Kerangka Islamisasi Ilmu Pengetahuan Menurut Al-Faruqi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Pada tahun 1977, satu persidangan yang dikenali dengan Persidangan Antarabangsa Pertama Berkenaan

Pendidikan Muslim telah diadakan di Makkah, membincangkan tentang Islamisasi ilmu1. Gagasan ini
muncul sebagai reaksi terhadap perkembangan pengetahuan moden yang didominasi peradaban Barat.
Antara tokoh pemikir Islam yang menyumbangkan idea berhubung konsep Islamisasi ilmu ialah Dr.Ismail
Raji Al-Faruqi2, yang mengemukakan 12 langkah perancangan kerja Islamisasi ilmu di dalam bukunya
bertajuk ‘Islamization of Knowledge: General Principles and Work Plan’ yang diterbitkan pada tahun
1982, termasuklah Syed Hossein Nasr melalui karyanya ‘Knowledge and the Sacred’ 3 diterbitkan pada
tahun 1981.

Konsep yang ditawarkan al-Faruqi adalah bahawa ilmu pengetahuan tidak semuanya kontradiktif dengan
nilai-nilai Islam, sehinga menurutnya, Islamisasi pengetahuan adalah melakukan penyaringan ilmu yang
telah ada dengan mempertimbangkan nilai-nilai Islam. Konsep sedemikian dianggap sebagai metod
integrasi antara teori dan tradisi keilmuan Islam dengan keilmuan Barat yang sekular4. Idea al-Faruqi
kemudiannya mengalami pengubahsuaian oleh Abdul Hamid Abu Sulayman di dalam ‘Crisis in the
Muslim Mind’ yang diterbitkan pada tahun 1993 dan Abu Taha Jabir Al-Alwani dengan idea ‘6 Wacana’
beliau yang disampaikan di dalam artikel beliau bertajuk ‘Islamization of knowledge: Yesterday and
Today’ diterbitkan dalam tahun 1995.

Walaupun idea Islamisasi Ilmu ini mendapat sambutan baik daripada kalangan ramai cendekiawan Islam
namun terdapat segelintir yang mempertikaikan idea tersebut5. Mereka berpendapat bahawa setiap ilmu
bersifat universal dan tidak ada yang dikenali sebagai ilmu sains Islamik sebagaimana tiada ilmu sains

                                                            
1
Istilah dan konsep islamisasi ilmu mula menjadi perhatian serta hangat diperbicangkan oleh cendiakawan Islam
sejak tahun 1970-an. Jika ditelusuri asal-usul istilah berkenaan, ia berasal daripada lontaran idea Prof. Syed Naquib
Al-Attas di dalam karya beliau bertajuk ‘Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the
Malay –Indoneisan Archipelago’ yang diterbitkan dalam tahun 1969.
2
Pada 1980, beliau telah mewujudkan The International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Washington, Amerika
Syarikat.
3
Syed Hossein Nasr menolak Sains Barat Moden dan mengusulkan “Scientia Sacra” sebagai alternatif dalam
karyanya “Knowledge and the Sacred”. Sedangkan Ziauddin Sardar membentuk “Gagasan Ijmali” (Idjmali Idea).
Rujuk dalam bukunya Adnin Armas, “Krisis Epistemologi dan Islamisasi Ilmu” (ISID Gontor: Center for Islamic &
Occidental Studis, 2007), hlmn, 10. Menurut Syed Hossein Nasr (1994), pengislaman sains merujuk kepada proses
mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu moden ke dalam worldview Islam. Pengislaman sains harus dilihat dalam
konteks yang luas termasuk bidang penting lain seperti ekonomi, politik, sosial, teknologi dan ketenteraan.
Matlamatnya cukup komprehensif, meliputi proses Islamisasi secara keseluruhannya.
4
“The new knowledge into the corpus of the Islamic legacy by eliminating, amending, re-interpreting and adapting
its components as the world view of Islam and its values dictate.” (Al-Faruqi, “Islamization of Knowledge”, hlmn,
30). Di dalam The Encyclopedia Americana, jilid 24, sekular diertikan “Ethical system founded of the principles of
natural morality and independent of revealed religion or supernaturalism”.
5
Pihak yang tidak bersetuju dengan gagasan Islamisasi ini antaranya seperti Fazlur Rahman, Muhsin Mahdi, Abdul
Salam, Abdul Karim Soroush, Pervez Hoodbhoy dan Bassam Tibi. Sebagaimana Fazlur Rahman contohnya, beliau
berpendapat ilmu pengetahuan tidak boleh di-Islamkan kerana tiada yang salah di dalam ilmu pengetahuan.
Masalahnya hanya dalam cara penggunaannya.
Hindu, ilmu sains Yahudi, ilmu sains Confusious dan ilmu sains Kristian. Kritikan ini, diperkukuhkan
oleh cendekiawan terkenal, Fazlur Rahman di dalam artikel beliau bertajuk ‘Islamization of Knowledge: A
Response’ 6. Menurutnya, kita tidak perlu bersusah payah meng-Islamkan ilmu, yang kita perlukan justeru
mencipta pemikir besar yang berfikiran positif dan konstruktif.

