Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

Objektif Pembelajaran :

• Mentakrif dan menghuraikan konsep


Makroekonomi
1.1.1. Konsep Makroekonomi
• Bidang makroekonomi mengkaji ekonomi secara
menyeluruh atau agregat meliputi sektor isi rumah, sektor
firma dan sektor kerajaan.
• Kajian secara agregat bermaksud pengumpulan pelaku
ekonomi tertentu yang dirujuk sebagai satu unit. Contohnya,
berjuta-juta pengguna dalam sebuah negara dianggap
sebagai satu unit besar yang dikenali sebagai pengguna.
• Skop analisis makroekonomi merangkumi aspek berikut :
(a) Penentu pencapaian tingkat aktiviti ekonomi
(b) Masalah makroekonomi sesebuah negara
(c) Dasar makroekonomi yang dijalankan oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah tersebut.
Objektif Pembelajaran

Menerangkan pemboleh ubah utama


makroekonomi dan kepentingannya.
Pemboleh Ubah Makroekonomi
Pendapatan Negara/ Keluaran
Negara & Pertumbuhan
Ekonomi
Guna Tenaga &
Pengangguran

Tingkat Harga Umum & Inflasi

Imbangan Pembayaran
Pendapatan Negara

• Pendapatan negara ialah jumlah nilai barang


dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh setahun. Dalam
konteks Malaysia dinilai/dihitung menggunakan
nilai RM (Ringgit Malaysia).
Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Kasar (KNK)
harga semasa/harga pasar
KNK harga benar/harga tetap

KNK potensi

KNK sebenar

Jurang KNK
Konsep Huraian
KNK harga semasa/pasaran • Pendapatan negara yang dihitung mengikut harga
pasaran barang dan perkhidmatan pada sesuatu tahun.
• KNK pada harga semasa mungkin dipengaruhi oleh
perubahan harga semasa.
KNK harga benar/tetap • KNK harga benar atau pendapatan negara benar
merupakan pendapatan negara yang dinilai mengikut
harga pada tahun asas.
• KNK pada harga benar atau tetap mencerminkan
prestasi ekonomi sesebuah negara selaras dengan
perubahan output negara tersebut dalam tempoh
tertentu.
KNK potensi • KNK potensi atau KNK pada tingkat guna tenaga
penuh ialah keluaran negara yang boleh dihasilkan
oleh sesebuah ekonomi/negara pada tingkat guna
tenaga penuh pada suatu tahun tertentu.
• Pada tingkat guna tenaga penuh, sumber ekonomi
digunakan sepenuhnya. Oleh itu, KNK potensi ialah
jumlah keluaran maksimum yang mampu dihasilkan
oleh sesebuah ekonomi/negara.
Konsep Huraian
KNK sebenar • KNK sebenar ialah tingkat keluaran negara yang
sebenar dihasilkan oleh sesebuah ekonomi/negara
dengan menggunakan sumber ekonomi sedia ada pada
sesuatu tahun tertentu.
Jurang KNK • Perbezaan antara KNK (pendapatan negara) potensi
dengan KNK sebenar.
• KNK potensi > KNK sebenar menunjukkan ekonomi
mengalami pengangguran kitaran dan lebihan kapasiti.
Ekonomi tidak mencapai tingkat guna tenaga penuh.
• KNK potensi < KNK sebenar menunjukkan ekonomi
mengalami tekanan inflasi. Ekonomi menghadapi
kekurangan sumber ekonomi dan output sukar
ditambah kerana ekonomi telah mencapai tingkat guna
tenaga penuh.
• KNK harga semasa > KNK harga tetap
menunjukkan KNK harga
semasa/pasaran dipengaruhi oleh
KNK harga KNK harga inflasi (kenaikan tingkat harga umum).
Tahun semasa tetap • KNK harga semasa tidak menunjukkan
(RM juta) (RM juta) pertumbuhan ekonomi sebenar dan
tidak sesuai digunakan untuk
mengukur taraf hidup rakyat kerana
terdapat unsur inflasi.
• KNK harga tetap lebih sesuai
2006 556 380 454 625 digunakan untuk menilai pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara kerana tidak
dipengaruhi oleh perubahan tingkat
harga.
2007 628 106 482 239 • Peningkatan KNK harga tetap
menunjukkan taraf hidup penduduk
semakin meningkat. Hal ini
menunjukkan lebih banyak peluang
2008 700 832 509 985 pekerjaan berjaya diwujudkan dan
keberkesanan pelaksanaan dasar
kerajaan.
2009 773 743 537 918
Ujian 1

