Cara Dialog Agama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Cara dialog antara agama yang dapat mengharmonikan rakyat Malaysia yang berbilang

kaum.

Dalam mengharmonikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, terdapat pelbagai
cara yang dapat dilaksanakan bagi memastikan kesefahaman antara satu sama lain dapat
diwujudkan. Dialog antara agama memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk
kesefahaman ini. Dialog antara agama bermaksud interaksi antara dua penganut agama atau
lebih, untuk membina persefahaman dan hubungan yang harmoni. Pelbagai inisiatif dialog antara
agama yang boleh dijalankan dan dilaksanakan tanpa wujudnya sebarang salah faham antara
masyarakat. Kadangkala masyarakat berselisih faham dan bermasam muka apabila dialog antara
agama ini dilangsungkan oleh sebab cara berdialog yang salah dan tidak betul. Sebagai
masyarakat, kita perlu sedar bahawa agama merupakan satu isu yang sensitif. Oleh itu, kita tidak
boleh sesuka hati menyentuh tentang isu ini tanpa sebarang ilmu atau adab. Masyarakat juga
perlu tahu masa dan tempat yang sesuai bagi membincangkan tentang hal ini. Namun begitu,
masih ramai masyarakat yang tidak memahami dan menyedari kewujudan kumpulan-kumpulan
agama di Malaysia yang menjalankan kegiatan dialog antara agama. Amalan dialog terbahagi
kepada dua pendekatan iaitu formal dan tidak formal.

Pendekatan formal adalah melalui program-program tertentu yang melibatkan pelbagai


penganut agama dalam berkongsi pandangan terhadap sesuatu isu. Antara contoh-contoh
pendekatan formal ialah seminar, forum, persidangan dan banyak lagi. Pendekatan formal dalam
dialog antara agama dapat dilaksanakan dengan mewujudkan pertubuhan atau persatuan yang
dapat bergiat aktif bagi memastikan pelbagai program dialog agama dianjurkan di Malaysia.
Sebagai contoh, persatuan dan pertubuhan in i dapat menganjurkan aktiviti syarahan, forum, atau
seminar antara agama. Pure Life Society 1945 merupakan sebuah organisasi terawal di Malaysia
selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua pada abad ke-19. Pertubuhan ini dikenali sebagai
sebuah organisasi penerbitan yang mempromosikan kefahaman antara kaum dan agama menerusi
aktiviti syarahan, forum, seminar antara agama di samping menjalankan aktiviti kebajikan yang
menyasarkan golongan miskin, anak yatim di Singapura dan Malaysia. Bagi melancarkan lagi
tujuan pertubuhan ini iaitu mempromosikan kefahaman antara kaum dan agama, Pure Life
Society turut menggerakkan satu lagi sayap kanan iaitu Inter-faith Spiritual Fellowship ( INSaF )
yang bertumpu sepenuhnya kepada usaha mempromosikan keharmonian melalui seminar, forum
dan perkhidmatan. Antara peranan awal gerakan ini dalam mempromosikan dialog antara agama
dapat disoroti dalam disertasi kesarjanaan Khairulnizam Mat Karim ( 2005 ) yang bertajuk
Realiti Aplikasi Dialog Antara Agama di Malaysia: Kajian Terhadap Inter-Faith Spiritual
Fellowship (INSaF) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya. Berdasarkan contoh-
contoh fungsi dan peranan pertubuhan-pertubuhan ini, kita dapat lihat bahawa kewujudan
pertubuhan-pertubuhan ini dapat merealisasikan dan melaksanakan program yang berfokuskan
kepada dialog antara agama.
Aktiviti dialog antara agama ini mesti sentiasa dipantau dan dikawal agar tidak
mencetuskan sebarang permasalahan atau rusuhan antara kaum dan agama kerana seperti yang
dijelaskan di atas, isu agama merupakan satu isu yang sensitif. Oleh itu, sebaiknya setiap aktiviti
berdialog haruslah dipantau dan dikendalikan dengan baik. Sebagai contoh, Bishop’s Institute of
Interreligious Affairs (BIRA) 1969 merupakan sebuah entity rasmi dalam mengendalikan aktiviti-
aktiviti dialog antara agama. Namun begitu, amalan dialog yang dilaksanakan bersifat eksklusif
iaitu terhad kepada ahli NGO sahaja. Selain itu , dialog antara agama juga boleh dilaksanakan
melalui persidangan. Persidangan ini dapat mempromosikan dialog dengan semua penganut
agama untuk saling membina dan menerokai perbezaan tradisi dan isu kontroversi. Persidangan
seperti ini dapat menyelesaikan isu perselisihan faham antara agama. Sebagai contoh, pada tahun
1983, bagi mendepani gelombang islamisasi, sebuah platform Malaysian Consultative Council
of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism & Taoism (MCCBCHST) telah ditubukan oleh
masyarakat non-Muslim dan sebuah persidangan antara agama yang pertama telah dianjurkan
pada tahun 1984. Antara objektif utama persidangan ini ialah untuk mewakilkan kecenderungan
non-Muslim kepada pihak kerajaan dan pihak berkuasa Negara terhadap isu non-Muslim.
Persidangan ini bertemakan The Role of Religion in Nation Building. Persidangan ini disifatkan
sebagai amalan dialog antara agama secara formal yang pertama dilaksanakan di Negara ini.