Demikian juga pandangan Mohamed Arkoun, pemikir Islam yang berasal dari Algeria ini yang
berpandangan bahawa projek meng-Islamkan ilmu adalah satu kesalahan, kerana ia menjebakkan para
perintis mereka ke dalam pendekatan subjektif yang menjadikan Islam itu semata-mata sebuah ideologi.
Namun sebenarnya kontradik ini disebabkan perbenzaan pendekatan. Kelompok yang tidak bersetuju
dengan Islamisasi ilmu terkesan dengan cara pengambilan ilmu dari Barat dan kemudian meng-
Islamkannya. Bagi mereka, umat Islam seharusnya menguasai ilmu pengetahuan sebagaimana yang
diwariskan daripada generasi silam, bukan sekadar melakukan modifikasi ilmu dari Barat.

Sementara itu bagi mereka yang bersetuju dengan Islamisasi ilmu, mereka bukanlah tidak bersetuju untuk
membangunkan keilmuan Islam secara mandiri, bersamaan itu mereka berpandangan tidak ada salahnya
mencedok ilmu pengetahuan dari Barat lalu meng-Islamkannya, sebagaimana Barat yang pernah
mengambil ilmu pengetahuan daripada umat Islam lalu menyesuaikannya menurut worldview mereka.

Istilah dan Beberapa Definisi Islamisasi Ilmu

Istilah Islamisasi ilmu7 pengetahuan dapat diertikan sebagai memasukkan unsur agama, dalam hal ini
agama Islam, dengan memahami nilai-nilai, makna-makna dan tujuan hidup manusia menurut ajaran
Islam ke dalam ilmu pengetahuan. Islamisasi ilmu pengetahuan lahir sebagai koreksi daripada ilmu-ilmu
moden yang dihasilkan oleh dunia Barat, yang cenderung bebas nilai dari tuntunan wahyu. Secara
antologinya, Islamisasi ilmu melihat bahawa realiti alam semesta, sosial dan sejarah ada hukum-
hukum yang mengatur dan hukum itu adalah ciptaan Tuhan. Sebagai ciptaan Allah, maka realiti alam
semesta tidak neutral tetapi mempunyai maksud dan tujuan.

firman Allah di dalam surah Aali Imran ayat 191;

ِ ‫رﺑﱠﻨﺎَ ﻣﺎ ﺧﻠَ ْﻘﺖ ﻫ َﺬا ﺑ‬


‫ﺎﻃ ًﻼ‬َ َ َ َ َ َ
“Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini (alam) dengan sia-sia.”

