Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

HUBUNGAN ETNIK MPU3113

Tugasan Kumpulan

Tajuk : Perayaan pelbagai etnik di


Malaysia

Disediakan untuk : Dr. Suhanim Abdullah

Disediakan
oleh:

No. Matrik Nama

261328 Wong xin yi

261633 Teoh Wenji

264115 Muhamad Syafi Imtiaz Bin Suhaimi

264399 Nor Aqilah Binti Amir

263613 Lau Ping Ping


ISI
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
Malaysia digelar sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada awalnya. Nama Persekutuan Tanah

Melayu diubah kepada Malaysia apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta

Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru pada tahun 1963.

Malaysia pernah dijajah oleh Belanda, Portugis, British, Japan dan akhirnya British. Pada masa

penjajahan, British mengimport buruh dari China dan India. Seterusnya, imigran dari China dan

India mula menetap di Malaysia. Hal ini menyebabkan, Malaysia menjadi satu negara berbilang

kaum.

Malaysia terletak berhampiri dengan garis Khatulistiwa. Oleh itu, Malaysia mengalami

iklim Khatulistiwa sepanjang tahun. Malaysia sentiasa bercuaca panas dan lembap. Negara kita

mempunyai sumber hutan yang kaya. Contohnya, kayu bakau, herba-herba, getah, kelapa sawit

dan sebagainya. Selain itu, Malaysia juga terdapat banyak sumber mineral seperti bijih timah dan

petrol.

Seterusnya, Malaysia telah menjadi sebuah destinasi pelancong asing kerana tanah air

kita tidak mengalami perubahan musim dan cuaca yang terlampau. Mereka tidak hanya ditarik

oleh keistimewaan Malaysia yang berbagai kaum dan negara kita juga tidak mengalami bencana

alam seperti, gempa bumi, kemarau, letupan gunung dan taufan. Dengan ini, pelancong asing

lebih suka melawat ke negara


kita.

Malaysia adalah suatu negara majmuk. Etnik yang terdapat di Malaysia adalah Melayu,

Cina, India, Iban, Kadazan-Dusun, Bajau, Thai, Khmer,Cham dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, etnik terutama di Malaysia merupakan Melayu, Cina dan India. Keadaan

ini telah menjadikan suatu keistimewaan di Malaysia. Ini dapat dilihat bahawa adanya

kepelbagaian budaya, amalan berpakaian, bahasa pertuturan, agama dan makanan. Dengan
kepelbagaian etnik di Malaysia maka wujudnya pelbagai perayaan dalam kalangan masyarakat.

Namun, terdapat banyak kaum yang berbeza dalam Malaysia, tetapi rakyat Malaysia hidup

dengan aman dan harmoni. Setiap kaum saling hormat-menghormati, tolong menolong tanpa

diskriminasi. Semangat perpaduan antara setiap kaum adalah amat ketara di Malaysia.
2.0 Objektif

Kajian ini dijalankan bagi mencapai dua objektif mengenai perayaan pelbagai etnik di Malaysia.

Objektif tersebut
adalah:

a) Mengenalpasti jenis perayaan pelbagai etnik di Malaysia.

b) Mengenalpasti cara masyarakat menyambut perayaan mereka di Malaysia.


3.0
Metodologi

Metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang

digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin daripada Hajah Noresah bt. Baharom (2005).

Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam kajian ini, sumber maklumat telah dibahagikan kepada 2

sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Pengkaji telah menggunakan sumber sekunder

untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

3.1 Sumber
Sekunder

Sumber sekunder adalah bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan penulisan. Antara

kaedah pengkaji menggunakan adalah melalui buku, artikel daripada majalah dan internet.

Pengkaji menggunakan kaedah rujukan bahan bercetak untuk menjalankan kerja kursus ini. Data

yang dapat dikutip oleh pengkaji daripada kaedah rujukan bahan bercetak, termasuk surat

khabar, majalah, jurnal, buku teks dan sebagainya.


Kelebihan kaedah rujukan bahan bercetak adalah kerana bahan cetak amat mudah

diperoleh dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan bahan boleh digunakan dengan mudah dan tidak

perlu banyak penerangan. Bahan ini boleh dialih dari satu tempat ke tempat yang lain. Secara

bandingan, bahan bercetak lebih murah dari segi penghasilan dan pembelian. Ia memudahkan

pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang diingini.

Selain daripada rujukan bahan bercetak, penyelidik juga menggunakan kaedah rujukan

laman sesawang dalam menjalankan kajian ini. Penyelidik menggunakan kaedah rujukan laman

sesawang kerana kaedah ini memudahkan dan mempercepatkan proses pencarian

maklumat-maklumat yang diperlukan.

Kesimpulannya, pengkaji harap dengan melalui kaedah yang dipilih boleh mendapatkan

maklumat yang tepat supaya boleh memperoleh hasil yang


diingini.
4.0 Dapatan Kajian

4.1 Perayaan-Perayaan Orang Melayu ​Umumnya Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum.Kaum asas yang ada di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.Semangat
patriotik serta kerjasama antara kaum menjadi salah satu faktor kepada perpaduan kaum di
Malaysia.Sikap saling hormat menghormati antara kaum juga wajar dipuji.Setiap kaum ini terdiri
daripada pegangan agama, adat dan perayaan yang berbeza.Perkara yang menjadi penantian bagi
setiap kaum ini adalah perayaan.Hal ini kerana, walaupun berbeza kaum, tetapi perayaan ini
tetap disambut meriah yang diserikan lagi dengan inisiatif kerajaan yang memberi cuti pada
setiap perayaan tersebut.Bagi kaum melayu, terdapat beberapa perayaan utama yang
disambut.Antaranya ialah:

4.1.1 Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah.Perayaan tersebut juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, atau Hari Lebaran.Hari Raya Aidilfitri merupakan
perayaan yang dirayakan oleh umat islam di seluruh dunia tanpa mengira bangsa di seluruh dunia
bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat islam telah menjalani ibadat
Puasa selama sebulan.

