Assignment Qiraat Terkini-1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

COVER

1. PENGENALAN

Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan yang
telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-
Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis
dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat.
Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang
perbezaan bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur.

Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah


menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan al-Quran
dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi
apabila sejarah penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah
menunjukkan bahawa penulisan al-Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh
kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza
antara satu sama lain.

Justeru, tugasan ini akan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang hubungkait antara
Ilmu Rasm Uthmani dan ilmu Qiraat dengan membawa contoh-contoh sejarah daripada beberapa
buah kitab untuk menonjolkan kelebihan mempelajari kedua-dua bidang ilmu ini dalam konteks
memelihara kesucian al-Quran.

2. PENGERTIAN ILMU QIRAAT

Ilmu qiraat merupakan salah satu daripada ilmu yang terdapat di dalam ulum al-Quran.
Ia membicarakan cara-cara bacaan al-Quran menurut imam-imam qiraat. Daripada ilmu inilah
lahirnya ungkapan yang biasa kita dengar seperti qiraat tujuh, qiraat sepuluh, qiraat empat belas
dan sebagainya.

Pengertian Ilmu qiraat dari sudut bahasa ialah Al-Qiraat merupakan bentuk jamak bagi
perkataan Al-Qiraah ) ‫(القراءة‬yang bermaksud bacaan. Maka dari sudut bahasa, ia bermaksud
bacaan-bacaan, dari sudut ini, ia membawa maksud umum dan tidak dihadkan kepada bacaan Al-
Quran semata-mata. Kata dasar bagi perkataan ini ialah Qara’a) ‫ (قرأ‬yang bermaksud ‘dia
membaca`. Manakala, dari sudut Istilah bermaksud Al-Qiraat ialah suatu ilmu yang diketahui
dengannyan tatacara pembacaan perkataan-perkataan di dalam Al-Quran dan cara
memperaktikannya samaada yang disepakati atau diperselisihkan dan disandarkan setiap cara
bacaan kepada perawinya.

Ilmu qiraat juga menjelaskan cara bacaan yang kita amalkan pada hari ini iaitu menurut
riwayat Hafs daripada Imam Asim. Ini bermakna, ilmu tajwid yang kita pelajari selama ini
merupakan sebahagian daripada ilmu qiraat. Secara ringkasnya, dengan mempelajari ilmu qiraat,
kita akan mampu mengetahui susur galur bacaan yang kita amalkan pada hari ini serta
mengetahui perbezaan bacaan yang ada dalam kalangan imam-imam qiraat.

3. PENGERTIAN DAN PENGENALAN RASM UTHMANI

Pengertaian kalimah Rasm ialah Penulisan. Uthmani adalah bersempena dzaman Khalifah
Uthman Bin ‘Affan. Manakala, Rasm Uthmani pula ialah bentuk dan cara penulisan ayat Al-
Quran berdasarkan kepada mushaf uthmani ( di zaman Uthman Bin Affan). Sebagaimana yang
diketahui ramai, Mushaf al-Quran yang diguna pakai pada zaman kini adalah mengikut kaedah
penulisan yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu Uthman ibn Affan r.a. Kaedah
penulisan ayat-ayat al-Quran ini tau lebih dikenali dengan Rasm Uthmani telah diarahkan oleh
beliau akibat belakunya perselisihan bacaan di kalangan umat Islam yang begitu ketara.

Jika dilihat dari sudut definisi Rasm Uthamani, Syeikh Abd al-Mun’im Kamil Syair telah
menyebut di dalam kitab beliau Al-‘Ijaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani : “ yang dimaksudkan
dengan perkataan ini ( Rasm Uthmani) ialah kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan al-
Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sabahat di zaman pemerintahan Uthman ibn
Affan r.a dan dighantar ke Negara-negara Islam. Maka dinamakan kaedah ini dengan Rasm
Uthamni adalah sebagai sandaran kepada Uthman ibn Affan r.a atas perintah beliau untuk
menulis semula ayat-ayat al-Quran.
Rasm Uthmani terbahagi kepada dua, iatu:

1. Rasm Qiasi / Imla’i


Iaitu penulisan kelaziman pengucapan / pertuturan.

2. Rasm Istilahi / Uthmani


Menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi
sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah,
mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah.

