Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

BAB II

PEMBAHASAN

A. Riwayat Hidup Imam Abu Daud

Nama lengkapnya Sulaiman bin al-Asy’ath bin Ishaq bin Basyir al-Azdi
al-Sijistani. 1Merupakan seorang Muhaddith di Basrah, Sajistani yang lebih
dikenali dalam kalangan Ulama Hadith dengan nama Abu Daud. Beliau lahir pada
tahun 202 Hijrah bersamaan 817 Masihi di Sijistan Afghanistan iaitu sebuah
kampung yang terletak di antara Khurasan dan Kirman yang termasuk dalam
India. Dalam kitab Wafiyatul A’yan, Hakim Syamsuddin menyebutkan bahawa
Abu Daud berasal daripada Sijistani sebuah kampung yang terdapat di Basrah.2

Sebagai seorang mujtahid yang disegani masyarakat antarabangsa, Imam


Abu Daud memiliki sifat dan perwatakan yang terpuji, mulia dan dihormati.
Walaupun beliau seorang ulama yang disegani, namun beliau bersifat pemalu,
sentiasa menjauhkan diri daripada perkara syubahat, soleh, zuhud dan warak
dalam segala tindakan serta kuat beribadat. Sejak kecil lagi, beliau telah bergaul
dengan ulama dan berbincang dengan mereka. Beliau bukan sahaja faqih dalam
bidang hadith, malah mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang al-Quran,
kesusasteraan Arab dan Tatabahasa Arab.3

Selain itu, beliau juga gemar mengembara, khasnya untuk mencari dan
mendalami ilmu pengetahuan. Antara tempat yang dikunjunginya seperti Hijaz,
Syam, Mesir, Iraq, Jazirah, Khurasan dan sebagainya. Beliau telah menerima
hadith daripada ramai ulama, antaranya Imam Ahmad ibn Hambal, Abu Zakaria

1
“Sejarah Perkembangan Hadis Dan Tokoh-Tokoh Utama Dalam Bidang Hadis”(2000) hlm. 206.
2
Prof. Madya Dr Ariffin bin Omar, H.M.Yusuf Sinaga, LC, Biografi ulamak-ulamak Hadith, 2005,
Perniagaan Jahabersa, Hlm 66.
3
Qurrotul Aien bt Fatah Yasin “ilmu mustolah hadith”(2006) hlm. 208.

3
Yahya ibn Mu’in, ‘Uthman ibn Abu Syaibah, serta Qutaibah ibn Said. Di Basrah,
penduduk kota sangat mengenali tingkah lakunya.

Meskipun pada zahirnya, beliau memiliki sifat lemah lembut, tegas dan
tidak mengambil mudah terhadap persoalan yang berkaitan dengan agama. Malah,
beliau juga tidak akan bertolak ansur dalam ilmu agama walaupun berhadapan
dengan pembesar atau pemerintah. Perkara ini terbukti apabila pemerintah di
Basrah pada suatu ketika, pernah meminta Imam Abu Daud mengajar ilmu hadis
kepada anak-anaknya. Pada mulanya beliau bersetuju tetapi kemudiannya beliau
menolak apabila diminta memperuntukkan masa yang khusus kepada anak-anak
pemerintah agar mereka tidak ditempatkan bersama dengan pelajar-pelajar lain
daripada kalangan rakyat jelata. Oleh yang demikian, beliau tegas dengan
mengatakan “aku tidak dapat melaksanakannya kerana semua manusia sama
apabila berhadapan dengan ilmu”. Lantaran itu, anak-anak pemerintah terpaksa
belajar bersama-sama dengan rakyat.

B. Pendidikan Imam Abu Daud

Imam Abu Daud adalah seorang yang dapat menguasai berbagai disiplin
ilmu daripada para ulama pada zamannya, terutama dalam bidang hadis dan fiqah.
Beliau juga memperoleh anugerah kekuatan daya ingatan. Dengan demikian,
beliau layak menerima gelaran al-Hafiz, al-Azim dan al-Faqih daripada ulama
seluruh dunia. Pada peringkat awal, Imam Abu Daud belajar dengan ulama di
negerinya, Sijistan.

Pada tahun 220 Hijrah dalam usia 18 tahun, beliau memulakan


pengembaraannya ke Baghdad, Iraq untuk menuntut ilmu. Antara gurunya yang
terkenal di sana ialah Ahmad bin Hanbal. Setelah itu, pada tahun 221 Hijrah,
beliau pergi ke Kufah dan menuntut ilmu dengan al-Hasan bin al-Rabi’ dan
Ahmad bin Yunus.

Seterusnya beliau meneruskan pengembaraannya ke Basrah dan berguru


dengan beberapa ulama yang terkenal ketika itu. Antaranya, Muslim bin Ibrahim,
Abdullah bin Raja’, Abu al-Walid al-Tayalisi dan Musa bin Ismail. Selepas beliau

4
menuju ke Basrah, beliau menuju pula ke Syam. Antaranya Damsyik, Hims dan
Halab. Lalu, beliau berguru dengan al-Rabi’ bin Nafi’, Yazid bin Abd Rabah dan
Hisyam bin ‘Ammar. Pada masa yang sama, beliau turut mengembara ke Harran
dalam usaha menyempurnakan pengajiannya.

Imam Abu Daud juga turut mengunjungi Hijaz di Makkah sambil beliau
mengerjakan haji. Beliau telah berguru dengan al-Qa’nabi dan Sulaiman bin Harb.
Tidak lama kemudian, beliau mengembara pula ke Mesir dan sempat berguru
dengan Ahmad bin Salih. Setelah itu, beliau meneruskan pengembaraannya ke
Khurasan iaitu Nisabur dan Balakh untuk berguru dengan Ishaq bin Rahawaih dan
Qutaibah bin Sa’id yang juga merupakan guru Imam al-Nasa’i. Namun selepas
itu, beliau kembali ke Iraq untuk meneruskan pengembaraan ke Khurasan dan
Basrah dan akhirnya meninggal dunia di sana.

