Bahan Sejarah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 96

Pembinaan Negara dan Bangsa

ke Arah Kemunculan Negara


Malaysia Berdaulat
KANDUNGAN PANDUAN MENJAWAB

MUKA
BIL. PERKARA/SOALAN
SURAT
1 Panduan Menjawab Kertas 3 Sejarah SPM 2019. 4
Jelaskan latar belakang pembinaan negara dan bangsa
2 5
dalam masyarakat Melayu tradisional.
Jelaskan pembinaan negara Itali, Jerman, Madinah dan
3 6-7
Malaysia.
Huraikan ciri-ciri pembinaan negara bangsa berikut :
a. Ciri-ciri negara dan bangsa 8-9
4
b. Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu 9 - 10
Melaka
Bincangkan proses pembinaan negara dan bangsa yang
bersatu padu di negara kita / Bagaimanakah negara dan
bangsa yang bersatu padu dapat dibentuk di negara kita? /
Terangkan langkah-langkah pembinaan negara bangsa
yang bersatu padu di negara kita.
a. Malayan Union 1946 11 - 15
5
b. Persekutuan Tanah Melayu 1948 16 - 19
c. Sistem Ahli 19 - 21
d. Pakatan Murni 21 - 24
e. Suruhanjaya Reid 25
f. Persekutuan Tanah Melayu 1957 25 - 27
g. Pembentukan Malaysia 1963 27 - 37
Bagaimanakah gagasan Malayan Union 1946 mengukuhkan
6 38 - 40
pembinaan negara dan bangsa?
Bagaimanakah Sistem Ahli mengukuhkan pembinaan negara
7 41 - 42
dan bangsa?
Bagaimanakah Pakatan Murni mengukuhkan pembinaan
8 43 - 45
negara dan bangsa?
Bagaimanakah Suruhanjaya Reid mengukuhkan pembinaan
9 46
negara dan bangsa?
Bagaimanakah pembentukan Malaysia 1963 mengukuhkan
10 47 - 48
pembinaan negara dan bangsa?
1
Jelaskan usaha kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan
11 49 - 57
rakyat.
Buktikan kejayaan pembentukan Malaysia adalah hasil usaha
12 58 - 59
pemimpin dan kerjasama semua pihak.
Bincangkan/ Huraikan/ Terangkan kepentingan
13 perlembagaan dalam pembinaan negara dan bangsa 60 - 61
Malaysia.
Bagaimanakah perlembagaan negara kita memperkukuh
14 62
pembinaan negara dan bangsa?
15 Mengapakah kedaulatan Malaysia perlu dipertahankan? 63
16 Huraikan cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara. 64 - 65
Jelaskan langkah/ usaha/ cara mengekalkan Malaysia
17 66 - 67
sebagai sebuah negara berdaulat.
Jelaskan kepentingan perpaduan dalam pembinaan negara
18 68
dan bangsa Malaysia yang berdaulat.
Jelaskan cabaran dan langkah dalam pemupukan semangat
19 perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa 69 - 71
kini.
Perpaduan berperanan penting dalam mengekalkan
kedaulatan negara. Bincangkan.
20 @ 72 - 74
Bincangkan kesan terhadap kedaulatan negara sekiranya
rakyat negara kita tidak bersatu padu.
Jelaskan peranan rakyat dalam mempertahankan konsep
21 75 - 76
negara dan bangsa.
Huraikan keunikan negara dan bangsa Malaysia yang
22 77 - 79
berdaulat.
Bincangkan kejayaan dalam pembinaan negara dan bangsa
23 80 - 82
Malaysia.
Huraikan cabaran yang dihadapi oleh malaysia dan nyatakan
24 langkah-langkah dalam proses membina negara dan bangsa 83 - 86
Malaysia berdaulat.
Jelaskan kepentingan semangat patriotisme dalam
25 87 - 88
pembinaan negara dan bangsa Malaysia berdaulat.
26 Huraikan cabaran untuk melahirkan masyarakat yang berjiwa 89 - 90
2
patriotisme dalam pembinaan negara dan bangsa.
Huraikan langkah memantapkan semangat patriotisme dalam
27 91 - 92
pembinaan negara dan bangsa.
Huraikan nilai murni / iktibar dalam pembinaan negara dan
28 93
bangsa.
29 Rumusan. 94 - 95

3
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 SEJARAH SPM 2019

1. Calon wajib membawa buku teks/ bahan bercetak yang berkaitan.


2. Jawapan calon wajib ditulis dalam bentuk esei/ karangan dengan ayat yang lengkap.
3. Calon dikehendaki menulis nombor soalan.
4. Isi jawapan calon mestilah bersesuaian dengan peruntukan markah.
5. Peruntukan markah yang terdapat dalam panduan merupakan anggaran markah
sahaja.
6. Setiap pecahan soalan mesti dimulakan dengan muka surat baharu.
7. Jawapan calon mestilah berdasarkan kehendak soalan. Kehendak soalan perlu
diulang-ulang dalam menulis jawapan. Contohnya, bagi menjawab soalan iktibar
calon perlu menulis “Iktibar yang saya perolehi daripada pembinaan negara dan
bangsa yang berdaulat ialah ..... . Iktibar seterusnya ialah...”
8. Jawapan calon mestilah dimulakan dengan ayat soalan.

Contoh soalan:
Jelaskan latar belakang pembinaan negara dan bangsa dalam masyarakat Melayu
tradisional.
Contoh jawapan:
Latar belakang pembinaan negara dan bangsa dalam masyarakat Melayu
tradisional ialah.......

9. Jawapan calon bagi soalan KBAT mesti mempunyai fakta sejarah, huraian, huraian
lanjutan dan contoh serta inferens yang bersesuaian(ayat berlapis)
10. Calon digalakkan menggunakan penanda wacana bagi menunjukkan kesinambungan
isi. Contohnya, selain itu,.../ seterusnya,...
11. Bagi item rumusan, calon digalakkan untuk menulis setiap aspek (pengetahuan/ nilai/
unsur patriotisme/ iktibar/ harapan) sekurang-kurangnya dua fakta bersama-sama
huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens
12. Calon tidak digalakkan membatalkan jawapan yang telah ditulis.
13. Calon digalakkan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.
14. Calon perlu mengelakkan pembaziran masa yang lama pada setiap soalan.
15. Calon dinasihati menjawab soalan KBAT walaupun sukar. Jawapan boleh diubah suai
daripada modul.
16. Calon digalakkan untuk membuat latihan simulasi meningkatkan kemahiran menjawab.

4
JELASKAN LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
DALAM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL.

Dalam masyarakat Melayu tradisional kewujudan kerajaan kerana adanya


raja. Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa. Raja perlu memberi
perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat. Sebagai balasan, rakyat
akan menerima dan mengakui kekuasaan seseorang raja. Kesetiaan rakyat ini
yang akan menentukan sempadan kerajaan atau wilayah kekuasaan seseorang
raja. Raja yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah seperti
apa yang dilakukan oleh Kesultanan Melayu Melaka.
[4 markah]

Konsep negeri dalam masyarakat Melayu Tradisional bermaksud kawasan.


Sebagai contoh, negeri Larut. Dalam perjanjian antara kerajaan dengan kuasa
asing, keseluruhan kerajaan disebut negeri dengan segala jajahan takluknya.
[3 markah]

Tetapi British telah mengubah konsep kerajaan dan negeri dalam


masyarakat Melayu tradisional. Negeri merujuk kepada keseluruhan kerajaan
seperti kerajaan Kesultanan Melayu Melaka disebut negeri Melaka. British juga
telah menetapkan sempadan antara negeri. Konsep kerajaan semakin luput dan
diganti dengan konsep negeri.
[3 markah]

British juga telah memperkenalkan konsep negara dan bangsa moden di


Tanah Melayu. Pembentukan negara dan bangsa moden ini dimulakan dengan
pengenalan Malayan Union pada tahun 1946. Walau bagaimanapun Malayan
Union ditentang oleh orang Melayu. Setelah gagal memperkenalkan Malayan
Union, British telah menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan
menggabungkan semua negeri Melayu termasuk dua buah negeri Selat iaitu
Pulau Pinang dan Melaka.
[3 markah]

Seterusnya British telah memberikan kemerdekaan dengan tertubuhnya


Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dengan ini, muncul sebuah negara baru yang
merdeka. Akhirnya negara Malaysia ditubuhkan dengan gabungan wilayah
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wujudlah negara yang
berdaulat hingga sekarang.
[2 markah]

5
JELASKAN PEMBINAAN NEGARA ITALI, JERMAN, MADINAH DAN
MALAYSIA.

a) Pembinaan negara dan bangsa Itali


Negara bangsa Itali dibentuk pada abad ke 19. Itali pada mulanya terbahagi
kepada beberapa buah wilayah. Dibahagian utara wilayah terdiri daripada Venetia
dan Lombardy yang masih dikuasai oleh Austria. Masyarakat Itali mahu
menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah satu pemerintahan dan menghalau
orang Austria dari bumi Itali. Ia dibina menggunakan amalan real politik iaitu
Mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat seperti tipu helah dan
peperangan.
[ 4 markah ]
Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali berdasarkan
pemerintahan monarki. Beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon
iaitu pemerintah Perancis bagi menentang Austria pada tahun 1960. Dengan
bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria. Selain itu, melalui
pungutan suara yang diadakan, Count Camelo Benso di Cavour memperolehi
sokongan majoriti rakyat rakyat untuk menyatukan Itali.
[ 3 markah ]
Oleh itu, sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia
menewaskan Autria pada tahun 1860. Wilayah Venetia telah dipulangkan kepada
Itali. Seterusnya, pada tahun 1870 apabila Perancis mengundurkan tenteranya
dari Rom, Count Camelo Benso di Cavour mengambil peluang dengan
menyatukan Rom dan Itali. Penyatuan ini telah membentuk sebuah Negara
bangsa Itali.
[ 3 markah ]
b) Pembinaan negara dan bangsa Jerman
Pembinaan sistem bangsa Jerman dipimpin oleh Otto Eduard von
Bismarck. Beliau mengamalkan real politik dan politik darah dan besi. Beliau
mengunakan taktik menipu, provokasi untuk mencetuskan peperangan. Matlamat
utama beliau ialah untuk menyatukan Jerman. Pada waktu itu, rakyat Jerman
bersedia menerima sistem kediktatoran yang dilaksanakan oleh Bismark bagi

6
menyatukan Jerman Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk
memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
[4 markah ]

c) Pembentukan negara dan bangsa di Madinah


Pembentukan Negara dan bangsa di Madinah adalah salah satu contoh
penyatuan berdasarkan prinsip Islam. Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun
satu perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam
Madinah. Perlembagaan tersebut telah menyatukan penduduknya yang berbilang
kaum, iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab. Selain itu, pembentukan
kerajaan Islam Madinah Berjaya dibentuk melalui cara diplomasi, musyawarah
dan permuafakatan. Kejayaan Kerajaan Islam Madinah adalah satu contoh
kerajaan yang dibentuk amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin
dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat. Amalan ini wajar dicontohi untuk
menjamin keutuhan negara dan bangsa.
[ 5 markah ]
d) Pembentukan negara dan bangsa Malaysia
Bagi negara Malaysia, pembentukan Negara dan bangsa adalah berkat
kebijaksanaan pemimpin dan tidak melibatkan pertumpahan darah. Kita
mencapai kemerdekaan melalui rundingan, pakatan murni dan tolak ansur antara
tiga kaum yang terbesar di negara kita. Oleh itu, kebijaksanaan dan pandangan
jauh pemimpin-pemimpin kita dalam memperjuangkan sebuah Negara yang
berdaulat patut dicontohi oleh generasi muda kita pada hari ini.
[ 3 markah ]

7
HURAIKAN CIRI-CIRI PEMBINAAN NEGARA BANGSA BERIKUT :

a. Jelaskan ciri-ciri negara dan bangsa.

Pembinaan negara bangsa bermula sejak tahun 1957 dan berterusan


sehingga ke hari ini. Pembentukan ini memerlukan perkongsian bijak antara kaum
dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial. Selain itu, penglibatan
semua pihak sama ada pemimpin atau rakyat untuk merealisasikan pembinaan
Negara dan bangsa. Terdapat empat ciri utama iaitu negara, bangsa, kerajaan
dan perlembagaan.
[ 4 markah ]

Seterusnya, negara merupakan sebuah wilayah yang mempunyai


penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa. Negara Malaysia terdiri
daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Selain itu, negara juga
merujuk kepada institusi pemerintah yang tersusun yang bertanggungjawab
membuat keputusan serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
kerajaan.
[ 5 markah ]

Manakala bangsa pula merujuk kepada sekumpulan manusia yang


mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat
resam, kesenian dan pengalaman sejarah. Idea bangsa digunakan oleh negara
kita bertujuan untuk melahirkan perasaan bersatu padu di kalangan rakyat yang
berbilang kaum demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh.
[ 4 markah ]

Selain itu, kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertangjunggjawab


dalam mengubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara. Kerajaan atau
institusi pemerintahan ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan
dan melaksanakan dasar-dasar tersebut. Kerajaan juga bertindak sebagai
pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara. Sistem
kerajaan di Negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu
badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman.
[ 4 markah ]

Ciri pembinaan negara bangsa yang terakhir ialah perlembagaan.


Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sama ada bertulis atau tidak
bertulis yang menjadi sumber rujukan dan panduan bagi mentadbir dan
memerintah negara. Di negara kita, perlembagaan merupakan peraturan tertinggi
8
yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.
Perlembagaan bertujuan untuk memberi jaminan perlindungan kepada rakyat
negara ini.
[ 4 markah ]

b. Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

Ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah Wilayah
Pengaruh. Wilayah ialah kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang
diterima umum. Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya
menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.Empayar Kesultanan
Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh
Timur Sumatera.
[ 4 markah ]

Ciri yang kedua ialah kedaulatan. Kedaulatan merupakan kekuasaan


tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh
dihadkan oleh mana-mana pihak.kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yg
dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.kedaulatan
memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan,
taklukan atau penjajahan kuasa asing.
[ 4 markah ]

Ciri yang ketiga ialah lambang-lambang. Lambang negara merupakan


simbol atau tanda yg mempunyai identiti sesebuah negara. Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama
Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat
regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.
[ 5 markah ]

Ciri yang keempat ialah Keunggulan Undang-Undang dalam


pemerintahan.Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk
mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan. Undang-undang
dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-
undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan
kerakyatan diterima oleh masyarakat. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-Undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yg
9
menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan
masyarakat.Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap
kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga.Undang-Undang Laut
Melakapula memperuntukkan perkara yang berkaitan tatacara pelayaran di laut
seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang
kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
[ 7 markah ]

Ciri yang kelima ialah rakyat. Rakyat ialah seluruh penduduk bagi
sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan
yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, rakyat bertanggung jawab untuk mentaati raja yang memerintah. Sebagai
tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat
istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.
[ 4 markah ]

Ciri yang terakhir ialah kerajaan. Kerajaan merupakan badan yang


diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan,
mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan sistematik dengan
negara lain. Pada masa dahulu, kerajaan hanya wujud apabila adanya raja. Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah
tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan
diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing, iaitu di istana, di darat, di
laut, di sekitar Melaka dan jajahan takluk Melaka. Sistem Pembesar Empat
Lipatan menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di
Melaka.
[ 6 markah ]

10
BINCANGKAN PROSES PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG
BERSATU PADU DI NEGARA KITA
@ BAGAIMANAKAH NEGARA DAN BANGSA YANG BERSATU PADU DAPAT
DIBENTUK DI NEGARA KITA?
@ JELASKAN/HURAIKAN/ TERANGKAN LANGKAH-LANGKAH
PEMBINAAN NEGARA BANGSA YANG BERSATU PADU DI NEGARA KITA.

a) MALAYAN UNION

Langkah pertama proses pembinaan negara dan bangsa ialah melalui


pembentukan Malayan Union. Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946
merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah
dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini British menjalankan
dasar menerima Negeri Melayu, Raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik
Tanah Melayu . Selain itu, British juga menerima bahawa adat istiadat Melayu ,
agama Islam dan Bahasa Melayu ialah budaya Tanah Melayu.
[4 markah]

SEBAB-SEBAB / FAKTOR-FAKTOR PENGENALAN MALAYAN UNION

Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa


faktor atau sebab. Antaranya termasuklah sebagai persediaan kepada Tanah
Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. Selain itu, British juga
menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Sebelum Perang
Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza
iaitu Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Kepelbagaian sistem ini telah
menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap
negeri tidak seimbang .
[7 markah]
Selain
itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya
golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat
setia kepada Malayan Union . Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga
dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.
Disamping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap
sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik orang Melayu
.
[3 markah]

11
CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION 1946

Perjanjian Malayan Union 1946 telah menggabungkan semua negeri di


Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran. Syarat-syarat utama Perjanjian
Malayan Union ialah pertama semua negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu
Tidak Bersekutu serta dua Negeri selat disatukan. Kedua, seorang gabenor
British yang dilantik oleh Ratu England akan mengetuai Malayan Union. Ketiga,
Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. Keempat,
Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
Kelima, kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas
kerakyatan Malayan Union. Keenam, Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis
Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat
istiadat Melayu . Terakhir ialah seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap
negeri sebagai ketua pentadbir .
[8 markah]

Dari segi pentadbiran, Malayan Union berusaha mewujudkan sebuah


kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintah pusat yang kuat.
Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura seperti sebelum ini,
sebaliknya terus kepada Parlimen British di London . Konsep pentadbiran baru ini
telah menolak tradisi dan sistem politik Melayu.
[3 markah]

Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s


House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. Gabenor pertamanya ialah Sir
Edward Gent. Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera
British atau British Military Administration (BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu
sejak bulan September tahun 1945.
[3 markah]

Kesimpulannya, pembentukan Malayan Union adalah untuk mengubah


sistem pentadbiran lama yang berpecah-pecah kepada sistem pentadbiran yang
berpusat di bawah penjajahan British. Hal ini memudahkan British
menyeragamkan dasar pentadbiran, kehakiman, keselamatan, politik dan
ekonomi Tanah Melayu bagi kepentingan imperialismenya. Tindakan British yang
bertentangan dengan dasar perlindungan sebelum ini telah membangkitkan
kemarahan orang Melayu . Justeru, tidak hairanlah orang Melayu bersatu
menentang Malayan Union .
[4 markah]

12
REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

Pelbagai reaksi penduduk Tanah Melayu muncul apabila Malayan Union


diperkenalkan. Kebanyakan daripada mereka menentang Malayan Union
disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah pertama, orang Melayu
membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja
Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan
menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.
Kedua, kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding
dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Dan
ketiga, terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas
dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor .

