Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 Tajuk Inovasi:

T- Puzzle

2.0 Nama Pasukan dan Jabatan:

PJ Power, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Ahli Kumpulan: Wong Sing Juan, Yu Ming Shen, Ng Wei Eng

3.0 Abstrak

Penelitian ini menjelaskan alat inovasi yang dihasilkan dari segi fungsi, objektif, kedudukan
sebelum inovasi, masalah yang dihadapi dan keunikan idea inovasi. Alat inovasi T-Puzzle
merupakan sebuah alat yang dapat membantu dalam pembelajaran dan pemudahcara
Pendidikan Jasmani dan mengatasi masalah kekurangan alatan di stor sukan. T-Puzzle
digunakan dalam bentuk satu set yang terdiri daripada 9 keping puzzle dan setiap keping
puzzle bersaiz 20cm2 dan berat 10gm. Alat T-Puzzle ini terdapat pelbagai kegunaan,
fleksibel, kos penyediaan yang rendah kerana menggunakan bahan terpakai, mudah dibawa,
disimpan dan juga digunakan. Pelaksanaan T-Puzzle ini telah dijalankan pada tiga tahap,
iaitu di sekolah rendah bagi murid tahap 1 dan tahap 2, dan juga rakan-rakan di IPG. Alat T-
Puzzle boleh digunakan untuk enam fungsi yang telah dikenal pasti, iaitu permainan tic tac
toe, aktiviti lompat ketingting, mini hurdles, aktiviti kemahiran asas melompat, aktiviti
lompatan sisi dan lompatan kuadrant.

4.0 Pengenalan
Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa (PBS) 1, kumpulan
pengkaji mendapati bahawa kebanyakan sekolah rendah kekurangan alatan untuk
kegunaan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Kebanyakan alatan di stor sukan rosak dan hilang akibat daripada tiada penyelenggaraan
stor dari semasa ke semasa (Ismail Yacoob, 2015). Hal ini mengakibatkan guru PJ sukar
menjalankan sesetengah aktiviti kerana tiada alatan yang sesuai.

Hasil pemerhatian semasa PBS ini, ahli kumpulan kami membuat refleksi dan
mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lain adakah isu ini juga berlaku di sekolah
yang mereka menjalani PBS. Maklum balas yang diterima adalah sama iaitu isu yang sama
di beberapa sekolah rendah di tujuh buah negeri. Kemudian, kami membuat tinjauan secara
lisan dengan guru-guru di sekolah. Hasilnya, kami mendapati bahawa alatan yang sering
kekurangan di sekolah ialah mini hurdles, gymnastic mat, alatan untuk kemahiran sasaran
dan lain-lain.

Lanjutan pada PBS 2, kumpulan kami melaksanakan kaedah temu bual dengan
guru-guru Pendidikan Jasmani di sekolah kami menjalani PBS 2. Pemerolehan data melalui
senarai semak pemerhatian juga kami jalankan untuk mendapatkan jenis-jenis alatan yang
kurang dan rosak serta kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Salah satu kesan utama ialah murid kurang menguasai kemahiran pergerakan
asas seperti melompat dan kemahiran sasaran (Mohd Taib Harun & Morlena Salamudin,
2003)

Berdasarkan dapatan ini, ahli kumpulan kami membuat pembacaan dan carian atas
talian dan perbincangan dengan pensyarah Kursus PJMS3063 Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran PJ bagi menghasilkan satu inovasi alatan yang pelbagai fungsi dan fleksibel
digunakan oleh guru-guru PJ. Dengan itu, kami sepakat untuk membina T-Puzzle bagi
mengatasi masalah ini.

T-Puzzle (Transformation Puzzle) adalah inovasi alatan untuk pengajaran dan


pemudahcara Pendidikan Jasmani. T-Puzzle digunakan dalam bentuk satu set yang terdiri
daripada 9 keping puzzle. Setiap keping puzzle bersaiz 20cm2 dan berat 10gm. T-Puzzle
diperbuat dariapada bahan kitar semula iaitu kotak kemudian dipotong mengikut bentuk
kepingan-kepingan puzzle. Setiap kepingan puzzle dibalut dengan kertas warna hitam dan
emas sebagai daya penarik kemudian kepingan-kepingan ini dibalut sekali lagi
menggunakan plastic pembalut buku supaya kalis air. Bagi memberi ketahanan kepada
balutan puzzle ini pada bahagian tepi dibakar menggunakan lilin dan setiap penyambung
puzzle dilekatkan kayu aiskrim untuk lebih kukuh.

