Professional Documents
Culture Documents
Siasatan Tempat Kejadia1
Siasatan Tempat Kejadia1
Siasatan Tempat Kejadia1
Tempat kejadian boleh didefinisikan sebagai lokasi di mana sesuatu kejadian jenayah
berlaku sama ada di kawasan tertutup atau terbuka. Tempat kejadian merupakan lokasi
di mana bahan bukti fizikal dijumpai oleh pegawai polis atau pegawai penyiasat.
Semua kawasan dengan kemungkinan untuk mendapatkan bahan bukti mesti diurus
dengan teliti. Tempat kejadian mesti dikawal ketat dan dilindungi daripada segala
gangguan untuk tujuan memelihara bahan bukti. Keadaan ini dapat dicapai dengan
mengelilingi kawasan kejadian dengan pita kuning untuk menghalang akses orang
ramai selain pegawai penyiasat. Pegawai polis yang pertama hadir di tempat kejadian
akan kordon persekitaran untuk mewujudkan satu perimeter siasatan.
Kumpulan yang terlibat dalam penyiasatan tempat kejadian ialah ketua kumpulan,
pegawai polis yang pertama hadir, pengumpul bahan bukti, pelakar dan juru gambar.
Peranan masing-masing melibatkan siasatan, lakaran tempat kejadian, tagging,
pengumpulan dan fotografi bahan bukti. Keadaan asal tempat kejadian mesti direkod
dengan teliti dan dipelihara. Setiap bahan bukti hanya boleh dikumpul dan dihantar
untuk dianalisis selepas diambil gambar.
Terdapat langkah dalam menjalankan penyiasatan tempat kejadian, iaitu : (1) Kawalan
tempat kejadian (2) Pemeriksaan tempat kejadian (Scene walk-through and
dokumentasi), (3) Tagging and pengumpulan bahan bukti, (4) Lakaran tempat kejadian,
(5) Penyimpanan dan analisa bahan bukti, and (6) Final walk-through and pelepasan
tempat kejadian.
Selepas tempat kejadian dikawal, sesi temuramah dengan mangsa, saksi atau suspek
akan dijalankan untuk mendapatkan gambaran mengenai jangkaan dalam tempat
kejadian. Pegawai polis yang pertama hadir di sini akan turut menyumbang kepada
maklumat mengenai bahan bukti yang telah disentuh atau diubah posisinya.
Langkah seterusnya adalah “walk through” kawasan kejadian untuk mengetahui asas
jenayah terlibat, cara jenayah dilakukan, titik masuk dan keluar. Tujuan pemeriksaan
tempat kejadian adalah untuk menentukan dengan teliti jenis bahan bukti yang mungkin
hadir dan siasatan yang perlu dilakukan.
Semua gambar objek perlu difotografi pada 90 o kepada permukaan. Setiap bahan bukti
perlu difotografi sebelum dikumpulkan dan diambil dengan skala seperti pen, pembaris,
atau siling untuk menentukan saiz objek. Log fotografi perlu disimpan untuk identiti
setiap objek dan susunan kronologi setiap bahan bukti yang diambil dari mula sehingga
akhir. Sekiranya cap jari dijumpai, gambar one-to-one akan diambil.
Setiap bahan bukti mesti diukur untuk menentukan lokasi geografi dan dilakarkan dalam
bentuk lukisan. Pelakar akan membuat lakaran kasar dengan memasukkan indikator
Utara benar dan setiap objek akan diukur berdasarkan satu titik rujuk. Lakaran ini
berperanan sebagai komplimen kepada fotografi.
Penyimpanan dan analisa bahan bukti
Pegawai penyiasat akan mendokumen, memeterai dan melabel semua bahan bukti
yang dikumpul untuk dihantar ke makmal bagi pemprosesan analisis. Berdasarkan jenis
bahan bukti, sesetengah bahan bukti akan diuji pada tempat kejadian sebagai saringan
sebelum dihantar untuk ujian terperinci di makmal. Makmal forensik akan membuat
analisis pengesahan melalui ujian seperti kimia, mikroskopik, cap jari, DNA, toksikologi
dan sebagainya.
Hart et al.(2004) menyatakan bahawa terdapat banyak jenis bahan bukti yang mungkin
dijumpai di tempat kejadian. Setiap jenis bukti mempunyai sifat yang berbeza antara
satu sama yang lain. Sesetengah bukti mudah tersejat, susah dikutip manakala
sesetengah yang pula bahaya dikendalikan. Oleh itu, setiap jenis bahan bukti
mempunyai prosedur pengumpulan yang tersendiri. Prosedur ini amat penting
supaya bukti-bukti yang dikutip tidak mengalami pencemaran dan kerosakan supaya
berupaya untuk dianalisis dan diterima di dalam mahkamah.
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan ini, bolehlah disimpulkan bahawa terdapat pelbagai
prosedur dan teknik yang perlu dipatuhi dan dituruti dalam mengendalikan siasatan di
tempat kejadian untuk mengelakkan pencemaran terhadap bahan bukti di tempat
kejadian tersebut. Namun, prosedur dan teknik tersebut bukanlah terhad kepada
perbincangan di atas sahaja. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa perlu mengambil
inisiatif dan langkah drastik untuk menitikberatkan elemen-elemen tersebut dalam
latihan pegawai penyiasat untuk lebih sensitif dengan isu ini. Kecuaian dan
kesilapan pihak penyiasat di tempat kejadian mungkin boleh menyebabkan pesalah
yang sebenar terlepas.Kesimpulannya, penyiasatan tempat kejadian dan pengumpulan
bahan bukti merupakan proses yang paling kritikal dan signifikan kerana ia
menentukan kejayaan sesuatu kes
Oleh yang demikian….
Penerimaan dan penolakan sesuatu bahan bukti berkait rapat dengan integriti bahan
bukti tersebut. Integriti dan identiti sesuatu bahan bukti dapat dipelihara dengan
menjaga rantaian bahan bukti iaitu bermula daripada ia dikumpul, dihantar ke makmal
sehingga laporan keputusan analisis dikeluarkan. Dalam menjaga rantaian bahan bukti,
proses pengumpulan dan penyerahan sesuatu bahan bukti daripada satu pihak kepada
pihak yang lain hendaklah didokumentasikan dengan jelas.
Tarikh, masa, jenis bahan bukti dan individu yang menyerah dan menerima bahan bukti
tersebut mesti direkodkan dengan teliti. Selain itu, integriti dan identiti bahan bukti dapat
dipelihara dengan pengendalian spesimen yang betul iaitu bermula daripada proses
pengumpulan, pembungkusan, pelabelan, pemeteraian dan penyimpanan spesimen.
Pengendalian spesimen yang betul dan penjagaan rantaian bahan bukti dapat
mengelakkan integriti dan kesahihan bahan bukti tersebut dipersoalkan dan
menimbulkan keraguan di mahkamah. Dengan itu, hasil laporan analisis atau
pemeriksaan dapat diterima sebagai bahan bukti di mahkamah. Sebarang kesilapan
yang berlaku boleh mengakibatkan sesuatu kes dibuang oleh mahkamah, seterusnya
seseorang pesalah terlepas daripada tuduhan dan seseorang yang tidak bersalah
disabitkan dengan sesuatu tuduhan.