRTT ialah RM 0.00.

5. Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?

h Yuran Wakalah¹ (40% daripada Caruman Tunggal) : RM 0.00


h Caj Serahan : 0% daripada Nilai Tunai kasar

Nota:
1.Selepas ditolak Yuran Wakalah, baki caruman akan diperuntukkan ke dalam APRKB sebagai Tabarru’.
6. Apakah terma dan syarat utama yang harus saya ketahui?
h Cukai - Semua Caruman and yuran yang dinyatakan dalam dokumen ini adalah tertakluk kepada cukai atau levi
kerajaan.
h Kepentingan untuk membuat pendedahan untuk Kontrak Takaful Pengguna - Mengikut Perenggan 5 Jadual 9 Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sekiranya Anda memohon Takaful ini semata-mata untuk tujuan yang tidak
berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda bertanggungjawab untuk mengambil langkah yang
munasabah untuk tidak membuat salah nyata dalam menjawab soalan-soalan di dalam borang permohonan (atau ketika
ada memohon Takaful ini). Anda hendaklah menjawab soalan-soalan secara penuh dan tepat. Kegagalan untuk
mengambil langkah yang munasabah untuk menjawab soalan-soalan akan menyebabkan pembatalan kontrak,
penolakan atau pengurangan tuntutan anda, perubahan terma atau penamatan kontrak anda. Kewajipan pendedahan di
atas akan diteruskan sehingga masa kontrak takaful anda dimasuki, diubah atau diperbaharui dengan kami. Selain
menjawab soalan dalam borang permohonan (atau ketika anda memohon Takaful ini), anda dikehendaki untuk
mendedahkan sebarang perkara-perkara lain yang anda tahu ianya relevan dengan keputusan kami dalam menerima
risiko dan menentukan kadar dan terma yang digunapakai. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami,
dengan segera sekiranya pada bila-bila masa selepas kontrak Takaful telah dibuat, diubah atau diperbaharui dengan
kami, sebarang maklumat yang disediakan dalam Borang Permohonan (atau ketika anda memohon Takaful ini) tidak
tepat atau telah diubah.

h Kepentingan untuk membuat pendedahan untuk Kontrak Takaful Bukan Pengguna - Mengikut Perenggan 4 (1) Jadual 9
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, jika anda memohon Takaful ini untuk tujuan yang berkaitan dengan
perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda bertanggungjawab untuk mendedahkan sebarang perkara yang
anda tahu ianya relevan dengan keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan
digunapakai dan sebarang perkara yang munasabah di dalam keadaan yang boleh dijangka diketahui sebagai relevan,
jika tidak, ianya mungkin akan mengakibatkan pembatalan kontrak Takaful, penolakan atau pengurangan tuntutan anda,
perubahan terma atau penamatan kontrak Takaful anda.Kewajipan pendedahan di atas akan diteruskan sehingga masa
kontrak Takaful anda dimasuki, diubah atau diperbaharui dengan kami.Anda juga mempunyai kewajipan untuk
memberitahu kami, dengan segera sekiranya pada bila-bila masa selepas kontrak Takaful anda telah dibuat, diubah
atau diperbaharui dengan kami, sebarang maklumat yang disediakan dalam Borang Permohonan (atau ketika anda
memohon Takaful ini) tidak tepat atau telah berubah. Sekiranya terbukti terdapat penyembunyian fakta material dan
ianya merupakan penipuan yang disengajakan atau sengaja ditinggalkan, hanya remedi di dalam Jadual 9 Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 akan digunapakai.

h Tempoh bertenang - jika Ahli berhasrat untuk tidak menerima Sijil, Ahli boleh mengembalikan Sijil kepada Pengendali
Takaful untuk pembatalan berama-sama dengan kebenaran bertulis dengan syarat permohonan untuk pembatalan
diserahkan oleh Peserta atau Ahli kepada Pengendali Takaful dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran Sijil.
Caruman yang telah dibayar akan dikembalikan sekiranya Ahli membatalkan Sijil dalam tempoh bertenang.

h Perlindungan akan terhenti pada tarikh tamat tempoh dan Zurich Takaful Malaysia Berhad tidak akan bertanggungjawab
kepada apa-apa perbelanjaan yang berlaku selepas tarikh tamat tempoh.

h Sekiranya berlaku Kematian, salinan Sijil Kematian yang disahkan oleh pegawai kami atau Pesuruhjaya Sumpah perlu
diserahkan kepada Kami.