5.0 Objektif

Objektif penghasilan alat inovasi ini bertujuan untuk:

i. mengatasi masalah kekurangan alatan Pendidikan Jasmani


ii. mengajar kemahiran pergerakan asas lokomotor kepada murid
iii. memudahkan guru membawa dan menggunakan alatan

6.0 Kedudukan Sebelum Inovasi


Berdasarkan hasil pemerhatian kumpulan pengkaji semasa menjalankan PBS Fasa 1,
masalah yang dikenal pasti yang berlaku di sekolah ialah kekurangan alatan di stor
Pendidikan Jasmani untuk kegunaan pembelajaran dan pemudahcaraan. Kebanyakan
alatan di stor sukan rosak dan hilang akibat daripada tiada penyelenggaraan stor dari
semasa ke semasa. Hal ini mengakibatkan guru tidak dapat menjalankan sesetengah aktiviti
kerana tiada alatan yang sesuai. Kami membuat refleksi dan perbincangan berkenaan
keadaan yang dihadapi dalam kebanyakan sekolah apabila balik dari PBS. Selain itu, kami
juga mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lain yang menjalankan PBS di negeri
masing-masing dan mendapati bahawa masalah yang sama juga berlaku di sekolah-sekolah
tersebut. Kesemua ahli kumpulan bersependapat bahawa masalah kekurangan alatan perlu
diatasi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Kemudian, kami membuat tinjauan secara lisan dengan guru-guru di sekolah.


Hasilnya, kami mendapati bahawa alatan yang sering kekurangan di sekolah ialah mini
hurdles, gymnastic mat, alatan untuk kemahiran sasaran dan lain-lain. Kaedah temu bual
dan soal selidik telah dilaksanakan. Temu bual dengan guru-guru Pendidikan Jasmani telah
dijalankan di sekolah semasa PBS. Pemerolehan data melalui soal selidik dan senarai
semak pemerhatian mendapati jenis alatan yang kurang dan rosak serta kesan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Jadual 1 menunjukkan data
senarai semak hasil daripada pemerhatian peralatan yang ada di stor sukan di 10 buah
sekolah yang dijalankan semasa PBS 2. Salah satu kesannya ialah murid tidak menguasai
kemahiran pergerakan asas seperti melompat dan kemahiran sasaran.

Berdasarkan dapatan ini, tindakan susulan perlu dilakukan bagi memudahkan guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Maka, kami telah
membuat bacaan dan mencari maklumat tentang alatan yang ringkas, menarik dan senang
dihasilkan bagi membantu guru dalam menyelesaikan masalah kekurangan alatan di stor.

Jadual 1

Analisis Senarai Semak Pemerhatian Peralatan yang terdapat di stor sukan yang dijalankan
di 10 buah sekolah rendah

Jenis Peralatan Bilangan Responden Peratusan % (N/10)


Bola Sepak 9 90
Bola Baling 8 80
Bola Jaring 7 70
Bola Tampar 7 70
Bola Keranjang 8 80
Sepak takraw 6 60
Raket Badminton 7 70
Bulu Tangkis 7 70
Bola Ping Pong 6 60
Bet Ping Pong 6 60
Alat Penimbang 9 90
Mat 2 20
Kon Besar 8 80
Skittel 7 70
Pundi kacang 6 60
Kayu Hoki 6 60
Bola hoki 6 60
Gelang rotan 5 50
Baton (pecut) 6 60
Lontar Peluru 9 90
Guni 6 60
Tali Skipping 7 70
Mini hurdles 1 10
Hurdles 5 50
Guli 5 50

7.0 Masalah yang Dihadapi

Hasil pemerhatian dan hasil temu bual yang dilaksanakan didapati guru Pendidikan Jasmani
tidak dapat melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan dengan lancar akibat
daripada kekurangan alatan di stor. Malahan, guru tidak mampu menyediakan alatan itu
sendiri kerana kebanyakan alatan dijual dengan kos yang mahal dan susah untuk dibawa ke
mana-mana tempat kerana berat.

Selain itu, masalah yang dihadapi akibat daripada kekurangan alatan ialah murid
tidak menguasai sesetengah kemahiran pergerakan asas dari tahap 1, contohnya
pergerakan asas lokomotor melompat. Hal ini demikian kerana sesetengah guru Pendidikan
Jasmani tidak dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dan
membiarkan murid bermain sendiri tanpa mengajar kemahiran pergerakan dan kecergasan
semasa kelas Pendidikan Jasmani (Muhammad Syafiq, 2013). Dari aspek jasmani, murid
tidak menguasai kemahiran pergerakan dan kecergasan berasaskan kesihatan.