Walaupun istilah Islamisasi ilmu amat popular digunakan, tetapi hakikatnya cendekiawan awal yang
membicarakan tentang konsep tersebut banyak menggunakan istilah yang lebih spesifik apabila merujuk

                                                            
6
Rosnani Hashim & Imron Rossidy, A Comparative Analysis of the Conceptions of al-Attas and al-Faruqi di dalam
Islamization of Human Science (Malaysia: International Islamic University Malaysia, 2006), 101-102.
7
Menurut Mohamed Aslam Haneef (2009), Islamisasi ilmu tidak bermaksud proses menggantikan ilmu yang sedia
ada dengan ilmu baru yang telah di-Islamkan. Ia juga bukan suatu idelogi rigid atau suatu anutan keagamaan, tetapi
merujuk kepada proses membina suatu metodologi untuk berurusan dengan ilmu dan sumbernya.
kepada konsep berkenaan. Prof. Syed Naquib Al-Attas8 (1977 M) kebiasaannya menggunakan istilah
‘Islamisasi ilmu kontemporari’ (Islamization of contemporary knowledge) atau ‘Islamisasi ilmu hari ini’
(Islamization of present-day knowledge) manakala Al-Faruqi menggunakan istilah ‘Islamisasi ilmu
moden’ (Islamization of modern knowledge)9.

Penggunaan istilah yang lebih spesifik ini untuk menggelakkan tanggapan bahawa ilmu yang perlu di
Islamisasi ialah semua jenis ilmu termasuklah ilmu tradisional Islam berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah
yang telah diasaskan oleh ulama’ terdahulu. Sebenarnya ilmu ini tidak perlu di-Islamisasi kerana ia tidak
pernah diasingkan daripada tuhan sebagai sumber kebenaran hakiki dan ilmu. Malahan ia telah
mengalami proses Islamisasi yang dilakukan oleh ulama’ Islam terdahulu.

Dari segi definasi, Al-Attas mendefinasikan Islamisasi ilmu sebagai ‘mengeluarkan ilmu daripada
tafsiran berasaskan ideologi sekular; dan daripada makna serta ekspresi sekular’. Kemudian beliau
menambah ‘...selepas pengasingan tersebut, ilmu bebas daripada elemen dan konsep utama (kebaratan)
dan kemudiannya digabungkan dengan elemen dan konsep utama (ke-Islaman) yang mana- melihat
kepada asas sifatnya sebagai menjelaskan fitrah- ia menyemai ilmu dengan kualiti fungsi dan
matlamatnya-nya yang semulajadi dan dengan itu menjadikan ia ilmu yang hakiki’.

Dengan kata lain, Islamisasi adalah suatu konsep yang disebut sebagai ( ‫إﺧﺮاج اﻟﻨﺎس ﻣﻦ ﻋﺒﺎدة اﻟﻌﺒﺎد‬
‫)ﻟﻌﺒﺎدة اﷲ وﺣﺪﻩ‬. Al-Faruqi pula mendefinasikan Islamisasi ilmu sebagai mengintegrasi ilmu baharu ke
dalam ruang lingkup tradisi Islam dengan menghapus, mengubah, mentafsir semula dan mengadaptasi
komponen-komponennya sebagai pandangan alam Islam dan penentu nilai-nilai. Gagasan Islamisasi ilmu
pengetahuan Ismail Raji al-Faruqi dan Naquib Alatas ini sangat mempengaruhi pemikiran cendekiawan
Muslim. Mereka merasakan bahawa dakwah Islam akan mengalami ancaman, maka mereka
mengharmonikan ilmu pengetahuan dengan ajaran Islam. Projek Islamisasi ilmu pengetahuan juga
diwarnai keinginan untuk membendung dominasi pemikiran Barat yang hegemonik10.