Penglibatan para penuntut universiti dalam dialog antara agama juga amat penting dan
merupakan satu inisiatif yang baik dalam memastikan pembudayaan dialog antara agama lebih
giat dilakukan. Antara pertubuhan yang giat melaksanakan dialog agama pada tahun 1990 ialah
Interfaith Spiritual Friendship (INSaF), International Movement for a Just World (JUST) dan
Malaysian Interfaith Network (MIN). Pengamalan dialog antara agama dalam pertubuhan NGO
telah menggerakkan usaha untuk memapankan lagi kualiti dialog menerusi penglibatan para ahli
akademik dari IPTA. Kesannya ialah tertubuhnya Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya
pada tahun 1995. Pusat Dialog Peradaban ini mempelopori kajian dialog dalam bentuk akademik
selain dari penganjuran program dialog dalam bentuk formal, sama ada di peringkat nasional dan
antarabangsa. Dalam memastikan dialog antara agama dapat dilaksanakan dengan lebih lancar
dan baik, pihak kerajaan perlulah melibatkan diri dalam hal ini. Sebagai contoh, pada tahun 1992
Institut Islam Malaysia (IKIM) telah ditubuhkan dan pertubuhan ini mula melibatkan diri dalam
dialog antara agama setelah mendepani isu ancaman daripada ajaran sesat dalam kalangan umat
Islam. Pertubuhan kerajaan ini menekankan kepada kefahaman Islam dan menggunakan
beberapa bentuk pendekatan seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, konsultan, latihan
dan penerbitan dalam mendepani isu masyarakat termasuklah hubungan antara agama. Bentuk-
bentuk model dialog yang digunakan ialah pembinaan komuniti dan pendidikan dialog kritikal.

Bukan itu sahaja, sebuah platform yang dapat menghubungkan persatuan-persatuan dan
pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam dialog antara agama mestilah disediakan bagi
mewujudkan keharmonian dalam setiap perbincangan. Malaysian Interfaith Network (MIN)
memainkan peranan sebagai satu platform dalam menggabungkan lebih daripada 20 NGO lain
yang menyertainya. Program dialog antara agama hadir dalam pelbagai bentuk seperti yang
dijelaskan di atas. Kebanyakkannya bersifat perbincangan. Di samping pendekatan
perbincangan, dialog antara agama juga berlaku dalam bentuk perhimpunan seperti Sambutan
Hari Raya. Sebagai contoh ialah sambutan yang dianjurkan oleh The Human Values Friendship
Group yang menggabungkan Muslim, Budhha, Kristian, Hindu dan Sikh.

Pendekatan tidak formal pula merujuk kepada interaksi harian antara penganut agama
dalam konteks urusan jual beli, ziarah rumah terbuka, gotong royong dan seumpamanya. Rumah
terbuka dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain yang berlainan
agama. Selain itu, rumah terbuka sempena perayaan ini juga dapat memupuk kesefahaman dalam
agama kerana wujudnya komunikasi antara dua atau lebih penganut agama yang berlaku secara
tidak langsung. Sebagai contoh, sekiranya terdapat tetamu yang beragama Hindu yang hadir
rumah terbuka jiran yang beragama Islam, mereka dapat mejelaskan tentang larangan makan
daging lembu kepada tuan rumah agar dapat mengelakkan terhidangnya juadah tersebut. Perkara
ini juga merupakan salah satu bentuk dialog antara agama.

Dalam mewujudkan dialog antara agama yang dapat mengharmonikan hubungan rakyat
Malaysia, golongan yang terlibat dalam dialog atau perbincangan tersebut haruslah mempunyai
kesefahaman dengan kepercayaan orang lain. Mereka mestilah menerima dan tidak boleh
memusuhi kepercayaan yang bukan anutannya. Selain itu, mereka juga haruslah sentiasa
menghormati perbezaan fikiran dan keyakinan dengan menghormati kebebasan berfikir dan
keyakinan orang lain. Mereka tidak boleh menggunakan paksaan untuk mengajak lawan dialog
menerima pendapat mereka. Di samping itu, pendialog juga mestilah seseorang yang berilmu
pengetahuan tinggi dan luas dalam bidang agama. Jika pihak-pihak yang berdialog tidak
memiliki informasi yang cukup tentang topic yang dibicarakan, maka dialog tersebut tidak akan
mencapai tujuan yang diinginkan. Jemputan dialog dari golongan atau kumpulan yang tidak
memiliki persediaan asas ilmu yang kukuh tidak perlu dipenuhi undangan tersebut. Hal ini
kerana dibimbangi dalam majlis seperti itu tidak terjadi dialog, sebaliknya majlis terjadi tegang
akibat pertengkaran kerana masing-masing pihak mempertahankan pendirian tanpa sebarang
sandaran hujah ilmiah dan rasional. Pihak yang berdialog juga mestilah sentiasa menjaga adab
dialog bagi memastikan keadaan perbincangan sentiasa harmoni. Mereka haruslah saling
menghormati pandangan dan kemuliaan serta keyakinan masing-masing dan tidak saling
menghina. Penggunaan bahasa dan nada suara yang lembut dan rendah juga amat penting
memandangkan perbincangan dialog ini merupakan satu isu yang sensitive bagi ramai pihak.
Oleh itu, pendialog tidak boleh berkata-kata dengan suara yang lantang dan tidak bersikap keras
kepala. Dalam berdialog agama, pendekatan teologi iaitu ketuhanan tidak patut digunakan. Hal
ini kerana dialog agama dengan pendekatan teologi jelas tidak akan menemui hasil yang
diharapkan. Perbincangan perlu ditumpukan kepada aspek-aspek yang lebih universal seperti
aspek kemanusiaan, keadilan dan lain-lain. Perbincangan seeloknya memberi kecenderunga.n
interaksi yang indah antara agama dan antara budaya. Berdialog soal teologi digalakkan ,
pendekatan teologi dalam dialog tidak digalakkan.

You might also like