Abu Daud dapat menguasai beberapa ilmu antaranya ialah ilmu Hadis,
kepakaran beliau dapat dilihat dari segi penyusunan Sunannya. Beliau dapat
membezakan kedudukan hadis dan mengetahui kelemahannya serta mahir dalam
selok belok matan dan sanad hadis. Hal ini terbukti apabila anak muridnya
Muhammad bin Makhlad al-Darwi mengatakan bahawa Imam Abu Daud telah
menghafal 100 000 buah hadis dengan baik.

Abu Daud juga dapat menguasai ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil. Ilmu al-Jarh wa
al-Ta’dil ialah ilmu berkaitan dengan mencela dan keadilan perawi hadis. Abu
Daud dapat menguasai ilmu ini kerana beliau pernah berguru dengan pakar-pakar
kritikan rijal hadis iaitu Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Main dan Ibn al-Madini.
Dengan ini, tidak ada keraguan lagi beliau dapat mewarisi ilmu tentang
kedudukan perawi hadis yang dikuasai oleh gurunya itu. Beliau membuat kritikan
terhadap perawi hadis berdasarkan ketinggian ilmunya dan kepakaran yang tiada
tandingannya. Selain itu, Abu Daud juga mampu meletakkan taraf dan kategori
sama ada adil, Thuqah atau Da’if kepada seseorang perawi berdasarkan kajian
beliau yang teliti.

5
Ilmu ‘Ilal hadis ialah satu ilmu tentang kecacatan dan kelemahan yang
terdapat pada sesebuah riwayat dari sudut perawinya mahupun lafaznya. Abu
Daud dapat menguasai ilmu ‘Ilal hadis serta dapat mencari kecacatan dan
kelemahan yang terdapat pada sesebuah riwayat. Hal ini dapat dilihat daripada
Sunannya yang memaparkan kebolehan beliau mencungkil kecacatan yang
tersurat dan tersirat pada sesebuah hadis.

Ilmu fiqh juga merupakan salah satu ilmu yang dapat dikuasai oleh Abu
Daud selaras dengan tujuan penghasilan Sunan Abu Daud yang disusun
berdasarkan isu fiqh. Sememangnya karya ini amat sesuai digunakan oleh hakim,
mujtahid dan qadi dalam menyelesaikan beberapa isu berkaitan hukum-hakam.
Beliau antara murid Imam bin Hanbal yang pintar. Dalam pada itu, beliau sering
mengemukakan persoalan fiqh yang rumit dan terperinci tentang beberapa perkara
asas dan cabang hukum. Kepakaran beliau sebagai ahli fiqh dan hafiz terbukti
melalui Sunannya yang mendapat pengiktirafan ulama.

C. Guru-guru Imam Abu Daud

Abu Daud telah berhijrah ke beberapa buah negara semata-mata untuk


menuntut ilmu dengan gurunya. Abu Daud telah berhijrah ke Baghdad untuk
menuntut ilmu dengan gurunya iaitu Imam Ahmad bin Hanbal, berhijrah ke Kufah
dan berguru dengan al-Hasan bin al-Rabi’ al-Burani dan Ahmad bin Yunus al-
Yarbu’i, berhijrah ke Basrah dan berguru dengan empat orang guru iaitu Muslim
bin Ibrahim, Abdullah bin Raja’, abu al-Walid al-Tayalisi dan Musa bin Ismail.

Abu Daud berhijrah ke Damsyik dan berguru dengan Hisyam bin ‘Ammar
dan Safwan bin Salih. Berhijrah ke Hims dan berguru dengan Yazid bin Abd
Rabah, berhijrah ke Halab dan berguru dengan Abu Taubah al-Rabi’ bin Nafi’,
berhijrah ke Harran kemudian berguru dengan Abu Jaafar dan Ahmad bin
Syu’aib, berhijrah ke Mekah untuk berguru dengan al-Qa’nabi dan Sulaiman
Harb, berhijrah ke Mesir untuk menuntut ilmu dengan Ahmad bin Salih, berhijrah
ke Naisabur, Harah dan Balakh di Kharasan semata-mata untuk mencari ilmu dan
berguru dengan Ishaq bin Rahawaih dan Qutaibah bin Sa’id.

6
D. Murid-murid Imam Abu Daud

Para ulama’ memuji Imam Abu Daud dan mengatakan bahawa beliau
adalah seorang penghafaz hadis yang sempurna, seorang yang mempunyai ilmu
yang banyak, kefahaman yang tajam serta baik dalam bidang hadis mahupun
bidang-bidang yang lain. Beliau juga telah dipuji mengenai ketinggian ilmunya
sehinggakan beliau menjadi rujukan bidang hadis pada ketika itu. Oleh yang
demikian, ramai penuntut hadis yang ingin menemuinya dan belajar darinya
tentang hadith.

Antara murid-murid Imam Abu Daud ialah, Abu Isa at-Turmudi, Abu
Abdurrahman an-Nasa’i, Abu Bakkar an-Najjadi, Abu Awanah Yakub bin Ishak
al-Asfaraini, Abu Basyar ad-Daulabi al-Hafizi, Ali bin al-Husain bin Abdi, Abu
Usamah Muhammad bin Abdul Mulk ar-Rawasi, Abu Salim Muhammad al-
Juludi, Muhammad bin Yahya as-Sauli, Muhammad bin yahya bin Ya’kub al-
Mankari, Abu Amru Ahmad bin Ali Hasan al-Basari, Muhammad bin Dassah at-
Tamar dan Abu Ali Muhammad bin Ahmad al-Lului.7

Selain itu, murid Imam Abu Daud juga ialah Ahmad bin Muhammad bin
Harun, Ali bin al-Husayn bin al-Abdullah, Muhammad bin Makhlad al-Dawri,
Ismail bin Muhammad dan Ahmad bin Salman al-Najd.

E. Perkembangan keilmuan Abu Daud

Tidak dikhabarkan berita atau keterangan berkaitan dengan masa kecil


beliau kecuali sedikit keterangan bahawa keluarganya memiliki perhatian yang
sangat besar dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, dan ini sangat mempengaruhi
perkembangan keilmuan beliau di masa hadapan.