Nota: Senarai ini bukan senarai yang lengkap. Sila rujuk Sijil kontrak Takaful untuk senarai penuh bagi terma dan
syarat di bawah Sijil Takaful ini.
7. Apakah pengecualian utama di bawah Sijil ini?

h Kematian
Sekiranya berlaku Kematian terhadap Ahli akibat membunuh diri, sama ada waras atau sebaliknya dalam tempoh satu
(1) tahun Tarikh Kuatkuasa bagi Sijil Ahli jumlah liabiliti keseluruhan oleh Pengendali Takaful berkenaan dengan
perlindungan Ahli tersebut ialah jumlah yang sama dengan Caruman selepas penolakan Yuran Wakalah.
h Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) dan Penyakit Kritikal yang membawa kepada persaraan akibat
kesihatan
Tiada manfaat HUKK atau Penyakit Kritikal yang membawa kepada persaraan awal di bawah Sijil ini yang akan dibayar
sekiranya keadaan HUKK atau penyakit kritikal yang membawa kepada persaraan akibat kesihatan yang dialami oleh
Ahli disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagiannya, oleh:
a. Mencederakan diri sendiri sewaktu siuman atau tidak siuman;
b. Di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau dadah;
c. Memasuki, mengendali, atau menyelenggara, menaik atau menurun, daripada atau dengan mana-mana peranti
atau pengangkutan udara kecuali semasa Ahli berada di dalam pesawat yang dikendalikan oleh penerbangan
penumpang komersial dalam perjalanan penumpang berjadual biasa melalui laluan penumpang yang telah
ditetapkan;
d. Perkhidmatan dalam angkatan tentera atau penyertaan dalam manuver tentera atau aktiviti atau dalam apa-apa
tindakan perang (diisytiharkan atau tidak diisytiharkan) atau keganasan;

e. Peperangan (diisytiharkan atau tidak diisytiharkan), serangan, tindakan musuh asing, permusuhan, perang
saudara, pemberontakan, revolusi, pemberontakan, ketenteraan atau rampasan kuasa, rusuhan atau kekecohan
awam;
f. Timbul daripada sebarang tindakan keganasan dan sebarang tindakan diambil untuk mengawal, mencegah, atau
sebarang cara yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini. Sekiranya Pengendali Takaful mengatakan bahawa oleh
sebab pengecualian ini, mana-mana kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang tidak dilindungi oleh polis,
Ahli yang terbeban boleh membuktikan bahawa pengecualian ini tidak terpakai. Jika mana-mana bahagian
pengecualian ini kemudiannya didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di Mahkamah undang-undang
atau sebaliknya, seluruh bahagian hendaklah terus berkuat kuasa;
g. Sebarang pelakuan jenayah atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan;
h. Penglibatan dalam mana-mana sukan berbahaya atau hobi seperti perlumbaan (selain daripada menggunakan
kaki), pesawat glider, belayar atau hobi lain yang ternyata berbahaya dan berisiko kecuali sukan tersebut yang
telah dibayar carumannya;
i. Sebarang penyakit atau penyakit akibat daripada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan; -
- Kekurangan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau sebarang sindrom atau keadaan
yang serupa jenis namun ia mungkin dinamakan yang didiagnosis oleh pengamal perubatan, doktor atau pakar
bedah berlesen.
- Kehadiran virus AIDS seperti yang didedahkan oleh antibodi AIDS positif atau ujian virus AIDS.
j. Apa-apa tindakan yang menyebabkan atau kecederaan yang dikenakan oleh mana-mana orang yang mendapat
manfaat daripada perlindungan takaful ini atau oleh mana-mana orang yang berkomplot dengan mana-mana orang
yang mendapat manfaat daripada perlindungan takaful ini;

k. Sebarang penyakit atau penyakit yang timbul daripada atau dialami akibat daripada di atas; dan
l. Hilang upaya yang wujud sebelum atau pada tarikh keluaran sijil manfaat ini atau tarikh penguatkuasaan semula,
yang mana kemudian.