KNK KNK 1. Hitung jurang KNK antara


Tahun sebenar potensi
(RM juta) (RM juta) tahun 2008 hingga 2011.
2. Pada tahun manakah
keadaan ekonomi adalah
2008 152 168 paling buruk? Mengapa?
3. Pada tahun manakah
2009 166 186 ekonomi mencapai tingkat
guna tenaga penuh?
2010 190 190
Mengapa?

2011 194 202


Pertumbuhan Ekonomi
• Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada
perubahan output benar yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh setahun.
• Perubahan output benar ditunjukkan oleh
perubahan Keluaran Negara Kasar benar
(KNKb ) atau Keluaran Dalam Negara Kasar benar
(KDNKb)
Kadar Pertumbuhan Ekonomi
• Kadar pertumbuhan ekonomi dirujuk sebagai kadar perubahan
Keluaran Negara Kasar benar (KNKb) atau Keluaran Dalam
Negara Kasar benar (KDNKb) pada sesuatu tahun berbanding
dengan tahun sebelumnya. Rumus adalah seperti berikut :
���� � −���� �
� �� � ℎ �� �= X 100
���� �
KNKb T2 – KNK benar tahun semasa
KNKb T1 – KNK benar tahun sebelumnya
• KNK benar pada tahun semasa lebih tinggi daripada KNK
benar pada tahun sebelumnya – kadar pertumbuhan ekonomi
adalah positif. Jika sebaliknya kadar pertumbuhan ekonomi
adalah negatif atau berlaku kemelesetan ekonomi.
Ujian 2
(a) Hitungkan kadar
pertumbuhan KNK
harga semasa dan harga
KNK harga KNK harga tetap bagi tahun 2009
Tahun semasa tetap dan 2010.
(RM juta) (RM juta) (b) Terangkan arah aliran
kadar pertumbuhan
2008 308 781 193 585
KNK harga semasa dan
harga tetap sepanjang
tempoh berkenaan.
2009 336 951 203 169
(c) Yang manakah lebih
2010 372 480 217 155 sesuai digunakan untuk
mengukur kadar
pertumbuhan ekonomi?
Jelaskan.
Guna Tenaga & Pengangguran
Konsep Definisi
Tenaga Buruh Jumlah penduduk yang berusia antara 15 tahun
hingga 64 tahun yang sedang bekerja dan aktif
mencari pekerjaan. Tenaga buruh tidak termasuk
mahasiswa, suri rumah dan pesara.
Guna Tenaga Jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja sama ada
bekerja dengan orang lain atau melakukan usaha
sendiri.
Pengangguran Tenaga buruh yang aktif mencari pekerjaan tetapi
belum mendapat sebarang pekerjaan.
Rumus Pengangguran = Jumlah tenaga buruh – jumlah guna
tenaga
Ujian 3
Tenaga Guna
Buruh Tenaga
Tahun
(‘000 (‘000 Hitung pengangguran
orang) orang)
antara tahun 2007
hingga 2010
2007 15 520 13 560