Keluarga beliau adalah keluarga yang terdidik dalam kecintaan terhadap


hadis-hadis Rasulullah dan ilmu-ilmunya. Bapa beliau Al Asy`ats bin Ishaq
adalah seorang perawi hadis yang meriwayatkan hadis dari Hamad bin Zaid, dan
demikian juga saudaranya Muhammad bin Al Asy`ats termasuk seorang yang
tekun dalam mempelajari ilmu hadis dan ilmu-ilmunya juga merupakan teman

7
perjalanan beliau dalam mempelajari hadis dari para ulama ahli hadis. Dan ini
merupakan satu modal yang sangat berperanan besar dalam perkembangan dan
arahan beliau di masa-masa perkembangan keilmuan dan keahliannya dalam hadis
dan ilmu-ilmunya yang lain dari ilmu-ilmu agama.

Maka berkembanglah Abu Daud dengan motivasi dan semangat yang


tinggi serta kecintaan beliau sejak kecil terhadap ilmu-ilmu hadis, sehingga beliau
mengadakan ekspedisi (Rihlah) dalam mencari ilmu sebelum genap berusia 18
tahun.

Beliau memulai perjalanannya ke Baghdad (Iraq) pada tahun 220 H dan


dapat menyaksikan kematian Imam Affan bin Muslim, sebagaimana yang beliau
katakan: Aku menyaksikan jenazahnya dan mensolatkan nya(Tarikh Al Baghdady
9/56). Walaubagaimana pun sebelumnya beliau telah pergi ke negeri-negeri jiran
Sajistaan, seperti Khurasan, Baghlan, Harron, Roi dan Naisabur.

Imam Abu Daud berada di Baghdad dan ini bermakna beliau mula
mengembara untuk mencari hadis sewaktu berusia kurang daripada 20 tahun.
Beliau berada di Tarsus selama 20 tahun serta mendapat nama yang baik dan
sangat terkenal semasa hayatnya.

Setelah beliau masuk ke kota Baghdad pada tahun 221 Hijrah, beliau
diminta oleh Amir Abu Ahmad Al Muwaffaq untuk tinggal dan menetap di
Basrah yang telah kehilangan penduduk kerana gangguan puak Zanj, dan beliau
menerimanya, agar dengan kehadirannya bandar yang kehilangan penduduk itu
diduduki semula oleh para pelajar dan sarjana.

Akan tetapi hal itu tidak membuat beliau berhenti dalam mencari hadis,
bahkan pada tahun 221H beliau datang ke Kufah dan mengambil hadis dari Al
Hafidz Al Hasan bin Robi` Al Bajaly dan Al Hafidz Ahmad bin Abdillah bin
Yunus Al Yarbu`iy (mereka berdua termasuk dalam guru-gurunya Imam Muslim).
Dan sebelumnya beliau telah berhijrah ke Makkah dan meriwayatkan hadis dari
Abdulloh bin Maslamah Al Qo`naby (Wafat tahun 221 H), demikian juga ke
Damaskus (ibu kota Syria sekarang) dan mengambil hadis dari Ishaq bin Ibrahim

8
Al Faradisy dan Hisyam bin Ammaar, kemudian pada tahun 224 H beliau pergi ke
Himshi dan mengambil hadis dari Imam Hayawah bin Syuraih Al Himshy, dan
mengambil hadis dari Ibu Ja`far An Nafiry di Harron dan juga beliau pergi ke
Halab dan mengambil hadits dari Abu Taubah Robi` bin Nafi` Al Halab, lalu
berhijrah ke Mesir dan mengambil hadih dari Ahmad bin Sholeh Ath Thobary.

Kemudian beliau tidak berhenti mencari ilmu di negeri-negeri tersebut


bahkan sering sekali mengembara ke Baghdad untuk menemui Imam Ahmad bin
Hanbal di sana dan menerima serta menimba ilmu darinya. Walaupun sedemikian,
beliau juga mendengar dan menerima ilmu dari ulama-ulama Basrah, seperti Abu
Salamah At Tabudzaky, Abul Walid Ath Thoyalisy dan yang lain-lainnya. Oleh
sebab itu beliau menjadi seorang imam ahli hadis yang terkenal kerana banyak
mengembara dalam mencari ilmu.

F. Sumbangan dan karya

Imam Abu Daud merupakan salah seorang imam yang turut menyumbang
ke arah perkembangan ilmu hadis. Beliau ada menghasilkan karya-karya yang
bernilai yang diwarisi turun- temurun sehingga ke hari ini. Beliau telah
menghasilkan karya yang bercetak dan yang masih di dalam bentuk manuskrip.
Antara karya yang telah dicetak adalah Sunan Abu Daud, al-Marasil, al-Masa’il,
Ijabatuhu’an Su’alat Abi Ubaid al-Ajuri, Risalah ila Ahli Makkah dan Tasmiyah
al-Ikhwan.

Manakala karya yang masih di dalam bentuk manuskrip adalah Kitab al-
Zuhd. Walau bagaimanapun, terdapat juga hasil karya beliau yang tidak dapat
dikesan ataupun dianya sudah hilang yaitu Musnad Hadis Malik, al-Nasikh wa al-
Mansukh, Dala’il al-Nubuwwah, al-Du’a’, Ibtida’ al-Wahyu, Akhbar al-Khawarij,
Ma’rifah al-Awqat, Fada’il al-Ansar, al-Tafarrud dan al-Radd ‘Ala Ahl al-Qadr.