Nota: Senarai ini bukan senarai yang lengkap. Sila rujuk Sijil kontrak Takaful untuk senarai penuh bagi pengecualian
di bawah Sijil Takaful ini.
8. Bolehkah saya membatalkan Sijil ini?

Ya, Ahli mempunyai hak untuk membatal atau menamatkan Sijil ini dengan memberitahu LPPSA. Selepas penamatan,
Ahli akan diberi Nilai Serahan bergantung pada masa penamatan bagi Takaful Gadaijanji.
Tempoh Dari Tarikh Kuatkuasa Sijil Amaun yang akan dibayar

Kurang Dari 1 tahun Pembayaran balik semua caruman yang telah dibayar.

Nilai Serahan¹ ditambah dengan Yuran Wakalah yang


Selepas 1 tahun
belum diperolehi.

Nota:
1) Nilai Serahan adalah tertakluk kepada caj serahan.

9. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran perhubungan / maklumat peribadi saya?
Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Zurich Takaful Malaysia Berhad jika berlaku perubahan mengenai
butiran perhubungan bagi memastikan semua surat-menyurat dapat diserahkan kepada anda dalam tempoh yang
sepatutnya.

10. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

h Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:

Zurich Takaful Malaysia Berhad (731996-H),


Tingkat 23A, Mercu 3,
No. 3, Jalan Bangsar,KL Eco City,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : 1-300-888-622
: 03-2109 6000
Faks : 03-2109 6888
E-mail : callcentre@zurich.com.my

11. Jenis perlindungan lain yang serupa


h Tiada.
NOTA PENTING:
PENYERTAAN DALAM PELAN TAKAFUL KELUARGA MERUPAKAN KOMITMEN KEWANGAN JANGKA PANJANG. ANDA
HARUS MEMILIH JENIS SIJIL YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN ANDA. ANDA HENDAKLAH MEMBACA DAN
MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN PERUNDING ATAU MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL
UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Semua caruman dan yuran yang perlu dibayar di bawah sijil ini tertakluk kepada Cukai. Sekiranya Cukai
dikenakan, ia akan dinyatakan dalam invois dan Zurich Takaful Malaysia Berhad berhak untuk menuntut atau
mengutip Cukai daripada anda sebagai tambahan kepada caruman dan/atau yuran yang perlu dibayar di bawah
sijil ini.

Zurich Takaful Malaysia Berhad didaftarkan di bawah Akta Pekhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank
Negara Malaysia.
Maklumat yang disediakan dalam lembaran pendedahan ini adalah sah pada 20/08/2019 sehingga semakan semula dilakukan.
LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK TAKAFUL PEMILIK RUMAH JANGKA PANJANG

PRODUCT DISCLOSURE SHEET (LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM)

(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk sebelum anda


memutuskan untuk menyertai Pelan Takaful Pemilik Rumah Tarikh : 20/08/2019
Jangka Panjang (LTHO). Sila pastikan anda telah membaca
terma umum dan syarat.)

Kontrak Takaful Pengguna:

Menurut Perenggan 5 dari Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, jika anda memohon takaful ini sepenuhnya
bagi tujuan yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil
langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan . Anda
dikehendaki menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan dengan lengkap dan tepat.

Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan, mungkin mengakibatkan pembatalan
kontrak takaful anda, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda.

Kewajipan penzahiran di atas hendaklah berterusan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui
dengan kami.
Sebagai tambahan kepada soalan-soalan dalam Borang Cadangan , anda dikehendaki untuk menzahirkan apa-apa perkara
lain yang anda tahu boleh mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang
dikenakan.
Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak
takaful anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami, apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang
Cadangan tidak tepat atau telah berubah.