4.1.2 Perayaan Hari Raya


Aidiladha

Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang
dirayakan oleh umat Islam seluruh dunia.Perayaan ini merupakan perayaan terbesar bagi umat
Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.Aidiladha disambut pada hari ke-10,
ke-11, ke-12, ke-13 bulan Zulhijah setiap tahun.Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10
Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah,
sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10, 11, 12, atau siang
13 zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aildiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah kesabaran
anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.Ibadat korban
ini boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah
Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.Dari segi bahasa,
korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama
atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban
jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam Kalender Hijrah Islam.10
Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa
dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di Padang Arafah, di luar
bandar Mekkah.

4.1.3 Sambutan Maulidur


Rasul

Maulidur Rasul atau Maulud Nabi Muhamad SAW Ialah hari bersejarah keputeraan Nabi
Muhammad.Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang
jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571.Baginda
merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.Tapak keputeraan baginda pula kini
mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati
keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya.Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah
SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat
lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad
SAW kerana apabila berniat sahaja untuk mengadakan majlis Maulud Nabi, sudah mendapat
pahala dan dimuliakan.Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik meruapakan
doa dan dikira amal soleh. (Wikipedia, n.d.).

4.2.1 Cara menyambut Hari Raya


Aidilfitri

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara iaitu dengan melihat anak bulan ataupun secara hisab
(kiraan).Sekiranya melalui proses memerhati anak bulan, Syawal bermula apabila anak bulan
kelihatan iaitu bulan ke-10 dalam takwim hijrah Islam.Di Malaysia, anak bulan diperhatikan oleh
pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Perayaan ini juga menandakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang
dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.Zakat fitrah tidak perlu dibayar
bagi mereka yang telah meninggal dunia.Kebiasaannya umat islam akan mula membayar zakat
fitrah bermula awal bulan Ramadhan lagi dan kutipan zakat ini akan berhenti apabila solat sunat
Aidilfitri dimulakan.Oleh itu, solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat aidil
adha.Hikmahnya adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat
fitrah untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke
masjid.
Apabila tarikh hari raya telah ditentukan, umat islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji Allah.Tempoh bertakbir bagi hari raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari
(hari terakhir bulan Ramadhan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pagi 1 Syawal
tahun hijrah.Hari raya disambut pagi hingga malam.

Simbol terkenal bagi Hari Raya Aidilfitri di Malaysia Adalah ketupat.Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangakan hingga hari ini.Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam
anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama
rendang.Juadah-juadah yang lain termasuklah lontong, lemang, dodol dan kuih raya.Namun
begitu simbol lain yang berteraskan Islam sepert kalimah Allah dan Nabi Muhamad,
bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri dan lain-lain lagi yang tiada unsur haram juga
adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah.Berminggu-minggu sebelum perayaan
tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.Pusat-pusat
membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara
besar-besaran.Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan televisyen.Rancangan-rancangan
yang berkisarkan Hari Raya Aidilfitri akan ditayangkan.Bank, sekolah, dan premis-premis
perniagaan akan ditutup beberapa hari sehingga seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri.Di jalan
raya utama dan lebuh raya di seluruh negara akan berlaku kesesakan akibat kebajiran warga
bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak
saudara dan kaum keluarga.Fenoman ini juga dikenali sebagai balik kampung.

Amalan lazim yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.Pada pagi Hari Raya Aidilfitri
(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri) umat Islam
yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah
Al-Fatihah atau bacaan Surah Yaasin.Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak
saudara dan rakan taulan.Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang
lampau.Pada asasnya, Hari Raya adalah untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk
mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah
kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga popular pada hari raya ini.Duit raya selalunya
diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit raya yang selalunya
berwarna hijau atau kuning.Sampul duit raya diadaptasi daripada Kaum Cina yang memberi
sampul merah berisi wang atau ‘Ang Pau’.Terdapat pelbagai Jenis dan saiz yang dikeluarkan
oleh pihak bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan.Kadang-kala pemberia duit raya diganti
dengan pemberian hadiah.

Dari sudut agama pula, sepuluh malam terakhir sering dikaitkan dengan malam Lailatulqadar
iaitu detik keemasan individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke
bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid, dan bertakbir
kepada Allah.Dengan itu, timbullah tradisi memasang pelita sebagai simbol meraikan perayaan
yang Mulia di samping memudahkan mereka yang berjalan menuju ke masjid bagi menunaikan
solat terawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan
mungkin membahayakan keselamatan.Hal ini kerana, pada zaman dahulu tiada kemudahan
eletrik seperti masa kini.

Rumah-rumah terbuka akan diadakan padah hari raya itu sendiri atau sepanjang bulan
Syawal.Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti
tamat.Biasanya di Malaysia, minggu pertama hari raya akan dipenuhi kenderaan dan
menyebabkan kesesakan jalan.

Baju Melayu adalah pakaian tradisi Kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki pada Hari Raya
Aidilfitri.Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang.Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula adalah Baju Kurung dan Baju
Kebaya.Setiap tahun pelbagai fesyen akan diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju
tradisi ini.Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood,
isteri bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. (Wikipedia, n.d.).

4.2.2 Cara menyambut Hari Raya Aidil Adha

Pada hari raya, umat Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih dan
juga mengenakan wangi-wangian.Pada Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan
Sembahyang Sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5
takbir pada rakaat kedua.Pada kebiasannya, solat sunat ini dicepatkan sedikit berbanding solat
sunat Aidilfitri.Hikahmya adalah kerana untuk memberi lebih banyak masa untuk
penyembelihan korban.Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya supaya makanan
yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.Selepas bersembahyang,
upacara korban akan dimulakan.Lembu, kambing, biri-biri yang dikorbankan akan disembelih
secara beramai-ramai di kawasan masjid Sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang
ramai terutamanya golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekkah,
mengunjungi Kaabah, dan melakukan korban sembelihan.Al-Quran tidak menyatakannya tetapi
umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim
untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Allah.