8.0 Keunikan Idea

Alat inovasi ini boleh ditransformasikan dalam pelbagai bentuk untuk kesesuaian mengikut
kemahiran pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pelbagai keunikan yang
terdapat dalam alat inovasi ini berdasarkan beberapa aspek yang diterangkan di bawah.
8.1 Kepelbagaian Fungsi

Alat inovasi T-Puzzle (Transformation Puzzle) yang dihasilkan dapat ditransformasikan ke


enam bentuk untuk melakukan enam aktiviti yang berlainan. Malahan, alat T-Puzzle masih
boleh divariasikan lagi kegunaannya mengikut kreativiti. Aktiviti yang boleh dilakukan
menggunakan T-Puzzle ialah:

i. Tic Tac Toe


ii. Ketingting
iii. Mini Hurdles
iv. Kemahiran Asas Melompat
v. Lompat Sisi
vi. Lompat Quadrant

8.2 Fleksibel

Alat inovasi T-Puzzle selain fleksibel dari fungsinya, alatan ini juga boleh digunakan di
mana-mana dan pada bila-bila masa. Hal ini demikian kerana alatan ini boleh digunakan
untuk kelas Pendidikan Jasmani dan juga latihan sukan untuk atlet. Selain itu, alatan ini juga
boleh diguna pakai di kawasan tertutup seperti dewan dan juga kawasan terbuka seperti
padang dan gelanggang bola keranjang. Sepanjang kajian dilaksanakan di sekolah, alat
inovasi ini telah digunakan di dewan serbaguna yang tetutup. Sebaliknya, semasa
menjalankan kajian di IPG, alat T-Puzzle telah digunakan di gelanggang bole jaring iaitu
kawasan yang terbuka.

8.3 Kos Rendah

Kos yang digunakan untuk menghasilkan T-Puzzle adalah rendah berbanding alatan
seumpama yang berada di pasaran. T-Puzzle disediakan dalam bentuk satu set yang terdiri
daripada 9 kepingan puzzle. Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan T-Puzzle
ialah, kotak, kertas warna, plastic pembalut buku dan Velcro Tape.

Anggaran Kos
Bil. Perkara
(RM)

1. Kotak (Kitar Semula) 0

2. Kertas Warna (Hitam dan Emas) 3

3. Velcro Tape 5

4. Plastik Pembalut Buku (Transperent) 1.50


Jumlah 9.50

8.4 Mudah Dibawa

Alat inovasi T-Puzzle ringan dan bersaiz kecil, iaitu berat 10gm dan bersaiz 20 cm2. Guru
mudah untuk mengangkat dan membawa ke mana-mana tempat untuk menjalankan aktiviti.
Selain itu, saiz T-Puzzle juga sesuai untuk diletakkan di beg dan di kereta untuk di bawa ke
mana-mana tempat bagi menjalankan aktiviti.

8.5 Mudah Disimpan

Alat inovasi T-Puzzle yang bersaiz kecil sesuai untuk diletakkan di stor alatan tanpa
menggunakan ruang yang besar. Selain itu, kepingan puzzle juga dapat dipisahkan dan
disusun secara kemas semasa menyimpan bagi menjimatkan ruang penggunaan.

8.6 Mudah Difahami

Penggunaan alat T-Puzzle sangat mudah untuk difahami kerana menggunakan konsep
permainan puzzle di mana kepingan puzzle dicantumkan untuk menghasilkan satu bentuk
paten yang baru (Purwantoko & Sutikno, 2010). Alat T-Puzzle mencantumkan kepingan
puzzle untuk menghasilkan bentuk yang dapat membantu murid dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Jasmani, contohnya bentuk lompat quadrant dan bentuk lompat
ketintging. Konsep penggunaan puzzle memang dikenali orang ramai, jelasnya setiap orang
dapat memahami dan menggunakan alat ini dengan mudah menggunakan konsep sedia
ada tentang puzzle.

9.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, alat inovasi T-Puzzle dihasilkan bertujuan untuk mengatasi masalah
kekurangan alatan di stor sukan sekolah. Hal ini demikian kerana T-Puzzle yang dihasilkan
dapat ditransformasikan dalam pelbagai bentuk dan fungsi yang dapat membantu dalam
kurikulum Pendidikan Jasmani seperti tajuk pergerakan asas, olahraga asas dan permainan
tradisional. Alat T- Puzzle juga terdapat pelbagai keunikan, iaitu kepelbagaian fungsi,
penggunaan yang fleksibel, kos rendah, mudah dibawa, disimpan dan difahami serta
digunakan.

You might also like