[5 markah]

Bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai
untuk British membuat pembaharuan politik. Orang Melayu secara prinsipnya
menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Unio. Raja-
Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa .
Mereka juga kehilangan takhta dan kreadibiliti sebagai ketua orang Melayu.
Walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah
dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union. Keadaan ini bertentangan
dengan kedudukan sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam.
Justeru, orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar .
[ 7 markah]

Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang juga ditolak


oleh orang melayu. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo
orang melayu sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan
kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan pendidikan mereka akan
bertambah mundur.
[ 4 markah ]

Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang


telah terbina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka. Bagi
mereka, pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina
oleh kerajaan tersebut. Lantaran itu,kebanyakan orang Melayu menentang
Malayan Union dengan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran.
[ 3 markah]

13
Bagaimanapun, terdapat juga sebahagian kecil yang menyokong
Malayan Union antaranya termasuklah orang dagang dan gologan Melayu radikal.
Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi
sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran. Mereka juga menyokong dasar
sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan
kepada orang Melayu. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong
kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing. Mereka juga
mempercayai janji British yang akan memebrikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Bagaimanapun, British perlu menjajah Tanah Melayu sebelum proses
berkerajaan sendiri dilaksanakan dan kemerdekaan diberikan. Janji ini merupakan
harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union.
[ 7 markah ]

Malayan Union disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)


kerana pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan sistem feudal orang
Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu. Justeru, konsep
republik seperti Indonesia dapat dijalankan seterusnya konsep Melayu Raya
dapat dilaksanakan. Ekoran itu juga konsep Malayan Union mendapat sokongan
daripada Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Angkatan
Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS).
[ 4 markah]

Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh


PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudah. Terdapat juga pegawai
tadbir Melayu yang menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan
kuasa besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.

[ 3 markah ]

TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION

Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union dibuat dalam pelbagai


tindakan, iaitu pertama melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu,
Majlis dan Warta Negara telah menyuarakan bantahan secara berterusan.
[2 markah]

Kedua, orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai


semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Ini
berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
[2 markah ]
14
Ketiga, melalui Persatuan-Persatuan Melayu dihidupkan semula untuk
menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke
Pejabat Tanah Jajahan di London.
[2 markah ]

Keempat, pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn Ja’afar menyeru orang Melayu
berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai
banteng menentang Malayan Union.
[2 markah ]

Kelima, Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di
Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh
41 buah persatuan dari seluruh semenanjung Tanah Melayu .
[2 markah ]

Keenam, kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National


Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk
menentang Malayan Union.
[1 markah ]
Ketujuh, Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 Mac hingga 31 Mac 1946
untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
[2 markah ]

Kelapan, orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar


untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D.
Gammans dan David Rees Williams. Akhir sekali, Raja-Raja Melayu berkumpul di
Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada
ahli-ahli parlimen tersebut .
[ 3 markah ]

Langkah tegas orang Melayu ini telah mendorong British memulakan


rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO. Hasil daripada rundingan ini,
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk .
[ 2 markah ]
Kesimpulannya, Malayan Union telah menyatukan orang Melayu untuk
mempertahankan status quo mereka. Kongres Melayu 1946 telah melahirkan
UMNO yang menjadi banteng perjuangan menentang Malayan Union.British telah
bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO
bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik. Perpaduan
kebangsaan yang diperlihatkan itu patut dicontohi oleh kita .
15
b) PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Usaha kedua ke arah pembinaan negara bangsa yang bersatu padu di negara
kita ialah Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk
pada 1 Februari 1948 melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang
menggantikan Perjanjian Malayan Union. Perjanjian ini ialah hasil desakan orang
Melayu yang menuntut British supaya mempertimbangkan pendapat dan
kehendak mereka dalam sebarang perubahan politik di Tanah Melayu. Perjanjian
ini juga menunjukkan kejayaan orang tempatan menentang penjajahan British
terhadap Tanah Melayu.
[ 4 markah ]

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Beberapa faktor telah menyumbang kepada pembentukan Persekutuan


Tanah Melayu pada tahun 1948. Antaranya termasuklah ketegasan orang
Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato Onn Ja’afar.
Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan
rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.
Keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan
semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak Malayan Union .
[ 3 markah ]
Sokongan bekas pegawai British yang telah berkhidmat di Tanah Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua juga mendorong British membentuk Persekutuan
Tanah melayu. Antara mereka termasuklah Sir Frank Swettenham, Sir R.O.
Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi. Mereka menolak dasar
menakluk Tanah Melayu .
[ 3 markah ]

Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm


MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D. Gammans telah membantu orang
tempatan menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.
[ 3 markah ]

Sikap politik orang Melayu yang sederhana telah mendorong British


menerima kehendak mereka. Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar,
berdemonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong
penentangan terhadap British. Mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti
Komunis Malaya (PKM).
[ 3 markah ]

16
British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua-duanya hanya
menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union. Mereka tidak mahu menuntut
kemerdekaan daripada British. Faktor inilah yang menyebabkan British menerima
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. British juga bimbang orang Melayu
akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang dikuasai oleh golongan
radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS. Tambahan pula, Piagam Atlantik
1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak
menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya meminta negara-negara kolonial
memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.
[ 6 markah ]

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang


dianggotai oleh 12 orang ahli. Mereka terdiri daripada pegawai kanan British,
pemimpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu .Mereka mengadakan mesyuarat di
King’s House, Kuala Lumpur. Pada dasarnya, ada lima tuntutan orang Melayu
iaitu pertama Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur
Malayan Union. Kedua, mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti
konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ketiga, mereka menolak kerakyatan
terbuka Malayan Union . Keempat, mereka meminta dasar perlindungan terhadap
Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan. Kelima, mereka menuntut
supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula.

[ 8 markah ]
Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal
Melayu pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Mereka berpendapat Jawatankuasa
Eksekutif itu tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleh seorang pun
perwakilan orang dagang. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan
kemerdekaan penuh. Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malayan
Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
telah ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO .
[ 5 markah ]

Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik,


demonstrasi dan mogok. Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan,
iaitu Perlembagaan Rakyat. Untuk berlaku adil, British telah bersetuju
menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan mereka
dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[ 3 markah ]

17
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditandatangani pada 21


Januari 1948 antara Raja-Raja Melayu dengan British di King’s House, Kuala
Lumpur. Dengan perjanjian ini, pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu
ditubuhkan dengan rasminya .Perjanjian ini mempunyai ciri-ciri penting yang
menjadi asas pentadbiran negara selepasnya.
[ 2 markah ]

Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah sebuah


persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri. Selain itu,
Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan konsep
Raja Berperlembagaan diwujudkan. Seterusnya, Senarai Persekutuan dan
Senarai Negeri dibentuk. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa
orang Melayu.
[ 5 markah ]

Dalam sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu , ternyata British


masih menguasai Tanah Melayu kerana kemerdekaan belum diberikan. Namun
begitu, perkongsian kuasa telah dilakukan antara Majlis Raja-Raja Melayu
dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat. Pada peringkat negeri,
sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua
pentadbir negeri. Perjanjian ini telah mengasaskan sistem pembahagian kuasa
antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan seterusnya membentuk
Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri .
[ 5 markah ]

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini juga menjelaskan perkara-


perkara berikut iaitu syarat kerakyatan diperketat. Prinsip kerakyatan jus soli
adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu dan Rakyat British
bagi Negeri-Negeri Selat ( Melaka dan Pulau Pinang). Seterusnya British
mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu. Dasar ini memang telah diakui oleh British sejak Perjanjian
Pangkor 1874. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan
kedudukannya yang jelas dalam pentadbiran. Setiap negeri Melayu mengadakan
perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British. Perlembagaan itu dikenali
sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga hari ini.

[ 7 markah ]

18
Pengenalan semula Rakyat Raja Melayu membuktikan penerusan dasar
perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu, status quo
Negeri-Negeri Melayu yang dilindungi, agama Islam dan adat istiadat melayu
sebagai teras ketuanan bangsa Melayu. Prinsip-prinsip ini yang dicadangkan oleh
UMNO dan Raja-Raja Melayu telah dimasukkan ke dalam perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 sebagai undang-undang bertulis. Perkara ini menjadi asas
kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu
yang diteruskan selepas tahun 1948.
[ 3 markah ]

c) SISTEM AHLI

Selain itu usaha ketiga ke arah pembinaan negara bangsa yang bersatu padu
di negara kita juga dilaksanakan melalui pembentukan Sistem Ahli.

Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum
lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu. Idea penubuhannya telah
dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dalam perbincangannya dengan Sir Henry
Gurney di Kuala Lumpur. Sir Henry Gurney mencadangkan agar model negara
Kenya dan Rhodesia Utara dilaksanakan di Tanah Melayu. Cadangan ini selaras
dengan hasrat british untuk menjalankan dasar dekolonisasi. Pihak British
berpendapat bahawa Sistem Ahli ini akan mengurangkan tekanan daripada
pihak Parti Komunis Malaya.
[ 6 markah ]

Sistem Ahli telah dibincang dan dipersetujui dalam Majlis Raja-raja Melayu
pada bulan Februari 1950. Pada bulan Julai 1950, satu rundingan antara pihak
British dengan wakil penduduk Tanah Melayu telah diadakan di Kings’s House,
Kuala Lumpur. Sir Henry Gurney telah menjemput Dato’ Onn Jaafar (Yang
Dipertua UMNO), Dato’ Hamzah Abdullah (Menteri Besar Selangor), Raja Uda
dan Dato’ Nik Ahmed Kamil yang mewakili UMNO dan juga orang Melayu, Dato’
E.E.C Thuraisingam mewakili kaum India serta Encik Yong Shook Lin dan Dr. Lee
Tiang Keng yang mewakili masyarakat Cina. Mereka telah bersetuju dengan
pendekatan Sistem Ahli.
[ 4 markah ]

19
CIRI-CIRI SISTEM AHLI

Ciri-ciri Sistem Ahli ialah mempunyai satu sistem kabinet bayangan yang
terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk
memegang jawatan yang dibentuk. Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli.
Contohnya Ahli Hal Ehwal dalam negeri. Perlantikan Ahli dibuat oleh
Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk
Tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris. Daripada lima orang
penduduk Tanah Melayu, tiga daripadanya merupakan orang Melayu, orang Cina
dan orang India. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
British.
[ 6 markah ]

PROSES PELAKSANAAN DAN KEPENTINGAN SISTEM AHLI

Dalam sistem ini, ahli-ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu
portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. Mereka
menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang
sedia ada. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang
yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Dalam
menyediakan cadangan undang-undang itu, Ahli akan berbincang dengan
pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama.
Persuruhjaya Tinggi juga memberikan arahan dan persetujuan dalam perkara
tersebut. Selalunya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian
pentadbiran British.
[ 5 markah ]

Keanggotaan Sistem Ahli pada peringkat awal ialah Dato’ Onn Jaafar, Ahli
Dalam Negeri, O.A. Spencer, Ahli Ekonomi, Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul
Hamid, Ahli Pertanian dan Perhutanan, Dr. Lee Tiang Keng, Ahli Kesihatan, Dato’
E.E.C. Thuraisingham, Ahli Pelajaran, J.D. Hodgkinson, Ahli Perindustrian dan
Hubungan Sosial, J.D.Mead, Ahli Perumahan dan Kerja Raya dan Dato’ Mahmud
Mat, Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan.
[ 3 markah ]

Antara kepentingan Sistem Ahli merupakan tapak asas yang penting untuk
melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli juga
memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Ini adalah
kerana ahli-ahlinya merupakan gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum
yang terdapat di negara ini. Perkara ini merupakan asas penting untuk
20
menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh
penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Sistem Ahli juga telah memberi
pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan
menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.
[ 5 markah ]

d) PAKATAN MURNI

Seterusnya, usaha keempat pembinaan negara dan bangsa yang bersatu padu
di negara kita ialah melalui pelaksanaan Pakatan Murni. Pakatan Murni
merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu
kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai
tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan
penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.
[ 4 markah ]

PAKATAN MURNI PRAPERIKATAN

Sebelum Perikatan ditubuhkan, terdapat beberapa usaha mengadakan


pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Langkah
pertama ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau
Communities Liason Comittee (CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang.
Pada peringkat permulaannya, CLC hanya dianggotai oleh dua kaum terbesar di
Tanah Melayu, iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu yang bernaung di bawah
UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar, orang Cina pula dinaungi Persatuan Cina
Malaya atau Malayan Chinese Association (MCA) diterajui oleh Tan Cheng Lock.
Namun, pada bulan Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh enam orang pemimpin
Melayu, enam orang pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri
Lanka, Serani dan Eropah.
[ 5 markah ]

Penubuhan CLC adalah titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan


Tanah Melayu. Perkara ini merupakan perubahan terhadap dasar UMNO kerana
kesanggupannya berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan
Negara. Hal ini juga merupakan satu pendekatan baru dalam arena politik
Persekutuan Tanah Melayu. Menurut Dato’ Onn Ja’afar, perpaduan antara kaum
patut menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai.
[ 4 markah ]

Hasil daripada perundingan UMNO-CLC, beberapa perkara telah


dipersetujui. Antaranya ialah penubuhan Lembaga Pembangunan Industri
21
Desa atau Rural Industrial Developement Authority (RIDA) pada bulan oktober
1950. Tujuan penubuhannya adalah untuk memajukan ekonomi dan pendidikan
masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu. Pengerusi pertamanya ialah
Dato’ Onn Ja’afar. Perkara kedua yang dipersetujui ialah Kerakyatan Negeri
1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Bagaimanapun, syaratnya ibu dan bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
Manakala perkara terakhir yang dipersetujui ialah mengadakan pilihanraya pada
masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP).
[ 6 markah ]

Langkah kedua Pakatan Murni ialah pembukaan keahlian UMNO kepada


bukan Melayu seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Onn Ja’afar pada tahun 1951.
Bagaimanapun, beliau telah dikecam hebat kerana masyarakat Melayu enggan
berkompromi untuk mengubah struktur UMNO. Beliau kemudiannya telah
meninggalkan UMNO.
[ 3 markah ]

Langkah ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau


Independence Malaya Party (IMP). Dasar IMP mengikut Dato’ Onn Ja’afar akan
menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti. IMP terbuka kepada
semua kaum yang mahu bekerja untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu. Dato’ Onn Ja’afar menyedari perubahan politik yang berlaku di
Tanah Melayu ketika itu. Kerakyatan Negeri 1951 tidak lagi menjadikan orang
Melayu sebagai rakyat tunggal Tanah Melayu. Sebaliknya, orang bukan Melayu
juga menjadi rakyat Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, IMP gagal mendapat
sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain di Tanah Melayu. Ini adalah
kerana mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa
Tanah Melayu. Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka.
[ 9 markah ]

Langkah Pakatan Murni seterusnya ialah penubuhan Persidangan


Kebangsaan pada bulan Februari 1953 oleh Sir Malcom MacDonald (Gabenor
Jeneral Asia Tenggara), di King’s House, Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk
mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan
penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Persidangan Kebangsaan
diisytiharkan pada bulan April 1953, di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dato’
Panglima Bukit Gantang menjadi pengerusinya dan beliau disokong oleh
beberapa orang Menteri Besar.
[ 4 markah ]

22
Pada masa yang sama juga, Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin
UMNO telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama-sama MCA.
Konvensyen ini disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain. Kerjasama
ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.
[ 3 markah ]

PERIKATAN SERTA PILIHANRAYA BANDARAN, NEGERI DAN MAJLIS


PERUNDANGAN PERSEKUTUAN 1955

Kerjasama UMNO-MCA telah dibentuk apabila British ingin mengadakan


pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952.
Kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor telah dijalankan
oleh Dato’ Abdul Razak Yahya dan Ong Yoke Lin. Dalam pilihan raya tersebut
gabungan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada dua belas kerusi
yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar
utama, gabungan UMNO-MCA telah memenangi 26 daripada 27 kerusi yang
dipertandingkan. Dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954, Parti Perikatan telah
memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini
menunjukkan permuafakatan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima penduduk
Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasama UMNO-MCA ini telah mengasaskan
penubuhan Parti Perikatan yang kemudiannya disertai oleh MIC pada tahun 1955.
[ 8 markah ]

Pada tahun 1954, British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan


Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Jawatankuasa ini
dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan
pegawai-pegawai tinggi British. Jawatankuasa tersebut mencadangkan 52 kerusi
dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi
British.
[ 3 markah ]

Parti Perikatan telah menyertai pilihan raya Majlis Perundangan


Persekutuan (MPP) yang diadakan pada 27 Julai 1955. Manifesto Parti
Perikatan dalam pilihan raya ini adalah untuk mencapai kemerdekaan dalam
masa empat tahun, mewajibkan pendidikan, menjadikan perkhidmatan awam
bercorak tempatan, menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-raja
Melayu sebagai Raja Berperlembagaan. Dalam pilihan raya itu Parti Perikatan
telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
[ 6 markah ]
23
Kemenangan Parti Perikatan yang amat cemerlang ini telah membolehkan
Tunku Abdul Rahman selaku ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri dan
membentuk kabinet. Pembahagian anggota kabinetnya terdiri daripada pelbagai
kaum dan kabinet ini berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai. Selepas
merdeka, terdapat sedikit perubahan dari segi keanggotaan ahli kabinet.

