Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

 

Masyarakat​ F
​ eudal​ ​di 
England 
 
Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal 
 
· masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang 
ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. 
Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan 
keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara 
satu sama lain. 
 
· masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan 
berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), 
manor dan serf (petani) 
 
· manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan 
tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam 
pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa 
baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai. 
 

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England 


 
1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi sumpah kesetiaan kepada 
golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah 
knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja. 
 
2. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja. Punca 

 

 

kekayaan golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja. 


 
3. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang 
hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat 
sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut. 
 
4. Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan 
kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja 
kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada vassalnya 
bertujuan untuk mengikat persetiaan. 
 
5. Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan 
khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan 
fief. 
 
6. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan 
dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas 
tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut 
berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip 
cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya. 
 

Susun lapis masyarakat feudal di England 


 
1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin 
dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan 
masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di 
lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang 
menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan 
bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua. 
 
2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung 
daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula 
membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali 

 

 

sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief 


mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau golongan petani. 
Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap difiefnya. Hampir 
kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba. 
 
3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di 
wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu 
golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada 
pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat 
ke tempat lain.Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan 
mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan 
bangsawan. 
 
4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. 
Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan 
yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan 
Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di 
Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang 
jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka 
sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk 
salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri 
daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab 
 
 

  

You might also like