Di antara karya-karya yang dihasilkan Abu Dawud adalah:

a) Al-Marasil, kitab ini merupakan kumpulan Hadits-hadits mursal (gugur


perawinya), yang disusun secara tematik, adapun jumlah haditsnya adalah

9
6000 Hadits

b) Masail al-Imam Ahmad


c) Al-Naskh wa al-Mansukh
d) Risalah fi Wasf Kitab al-Sunan
e) Al-Zuhd
f) Ijabat al-Salawat al-‘Ajjuri
g) As’illah Ahmad bin Hanbal
h) Tasmiyah al-Akhwan
i) Qaul Adar
j) Al-Ba’as wa Al-Nusyur
k) Al-Masa’il allati Halaf ‘Alaihi Al-Imam Ahmad
l) Dala’il Al-Ansar
m) Fadha’il Al-Ansar
n) Musnad Malik
o) Al-Du’a
p) Ibtida’ Al-Wahyi
q) Al-Tafarrud fi Al-Sunan
r) Akhbar Al-Khawarij
s) A’lam Al-Nubuwwat
t) Sunan Abu Dawud

Dari karya-karya tersebut di atas, yang paling populer adalah kitab sunan
Abu Dawud. Menurut riwayat Abu Ali bin Ahmad bin ‘Amr Al-Lu’lui Al-Basri,
seorang ulama’ Hadits mengatakan: ‘Hadits telah dilunakkan Abu Dawud,
sebagaimana besi telah dilunakkan Nabi Daud”. Ungkapan tersebut adalah
perumpamaan bagi seorang ahli Hadits, yang telah mempermudah yang rumit dan
mendekatkan yang jauh, serta memudahkan yang sukar.

G. Tarikh wafat

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat 16 Syawal tahun 275 Hijrah
bersamaan 889 Masihi ketika usianya 73 tahun iaitu di kota Basrah, Iraq yang

10
mana tempat beliau bermukim ketika diajak oleh Amir Nasrah dengan tujuan
untuk memudahkan penduduk kota dapat mempelajari hadis dari beliau.

H. Metod Penyusunan Abu Daud

Antara kesemua karya beliau, kitab Sunan Abu Daud adalah karya yang
sangat popular dan sentiasa digunakan sebagai rujukan kerana ianya tergolong di
dalam kitab Sunan Sittah. Kitab ini merupakan karya beliau yang sangat bernilai
dan bermutu. Beliau telah menyempurnakan karya ini semasa di Baghdad dan
kemudian ianya dibentangkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhari
dan Imam Muslim.

Imam Abu Daud telah mengambil masa selama 20 tahun untuk


menyiapkan Sunannya iaitu dengan membuat saringan sebanyak 500 000
himpunan hadith. Berdasarkan daripada jumlah tersebut, hanya 4800 buah hadith
sahaja yang dimuatkan di dalam Sunannya yang mana 600 buah hadith bertaraf
Sahih, dan yang selebihnya bertaraf menyamai Sahih dan hampir kepada Sahih.
Beliau tidak memasukkan di dalam Sunannya hadith yang tidak diterima secara
sepakat oleh majoriti ulama. Imam Abu Daud telah menyusun Sunannya
berdasarkan permasalahan Fiqh iaitu memulakannya dengan isu yang berkaitan
dengan ibadat iaitu Bab Bersuci dan Solat.

Karya-karya di bidang hadith, kitab-kitab Jami’ Musnad dan sebagainya


yang mengandungi hadith-hadith hukum, juga memuatkan hadis-hadis yang
berkenaan dengan amal-amal yang terpuji (fada’il a’mal), kisah-kisah, nasihat-
nasihat (mawa’iz), adab dan tafsir. Maka Abu Daud menyusun kitabnya secara
khusus yang hanya memuat hadis-hadis hukum dan sunnah-sunnah yang berkaitan
hukum. setelah selesai menyusun kitabnya itu kepada Imam Ahmad bin Hanbal,
dan Imam Ahmad Hanbal memuji kitabnya kerana indah dan baik.

Abu Daud dalam sunannya tidak hanya mencantumkan hadis-hadis sahih


semata-mata sebagaimana yang telah dilakukan Imam Bukhari dan Imam Muslim,
tetapi beliau memasukkan juga hadis sahih, hadis hasan, hadis dha’if yang tidak
terlalu lemah dan hadith yang tidak disepakati oleh para imam untuk

11
ditinggalkannya. Hadith-hadith yang sangat lemah telah dinyatakan kelemahannya
di dalam kitab beliau. Abu Daud menyusun sunannya berdasarkan masalah fiqh
dimana beliau menyusunnya bermula dengan topik terpenting bagi seorang
mukallaf, antaranya berkaitan dengan ibadat, taharah dan solat.

Cara yang ditempuh dalam kitabnya itu dapat diketahui dari suratnya yang
dikirimkan kepada penduduk Makkah sebagai jawapan ke atas pertanyaan yang
diajukan mereka mengenai kitab Sunannya. Abu Daud menulis surat tersebut
disebabkan oleh:

“Aku mendengar dan menulis hadis Rasulullah SAW sebanyak 500 000
buah. Dari jumlah itu, aku pilih sebanyak 4800 hadis yang kemudian aku
tuangkan dalam kitab Sunan ini. Dalam kitab tersebut aku himpun hadis-hadis
sahih, separuh sahih dan yang hampir-hampir sahih.13 Dalam kitab itu aku tidak
mencantumkan sebuah hadis pun yang telah disepakati oleh orang ramai untuk
ditinggalkan. Segala hadis yang mengandungi kelemahan yang sangat ku jelaskan,
sebagai hadith macam ini ada hadith yang tidak sahih sanadnya. Adapun hadith
yang tidak kami beri penjelasan sedikit pun, maka hadith tersebut bernilai salih
(biasa dipakai alasan, dalil), dan sebahagian dari hadith yang sahih ini ada yang
lebih shahih daripada yang lain. Kami tidak mengetahui sebuah kitab, sesudah al-
Quran, yang harus dipelajari selain daripada kitab ini. Empat buah hadith saja dari
kitab ini sudah cukup menjadi pegangan bagi tiap orang yang beragama islam. Di
antara maksud-maksud hadith tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: “Segala amal itu hanyalah menurut niatnya, dan tiap-tiap orang
memperoleh apa yang ia niatkan. Kerana itu maka barang siapa berhijrah kepada
Allah dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya pula. Dan
barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau kerana perempuan
yang ingin dikawininya, maka hijrahnya hanyalah kepada apa yang dia hijrah
kepadanya itu.”