[ 3 markah ]

PERIKATAN DAN PAKATAN MURNI KE ARAH KEMERDEKAAN

Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan


kemerdekaan ke London pada bulan Februari 1956. Beliau disertai oleh Dr.
Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S.Lee. Empat
orang wakil Sultan pula terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang (Ketua),
Dato’ Nik Ahmed Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd. Seth.
Perundingan tersebut telah dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu
Setiausaha Tanah Jajahan British. Rundingan tersebut telah berlangsung dari 18
Januari hingga 8 Februari 1956.
[ 5 markah ]

Dalam perundingan itu, sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji


perlembagaan telah dibentuk. Pihak British telah bersetuju untuk memberikan
kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tunku
Abdul Rahman telah membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan itu di Bandar
Hilir, Melaka.
[ 3 markah ]

Kesimpulannya, pakatan murni telah mendapat sokongan pelbagai kaum pada


peringkat akar umbi. Mereka telah bekerjasama membentuk permuafakatan
politik Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasama ini amat penting dalam usaha
untuk menangani tuntutan kemerdekaan.
[ 2 markah ]

24
e) SURUHANJAYA REID

Peranan Suruhanjaya Reid ialah membincangkan dan menyusun


perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Selain itu, peranan
Suruhanjaya Reid iaitu merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang akan merdeka. Beberapa isu menjadi panduan suruhanjaya ini,
antaranya termasuklah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
dan pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
Suruhanjaya juga mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak
istimewa orang Melayu. Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu juga
diberikan perhatian.
[4 markah]

Suruhanjaya ini telah menerima memorandum sebanyak 131 memorandum


daripada pelbagai pihak antaranya Raja-Raja Melayu, orang perseorangan dan
pertubuhan politik. Selain itu, cadangan juga telah diterbitkan pada bulan Februari
1957 dan Parlimen British telah menerima cadangan tersebut pada bulan Mei
1957. Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah mengesahkan
cadangan tersebut pada 17 Ogos 1957 dan hasilnya, lahirlah Perlembagaan
Kemerdekaan 1957.
[4 markah]

Isu-isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid

Isu-isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid ialah termasuklah pembentukan


sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa autonomi kepada
negeri dalam bidang tertentu. Suruhanjaya juga mengambil kira isu kedudukan
Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Pewujudan satu bangsa
Persekutuan Tanah Melayu juga diberikan perhatian. Selain itu, isu lain ialah
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa kebangsaan.
[4 markah]

f) PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Usaha kelima ialah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting sebagai simbol persetujuan British
untuk memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

25
Kemerdekaan ini ialah kemuncak perjuangan nasionalisme yang telah berlaku
sejak pertengahan abad ke-19 .
[ 2 markah ]

ISI-ISI PENTING PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-


Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Perjanjian ini telah melahirkan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang berasaskan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[ 1 markah ]

Antara isi pentingnya termasuklah pembentukan sebuah kerajaan


persekutuan. Selain itu, pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa
negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Institusi Raja dijadikan
Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara. Terdapat tiga jenis
kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan
dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima. Seterusnya, kedudukan istimewa
orang Melayu dikekalkan dan agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan dan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara.
Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan
Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen. Pada peringkat negeri, Menteri
Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan
Negeri dan EXCO.
[ 8 markah ]

Prinsip-prinsip Perlembagaan Kemerdekaan 1957 ini adalah satu


penerusan kepada pembinaan negara dan bangsa yang kukuh, sistematik dan
berperundangan. Unsur Kesultanan Melayu digabungkan dengan sistem birokrasi
Barat untuk membentuk identiti Negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka.
[ 2 markah ]

KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Akhirnya persetujuan yang telah dicapai menerusi pakatan murni ini,


membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja
Berperlembagaan dibentuk. Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong
pakatan ini kerana mereka menyedari bahawa pakatan ini akan mewujudkan
26
perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Sebelum ini,
masyarakat di Tanah Melayu menghadapi masalah perpaduan kaum akibat
perbezaan kebudayaan dan fahaman politik. Menerusi pakatan murni,
keharmonian kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah.
[ 4 markah ]

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah memberikan hak mutlak


kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara yang
berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri. Dengan pengalaman sejarah
yang sama, setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang
merdeka. Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan. Kini
rakyat menikmati apa yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[ 4 markah ]

g) CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Usaha ke arah pembinaan negara bangsa yang berdaulat ialah cadangan


ke arah Pembentukan Malaysia.

Lord Brassey mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan


Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan negeri-negeri Melayu dan Negeri-
negeri Selat. Sir Malcolm MacDonald mencadangkan Sarawak, Sabah,
Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan. Dato’ Onn
Jaafar pula, mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
dinamai Malaysia dengan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Pemimpin Singapura, Lim Yew
Hock dan David Marshall juga mencadangkan penggabungan Singapura
dengan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Lee Kuan Yew menggabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Namun tidak dipersetujui
sama sekali oleh Tunku Abdul Rahman kerana masalah ketidakseimbangan
kaum.
[ 5 markah ]

Tunku Abdul Rahman hanya menyetujui gagasan Malaysia pada 27 Mei


1961 dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari
anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.
[ 2 markah ]

27
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

Antara faktor pembentukan Malaysia ialah masalah keselamatan, usaha


mendapatkan kemerdekaan dan juga proses dekolonisasi. Selain itu, sebabnya
adalah untuk mengadakan kerjasama ekonomi serta mengimbangkan penduduk
Melayu dan bukan Melayu.
[ 2 markah ]

Faktor politik yang membawa kepada pembentukan Malaysia ialah Lee


Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana bimbang dengan
pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura
pada bulan April 1961. Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan
Parti pimpinan Lee Kuan Yew, iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action
Party (PAP) pada masa depan. Perkembangan ini membimbangkan kerana
menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada
Singapura. Barisan Sosialis dianggap oleh Lee kuan Yew sebagai gerakan
berhaluan kiri.
[ 6 markah ]

Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan


Malaysia. Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British
menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula,
Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam
membanteras pangaruh Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu sepanjang tempoh
darurat daripada 1948 hingga tahun 1960. Selain itu, ancaman komunis juga
wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization
(CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
Masalah ini merupakan faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman
mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura, Sabah dan
Sarawak diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi
ancaman komunis.
[6 markah ]

Selain itu, penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan


Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini, Sarawak, Sabah
dan Brunei masih belum mampu bekerajaan sendiri. Penyertaan mereka akan
menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia
akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Di samping itu, mereka dapat
menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
[ 3 markah ]

28
Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-
negeri kecil yang belum membangun. Pada masa ini hamper kesemua negara di
Asia Tenggar berjaya mendapatkan kemerdekaan. Dalam Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960, telah timbul isu agar
tanah-tanah jajahan dimerdekakan. Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan
dapat memberikan kestabilan kepada rantau Asia Tenggara. British berharap
pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di
Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah-langkah
ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya
di Singapura.
[ 6 markah ]

Dari segi ekonomi pula, penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu


pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan
industri pertanian. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat
memanfaatkan keistimewaan dan sumber yang ada di negeri-negeri ini. Tanah
Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah, bijih timah, Sarawak dan
Sabah pula mempunyai sumber balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.

[ 5 markah ]

Aspek sosial menjadi salah satu faktor utama pembentukan Malaysia iaitu
untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan
negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam
Malaysia.
[ 2 markah ]

Pada keseluruhannya pembentukan Malaysia bertujuan untuk


menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota di samping untuk
memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah.
Ini selari dengan dasar dekolonisasi British. Pembentukan Malaysia juga
memperlihatkan kesepakan dan semangat setiakawan antara Persekutuan
Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri
masing-masing demi kepentingan bersama.
[ 4 markah ]

29
REAKSI KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

i. REAKSI DALAM NEGERI

Reaksi Persekutuan Tanah Melayu

Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu (PTM) menyokong idea


pembentukan Malaysia tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang
pelaksanaannya. Contohnya, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan
Sosialis meminta supaya idea pembentukan persekutuan Malaysia dirundingkan
terlebih dahulu dengan penduduk. UMNO pula menyetujui penggabungan
dengan Sabah dan Sarawak dan Brunei tanpa Singapura.
[ 3 markah ]

Reaksi Singapura

Sejak tahun 1950-an, Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan


Tanah Melayu kerana Lee Kuan Yew dan partinya PAP bimbang dengan
pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat. Selain itu, Lee Kuan Yew ingin
mempertahankan kedudukannya. Menjelang bulan Disember 1961, Majlis
Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan dengan
Persekutuan Tanah Melayu.
[4 markah ]

Parti pembangkang Singapura iaitu Barisan Sosialis menentang idea


penggabungan dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan
satu penjajahan bentuk baru. Oleh itu, mereka menuntut supaya pandangan
rakyat diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai penggabungan.
Pandangan Bariisan Sosialis disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall
dan Parti Rakyat Bersatu (United People’s Party) pimpinan Ong Eng Guan.

[ 4 markah ]

Dengan ini, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat


penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962. Dalam referendum
tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan
mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti dipersetujui dengan kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu pada November 1961.
[ 2 markah ]

30
Reaksi Sarawak

Di Sarawak terdapat dua buah parti politik sebelum pengumuman


pembentukan Malaysia iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak
United People’s Party (SUPP) pimpinan Ong Kee Hui yang dianggotai oleh
orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu.
[ 2 markah ]

Yang kedua Parti Negara Sarawak (PANAS) di bawah pimpinan Dato’


Bandar Abang Haji Mustapha. Ramai anggotanya terdiri daripada bangsa
Melayu. PANAS merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong
pembentukan Malaysia.
[ 3 markah ]

Seterusnya, pada April 1961, Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak


National Party (SNAP) ditubuhkan di bawah pimpinan Stephen Kalong Ningkan
yang ahlinyya terdiri daripada orang Iban.
[ 2 markah ]

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada 1961 di bawah


pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud. Parti ini merupakan
parti berbilang kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan
Melanau serta sebilangan kecilnya orang Iban dan Bidayuh.
[ 2 markah ]

Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah Parti Pesaka Anak Sarawak
(PESAKA) pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada
Ogos 1962. Parti Sarawak Chinese Assosiation (SCA) pula ditubuhkan pada
bulan Julai 1962. Kedua-dua parti ini terdiri daripada orang Cina.
[ 2 markah ]

Kesemua parti politik di Sarawak akhirnya telah menyokong Sarawak


menyertai Malaysia. Seterusya pada Oktober 1962, PANAS,SNAP, BERJASA,
SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. Parti
Perikatan Sarawak telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai
Malaysia. Selain itu berusaha menyekat pengaruh SUPP.
[ 4 markah ]

31
Reaksi Sabah

Antara parti politik yang lahir di Sabah selepas Tunku Abdul Rahman
mengumumkan gagasan Malaysia ialah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan
Bersatu atau United National Kadazan Organization, di bawah pimpinan
Donald Stephens. Pada Disember 1961, lahir Pertubuhan Kebangsaan Sabah
Bersatu atau United Sabah Organization (USNO) pimpinan Datu Mustapha Datu
Harun yang mewakili orang Islam Sabah.
[ 2 markah ]

Pada bulan Jun 1962, lahir parti kaum Dusun atau Kadazan pimpinan G.S
Sundang, iaitu Parti Pasok Momugugun. Kemudian muncul dua buah lagi parti
yang mendapat sokongan orang Cina iaitu Parti Bersatu, pimpinan Khoo Siak
Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin.
[ 2 markah ]

Seterusnya, pada September 1961, kelima-lima parti politik iaitu UNKO,


USNO, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu
membentuk Parti Perikatan Sabah. Akhirnya kesemua parti menyokong
penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
[ 2 markah ]

Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20


syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 dan turut diterima oleh Sarawak.
Perkara 20 menyenaraikan tuntutan Sabah dan Sarawak yang dimasukkan ke
dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan.
Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut yang kemudiannya
dijadikan asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru. Hal ini
membolehkan tuntutan tersebut melindungi hak dan kepentingan penduduk
Sabah dan Sarawak. Pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah mempunyai
sedikit perbezaan dengan Semenanjung Tanah Melayu. Hak ini dikenali sebagai
hak wilayah asingan. Antara perkara penting yang terdapat dalam hak wilayah
asingan ialah tentang ketua negeri, bahasa kebangsaan, agama Islam,
kedudukan istimewa penduduk asal dan hal ehwal imigresen, peruntukan
kewangan dan pelajaran.
[ 7 markah ]

Terdapat pelbagai reaksi parti politik di Sabah dan Sarawak terhadap isu-
isu pembentukan Malaysia. Antaranya, SUPP berasa bimbang Sarawak dan
Sabah akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu. PESAKA, USNO dan
UNKO mewakili kaum bukan Melayu dan kaum peribumi berasa bimbang mereka
32
akan kehilangan identiti dan dikuasai oleh orang Melayu. Parti-parti tersebut juga
bimbang sumber ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh kerajan
Persekutuan Tanah Melayu (kuasa pusat). Manakala PANAS, BERJASA dan
USNO pula membangkitkan isu kemajuan ekonomi dan sosial.
[ 4 markah ]

Namun demikian, menjelang akhir 1961 ramai pemimpin dan rakyat


Sarawak dan Sabah mula menyokong pembentukan Malaysia. Hal ini
didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu
menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan
penduduk Sabah dan Sarawak. Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang
diperlihatkan oleh para pemimpin dari Tanah Melayu termasuklah Tunku Abdul
Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T Sambathan dan Tun Tan Siew Sin
membantu kepada peubahan sikap masyarakat. Di samping itu, usaha ini turut
mendapat kerjasama daripada pemimpin Sarawak dan Sabah sendiri. Antaranya,
Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald Stephen, Ong Kee Hui
dan Stephen Kalong Ningkan.
[ 5 markah ]

Reaksi Brunei

Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan


Malaysia lalu membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat
Brunei. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M. Azahari
menentang gagasan Malaysia kerana bermatlamat menubuhkan Persekutuan
Borneo iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah,
dan Brunei. PRB menganggap gagasan Malaysia sebagi neololonialisme.
A.M. Azahari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan tentera NAsional
Kalimantan Utara (TNKU). Pemberontakan dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat
Undangan Negeri Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
A.M. Azahari mendapatkan bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan
Filipina.
[ 5 markah ]

33
ii. REAKSI NEGARA LUAR

Reaksi Indonesia

Gagasan Malaysia turut mendapat reaksi dari negara luar iaitu Indonesia
yang telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal,
Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia
dan hanya bermula pada 20 Januari 1963. Indonesia berpendapat pebentukan
Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam
Indonesia. Pandangan ini disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang
kemudiannya mempengaruhi Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.
[ 5 markah ]

Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep


Ganyang Malaysia diumumkan pada 20 Januari 1963. Indonesia telah
melakukan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan
melakukan pencerobohan udara tetapi kerajaan persekutuan tidak mengambil
tindakan. Namun apabila tentera Indonesia melancarkan serangan terhadap
Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah, maka Malaysia telah bertindak balas
dengan meminta bantuan tentera Komanwel dari Britain, Australia, New Zealand
dan Kanada kerana Malaysia mempunyai Perjanjian Pertahanan dengan Britain.
Seterusnya, Tuanku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan
rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan Indonesia
terhadap Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, ancaman
Indonesia menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku kerana
tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
[ 9 markah ]

Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan


rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara
Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul
Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi
menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.

[ 3 markah ]

Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September


1965 apabila berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia. Jeneral Soeharto
telah menggulingkan Presiden Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya
menghantar Menteri Luar Indonesia Adam Malik, bagi memulihara

34
hubungan diplomatik Malaysia Indonesia. Menjelang bulan Ogos 1966,
berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
[ 3 markah ]

Reaksi Filipina

Pembentukan Malaysia turut mendapat reaksi daripada Filipina. Kerajaan


Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuan
rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962. Kerajaan Filipina
dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik
Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada
22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck. Baron Van
Overbeck telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan
syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.
Pada tahun 1881 syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo
(SBUB). Syarikat inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.

[ 6 markah ]

Pada 1946, SBUB telah menyerahkan pemerintahan Sabah kepada


kerajaan British. Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh
wakil Sultan Sulu yang terakhir iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.
Menjelang bulan Jun 1966, Filipina telah mengikhtiraf penubuhan Malaysia.
Pengikhtirafan in telah diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara
kedua-dua negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia).
[ 4 markah ]

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Langkah ke arah pembentukan Malaysia ialah lawatan Tunku Abdul


Rahman ke Sarawak, Sabah dan Brunei. Tujuannya bagi menerangkan konsep,
tujuan dan matlamat Malaysia. Rundingan antara pegawai-pegawai kanan
Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British dari Sarawak, Sabah dan
Singapura.
[ 3 markah ]

Langkah kedua, pembentukan Jawatankuasa Perunding Perpaduan


Kaum (JPPK). JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald
Stephens. Ahli JPPK ialah Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari, Lee
Kuan Yew (Singapura), Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah). JPPK
berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
35
[ 4 markah ]

Langkah ketiga, penubuhan Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini disertai


oleh tiga orang pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell dan Sir
David Watherston. Manakala,pemimpin tempatan ialah Dato’ Wong Pow Nee dan
Tan Sri Ghazali Shafie. Suruhanjaya Cobbold berperanan meninjau pendapat
rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. Selain itu, membuat
penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British. Suruhanjaya ini
juga menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan dan
mengemukakan laporan kepada kerajaan British pada Jun 1962.