Selepas sembahyang, umat Islam sekali lagi akan menziarahi pusara perbukuburan orang yang
disayangi.Semua orang akan memakai pakaian bersih dan selepas itu yang muda akan memohon
maaf kepada yang tua.Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan
sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka. (Wikipedia, n.d.).

4.2.3 Cara Sambutan Maulidur Rasul diadakan di


Malaysia.

Di Malaysia, amalan atau aktiviti yang sering dilakukan ketika sambutan Maulidur Rasul adalah
puasa sunat, mandi sunat, berziarah ke Makam Rasulullah, mengerjakan amalan-amalan mulia,
memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah, serta memperbanyakkan tasbih, tahmid dan
selawat kepada Rasulullah.Selain itu, aktiviti yang jelas dilihat di Malaysia sewaktu Maulidur
Rasul adalah perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah, syarahan sirah
nabi, forum agama dan perpaduan, marhaban, jamuan di peringkat kampung sehinggalah
peringkat kebangsaan.

4.2 Perayaan-perayaan orang


Cina

Orang Cina mempunyai populariti sebanyak 23.7% di Malaysia. Kawasan asal utama orang Cina

adalah Kwantung, Funchien dan Kwangsai. Setiap kawasan mempunyai dialek bahasa yang

berbeza. Contohnya, Kantonis, Toechew, Hokkien, Hakka, Hainan dan lain-lain. Walaupun

kawasan asal mereka berlainan tetapi hari perayaan mereka adalah sama. Terdapat beberapa

perayaan dalam kalangan penduduk Cina iaitu Perayaan Hari Vesak, Perayaan Tahun Baru Cina,

Perayaan Chap Goh Mei, Perayaan Qing Ming, Perayaan Duan Wu, Perayaan Qi Xi, Perayaan

Hantu, Perayaan Kuih Bulan, Pesta Tanglung, Hari Sembilan Maharaja Dewa dan Pesta

Dongzhi
.

4.2.1 Perayaan Tahun Baru Cina di


Malaysia

Tahun Baru Cina dalam Bahasa Cina adalah ​春​节 ​( ​chun jie ​). Maksud dalam Bahasa Cina
adalah

hari pertama Spring. Ia melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan. Tahun Baru Cina
merupakan perayaan yang terpenting kepada orang Cina. Mereka akan menyambut tahun baharu

dalam kalendar qamari Cina. Terdapat 12 kitaran setahun dan dinamakan dengan sempena nama
haiwan dalam kalendar qamari
Cina.

4.2.1.1 Perayaan Hari Chap Goh Meh di


Malaysia

Chap Goh Meh ialah dialek bahasa Hokkien, maksudnya adalah malam hari kelima belas. Dalam

bahasa Cina ia dikenali sebagai ​元宵​节 ​( ​yuan xiao jie )​ . Hari Chap Goh Meh merupakan lima

belas hari selepas Tahun Baru Cina. Hari Chap Goh Meh adalah sebagai lambangan berakhirnya

perayaan Tahun Baru Cina (Chap Goh Meh, n.d). Chap Goh Meh juga dikenali sebagai hari

Valentine. Pada zaman purba, gadis dilarang keluar kecuali di Chap Goh Meh apabila mereka

dapat melawat kuil-kuil yang diiringi oleh pembantunya. Bagi lelaki, ia adalah peluang bagi

mereka untuk melihat sekilas gadis-gadis cantik ini. Ini dapat menjelaskan mengapa Chap Goh

Meh dianggap sebagai Hari Valentine Cina.

4.2.1.2 Perayaan Duan Wu di Malaysia

端午​节 ​( ​duan wu jie )​ adalah Perayaan Duan Wu dalam bahasa Cina. Perayaan Duan Wu juga

dikenali sebagai Perayaan Perahu Naga (Jeninne Lee-St. John, 2009). Perayaan ini berasal

daripada seorang penasihat di mahkamah Chu semasa zaman Perang China yang bernama Qu

Yuan. Pegawai-pegawai mahkamah cemburu terhadap kebolehan Qu Yuan dan mereka berjaya

mempengaruhi maharaja untuk menolak dan membuangnya. Qu Yuan berasa kecewa dan marah.

Qu Yuan akhirnya, mengikatkan dirinya ke batu dan melompat ke sungai Mi Luo di provinsi

Hunan untuk membantah ketidakadilan dan korupsi. Apabila tragic ini diketahui oleh orang

ramai, mereka mengayunkan Qu Yuan mendayunkan sampan ke sungai untuk mencari

mayatnya. Apabila mayat Qu Yuan gagal dijumpai, mereka mula memukul gendang dekat sungai

supaya dapat menakut ikan dan makhluk laut tidak memakan mayatnya. Mereka juga mula

membuat dumpling nasi untuk membuang ke sungai yang percaya bahawa makhluk laut dan
ikan

akan makan dumpling nasi bukannya mayat Qu Yuan. Budaya ini dapat diterusi sehingga zaman

sekarang.

4.2.1.3 Perayaan Qing Ming di Malaysia


Berdasarkan catatan sejarah, adat resam pemujaan nenek moyang oleh orang China pada hari

Qing Ming sudah mempunyai sejarah selama lebih 2500 tahun. Qing Ming bermakna Jernih dan

Terang. Perayaan Qing Ming biasanya jatuh pada bulan April (CRI Online, 2013). Qing Ming

merupakan hari untuk memuja nenek moyang dalam budaya tradisional Cina. Ia telah

disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda negara ini. Adat resam itu bukan sahaja

diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa kaum minoriti yang lain.