2008 16 780 15 300

2009 17 560 16 220

2010 19 880 18 420


Tingkat Harga Umum dan Inflasi
Konsep Huraian
• Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak
terbatas.
• Diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna (IHP),
IHP menunjukkan perubahan tingkat harga purata barang
dan perkhidmatan melalui masa.
Inflasi
• IHP digunakan kerana ia menggambarkan perubahan kos
hidup sektor isi rumah.
• Kadar inflasi mengukur peratusan perubahan tingkat harga
umum pada suatu tahun berbanding dengan tahun
sebelumnya.
P − P
X 100
P
Rumus Kadar Inflasi
Dengan :
IHP1 = Indek harga pengguna tahun semasa
IHP0 = Indek harga pengguna tahun sebelumnya
Ujian 4
(a) Hitung kadar inflasi bagi tahun 2011 jika
indeks harga pengguna pada tahun 2010
ialah 102.4 dan indeks harga pengguna
tahun 2011 ialah 107.2
(b)Jika kadar inflasi pada tahun 2013 ialah
5.5% dan indeks harga pengguna pada
tahun 2012 ialah 103.6, hitung indeks
harga pengguna pada tahun 2013.
Imbangan Pembayaran
Konsep Huraian
• Petunjuk makroekonomi tentang urus niaga perdagangan
antarabangsa antara sesebuah negara dengan negara lain.
Imbangan
• Akaun kewangan yang mencatat urus niaga yang berlaku
Pembayaran
antara negara tersebut dengan negara lain dalam tempoh
setahun.
Imbangan
• Penerimaan wang dari luar negara melebihi pembayaran
Pembayaran
wang ke luar negara.
Lebihan
Imbangan
• Penerimaan wang dari luar negara kurang daripada
Pembayaran
pembayaran wang ke luar negara.
Kurangan (defisit)
Imbangan
• Penerimaan wang dari luar negara sama dengan
Pembayaran
pembayaran wang ke luar negara.
Seimbang
Objektif Pembelajaran

• Menghuraikan matlamat makroekonomi


• Mentakrifkan dasar-dasar makroekonomi
Matlamat Dasar Makroekonomi

• Matlamat dasar makroekonomi bertujuan


mengatasi masalah yang dihadapi oleh
sesebuah ekonomi.
Matlamat Dasar Makroekonomi
Mencapai Tingkat Guna Tenaga
Penuh
Mencapai Kestabilan Tingkat
Harga Umum

Mencapai Imbangan Pembayaran


yang Memuaskan
Mencapai Pertumbuhan
Ekonomi yang Tinggi
Mencapai Tingkat Guna Tenaga
Penuh
• Tingkat guna tenaga penuh dicapai apabila pengangguran kurang
daripada 4% atau 5%.

• Pada tingkat guna tenaga penuh, jenis pengangguran yang wujud


ialah pengangguran normal, iaitu pengangguran geseran (pekerja
berhenti kerja untuk mencari kerja yang lebih baik dan berlaku dlm
jangka masa pendek sahaja).

• Usaha mencapai tingkat guna tenaga penuh bertujuan meningkatkan


kebajikan masyarakat, meningkatkan keluaran negara pada tahap
optimum dan mengurangkan pengangguran.
Mencapai Kestabilan Tingkat Harga
Umum
• Kestabilan tingkat harga umum merujuk kepada satu keadaan
ekonomi yang berada dalam keadaan tingkat harga umum yang stabil
tanpa mengalami masalah inflasi atau deflasi.

• Usaha mencapai kestabilan tingkat harga umum bertujuan untuk


mengelakkan kenaikan kos hidup yang menjejaskan kebajikan
penduduk.

• Mengekalkan kuasa beli/pendapatan benar dan mengekalkan kos


hidup.

• Kestabilan harga juga boleh mengurangkan masalah sosial kesan


daripada kenaikan taraf hidup.
Mencapai Imbangan Pembayaran
yang Memuaskan
• Imbangan pembayaran yang memuaskan merupakan satu
keadaan ekonomi yang tidak mengalami defisit atau
kurangan dalam akaun imbangan pembayaran.