[ 7 markah ]

Laporan Suruhanjaya Cobbold ialah satu pertiga penduduk Sarawak dan


Sabah menyokong tanpa syarat, satu pertiga menyokong dengan syarat, iaitu
kepentingan mereka harus dilindungi dan satu pertiga lagi ingin kemerdekaan
sebelum menyertai Malaysia.
[ 3 markah ]

Langkah keempat, penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).


Peranan JAK ialah memperincikan laporan Suruhanjaya Cobbold. JAK dianggotai
wakil Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Britain. JAK
dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi Tanah Jajahan) dan
dibantu oleh Tun Abdul Razak. Anggota JAK mengunjungi Sarawak dan Sabah
untuk menerangkan tentang gagasan Malaysia. JAK telah bermesyuarat
sebanyak 24 kali yang bertujuan untuk mewajarkan kemasukan Sarawak dan
Sabah ke dalam Malaysia. Selain itu, membincangkan hak dan kepentingan
penduduk Sarawak dan Sabah.
[ 5 markah ]

Langkah kelima, lawatan perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-


bangsa Bersatu atau United Nations Malaysia Mission (UNMM). UNMM dibentuk
oleh Setiausaha Agung PBB, U Thant. U Thant menghantar wakil PBB untuk
meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak bagi menyertai Malaysia. UNMM
diketuai oleh Lawrence Michaelmore. Hasil tinjauan UNMM, majoriti penduduk
Sabah dan Sarawak bersetuju dengan gagasan Malaysia.
[ 4 markah ]

36
PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.


Sepanjang bulan Ogos 1963, berlaku beberapa peristiwa penting ke arah
merealisasikan penubuhan Malaysia. Ratu Elizabeth II telah memperkenankan
Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British. Ini disusuli dengan
kelulusan Perjanjian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Majlis Undangan
Sarawak dan Majlis Undangan Sabah. Seterusnya, pada 26 Ogos 1963 Yang di-
Pertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia. Pada 16 September 1963,
negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan
Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
[ 6 markah ]

INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963


Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya
diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Antaranya, semua
urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah
tetapi agama lain bebas diamalkan. Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahas Inggeris sehingga 10
tahun hari Malaysia. Selain itu, Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal
hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam. Pada masa yang sama
Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi
perwakilan parlimen. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf
yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
[ 7 markah ]

37
BAGAIMANAKAH GAGASAN MALAYAN UNION 1946 MENGUKUHKAN
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA?

Gagasan Malayan Union dapat mengukuhkan pembinaan negara dan


bangsa kerana pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha
British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini British menjalankan dasar
menerima negeri Melayu, Raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah
Melayu. Selain itu, British juga menerima bahawa adat istiadat Melayu, agama
Islam dan Bahasa Melayu ialah budaya Tanah Melayu.
[4 markah]

Pembentukan Malayan Union adalah untuk mengubah sistem pentadbiran


lama yang berpecah-pecah kepada sistem pentadbiran yang berpusat di bawah
penjajahan British. Hal ini memudahkan British menyeragamkan dasar
pentadbiran, kehakiman, keselamatan, politik dan ekonomi Tanah Melayu bagi
kepentingan imperialismenya. Tindakan British yang bertentangan dengan dasar
perlindungan sebelum ini telah membangkitkan kemarahan orang Melayu.
Justeru, tidak hairanlah orang Melayu bersatu menentang Malayan Union.
[4 markah]

Pelbagai reaksi penduduk Tanah Melayu muncul apabila Malayan Union


diperkenalkan. Kebanyakan daripada mereka menentang Malayan Union
disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya ialah orang Melayu membantah tindakan Sir Harold


MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan
daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi
kepada Sultan Badlishah, Kedah. Kedua, kebanyakan sultan tidak diberikan masa
yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku
kepada Sultan Perak. Ketiga, terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian
Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan
Sultan Johor.
[5 markah]

Bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai
untuk British membuat pembaharuan politik. Orang Melayu secara prinsipnya
menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. Raja-
Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
Mereka juga kehilangan takhta dan kreadibiliti sebagai ketua orang Melayu.
Walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah
38
dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union. Keadaan ini bertentangan
dengan kedudukan sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam.
Justeru, orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar .
[7 markah]
Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang juga ditolak
oleh orang Melayu. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo
orang melayu sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan
kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan pendidikan mereka akan
bertambah mundur.
[4 markah]

Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang


telah terbina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka. Bagi
mereka, pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina
oleh kerajaan tersebut. Lantaran itu, kebanyakan orang Melayu menentang
Malayan Union dengan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran .
[3 markah]

Sebahagian kecil orang Melayu menyokong Malayan Union antaranya


termasuklah orang dagang dan golongan Melayu radikal. Mereka bersetuju
dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk
melicinkan pentadbiran. Mereka juga menyokong dasar sama rata Malayan Union
yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh
mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.Mereka juga mempercayai janji
British yang akan memebrikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Bagaimanapun, British perlu menjajah Tanah Melayu sebelum proses berkerajaan
sendiri dilaksanakan dan kemerdekaan diberikan. Janji ini merupakan harapan
semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union.

[7 markah]

Persatuan-Persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang


Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat
Tanah Jajahan di London. Keempat, pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn Ja’afar
menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization
(U.M.O) sebagai banteng menentang Malayan Union. Kelima, Kongres Melayu
1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari
seluruh semenanjung Tanah Melayu.
[7 markah]
39
Kongres Melayu bersetuju menubuhkan United Malays National
Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk
menentang Malayan Union. Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 Mac hingga
31 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
Kelapan, orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk
menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D.
Gammans dan David Rees Williams. Akhir sekali Raja-Raja Melayu berkumpul di
Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada
ahli-ahli parlimen tersebut. Langkah tegas orang Melayu ini telah mendorong
British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO. Hasil
daripada rundingan ini, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.
[7 markah]

Malayan Union telah menyatukan orang Melayu untuk mempertahankan


status quo mereka. Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO yang menjadi
benteng perjuangan menentang Malayan Union. British telah bersetuju untuk
mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO bagi membentuk
sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik. Perpaduan kebangsaan yang
diperlihatkan itu patut dicontohi oleh kita.
[4 markah]

40
BAGAIMANAKAH SISTEM AHLI MENGUKUHKAN PEMBINAAN NEGARA
DAN BANGSA?

Sistem Ahli mengukuhkan pembinaan negara dan bangsa kerana sistem ini
merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui
pentadbiran Tanah Melayu. Idea penubuhannya telah dicetuskan oleh Dato’ Onn
Jaafar dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur. Sir
Henry Gurney mencadangkan agar model Negara Kenya dan Rhodesia Utara
dilaksanakan di Tanah Melayu. Cadangan ini selaras dengan hasrat british untuk
menjalankan dasar dekolonisasi. Pihak British berpendapat bahawa Sistem Ahli
ini akan mengurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya.
[6 markah]

Sistem Ahli telah dibincang dan dipersetujui dalam Majlis Raja-raja


Melayu pada bulan Februari 1950. Pada bulan Julai 1950, satu rundingan antara
pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu telah diadakan di Kings’s
House, Kuala Lumpur. Sir Henry Gurney telah menjemput Dato’ Onn Jaafar
(Yang Dipertua IMNO), Dato’ Hamzah Abdullah (Menteri besar Selangor), Raja
Uda dan Dato’ Nik Ahmed Kamil yang mewakili UMNO dan juga orang Melayu,
Dato’ EEC Thuraisingam mewakili kaum India serta Encik Yong Shook Lin dan Dr
Lee Tiang Keng yang mewakili masyarakat Cina. Mereka telah bersetuju dengan
pendekatan Sistem Ahli.
[4 markah]

Ciri-ciri Sistem Ahli ialah mempunyai satu sistem kabinet bayangan yang
terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk
memegang jawatan yang dibentuk. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.
Contohnya Ahli Hal Ehwal dalam Negeri. Perlantikan Ahli dibuat oleh
Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Ahlinya
terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu
dan empat orang pegawai Inggeris. Daripada lima orang penduduk Tanah
Melayu, tiga daripadanya merupakan orang Melayu, orang Cina dan orang India.
Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
[8 markah]

Ahli-ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu portfolio yang


mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. Mereka menguruskan
pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada.
Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan
dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Dalam menyediakan
cadangan undang-undang itu, Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai
41
kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama. Persuruhjaya Tinggi juga
memberikan arahan dan persetujuan dalam perkara tersebut. Selalunya
cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British.
[6 markah]

Keanggotaan Sistem Ahli pada peringkat awal ialah Dato’ Onn Jaafar, Ahli
dalam Negeri, O.A. Spencer, Ahli Ekonomi, Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul
Hamid, Ahli Pertanian dan Perhutanan, Dr. Lee Tiang Keng, Ahli Kesihatan, Dato’
E.E.C. Thuraisingham, Ahli Pelajaran, J.D. Hodgkinson, Ahli Perindustrian dan
Hubungan Sosial, J.D.Mead, Ahli Perumahan dan Kerja Raya dan Dato’ Mahmud
Mat, Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan.
[3 markah]

Sistem Ahli juga merupakan tapak asas yang penting untuk melatih
orang tempatan kearah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli juga memulakan proses
perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Ini adalah kerana ahli-ahlinya
merupakan gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum yang terdapat di negara
ini. Perkara ini merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang
bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
Sistem Ahli juga telah memberi pendedahan yang baik kepada penduduk
tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh
British.
[5 markah]

42
BAGAIMANAKAH PAKATAN MURNI MENGUKUHKAN PEMBINAAN NEGARA
DAN BANGSA?

Pakatan Murni mengukuhkan pembinaan negara dan bangsa kerana


Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan
satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum
mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan
jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.
[3 markah]

Sebelum Perikatan ditubuhkan, terdapat beberapa usaha mengadakan


pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Langkah
pertama ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau
Communities Liason Comittee (CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang.
Pada peringkat permulaannya, CLC hanya dianggotai oleh dua kaum terbesar di
Tanah Melayu, iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu yang bernaung di bawah
UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar, orang Cina pula dinaungi Persatuan Cina
Malaya atau Malayan Chinese Association (MCA) diterajui oleh Tan Cheng Lock.
Namun, pada bulan Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh enam orang pemimpin
melayu, enam orang pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri
Lanka, Serani dan Eropah.
[6 markah]

Penubuhan CLC adalah titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan


Tanah Melayu. Perkara ini merupakan perubahan terhadap dasar UMNO kerana
kesanggupannya berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan
Negara. Hal ini juga merupakan satu pendekatan baru dalam arena politik
Persekutuan Tanah Melayu. Menurut Dato’ Onn Ja’afar, perpaduan antara kaum
patut menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai.
[4 markah]

Hasil daripada perundingan UMNO-CLC, beberapa perkara telah


dipersetujui. Antaranya ialah penubuhan Lembaga Pembangunan Industri
Desa atau Rural Industrial Developement Authority (RIDA) pada bulan oktober
1950. Tujuan penubuhannya adalah untuk memajukan ekonomi dan pendidikan
masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu. Pengerusi pertamanya ialah
Dato’ Onn Ja’afar. Perkara kedua yang dipersetujui ialah Kerakyatan Negeri
1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Bagaimanapun, syaratnya ibu dan bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
Manakala perkara terakhir yang dipersetujui ialah mengadakan pilihanraya pada

43
masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP).
[8 markah]

Langkah kedua Pakatan Murni ialah pembukaan keahlian UMNO kepada


bukan Melayu seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Onn Ja’afar pada tahun
1951. Bagaimanapun, beliau telah dikecam hebat kerana masyarakat Melayu
enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO. Beliau kemudiannya telah
meninggalkan UMNO.
[4 markah]

Langkah ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau


Independence Malaya Party (IMP). Dasar IMP mengikut Dato’ Onn Ja’afar akan
menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti. IMP terbuka kepada
semua kaum yang mahu bekerja untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu. Dato’ Onn Ja’afar Dato’ Onn Ja’afar Dato’ Onn Ja’afar menyedari
perubahan politik yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu. Kerakyatan Negeri
1951 tidak lagi menjadikan orang Melayu sebagai rakyat tunggal Tanah Melayu.
Sebaliknya, orang bukan Melayu juga menjadi rakyat Tanah Melayu. Walau
bagaimanapun, IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan
kaum lain di Tanah Melayu. Ini adalah kerana mereka tidak merasakan bahawa
mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu. Rasa perpaduan terlalu
asing bagi mereka.
[9 markah]

Langkah Pakatan Murni seterusnya ialah penubuhan Persidangan


Kebangsaan pada bulan Februari 1953 oleh Sir Malcom MacDonald (Gabenor
Jeneral Asia Tenggara), di King’s House, Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk
mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan
penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Persidangan Kebangsaan
diisytiharkan pada bulan April 1953, di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dato’
Panglima Bukit Gantang menjadi pengerusinya dan beliau disokong oleh
beberapa orang Menteri Besar.
[4 markah]

Pakatan Murni telah melahirkan kerjasama UMNO-MCA telah dibentuk


apabila British ingin mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
pada bulan Februari 1952. Kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA
Selangor telah dijalankan oleh Dato’ Abdul Razak Yahya dan Ong Yoke Lin.
Dalam pilihan raya tersebut gabungan UMNO_MCA telah memenangi sembilan
daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya Majlis
44
Perbandaran di beberapa bandar utama, gabungan UMNO-MCA telah
memenangi 26 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya
negeri pada tahun 1954, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268
kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan permuafakatan kaum
dalam pelbagai parti dapat diterima penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
Kerjasama UMNO-MCA ini telah mengasaskan penubuhan Parti Perikatan yang
kemudiannya disertai oleh MIC pada tahun 1955.
[8 markah]

45
BAGAIMANAKAH SURUHANJAYA REID MENGUKUHKAN PEMBINAAN
NEGARA DAN BANGSA?

Suruhanjaya Reid dapat mengukuhkan pembinaan negara dan bangsa di


negara kita. Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi
membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka . Suruhanjaya ini telah diketuai oleh Lord Reid (Hakim British)
yang bertindak sebagai pengerusi , manakala ahli yang lain ialh Sir Ivor Jennings
(England) , Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia), Tuan B. Malik
(Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan). Tugas
suruhanjaya ini adalah untuk merangka sebuah perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu yang akan merdeka.
[3 markah]

Beberapa isu menjadi panduan suruhanjaya ini, antaranya termasuklah


pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa
autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu .Suruhanjaya ini juga mengambil
kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu .
Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu juga diberi perhatian.
[3 markah]

Satu isu hangat ialah kerakyatan jus soli . Kerakyatan ini yang menjadi
tuntutan orang dagang tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Ini adalah kerana
prinsip kerakyatan jus soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum
dan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Namun
selepas beberapa rundingan dibuat , Raja-raja Melayu telah menerima kerakyatan
jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang
Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan tolak ansur ini
satu pakatan murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka .Perkara lain yang telah dipersetujui termasuklah agama Islam sebagai
agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
[7 markah]

46
BAGAIMANAKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963 MENGUKUHKAN
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA?

Pembentukan Malaysia 1963 dapat mengukuhkan pembinaan negara dan


bangsa di negara kita. Pembentukan Malaysia bermula daripada cadangan
Lord Brassey kemudian Sir Malcolm MacDonald. Manakala Dato’ Onn Jaafar
mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia
dengan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Di Singapura, Lee Kuan Yew ingin menggabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Namun tidak dipersetujui
oleh Tunku Abdul Rahman kerana masalah ketidakseimbangan kaum.
[4 markah]

Dari segi politik, menghalang ancaman komunis merupakan salah satu


faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ini untuk
mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
Masalah ini merupakan faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman
mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura, Sabah dan
Sarawak diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi
ancaman komunis.
[3 markah]

Selain itu, penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan


Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini, Sarawak, Sabah
dabn Brunei masih belum mampu bekerajaan sendiri. Penyertaan mereka akan
menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia
akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Di samping itu,mereka dapat
menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
[4 markah]

Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan


kestabilan kepada rantau Asia Tenggara. British berharap pembentukan
Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan
wilayah-wilayah Borneo.
[2 markah]

Dari segi ekonomi pula, penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu


pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan
industri pertanian. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat
memanfaatkan keistimewaan dan sumber yang ada di negeri-negeri ini. Tanah
Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah,bijih timah, Sarawak dan Sabah
47
pula mempunyai sumber balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.