4.2.1.4 Perayaan Hantu di


Malaysia

Seperti dalam perayaan lain, terdapat banyak legenda dan cerita tentang tradisi dan perayaan

daripada Perayaan Hantu. Mengikut adat resam Cina, pada ke-15 dalam kalender qamari Cina

bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu. Pada masa

itu, hantu-hantu dan roh-roh termasuk juga roh-roh nenek moyang yang sudah lama meninggal

dunia ataupun mereka yang sudah meninggal dunia akan keluar daripada alam kubur atau ghaib.

Bagi penganut Tao dan Buddha pintu alam Syurga, alam Neraka dan alam fana dipercayai akan

membuka pada masa ini. Penyembahan nenek moyang yang mana ia menunjukkan ketaatan para

keturunan dan adat yang harus disambungkan kepada generasi yang akan datang selain daripada

itu generasi muda dapat mengenalinya seperti mana perayaan QingMing (Raphael Lim, 2016).

4.2.1.5 Hari Vesak

Hari vesak merupakan hari yang melambangkan kelahiran, pencerahan agung dan kewafatan

Gautama Buddha. Hari vesak juga dikenal sebagai Visakah Puja atau Buddha Purnima di India.
(Prezi.com, 2016). Hari vesak adalah hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha. Hal

ini disebabkan peristiwa yang diperingati ialah kelahiran, kemangkatan dan ketika Siddharta

Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha.

4.2.1.6 Perayaan Kuih


Bulan

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan tradisional utama kaum Cina. Perayaan ini

juga dikenali Perayaan Bulan Lapan, Perayaan Mengekori Bulan, Perayaan Pertengahan Musim

Luruh dan Perayaan Menyembah Bulan. ​(​China.com, 2014). Perayaan ini disambut pada hari
ke-15 bulan kelapan kalendar Cina. Hari ini hampir dengan ekuinoks musim luruh di mana bulan

biasanya mengambang dan


terang.

4.2.1.7 Perayaan Dongzhi

Berdasarkan pakar kaji bintang China pada abad k-2 SM telah membahagikan satu tahun kepada

24 sesi solar. Setiap solar mengambil masa 2 minggu dan solstis malam sejuk iaitu Dongzhi (​冬

至​) merupakan sesi solar yang ke-22. Biasanya, Dongzhi jatuh pada 21 hingga 23 haribulan

Disember. Bagi kaum Cina, jika Dongzhi sudah sampai, ini bermakna Tahun Baru Cina akan

sampai dalam masa 81 hari lagi. (Hoe, 2009).

4.2.1.8 Perayaan
Qixi

Perayaan ini berasal dari percintaan antara Zhinu iaitu anak bongsu Dewa Maharaja Jed dengan

seorang pemuda bernama Niulang. Percintaan mereka tidak disambut oleh Dewa Maharaja Jed

namun Niulang dan Zhinu telah melahirkan anak. Zhinu telah dihantar balik ke syurga dan tidak

dapat berjumpa dengan kekasih dan anaknya. Namun begitu, Niulang tidak berputus asa untuk

berjumpa Zhinu. Akhirnya, Dewa Maharaja Jed terharu oleh percintaan mereka dan menghantar
burung murai berbentuk sebuah jambatan setahun pada hari ke-7 dalam bulan lunar ketujuh.

Perayaan ini juga dikenali oleh masyarakat Barat sebagai “Valentine’s day”. (Hoe, 2009).

4.2.1.9 Hari Sembilan Maharaja Dewa

Hari ini disambut oleh kaum Cina beragama Taoism pada hari kesembilan pada bulan sembilan

dalam kalendar Cina. Sembilan Maharaja Dewa turut dikenali sebagai “ Kow Wong Yeh” dalam

kalangan masyarakat Cina. Hari Sembilan Maharaja Dewa disambut untuk mengingati Sembilan

Maharaja Dewa yang tiba ke darat untuk menyelamatkan rakyat Dinasti Ming daripada puak

Manchu ketika peperangan. Namun, Maharaja Manchu menangkap Sembilan Maharaja Dewa

dan memancung kepala dan letakkan ke dalam pasu kemudian melontar ke laut. Perbuatan

Maharaja Manchu menyebabkan kehidupan baginda tidak tenteram. Dengan penuh sesal,

Maharaja Manchu membina tokong untuk memberi korban pada hari kesembilan lunar Cina.

(Pressreader.co, n.d.).

4.2.2 Cara-cara menyambut perayaan orang Cina


Setiap perayaan mempunyai cara menyambut yang berbeza dan tersendiri. Cara orang Cina di

Malaysia menyambut hari perayaan adalah berlainan dengan penduduk di China tetapi

mempunyai makna yang sama. Bangsa lain juga akan melawat ke rumah orang Cina pada hari

perayaan.

4.2.2.1 Cara menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia

Tahun Baru Cina ialah perayaan vital dalam kalangan masyarakat Cina. Ia boleh dikatakan

adalah perayaan yang paling besar. Pada hari sebelum Tahun Baru Cina, rumah akan akan dicuci

dan dihiasi dengan buah limau, bunga dan pokok limau yang bersimbol murah rezeki. Orang

Cina akan mengutip atau membayar segala hutang-piutang sebelum Tahun Baru Cina supaya

tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baharu. Sanak saudara yang berkerja atau
belajar di tempat jauh akan kembali berkumpul. Mereka akan membakar mercun pada tengah

malam bagi menandakan bermulanya tahun baharu dan bagi menghalau puaka dan nasib

malang.Pada Tahun Baru Cina, kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi yang

dienali sebagai ‘jamuan pertemuan semula’. Golongan muda akan melawat golongan tua dan

menerima wang angpau dalam sampul merah sebagai lambang nasib baik, Angpau juga hanya

diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Walaupun

bangsa yang berbeza, terdapat kaum lain berkunjung ke rumah orang Cina untuk bersama

menyambut Tahun Baru Cina. Mereka juga akan diberikan angpau. Perarakan tarian naga atau

singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi


gendang.