• Usaha mencapai imbangan pembayaran yang memuaskan


bertujuan untuk mengelakkan kejatuhan nilai mata wang
akibat defisit imbangan pembayaran yang berterusan dan
mengelakkan kejatuhan rizab asing.
Mencapai Pertumbuhan Ekonomi
yang Tinggi
• Pertumbuhan ekonomi yang tinggi merupakan
suatu keadaan ekonomi yang menikmati
peningkatan pendapatan negara dari semasa ke
semasa.

• Usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi


bertujuan menjana peluang pekerjaan kepada
penduduk sesebuah negara, meningkatkan taraf
hidup dan menggalakkan pelaburan.
Bentuk Dasar Makroekonomi

Dasar Sebelahan Permintaan

Dasar Fiskal

Dasar Kewangan
Dasar Sebelahan Penawaran

Dasar Kawalan
Langsung
Dasar Sebelahan Permintaan
• Merujuk kepada dasar kerajaan dan bank pusat
untuk mempengaruhi permintaan agregat dalam
ekonomi.
• Permintaan agregat terdiri daripada perbelanjaan
penggunaan (C); perbelanjaan pelaburan (I);
perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport bersih
(eksport (X) –import (M)).
• Dasar sebelahan permintaan meliputi dasar
fiskal, dasar kewangan dan dasar kawalan
langsung.
Dasar Fiskal (Dasar Belanjawan)

Dasar kerajaan menggunakan cukai dan perbelanjaan untuk mempengaruhi kegiatan


ekonomi ATAU permintaan agregat

Dasar Fiskal Mengembang Dasar Fiskal Menguncup

Apabila berlaku kemelesetan


Apabila berlaku inflasi, kerajaan
ekonomi dan pengangguran,
akan mengurangkan perbelanjaan
kerajaan akan meningkatkan
dan meningkatkan kadar cukai.
perbelanjaan dan mengurangkan
Kesannya, permintaan agregat (AD)
kadar cukai. Kesannya permintaan
berkurang
agregat (AD) meningkat.
Dasar Kewangan

Dasar yang dilakukan kerajaan melalui bank pusat dengan mengawal penawaran
wang dan kadar bunga untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi

Dasar Kewangan Mengembang Dasar Kewangan Menguncup

Apabila berlaku kemelesetan


Apabila berlaku inflasi, bank pusat
ekonomi dan pengangguran, bank
akan mengurangkan bekalan wang
pusat akan menambahkan bekalan
dan menaikkan kadar bunga.
wang dan menurunkan kadar bunga.
Kawalan Langsung
Langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga, kadar upah, eskport dan import
negara bagi mempengaruhi kegiatan ekonomi. Contohnya memperbaiki imbangan
pembayaran, mengawal inflasi dan dasar harga maksimum/minimum.

Kawalan Harga Catuan

Kerajaan mengenakan kawalan harga Kerajaan menjalankan catuan bagi


untuk mengurangkan inflasi & barang yang mengalami kekurangan
menjaga kebajikan pengguna dan penting kepada masyarakat.

Kawalan Terhadap Tingkat Kawalan Terhadap Eksport &


Upah Import

Kerajaan mengawal tingkat upah Kerajaan meningkatkan eksport &


untuk menbendung inflasi yang mengurangkan import untuk
disebabkan oleh peningkatan kos memperbaiki imbangan pembayaran
pengeluaran. defisit dan menstabilkan kadar
pertukaran asing.
Alat Kawalan Langsung & Inflasi Tolakan Kos

