Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

RASISME: DEFINISI, HURAIAN DAN CONTOH

Rasisme (Bahasa Inggerisnya racism) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan
amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada
dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kaum
yang berbeza dan serentak itu, ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh
ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat
berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah.

Rasisme bukan hanya berlaku di luar Malaysia tetapi ianya berlaku juga di dalam
kalangan rakyat Malaysia. Isu perkauman di Malaysia memang tidak dapat dielakkan apabila
terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti
biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama
menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan
kepada garis perkauman atau etnik. Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa kebinasaan
kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan terhadap kaum-
kaum yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan seperti berikut:

a) Diskriminasi kaum
b) Pengasingan kaum
c) Pembasmian kaum

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang nyata seperti warna mata,
warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang
menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok
mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan
dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh


sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melaui
perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang
berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri
sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu merupakan
kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

Dalam buku –Rasisme: Sejarah Singkat- ini yang merupakan alihbahasa dari buku
Racism: A Short History, George M. Fredrickson, sang penulis, menyadari betul bahawa
rasisme bukan sekadar suatu sikap atau sekumpulan kepercayaan yang terpatri dalam
masyarakat. Rasisme mengungkapkan diri pada praktik-praktik, lembaga, dan struktur yang
dibenarkan dan diakui oleh suatu perasaan berbeda yang mendalam. Lebih jauh rasisme bisa
membentuk suatu tatanan rasial, tidak sekadar berkubang dalam teori tentang perbezaan
manusia. Inilah yang menjadi alasan mendasar mengapa rasisme selalu beriringan dengan apa
yang disebut kekuasaan. Dengan merunut perspektif sejarah, Fredrickson berusaha
menggambarkan secara ringkas kisah pasang surut rasisme sejak Abad Pertengahan hingga
sekarang. Dalam huraian ilmiahnya ini, ia meletakkan posisi rasisme melebihi konsepsi
awalnya, dan begitu jelas perbezaanya dengan bahasan kulturalisme. Menurutnya kebudayaan
secara sejarahnya, yang mampu berubah seiring ruang dan waktu dan sama dengan mencipta
konsep ras itu sendiri.
Di Malaysia kita hidup dalam suasana berbilang bangsa yang terdiri daripada pelbagai
etnik dan kaum. Rasis berdasarkan rujukan Kamus Dewan Edisi ke 4 ialah orang yang
mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap
unggul atau bangsa terhebat atau utama selain bangsa lain di dunia. Mereka ini mengamalkan
kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain.
Jika dirujuk sebagai kata sifat pula, rasisme bermaksud perbuatan diskriminasi ke atas sesuatu
bangsa atau agama. Rasisme yang keterlaluan akan menyebabkan ketegangan berlaku. Contoh
rasisme yang dapat dilihat apabila sesuatu bangsa lain menghina dan menjatuhkan martabat
sesuatu bangsa lain. Selain itu, bangsa berkaitan hanya bergaul dengan bangsanya sahaja.
Kesan rasisme dapat dilihat dengan jelas di Yahudi, India, dan Thailand.

Apabila sentimen perkauman dijadikan sebagai intiti utama dan agenda maka kesan
yang jelas adalah keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum akan bertukar menjadi malapeta
seperti yang berlaku di kebanyakan Negara di dunia sebagaimana yang kita ketahui. Konsep 1
Malaysia akan hilang, sifat kepercayaan antara kaum bertukar menjadi prasangka. Generasi
muda membesar dengan sifat perkauman, kaum lain akan membenci kaum selain kaumnya
sendiri. Apabila sampai ke satu tahap yang lebih tinggi kejadian seperti pergaduhan, rusuhan
atau lebih mengerikan lagi sesuatu kaum akan sanggup melakukan penghapusan etnik dan
sebagainya.