[5 markah]
Aspek sosial juga menjadi salah satu faktor utama pembentukan Malaysia
iaitu untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam
kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei ke
dalam Malaysia.
[3 markah]

Seterusnya, usaha membentuk Jawatankuasa Perunding Perpaduan


Kaum (JPPK) antara usaha untuk membina negara dan bangsa melalui
pembentukan Malaysia. JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh
Donald Stephens. Ahli JPPK ialah Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir
Johari, Lee Kuan Yew (Singapura) dan Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah).
JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
[4 markah]

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) juga ditubuhkan untuk membentuk


negara dan bangsa JAK, dianggotai wakil Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Britain. JAK dipengerusikan oleh Lord Landsdowne( Menteri
Negara bagi Tanah Jajahan) dan dibantu oleh Tun Abdul Razak. Anggota JAK
mengunjungi Sabah dan Sarawak untuk menerangkan tentang gagasan Malaysia.
JAK bertujuan untuk mewajarkan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
Malaysia. Selain itu, membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan
Sarawak.
[6 markah]

48
JELASKAN USAHA KERAJAAN DALAM MENGUKUHKAN PERPADUAN
RAKYAT.

a. SOSIAL:

Dasar Pendidikan Kebangsaan menjadi usaha dalam mengukuhkan


perpaduan rakyat. Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah bermula sebelum
kemerdekaan lagi. Pada tahun 1955, Kerajaan Perikatan telah membentuk
sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak
Hussein pada masa itu. Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting
dalam dasar pendidikan yang dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan
negara iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan
menyeragamkan kurikulum yang bercorak kebangsaan.
[ 3 markah]

Antara cadangan Penyata Razak ialah penubuhan sekolah umum (rendah)


yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis
umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa
pengantar. Sekolah menengah Melayu pula menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan sekolah menengah Inggeris menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
diwajibkan diajar di semua sekolah. Penyata Razak mengemukakan cadangan
penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu dasar
pendidikan uang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang
kaum di Tanah Melayu. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran
1957.
[5 markah]

Penyata Rahman Talib telah ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran


1960. Laporan jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Laporan Rahman Talib
1960. Beberapa syor baru telah dicadangkan sebagai tambahan kepada Penyata
Razak. Untuk memupuk perpaduan kaum, sekolah umum dijadikan sekolah
kebangsaan sementara sekolah jenis umum pula dijadikan sekolah jenis
kebangsaan. Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah
kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama. Penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam Laporan Rahman Talib. Sekolah
rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar
kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua
sekolah menengah.
[5 markah]

49
Jawantankuasa Kabinet 1974 dibentuk untuk mengkaji semula
pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan. Objektif utamanya adalah untuk
menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada
dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara. Di
samping itu, jawatankuasa ini juga mahu mengenal pasti sejauh mana dasar
pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih. Antara kandungan laporannya termasuklah penekanan
terhadap penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M),
kenaikan darjah secara automatik, penekanan terhadap sekolah vokasional,
sukatan pelajaran sekolah swasta, bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib
dalam peperiksaan serta penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin asas
perpaduan.
[5 markah]

Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu sebagai pelengkap


kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merupakan hala tuju sistem pendidikan di negara kita. Dasar Pendidikan
Kebangsaan penting untuk memupuk perpaduan .Dalam konteks masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan,adat resam dan agama,
pendidikan merupakan faktor utama dalam memupuk perpaduan kaum dan
intergrasi nasional. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
[5 markah]

Akta Bahasa Kebangsaan juga menjadi asas bagi mengukuhkan


perpaduan, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan telah termaktub dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Antara usaha untuk
memajukan Bahasa Melayu adalah dengan penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) pada tahun 1956. Pelancaran “Minggu Bahasa” dan “Bulan
Bahasa” dilakukan dalam usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pada tahun 1960, slogan “Bahasa
Jiwa Bangsa” dilancarkan.
[5 markah]

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin kukuh


apabila Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967. Pada tahun 1970,
bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa
kebangsaan secara berperingkat-peringkat. Penubuhan Universiti Kebangsaan
50
Malaysia pada tahun 1977 telah membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa ilmu. Bermula pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa Inggeris. Menjelang
tahun 1990, Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah. Jelas kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memartabatkan
bahasa Melayu tetapi sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa perhubungan
utama dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat.
[5 markah]

Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga merupakan antara usaha untuk


memgukuhkan perpaduan rakyat. Dasar ini lahir daripada gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan pada tahun 1971. Dasar ini digubal untuk menjadi panduan dalam
membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif Dasar
Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui
kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
[4 markah]

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima.


Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan
situasi penduduk berbilang kaum. Dengan unsur-unsur budaya Cina, India, Arab,
Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan
dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
[3 markah]

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah


perlu bagi negera Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini
dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu
bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu
mencapai hasrat dasar ini. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat -
sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan
keperibadian kebangsaan Malaysiaitu sendiri sebagai sebuah negara yang
merdeka dan bermaruah.
[5 markah]

Perpaduan melalui sukan. Sukan memainkan peranan sebagai alat


perpaduan tanpa mengira ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik
dalam kalangan rakyat. Contohnya, perlawanan akhir antara Datuk Lee Chong
51
Wei menentang Lin Dan dalam temasya Olimpik 2008 di Beijing telah
membuktikan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum telah bersatu hati memberikan
sokongan padu kepada Datuk Lee Chong Wei. Selain itu, aktiviti sukan tidak
mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah membuka peluang
seluas-luasnya bagi mereka yang berminat. Pada peringkat sekolah pula, sukan
merupakan aktiviti ko-kurikulum yang sangat digalakkan. Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk
menggalakkan aktiviti sukan. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan
dua tahun sekali jelas memainkan peranannya dalam mengeratkan perpaduan
antara kaum dan hubungan antara negeri.
[7 markah]

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara


yang maju menjelang tahun 2020. Antara isunya ialah membentuk satu negara
bangsa Malaysia. Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang
mendalam kerana bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak
dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan
satu negara bangsa adalah menjadi pra‐syarat kepada kemajuan kerana tanpa
rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa,
sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep
ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan
toleransi perlulah difahami dan diamalkan.
[5 markah]

Slogan ‘Malaysia Baharu’ merupakan ungkapan Malaysia Baharu


membawa makna yang menjurus kepada tema ‘perubahan baru’ atau lebih
dikatakan sebagai ‘pembaharuan’. Malaysia Baharu menjunjung prinsip keadilan
yang mempunyai tadbir urus yang baik dan berintergriti serta menyanjung tinggi
konsep kedaulatan undang-undang. Malaysia Baharu juga mencorakkan agar
semua pihak bersahabat dan tiada bermusuhan. Dalam erti kata lain, slogan akan
bersifat neutral dan tidak berpihak kepada sesuatu kuasa asing. Malaysia Baharu
juga menjanjikan prinsip kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain
dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira agama, keturunan atau warna
kulit. Selain itu, prinsip demokrasi yang berpandukan undang-undang turut
ditekankan serta menegakkan keadilan hak rakyat yang sama rata.
[6 markah]

Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan bawah kendalian Jabatan


Perdana Menteri (JPM) pada 1 Julai 1969 dan kini dikenali dengan nama Jabatan
Perpaduan dan Intergrasi Nasional. Misi jabatan ini ialah memperkukuh
perpaduan dan keharmonian negara berasaskan Perlembagaan Persekutuan
52
dan Rukun Negara. Antara peranan yang dimainkan ialah mendidik masyarakat
supaya cinta akan perpaduan, melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam
mengurus hal ehwal perpaduan negara dan intergrasi nasional serta memelihara,
mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional.
Antara komuniti yang diwujudkan bawah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi
Nasional adalah Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan. Program bersifat
kenegaraan turut disemarakkan dengan kewujudan Kelab Rukun Negara di
sekolah-sekolah bertujuan untuk menyemai dan mempertingkat semangat
perpaduan dalam kalangan murid berasaskan sikap saling mempercayai, hormat-
menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum.
[7 markah]

Badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan kegiatan tanpa penglibatan


agama dan kaum. NGO melakukan kerja bantuan masyarakat dengan menolong
setiap golongan tanpa mengira warna, kepercayaan dan keturunan bangsa.
Badan Pencegah Kekejaman Terhadap Binatang Malaysia (SPCA) tidak memilih
kasih terhadap latar belakang pelanggan apabila mereka ingin memelihara
haiwan. MERCY turut tidak mengambil kira sentimen kaum apabila mangadakan
kempen kesedaran kesihatan. NGO harus melancarkan kempen untuk
mempromosikan perpaduan antara kaum. NGO juga haruslah menyebarkan
kesedaran tentang kepentingan bersatu padu antara masyarakat semasa bulan
kemerdekaan dan musim perayaan. RHB dan CIMB yang menggunakan media
sosial untuk menghasilkan telefilem tentang perpaduan sering mendapat
sambutan hangat setiap tahun.
[7 markah]

Media turut memainkan peranan penting dalam menggalakkan perpaduan


dalam kalangan masyarakat dengan menyediakan rancangan ataupun
program berkaitan kepelbagaian kaum dan etnik yang terdapat dalam
negara Malaysia. Pelbagai iklan yang bertujuan memupuk perpaduan kaum
perlu banyak disiarkan dalam media radio dan televisyen. Selain itu, filem-filem
seperti Bukit Kepong dan Leftenan Adnan perlu banyak disiarkan. Hal ini
bertujuan meningkatkan kesedaran nasionalisme, memberi iktibar dan pengaruh
nasinalisme kepada penonton di samping perasaan terhibur. Lagu-lagu
berteraskan perpaduan etnik juga sering disiarkan oleh stesen radio dan
televisyen seperti lagu Jalur Gemilang. Media cetak, media elektronik atau media
digital serta media dalam talian banyak menyumbang dengan membuat liputan
yang meluas di seluruh Malaysia dalam mempromosi program-program
perpaduan. Saluran media digunakan oleh pihak kerajaan sebagai satu strategi
untuk merapatkan hubungan antara etnik-etnik yang terdapat di Malaysia
misalnya bagi menyampaikan mesej nilai perpaduan melalui program rumah
53
terbuka perayaan-perayaan di Malaysia untuk diraikan oleh semua kaum atau
iklan bulan kebangsaan yang mampu meningkatkan rasa sayang dan cinta
kepada tanah air.
[7 markah]

Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mengancam
ketenteraman, keamanan dan keselamatan negara. Justeru, satu ideologi negara
iaitu Rukun Negara telah dihasilkan yang bertujuan menyemai dan memupuk
integrasi nasional dan semangat perpaduan antara kaum. Lima prinsip dalam
Rukun Negara digubal berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk
membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul dengan acuannya sendiri.
[3 markah]

Prinsip pertama Rukun Negara penekanan terhadap kehidupan


beragama. Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam ialah agama
rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan. Ini menunjukkan bahawa agama
merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia. Hal ini kerana rakyat yang
beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab.
Berdasarkan prinsip yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan di mana
semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa
lain. Islam yang dipilih sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia telah menjadi
rujukan dan panduan keseluruhan umat manusia. Walau bagaimana pun, agama-
agama lain boleh dianuti oleh rakyat. Keteguhan imannya dan bersikap tolong
menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum. Berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai
sikap rendah diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan
oleh Tuhan.
[7 markah]

Prinsip kedua menuntut semua rakyat Malaysia memberikan kesetiaaan


kepada raja dan negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dan
Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan
pelindung hak istimewa peribumi. Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja,
rakyat harus mencurahkan taat setianya kepada Raja manakala Raja atau
pemerintah harus menyediakan perlindungan kepada negara dan seluruh rakyat
jelata. Sebagai contoh, jika seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara
menghadapi kesusahan, maka kedutaan negara kita sebagai wakil Yang
diPertuan Agong bertanggungjawab untuk membantunya Peribahasa Melayu
berbunyi, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” seharusnya menjadi
amalan rakyat Malaysia.
[7 markah]
54
Prinsip ketiga menekankan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan
merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur,
unggul serta suci. Keluhuran perlembagaan menuntut semua rakyat menerima,
mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya. Perlembagaan merupakan
undang-undang tertinggi negara. Oleh yang demikian, setiap warganegara
Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan supaya negara menjadi aman
dan damai. Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin
kemakmuran dan perpaduan negara.
[5 markah]

Prinsip keempat menekankan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini


menuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak melakukan
kesalahan di sisi undang-undang. Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman
damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. Rakyat bertanggungjawab
memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh
mana-mana pihak. undang-undang dapat menjamin keadilan serta keamanan
kerana setiap rakyat tertakluk pada perlaksanaan undang-undang. Dengan kata
lain, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang. Sesiapa yang melanggar
undang-undang negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya.
[7 markah]

Prinsip kelima menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan


bertatasusila. Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni
melambangkan keperibadian seseorang individu. Kesopanan dan kesusilaan
menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling
menghormati. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat membentuk
masyarakat yang bersatu-padu. Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan
masyarakat yang menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain. Sesuai
dengan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, rakyat harus
menghormati dan saling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain dan
tidak menyinggung perasaan orang lain. Secara kesimpulannya, prinsip Rukun
Negara sangat penting dan wajar dipraktikkan agar pembentukan masyarakat ke
arah perpaduan,demokratik, adil, liberal dan progresif dapat dicapai dengan
mudah.
[7 markah]

55
b. EKONOMI

Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990) juga merupakan usaha kerajaan dalam
mengukuhkan perpaduan rakyat jelas dilihat melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) bawah Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan Malaysia
Kelima iaitu dari tahun 1971 hingga 1990. Tujuan DEB diperkenalkan ialah
sebagai perancangan pembangunan negara jangka panjang yang berpaksi
matlamat akhirnya adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
[4 markah]

Matlamat Rancangan Malaysia Kedua adalah untuk menyelesaikan


masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Tumpuan
diberikan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan
menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi
merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi
ekonomi yang dilakukan oleh penjajah British melalui dasar ‘pecah dan perintah’.
[4 markah]

Rancangan Malaysia Ketiga pula terus mendukung aspirasi DEB iaitu


meneruskan program pembangunan pertanian dan perindustrian yang bertujuan
meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf
hidup rakyat tanpa mengira kaum. Seterusnya, Rancangan Malaysia Keempat
mula memberikan tumpuan kepada pembangunan perusahaan berat yang
berasaskan pelaburan modal dan pengunaan teknologi tinggi serta keperluan
tenaga pekerja mahir.
[4 markah]

Usaha mengukuhkan perpaduan rakyat diteruskan lagi oleh kerajaan


melalui Rancangan Malaysia Kelima yang merupakan tahun terakhir
pelaksanaan DEB melalui peningkatan sektor perindustrian, pelaburan modal
asing, pembangunan lebih giat kawasan luar bandar dan penekanan terhadap
bidang penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, tumpuan kepada sektor
pelancongan juga dibuat melalui pelancaran Tahun Melawat Malaysia 1990.
Melalui perpaduan rakyat yang jitu, semua rakyat Malaysia telah memainkan
peranan sebagai tuan rumah dengan memberikan layanan yang terbaik kepada
para pelancong. Program yang julung kali dilancarkan ini telah mencatat kejayaan
cemerlang dengan kehadiran seramai 7.4 juta pelancong.
[5 markah]

Pelaksanaan DEB telah berjaya merapatkan jurang antara kaum dan


wilayah serta kadar kemiskinan menurun dari 49.3% kepada 17.1% dalam tempoh
56
20 tahun. Manakala, dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak milik modal
saham kaum bumiputera telah meningkat daripada 2.4% kepada 20.3%. Hak milik
saham kaum bukan bumiputera juga menunjukkan peningkatan melebihi sasaran
iaitu 40% kepada 46.2% pada tahun 1990. Justeru, DEB telah terbukti
memberikan manfaat kepada semua kaum secara adil dan saksama dalam usaha
kerajaan mengukuhkan perpaduan rakyat.
[5 markah]

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui


proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat dalam
konteks keselamatan negara yang kukuh telah menunjukkan hasil yang
memberangsangkan. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi
realiti perbezaan etnik bagi mewujudkan keseimbangan dan perpaduan nasional.
Justeru, DEB kekal relevan dan terus diperkasa menerusi dasar yang lebih
strategik yang bersesuaian dengan keperluan semasa seperti melalui Dasar
Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN) dan Model
Ekonomi Baharu (MEB). Hal ini selaras dengan usaha kerajaan ke arah mencapai
matlamat kesaksamaan sosio-ekonomi dan perpaduan negara.
[6 markah]

57
BUKTIKAN KEJAYAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA ADALAH HASIL USAHA
PEMIMPIN DAN KERJASAMA SEMUA PIHAK.

