Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

Kandungan
Muka surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Zaman Sekolah Rendah 3

3.0 Zaman Sekolah Menengah 4

3.1 Zaman Menengah Rendah 4

3.2 Zaman Menengah Atas 5

4.0 Zaman Prauniversiti 6

5.0 Kesimpulan 8

6.0 Rujukan 9

7.0 Lampiran 10

1
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

1.0 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) diwujudkan dengan matlamat untuk


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani
emosi rohani dan intelek(JERI).(Mok ,2010). Persoalannya, apakah inisiatif yang dapat direncana
bagi mencapai objektif FPK tersebut?

Antara langkah proaktif yang dapat kita laksanakan ialah melalui pengaplikasikan teori
pembelajaran behaviorisme di dalam dan di luar bilik darjah. Teori yang dipelopori oleh empat
orang tokoh tersohor seperti Ivan Pavlov, J.B Watson, E.L Thorndike dan B.F. Skinner ini
bertumpu secara umumnya kepada rangsangan dan persekitaran yang menjadi pemangkin
kepada perubahan tingkah laku manusia.

Dalam esei ini, saya akan tunjukkan bagaimana elemen-elemen yang diperkenalkan
dalam teori behaviorisme dapat digunapakai pendidik dalam mengurus bilik darjah serta
mengawal tingkah laku pelajar . Disamping itu, teori ini juga boleh diadaptasi oleh pelajar dalam
usaha untuk mengubah perangai dan meningkatkan prestasi kendiri.Hujah yang akan diutarakan
adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya ketika berada dalam era persekolahan
rendah, menengah dan prauniversiti.

2
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

2.0 Zaman Sekolah Rendah

Secebis memori indah menjengah benak fikiran tatkala merenung gerimis di luar jendela.
Bibit-bibit manis kenangan lampau terpancar apabila mengimbau gelagat rakan-rakan sekelas 6
Hijau. Kelas seramai 25 orang ini terdiri secara majoritinya daripada murid yang baik. Hanya
tujuh orang daripada rakan-rakan saya ini dapat dikategorikan sebagai ‘’budak nakal’’. Kelibat
mereka yang tidak pernah jemu mengganggu rakan-rakan lain yang ingin belajar menyebabkan
puan Umi Kalthum yang bertindak selaku guru kelas dan guru subjek sains itu naik baran.

Murid-murid nakal yang gemar berbuat bising tersebut diarahkan serta-merta untuk
keluar daripada kelas kami selama 20 minit. Usai tamat tempoh waktu yang diberikan, murid-
murid tadi pun dibenarkan untuk kembali masuk ke dalam kelas dan duduk ditempat masing-
masing . Cikgu Umi Kalthum kemudiannya memberikan kata-kata pujian kepada mereka kerana
dapat memberikan fokus kepada mata pelajaran yang diajar. Rentetan itu,emosi murid yang pada
awalnya bercampur antara malu kepada rakan-rakan dari kelas lain yang sedang lalu lalang
dihadapan mereka dan perasaan benci yang membuak-buak terhadap guru kelas tersebut
terkubur sebaik sahaja mendengar kalimat pujian daripada guru tersebut.

Sebenarnya,situasi ini disebut B.F Skinner sebagai modifikasi tingkah laku.


(Choong,2008). Menurut Choong (2008) lagi, teori ini bertujuan untuk menghapuskan tingkah
laku yang kita tidak ingini dan digantikan dengan tingkahlaku yang dingini melalui pengukuhan.
Dalam contoh yang saya berikan, tingkahlaku yang tidak diingini ialah berbuat bising dan
digantikan dengan tingkah laku yang diingini iaitu diam dan fokus di dalam kelas. Pengukuhan
yang ditunjukkan oleh guru saya tadi ialah dalam bentuk pujian.

Pendek kata, teori modifikasi tingkah laku Skinner dapat diaplikasikan para guru sebagai
wahana konkrit melahirkan murid yang seimbang dari sudut emosi dan mewujudkan iklim
pembelajaran yang lebih kondusif.

3
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

3.0 Zaman Sekolah Menengah

3.1 Zaman Menengah Rendah

Tahun 2003 menyaksikan seramai lebih 200 orang pelajar daripada pelbagai latar
belakang bangsa, tempat dan budaya tampil mendaftar di Sekolah Menengah Sains Labuan
setelah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah( UPSR).Hari - hari yang saya dan rakan-rakan lain lalui sebagai orang baharu
di sekolah itu sangat memeritkan lebih-lebih lagi pada minggu orientasi sehinggalah penghujung
tingkatan satu. Perkara yang masih segar dalam sanubari ialah situasi di mana para pelajar junior
diwajibkan untuk datang ke surau lebih awal dan kehadiran adalah diwajibkan.

Jika para pelajar junior ini datang lambat atau tidak hadir langsung untuk solat berjemaah
di surau , nama akan diambil dan diserahkan kepada ustaz atau warden bertugas. Hukuman yang
akan dikenakan kepada pelajar terlibat ialah rotan. Bukan itu sahaja para senior yang bertindak
selaku jawatankuasa surau akan mengambil alih tugas ustaz atau warden seandainya mereka
tidak turun ke surau atas urusan-urusan tertentu. Kami diminta oleh abang-abang senior tadi
untuk jalan itik di sekeliling surau sebanyak tujuh kali. Disebabkan takut dan ingin terlepas
daripada denda-denda tersebut saya berusaha sebaik mungkin datang awal ke surau.