4.2.2.2 Cara menyambut Hari Chap Goh Mei di


Malaysia

Pada zaman dulu gadis yang belum berkahwin akan membuang limau di laut atau sungai pada

malam Chap Goh Meh. Dengan kepercayaan ini bahawa mereka akan dapat berkahwin dengan

suami yang baik. Namun begitu, pada zaman teknologi maklumat ini, tradisi ini semakin hilang,

terutamanya di bandar-bandar utama di negara ini. Pada satu sudut pandang perayaan, malam ini

melihat perhimpunan ahli keluarga ketika mereka duduk bersama bersama. Persembahan dan doa

juga diadakan pada skala besar pada malam ini. Sama seperti Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei

juga dirayakan dengan banyak bunga api dan mercun. Orang Cina akan menghiaskan rumah

mereka dengan lampu merah dan lampu terang untuk menandakan berakhirnya peristiwa yang
menguntungkan. Orang Cina akan bersembahyang ke tokong untuk kesyukuran dan kekayaan

untuk tahun yang akan datang (Audrey Lim,


2003).

4.2.2.3Cara menyambut Perayaan Duan Wu di


Malaysia
Dumpling nasi dikenali sebagai ‘zong zi’. Pada zaman sekarang, zong zi tidak lagi dibuang ke

dalam sungai. Zong zi akan dimakan oleh orang Cina sebagai satu tradisi. Perlumbaan perahu

naga setiap tahun. Perlumbaan ini telah menjadi pertandingan taraf dunia. Perlumbaan perahu

naga juga amat popular di Malaysia. Perahu naga adalah perahu yang sangat panjang dan sempit

yang digerakkan oleh tenaga manusia. Perahu biasanya dihiaskan dengan kepala dan ekor naga

dan diharuskan untuk membawa genderang besar dalam perahunya. Pada tahun lepas, sebanyak

60 pasukan melibatkan 840 peserta daripada kaum yang berbeza telah menyertai Perlumbaan

Perahu Naga sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka di Melaka (Utusan Online,
2018).

4.2.2.4 Cara menyambut Perayaan Qing Ming di


Malaysia

Secara stereotaip, orang Cina amat mempercayai roh nenek moyang.Pada Hari Qing Ming, kaum

Cina akan menyambutnya dengan melawat kubur nenek moyang. Orang Cina akan menziarahi

dan membersihkan kubur nenek moyang kerana ia merupakan aktiviti yang paling penting pada

hari Qing Ming. Perayaan ini adalah untuk memberi kerhormatan dan peringatan kepada nenek

moyang, ibu bapa dan ahli ahli tersayang yang telah meninggal dunia. Barang-barang kertas,

rumah-rumah kertas, dan juga wang-wang kertas yang biasanya akan dibakar. Ini dilabelkan

sebagai kepercayaan syirik (believe in the ‘other world). Kaum Cina juga akan bersembahyang

dengan makanan di kubur dan akan makannya bersama-sama selepas itu. Pendekata, tujuan

utama Ching Ming adalah untuk semua ahli keluarga berkumpul bersama. Tali persaudaraan

mereka dapat dieratkan dan sambil mengingati nenek atau datuk mereka.

4.2.2.5 Cara menyambut Perayaan Hantu di


Malaysia

Kaum Cina akan mengunjungi si mati ke kubur dengan membuat penyembahan pada Perayaan
Hantu. Mereka akan melaksanakan upacara khas untuk mengubah mahupun membebaskan

penderitaan roh-roh si mati yang sudah meninggal dunia ini. Peyediaan makanan adalah suatu

aktiviti dalam upacara khas itu. Seterusnya, ahli keluarga juga akan membakar colok, wang
neraka, barang-barang keperluan serta pakaian untuk hantu-hantu ini. Penghormatan diberikan

kepada “mereka” ini dimana dilayan seperti masih hidup lagi.

4.2.2.6 Cara menyambut Hari Vesak di Malaysia

Para penganut agama Buddha akan berhimpun di tokong Buddha untuk menyanyi kitab Buddha,

menaikkan Bendera Buddha, memandikan patung Buddha dengan air bunga , menderma wang

dan barang-barang ke rumah kebajikan, menghiaskan kereta perarakan dan juga melepaskan

burung merpati. Kegiatan ini dilakukan atas amalan Gautama Buddha. Pada hari tersebut,

penganut-penganut agama Buddha akan tetap berpuasa. Selepas menyanyi kitab Buddha,

penganut-penganut akan beratur untuk memandikan air bunga ke atas patung Buddha sebanyak

tiga kali sebagai tanda kehormatan. Kemudian, setiap penganut akan membawa balik air bunga

untuk mandi supaya dapat menghapuskan benda-benda yang tidak baik. Pada waktu malam,

persatuan-persatuan agama Buddha dari pelbagai tempat akan mengadakan perarakan kereta

berhias yang memebawa imej Buddha bagi merayakan Hari Wesak. (Prezi.com,
2016).

4.2.2.7 Cara menyambut Perayaan Kuih Bulan di


Malaysia

Pada hari ini, anggota keluarga kaum Cina akan berkumpul bersama-sama menikmati

pemandangan bulan purnama sambil makan kuih bulan. Terdapat Kaum C yang akan

menyembah bulan dengan beberapa hidangan serta kuih bulan kepada dewi bulan. Di samping

menikmati kuih bulan, arak juga dihidangkan. Selain itu, kaum Cina juga akan menyambut pesta

Tanglung. Pada masa itu, kaum Cina akan menghiaskan persekitaran dengan tanglung. Penduduk
setempat juga akan membawa tanglung mengelilingi kawasan perumahan. Aktiviti berteka-teki

juga diadakan bagi kaum Cina mengeratkan


silaturahim.