Walau apa pun definasi yang diberikan berkenaan Islamisasi ilmu namun setiap definisi tersebut menjurus
kepada pen-nyahbaratan ilmu. Barat yang dirujuk di sini sebagaimana kata Al-Attas tidak merujuk kepada
geografi sebaliknya merujuk kepada peradaban yang berkembang daripada percampuran pelbagai
kebudayaan, falsafah, nilai dan aspirasi Yunani dan Rom Kuno, penyatuannya dengan ajaran dan
                                                            
8
Syed Muhammad Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin bin Muhammad al-Attas lahir pada tanggal 5
September 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Silsilah rasmi keluarga beliau terdapat dalam koleksi peribadinya
menunjukkan bahawa beliau merupakan keturunan ke-37 dari silsilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
9
“Islamization does not mean subordination of any body of knowledge to dogmatic principles or arbitrary
objectives, but liberation f rom such shackles. Islam regards all knowledge as critical; i.e, as universal, necessary
and rational. It wants to see every claims pass through the tests of internal coherence correspondence with reality,
and enhancement of human life and morality. Consequently, the Islamized discipline which we hope to reach in the
future will turn a new page in the history of the human spirit, and bring it clear to the truth.”
10
Dawam Rahardjo, “Strategi Islamisasi Ilmu Pengetahuan”, dalam Moeflih Hasbullah, “Islamisassi Ilmu
Pengetahuan” (Jakarta : Iris, LSAF, Cidensindo, 2000), h. xii.
keagamaan Yahudi dan Kristian dan dikembang dan dibentuk oleh orang Latin, Germanik, Celtik dan
Nordik 11.

Asal-Usul Islamisasi Ilmu

Dalam bahasa Arab Islamisasi ilmu disebut sebagai “Islamiyyat al-Ma’rifat”, manakala di dalam bahasa
Inggeris ia disebut sebagai “Islamization of Knowledge”. Proses Islamisasi ilmu bukanlah satu bid’ah
atau sesuatu yang baru. Malahan jika diteliti secara mendalam, proses Islamisasi ilmu telah bermula sejak
wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu Surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 di mana
Allah berfirman;

‫ﻚ اﻟﱠ ِﺬي َﺧﻠَ َﻖ‬ ْ ِ‫اﻗْـَﺮأْ ﺑ‬


َ ‫ﺎﺳ ِﻢ َرﺑﱢ‬
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).”

‫ﻧﺴﺎ َن ِﻣ ْﻦ َﻋﻠَ ٍﻖ‬ ِ


َ ‫َﺧﻠَ َﻖ اﻹ‬
“Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.”

َ ‫اﻗْـَﺮأْ َوَرﺑﱡ‬
‫ﻚ اﻷَ ْﻛَﺮُم‬
“Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.”

‫اﻟﱠ ِﺬي َﻋﻠﱠ َﻢ ﺑِﺎﻟْ َﻘﻠَ ِﻢ‬


“Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.”

‫ﻧﺴﺎ َن َﻣﺎ َﱂْ ﻳـَ ْﻌﻠَ ْﻢ‬ ِ ‫ﱠ‬


َ ‫َﻋﻠ َﻢ اﻹ‬
“Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Bermula daripada ayat ini, Rasulullah telah melakukan banyak perubahan kepada pandangan alam
masyarakat Jahilliyyah pada zaman tersebut serta diteruskan oleh khalifah-khalifah terkemudian sehingga
lahir tamadun Islam yang dicatat di dalam lembaran sejarah dunia. Proses Islamisasi ilmu yang dimulakan
sekarang adalah kesinambungan daripada usaha yang telah dilakukan oleh generasi awal dalam sejarah
Islam sebelum kejatuhan tamadun Islam.
                                                            
11
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, “Islam and Secularism”, (Kuala Lumpur: International Institute of Islamic
Thought and Civilization, 1993), 134.
Pada “zaman pertengahan” Islamisasi telahpun dilakukan khususnya oleh tokoh-tokoh filosof Muslim
seperti al-Ghazali, Fakhruddin al-Razi, Sayfuddin al-Amidi dan lain-lain. Dengan pengetahuan Islam
yang mendalam, mereka menyaring falsafah Yunani untuk disesuaikan dengan pemikiran Islam.
Hasilnya, beberapa bahagian falsafah Yunani ada yang diterima dan ada juga yang ditolak.Ringkasnya,
Islamisasi ilmu merupakan suatu “revolusi epistemologi” yang menjadi jawapan terhadap krisis
epistemologi yang melanda budaya dan peradaban Barat.