Adalah amat penting bagi kita untuk terus memelihara keharmonian dan perpaduan
yang telah terjalin sekian lama. Secara sedar atau tidak hak-hak dan keistimewaan semua kaum
adalah terbatas berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sesebuah Negara dan ianya
tidak akan mungkin berubah kerana hak dan keistimewaan itu sudah tertulis sebagai satu
perlembagaan yang terpelihara. Justeru itu, kita hendaklah berhati-hati memilih calon tidak kira
apa bangsa atau kaum sekalipun sekiranya terlalu ekstrim dengan perkauman kejadian-kejadian
yang tidak diingini dan cuba dielak oleh kita semua akan menghancurkan kestabilan negara
yang terjaga sekian lama.

Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik
sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada
pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja
tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak
memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan kestabilan
politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga
menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan
perkongsian kuasa pemerintahan yang matang.
Kita semua maklum bahawa kepercayaan rasisme dan etnosentrisme boleh membawa
kepada konflik. Dengan demikian, pendekatan atau teori konflik adalah sesuai dalam
menganalisis sebab-sebab terjadinya rasisme dan etnosentrisme. Berdasarkan teori konflik,
rasisme dan etnosentrisme wujud akibat kesan daripada persaingan sesama kelompok-
kelompok ras dan etnik ke atas sumber-sumber yang terbatas. Untuk rasisme dan etnosentrisme
terbentuk mestilah terlebih dahulu wujud tiga keadaan berikut:

(a) Mestilah terdapat dua atau lebih kelompok sosial yang dapat dikenal pasti melalui
perbezaan ciri-ciri fizikal dan budaya.

(b) Mestilah terdapat persaingan di antara kelompok-kelompok ke atas sumber-


sumber yang bernilai seperti kuasa, tanah atau pekerjaan.
(c) Mestilah wujud kuasa yang tidak seimbang di antara kelompok-kelompok, dalam
erti kata terdapat satu kelompok yang dominan yang mempunyai kuasa yang lebih kuat untuk
menafikan kelompok-kelompok lain hak ke atas sumber-sumber yang bernilai itu.

Semakin tinggi persaingan, maka semakin kuat perasaan rasisme dan etnosentrisme.
Mengikut perspektif konflik ketaksamaan ekonomi menjadi penyebab kepada meningkatnya
rasisme dan etnosentrisme. Teori konflik menjelaskan bahawa untuk merasionalkan tindakan
menjajah, orang kulit putih atau the white race menganggap ras kulit hitam (the coloured race)
tidak mempunyai martabat setinggi mereka. Ideologi rasisme mewajarkan diskriminasi
terhadap orang kulit hitam kerana tanggapan bahawa kedudukan mereka adalah inferior,
justeru mereka tidak layak diberikan pekerjaan yang baik, pendidikan tinggi serta kemudahan-
kemudahan asas yang lain.

Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum
bukan kulit putih. Hendrik Frensch Verwoerd iaitu perdana menteri Afrika Selatan ke-7,
terkenal sebagai arkitek aparteid dan telah melaksanakannya secara berleluasa sewaktu
pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit
hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi,
sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi
undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih
untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit
hitam.

Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika
Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia
menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih
dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang
dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara
beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", supaya
mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Aparteid
jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh
membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada
insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga
melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta
mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman
dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh
ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum


di negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan
melakukan sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja
atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang
memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik antara kaum, mempersoalkan
dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan
Persekutuan (Akta Hasutan 1948).

Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan
keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan
kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di
seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan
tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Kaum-kaum minoriti yang tertindas
akan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluang pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga
kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada
mereka yang masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak
asli di Australia dan kaum kulit hitam di Afrika Selatan.

Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besar-besaran


seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa pemerintahan Hitler. Isu
perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia
yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan
golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Banyak organisasi
politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis perkauman atau etnik.
Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang
dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan kesejahteraan
negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam
peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara
kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi
pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Konflik antar ras biasanya disebabkan oleh hilangnya rasa saling menghormati. Ras
yang satu merasa memiliki posisi lebih tinggi dibandingkan dengan ras lainnya juga terjadi
dalam penyebab Palestin dan Israel berperang . Sehingga menganggap diri mereka lebih hebat
dibandingkan dengan yang lain. Tentunya ini merupakan nilai yang salah dan pastinya menjadi
pemicu utama sehingga kemudian memunculkan sikap diskriminasi, rasisme dan yang paling
parah adalah berakhir dengan peperangan dan kemusnahan. Pada asasnya, sudah banyak
konflik antara ras yang berakhir pada pemusnahan suatu ras atau etnik. Konflik ini pada
dasarnya disebabkan oleh hilangnya atau terkikisnya sikap saling menghormati antara satu
sama lain. Sikap inilah yang harusnya diutamakan sebagai dasar dan pandangan. Dimana
bahawa setiap ras atau etnik yang hidup diatas bumi memiliki hak yang sama. Serta layak
mendapat penghormatan dan sejajar dengan ras yang lainnya. Rasanya memang tidak mudah
bagaimana memberikan kesedaran setiap orang bahawa pemecah dan penyelesaian yang tepat
dari pelagai konflik antara ras lahir dari sikap saling menghormati.
Mengatasi konflik antara ras yang kedua dapat dilakukan dengan cara saling
menghargai perbezaan. Dalam penciptaannya manusia sudah pasti diciptakan berbeza sesuai
dengan lingkungan di mana mereka tinggal sebagai dampak konflik agama . Misalnya orang
Eropah atau ras kulit putih cenderung memiliki kulit putih sebab sesuai dengan keadaan mereka
yang mendapati 4 musim, di mana mereka hanya mendapatkan cahaya matahari selama 3
bulan. Sedangkan ras negroid memiliki warna kulit yang hitam legam kerana mereka berasal
dari dataran Afrika dengan keadaan alam yang amat ekstrim sehingga mereka dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan sebegitu.

Kaum kulit hitam cenderung mendapatkan sikap diskriminasi dan tindakan rasisme
kerana warna kulit mereka. Warna kulit bukan menjadi persoalan kerana persoalan utamanya
adalah terletak pada peribadi individu yang memahami perbezaan. Sebagaimana pelangi
diciptakan dengan warna spektrum yang berbeza kemudian dapat menghasilkan keindahan.
Begitulah manusia yang diciptakan berbeza untuk menghuni segenap dunia ini. Salah satu cara
mengatasi sikap rasisme ialah meningkatkan kesedaran peribadi. Banyak orang yang tidak
memiliki pemahaman mengenai bagaimana membentuk kesedaran diri dan peribadi
sebagai ciri-ciri demokrasi terpimpin . Mereka cenderung mengedepankan sikap egoisme yang
pada akhirnya menimbulkan konflik. Begitulah dengan konflik antara ras yang marak
terjadi. Kesedaran peribadi yang harusnya menjadi dasar yang dipegang setiap individu seperti
sudah pudar. Hanya kerana melihat diri dan warna kulit mereka berbeza dari yang lain.

Pada dasarnya jika dinilai secara luaran dan fizikal pastinya setiap manusia memiliki
perbezaan sekaligus keunikkan masing-masing. Tentunya kita tidak mampu menghapus hal ini
sebagai salah satu penyebab konflik antara golongan . Hal ini kerana manusia memang
diciptakan secara berbeza dan dengan karakteristik yang turut berbeza. Namun, pandangan ini
selayaknya harus difahamkan oleh setiap manusia. Maka, untuk mengatasi konflik antara ras
salah satu cara yang paling efektif untuk dilaksanakan ialah dengan menanamkan pandangan
bahawa manusia adalah sama. Manusia adalah makhluk sosial yang saling memerlukan antara
satu sama lain. Maka dengan pandangan ini, tentu akan menghapus segala konflik yang boleh
ditimbulkan akibat perbezaan dari segi ras.

Secara konklusinya adalah kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah
negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat
dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran
negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan
dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan
kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik
untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat. Sistem pendidikan juga boleh
memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang
mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras.

Tidak
sekadar pembezaan pada unsur dominan yang ada, seperti ras, agama, dan
budaya.
Perbezaan jantina hingga sekarang masih mampu ditemui di dalam masyarakat kita.
Perempuan lebih dipandang sebelah mata dan dipandang rendah sebagai makhluk
yang secara fisik dan sosial lebih tidak dominan dibanding kaum lelaki

You might also like