Kedua: “Termasuk kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang


tidak berguna baginya.”

12
Ketiga: “Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati sebelum ia
merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk dirinya.”

Keempat: “Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun telah jelas pula.
Di antara keduanya terdapat hal-hal syubhat (atau samar) yang tidak diketahui
oleh banyak orang. Barang siapa menghindari syubhat, maka ia telah
membersihkan agama dan kehormatan dirinya; dan barang siapa terjerumus ke
dalam syubhat, maka ia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat
pengembala yang mengembalakan ternakannya di dekat tempat terlarang.
Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai larangan. Ketahuilah,
sesungguhnya larangan Allah adalah segala yang diharamkan-Nya. Ingatlah, di
dalam rumah ini terdapat sepotong daging, jika ia baik, maka baik pulalah semua
tubuh dan jika rosak maka rosak pula seluruh tubuh. Ingatlah, iaitu hati.”

Demikianlah penegasan Abu Daud dalam suratnya. Perkataan Abu Daud


itu dapat dijelaskan sebagai berikut:

a) Hadis pertama adalah ajaran tentang niat dan keikhlasan yang merupakan
asas utama bagi semua amal perbuatan diniah dan duniawiah.
b) Hadis kedua merupakan tuntunan dan dorongan bagi umat Islam agar
selalu melakukan setiap amalan yang bermanfaat bagi agama dan dunia.
c) Hadis ketiga, mengatur tentang hak-hak keluarga dan tetangga, berlaku
baik dalam pergaulan dengan orang lain, meninggalkan sifat-sifat egoistis,
dan membuang sifat iri hati, dengki dan benci, dari hati masing-masing.
d) Hadis keempat merupakan dasar utama bagi pengetahuan tentang halal
haram, serta cara memperoleh atau mencapai sifat wara’, iaitu dengan cara
menjauhi hal-hal musykil yang samar dan masih dipertentangkan status
hukumnya oleh para ulama.

Dengan hadith ini nyatalah bahawa keempat hadith di atas, secara umum,
telah cukup untuk membawa dan menciptakan kebahagiaan.

I. Jumlah Hadith Sunan Abu Daud

13
Di atas telah disebutkan bahawa isi Sunan Abu Daud itu memuat hadith
sebanyak 4800 buah hadith. Namun sebahagian ulama ada yang menghitungnya
sebanyak 5274 buah hadith. Perbezaan jumlah ini disebabkan bahawa sebahagian
orang yang menghitungnya memandang sebuah hadis yang diulang-ulang sebagai
satu hadis, namun yang lain menganggapnya sebagai dua hadis atau lebih. Dua
jalan periwayatan hadis atau lebih ini telah dikenali dalam kalangan ahli hadis.

Abu Daud membahagikan kitab Sunannya menjadi beberapa kitab, dan


setiap kitab dibahagi pula ke dalam beberapa bab. Jumlah kitab sebanyak 35 buah,
di antaranya ada 3 kitab yang tidak dibahagi ke dalam bab-bab. Sedangkan jumlah
bab sebanyak 1,871 buah bab.

J. Pujian terhadap Sunan Abu Daud

Terdapat beberapa keistimewaan Sunan Abu Daud antaranya ialah, di


dalam Sunannya menjelaskan taraf sesebuah hadith itu sama ada hadith Da’if,
Munkar atau Mu’dal. Selain daripada itu, Imam Abu Daud juga turut
menerangkan kategori perawi sesebuah hadith itu sama ada thiqah, waham,
majhul atau lain-lain. Terdapat dua ciri khusus yang dinyatakan di dalam Sunan
Abu Daud iaitu beliau menerangkan kedudukan sesebuah hadith sama ada Da’if,
terlalu Da’if atau sebagainya manakala hadith yang tidak diterangkan
kedudukannya adalah hadith yang sahih. Maka, di dalam Sunan Abu Daud
terdapatnya hadith Sahih, Hasan dan Da’if. Oleh itu, Sunan Abu Daud dianggap
sebagai kitab hadith yang sangat penting kepada umat Islam, khususnya para
mujtahid dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Dalam menghasilkan Sunan ini,
Imam Abu Daud telah membuat rujukan terhadap kitab Muwatta’ Imam Malik,
Jami’ Sufyan, Musannaf Waki’, Musannaf ‘Abd Razzaq, kitab-kitab Ahmad bin
Hanbal, kitab-kitab Musaddad dan kitab-kitab al-Hassan al-Hulwani. Imam Abu
Daud ada memuji kitab Sunannya sendiri, namun beliau tidak pernah membangga
diri malah melakukannya dengan penuh tawadduk dan keinsafan.

Sunan ini adalah Sunan yang ketiga digunakan oleh majoriti masyarakat
selepas kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Karya beliau juga termasuk dalam

14
kategori lima kitab hadith utama yang dikenali sebagai al-Usul al-Khamsah yaitu
Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasa’i dan Sunan al-
Tirmizi. Sunan ini juga tergolong dalam rangkaian enam kitab besar hadith yang
dikenali sebagai al-Kutub al-Sittah atau Sunan Sittah termasuk Sunan Ibnu
Majjah. Menurut al-Khattabi, tiada yang setanding dengan Sunan Abu Daud
dalam permasalahan agama kerana Sunannya telah diterima oleh seluruh umat
Islam di dunia. Imam al-Ghazali pula mengatakan dengan menggunakan Sunan
Abu Daud sahaja sudah memadai untuk seorang mujtahid mengeluarkan hukum.

Menurut Imam Abu Sulaiman al-Khuttabi15 meninggal(328H) berkata


dalam kitabnya Ma’alim as-Sunan: “Ketahuilah bahawa kitab Sunan Abu Daud
merupakan kitab yang mulia, tidak seorangpun yang pernah menulis buku
sepertinya, beliau merupakan pakar fiqh diantara para fuqaha, banyak menimba
ilmu di Iraq, Mesir dan Maghribi.”