Ulamak juga bersepakat mengatakan ketika menulis ayat-ayat al-Quran adalah wajib menulisnya
mengikut kaedah Rasm Uthmani. Di antara alasannya:

1. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat kerana mengikut sunnah Khulafa’
arRasyidin. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ kamu ikutilah sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat hidayah selepasku
dan peganglah ia dengan bersungguh-sungguh” – Riwayat Abu Daud al-Tarmizi

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan antaranya :

- Mengikut sunnah Rasullah SAW


- Mengikut tulisan al-Quran yang asal
- Boleh memahami makna yang berlainan da tidak pula terkeluar daripada maksud yang
sebenar
- Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat ( jenis-jenis bacaan)
- Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.
- Dtpersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat
- Salah satu dari mukjizat al-Quran
- Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir
- Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al Karim
- Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas
- Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).
- Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

Rasm Uthmani juga dikatakan ada kelemahannya iaitu sukar dibaca apabila ditulis tanpa
baris. Bentuk tulisannya yang agak keliru jika ditulis tanpa baris. Ini menyulitkan pembaca-
pembaca yang baru mengenali al-Quran untuk membaca dengan tepat.

4. HUBUNGAN ILMU QIRAAT DAN RASM UTHMANI

Hubungan di antara ilmu Qiraat dan Rasm Uthmani dapat dikategorikan kepada tiga perkara
iaitu Rasm Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah atau sahihah, Rasm
Uthmani Merupakan Salah Satu Perkara Dalam Pengkaedahan Rukun Al-Qiraat Yang Tiga dan
Rasm Uthmani merupakan asas kepada penolakan bacaan Qiraat Shazzah

Rasm Uthmani Sebagai Syarat Penerimaan Qiraat Yang Mutawatirah Atau Sahihah

Bacaan yang mencapai taraf tawatur ialah suatu bacaan (bersambung kepada Nabi
Muhammad SAW) yang diriwayatkan oleh sebilangan manusia sehinggakan mustahil jika
bilangan tersebut boleh bersepakat untuk berdusta. Qiraat Mutawatir juga bermaksud Qiraat yang
diriwayatkan oleh satu kumpulan besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan seperti
Qiraat yang terdapat dalam Thoriq As-Syatibi dan Thoriq Al-Jazari. Imam Ibn Al-Jazari telh
menegaskan bahawa Qiraat mempunyai tiga rukun sebagai syarat penerimaan Qiraat yang
mutawatirah atau sahihah iaitu pemindahan atau periwayatan yang sahih ( Sihhatun Naqli),
bertepatan dengan penulisan mushaf Uthmani ( Muwafaqat Rasm Mushaf Al-Uthmani) dan yang
terakhir menepati wajah-wajah bahasa Arab (Muwafaqatul Arabiyyah).

Rasm Uthmani menjadi syarat kepada Qiraat yang ,utawatirah atau sahihah kerana Rasm
Uthmani memainkan peranan penting dalam menjaga kesahihan bacaan al-Quran. Dr.
Muhammad Salim Muhaysin dalam bukunya Fi rihab Al-Quran Al-Karim menyatakan bahawa :
Al-Masahif Al-Uthmaniyyah ditulis dengan qiraat yang dibaca dan diriwayatkan oleh para
sahabat r.a. daripada Rasullah SAW, manakala kewujudan Al-Suhuf yang dikumpulkan pada
zaman Sayyidina Abu Bakar r.a bertujuan untuk menjadi sumber rujukan bertulis. Tiada
sebarang arahan daripada khalifah Islam untu berpegang atau meninggalkan mana-mana qiraat
sama ada selari atau sebaliknya dengan tulisan Suhuf tersebut. Ini menunjukkan bahawa AlAhruf
As-Sab’ah masih kekal dalam bentuknya yang asal dan tidak berubah dan terkesan kepada
penulisan As-Suhuf tersebut.

Rasm Uthmani Merupakan Salah Satu Perkara Dalam Pengkaedahan Rukun Al-Qiraat Yang
Tiga

Nabi Muhammad SAW merupakan tempat rujukan para sahabat r.a bagi semua
permasalahan yang melibatkan agama termasuklah hal-hal berkenaan Qiraat. Sebagai contoh,
perselisihan faham tentang bacaan antara Hisyam Ibn Hakim r.a. dan Umar Al-Khattab r.a. telah
dirujuk kepada Rasullah SAW. Ini menjadi bukti kukuh bahawa para sahabat r.a. telah
meriwayatkan Qiraat (bacaan al-Quran) secara sahih lagi terjaga. Para sahabat jugalah yang
dikatakan sebenarnya merupakan pencipta kepada dhowabith (rukun-rukun) Qiraat walaupun
bukan dari segi kaedah bertulis tetapi dari segi talaqqi (berguru) dan praktikal. Para sahabat telah
memindahkan (meriwayatkan) kepada kita bacaan al-Quran (Qiraat) Nabi Muhammad SAW
dengan penuh kejujuran. Inilah yang dipanggil Sihhatun Naqli iaitu periwayatan atau
pemindahan yang sahih.

Sehinggalah pada zaman Khalifah Uthman Ibn Affan, wujudnya dhabith (rukun) yang
kedua iaitu bertepatan dengan penulisan Mushaf Uthmani. Pada ketika itu, jumhur sahabat r.a
telah berijma’ untuk menggunakan Mushaf Uthmani sahaja dengan membakar semua mushaf
selainnya. Hanya bacaan yang menepati Mushaf Uthmani sahaja diterima pakai.