Kontrak Takaful Komersial :

Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, jika anda memohon takaful ini bagi tujuan yang
berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk menzahirkan apa-apa perkara
yang anda tahu boleh mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang
dikenakan, dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak
takaful, keengganan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda.

Kewajipan penzahiran di atas hendaklah berterusan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui
dengan kami.

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak
takaful anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami, apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang
Cadangan tidak tepat atau telah berubah.
1. Apakah produk ini?

Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang ini melindungi bangunan rumah kediaman persendirian dan rumah pangsa /
pangsapuri / kondominium / townhouse / rumah kedai.

2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai?

h Takaful
Berdasarkan konsep Takaful, peserta akan menyumbang ke dalam Akaun Pelaburan Risiko (PRIA) sebagai Tabarru’
yang akan digunakan untuk sokongan dan bantuan bersama.

h Wakalah
Peserta akan melantik Pengendali Takaful untuk menguruskan caruman takaful dengan mengenakan Yuran Wakalah
seperti yang telah diluluskan oleh badan berkuasa.

h Tabarru’
Peserta bersetuju untuk menderma wang Caruman ke satu akaun khas iaitu Akaun Pelaburan Risiko untuk membantu
Peserta lain yang ditimpa musibah.

h Hibah
Jika terdapat Lebihan pada akhir setiap tahun kewangan, ia akan dikongsi sama rata antara Peserta dengan Pengendali
Takaful pada nisbah 50:50 berdasarkan prinsip Hibah.

3. Apakah jenis perlindungan/manfaat yang diberikan?

Sijil ini melindungi:


Bangunan rumah kediaman persendirian termasuk pejabat domestik, kandang kuda, garaj, bangunan-bangunan luar di
atas premis yang sama, lekapan, lengkapan, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling premis.

Sewa Takaful : 10% daripada jumlah yang dilindungi.


Tanggungan kepada Awam: RM50,000 mana-mana satu kemalangan atau siri kemalangan yang dianggap sebagai satu
kejadian.
Penambahan sehingga 50% daripada jumlah bangunan yang dilindungi.

Sijil ini melindungi kerugian atau kerosakkan kepada bangunan yang disebabkan oleh mana-mana bencana di bawah:

h Kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah


h Letupan
h Pesawat dan peranti udara yang lain dan/atau barang yang jatuh daripadanya.
h Impak ke atas mana-mana bangunan oleh kenderaan atau haiwan bukan kepunyaan atau di bawah pengawasan
peserta atau mana-mana ahli keluarganya.
h Pecahan atau limpahan tangki air domestik, atau paip air.
h Kecurian tetapi hanya jika dilakukan dengan menggunakan kekerasan dan keganasan semasa atau keluar bangunan
atau cubaan melakukannya.
h Hurikan, siklon, taufan, angin ribut
h Gempa bumi dan letusan gunung berapi
h Banjir
h Rompakan dan tahan di dalam premis harta yang dilindungi

Tertakluk kepada pengecualian dan lebihan yang disebut dalam sijil itu.
Tempoh perlindungan Takaful Pemilik Rumah Anda adalah 0 tahun.
4. Berapakah caruman yang perlu dibayar / How much contribution do I have to pay?

Jumlah caruman yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan (contohnya jenis
bangunan, status pembinaan, jumlah dilindungi dan tempoh perlindungan) daripada Pengendali Takaful. Sila hubungi
Perunding Takaful atau Pengandali Takaful untuk maklumat selangutnya.

5. Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar / What are the fees and charges that I have to pay?