Menurut para ulama, mereka bersetuju dengan sebulat suara mengenai


kemampuan Imam Abu Daud yang mana beliau adalah seorang yang boleh
dipercayai, hebat, jujur, setia dan tepat dalam periwayatan hadithnya.16 Beliau
bukan sahaja seorang periwayat hadith, pengumpul dan penyusun hadith yang
baik. Malah, seorang ahli hukum dan pengkritik yang baik. Penulisannya adalah
menarik untuk dibaca kerana ketika beliau mengkritik hadith, kadang kala Imam
Abu Daud memeriksa dahulu tulisan, kertas dan juga dakwat untuk menyingkap
usia penulisannya.

Seterusnya, para ulama juga memujinya dan menyifatkannya sebagai hafiz


yang mana beliau telah memiliki keluasan ilmu dan kefahaman dalam ilmu-ilmu
hadith. Walau bagaimanapun, beliau juga boleh dikatakan sebagai seorang yang
warak. Malah, beliau juga mendapat pujian dari beberapa ulama yang masyhur
dan terkenal mengenai isu dan susunannya di dalam kitab Sunan Abu Daud.

Antara ulama-ulama yang memuji kitabnya adalah al-Ghibati, al-Ghazali


dan lain-lain. Hakim Abu Abdullah berkata: “Abu Daud adalah seorang Imam

15
hadis pada zamannya. Namanya sangat masyhur dan ianya terkenal di Mesir,
Hijaz, Syam dan sebagainya”.

Menurut Hakim Abu Abdullah “Abu Daud adalah seorang imam hadis
pada masanya, namanya sangat masyur dan terkenal di Mesir, Hijaz, Syam, Iraq,
dan Khurasan. Menurut al-hafiz Musa bin Harun “Abu Daud diciptakan di dunia
sebagai yang mahir dalam bidang hadith dan tidak seorang pun yang lebih utama
daripadanya”. Menurut Abu Abdullah bin Mundah “Di antara ulama hadis yang
memisahkan hadis-hadis sahih ialah al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasai

Sebagaimana diketahui ilmu al-Jarah dan ta’dil dalam ilmu hadis


merupakan pelajaran yang sulit dan susah untuk dipelajari, tetapi Abu Daud dapat
menguasai ilmu tersebut dengan baik serta dapat mengetahui dan memahami
matan serta sanad hadis. Menurut Abnu al-Madani, beliau mengetahui
keperibadian Abu Daud lalu berkata “Mengetahui rijalul hadis merupakan separuh
daripada ilmu dan mengetahui ilmu hadis merupakan separuh dari ilmu juga”.

K. Kritikan terhadap sunan Abu Daud

Terdapat beberapa orang imam yang menyatakan kritikan mereka terhadap


karya sunan imam Abu Daud. Dalam senarai kedudukan karya hadith. Ada yang
berpendapat sunan Abu Daud merupakan kitab ke tiga selepas Sohih Bukhari dan
Sohih Muslim. Terdapat juga ulama hadith yang berpendapat Sunan Abu Daud ini
merupakan kitab hadith ke empat kedudukannya selepas Sohih Bukhari, Sohih
Muslim dan Sunan Tarmizi. Percanggahan pendapat ini terjadi apabila ulama’
hadith selepas Abu Daud menilai sunan yang telah ditulis oleh beliau.

Kritikan utama yang diterima pada sunan Abu Daud adalah berkenaan
dengan hadith yang beliau diamkan di dalam sunannya. Method penulisan Abu
Daud dalam menyatakan taraf hadith di dalam sunannya, beliau akan menyatakan
kedudukan hadith dhaif yang terdapat didalamnya dan mendiamkan kedudukan
hadith yang selebihnya. Menurut pendapat Ibnu Hajar al-Asqalaniy, Imam
Nawawiy dan Ibnu Taimiah beliau akan menyatakan kedudukan hanya sebhagian
hadith dan sebahagian hadith yang lain tidak dinyatakan. Jumhur ulama’ hadith

16
menyatakan hadith yang didiamkan oleh imam Abu Daud dalam sunannya
bertaraf sohih. Manakala terdapat beberapa pandangan lain terhadap hadith
tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa hadith yang didiamkan oleh
imam Abu Daud merupakan hadith yang masih dalam kedudukan hasan dan
mungkin bertaraf sohih. Hadith itu juga tidak akan turun dari darjat hasan.
Pendapat ini didukung oleh beberapa ulama hadith antaranya Ibnu Mandah, Ibnu
As Sakan, Ibnu Abdil Barr, Ibnu Sholah, As Silafy dan Mundziry. Manakala
pendapat kedua menyatakan bahawa ada hadith yang di diamkan oleh imam Abu
Daud sebagai hadith dhaif. Namun begitu hadith tersebut dihukumkan sebagai
hasan. Sekiranya ada di antara ulama’ hadith yang membuktikan kedudukan
hadith tersebut sebagai dhaif maka hadith tersebut akan diterima sebagai dhaif.
Walau bagaimanapun, disini tidak bermaksud imam Abu Daud sengaja
menyembunyikan kedudukan hadith yang dhaif. Mungkin sahaja pada pandangan
beliau hadith tersebut masih belum dhaif pada pengkajian yang lepas.
Sesungguhnya manusia juga tidak akan terlepas dari kesilapan. Selain dari itu, At
Tarmizi ada menyebut diantara kelemahan kitab sunan Abu Daud adalah
berkenaan dengan rawinya. Imam Abu Daud tidak akan memakai perawi yang
matruk namun masih terdapat dalam sunan Abu Daud rawi yang mungkar. Contoh
yang dinyatakan oleh At Tarmizi ialah rawi yang bernama Haris Ibn Wajih. Rawi
ini jelas mungkar dan secara lansung hadith yang diriwayatkannya lemah. Dalam
kritikan lain juga yang diterima oleh imam Abu Daud imam Al Hafidz Ibn Al
Jauzi mengkritik beberapa hadith yang telah dimasukkan oleh imam Abu Daud
dalam sunannya yang bertaraf maudhu’. Hadith maudhu tidak dapat digunakan
samada sebagai amalan apatah lagi sebagai hujjah. Disaat yang sama juga
Jalaluddin As Sayuthi bertanggapan bahawa hadith yang di kritik oleh Imam Ibnu
Al Jauzi itu tidaklah terlalu banyak dan tidak menjejaskan sunan Abu Daud secara
keseluruhannya. Hadith yang dikritik tersebut berjumlah sembilan buah hadith.
Disamping itu pendapat dari Ibnu Hajar al-Asqalaniy, Imam Nawawiy dan Ibnu
Taimiah menyatakan bahawa terdapat beberapa hadith yang di nyatakan dhaif
oleh imam Abu Daud tidak dinyatakan perihal kedudukan dhaif tersebut. Hanya
dinyatakan kedudukan sebagai rujukan dan tidak disertakan sebab musabab

