Professional Documents
Culture Documents
Note Sejarah
Note Sejarah
Maksud Tamadun
* Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun dan madain yang disebut
madana yang bermaksud ketinggian budi bahasa dan pembukaan bandar.
* Dalam bahasa Inggerisnya disebut civilization yang bermaksud peradaban.
* Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah yang menyentuh hal-
hal seperti penulisan, undang-undang, kesenian, danpembandaran.
* Sarjana Barat seperti Goldon Childe, D. Riberio, dan R. A Buchanan menyatakan kayu ukur
tamadun sesuatu bangsa ialah melalui pencapaian lahiriah semata-mata.
* Manakala menurut sarjana Islam pula, tamadun mestilah merangkumi kemajuan lahiriah dan
rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun berkait rapat dengan pencapaian tata susila
dan kebudayaan yang tinggi dalam masyarakat.
* Ibn Khaldun dalam buku Muqaddimah telah menganggap bahawa kehidupan di bandar ialah
kehidupan bertamadun kerana di sini wujud semangat kerjasama dan kehidupan yang penuh
dengan tata susila, kesopanan dan moral yang tinggi.
3. Agama Kristian
1. Penganut kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus Christ, berasal Jerusalem. 25 Dis,dianggap hari
lahirnya disebut sebagai Hari Natal. Kitab Suci : Old Testament dan New Testament - dikenali sebagi bible.
2. Mendapat tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 - 337 SM. Sebelumnya
masyarakat beragama pagan - suatu kepercayaan tidak percaya pada agama.
3. Mereka yang terlibat dengan agama dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan berat.
4. Hari Ahad hari kegiatan agama. Zaman Rom dianggap Zaman Empayar Kristian.
4. Agama Islam
1. Diwahyukan kepada Nabi Muhamad saw pada 6 Ogos 610M atau 17 Ramadhan, melalui Jibril di Gua
Hira. Berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai pelindungan berhijrah ke Yathrib atau
Madinah pada 622M atau 1 Rabiulawal.
2. Di Madinah Islam berkembang Dua teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah membentuk
keyakinan seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt. Syariah merupakan peraturan atau
undang-undang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis. - Petunjuk kepada orang Islam. Akidah dan
Syariah sumber ketamadunan Islam.
3. Asas kepercayaan - percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.
5. Confucianisme
1. Diasaskan oleh Confucius 551SM., Shangtung atau Lu. Seorang pegawai kerajaan kemudian letak
jawatan. Confucius disembah sebagai tuhan.
2. Ajaran menekan prinsip moral yang tinggi spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaat kepada
ibubapa (xiao).
3. Untuk mencapai harus ada ketinggi pendidikan.
6. Toaisme
1. Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604 SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar. Tulis buku Tao Te
Ching.
2. Asalnya berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama.
3. Tumpukan konsep Tao atau jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak
terhadap apa-apa yang berlaku - berkaitan dengan konsep wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika
tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.
Online Notes
SEJARAH
Tamadun Awal Asia Tenggara >> Pengaruh Agama Hindu / Buddha dalam Kerajaan
Awal
3.2 : Pengaruh Agama Hindu / Buddha dalam Kerajaan Awal
Zaman Jahiliah
* Jahiliah bermaksud jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
* Masyarakat Arab Jahiliah hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya
Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW.
* Empangan Maarib runtuh disebabkan oleh banjir besar yang melanda Sabak dan pemimpin Sabak tidak
dapat membaikinya semula.
* Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakatnya tidak menyembah
Allah SWT.
* Mereka hidup dalam kucar-kacir kerana tidak mempunyai nabi atau kitab sebagai petunjuk Akhlak
mereka sangat rendah.
* Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. * Masyarakat
Badwi tinggal di kawasan gurun
* Masyarakat Hadari tinggal di kawasan pesisir pantai Semenanjung Tanah Arab.
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan, dan nilai
hidup yang dipegang mereka.
1. Dari segi agama
* Mereka mempunyai empat bentuk ke-percayaan iaitu wathani (agama menyembah berhala), animisme
(memuja alam), samawi (Kristian dan Yahudi), dan menilik nasib serta sihir.
* Ada juga yang menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Penganut ini digelar Hanura.
* Ada antara mereka yang mencampurkan agama Hanif dengan amalan tradisi Arab Jahiliah.
2. Dari segi sosial
* Mereka bermain judi, minum arak, dan mengamalkan riba.