4.2.2.8 Cara menyambut Perayaan Dongzhi di Malaysia

Orang Cina meraikan Dongzhi untuk menghargai penuaian para petani. Pada hari tersebut,

anggota keluarga orang Cina akan memakai pakaian baru dan menyembah nenek moyang.

Selepas penyembahan, ahili keluarga akan duduk di meja berbentuk bulat untuk membuat

Tangyuan, sejenis makanan Cina yang berbentuk guli yang diperbuat daripada tepung pulut.

Tangyuan akan direndam dalam sup manis atau sup masin berdasarkan kesukaan keluarga.
Selain itu, orang Cina akan menikmati “steamboat” bersama ahli keluarga sebagai simbol

perpaduan. (Hoe, 2009).

4.2.2.9 Cara menyambut Perayaan Qixi di


Malaysia

Pada hari tersebut, kaun wanita masyarakat Cina akan menyembah Niulang dan Zhinu.

Buah-buahan dan kuih-muih akan disembahkan. (Hoe, 2009). Di samping itu, gadis muda akan

memakai pakaian baru dan berdoa agar mereka mendapat jodoh yang baik. Terdapat wanita yang

akan berdoa untuk bakat menjahit kerana Zhinu merupakan dewi yang berbakat menjahit. Kaum

wanita akan membawa keluar benang berwarna-warni dan tujuh jarum Wanita yang berjaya

menarik benang melalui jarum tanpa berhenti akan dianggap wanita yang berbakat menjahit.

(East Asian Societies, n.d.).

4.2.2.10 Cara menyambut Hari Sembilan Maharaja Dewa di Malaysia

Bagi penganut yang menyambut ketibaan dan kepulangan Sembilan Maharaja Dewa dan
berjalan

di bara api, mereka perlu makan sayur-sayuran, tidak berminum alkohol, tidak berpakaian hitam
dan tidak berpakaian kulit selama 9 hari sebagai tanda suci. Penganut-penganut akan

menghidangkan kuih-muih, buah-buahan serta pau yang berbentuk penyu. Pau berbentuk penyu

itu adalah simbolik memperingati penyu gergasi yang pernah menyelamatkan sembilan Maharaja

Dewa. Ketibaan dan kepulangan Sembilan Maharaja Dewa sampai melalui jalan air. Perarakan

diadakan dari tokong ke tepi pantai untuk menyambut ketibaan dan kepulangannya. Rombongan

yang akan mengikuti perarakan akan berjalan di atas bara api dengan mengangkat kerusi tandu

bagi lambang membawa Maharaja. Terdapat waktu dan hari yang tertentu untuk menjalankan

upacara bara api mengikut jantina kerana upacara menyambut dan menghantar kepulangan

Sembilan Maharaja Dewa hanya boleh disertai oleh kaum lelaki sahaja. (Pressreader.com, n.d.).

4.3 Perayaan-perayaan Orang


India

Kini, kaum India merupakan salah satu etnik utama di Malaysia dan ia mempunyai jumlah

populasi sebanyak 7.9 % iaitu 2,210 juta orang penduduk. Kawasan ramai penduduk India
merangkumi kawasan Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah

dan Johor. Selain itu, bahasa kaum India boleh dibahagikan kepada bahasa Tamil, Malayalam,

Punjabi, Melayu dan Inggeris. Manakala agama Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Bahai

merupakan agama utama bagi kaum India di Malaysia. Biasanya, kaum India akan meraikan

sambutan perayaan Hari Deepavali, Hari Thaipusam, Hari Thaiponggol dan Tahun Baru Tamil.

4.3.1 Perayaan Hari Deepavali di Malaysia

Hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali ataupun Divali merupakan suatu perayaan

yang disambut oleh masyarakat yang beragama Hindu pada setiap bulan Oktober dan November
masa bulan gelap, bernama “Aipasi”. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan

“Dipa” yang bermaksud cahaya manakala “Gavali” pula bererti barisan. Oleh itu, Deepavali juga

membawa maksud sebarisan pelita. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakna

di rumah penganut Hindu. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai bahawa kecerahan

dapat mengatasi kegelapan, kebaikan dapat mengatasi kejahatan, keadilan dapat mengatasi

kezaliman dan sebagainya. Mengikut kepercayaan Hindu, hari Deepavali diraikan sebagai tanda

kemenangan kaum India atas kematian seorang raja yang bersifat zalim, bernama Raja

Naragasura dan beliau sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu. Menurut lagenda, Raja

Naragasura sering mencetuskan huru-hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum

kematiannya, Raja Naragasura meminta semua orang meraikan hari kemenangan ini sebagai satu

peringatan kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik kisah dongeng ini, terselit satu
pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. (Koo Xiau Chiun,2010)

4.3.2 Perayaan Hari Thaipusam di Malaysia

Selain itu, kaum India juga menyambut perayaan Hari Thaipusam bagi menghormati

dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Dalam kalender
Tamil, Thaipusam diraikan pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan kesepuluh. Pada hari tersebut, bulan

penuh melintasi bintang terang yang dikenali sebagai Pusam dalam zodiac Cancer. Tujuan

sambutan perayaan hari Thaipusam adalah untuk menebus dosa dan menunaikan nazar atas

dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Namun bukan semua penganut Hindu menunaikan

nazar. Hal ini demikian kerana nazar adalah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika

permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu akan diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Kebiasaanya, murid yang akan menduduki peperiksaan malah wanita yang berhajat untuk
mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi akan memohon nazar.
(Thoasshaanaah Nallappan,2016)