17
bersamanya. Penjelasan mengenai silsilah sanad atau kedudukan perawi hadith
atau mungkin dari matan hadith yang terdapat illat.

L. Cara penyusunan dan penekanan Abu Daud dalam Kitab Sunan

Imam Abu Daud menyusun sunannya mengikut kitab, bab dan subtopik-
subtopik. Dalam Sunan Abu Daud, Abu Daud menulis sunannya dengan kiab
taharah dan diakhiri dengan kitab al-adab. Berikut merupakan jadual tentang
Sunan Abu Daud.

No. Nama Kitab Jumlah Kitab Jumlah


Hadist
1 Kitab al-Taharah(Bersuci) 143 390
2 Kitab al-Shalat 367 1165
3 Kitab al-Zakat 46 145
4 Kitab al-Luqatah(Barang temuan) 1 20
5 Kitab al-Manasik 98 325
6 Kitab al-Nikah 50 129
7 Kitab al-Talaq 50 138
8 Kitab al-Shaum(puasa) 81 164
9 Kitab al-Jihad 182 311
10 Kitab al-Dahaya(korban). 20 56
11 Kitab al-Said(perburuan) 4 18
12 Kitab al-Wasaya(wasiat) 17 23
13 Kitab al-Fara’id(Pembahagian 17 43
harta warisan)
14 Kitab al-Kharaj al-Imarah(pajak, 40 161
kepemimpinan dan Fai)
15 Kitab al-Janaiz 84 153
16 Kitab al-Aiman wa al- 32 84
Nuzur(Sumpah dan Nadzar)
beli)

18
17 Kitab al-Buyu’ wa al-Ijarah(Jual 92 245
18 Kitab al-Aqdiyah(peradilan) 30 70
19 Kitab al-‘Ilm 13 28
20 Kitab al-Asyribah(minuman) 22 67
21 Kitab al-At’imah(makanan) 55 119
22 Kitab al-Tib(kedoktoran) 24 71
23 Kitab al-‘Atqu(memerdekakan 15 43
budak)
24 Kitab al-Huruf wa al-Qira’(huruf 1 40
dan bacaan)
25 Kitab al-Hammam(kamar mandi) 3 11
26 Kitab al-Libas(pakaian) 47 139
27 Kitab al-Tarajjul(menguraikan 21 55
rambut untuk dibersihkan)
28 Kitab al-Khatam 8 26
29 Kitab al-Fitan(fitnah) 7 39
30 Kitab al-Mahdi(imam mahdi) 1 12
31 Kitab al-Malahim(peperangan 18 60
yang agung)
32 Kitab al-Hudud 40 143
33 Kitab al-Diyat 32 `102
34 Kitab al-Sunnah 32 177
35 Kitab al-Adab 108 502

Berdasarkan gambar rajah di atas, Sunan Abu Daud mempunyai tiga puluh
lima kitab dalam kitab-kitab tersebut kitab Solat adalah di antara kitab yang paling
banyak ditekankan oleh Abu Daud. Terdapat dua belas bab yang ditekankan
dalam kitab solat iaitu bab solat, bab tentang imam, bab tentang saf(barisan), bab
tentang tabir, bab tentang memulai solat, bab tentang ruku’ dan sujud, bab tentang
Juma’at, bab tentang solat safar(musafir), bab tentang solat malam, bab tentang

19
bulan ramadhan, bab tentang membaca dan mentartil al-Qur’an dan akhir sekali
bab tentang solat witir.

Menurut pengkaji, antara kesemua bab di dalam kitab Solat sunan Abu
Daud, bab pertama yang ditulis ialah berkaitan dengan bab solat. Antara bab solat
yang dikeluarkan oleh imam Abu Daud dalam kitab sunannya ialah berkaitan
dengan kewajipan solat. Hadis tentang kewajipan solat berbunyi seperti berikut

‫نجد أهل من وسلم عليه هللا صلى رسوالهللا إلى رجل جاء يقول عبيدهللا بن طلحة عن‬

‫ل فقا اإلسالم عن يسأل هو فإذا دنا حتى يقول ما يفقه وال صوته دوي يسمع ثائرالرأس‬

‫علي هل قال والليلة واليوم اليوم في صلوات خمس وسلم عليه هللا صلى رسوالهللا‬

‫فقال أنقص وال هذا على أزيد ال وهللا وهويقول الرجل فأدبر تطوع أن إال ال قال غيرهن‬

‫صدق إن أفلح وسلم عليه هللا صلى رسوالهللا‬.