Keperluan Islamisasi Ilmu

Persoalan yang mungkin timbul adalah kenapa perlu kepada Islamisasi ilmu. Sejak kemunduran tamadun
Islam dan akhirnya kejatuhan sistem khilafah Uthmaniyah terakhir di Turki, kebanyakan negara dan umat
Islam telah ‘dijajah’ secara fizikal, mental dan spiritual. Kesan penjajahan ini melahirkan perasaan
‘inferiority’ dan kekaguman melampau umat Islam kepada Barat sehingga melahirkan golongan umat
Islam yang melihat segala-galanya yang ada di Barat perlu dicontohi. Bagi golongan ini, untuk umat
Islam bangkit semula daripada kejatuhan maka Barat adalah model ikutan.

Tambahan pula, perkembangan sejarah yang berlaku di Barat telah membawa kelahiran kepada pelbagai
ideologi yang asing buat Islam seperti sekularisme. Pensekularan atau sekularisasi inilah yang
membimbangkan pemikir-pemikir Islam semasa sehingga mereka memikirkan keperluan kepada satu
proses iaitu Islamisasi ilmu bagi menggelakkan umat Islam daripada dijangkiti penyakit tersebut.
Penyebaran sekularisme ini amat kuat akhir-akhir ini sehingga dari situ jugalah terhasilnya fahaman-
fahaman lain seperti pluralisme, humanisme12 dan seumpamanya.

Tidak dapat dinafikan bahawa apa yang dicapai sains moden dalam pelbagai aspeknya merupakan sesuatu
yang sangat menakjubkan. Namun, kemajuan tersebut ternyata turut memberikan kesan lain yang
membimbangkan pemikir-pemikir Islam semasa.. Akibat daripada paradigma yang sekular, pengetahuan
moden menjadi terpisah daripada nilai-nilai tauhid: dimana menurut al-Faruqi ia suatu prinsip global yang
mencakupi lima kesatuan, iaitu kesatuan Tuhan, kesatuan alam, kesatuan kebenaran, kesatuan hidup dan
kesatuan umat manusia.

Perceraian sains moden daripada nilai-nilai teologi ini memberikan impak negatif. Pertama, dalam
aplikasinya, sains moden melihat alam beserta hukum dan polanya, termasuk manusia sendiri, hanya
sebagai sesuatu yang bersifat material dan insidental (sepintas lalu) dengan mengenepikan keberadaan
Tuhan. Kerana itu, manusia sanggup mengeksploitasi kekayaan alam tanpa mengira nilai-nilai spiritual.
Kedua, secara metodologi, sains moden ini tidak terkecuali ilmu-ilmu sosialnya menjadi sukar diterapkan
untuk memahami realiti sosial masyarakat Muslim yang mempunyai pandangan hidup yang berbeza dari
Barat13.

                                                            
12
Humanisme adalah pandangan yang menekankan martabat manusia dan kemampuannya.
13
Akibat tiada pendekatan wahyu pada fahaman Barat, perubahan nilai humanism dianggap suatu yang wajar.
Contohnya seperti gejala homoseksual yang dahulunya dianggap abnormal dan dimasukkan dalam Diagnostic and
Statistical Manual of Mental Disorders (DSM). Perubahan sains moden menjadikan amalan homoseksual tidak
dimasukkan di dalamnya DSM. Ini menunjukkan, homoseksual semakin dianggap normal dalam pemikiran Barat.
Masalah lain yang turut berlaku ialah sekitar produk bioteknologi mengenai kemajuan klon, pembenihan awan dan
sebagainya sehingga menyebabkan manusia lebih menghargai teknologi berbanding kuasa tuhan itu sendiri.
Pengembangan ilmu pengetahuan tidak cukup hanya dirumuskan dari kebenaran (justification) ilmu itu
sahaja, ia juga harus diperhatikan bagaimana “context of discovery”-nya dengan tata nilai, etika dan
moral, sehingga ilmu tersebut dapat memberikan kesejahteraan hidup manusia secara lahir dan batin,
bukan memberikan ilmu yang kering dan hanya bersifat fizik material belaka.