4.3.3 Perayaan Hari Thaiponggal di Malaysia

Hari Thaiponggal merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh

masyarakat etnik Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka, Malaysia, Singapura, Afrika Selatan,

USA, United Kingdom, France, Seychelles, Australia, Kanada, dan di tempat yang mempunyai

ramai etnik Tamil.Ponggal juga dikenali sebagai Makara Sankranthi yang disambut diseluruh

India.Ponggal dalam Bahasa Tamil bererti melimpah-ruah.Susu lembu yang melimpah apabila

dipanaskan dalam periuk belanga tanah liat melambangkan kekayaan yang melimpah

ruah.Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih

kepada Dewa Matahari (Suryabagawan) dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan

kekayaan harta benda. Ucapan ‘Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ bererti ‘permulaan Thai

membuka peluang baru’ sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal.Perayaan ini

biasanya dirayakan sekitar 13 Januari iaitu 15 dalam kalender Gregorian.Hari terakhir bulan

Tamil takwim Tamil ‘Maargazhi’ sehingga hari ketiga takwim Tamil. Thaiponggal secara tradisi

ditasbihkan kepada Dewa Matahari Surya sebagai berterima kasih untuk hasil tuaian yang baik

dan mengabdikan tuaian pertama kepada Dewa Matahari.Perayaan ini menandakan permulaan

bulan Thai.Ia menandakan hari apabila matahari bergerak ke Utara.Ia menandakan permulaan

Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari ke Utara.Hari menjadi semakin panjang di tanah

Tamil Nadu.Thai Ponggal jatuh pada Makara Sankranthi dirayakan seluruh India sebagai
penuaian.Ia juga mewakili solstice India apabila matahari dikatakan memasuki rumah ke-10

dalam takwim India.Contohnya, Makara atau


Capricon
4.3.4 Perayaan Tahun Baru Tamil di
Malaysia

Puthandu, atau lebih dikenali sebagai Tahun Baru Tamil, sambutan hari pertama tahun baru

Tamil tradisional pada pertengahan bulan April oleh orang-orang yang berasal dari Tamil di

Tamil Nadu dan Puducherry di India, dan oleh penduduk Tamil di Malaysia, Singapura dan Sri

Lanka. Orang memberi salam antara satu sama lain pada hari ini dengan berkata (Iniya Tamizh

PuthaanduNalvazhthukkal). Ini adalah selaras dengan kalendar suria Hindu. Tamilians percaya

bahawa ia adalah pada hari Tahun Baru Tamil bahawa Tuhan Brahma memulakan penciptaan

dunia.

4.4 Cara- Cara Menyambut Perayaan Orang India

Setiap perayaan mempunyai cara menyambut yang berbeza dan tersendiri. Buktinya, cara kaum

India di Malaysia menyambut hari perayaan adalah berlainan dengan masyarakat di India tetapi

objektif dan makna sambutan perayaan mereka masih sama.


4.4.1 Cara Menyambut Hari Deepavali di
Malaysia
Mengikut tradisi masyarakat India, mereka akan menjalani mandi minyak yang melambangkan

penyucian badan dan semangat pada pagi Deepavali. Kemudian mereka akan bersembahyang di

rumah atau di kuil iaitu di mana patung dewa Hindu dikalungkan dengan kalungan bunga.

Selepas itu, mereka akan berkunjung ke rumah saudara-mara atau kaum keluarga mereka.

Biasanya, suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil yang berisi dengan manisan dan

membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Pada pintu masuk rumah

pula terdapat hiasan “kolam”. Hiasan bungaan halus dilakarkan di atas tanah biasanya diperbuat

daripada bijiran pelbagai warna yang menarik. Hiasan ini merupakan lambang penyembahan

Dewa Laksini, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah yang

mempunyai hiasan kolam di pintu masuk rumah mereka.


( Fatin Qamarina, 2016)

4.4.2 Cara Menyambut Hari Thaipusam di


Malaysia

Semasa perayaan Thaipusam, masyarakat India akan membawa susu yang diisi dalam

belanga kerana susu itu dianggap paling suci. Biasanya susu itu diisi dalam belanga tembikar

ataupun kini dalam belanga aluminium. Belanga ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna,

daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam

kuil. Namun Pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan

Murugan. Selain itu, ramai kaum lelaki yang menganut Hindu akan mencukur rambut mereka

dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit pada hari tersebut.

Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu.

Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan

menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma. Kavadi akan dijunjung di atas kepala atau
dibawa di atas bahu bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan. Kavadi ni

diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung Dewa Murugan

dengan pelbagai saiz dan bentuk. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki,

perempuan, kanak-kanak dan golongan tua. Bagi sesetengah mereka akan mencucuk logam atau
besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan

membersihkan dosa dan menyucikan


diri. (Fatin Qamarina, 2016)

4.4.3 Cara Menyambut Hari Thaiponggol di


Malaysia

Thai Ponggal dirayakan selama tiga hari.Hari pertama merupakan hari untuk berterima kasih

kepada Dewa Matahari yang mana tanpanya, semua benda hidup tidak dapat berfungsi.Hari

kedua dalah untuk berterima kasih kepada ternakan lembu yang membantu dalam proses

pertanian padi dan juga berkongsi susunya dengan manusia.Hari ketiga dikhaskan kepada

gadis-gadis yang belum berkahwin kerana pada ketika ini mereka tidak ke sawah.Mereka

memakai pakaian baharu yang serba cantik dan menawan dan selalunya dianggap sebagai

upacara peminangan terbuka untuk jejaka yang belum berkahwin.Sepanjang perayaan 3 hari ini,

rumah-rumah dicat dan dihias dengan tebu, pelepah kelapa, dan kolam yang

berwarna-warni.Semua orang memakai pakaian baharu.Ponggal atau nasi manis dimasak dan

dikongsi bersama sanak-saudara.Pesta dan pertandingan seperti silambam, penjinakan lembu

jantan dan banyak persembahan lain akan diadakan.Perayaan ini bertujuan memberi rehat kepada

pesawah, ternakan dan semua rakyat supaya mereka dapat bergembira dan juga sebagai peluang

untuk gadis dan jejaka untuk memilih pasangan mereka.