* Mereka memandang rendah pada wanita sehingga sanggup membunuh anak perempuan sendiri.
* Wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka dan dalam soal perkahwinan mereka boleh berkahwin dengan
beberapa wanita.
3. Dari segi ekonomi
* Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem ekonomi yang tidak adil, menindas, mengeksploit
wanita, mengamalkan riba, menjual beli berhala, dan mengamalkan sistem barter.
* Kegiatan merompak dan merampas juga merupakan sumber ekonomi mereka.
4. Dari segi politik
* Mereka tidak mempunyai sistem pemerintahan yang teratur. Mereka sangat mementingkan semangat
assabiah dan kabilah.
Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Kelahiran Nabi Muhammad
SAW
4.2 : Kelahiran Nabi Muhammad SAW
* Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 Masihi.
* Nama bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibu baginda ialah Aminah binti Wahab. * Nabi
Muhammad memiliki empat sitat terpuji iaitu siddiq (berkata benar), amanah, tabliq
(menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).
* Baginda digelar al-Amin kerana sentiasa berkata benar dan setiap tindakan baginda dipercayai.
* Nabi Muhammad mula menunjukkan sifat kepimpinan ketika peristiwa Hajar Aswad.
SEJARAH
Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Kerasulan Nabi Muhammad
SAW
4.3 : Kerasulan Nabi Muhammad SAW
* Pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada
baginda melalui malaikat Jibril. Ketika itu baginda berusia 40 tahun.
* Wahyu pertama itu memerintah umat Islam supaya membaca. Islam amat menitikberatkan aktiviti
membaca dan membuat kajian.
* Wahyu kedua pula merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai rasulullah dan mewajibkan
baginda menyampaikan ajaran kepada manusia.
* Dalam menyampaikan Islam, Nabi Muhammad menyentuh tentang akidah masyarakat Arab dengan
menanamkan keimanan kepada Allah Yang Esa.
* Masyarakat Arab digesa meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesama manusia, membunuh,
dan mencuri.
Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Reaksi Masyarakat Arab
Terhadap Islam
4.5 : Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
Cara Penentangan
* Penentangan terhadap Nabi Muhammad SAW dan orang Islam dilakukan menerusi penyair Arab Quraisy
yang mengejek ajaran Islam dalam puisi mereka.
* Sebagai pemimpin yang berwibawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah kecewa malah tetap bersabar.
* Kegagalan menggunakan kekerasan terhadap Nabi Muhammad SAW menyebabkan orang Arab Ouraisy
membuat beberapa tawaran seperti kedudukan, wanita cantik dan juga harta supaya nabi meninggalkan
dakwah Islamiah. Walau bagaimanapun kesemua tawaran itu ditolak oleh baginda.
* Kaum Quraisy juga telah memulau Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda yang menyebabkan
kehidupan baginda sekeluarga dan juga umat Islam lain terhimpit.
* Mereka melakukan pemulauan dengan tidak menjalankan urus niaga, tidak memberi pertolongan, dan
tidak berkahwin dengan keluarga baginda.
* Pemulauan berlaku selama tiga tahun sahaja kerana ada di kalangan orang Ouraisy yang membantu
orang Islam termasuk bapa saudara nabi iaitu Abu Talib.
* Wanita turut memainkan peranan penting dalam membantu perjuangan Islam. Khadijah misalnya telah
mengorbankan kesemua hartanya untuk membantu perjuangan Islam dan diikuti oleh Aisyah, Ummu
Salamah dan lain-lain.
* Bagi mengurangkan tekanan daripada kaum Ouraisy Makkah, Nabi Muhammad membenarkan orang
Islam berhijrah ke Habshah untuk mendapat periindungan.
* Penghijrahan ke Habshah merupakan hijrah yang pertama dari Makkah. Nabi Muhammad tidak turut
serta berhijrah ke Habshah kerana ingin memberi tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan
menjaga kebajikan orang Islam yang tidak berhijrah.
* Penyebaran Islam ke Taif oleh Nabi Muhammad dan Zaid bin Harithah kurang berkesan dan tidak dapat
mengurangkan tentangan kaum Quraisy.
* Kesabaran, kecekalan, dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad dalam menyebarkan Islam
telah menyebabkan Islam semakin kukuh.
* Keterbatasan dan tentangan berterusan terhadap dakwah Islamiah di Makkah telah membuka strategi
baru untuk meneruskan penyebaran Islam dengan berhijrah ke Madinah.