Usaha pembentukan Malaysia telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul


Rahman dengan mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah(Jun 1961) serta
ke Brunei(Julai 1961) untuk menerangkan konsep,tujuan dan matlamat
penubuhan Malaysia.Seterusnya rundingan turut diadakan antara pegawai-
pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari
Sarawak,Sabah dan Singapura.Lawatan ini dapat memupuk kerjasama di
kalangan pemimpin yang memudahkan usaha kearah pembentukan Malaysia
serta mewujudkan hubungan baik dikalangan pemimpin yang terlibat
[ 4 markah]

Pembentukan Malaysia juga disusuli dengan penubuhan Jawatankuasa


Perunding Perpaduan Kaum(JPPK) telah ditubuhkan di Singapura pada bulan
Julai 1961.Jawatankuasa ini berperanan menerangkan kepada orang ramai
tentang gagasan Malaysia,mengumpulkan pandangan penduduk dan
menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.Jawatankuasa ini
melibatkan pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu,Singapura dan Sabah.
Usaha ini adalah untuk melihat reaksi penduduk dan mewujudkan kesepakatan
dikalangan ahli jawatankuasa serta menghasilkan memorandum kepada
suruhanjaya Cobbold. Tuntasnya, hubungan baik ini boleh meningkatkan
persefahaman bukan sahaja dalam kalangan pemimpin tetapi juga dalam
kalangan penduduk.
[ 4 markah]

Usaha seterusnya dengan membentuk Suruhanjaya Cobbold yang


melibatkan pegawai British dan rakyat tempatan.contohnya Lord Cobbold dan Tan
Sri Ghazali Shafie.Suruhanjaya ini memberi fokus untuk meninjau pendapat
rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia,serta membuat
penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.Hasil usaha
pemimpin ini memperlihatkan sokongan penduduk Sabah dan Sarawak
terhadap pembentukan Malaysia tanpa syarat serta menambahkan nilai
keyakinan rakyat terhadap usaha tersebut.
[ 4 markah]

Ke arah pembentukan Malaysia juga ditubuhkan Jawatankuasa Antara


Kerajaan (JAK) pada bulan Ogos 1962 yang dianggotai oleh wakil-wakil dari
Persekutuan Tanah Melayu,Britain,Sarawak dan Sabah. Jawatankuasa ini turut
mengambil kira pandangan penduduk Sabah dan Sarawak bagi mewajarkan
kemasukan negeri tersebut ke dalam Persekutuan Malaysia. Contohnya Tun
58
Abdul Razak(Timbalan Perdana Menteri ketika itu) turut mengunjungi Sarawak
dan Sabah bagi menerangkan penubuhan Malaysia. Perbincangan berterusan
yang dibuat membuktikan kesungguhan antara Jawatankuasa Antara Kerajaan
dan pemimpin di Persekutuan Tanah Melayu untuk merealisasikan pembentukan
Malaysia.
[ 4 markah]

Meskipun menghadapi penentangan daripada Indonesia dan Filipina yang


telah menyulitkan pembentukan Malaysia, nilai kerjasama tetap diberi keutamaan
dalam menghadapi situasi ini. Pertemuan dalam kalangan pemimpin atau ketua-
ketua kerajaan telah menghasilkan penubuhan MAPHILINDO bagi mencari
penyelesaian melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina yang
turut di bantu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).
[ 4 markah]

Bagi memastikan sokongan semua pihak yang terlibat dalam pembentukan


Malaysia khususnya rakyat Sarawak dan sabah usaha diteruskan dengan
membentuk perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(PBB). Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant, menghantar wakilnya
Lawrence Michaelmore bersama perwakilan bagi meninjau pendapat rakyat
Sarawak dan Sabah.Hasilnya majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju
menyertai persekutuan Malaysia. Jelas usaha ini, menunjukkan kerjasama
diperingkat dunia untuk menjayakan pembentukan Malaysia.
[ 4 markah]

59
BINCANGKAN/ HURAIKAN/ TERANGKAN KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
DALAM PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA.

Kepentingan perlembagaan dalam pembinaan negara dan bangsa


Malaysia ialah melicinkan pentadbiran negara. Perlembagaan juga merupakan
asas bagi merangka bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang
negara. Unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan antara
kaum. Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak
istimewa orang Melayu dan pemerintahan beraja telah menjadi panduan untuk
menjamin kestabilan politik negara.
[4 markah]

Perlembagaan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak


berbelah bagi kepada negara. Setiap rakyat Malaysia diingatkan supaya
mempunyai sifat sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme
di dalam diri mereka. Contohnya, dalam Perkara 24 Perlembagaan Malaysia
menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan
kewarganegaraannya. Manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara.
Hal ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air
untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
[4 markah]

Perlembagaan memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu
menjadi wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi
negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan
penggunaan bahasa ibunda kaum lain, malah dijamin oleh Perlembagaan
Malaysia.
[4 markah]

Perlembangaan menjamin kedudukan agama Islam sebagai agama


rasmi bagi Kerajaan Persekutuan telah diterangkan dalam Perkara 3 Fasal 1
dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam perkara 3 menyebut hak penganut agama
lain. Mereka mempunyai hak bagi menguruskan hal ehwal agama sendiri,
menubuhkan atau menyelenggara institusi agama dan memperolehi harta serta
membelanjakan harta tersebut mengikut undang-undang yang sedia ada.
[4 markah]

60
Perlembagaan Malaysia juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang
telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara. Raja
boleh bertindak mengikut lunas perlembagaan yang telah ditetapkan. YDP Agong
mempunyai kuasa dalam menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sarawak dan Sabah. Hak istimewa ini berkaitan pemberian jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan Pendidikan, serta pemberian lessen
perniagaan dan perdagangan. Hal ini terkandung dalam Perkara 153 yang
dilaksanakan secara berhati-hati agar hak kaum lain tidak diabaikan.
[4 markah]

Akhir sekali, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera


Sabah dan Sarawak pula disentuh dalam perkara 153. Perkara ini juga
melindungi hak kaum lain di negara ini. Hal ini menjadi tanggungjawab YDP
Agong seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
[2 markah]

61
BAGAIMANAKAH PERLEMBAGAAN NEGARA KITA MEMPERKUKUH
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA?

Kandungan prinsip perlembagaan merangkumi unsur-unsur Kesultanan


Melayu dan sistem birokrasi barat yang digabungkan untuk membentuk identiti
negara dan bangsa Malaysia. Pelembagaan ini memberikan kuasa mutlak
kepada pemimpin tempatan untuk memerintah negara sendiri mengikut acuan
kita.
[3 markah]

Prinsip prinsip perlembangaan membolehkan kerajaan demokrasi dengan


konsep raja berperlembagaan dibentuk. Institusi Raja dijadikan Raja
Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara. Raja Melayu menjadi
lambang kedaulatan negara. Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan
perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Baginda juga
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan,kedudukan, kehormatan dan
kemuliaan raja raja Melayu. Semua prinsip prinsip ini mengkukuhkan kedudukan
Raja raja Melayu sebagai simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
[4 markah]

Perlembagaan menawarkan kerakyatan jus soli dengan tiga jenis


kerakyatan diterima masuk iaitu secara kuat kuasa undang undang, Permohonan
dan Naturalisasi. Kesudian orang Melayu berkongsi tanah Melayu dengan kaum
India dan Cina membuktikan pembinaan negara dan bangsa Malaysia telahpun
bermula dan diterima dalam prinsip prinsip Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Bagi orang bukan Melayu, mereka turut bersetuju dan mengakui untuk menerima
kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. Prinsip prinsip ini mengesahkan
rakyat berbilang kaum negara ini sanggup bertolak ansur dalam pembinaan
negara dan bangsa Malaysia yang merdeka.
[4 markah]

Perjanjian ini juga telah memberikan hak mutlak kepada penduduk


tempatan untuk mentadbir sebuah negara yang berdaulat dan merdeka
mengikut acuan sendiri.Perbezaan warna kulit,agama ,bahasa dan bangsa
diketepikan. Ia juga telah mendorong pembinaan negara dan bangsa yang
merdeka tanpa pertumpahan darah. Hal ini secara tidak langsung membolehkan
rakyat yang berbilang bangsa menentukan arah tuju pembinaan negara dan
bangsa yang berdaulat.
[3 markah]
62
MENGAPAKAH KEDAULATAN MALAYSIA PERLU DIPERTAHANKAN?

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat perlu dipertahankan supaya


rakyat boleh hidup dalam keadaan sejahtera. Kesejahteraan dapat dicapai jika
rakyat berbilang kaum di negara kita sentiasa mengamalkan toleransi dalam
politik, ekonomi dan sosial. Setiap kaum berusaha menyelesaikan masalah yang
dihadapi secara bersama-sama. Contohnya, masalah kemiskinan kaum India di
estet dianggap masalah negara dan diselesaikan secara bersama. Kebersamaan
inilah yang membawa kepada kesejahteraan negara.
[4 markah]

Selain itu, kedaulatan negara perlu dipertahankan untuk mewujudkan


kestabilan politik. Kestabilan politik yang wujud boleh mengelakkan berlakunya
ketidakcekapan pentadbiran negara. Jika politik tidak stabil, pentadbiran akan
terganggu. Hal ini boleh merencatkan pembangunan negara. Keadaan politik
negara yang stabil kerana wujudnya kerajaan yang kukuh hasil kerjasama semua
kaum mesti dikekalkan. Kestabilan politik yang wujud ini meningkatkan maruah
negara bagi menentukan hala tuju negara.
[4 markah]

Seterusnya, ekonomi negara akan berada dalam keadaan pesat jika


kedaulatan negara dipertahankan. Pemimpin negara boleh menguruskan sumber
kekayaan negara dengan baik dan bebas untuk merancang pembangunan
ekonomi walaupun ada tekanan daripada negara luar. Contohnya, kita boleh
menguruskan hala tuju industri minyak sawit negara walaupun mendapat
kekangan sesetengah negara Eropah.
[3 markah]

Kewujudan negara berdaulat juga penting supaya negara sentiasa berada


dalam keadaan aman. Negara yang aman dan damai dapat menjamin
kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Rakyat hidup harmoni dan bebas
bergerak ke mana-mana sahaja. Keamanan dan kesejahteraan rakyat akan
menjamin taat setia rakyat kepada negara. Keadaan negara yang aman
membolehkan pembangunan negara berjalan dengan lancar.
[3 markah]

Imej negara akan dipandang tinggi jika kedaulatan negara terpelihara . Negara
akan dipandang mulia dan dihormati oleh negara lain jika kekal berdaulat. Imej
negara yang baik juga boleh menarik kedatangan pelancong luar negara yang
seterusnya akan meningkatkan pendapatan negara.
[3 markah]
63
HURAIKAN CABARAN UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA.

Cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara ialah berkaitan perpaduan


masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya, agama dan
kepercayaan. Banyak isu sensitif yang diutarakan oleh segelintir individu yang
tidak bertanggungjawab boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum.
Contohnya isu laungan azan masyarakat Islam, isu tulisan jawi di papan tanda
jalan, dan sebagainya. Isu-isu ini boleh membawa kepada perpecahan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum sekiranya tidak diatasi secara bijaksana dan
toleransi oleh semua pihak.
[4 markah]

Globalisasi juga suatu cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara.


Fenomena dunia tanpa sempadan menyebabkan rakyat Malaysia terdedah
kepada maklumat yang tidak ditapis yang diperolehi melalui facebook, instagram,
whatsapp dan aplikasi sosial yang lain. Hal ini boleh menjejaskan keharmonian
negara sekiranya ia disalahgunakan dan segala maklumat yang diperoleh diterima
secara bulat-bulat tanpa pertimbangan secara bijaksana.
[3 markah]

Cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara yang seterusnya ialah


masalah gejala sosial membabitkan golongan remaja. Masalah sosial dalam
kalangan remaja semakin membimbangkan pada hari ini. Masalah sosial seperti
penagihan dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas, buang bayi dan
sebagainya kerap dilaporkan. Fenomena ini merupakan salah satu ancaman
kepada generasi muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara dan sumber
tenaga manusia pada masa akan datang. Masalah ini boleh merugikan negara
jika dibiarkan.
[4 markah]

Dari sudut politik, cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara ialah


birokrasi dalam pentadbiran yang membawa kepada gejala rasuah. Gejala
rasuah di Malaysia yang melibatkan golongan pemimpin dan golongan rakyat
biasa menjadi satu cabaran kepada negara. Rasuah menjadi gejala yang biasa
dalam masyarakat kita pada hari ini. Media massa yang sering melaporkan
pelbagai kes rasuah yang melibatkan pegawai berprofil tinggi menjadi bukti
bahawa ia merupakan masalah yang besar. Menurut Transparency International,
Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia berada pada tangga ke-61 daripada 180
buah negara pada tahun 2018. Bagi mengatasinya, ia perlu ditangani secara
tuntas melibatkan kerjasama semua pihak.
[4 markah]
64
Cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara yang seterusnya ialah
kelemahan sistem keselamatan. Sempadan dan pengairan negara boleh
diceroboh oleh orang asing. Manakala sempadan Malaysia-Thailand juga didapati
sering dicerobohi oleh sindiket permerdagangan manusia yang mengancam
keselamatan negara kesan daripada sistem keselamatan negara yang kurang
mantap. Pengairan Selat Melaka dan juga Laut China Selatan sering menjadi
sasaran nelayan-nelayan asing dan juga lanun. Hal ini menunjukkan tahap
keselamatan negara terancam dan dipandang rendah oleh negara jiran dan
seterusnya boleh menjejaskan keamanan negara jika tidak diambil berat.
[4 markah]

Cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara daripada aspek ekonomi


yang ialah kedudukan nilai mata wang negara yang kurang stabil. Hal ini
kerana negara Malaysia terlalu bergantung kepada komoditi utama dunia yang
terdedah kepada turun naik harga di pasaran antarabangsa. Contohnya bijih
timah, getah, petroleum, kelapa sawit dan komoditi utama yang lain. Ini
menyebabkan apabila harga komoditi jatuh akan memberi kesan kepada nilai
mata wang negara. Hal ini memberi kesan kepada ekonomi negara dan
seterusnya boleh mengancam kedaulatan negara apabila Ringgit jatuh kuasa beli
rakyat semakin kurang dan ini menimbulkan suasana tidak selesa di dalam
negara.
[4 markah]

65
JELASKAN LANGKAH/ USAHA/ CARA MENGEKALKAN MALAYSIA
SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERDAULAT.

Antara langkah mengekalkan kedaulatan negara dari aspek sosial adalah


dengan memperkukuhk perpaduan kaum agar negara terus aman dan harmoni.
Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan mengambil berat tentang isu-isu perkauman
yang berlaku. Isu politik perkauman dan fahaman agama yang melampau dapat
diatasi sekiranya semua rakyat bertolak ansur dan bertoleransi demi menjamin
kedaulatan negara. Penubuhan sekolah kebangsaan, penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan aktiviti sukan dan kebudayaan sebagai
salah satu alat perpaduan kaum mesti sentiasa diperkukuh agar perpaduan rakyat
terus utuh.
[3 markah]

Langkah seterusnya adalah dengan menangani cabaran globalisasi yang


menjadikan dunia tanpa sempadan disebabkan kepesatan perkembangan
teknologi seperti teknologi industri, teknologi maklumat dan komunikasi. Kerajaan
perlu mengawal penggunaan ICT dengan menggubal undang-undang yang
sesuai bagi membendung salah guna teknologi maklumat. Contohnya
penggubalan Akta Jenayah Komputer 1997 yang sedikit sebanyak membantu
dalam menyelesaikan masalah jenayah siber.
[3 markah]

Langkah berikutnya adalah dengan memastikan negara sentiasa dalam


keadaan aman. Keselamatan negara mesti sentiasa dipelihara. Hal ini boleh
dicapai dengan peranan pihak kerajaan dan pasukan keselamatan. Contohnya,
menghalang kumpulan pelampau dan pengganas antarabangsa seperti kumpulan
LTTE dan Daesh berkembang aktif dalam negara. Teknologi persenjataan juga
perlu moden dan canggih untuk mempertahankan negara dan bangsa daripada
ancaman musuh negara. Contohnya pembelian peralatan ketenteraan seperti
meriam, kapal terbang dan jet pejuang bagi memantapkan keselamatan agar
negara tidak mudah diceroboh dengan sewenang-wenangnya.
[4 markah]

Usaha seterusnya ialah memantapkan institusi pendidikan iaitu dengan


memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat serta menambah bilangan
sekolah dan pusat pengajian tinggi tempatan agar rakyat diberi peluang untuk
meneruskan pengajian walaupun kurang berkemampuan. Semua sekolah dan
pusat pengajian tinggi pula perlu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan supaya

66
pelajar berkualiti dapat dilahirkan dan mampu bersaing dengan generasi pelajar di
negara maju.
[3 markah]

Selain itu, isu jenayah merentas sempadan juga mesti ditangani.