Jenis Jumlah

Yuran Wakalah 35.5% daripada jumlah Caruman atau RM 0.00

Duti Setem RM 10.00

6. Apakah terma dan syarat utama yang harus saya ketahui?

h Cukai - Semua Caruman and yuran yang terdapat dalam dokumen ini tertakluk kepada cukai atau levi kerajaan.

h Kepentingan Pendedahan - anda mesti mendedahkan semua fakta di dalam borang cadangan secara lengkap dan jujur
(contohnya apa-apa kerugian sebelumnya atau mana-mana Pengendali Takaful yang telah menolak untuk melindungi
anda) yang mana anda tahu atau patut tahu, jika tidak sijil yang dikeluarkan dianggap tidak sah.
h Anda perlu memastikan bahawa harta anda dilindungi secukupnya dengan jumlah perlindungan yang sepatutnya pada
setiap masa dengan mengambil kira pengubahsuaian dan penambahan yang dibuat terhadap harta anda. Asas jumlah
perlindungan
Dilindungi Nilai / Jumlah Dilindungi
Nila bangunan dilindungi = Nilai pasaran atau Nilai pengembalian semula
Nilai keperluan isi rumah
Item baru = harga pembelian
Item lain = nilai pasaran yang bermaksud nilai harta tersebut dilindungi kurang elaun wajar untuk haus dan lusuh dan /
atau susut nilai
h Peningkatan Penambahan
Pada tahun kedua dan seterusnya, jumlah yang dilindungi akan ditingkatkan sebanyak dua peratus (2%) setahun
sehingga maksimum lima puluh peratus (50%) dari jumlah yang dilindungi yang asal. Contoh:

Tempoh Maklumat Penambahan Jumlah Dilindungi (RM)


Tahun 1 0% 100,000
Tahun 2 2% 102,000
Tahun 3 4% 104,000
Tahun 4 6% 106,000
Tahun 5 8% 108,000
Tahun 10 18% 118,000
Tahun 20 38% 138,000
Tahun 26 + seterusnya 50% 150,000
h Fasal Purata / Average Clause
Jika pada masa kerugian, harta benda yang dilindungi adalah lebih besar daripada jumlah yang dilindungi, anda perlu
menanggung bahagian yang boleh dikurangkan dari kerugian tersebut:

Contoh tuntutan yang ditanggung pada tahun yang ke 10:

Dengan Jumlah Penambahan Tanpa Jumlah Penambahan


Nilai harta semasa kerugian 300,000 300,000

Jumlah Dilindungi 200,000 200,000 (#1) Nota:


2% x 10 tahun = 20%
Peningkatan Penambahan 20% x 200,000
(#1) 40,000
pada tahun 10 jumlah dilindungi =
Kerugian atau Kerosakan 20,000 20,000 RM 40,000

200,000 + 40,000 200,000 + 0


Pengendali Takaful bayar = 300,000
x 20,000 = 16,000 300,000
x 20,000 = 13,333

Anda perlu menanggung = 4,000 6667

Contoh tuntutan yang ditanggung pada tahun yang ke 25:


Dengan Jumlah Penambahan Tanpa Jumlah Penambahan
Nilai harta semasa kerugian 300,000 300,000

Jumlah Dilindungi 200,000 200,000 (#2) Nota:


2% x 25 tahun = 50%
Peningkatan Penambahan 50% x 200,000
(#2) 100,000
pada tahun 25 jumlah dilindungi =
Kerugian atau Kerosakan 20,000 20,000 RM 100,000

200,000 + 100,000 200,000 + 0


Pengendali Takaful bayar = 300,000
x 20,000 = 20,000 300,000
x 20,000 = 13,333

Anda perlu menanggung = 0 6667

h Pembayaran Caruman
* Caruman mesti dibayar kepada Zurich Takaful Malaysia Berhad dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh sijil
jika gagal sijil akan dibatalkan secara automatic.
* Pastikan resit bagi caruman yang dibayar kepada Perunding Takaful atau Pengendali Takaful.
* Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau cek (cek hendaklah dibuat atas nama Zurich Takaful Malaysia Berhad).
* Hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad jika anda masih belum menerima sijil Takaful anda dalam tempoh sebulan
selepas pembelian.

h Pembayaran Caruman
* Semua peserta tidak membuat sebarang tuntutan semasa tempoh perlindungan adalah layak untuk menerima
agihan lebihan.
* Semua peserta korporat tidak membuat tuntutan melebihi tiga puluh peratus (30%) daripada jumlah caruman
semasa tempoh perlindungan adalah layak untuk menerima agihan lebihan.

h Pengurusan Pembayaran Jumlah Kecil


Untuk apa-apa amaun yang kena dibayar dan perlu dibayar kepada Anda (selain daripada pengagihan lebihan) yang
kurang daripada Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00), Kami akan mendermakan jumlah wang sedemikian seperti yang
diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah kami. Walau bagaimanapun, jika Anda memutuskan sebaliknya, Anda
dikehendaki mengemukakan permintaan rasmi kepada Kami.