* Penghijrahan ke Madinah pada tahun 622 Masehi untuk memenuhi jemputan suku kaum Aus dan
Khazraj telah membuka lembaran baru kepada dakwah Islamiah.
* Di Madinah Nabi Muhammad SAW telah berjaya mendirikan sebuah negara Islam yang unggul dan
meneruskan dakwah Islamiah sehingga ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
Kerajaan Islam Di Madinah >> Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua
5.2 : Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua
* Suku Khazraj telah menemui Nabi Muhammad SAW di Aqabah dan memeluk Islam.
* Sekembalinya mereka ke Madinah mereka telah menyebarkan agama Islam dalam kalangan masyarakat
Madinah yang lain.
* Pada tahun berikutnya (621M) suku Aus dan Khazraj Madinah telah mengunjungi Nabi Muhammad SAW
sekali lagi.
* Termeterailah Perjanjian Aqabah Pertama antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah
tersebut. Aqabah terletak di antara Mina dan Makkah.
* Antara isi Perjanjian Aqabah Pertama ialah suku Aus dan Khazraj hendaklah
(a) Beriman kepada Allah dan Rasul.
(b) Membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW dan tidak akan melakukan amalan Jahiliyah seperti
mencuri, merompak, minum arak dan membunuh bayi perempuan.
* Nabi Muhammad SAW telah menghantar pendakwah Islam Mus'ab Bin Umair ke Madinah untuk
menyebarkanlslam.
* Pada tahun 622 Masehi suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah Kedua.
* Antara isi perjanjiannya ialah:
(a) Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam.
(b) Taat setia kepada Nabi Muhammad SAW
(c) Mereka menjemput Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan akan menyediakan tempat tinggal
serta menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah.
* Sokongan dan bantuan orang Arab Madinah merupakan faktor penting kejayaan hijrah Nabi Muhammad
SAW dan orang Islam Makkah ke Madinah.
* Pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah
telah dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat.
* Nabi Muhammad SAW telah berhijrah bersama-sama sahabatnya Abu Bakar Al-Siddiq. * Perjalanan
baginda ke Madinah memakan masa selama 12 hari.
* Umar al-Khattab yang terkenal dengan keberaniannya telah berhijrah secara sendirian dan terang-
terangan.
* Hijrah bermaksud berpindah. Dalam konteks tamadun Islam hijrah bermaksud perpindahan orang
Islam dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Islam dan merupakan
strategi baru menyebarkan Islam.
* Hijrah juga merupakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan
kejahatan.
* Hijrah turut dilambangkan sebagai semangat ingin berubah dan perubahan ini berlaku dalam pelbagai
keadaan seperti pembahan dari segi sikap, cara beiiikir, dan tingkah laku.
* Pendapat orientalis Barat yang mentafsirkan Hijrah sebagai suatu pelarian boleh disangkal dengan
beberapa hujah iaitu :
a. Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah atas jemputan seperti terkandung dalam Perjanjian
Aqabah Kedua.
b. Mereka disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah, diberi tempat tinggal, da,n dijamin
keselamatan mereka.
c. Nabi Muhammad SAW telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan juga diterima sebagai pemimpin
oleh semua golongan masyarakat.
* Penghijrahan Nabi Muhammad bermula selepas baginda berjaya melepaskan diri daripada kepungan
pemuda Ouraisy terhadap rumah baginda.
* Ali Bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda. Baginda menemui Abu Bakar
al-Siddiq dan menyatakan perintah Allah supaya baginda berhijrah. Baginda dan Abu Bakar al-Siddiq
bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan hijrah ke Madinah.
* Perjalanan baginda dipandu oleh Abdullah Bin Arqat dan beliau belum memeluk Islam semasa menjadi
juru pandu nabi.
* Gua Thur terletak di puncak Bukit Thur. Jarak antara bukit ini dengan Masjid al-Haram di Makkah kira-
kira 8 km. Luas muka gua ini muat untuk seorang sahaja.Ketika bersembunyi di Gua Thur Nabi Muhammad
SAW telah dibantu oleh Abdullah Bin Abu Bakar yang menjadi pengintip, Asma' binti Abu Bakar yang
menghantar makanan, dan pengembala kambing Amir bin Puhairah yang memberikan susu kambing.
* Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan perintah Allah supaya segera
berhijrah menerusi wahyu surah al-Anfal yang menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy.
* Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Suasana aman di tempat baru akan memudahkan
lagi penyampaian dakwah Islamiah. Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti
Nabi Muhammad SAW untuk mengetuai kepimpinan mereka dan mendamaikan masyarakat Madinah yang
sentiasa bermusuhan iaitu antara Suku Arab dan Khazraj.
* Setelah berlaku hijrah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman tanpa berselindung lagi
sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu.
* Persaudaraan antara orang Islam Makkah dan Madinah juga dapat diwujudkan. Golongan Islam Makkah
yang berhijrah ke Madinah diberi gelaran Muhajirin manakala orang Islam Madinah diberi gelaran Ansar.
* Muhajirin lahir daripada perkataan Arab hajara yang bermaksud berpindah dan Ansar daripada perkataan
Arab nasara yang bermakna menolong.
* Hijrah juga telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya, dan
agama.
* Nabi Muhammad SAW telah membina Masjid al-Nabawi di Madinah. Masjid yang pertama dibina ialah
Masjid Quba' yang dibina daripada pelepah, batang, dan daun pokok tamar.
* Masjid al-Nabawi telah dibina atas tanah yang dibeli oleh baginda daripada Sahl dan Suhail. Masjid dibina
pada bulan Safar tahun kedua Hijrah. Masjid ini dijadikan tempat untuk beribadat, belajar, dan bertemu
bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam. Persekitaran masjid dibolehkan untuk
melakukan aktiviti berjual beli.
* Hijrah mewujudkan kiraan tahun hijrah dalam takwim lslam. Digunakan semasa pemerintahan Umar al-
Khattab.
* Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Kaum wanita
juga telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan kemajuan sesebuah negara seperti yang
dilakukan oleh Asma'.
* Hijrah juga memperlihatkan kebesaran jiwa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW serta kebijaksanaan
baginda mengatur strategi perjuangan.
SEJARAH
Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat >> Kesan
Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya
8.2 : Kesan Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya
* Pendidikan tidak formal menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran kemahiran melalui
pendengaran, penglihatan, dan pemerhatian.
* Pendidikan disalurkan melalui cerita-cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
* Kanak-kanak mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial.
* Kanak-kanak didedahkan kepada pembelajaran melalui pantun, peribahasa, dan teka-teki.
Peranan istana
* Pada zaman Islam, istana berfungsi sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
* Melaka berkembang pesat dalam pendidikan Islam kerana ramai ulama dan pendakwah asing tinggal di
sana, misalnya dari Benggali, Arab, Parsi, dan Gujerat.
* Sultan Melaka mendapat pendidikan langsung daripada ulama-ulama tersebut.
* Kerajaan Melaka memberi galakan kepada perkembangan ilmu dengan memberi perhatian yang
sewajarnya.
* Kerajaan Johor turut menggalakkan perkembangan ilmu, misalnya pada zaman Sultan Alauddin Riayat
Shah (1597-1602) Istana Johor telah dijadikan pusat pengajian.
* Istana juga berfungsi sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir
Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
b) Pondok
* Perkataan pondok berasal daripada bahasa Arab iaitu al-funduq yang bererti "rumah tumpangan"
* Di Jawa pondok dipanggil pasentren, manakala di Acheh dipanggil rangkang.
* Pendidikan pondok yang paling awal muncul di Pattani.
* Tujuan pendidikan di pondok adalah untuk melahirkan guru-guru agama.
* Tempoh pendidikan di pondok tidak tetap, sesetengahnya hingga 10 tahun.
* Antara pondok yang penting di Kelantan termasuklah Pondok Pulau Condong, dan Pondok Kutan.
Manakala di Terengganu terdapat Pondok Pulau Manis dan di Kedah Pondok Titi Gajah.
c) Madrasah
� Pendidikan di madarasah mula diperkenalkan pada zaman kerajaan Bani Saljuk di lraq (447 H/1056M).
* Sistem madrasah berbeza daripada sistem pondok atau masjid.
* Pengajaran di madrasah menggunakan sukatan pelajaran dan dilakukan secara kelas.
* Pengajaran mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
* Pendidikan di madrasah diawasi oleh mudir (guru besar).
* Aktiviti di madrasah diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan, dan lain-lain.
2. Pengaruh Islam Terhadap Bahasa dan Kesusasteraan
* Zaman Gelap bermaksud Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan,
perdagangan dan kehidupan perbandaran. Pada waktu ini tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan.
