Kertas Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN SEKOLAH

SMK RINGLET , CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

1. PENDAHULUAN
Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih serta bilik darjah dan bilik bilik khas yang sifar
kerosakan akan memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan ini juga mengambarkan kecintaan serta
kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Situasi seperti ini akan membawa ke arah
pencapaian kualiti pendidikan serta menghasilkan peningkatan kemenjadian murid selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Penyelenggaraan insfrastruktur berkaitan akan
menghasilkan kesediaan tempat pembelajaran yang selamat dan selesa kepada semua murid
dan guru di sekolah ini.

2. RASIONAL
Keadaan sekolah yang menghadapi pelbagai masalah disebabkan struktur tanah dan bangunan
dan penyelenggaraan penuh yang belum pernah dibuat bermula tahun 2005 sejak sekolah ini di
buka.

3. OBJEKTIF
3.1 Menukarkan semula mana mana bahagian yang telah rosak dan memerlukan
penggantian yang sewajarnya seperti pintu bilik bilik khas dan bilik darjah serta
pintu –pintu keselamatan seperti pintu geril besi bangunan.
3.2 Membaiki kerosakan kepada syiling syiling berkaitan di dalam kelas dan bilik bilik khas.
3.3 Membuat pembaikpulih barang elektrik yang rosak seperti aircond, lampu lampu dan
lain lain pendawaian yang sesuai.
3.4 Mengecat semula sekolah khususnya bahagian yang pudar dan sudah rosak serta
mana mana kerja yang perlukan pembaikan.
3.4 Menaik taraf bilik bilik khas yang sesuai demi kepentingan murid.
3.5 Membaikpulih kecoranbumbung bocor di blok Pendidikan Khas
(tingkat atas bilik pancaragam )
4. KEPERLUAN
4.1 Mengecat sebahagian bangunan sekolah.
mengecat pintu pagar besi masuk ke sekolah serta mengecat pondok pengawal luar dan
dalam sekolah termasuk mengecat tembok dinding bangunan sekolah yang telah lapuk.
4.2 Menukarkan semua pintu pintu bilik darjah dan bilik bilik khas dan surau yang rosak
yang memerlukan penukaran segera . membaikpulih semua pintu geril di sekitar
kawasan sekolah dengan memasang tombol pintu dan mengecat semula serta
mengantikan semua pintu geril yang sudah tiada dengan yang baru.
4.3 Membaiki kebocoran lantai di surau bahagian wuduk perempuan.
4.4 Menaik taraf bilik pendidikan khas baru ( tambahan) dengan menukarkan pintu,
memasang mozek , membuat sinki dan lain lain yang sesuai untuk murid OKU.
4.5 Penukaran syiling dalam bilik pendidikan khas kesan dari kebocoran atap yang
melibatkan sebahagian di Pusat Sumber, Makmal komputer dan Bilik Pancaragam
Sekolah.
4.6 Penyelenggaraan penghawa dingin di dalam pejabat, bilik guru, bilik pengetua,
pusat sumber, makmal komputer, bilik mesyuarat dan bilik bilik khas lain yang
memerlukan penyelenggaraan.
4.7 Menukarkan atap yang bocor di bumbung blok pendidikan khas.

5. GAMBAR KEROSAKAN
Disertakan di bahagian lampiran

6. PENUTUP

Kerja penyelenggaraan bangunan sekolah ini sangat diperlukan oleh sekolah kami supaya
persekitaran yang kondusif untuk keperluan semua warga sekolah . Diharapkan kerja
penyelenggaran ini mendapat perhatian dari pihak kementerian kerana dengan terlaksananya
kerja penyelenggaraan ini para pelajar akan lebih optimis dalam pelajaran dan menjadi manusia
yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.

Disediakan oleh:

( ABD RAHMAN BIN MOHAMMAD HUSAIN)


Pengetua
SMK Ringlet, Cameron Highlands
Lampiran Contoh –contoh kerosakan dan keperluan penyelenggaraan 2020.

Contoh – contoh syiling yang rosak dan pecah disebabkan oleh kebocoran atap di blok atas.
Contoh syiling bilik Pusat Sumber Sekolah
Contoh : Tombol pintu yang rosak

Contoh kerosakan pump tandas di kantin sekolah.


Penyelenggaran bumbung dimana ada masalah kerosakan atap pada genting yang menyebabkan
kebocoran bumbung dan merosakkan syiling.
kerosakkan grill laluan masuk menyebabkan gril tak boleh ditutup atau tiada pintu.
Penyelenggaraan penghawa dingin yang ada di sekolah
seperti dinyatakan dalam lampiran

You might also like