Manakala dhabith (rukun) yang ketiga, menyentuh tentang al-Quran diturunkan dalam
Bahasa Arab dan para sahabat r.a merupakan golongan yang mahir serta fasih berbahasa Arab.
Dhabith ini wujud secara langsung dengan pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran.
Dengan ini tidak salah kalau dikatakan bahawa titik tolak penciptaan dhowabith Qiraat ini
bermula pada zaman sahabat r.a lagi. Kemudian berkembang sehinggalah masa kini.

Rasm Uthmani Merupakan Asas Kepada Penolakan Bacaan Qiraat Shazzah


Perkembangan Qiraat Shazzah telah bermula semenjak zaman Sayyidina Uthman Ibn
Affan r.a iaitu setelah penyusunan al-Quran dalam mushaf. Penelitian dari sudut ketepatan
sesuatu bacaan yang menepati kesahihan sanadnya yang mutawatir daripada Rasullulah SAW,
menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani dan juga menepati wajah-wajah bahasa Arab adalah
tunjang kepada qiraat mutawatiroh. Perkara ini seterusnya menjadi asas kepada penolakan
bacaan Qiraat Shazzah ( Qiraat yang tidak memenuhi salah satu daripada rukun Qiraat yang
tiga). Qiraat Shazzah adalah disebabkan masahif peribadi para sahabat r.a yang tidak dihapuskan
setelah Sayyidina Uthman Ibn Affan memerintahkan pembukuan semula al-quran sebagai contoh
mushaf ibnu Mas’ud di mana mushafnya telah diriwayatakan oleh generasi tabi’in. Dengan itu
Qiraat Shazzah tidak harus dibaca dan tidak menjadi ibadat apabila membacanya. Bahkan adalag
berdosa dan haram hukumnya jika kita menyakini bahawa ia sebagai Al-Quran. Ini adalah
berbeza dengan Qiraat Mutawatirah.

5. KESAN KEPADA ILMU QIRAAT JIKA TIADA ILMU RASM UTHMANI

Sekiranya penulisan al-quran tidak menepati kaedah ilmu Rasm Uthmani sudah tentu situasi
ini akan memberi kesan kepada ilmu Qiraat. Antara kesannya ialah tidak diterima Qiraatnya
untuk mencapai Qiraat yang mutawatirah atau sahih. Ini disebabkan situasi tersebut tidak
memenuhi tiga syarat utama untuk mencapai Qiraat Mutawatirah iaitu sanad yang sahih
(bersambung kepada Nabi Muhammad SAW) menepati penulisan mushaf Uthmani dan
seterusnya menepati bentuk-bentuk gaya bahasa Arab.

Selain itu, ia tidak menepati pengkaedahan rukun al-Quran iaitu kesahihan sanadnya,
menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani dan juga menepati bentuk-bentuk bahasa Arab. Ini
akan mengakibatkan Qiraat tersebut mengingkari tiga rukun yang wajib dimiliki oleh Qiraat
tersebut.

Seterusnya penulisan al-Quran yang tidak menepati kaedah Rasm Uthmani akan menjurus
kepada Qiraat Syazzah yang mana ditolak bacaannya kerana tidak menepati mana-mana tiga
rukun yang mesti dipenuhi oleh ilmu Qiraat. Qiraat Shazah tidak harus dibaca dan tidak menjadi
ibadat apabila membacanya. Bahkan adalah lawan bagi Qiraat Mutawatirah atau sahihah.
Perkara ini perlu diberi penekanan terutama kepada mereka yang menuntut ilmu Qiraat juga
kepada masyarakat yang menceburkan diri dalam ilmu Qiraat.

Seterusnya terhalang daripada menjadi sebahagian daripda ‘Ulum al-Qiraatyang bersifat


Riwayah dan Dirayah. Qiraat Riwayah perlu dikuasai dengan kaedah talaqqi dan berguru iaitu
membaca semua riwayat al-Quran di hadapan guru. Namun, sekiranya Ilmu Qiraat itu tidak
menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani, maka adalah dilarang untuk kita menyampaikan
ilmu Qiraat tersebut kerana ditakuti akan lahir bacaan yang salah serta mengubah maksud asal
ayat-ayat yang dipelajari tersebut.