Nota: Senarai ini bukanlah senarai lengkap. Sila rujuk kepada Kontrak Sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini.
7. Apakah pengecualian utama di bawah Sijil ini?

Sijil Pemilik Rumah/Isi Rumah ini tidak melindungi sesetengah kerugian, seperti :
h Risiko Perang, keganasan, nuklear atau radioaktif
h Penenggelaman atau gelinciran tanah
h Pemberontakan, rusuhan, kebangkitan tentera atau orang awam
h Bahagian "Liabiliti kepada Orang Awam" tidak melindungi sebarang kecederaan atau kerosakan berkaitan asbestos
yang melibatkan penggunaan, kehadiran, kewujudan, pengesanan, penyingkiran, penghapusan atau penghindaran
asbestos atau pendedahan atau kemungkinan pendedahan kepada asbestos
h Perintah Kerajaan atau Pihak Berkuasa Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan
h Kehilangan atau kerosakan akibat apa-apa jenis
h Kerosakan Harta untuk Data atau Perisian
h Kerugian atau kerosakan akibat kecurian oleh pekhidmat domestik anda atau mana-mana ahli keluarga
h Sebarang perkara lain yang bertentangan dengan prinsip Syariah.

Nota: Senarai ini bukanlah senarai lengkap. Sila rujuk Kontrak Sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah sijil ini.

8. Bolehkah saya membatalkan Sijil ini?


Anda boleh pada bila-bila masa membatalkan Sijil Anda dengan memberikan notis bertulis kepada Pengendali Takaful.
Selepas pembatalan, anda akan mendapat bayaran balik caruman kadar sama rata dengan tempoh Takaful yang belum
tamat (selepas ditolak lima belas peratus (15%)), tertakluk tidak membuat sebarang tututan telah dibuat oleh anda.

9. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran perhubungan saya?
Adalah menjadi tanggungjawab Anda untuk memaklumkan kepada Kami sekiranya terdapat sebarang perubahan
maklumat bagi memastikan setiap urusan surat menyurat sampai kepada Anda tepat pada masanya.

10. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?


Sekiranya Anda memerlukan maklumat lanjut berkaitan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang, sila layari
www.zurich.com.my atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di:

Zurich Takaful Malaysia Berhad (731996-H),


Tingkat 23A, Mercu 3,
No. 3, Jalan Bangsar,KL Eco City,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : 1-300-888-622
: 03-2109 6000
Faks : 03-2109 6888
Website : www.zurich.com.my
E-mail : callcentre@zurich.com.my

11. Jenis perlindungan lain yang serupa:


Tiada.
NOTA PENTING / IMPORTANT NOTE:
ANDA MESTILAH MEMASTIKAN HARTA ANDA DILINDUNGI DENGAN JUMLAH YANG BERPATUTAN. ANDA MESTILAH
MEMBACA DAN MEMAHAMI ISI KANDUNGAN SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN PERUNDING TAKAFUL ATAU
HUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL ANDA SECARA LANGSUNG UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Semua caruman dan yuran yang perlu dibayar di bawah sijil ini tertakluk kepada Cukai. Sekiranya Cukai dikenakan, ia akan dinyatakan dalam invois dan
Zurich Takaful Malaysia Berhad berhak untuk menuntut atau mengutip Cukai daripada anda sebagai tambahan kepada caruman dan/atau yuran yang
perlu dibayar di bawah sijil ini.

ZurichTakaful Malaysia Berhad didaftarkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Maklumat yang disediakan dalam lembaran pendedahan ini adalah sah pada: 20/08/2019 sehingga semakan semula dilakukan.

You might also like