* Apabila empayar Rom Barat runtuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir juga musnah. Keadaan tidak
menentu ini membawa kepada kemunculan golongan baron (tuan tanah).
* Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah. Sebagai pertukaran kepada
perlindungan, petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
* Petani yang tidak berkemampuan, terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah dan akhimya
menjadi hamba kepada tuan tanah tersebut
* Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja. Sebagai tukaran kepada perlindungan kepada
raja, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. Rakyat
biasa pula memberikan khidmat kepada tuan tanah.
* Hubungan ikatan antara golongan rakyat dengan tuan tanah dan raja telah membentuk sistem feudal.
* Pada zaman pertengahan di Eropah, gereja Katholik merupakan institusi yang amat berkuasa dan
memiliki hartanah yang banyak. Namun kegiatannya yang menumpukan kepada kegiatan amalan agama
dan pembelajaran ilmu akhirat dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada waktu itu.
* Kegiatan perdagangan juga tidak meluas. Kegiatan ini sering diganggu oleh serangan orang Gasar Viking
(suku kaum daripada Norway, Sweden, dan Denmark) dan Magyar iaitu suku kaum dari Hungary
(campuran suku Urgila dengan Turki) dan Magyar.
* Orang Eropah juga tidak berdagang di Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang
Islam.
Zaman Renaissance (1350-1600M)
* Renaissance berasal daripada perkataan Itali renisciment yang bermaksud "kelahiran semula" iaitu
merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni zaman
Yunani dan Rom.
* Asas zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia bertikir untuk menyelesaikan
permasalahannya. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme. Bapa humanisme ialah Francesco
Petrarch. Tokoh lain ialah Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio (1313-1375).
* Manusia zaman Renaissance didorong oleh semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat *
Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan berkembang di Eropah Barat sehingga abad ke-
17. Bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Plorence, Rom, dan Milan telah muncul sebagai pusat
perdagangan antarabangsa.
* Kedudukan Itali yang strategik menjadikannya sebagai persimpangan utama pusat perdagangan
antarabangsa. Bandar pelabuhan yang paling terkenal ialah Venice dan Genoa yang menjadi pusat
pertembungan budaya, bahasa, dan agama.
* Golongan pedagang kaya di Itali telah menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar dan
menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
* Golongan kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis,
dan penulis. Patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Rorence.
* Golongan patron ini berusaha menarik seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang.
Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan
Renaissance.
* Paus di Rom juga menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Golongan penguasa gereja di
Rom mula mencemburui pencapaian bandar seperti Plorence serta kuasa yang dipegang oleh keluarga
Medici.
* Namun begitu gereja menghadapi masalah kerana mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli
matematik kerana takut golongan ini akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katholik
* Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logik dalam
menerangkan sesuatu fenomena alam. Sebaliknya gereja terus menekankan penjelasan tradisional.
* Konflik berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei. Beliau memanjangkan idea Nicholas Copernicus iaitu
matahari ialah pusat alam sedangkan gereja menyatakan bumi ialah pusat alam. Ini menyebabkan beliau
dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633.
* Oleh sebab gereja mencurigai para saintis, mereka lebih menumpukan kepada kegiatan seni lukis dan
seni ukir. Contohnya Paus Julius II mengupah pelukis dan pengukir terkenal Leonardo da Vinci, Raphael,
dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katederal di Rom dengan ukiran dan
lukisan.
* Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu tidak terserlah kerana mereka bekerja secara
berkumpulan. Keadaan ini berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian seperti Leonardo da
Vinci yang menguasai bidang ilmu seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geograti,
perang, dan strategi ketenteraan.
* Pada zaman Renaissance, pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal adalah
digalakkan dalam kalangan individu. Semangat ini dikenali sebagai individualisme.
* Tokoh Renaissance seperti Thomas More (1478-1535), Prancis Bacon (1561-1626) dan William
Shakespeare (1564-1616) telah muncul di England.
* Dari segi politik ialah kemunculan monarki baru yang terdapat di Portugal, Castile, dan Aragon
(Sepanyol), England, Perancis, dan Belanda.
* Kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin
berkembang dan meluas.
* Ini menyebabkan munculnya kegiatan penjelajahan dan penerokaan, selaras dengan kemajuan bidang
matematik, geograri, kartograti (teknik melukis peta), dan astronomi.
* Semangat Renaissance menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen telah
bertanggungawab merintis jalan kepada pembangunan dan per-kembangan pelbagai ilmu sains seperti
biologi, fizik, kimia.danperubatan.