Qiraat Dirayah adalah meliputi segala apa yang dipaprkan dalam penulisan berkaitan Qiraat
seperti maklumat mengenai sejarah tokoh Qiraat merangkumi kelahiran, sejarah gurumereka dan
perkembangan Qiraat dahulu dan sekarang. Demikian juga dengan taujih Qiraat yang dianggap
sebagai Qiraat Dirayah. Maklumat demikian amat membantu dalam mengetahui kronologi
Qurra’ yang disepakati oleh para ulama bahawa bacaan merekaadalah mutawatirah. Selain itu
kita juga boleh mengenal mana ulama yang mendefinisikan sebagai Qiraat Syazzah. Namun
begitu, jika kaedah penulisan al-Quran yang digunakan menyimpang daripada kaedah sebenar
penulisan Rasm Uthmani sudah tentu ilmu Qiraat tersebut tidak lagi bersifat Dirayah sebagai
contoh dari sudut Taujih Qiraat setiap Qurro’.

Ilmu Qiraat memberi banyak manfaat kepada masyarakat dari zaman Rasullah SAW
sehingga kini. Sesungguhnya ilmu Qiraat dengan al-Quran Rasm Uthamnai adalah satu
kombinasi yang tidak dapat dipisahkan.Seandainya ilmu Qirat dibaca tanpa Rasm Uthmani, ia
tidak menjadi suatu ibadah, bahkan ia berdosa di sisi syarak. Firman Allah SWT,

“ Bacalah Al-Quran dengan murattal ( bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik) –
Al-Muzammil:4
Namun, tidak cukup untuk kita membaca bacaan dengan tarannum yang hebat, tetapi ayat-
ayat Allah kita menafikan dan dibuang dalam kehidupan. Na’uzubillah. Kedua-duanya perlu
seiring dan selangkah;pembacaan, pemahaman dan pentafsiran ayat-ayat Al-Quran itu sendiri.

Terdapat beberapa kesan kepada ilmu Qiraat jika tiada ilmu Rasm Uthmani antaranya
kesannya dalam bidang Ilmu Syariah. Seperti diketahui, mempelajari ilmu Qiraat dalam bidang
syariah amatlah penting dengan penggunaan nas-nas syara’ di dalam al-Quran terhadap hukum
yang bersifat umum (kulli) yang diutamakan dan kemungkinan nas-nas tersebut untuk menerima
pelbagai pemahaman. Dengan ini kita lihat betapa pentingnya peranan ilmu Qiraat di dalam ilmu
syariah bagi ahli fuqaha’ untuk menentukan sesuatu hukum. Sesungguhnya ilmu Qiraat
sebahagian ilmu Rasm Uthmani yang digunakan oleh ahli Fuqaha’ untuk mendapatkan hukum
melalui bacaan imam-imam Qiraat. Dengan ini ia juga dapat menerangkan hukum yang telah
diijma’kan ulama. Contohnya ayat hukum tentang harta pusaka. Di dalam ilmu Qiraat ada
bacaan yang menerangkan tentang saudara lelakidan perempuan dari pihak bapa atau ibu. Maka
diterangkanQiraat oleh Saadbin Waqas bahawa saudara lelaki sebelah ibu walau pun Qiraatnya
adalah syaazah. Berikut maksud ayat tentang keterangan tersebut. Firman Allah SWT yang
bermaksud:

“ Kalau pula mereka ( saudara-saudara yang seibu itu ) lebih dari seorang, maka
mereka bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan
perempuan). Surah An-Nisa’, 4:12).

Kesan yang lain pula, menguatkan hukum yang khilaf. Selain itu juga, Qiraat memudahkan
hafalan dan ingatan serta memudahkan hafalan dan ingatan serta memudahkan penerimaan oleh
umat Islam kerana ia mempunyai pelbagai bidang ilmu. Ia juga menunjukkan kelebihan dan
kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW kepada umat yang lain.

6. PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu Qiraat dan Rasm Uthmani
mempunyai hubungan yang rapat serta saling melengkapi antara satu sama lain iaitu Rasm
Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah; Rasm Uthmani
merupakan salah satu perkara dalam pengkaedahan rukun Al-Qiraat yang ketiga dan Rasm
Uthmani merupakan asas kepada penolakan bacaan Qirat Shazzah. Seterusnya timbul beberapa
kesan beberapa kesan negatif kepada ilmu Qiraat jika kaedah penulisan al-Quran tidak menepati
kaedah penulisan Rasm Uthmani. Justeru, pemeliharaan Rasm Uthmani ini perlu diteruskan dan
dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qiraat demi melahirkan generasi celik al-
Quran pada zaman akan datang.

RUJUKAN

Ahmad Fathoni, Kaedah Qiraat Al-Saba’ah, Jilid I dan Jilid II. (2005). Penerbit Institut PTIQ &
Institut Ilmu Al-Quran.

Modul Hbqe1203, Rasm Al-Uthamni Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: OUM.

Jusoh, M.R. Pengenalan Ilmu Qiraat. (2001). Batu Caves : Mahsuri Timur sdn Bhd.

You might also like