Jenis Penjelasan
Kawalan upah • Kawalan terhadap tuntutan upah oleh kesatuan sekerja.
• Kenaikan upah perlu diikuti dengan kenaikan
produktiviti
Kawalan harga • Bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluar bagi
bahan mentah meringankan beban pengguna
• Kerajaan melaksanakan harga maksimum bahan mentah.
Contohnya, bahan api/minyak
Pengurangan • Pengurangan cukai mengurangkan kos pengeluaran,
cukai input pengeluaran bertambah dan harga dapat distabilkan.
tempatan dan
yang diimport
Kawalan harga • Kenaikan harga barang pengguna meningkatkan kos sara
barang hidup menyebabkan buruh menuntut kenaikan upah
pengguna
Dasar Sebelahan Penawaran
• Dasar kerajaan dari segi penawaran untuk
mempengaruhi pengeluaran dan meningkatkan
penawaran agregat (AS) dalam ekonomi.
• Dasar sebelahan penawaran akan menurunkan kos
pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
• Contoh, meningkatkan keupayaan pengeluaran
ekonomi melalui galakan pelaburan seperti
memberi insentif pengecualian cukai kepada
pengeluar dan penurunan cukai import bagi input
pengeluaran.
Dasar Sebelahan Penawaran
Penurunan cukai Penurunan cukai input yang
pendapatan perseorangan diimport seperti bahan mentah.
dan cukai keuntungan Hal ini mengurangkan kos
syarikat. pengeluaran firma &
meningkatkan AS dalam
ekonomi.

Galakkan R & D bagi tujuan


Galakkan fiskal dan insentif mempertingkatkan kuantiti dan
pelaburan seperti kualiti barang serta
pengecualian cukai dan taraf penghasilan produk baru.
perintis dapat meningkatkan
pengeluaran dan produktiviti.
Masalah Makroekonomi
1. Pengangguran
2. Inflasi
3. Imbangan Pembayaran kurangan/defisit
4. Pertumbuhan ekonomi yang lembap

Dasar Sebelahan
Dasar Sebelahan Penawaran
Permintaan • Penurunan cukai
Diatasi Melalui pendapatan/keuntungan
• Dasar Fiskal
• Dasar Kewangan • Penurunan cukai input
• Kawalan Langsung yang diimport
• Galakkan fiskal/insentif
pelaburan
• Galakkan R & D

Mencapai Matlamat Dasar Makroekonomi


1. Tingkat guna tenaga penuh
2. Kestabilan tingkat harga umum
3. Memperbaiki imbangan pembayaran
4. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Gambaran Umum Kegiatan
Makroekonomi
Ekonomi Tiga Sektor Ekonomi Dua Sektor

Melibatkan sektor isi rumah, Melibatkan sektor isi rumah


sektor firma dan sektor dan sektor firma tanpa
kerajaan campur tangan kerajaan

Ekonomi tertutup kerana


tidak melibatkan aktiviti
Dikenali sebagai ekonomi eksport-import atau
tertutup kerana tidak perdagangan antarabangsa
melibatkan perdagangan
antarabangsa tetapi wujud Andaian dlm ekonomi 2 sektor
campur tangan kerajaan 1. Hanya sektor isi rumah
dalam aktiviti ekonomi melakukan tabungan.
2. Tiada susut nilai, jadi
pelaburan kasar =
pelaburan bersih.
Ekonomi Dua Sektor
Buruh, Tanah, Modal &
Usahawan
Pasaran Faktor
Pendapatan
Faktor (Y) (upah,
sewa, bunga bersih
& untung)

Sektor Isi Rumah Sektor Firma

Perbelanjaan
Penggunaan (C)
Pasaran Barang
Barang &
Tabungan (S) Perkhidmatan
(Bocoran)
Pelaburan (I)
Institusi (Suntikan)
Kewangan
Aliran Fizikal
Aliran Wang
Ekonomi Tiga Sektor
Buruh, Tanah, Modal &
Usahawan
Pasaran Faktor
Pendapatan Perbelanjaan
Faktor (Y) (upah, Kerajaan (G)
sewa, bunga bersih
& untung)
Cukai (T) Sektor
Sektor Isi Rumah Sektor Firma
Kerajaan Cukai
Perbelanjaan (T)
Kerajaan (G)
Perbelanjaan
Penggunaan (C)
Pasaran Barang
Barang &
Tabungan (S) Perkhidmatan
(Bocoran)
Pelaburan (I)
Institusi (Suntikan)
Kewangan
Aliran Fizikal
Aliran Wang

You might also like