* Dari sudut sosial, Renaissance telah menampakkan unsur-unsur perubahan dalam pemikiran dan gaya
hidup manusia. Mereka lebih bersedia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan, dan ukiran yang
dihasilkan.Unsur ini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
* Kesan sosial lain ialah perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran
logik, saintifik, falsafah, dan metafizik. Pendidikan ini juga menekankan tanggung jawab sosial seseorang
dalam masyarakat
Zaman Reformation
* Golongan penguasa gereja lebih cenderung mengamalkan cara hidup para pemerintah dan bangsawan.
* Terdapat unsur penyelewengan seperti penjualan sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi
penganut Kristian yang telah melakukan dosa. Kegiatan ini merebak ke seluruh Eropah.
* Reformation bermula di Jerman dan bersifat keagamaan. Di Itali gerakan ini bercorak keduniaan. *
Kejayaan gerakan ini dibantu oleh mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg. Dengan adanya mesin ini Bible
dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan dengan kos yang murah.
* Pada tahun 1517, Martin Luther mengambil langkah menentang amalan Indulgences. Dalam amalan
pengibadatan, beliau percaya manusia seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya.
* Pendirian Luther ini mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi. Pendirian dan ajaran Luther dikenali
sebagai mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting atau �membantah�
* Mazhab Protestant pimpinan Luther (Lutheran) berkembang ke Sweden , Denmark, Norway, dan England.
* Di Switzerland gerakan ini dipimpin oleh Huldreich Zwingli (1484-1531) dan kemudiannya dipimpin pula
oleh John Calvin (1509-1564).
* Terdapat golongan yang mempertahankan kewibawaan Gereja Katholik dan mereka menjalankan Counter
Retormation bermaksud "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru"
* Zaman ini telah menyebabkan negara-negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-
masing. Contohnya perang keagamaan di Perancis 1618-1648 yang melibatkan Sepanyol, Jerman,
Bohemia, Denmark dan Sweden.
* Kesan jangka panjang ialah timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian iaitu dari
segi mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka. Dengan kesatuan pendapat barulah
kehidupan yang murni dapat dibina dan tamadun dapat berkembang dengan sempurna.
* Kesan seterusnya kuasa golongan gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa gereja terhadap kerajaan
atau monarki berkurang disebabkan monarki ingin membebaskan dirinya dari penguasaan Paus di Rom.
Contohnya Raja Henry VIII menjadi ketua kerohanian Gereja Anglican.
Sebab-sebabpenjelajahan:
* Orang Eropah mendapat barangan seperti emas, sutera, dan rempah ratus dari Timur.
* Pada masa ini perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada
pedagang Eropah dan raja mereka.
* Negara Sepanyol dan Portugal merupakan dua buah negara Katholik yang mempunyai pengaruh gereja
yang kuat. Pihak penguasa gereja amat menekankan usaha untuk menyebarkan agama Kristian ke
seberang laut. Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam pada suatu masa dulu bersemangat untuk
menyebarkan agamaKristian.
* Semangat kebanggaan bangsa juga telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah dunia di luar
Eropah.
* Penjelajahan orang Eropah sering dirumuskan dengan kata-kata Gold, Glory, dan Gospel.
2. Kesan ekonomi
* Dari segi ekonomi, daerah luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal.
* Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
* Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara, Laut China Selatan, China, dan Jepun
kini dikuasai oleh Portugal.
3. Kesan Sosial
* Masyarakat tempatan sudah mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah. Di sesetengah tempat,
masyarakat peribumi telah menerima agama Knstian yang dibawa oleh mubaligh Kristian. * Penjelajahan
Sepanyol juga telah mengubah keadaan kehidupan di Dunia Baru dan Asia.
* Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan
tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
* Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat
yang baru. Amerika Latin ialah Dunia Baru untuk mendapatkan barangan emas dan perak.
* Bagi golongan gereja Dunia Baru dianggap sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian.
Penyebaran itu telah berlaku secara berleluasa dalam kalangan masyarakat peribumi.
* Para pemodal Sepanyol pula mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan ladang
mereka. Penjelajahan dan penaklukan ini dikenali sebagai conquista dalam bahasa Sepanyol dan
penakluknya sebagai conquistadores.
* Brazil pula telah dijajah dan dipengaruhi oieh kuasa Portugal.