Denda yang dikenakan ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar agar datang ke surau
dan sentiasa memelihara solat jemaah dan menjaga hubungan dengan tuhan. Menurut Mok
(2010), perkembangan rohani ini sangat penting agar pelajar mempunyai kesedaran wujudnya
pencipta dan dapat membentuk akhlak serta disiplin kendiri. Saya bersyukur hasil paksaan yang
disaluti dengan denda tadi menjadikan saya konsisten untuk pergi ke surau mempertingkat
hubungan rohani saya hingga sekarang.

Walaubagaimanapun, denda yang berbentuk fizikal dan keterlaluan seperti rotan dan
jalan itik tersebut tidak benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada kesemua lapisan
pelajar dalam mewujudkan kesedaran mengingati tuhan dan membentuk disiplin . Malah denda
dalam bentuk sedemikian akan mewujudkan aspek negatif lain. Fakta ini disokong sendiri oleh
Rahil Mahyudin dan Habibah Alias (2007) yang menyebut bahawa denda fizikal boleh
menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini seperti rasa benci terhadap guru, bercakap
bohong,dan vandalisme. Rahil Mahyudin dan Habibah Alias (2007) turut menyatakan bahawa

4
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

denda fizikal keterlaluan boleh dianggap sebagai deraan dan menyebabkan kecederaan fizikal
yang kekal.

Bagi pendapat saya sendiri , Ustaz atau warden tersebut perlu lebih mengutamakan
pengukuhan kepada tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku ingin pergi surau secara sukarela
dengan melaksanakan aktiviti yang menarik .Hujah ini disokong oleh Skinner yang mengatakan
bahawa guru perlu menumpukan perhatin kepada tingkah laku yang diingini dan tidak
mengenakan denda kepada tingkah laku yang tidak diingini. (Rahil Mahyudin & Habibah Alias
,2007).

Dengan itu, pengukuhan dalam tingkah laku perlu lebih diprioritikan berbanding denda
fizikal yang keterlaluan dalam menggalakkan pelajar ke surau memelihara hubungan dengan
pencipta disamping mengawal disiplin pelajar. Melalui teknik ini, kita sebenarnya telah berjaya
memperkembangkan kecerdasan pelajar dari aspek rohani selaras dengan hasrat melahirkan
pelajar yang seimbang dan holistik.

3.2 Zaman Menengah Atas

Semasa berada di tingkatan 4, saya merupakan antara pelajar yang paling lemah dalam
subjek Matematik Tambahan. Kali pertama menduduki peperiksaan untuk mata pelajaran ini pada
tahun 2006, saya gagal mendapat markah minimum untuk lulus. Hal ini demikian kerana saya
sendiri tidak menyukai mata pelajaran yang melibatkan pengiraan. Namun,disebabkan impian
untuk mendapat A dalam mata pelajaran tersebut dan hasrat menyambung pelajaran ke universiti
yang mempunyai reputasi lebih tinggi, saya tetap berusaha sehabis baik .Inilah yang disebutkan
Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Shukor (2008) sebagai motivasi intrinsik
iaitu pelajar ingin mencapai sesuatu itu dengan jayanya disebabkan oleh keinginan dalaman.

Proses untuk mencapai objektif pembelajaran saya disokong penuh oleh cikgu Ali Akbar
Asri yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan material seperti memberikan kerja latih
tubi bagi meningkatkan kefahaman dan prestasi saya dengan pelajar lain. Dalam melaksanakan
latih tubi tersebut , kaedah cuba jaya yang diperkenalkan E.L Thorndike telah diaplikasikan oleh
saya dan rakan-rakan yang lain. Melalui proses ini,para pelajar akan mengulangi kesalahan-
kesalahan dan membetulkan kesalahan secara tidak langsung (Shahabudin Hashim,Mahani
Razali, & Ramlah Jantan,2003).

5
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

Impaknya, hasil keputusan ujian saya meningkat dari segi gred dan markah setiap
bulan.Situasi ini mencambahkan perasaan gembira dan merangsang saya untuk mengulangi
usaha dan latihan terhadap soalan-soalan dalam Matematik Tambahan sehinggalah akhirnya
saya betul-betul mendapat A2 dalam peperikasaan percubaan SPM. Benarlah teori hukum kesan
yang diperkenalkan E.L Thorndike iaitu tindakan yang menerbitkan kesan kepuasan pada individu
akan sentiasa diulang. (Woolfolk ,2005).

Rumusannya, motivasi intrinsik, kaedah cuba jaya, latih tubi serta tindakan yang
mendorong kepada kepuasan individu menjadi pemangkin kepada kejayaan akademik
seseorang lantas mampu melahirkan individu yang seimbang dari aspek intelek.