(Wikipedia,n.d.)
4.4.4 Cara Menyambut Tahun Baru Tamil di Malaysia

Kebiasaannya, setiap keluarga mempunyai cara yang berbeza dalam menyambut perayaan Tahun

Baru Tamil. Pada waktu pagi Tahun Baru Tamil, setiap keluarga akan pergi ke kuil untuk

sembahyang disana untuk mendapat keberkatan dari Tuhan. Di rumah, masyarakat india akan

menyediakan makanan seperti Laddu, Vadei, Payasam dan bermacam jenis lagi untuk diberikan

kepada Tuhan bertujuan untuk gembirakan Tuhan meraka. Makanan tersebut kebiasaannya

diletakkan diatas daun pisang atau dulang. Selain itu, mereka juga boleh memberikan Tuhan

mereka kalachaar iaitu mereka memberikan dhal, duit, emas, gula dan garam untuk diberikan

kepada Tuhan mereka. Bagi hiasan di rumah, mereka boleh membuat kolam dan thoranam tetapi

terpulang kepada setiap keluarga sama ada ingin menghias atau


tidak.
5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

Hajah Noresah bt. Baharom. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat: metodologi.

Chap Goh Meh. (n.d). Retrieved from


https://www.tourism.gov.my/pdf/uploads/ad879935-14a3-4a11-bc97-5dda9d8e8f08.pdf

Audrey Lim. (2 Jun 2003). Chap Goh Meh. Retrieved from:

http://thingsasian.com/story/chap-goh-mei

Jeninne Lee-St. John (14 May 2009). The Legends Behind the Dragon Boat Festival. Retrieved

fro
m

https://www.smithsonianmag.com/arts-culture/the-legends-behind-the-dragon-boat-festi
v

al-135634582
/

Utusan Online. (29 Nov 2018). Perlumbaan perahu naga tarik 840 peserta. Retrieved
from

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/perlumbaan-perahu-naga-tarik-840-p
e

serta-1.796413

CRI Online. (2 Apr 2013). Hari Qing Ming, Perayaan Tradisional China. Retrieved from

http://malay.cri.cn/741/2011/04/02/24s119423_1.htm

Raphael Lim. (7 Jul 2016). Hungry Ghost Festival / Perayaan Hantu Lapar. Retrieved from

http://salammalamjumaat.blogspot.com/2016/07/hungry-ghost-festival-perayaan-hantu.ht

ml

Hoe. (2009, February 7). “ Kebudayaan Masyarakat Cina di Malaysia.”.


PERAYAAN

MASYARAKAT CINA 8- DONGZHI (SOLSTIS MUSIM SEJUK). Retrieved from


http://fthoe.blogspot.com/2009/02/perayaan-masyarakat-cina-8-dongzhi.html
Hoe. (2009, February 7). “ Kebudayaan Masyarakat Cina di Malaysia.”.
PERAYAAN

MASYARAKAT CINA 4- QIXI (CERITA PENCINTAAN NIULANG DENGAN ZHINU).

Retrieved
from

http://fthoe.blogspperayaanot.com/2009/02/-masyarakat-cina-4-qixi-cerita.html

PressReader.com. (n.d.). Your Favorite Newspapers and Magazines.”​. Connecting People Through News​.
Retrieved

from

www.pressreader.com/

Nurulaini, Zetty. (2016, December 16). “PERAYAAN HARI WESAK.” ​Prezi.com​. ​Retrieved
from

prezi.com/npbh-45uhpef/perayaan-hari-wesak/

China.com. (n.d.). “Pesta Kuih


Bulan.”

malay.china.com/culture/traditional/3473/20141114/204967.html.

East Asian Societies. (n.d.). “DOUBLE SEVENTH FESTIVAL (PERAYAAN QI XI).” Retrieved
from,

http://easociety.weebly.com/double-seventh-festival-perayaan-qi-xi.html​.

Wikipedia Ensikoledia Bebas. (n.d). Retrieve


from

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha

Wikipedia Ensikoledia Bebas. (n.d). Retrieve


from

https://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
Wikipedia Ensikoledia Bebas. (n.d). Retrieve
from

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

Wikipedia Ensikoledia Bebas. (n.d). Retrieve


from

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaiponggal

Vithya Tharshini Kesavan, Jenis-jenis Perayaan Kaum India (August 2015). Diperoleh
daripada

http://vithyatharshini.blogspot.com/2015/08/gambar-gambar-perayaan-kaum-india.htm
l

Thoasshaanaah Nallappan, Perayaan Kaum India (September 2016). Diperoleh


daripada

https://perayaankaumindia.blogspot.com/p/perayaan-thaipusam-hari-thaipusam.html

KOO XIAU CHIUN, Sejarah Perayaan Deepavali (August 2010). Diperoleh daripada

http://keunikanperayaan.blogspot.com/2010/08/sejarah-perayaan-deepavali.html

Fatin Qamarina, Perayaan Dan Kebudayaan 3 Kaum Terbesar di Malaysia (2 Oktober 2016).

Diperoleh daripada
http://cikmerahhh.blogspot.com/2016/10/perayaan-dan-kebudayaan-3-kaum-terbesar.htm
l

7.0 Lampiran

Wang kertas untuk sembahyang


Dumpling nasi / ‘zong zi’
Lampu Pelita
Hiasan
Kolam

Kavadi
Belanga Aluminium yang diisi dengan susu

Ladd
u

You might also like