* Di Timur, tidak terdapat petempatan Sepanyol dan Portugal secara besar-besaran. Walau bagaimanapun
Fihpina amat dipengaruhi oleh Sepanyol dan Meiaka serta Goa diduduki oleh Portugal.
c) Pertanian komersial
* Baja asli telah juga mula digunakan secara meluas dan ini telah menjadikan tanaman lebih
subur dan hasil pertanian bertambah.
* Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian telah membawa kepada lebihan produk dan
lebihan tersebut telah mereka perdagangkan.
Perkembangan Bidang Perindustrian
c) Pengkhususan Pengeluaran
* Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Oleh itu, untukmengawal kos, para pemodal
tidak melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu barryak bidang. Ini mendorong mereka menjurus
atau mengkhusus dalam satu bidang sahaja misalnya bidang tekstil.
* Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedahnya yang tersendiri kerana para majikan dan pekerja
menjadi mahir dalam bidang yang dipilih dan dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi
masing-masing dalam bidang tersebut.
* Hasil daripada usaha membaiki prestasi itu, kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan.
* Apabila kuantiti produk dipertingkatkan, maka produk tersebut telah dapat dipasarkan secara meluas di
dalam negeri dan juga di luar negara.
d) Penggunaan Teknologi
* Teknologi baru diperkenalkan menggantikan tenaga manusia. Mesin berkuasa wap telah direka pada
zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran.
* Salah satu sumber tenaga awal ialah tenaga wap. Penghasilan tenaga wap telah dipermudahkan dengan
proses pembakaran arang batu.
* John Newcomen telah mereka mesin pengeluaran arang batu dengan menggunakan tenaga wap yang
bertungsi mengepam dan mengeringkan air di dalam tombong arang batu. Dengan itu lombong boleh
dikorek lebih dalam dan lebih banyak arang batu boleh dikeluarkan.
* Arang batu merupakan sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap.
* Penggunaan kuasa wap juga amat membantu dalam perkembangan sistem pengangkutan iaitu kereta api
dan kapal laut.
* Dengan adanya penggunaan mesin ini barangan dapat dikeluarkan dengan banyak. Dengan itu kos
pengeluaran setiap barangan menjadi murah dan dapat dipasarkan ke pasaran antarabangsa.
* Ciptaan-ciptaan lain ialah seperti Water Frameyang dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769.
Mesin ini digerakkan dengan menggunakan kuasa wap. Dengan itu pekerja dapat memintal benang dengan
lebih banyak lagi.
* Rekaan mesin dalam industri tekstil ialah seperti Plying Shuttle pada 1733 oleh John Kay. Rekaan ini
mempercepatkan kerja menenun kain.
* Spinning Jenny direka oleh James Hargreaves, pada tahun 1765 dan Mule direka oleh Samuel
Crampton pada tahun 1790.
Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian
* Penciptaan mesin semasa rewlusi perindustrian menyebabkan golongan pekerja mahir tidak diperlukan
dan mereka telah memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pembuatan stoking dan renda.
* Kegiatan memprotes ini dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
* Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian, Akta Anti Penggabungan ditubuhkan untuk melarang
para pekerja daripada bergabung dan muafakat bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik
daripada majikan.
* Sekiranya pekerja melanggar larangan tersebut mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh
pemerintah. Larangan ini menyulitkan pekerja kerana tidak semua majikan bersikap bertimbang rasa ter
hadap para pekerja di bawah umur.
* Kanak-kanak berumur bawah 10 tahun sering dieksploitasi di kilang tekstil dan di lombong arang batu
dan masa bekerja sering melebihi 10 jam sehari.
* Majikan amat terpengaruh dengan falsafah ekonomi bebas dan berkeras agar campur tangan kerajaan
dielakkan kegiatan ekonomi. Bagi mereka paras gaji serta amalan perburuhan harus ditentukan oleh faktor
permintaan dan penawaran semata-mata.
* Untuk membela nasib pekerja Akta Kilang telah digubal pada tahun 1833. Akta ini menegaskan kanak-
kanak di bawah umur sembilan tahun dilarang bekerja dan mereka dimestikan bersekolah.
* Akta ini juga menetapkan had masa bekerja tidak melebihi sembilan jam sehari.
* Seterusnya para majikan dikehendaki menjaga dan memastikan para pekerja mereka di kilang. * Akta
Lombong diperkenalkan pada tahun 1842 yang melarang kanak-kanak perempuan dan wanita terlibat
dalam perusahaan arang batu.