Sementara itu, masalah yang dihadapi keilmuan Islam itu sendiri kerana terlalu berorientasi masalah
kerohanian tanpa mempedulikan pentingnya ilmu-ilmu sosial yang dianggap sekular. Demi menjaga
identiti Muslim dalam persaingan global, para ilmuannya bersikap defensif dengan mengambil posisi
konservatif dan statik14, yakni melarang segala bentuk inovasi syariah (produk fikah abad pertengahan).
Mereka menganggap bahawa syariah adalah karya yang bersifat thawabit, sehingga segala perubahan ke
atasnya merupakan penyimpangan dan kesesatan. Mereka melupakan sumber utama kreativiti, iaitu
ijtihad, bahkan mencanangkan kebekuan.

Maka sebenarnya secara umum, Islamisasi ilmu yang dicanangkan al-Faruqi itu dimaksudkan sebagai
reaksi positif terhadap pengetahuan moden yang sekular dengan wahana Islam yang terlalu rigid, dalam
model pengetahuan baharu yang utuh tanpa pemisahan di antara keduanya.

Al-Faruqi turut mengungkapkan apa yang dinamakan sebagai “malaise of the Ummah”15. Beliau
menyatakan, “Tiada masyarakat lain yang dijajah dengan begitu hina sebagaimana yang dialami oleh
umat Islam. Kaum Muslimin telahpun dikalahkan, dimatikan fungsi pemikirannya secara dahsyat,
dirompak segala hasil-mahsul milik mereka, juga dirampas kehidupan dan harapannya.” Akibat
“malaise” di atas, politik umat Islam berpecah-belah menjadi puluhan negara bangsa yang saling
bertelagah16.

Langkah-Langkah Dalam Islamisasi

Prof. Naquib al-Attas berpandangan, sebelum Islamisasi ilmu dilaksanakan, mestilah terlebih dahulu
melakukan Islamisasi bahasa. Menurutnya, Islamisasi bahasa ini ditunjukkan oleh al-Quran sendiri ketika
pertama kali diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maka, Islamisasi bahasa menyebabkan
                                                            
14
Sikap sebahagian ilmuan Muslim tersebut akhirnya menimbulkan pemisahan wahyu dari akal, yang tidak kurang
bahayanya seperti apa yang terkandung di dalam sains moden yang memisahkan akal dari wahyu. Dalam hal ini, Dr
Sayyid Ahmed Musayyar, pakar di jabatan akidah dan falsafah Universiti Al Azhar memberikan pandangan bahawa
selain fahaman sekular yang mengasingkan politik dan agama, sekular turut menimpa kepada golongan agamawan
yang mengasingkan diri daripada politik.
15
Al-Faruqi melihat Islam sebagai agama yang paling banyak musuh, oleh kerana itu ia adalah agama yang paling
disalahfahamkan. Lihat, al-Faruqi, “Islam” dalam The great Asian religions: an anthology, hlmn, 307. Untuk
mengatasi masalah ini, al-Faruqi melakukan berbagai cara, antaranya dengan menerbitkan sebuah buku bertajuk
“Islam” yang bertujuan untuk memberikan satu diskripsi yang tepat dan mudah bagi memberi kefahaman
masyarakat Barat mengenai Islam.
16
Al-Attas menyoroti apa yang diistilahkan dengan fenomena tersebut sebagai “Muslim dilemma” – iaitu situasi di
mana umat Islam saat ini menjadi serba salah, mahu ikut Barat hancur, tidak ikut Barat mundur. Beliau menjelaskan
bahawa dilemma yang dihadapi oleh masyarakat Muslim disebabkan tiga hal;
1- Kekeliruan dan salah faham mengenai ilmu yang mengakibatkan gejala kurang ajar.
2- Lenyapnya sikap menghargai dan tahu menempakan diri (loss of Adab) dalam masyarakat.
3- Munculnya pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai misi dan visi Islami, tidak berakhlak mulia, dan
tidak memiliki daya intelektual dan kerohanian yang diperlukan.
berlakunya Islamisasi menyeluruh terhadap fikiran dan budaya yang saling berhubungan erat di kalangan
bangsa Arab. Islamisasi bahasa Arab telah mengubah kedudukan bahasa Arab di antara bahasa-bahasa
manusia, ia menjadi satu-satunya bahasa yang hidup yang diilhami Tuhan. Melalui bahasa ia
memantulkan pandangan hidup (Weltanschauung) para pemakainya.