Masalah seperti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan
laut, penyeludupan dadah melalui negara jiran seperti Thailand, pencerobohan
kawasan di Sabah oleh pengganas dari Selatan Filipina dan sebagainya boleh
membawa kesan buruk kepada kedaulatan negara. Oleh itu, isu jenayah
merentas sempadan ini perlu diselesaikan secara kerjasama politik oleh negara-
negara terlibat.
[3 markah]

Langkah mengekalkan kedaulatan negara dari sudut politik pula ialah


memperkukuh sistem pentadbiran dan pemerintahan negara bagi
mengelakkan campur tangan kuasa asing. Melalui sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen yang diamalkan, pembolotan kuasa dapat dielakkan dan
pemilihan pemimpin negara berlaku dengan keadaan yang aman tanpa
pergaduhan. Hal ini dibuktikan melalui Pilihan raya Umum ke-14 yang lalu di
mana pertukaran kerajaan berlaku secara aman.
[3 markah]

Langkah mengekalkan kedaulatan negara yang seterusnya ialah


menstabilkan nilai mata wang negara dengan mengurangkan nilai import dan
menambah nilai eksport negara. Rakyat tempatan perlu memberi sokongan
dengan membeli barangan berjenama tempatan agar nilai mata wang negara
tidak mengalir keluar. Contohnya mengutamakan kereta buatan negara seperti
PROTON dan PERODUA.
[3 markah]

67
JELASKAN KEPENTINGAN PERPADUAN DALAM PEMBINAAN NEGARA
DAN BANGSA MALAYSIA YANG BERDAULAT.

Kepentingan perpaduan dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia


yang berdaulat dapat mengukuhkan lagi semangat kerjasama. Masyarakat
berbilang kaum di Malaysia bersama-sama membangunkan negara agar
matlamat untuk menjadi sebuah negara maju tercapai. Sebagai contoh, rakyat
pelbagai kaum bekerjasama memakmurkan negara. Oleh itu, semangat
kerjasama antara kaum penting untuk menjadikan Malaysia negara yang disegani
tercapai.
[4 markah]

Selain itu perpaduan juga penting untuk memastikan politik negara


Malaysia terus stabil. Contohnya perlalihan kuasa kerajaan pusat dalam
pilihanraya umum ke-14 berlaku dalam suasana yang aman. Situasi ini
menunjukkan kematangan rakyat dalam mendokong prinsip demokrasi negara
kita. Kestabilan ini juga dapat mengelakkan campurtangan kuasa asing yang
boleh mengancam kedaulatan negara. Justeru itu, kedaulatan negara dapat
dikekalkan.
[4 markah]

Perpaduan kaum juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan


ekonomi negara, dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi.
Contohnya semua kaum memberi kerjasama dalam menjayakan kempen belilah
barangan buatan Malaysia. Kesan nya ekonomi negara akan meningkat dan
jurang antara kaum dapat dihapuskan.
[3 markah]

Perpaduan juga penting untuk memastikan negara Malaysia terus aman


dan harmoni apabila masyarakat majmuk Malaysia dapat mengamalkan
semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi
sesama rakyat. Perpaduan yang wujud juga akan menjadikan Malaysia sebuah
negara yang dihormati dan dikagumi oleh negara-negara luar serta menjadi role
model kepada negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Tuntasnya
imej negara akan meningkat di mata dunia.
[4 markah]

68
JELASKAN CABARAN DAN LANGKAH DALAM PEMUPUKAN SEMANGAT
PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA PADA MASA
KINI.

a. CABARAN:

Cabaran utama dalam usaha pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan


masyarakat Malaysia kini ialah perbezaan pendapat dan kemahuan antara satu
kaum dengan kaum yang lain. Halangan ini misalnya dapat dilihat dalam aspek
politik, sosial dan ekonomi. Kebiasaan atau normaliti dalam sesuatu kaum dilihat
janggal bagi satu kaum lain sementelah ianya akan dapat menjurangkan lagi
perbezaan yang telah sedia wujud dalam masyarakat Malaysia ini. Kesannya,
masyarakat akan terpecah dalam kelompok mereka masing-masing.
[4 markah]

Selain itu, cabaran kedua adalah dalam aspek pendidikan. Pengkelasan


dalam aspek pendidikan di Malaysia sejak dari peringkat sekolah rendah lagi
merupakan isu dalam usaha pemupukan bangsa Malaysia ini. Sebagaimana yang
kita semua maklum, pendidikan di peringkat sekolah merupakan asas utama
pemupukan perpaduan masyarakat dalam mana-mana pun negara dunia. Walau
bagaimanapun dalam sistem pendidikan di Malaysia yang mana anak-anak di
peringkat sekolah rendah terbahagi kepada mereka yang bersekolah di sekolah
jenis kebangsaan atau sekolah Jenis Kebangsaan yakni sekolah vernakular,
usaha pemupukan perpaduan menjadi lebih sukar. Kesannya, anak-anak ini akan
sukar menyemai nilai perpaduan dalam diri mereka.
[5 markah]

Cabaran seterusnya adalah kerana perbezaan ideologi politik dalam


kalangan rakyat. Ini menjadi alasan utama untuk nilai perpaduan itu terhalang
daripada direalisiasikan dalam negara Malaysia ini. Hal ini berlaku kerana
pengaruh daripada parti-parti politik di Malaysia yang majoritinya
memperjuangkan survival kaum antara satu sama lain. Perjuangan parti-parti
politik secara pengkelasan bangsa seperti ini juga diburukkan lagi dengan pihak-
pihak dalam mahupun luar parti yang mengambil kesempatan dalam apa juga isu
yang timbul dalam masyarakat. Kesannya, masyarakat akan sukar mencari
persamaan idea dalam pelbagai kaum yang ada.
[4 markah]

Pembahagian kekayaan negara atau ketidakadilan kek ekonomi negara


juga antara cabaran utama dalam pemupukan perpaduan di Malaysia ini.
Perbezaan ketara yang timbul akibat daripada latar ekonomi yang berlainan
69
antara kaum menyebabkan perbezaan antara kaum menjadi lebih buruk. Pada
akhirnya keadaan ini memberikan kesan yang cukup besar untuk perpaduan tidak
dapat diwujudkan dalam negara kita.
[3 markah]

Akhir sekali, cabaran yang timbul adalah dari aspek budaya dan sosial.
Perbezaan budaya masyarakat menjadi antara penyebab matlamat perpaduan
antara kaum ini mengambil masa yang panjang untuk diterjemahkan secara
realiti. Perbezaan budaya seperti dalam cara hidup, agama dan kepercayaan dan
sebagainya. Perbezaan budaya dan sosial ini menjadi penghalang untuk
merealisasikan perpaduan kaum di Malaysia ini. Kesannya, ini menyebabkan
timbul rasa tidak percaya pada pihak lain yang menebal.
[4 markah]

b. LANGKAH:

Langkah dalam menangani cabaran yang timbul untuk mewujudkan perpaduan


di Malaysia ini iaitu perbezaan pendapat antara kaum yang timbul ini ialah
mengadakan lebih banyak kempen dan promosi ke arah pewujudan bangsa
Malaysia yang lebih rapat, integrasi dan progresif. Pelaksanaan kempen bersifat
kolektif dan berkala mampu untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum
yang timbul. Melalui kempen dan promosi yang diadakan ini, sedikit sebanyak
ianya mampu menjadi pencetus ke arah mencari persamaan antara kaum yang
pelbagai ini. Kesannya, masyarakat Malaysia, khususnya golongan muda akan
terkesan melalui kempen yang diadakan ini.
[4 markah]

Langkah kedua pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat


Malaysia bagi mendepani cabaran dalam pendidikan ini ialah melalui pewujudan
sekolah satu aliran. Sejarah telah membuktikan negara-negara yang
mengamalkan sistem sekolah satu aliran ini bukan sahaja mampu mewujudkan
semangat perpaduan dalam kalangan muridnya dengan lebih kolektif tetapi juga
mampu meningkatkan pencapaian negara dalam aspek-aspek lain khususnya
ekonomi Kesannya, murid akan secara automatiknya merasakan bahawa perlu
bagi mereka memahami dan menghormati nilai dalam kaum lain bagi menanam
semangat perpaduan dalam diri masyarakat sejak kecil lagi.
[4 markah]

Politik sempit melalui pengamalan politik bersifat perkauman juga adalah


langkah drastik yang perlu dihentikan. Melalui amalan politik sempit seperti ini,
70
tidak ada langsung nilai mahupun pengajaran yang boleh diambil daripadanya.
Kesan akibat pengamalannya lebih kepada memundurkan diri dan masyarakat
Malaysia serta menjauhkannya daripada menjadi negara maju dan berdaya saing
di peringkat tinggi. Langkah sepatutnya perlu diambil agar amalan politik
perkauman ini boleh ditangani melalui peranan kerajaan yang lebih tegas
melaksankan undang-undang berkaitan dengan sebarang usaha untuk
menimbulkan kebencian dan permusuhan antara rakyat melalui politik kepartian
ini. Kesannya, politik berteraskan matlamat bersama dan agenda nasional akan
lebih diutamakan.
[4 markah]

Prinsip kesamarataan dan keadilan dalam pembahagian kekayaan


negara juga merupakan langkah yang patut diambil bagi mendepani cabaran
untuk menimbulkan perpaduan dalam negara Malaysia ini. Pembahagian kek
ekonomi yang lebih adil ini boleh dijadikan realiti melalui banyak cara misalnya
melalui peluang dalam pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta yang lebih
terbuka untuk semua kaum tanpa ada sebarang prejudis pada keperluan kuota
kaum mahupun kepentingan tertentu. Kesannya, semua kaum akan merasakan
lebih keadilan selain saling berusaha bersama bagi memajukan negara
khususnya dalam usaha menjadikan Malaysia negara ekonomi berprestasi tinggi.
[4 markah]

Akhir sekali, usaha untuk menjadikan perpaduan sebagai satu realiti dalam
masyarakat Malaysia pada hari ini adalah melalui usaha bagi mencari
persamaan antara kaum yang ada. Memang diakui bahawa terlalu banyak
perbezaan yang timbul dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia ini namun
janganlah itu dijadikan penyebab untuk kita membeza-bezakan antara kaum yang
ada. Persamaan yang wujud tetap ada antara kita semua walaupun tidaklah
ketara dalam suasana masyarakat yang pelbagai ini. Sebagai contoh melalui
persamaan dari aspek makanan yang mana ada banyak menu makanan dari
kaum lain tidak menjadi masalah untuk dinikmati oleh kaum yang lainnya.
Makanan seperti satay, nasi lemak dan roti canai misalnya boleh dijenamakan
sebagai makanan Malaysia yang sudah lama sebati dalam masyarakat Malaysia
yang pelbagai kaum ini. Kesannya, matlamat kebersamaan dalam kepelbagaian
akan dapat diwujudkan di negara ini.
[4 markah]

71
PERPADUAN BERPERANAN PENTING DALAM MENGEKALKAN
KEDAULATAN NEGARA. BINCANGKAN
ATAU
BINCANGKAN KESAN TERHADAP KEDAULATAN NEGARA SEKIRANYA
RAKYAT NEGARA KITA TIDAK BERSATU PADU.

Ketidakwujudan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat akan


mewujudkan pelbagai masalah. Tanpa perpaduan kaum negara akan menjadi
kacau-bilau dan huru-hara. Perasaan saling benci membenci akan menebal
dalam masyarakat.. Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat
akan berterusan dan berleluasa. Isu-isu sensitif yang berkaitan tentang sesuatu
kaum turut diungkit yang akan menyebabkan pergaduhan kaum tercetus.
Keadaan ini akan menyebabkan keadaan huru-hara dalam negara berlaku. Dalam
keadaan huru-hara, kedaulatan negara sukar dipertahankan
[4 markah]

Sikap prasangka antara kaum akan semakin menebal dalam


masyarakat. Masyarakat akan sentiasa curiga dan menaruh perasaan yang
kurang baik tehadap sesuatu kaum. Keadaan ini akan mendorong kepada
kemunculan semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri. Dalam
keadaan ini isu-isu sensitif tentang sesuatu kaum seperti isu agama dan bahasa
sering disentuh. Keadaan ini akan menjejaskan keharmonian antara kaum di
negara kita yang secara langsung akan menggugat kedaulatan negara kita.
[4 markah]

Masyarakat yang tidak bersatu padu akan melahirkan semangat


assabiyah yang mendalam dalam kalangan anggota masyarakat. Masing-masing
kaum akan mengutamakan kaum sendiri. Semangat kekitaan yang hanya
mementingkan kaum sendiri akan menebal dan membelenggu sesuatu kaum.
Ketaksuban terhadap kaum akan menimbulkan permusuhan antara kaum yang
akan mendorong kepada pergaduhan dalam masyarakat seperti peristiwa 13 Mei
1969. Dalam keadaan ini, negara bangsa yang berdaulat adalah sukar dibentuk.
[4 markah]

Tiadanya perpaduan dalam masyarakat turut menjejaskan kedaulatan


negara. Keadaan negara yang huru-hara akibat anarki antara kaum
memudahkan kuasa asing untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran
negara dan seterusnya menguasai negara kita secara totalnya. Ini menyebabkan
kemerdekaan negara sukar untuk dipertahankan dan negara terpaksa berada
dalam telunjuk pihak penjajah.
[4 markah]
72
Selain itu, ketiadaan perpaduan akan menjejaskan keselamatan dan
keamanan negara. Berikutan masyarakat yang berpecah belah, perbalahan dan
pergaduhan antara kaum tercetus. Situasi ini akan mewujudkan keadaan
kekacauan dalam negara contohnya kadar jenayah di dalam negara akan
meningkat selain itu tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat
akan berterusan dan berleluasa. Berikutan itu, nyawa setiap rakyat dalam
keadaan tidak selamat dan terancam. Lanjutan daripada itu keselamatan negara
dan rakyat akan terjejas. Rakyat akan hidup dalam keadaan ketakutan.
Keamanan negara turut terjejas. Keadaan ini membuka peluang kepada kuasa
asing untuk menjajah negara kita.
[4 markah]

Pembangunan negara akan terbantut berikutan masalah perpaduan yang


berlaku di negara kita. Berikutan daripada masalah perpecahan kaum, masalah
ekonomi dan ketidakpuasan hati oleh kaum kaum tertentu, kestabilan negara
akan terjejas. Ini akan menyebabkan negara mengisytiharkan darurat. Maka,
segala urusan pembangunan yang dirancang akan tergendala berikutan
peruntukan kewangan negara disalurkan ke arah memperkukuhkan keselamatan
dan kedaulatan negara.
[4 markah]

Selain itu, berikutan masalah perpaduan yang berlaku dalam negara,


ekonomi negara akan merosot. Hal ini disebabkan negara-negara luar akan
kurang mengeksport barangan mereka kepada Malaysia oleh sebab berlakunya
huru-hara di dalam negara. Ramai pengeksport berasa was-was untuk mengambil
risiko menghadapi kerugian sekiranya meabur dalam negara yang tidak stabil
ekonominya. Maka, ekonomi negara akan merosot. Berikutan kekurangan modal
dalam negara dan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan pembentukan
negara bangsa yang utuh tidak kesampaian.
[4 markah]

Sehubungan dengan tiadanya perpaduan, imej negara akan tercemar.


Negara-negara lain akan membicarakan keadaan negara Malaysia yang sedang
dilanda huru-hara sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Negara
Malaysia yang dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum dan
bersatu padu akan dikenali sebagai negara yang tidak aman dan kacau
bilau.Kadar jenayah yang tinggi dan berleluasa memburukan lagi imej dan maruah
negara. Justeru itu, nama baik negara Malaysia akan terjejas dan dianggap tidak

73
selamat untuk dikunjungi. Keadaan ini menyebabkan pembentukan negara
bangsa Malaysia berdaulat yang utuh dan disanjungi tidak kesampaian.
[4 markah]

Kerapuhan aspek perpaduan dalam masyarakat Malaysia akan membantutkan


pelaksanaan dasar- dasar kerajaan. Dasar kerajaan seperti Wawasan 2020
tidak akan tercapai berikutan masalah ekonomi dan sosial yang semakin
membelenggu negara. Wawasan 2020 turut mensasarkan isu perpaduan nasional
sebagai suatu cabaran ke arah pembentukan negara yang maju. Kesemua dasar
kerajaan ini akan terbantut akibat keadaan huru-hara yang berpunca daripada
ketiadaan perpaduan dalam masyarakat.
[4 markah]

74
JELASKAN PERANAN RAKYAT DALAM MEMPERTAHANKAN KONSEP
NEGARA DAN BANGSA.

Setiap rakyat perlu mengambil bahagian dalam meningkatkan perpaduan


kaum di Malaysia melalui pelbagai aktiviti sosial seperti menziarahi Rumah
Terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan dan jiran tetangga. Amalan ini dapat
memupuk persefahaman rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim tanpa mengira
kaum, agama,usia, jantina dan status sosial. Semasa menghadiri rumah terbuka,
kita boleh mengenali adatresam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus
dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama
lain. Tegasnya, penganjuran rumah terbuka ini mampu mewujudkan suasana
harmoni dan menjadi lambang keunikan negara kita serta mewujudkan rasa
bersyukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
[5 markah]

Selain itu, perpaduan kaum dapat dipertingkatkan menerusi pengamalan


Kebudayaan Kebangsaan seperti kebudayaan Melayu, Cina dan India.
Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan
dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka
melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Apabila diadakan sesuatu
persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang
kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin
dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian
piring oleh masyarakat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh
masyarakat India serta Tarian Sumazau dan Tarian Ngajat milik peribumi Sabah
dan Sarawak. Sikap keterbukaan rakyat Malaysia menerima dan menghormati
aneka budaya ini, secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing
yang berkunjung ke negara ini. Terbukti, kepelbagaian kebudayaan dapat
mewujudkan semangat patriotik yang akhirnya mampu memupuk perpaduan
kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.
[5 markah]

Seterusnya, perpaduan kaum dapat ditingkatkan menerusi aktiviti Hari


Keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar dilaksanakan
oleh komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat
dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengeratkan hubungan sesama
kaum. Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan cuti umum seperti
Cuti Hari Pekerja setiap 1 Mei. Hari Keluarga ini boleh dijalankan di kawasan
berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di
75
sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak dan menyertai
aktiviti yang dijalankan bak pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Secara
tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi
dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat
muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang
dijalankan dapat mengeratkan silaturrahim dan sekali gus menjayakan kempen
‘Sayangi Malaysiaku’.
[5 markah]

Melalui aktiviti sukan dan permainan juga perpaduan dapat ditingkatkan.