4.0 Zaman Prauniversiti

Pada tahun 2008,saya mendapat tawaran untuk mengkuti kursus matrikulasi di Kolej
Matrikuasi Labuan( KML) dalam bidang sains fizikal. Peluang berada di kolej sudah cukup buat
saya menyaksikan kesungguhan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bidang
kokurukulum lebih-lebih lagi untuk acara sukan memandangkan kerajaan mengamalkan dasar
Meritokrasi iaitu menuntut satu persepuluh penglibatan kokurikulum daripada pelajar untuk
melayakkan diri ke universiti. Bukan itu sahaja, pelajar berkobar-kobar menyertai kegiatan
kokurikulum ini kerana wujudnya Karnival Korikulum Matrikulasi yang dikenali sebagai KAKOM
dimana terdapat pertandingan-pertandingan tertentu yang menawarkan hadiah lumayan.
Menurut teori pelaziman klasik Pavlov ,setiap rangsangan akan mewujudkan gerak balas (
Ee,1997). Bagi situasi di atas, rangsangan yang dimaksudkan ialah hadiah yang lumayan dan
peluang untuk mendapat satu persepuluh dalam kegiatan kokurikulum tersebut mewujudkan
gerak balas iaitu semangat yang berkobar-kobar dan latihan kerap yang akan dilakukan sebelum
pertandingan berlangsung.

Sebelum memilih wakil ke pertandingan antara matrikulasi, pensyarah pelatih perlu


terlebih dahulu mengenalpasti potensi dan kebolehan pelajar dalam acara tertentu dengan
mengadakan pertandingan-pertandingan dalaman seperti acara padang dan balapan peringkat
KML. Pemenang bagi setiap kategori akan terpilih untuk melaksanakan latihan intensif bersama
jurulatih. Untuk sesi latihan yang bakal mencakupi teknik-tenik baru yang lebih berkesan ,
Shahabudin et al. (2003) menyatakan para pelajar perlulah mempunyai persediaan dari aspek
mental dan sikap sebagaimana yang disebutkan dalam hukum kesan EL Thorndike. Suppiah

6
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan,Roslinda


Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2009) pula berpendapat pelajar perlu mempunyai persedian
dari aspek kognitif , psikomotor dan afektif untuk memulakan sesuatu sesi pembelajaran atau
latihan bagi menjamin sesi pembelajaran yang berkesan.

Selepas berbicara tentang persediaan , jurulatih perlu menunjukkan cara dan strategi
yang betul yang mungkin pernah diaplikasi oleh kumpulan-kumpulan lain yang pernah mencapai
kejuaraan. Menurut Choong (2008), teknik modelling dalam teori pembelajaran sosial yang
diasaskan oleh Albert Bandura dapat diaplikasikan para pelajar dengan membuat pemerhatian
dan meniru cara atau strategi yang dilaksanakan oleh golongan juara.

Selain itu, para pelajar perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam latihan sukan
merangkumi kepatuhan terhadap masa latihan, mendengar arahan jurulatih dan bekerjasama
dalam pasukan. Sekiranya, pelajar tidak berdisiplin dalam menjalani sesi latihan , para jurulatih
boleh melakukan teknik peneguhan negatif Skinner seperti tidak mebenarkan pelajar yang
datang lambat berehat semasa rakan-rakan sebaya mereka yang lain berehat pada satu-satu
masa yang ditetapkan.

Kesudahannya, aplikasi teori behaviorisme akan dapat melahirkan pelajar yang


mempunyai disiplin dan kekuatan jasmani yang tinggi lantas melahirkan individu yang seimbang.

7
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

5.0 Kesimpulan

Tuntasnya,setelah menelusuri setiap zaman persekolahan saya sendiri, dapatlah


disimpulkan bahawa teori Behaviorisme ini sangat praktikal untuk diaplikasikan bagi melahirkan
generasi yang seimbang dari aspek jasmani rohani emosi dan intelek(JERI) sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Teori modifikasi tingkah laku, konsep peneguhan positif dan peneguhan negatif,hukum
kesediaan ,hukum kesan, teori rangsangan dan gerak balas semuanya terangkum di bawah teori
behaviorisme. Diharapkan segala pengalaman dan pemerhatian saya sendiri dalam warkah ini
dapat memberikan sedikit input berguna kepada para guru, pelajar dan pembaca yang lainnya
untuk diaplikasikan pada masa hadapan.

8
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

6.0 Rujukan

Choong, L.K. (2008). Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ee, A. M. (1997). Psikologi pendidikan 2. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok, S.S. (2010). Falsafah pendidikan, kurikulum & profesionalisme keguruan. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rahil Mahyudin & Habibah Alias. (2007). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd.

Shahabudin Hashim,Mahani Razali, & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi pendidikan. Bentong:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamauruddin, Abd.Aziz Abd Shukor Ramlah Jantan,


Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009). Pembelajaran dan perkembangan
pelajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan & Abdul Aziz Shukor. (2008). Psikologi pendidikan. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Woolfolk, A.E.(2004). Educational psycology. New Jersey:Prentice- Hall,Inc.

9
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

7.0 Lampiran

10
Teori Behaviorisme Dalam Melahirkan Insan Seimbang

11

You might also like