Al-Faruqi ketika membentangkan gagasannya tentang bagaimana Islamisasi itu direalisasikan, beliau
telah menetapkan lima objektif rencana kerja, iaitu;

1. Menguasai disiplin-disiplin moden.

2. Menguasai khazanah Islam.

3. Menentukan relevensi Islam yang spesifik pada setiap bidang ilmu pengetahuan moden.

4. Mencari cara-cara untuk melakukan sintesis kreatif (memadukan) antara khazanah Islam dengan
khazanah Ilmu pengetahuan moden.

5. Mengarahkan pemikiran Islam ke lintasan-lintasan yang mengarah pada pemenuhan pola


rancangan Tuhan.

Menurut al-Faruqi, kerangka Islamisasi ilmu mampu direalisasikan melalui 12 langkah sistematik, iaitu;

1. Penguasaan disiplin-disiplin ilmu moden. (Mastery of the modern disciplines)

2. Tinjauan terhadap disiplin ilmu moden. (Discipline survey)

3. Penguasaan ilmu warisan Islam yang bersifat antologi. (Mastery of the Islamic legacy:
Anthology)

4. Penguasaan ilmu warisan Islam yang bersifat analisis. (Mastery of the Islamic legacy: The
analysis)

5. Penentuan relevansi Islam yang spesifik untuk setiap bidang ilmu. (Establishmenot f the specific
relevance of Islam tothe disciplines).

6. Penilaian kritis terhadap disiplin moden. (Critical assessmenot f the modern discipline)

7. Penilaian krisis terhadap khazanah Islam. (Critical assessmenotf the Islamic legacy)

8. Mengenalpasti masalah-masalah terbesar umat Islam. (Survey of the Ummah's major problems)

9. Mengenalpasti masalah-masalah umat manusia. (Survey of the problems of humankind)

10. Analisa dan sintesis kreatif. (Creative analyses and syntheses)

11. Merumuskan kembali disiplin-disiplin ilmu dalam kerangka kerja Islam. (Recasting the
disciplines under the framework of Islam)

12. Bersosialisasi dengan menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang sudah di-Islamkan.


(Dissemination of Islamized knowledge)
Selain langkah tersebut, alat-alat bantu lain untuk mempercepat Islamisasi pengetahuan adalah dengan
mengadakan konferensi-konferensi dan seminar untuk melibatkan berbagai ahli di bidang-bidang illmu
yang sesuai dalam mengatasi masalah-masalah yang menguasai latar disiplin.

Penutup

Dalam Islam, Ilmu merupakan salah satu perantara memperkuat keimanan. Iman hanya akan bertambah,
jika disertai kefahaman terhadap ilmu pengetahuan. Seorang ilmuan besar, Albert Enstein mengatakan,
“science without religion is blind, and religion without science is lame”17. Ajaran Islam menganjurkan
kepada seluruh umatnya agar bersungguh mempelajari setiap ilmu pengetahuan. Hal ini kerana al-Quran
merupakan sumber dan rujukan utama ajaran-Nya yang memuatkan segala inti ilmu pengetahuan.

Kerana itu, para pemikir Islam semasa berusaha mengintegrasikan orientasi ilmu ukhrawi dan orientasi
ilmu duniawi selepas berlakunya benturan pemikiran akibat fahaman sekular di Barat. Justeru usaha
cendiakawan Islam yang mempelopori Islamisasi ilmu bukanlah sesuatu yang direka-reka tanpa ada
asasnya.

                                                            
17
“Ilmu tanpa agama buta, dan agama tanpa ilmu adalah lumpuh.”

You might also like