* Akta Sepuluh Jam diperkenalkan pada tahun 1847 yang menetapkan para pekerja wanita dalam
perusahaan tekstil tidak boleh bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari.
Perkembangan Di Eropah >> Imperialisme Barat di Asia
9.4 : Imperialisme Barat di Asia
* Imperialisme ialah penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah.
* Penguasaan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan juga ekonomi.
* Penjajahan yang berlaku selepas Revolusi Perin-dustrian yang bermula dari sekitar tahun 1870 di-
istilahkan sebagai imperialisme baru.
* Kuasa Barat mahu mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi industri mereka.
* Sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal wap mempercepatkan perjalanan.
* Menjelang 1930, negara Eropah dan Amerika Syarikat telah melindungi industri mereka dengan
peraturan tarif. Akibatnya Britain tidak boleh mengeksport barangannya ke negara Eropah dan Amerika
sehingga mengakibatkan mereka terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika. * Kuasa Barat mahu
menyebarkan agama dan tamadun mereka.
* Wujud sikap perlumbaan antara kuasa Barat untuk menakluk sesebuah kawasan.
* Pemilikan tanah jajahan menandakan mereka sudah menjadi satu kuasa yang kuat.
Kesan-kesan imperialisme terhadap Asla Tenggara
a) Politik
* Pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir Barat.
* Sistem politik termasuk perundangan peribumi juga telah diubahsuai atau ditukar agar menyerupai
Barat.
* Persaingan kuasa Barat di Asia Tenggara menyebabkan Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu,
Burma, India.dan China.
* Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di
Indonesia.
* Perancis yang menjadi saingan British telah menjajah Indo China (Laos,Vietnam, dan Kemboja) dan
Amerika pula menduduki Filipina.
b) Ekonomi
* Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara
metropolitan.
* Di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan bagi
memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan bagi memenuhi keperluan industri Britian.
* Kuasa Barat telah membawa masuk buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan
kegiatan ekonomi komersial mereka.
* Dasar ini menyebabkan perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di negara-negara yang dijajah
oleh Barat.
c) Sosial
* Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu tetapi terhad di kawasan bandar dan
dikhususkan untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan
pentadbiran British.
* Kuasa penjajah tidak menjalankan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan
hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara >> Dasar-dasar Pertanian British
10.2 : Dasar-dasar Pertanian British
* Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah
yang luas, jumlah penduduk yang rendah, urusan cukai, dan kebenaran mengusahakan tanah hanya
dengan pembesar Melayu.
* Pemilikan tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah
tersebut.
* Rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengusahakan pemilikan tanah pada masa British.
* Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, dan jual beli tanah.
* Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.
* Undang-undang tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya muncul pula KanunTanah
Selangor, dan Peraturan Tanah Sungai Ujong.
* Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, peribumi, dan perlombongan.
* Kadar cukai tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki.
Undang-undang Melindungi Tanah Bumiputera
* Akta Tanah Bumiputera (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik kaum Melayu
berpindah kepada orang asing.
* Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM bagi mengelakkan TSM
daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar milik.
* TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajah, contohnya TSM tidak boleh diusahakan tanaman komersial
kerana TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.
* Land Order Sarawakdi lindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha China.
* Di sini juga diperkenalkan Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh.
* Di Sarawak, pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan, untuk mengelakkan
pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.
* Land Order Sarawak seterusnya membahagikan tanah kepada tiga kawasan iaitu tanah campuran, tanah
simpanan, dan tanah pedalaman.
* Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja manakala tanah simpanan dan pedalaman
dilindungi.
* Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi
diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah.
* Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.
Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing.
Dasar British Terhadap Pekebun Kecil
* Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai
petani.
* Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk menghalang tanaman getah ditanam di kawasan tanaman
padi sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah dalam penanaman padi.
* Halangan kepada orang Melayu seterusnya ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk
tanaman getah.
* Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk tanaman getah.
* Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil-kecilan tidak mendatangkan kebimbangan
kepada pengusaha Eropah.
* Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, Britishterpaksa melindungi pengusaha Eropah. *
Antaranya ialah dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang mengehadkan
pengeluaran getah negara pengeluar, Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa juga memberi kuota
lebih rendah kepada pekebun kecil, mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah.
* Tanaman getah yang dianggap banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu berbanding padi.
* Oleh itu, orang Melayu tidak berminat menanam padi.