27

Dari Thalhah bin Ubaidillah, dia berkata, “Pernah ada seorang lelaki
penduduk Najd datang kepada Rasulullah SAW, kepalanya kusut, bersuara guman
dan tidak dapat diertikan ucapannya. Ketika dia mendekat, ternyata dia bertanya
tentang islam. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Lima kali solat sehari semalam”.
Kata orang itu, “Apakah masih ada yang wajib atasku?” Baginda SAW bersabda,
“Tidak ada, kecuali kamu hendak mengerjakan solat sunnah.” Thalhah berkata,
Rasulullah SAW menyampaikan kepadanya tentang puasa Ramadhan. Maka
orang itu berkata, ‘Apakah masih ada yang wajib atasku?’ Beliau bersabda,
“Tidak ada, kecuali kamu hendak mengerjakan puasa sunnah.” Kata Thalhah,
“Dan Rasulullah SAW menyampaikan kepadanya tentang zakat,” Maka orang itu
berkata, “Apakah masih ada yang wajib atasku lainnya?” Baginda bersabda,
“Tidak ada, kecuali kamu hendak melakukan sedekah sunah.” Maka orang itu
berbalik seraya berkata, “Demi Allah, saya tidak akan menambah dan mengurangi
perkara ini.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Beruntunglah jika dia benar.”
(Shahih: Muttafaq Alaih)

20
Selepas Abu Daud menulis hadis di atas iaitu berkaitan dengan kewajiban
solat. Abu Daud menulis pula hadis tentang waktu solat, waktu dan cara solat
nabi, waktu solat zohor, asar, maghrib, insya dan subuh dan sebagainya. Disini
pengkaji dapat mengenal pasti bahawa Abu Daud menulis hadis tentang
kewajipan solat untuk menunjukkan kepada pembaca bahawa solat merupakan
perkara yang wajib dan berdosa sekiranya meninggalkan solat dengan sengaja.

Solat ialah ibadah yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang
dimulakan dengan membaca takbir dan diakhiri dengan mengucapkan salam.
Menurut ulasan pengkaji, Abu Daud memasukkan hadis tentang kewajipan solat
kerana solat dalam agama islam menduduki tempat yang teramat istimewa
sehingga tidak dapat ditandingi oleh ibadah lain. Ia juga merupakan tiang agama
dan tanpanya agama islam tidak dapat berdiri kukuh.

Contoh-contoh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud:

ُ‫س َل َوجْ َهه‬ َ َ‫ضأ َ فَغ‬


َ ‫س َل َكفَّ ْي ِه ثَالَثًا َو َغ‬ َّ ‫سلَّ َم ِب َوضُوءٍ فَت ََو‬
َ ‫سو ُل هللاُ صلى هللاُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫ي َر‬ َ ‫َع ِن ْال ِم ْقدَ ِم قَا َل ا ُ ِت‬
َ ‫س َح بِ َرأْ ِس ِه ُواُذُنَ ْي ِه‬
‫ظاه ِِر ِه َما‬ َ ‫ض َوا ْست َ ْنشَقَ ثَالَثًا ثَالَثًا ث ُ َّم َم‬ َ ‫ض َم‬ ْ ‫س َل ذ َِرا َع ْي ِه ثَالَثًا ثَالَثًا َم‬ َ ‫ثَالَثًا ث ُ َّم َغ‬
‫(رواه أبوداود وأحمد‬.‫اط ِن ِه َما‬
ِ َ‫( َوب‬

Artinya: Dari Al-Miqdam. Ia berkata,” Rasulullah SAW, telah diberi air


berwudu, lantas beliau berwudu, maka di basuhnya kedua telapak tanganya tiga
kali dan mukanya tiga kali, kemudian membasuh kedua hastanya tiga kali, lalu
berkumur dan dimasukkannya air ke hidung tiga kali, kemudian disapunya kepala
dan kedua telinganya bagian luar dan dalam.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

‫سلَّ َم‬
َ ‫سو ُل هللاِ صلى هللاُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫اط َمةَ بِ ْنتَ اَبِى ُحبَي ٍْش ت ُ ْست َ َح‬
ُ ‫اض فَقَا َل لَ َها َر‬ ِ َ‫شةَ ا َ َّن ف‬َ ِ‫ َع ْن َعائ‬: ‫اِ َّن دَ َم‬
‫ص ِلى‬ ِ ‫صالَةِ فَ ِاذَا َكانَ ْاْلَخ َُر َفت ََوض‬
َ ‫َّئ َو‬ َ ‫ فَ ِاذَا َكانَ ذَلِكَ فَأ َ ْم ِس ِكى‬,‫ف‬
َّ ‫ع ِن ال‬ ُ ‫ْض دَ ُم اَس َْود ُ يُ ْع َر‬ِ ‫ال َحي‬. ْ ( ‫رواه أبوداود‬
‫والنسائ‬

Artinya: Dari Aisyah. Sesungguhnya Fatimah binti Abi Hubaisy telah


berdarah penyakit.Rasulullah berkata kepadanya, “Sesungguhnya darah haid
berwarna hitam, dikenal oleh kaum perempuan. Maka apabila ada darah semacam

21
itu, hendaklah engkau tinggalkan shalat;apabila keadaan darah tidak seperti tiu,
hendaklah engkau berwudu dan shalat.” (Riwayat Abu Daud dan Nasai).

‫ف قَا َل‬
َ ‫ص َر‬ َ ‫صالَةً فَقَ َرأَ ِف ْي َها فَ َل ِب‬
َ ‫س َعلَ ْي ِه َف َل َّما ا ْن‬ َ ‫صلَّى‬َ ‫س َّل َم‬َ ‫ي صلى هللاُ َع َل ْي ِه َو‬
َ ‫ع َم َر ا َ َّن النَّ ِب‬
ُ ‫َع ِن اب ِْن‬
‫ (رواه أبوداود‬.‫ى‬ َّ َ‫صلَّيْتَ َم َعنَا قَا َل نَعَ ْم قَا َل فَ َما َمنَعَكَ اَ ْن ت َ َفتَ َح َها َعل‬
َ َ ‫( ِْلَبِ ْى أ‬

Artinya: Dari Ibnu Umar, “ Sesungguhnya Nabi SAW, telah membaca


sesuatu ketika shalat, tetapi beliau ragu-ragu pada bacaan itu. Setelah shalat beliau
berkata kepada Umar,” adakah engkau ikut shalat tadi bersama dengan
kami?jawab Umar, Ya, saya ikut. Rasulullah berkata, mengapa engkau tidak
tunjuki saya dalam bacaan tadi.”(Riwayat Abu daud).

22

You might also like