Penganjuran sukaneka dan permainan tradisional kaum di Malaysia seperti
pertandingan sepak raga bulat dan permainan pecah periuk pastinya akan
menarik perhatian rakyat tempatan serta turut menjadi tumpuan pelancong asing.
Kemeriahan dan persaingan kumpulan yang disertai oleh pelbagai kaum dapat
memupuk kerjasama ahli kumpulan, ia juga dapat mengeratkan hubungan
penonton dan penyokong yang terlibat semasa aktiviti berlangsung. Maka
,keadaan ini membuktikan slogan “sukan untuk perpaduan’ menjadi satu realiti.
Dengan perpaduan negara menjadi aman damai dan pentadbiran negara berjalan
lancar serta politik stabil.
[5 markah]

76
HURAIKAN KEUNIKAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA YANG
BERDAULAT

Keunikan Malaysia kerana terdiri daripada dua wilayah geografi yang


berbeza iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Malaysia dibentuk
apabila Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak pada
tahun 1963. Walaupun terpisah dari segi geografi tetapi usaha intergrasi kedua-
dua wilayah ini giat dilaksanakan dari dahulu sehingga ke hari ini agar negara kita
terus aman dan harmoni.
[4 markah]

Seterusnya, komposisi kaum yang berbeza membentuk keunikan negara


Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan
pelbagai etnik bumiputra yang lain tetapi hidup dalam keadaan aman dan damai.
Kaum Melayu merupakan kaum terbesar dan membentuk 54% daripada
penduduk Malaysia. Manakala kaum Cina pula mewakili 25%, kaum India 7.5%
dan selebihnya lain-lain kaum atau etnik.
[4 markah]

Malaysia juga unik kerana mempunyai sistem pemerintahan tersendiri


iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kuasa
pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman. Melalui sistem ini ketiga-tiga badan dipegang
oleh pihak yang berasingan dan wujud perkongsian kuasa untuk mengelakkan
pembolotan kuasa antara pihak-pihak terlibat. Perkongsian kuasa juga wujud
antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengikut undang-undang yang telah
diselaraskan agar tidak berlaku perebutan kuasa dari mana-mana pihak.
[4 markah]

Melalui sistem Raja Berperlembagaan, keunikannya ialah penggiliran


jawatan Yang di Pertuan Agong (YDPA) setiap 5 tahun sekali. YDPA dipilih
dalam kalangan 9 orang Raja-raja Melayu melalui undian sulit dalam satu
mesyuarat khas Majlis Raja-raja. YDPA bertindak sebagai Ketua Negara dan
lambang perpaduan rakyat Malaysia.
[3 markah]

Selain itu, uniknya Malaysia kerana pemimpin terdiri daripada berbilang


kaum yang mewakili seluruh negeri dalam Malaysia. Pemimpin-pemimpin dipilih
melalui pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini bertanding mewakili pelbagai parti
politik masing-masing. Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin yang dipilih adalah

77
berdasarkan suara rakyat melalui sistem demokrasi yang diamalkan dalam
pentadbiran negara Malaysia.
[4 markah]

Selain itu, bahasa pertuturan seharian rakyat Malaysia juga berbeza seperti
orang Melayu menggunakan bahasa Melayu, orang Cina berbahasa Mandarin
atau Hokkien manakala orang India bertutur dalam bahasa Tamil atau Hindi.
Bahasa-bahasa ini bebas digunakan walaupun bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan dan dijadikan sebagai satu alat untuk membentuk perpaduan kaum
di Malaysia.
[4 markah]

Keunikan seterusnya ialah kepelbagaian budaya di Malaysia. Oleh kerana


terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, Malaysia kaya dengan budaya seperti
pakaian yang mengikut kaum masing-masing seperti baju kurung, cheongsam
dan kurta yang turut dipakai oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Secara
tidak langsung ia mencerminkan keharmonian rakyat pelbagai bangsa di negara
ini.
[4 markah]

Malahan kepelbagaian makanan seperti nasi lemak, kuih pau dan tose
disukai oleh semua kaum di Malaysia dan telah diasimilasikan dalam kehidupan
rakyat Malaysia hari ini. Keunikan dan kelazatan pelbagai makanan tradisi rakyat
Malaysia ini bukan sahaja dinikmati oleh semua kaum di Malaysia tetapi turut
menjadi tarikan gastronomi kepada pelancong luar untuk menikmati kelazatan
makanan tersebut apabila melancong ke Malaysia. Oleh itu, kepelbagaian
makanan ini menjadi satu aspek untuk meningkatkan industri pelancongan negara
kita.
[4 markah]

Selain itu, terdapat pelbagai perayaan di Malaysia mengikut kaum.


Sambutan perayaan ini seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali
serta Pesta Menuai atau Sambutan Gawai di Sabah dan Sarawak turut diraikan
bersama-sama tanpa mengira kaum. Malahan turut diadakan Rumah Terbuka
secara besar-besaran sempena sambutan perayaan ini untuk menggalakkan
persefahaman dan perpaduan di Malaysia. Kemeriahan sambutan perayaan ini
turut menjadi tarikan kepada pelancong luar dan mengembangkan sektor
pelancongan negara kita.
[4 markah]

78
Seterusnya, kebebasan beragama juga menjadi amalan yang unik di
Malaysia. Ini kerana orang Melayu mengamalkan ajaran agama Islam. Orang
Cina majoritinya beragama Buddha. Manakala orang India beragama Hindu serta
etnik-etnik lain turut mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa gangguan.
Walaupun telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia agama Persekutuan
adalah agama Islam tetapi agama setiap kaum ini bebas diamalkan di mana-
mana dalam negara. Oleh itu, atas dasar toleransi ini wujud hubungan yang erat
antara pelbagai kaum di negara ini serta dapat mewujudkan keamanan dan
kehidupan yang harmoni.
[4 markah]

79
BINCANGKAN KEJAYAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
MALAYSIA.

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai


kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Antara kejayaan dalam pembinaan
negara dan bangsa Malaysia ialah dalam bidang perusahaan automobil.
Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan
kereta sendiri setanding kereta asing. Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat
yang menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan
Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA). Teknologi industri
berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia ini membolehkan kereta nasional
dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan
sebagainya. Perusahaan ini secara tidak langsung telah dapat meningkatkan
pendapatan negara kita. Maka dengan bidang automobil negara menjadi salah
satu mercu kejayaan negara.
[4 markah]

Selain itu, kejayaan Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan


bangunan yang menjadi kebanggaan negara. Pembangunan negara yang
bergerak pantas dapat dilihat melalui pembinan bangunan-bangunan yang tinggi
terutamanya di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan
pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar
PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia.
Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala Lumpur. Ciri-ciri istimewa kedua-
dua menara ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan
menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang
tahun. Pendek kata, pembinaan bangunan yang tersergam gah telah
membuktikan kejayaan negara dicapai.
[4 markah]

Kejayaan seterusnya ialah Malaysia melangkah maju ke era teknologi


angkasa lepas apabila kita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur
iaitu MEASAT I dan MEASAT II. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia
sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya
sendiri. Bukan itu sahaja, program penghantaran angkasawan negara yang
pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya
mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini telah menjadi
pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains
dan teknologi. Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu
sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam
bidang angkasawan sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
80
Sesungguhnya, penerokaan negara dalam bidang angkasa lepas juga merupakan
salah satu kejayaan negara yang patut dibanggakan.
[4 markah]
Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa
nama Malaysia di peringkat dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan
yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan
dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar di negara Malaysia dan
merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara.
Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan (LRT), KTM,
monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga kepada pengguna dan
pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan teknologi yang
semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina untuk menyelesaikan
masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Ringkasnya, kecanggihan sistem
pengangkutan dan perhubungan negara turut menjadi kayu ukur kejayaan negara
pada masa ini.
[4 markah]

Kejayaan negara yang seterusnya ialah kejayaan dalam bidang sukan.


Sukan negara semakin rancak apabila banyak atlet negara yang berjuang
bermati-matian untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah ratu skuasy negara, Datuk
Nicol Ann David. Datuk Nicol bergelar juara dunia selama 8 tahun berturut-turut
daripada 2008 hingga 2014 membawa kepada gelaran pemain skuasy wanita
nombor satu dunia. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia
juga terkenal di dunia, khasnya Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei
merupakan seorang pemain badminton profesional di Malaysia. Beliau selalu
menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan
keputusan yang cemerlang. Jadi, dengan peningkatan pencapaian yang
cemerlang oleh atlet-atlet negara berjaya menempa nama Malaysia di seluruh
dunia.
[4 markah]

Kejayaan seterusnya ialah dalam bidang pendidikan. Selepas merdeka,


pendidikan Malaysia telah berkembang lebih-lebih lagi dengan pengenalan
pendidikan percuma yang menyebabkan pertambahan murid-murid di sekolah
rendah iaitu 44% dalam tempoh 1957-1967. Latihan perguruan dijalankan di
Maktab Perguruan Kota Bahru, Maktab Perguruan Sultan Idris dan Maktab
Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Sistem pendidikan yang berkembang ini
telah menyebabkan banyak universiti dan kolej dibina di bandar mahupun di luar

81
bandar supaya semua rakyat dapat menikmati institusi pendidikan tinggi dan
seterusnya dapat melahirkan lebih ramai intelektual bijak pandai.
[3 markah]

Kejayaan Malaysia seterusnya ialah dalam bidang pelancongan. Malaysia


merupakan sebuah negeri yang dikelilingi oleh lautan yang luas, dirangkumi oleh
hutan hujan tropika. Oleh itu, tidak hairanlah di negara kita terdapat banyak
tempat pelancongan yang menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai tempat
pelancongan yang mempunyai permandangan yang indah, udara yang segar
telah diwujudkan untuk menarik pelancong asing untuk datang melancong di
Malaysia agar nama baik negara kita dapat ditingkatkan. Disebabkan kedudukan
yang strategi, negara kita mempunyai pantai-pantai yang amat putih pasirnya
seperti Pulau Ledang, Pulau Ketam, Pulau Langkawi dan sebagainya. Demi
menarik pelancong, hotel yang berkelas tinggi juga dibina di pulau-pulau tersebut.
Maka dengan itu pendapatan negara akan bertambah melalui pertukaran wang
asing ke negara kita.
[4 markah]

82
HURAIKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DAN NYATAKAN
LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES MEMBINA NEGARA DAN BANGSA
MALAYSIA BERDAULAT.

a. Cabaran yang dihadapi dalam proses membina negara dan bangsa


Malaysia berdaulat

Cabaran yang dihadapi dalam proses membina negara dan bangsa


Malaysia berdaulat ialah masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum. Sentimen perkauman yang menebal telah membangkitkan isu-
isu sensitif dalam masyarakat seperti agama dan bahasa dan status bumiputera.
Terdapat segelintir pihak mempersoalkan perlembagaan negara, seterusnya
menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.
[3 markah]

Cabaran seterusnya ialah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja


seperti masalah pergaulan bebas, lumba haram, homoseksual dan pembuangan
bayi menyebabkan proses pembinaan negara dan bangsa berdaulat menjadi
pincang. Ini berlaku kerana ceteknya pengetahuan agama di peringkat awal usia
menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan gejala negatif.
[3 markah]

Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam proses membina negara dan
bangsa Malaysia berdaulat ialah masalah gengsterisme dalam kalangan
remaja membawa kepada berlakunya kes buli, ugut, bergaduh dan
mencederakan remaja lain. Masalah gengsterisme ini berlaku antara sebabnya
ialah tekanan emosi yang memuncak, mendorong mereka bertindak mengikut
perasaan berbanding kewarasan akal . Kesannya boleh mengugat keyakinan diri
remaja yang dibuli sehingga ada yang mengambil keputusan untuk membunuh
diri. Hal sedemikian sedikit sebanyak ia mengganggu keharmonian negara dan
kesejahteraan rakyat.
[4 markah]

Cabaran yang dihadapi dalam proses membina negara dan bangsa


Malaysia berdaulat ialah nilai-nilai kemanusiaan yang kian pudar disebabkan
kepincangan isu keruntuhan moral, nilai dan sosial dalam kalangan masyarakat
kian membimbangkan. Ini menyebabkan peningkatan dalam kes pembuangan
bayi dan pembuli jalanan. Hal ini secara tidak langsung akan meruntuhkan
institusi kekeluargaan dan menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Kesannya
kerancakan pembangunan akan terbantut dan ekonomi negara sukar berkembang

83
kerana perbelanjaan kerajaan akan meningkat untuk menampung bayi yang
diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.
[4 markah]

Antara cabaran lain dalam membentuk negara dan bangsa berdaulat ialah
pergantungan kepada media sosial seperti facebook, twitter menyebabkan
masalah penyebaran maklumat palsu mudah tersebar sehingga membawa
kepada perbalahan antara masyarakat dan mengugat keharmonian masyarakat..
Seterusnya pengaruh unsur pornografi telah mempengaruhi pemikiran anak-anak
muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat yang meruntuhkan nilai
ketimuran.
[3 markah]

Cabaran dalam proses membina negara dan bangsa Malaysia berdaulat


ialah nilai mata wang Malaysia yang masih rendah dan tidak stabil turut
memberi kesan untuk memajukan negara. Sebagai contoh, Malaysia terpaksa
membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan komponen penting
daripada negara yang nilai wang lebih tinggi daripada negara kita. Ini
menyebabkan kenaikan harga barang.
[3 markah]

Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam proses membina negara dan
bangsa Malaysia berdaulat ialah spekulasi ketidaktentuan ekonomi Malaysia
juga menjadi cabaran terbesar apabila keberhutangan Malaysia yang serius pada
pertengahan tahun 2018 telah menyebabkan pelabur asing menarik diri daripada
melabur dalam negara kita. Kesannya Malaysia kehilangan sumber pendapatan
terutama dari sudut peluang pekerjaan dan penarafan antarabangsa dan
menjatuhkan imej negara sebagai negara berdaulat.
[3 markah]

Cabaran dari segi politik yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan
negara ialah terdapat segelintir masyarakat yang mengamalkan rasuah. Ini
berlaku disebabkan sifat tamak, tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri
sendiri dalam diri segelintir masyarakat. Amalan ini bukan sahaja mendatangkan
mudarat kepada pelakunya tetapi juga meninggalkan kesan buruk terhadap
negara. Menurut Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Tahun 2018
menunjukkan Malaysia berada ditangga 61 daripada 180 buah negara. Hal ini
sebanyak sedikit mencemarkan nama dan imej negara seterusnya akan
menghalang kemajuan negara.
[4 markah]

84
b. Langkah-langkah dalam proses membina negara dan bangsa Malaysia
berdaulat

Langkah pertama dalam proses membina negara dan bangsa Malaysia


berdaulat bagi mengatasi masalah perpaduan perlu dilaksanakan dari akar umbi
iaitu sejak di bangku sekolah rendah melalui sistem pendidikan diharapkan dapat
menjadi tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama
serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan
negara. Bagi memupuk perpaduan kaum, ibu bapa perlu menghantar anak-anak
mereka ke sekolah kebangsaan agar anak-anak saling mengenali budaya kaum
lain sejak usia muda lagi. Dengan ini mereka akan saling menghormati budaya
kaum lain dan tidak akan membangkitkan isu-isu sentitif. Penggunaan bahasa
yang sama iaitu Bahasa Melayu juga dapat menyatupadukan rakyat dan
mengurangkan masalah komunikasi antara rakyat.
[4 markah]

Langkah bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan


remaja ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi
dengan menekankan pendidikan agama dan penerapan nilai-nilai murni supaya
anak-anak dapat membezakan perkara baik dan buruk. Sekaligus membentuk jati
diri dan akhlak yang terpuji anak-anak. Selain itu, memperbanyakkan aktiviti
kemasyarakatan yang membentuk akhlak remaja seperti aktiviti gotong royong
dan kunjung ke rumah orang tua-tua. Ini akan melahirkan generasi yang lebih
berjiwa penyayang dan berketerampilan dalam meneraju pentadbiran negara.
[4 markah]

Langkah-langkah seterusnya bagi menangani masalah gengsterisme ialah


kerjasama semua pihak antaranya ibu bapa, pihak sekolah, pelajar, serta tidak
terkecuali media massa dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) diperlukan.
Kerjasama tersebut mewujudkan satu persekitaran pembelajaran dan pengajaran
yang bebas daripada unsur keganasan. Selain tu, peranan ibu bapa dalam
memantau dan mengambil berat segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak
sama ada di sekolah atau di luar sekolah melalui perjumpaan dengan guru-guru.
Seterusnya, penguatkuasakan penahanan pesalah juvana di bawah Akta
Pencegahan Janayah (POCA) 1959 bagi mengekang remaja daripada terlibat
dengan aktiviti jenayah dan juga gengsterisme. Sekaligus kes jenayah akan
berkurangan.
[4 markah]

Selain itu, langkah-langkah dalam menangani nilai-nilai kemanusiaan yang


kian pudar ialah kerajaan boleh mengadakan program-program berunsur
85
kekeluargaan untuk mengatasi masalah keruntuhan institusi kekeluargaan yang
kian meruncing. Program ini memberi penekanan kepada penerapan ilmu agama
dalam kehidupan agar lahirnya masyarakat yang berakhlak mulia dan saling
berkasih sayang dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
[4 markah]

Langkah yang selanjutnya dalam mengatasi penyebaran maklumat palsu


ialah kerajaan telah menggubal undang-undang berkaitan penggunaan
media sosial bagi mengekang penyebaran maklumat palsu yang boleh
menggugat ketenteraman dalam negara iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia
1998. Selain itu, membuat kempen mengukuhkan semangat jati diri supaya
masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif dan sentiasa
menjaga nama baik negara dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh
membawa kepada perbalahan antara masyarakat.
[4 markah]

Salah satu langkah kerajaan mengatasi kejatuhan nilai mata wang Malaysia
ialah kadar bunga tinggi yang ditetapkan oleh bank negara menjadi tarikan
pelabur menyimpan di dalam negara dan secara tidak langsung
mengembangkan permintaan terhadap mata wang. Selain itu, perkembangan
sektor eksport untuk mengimport barangan daripada sesebuah negara
menggunakan mata wang negara tersebut. Negara yang produknya kompetitif
dalam persaingan eksport menyebabkan nilai mata wang yang kukuh permintaan
terhadap mata wangnya tinggi. Secara tidak langsung meningkatkan produktiviti
Malaysia untuk bersaing dengan negara lain untuk mengukuhkan pembinaan
negara dan bangsa.
[4 markah]

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah rasuah yang


berleluasa sehingga menjadi cabaran untuk memajukan negara adalah
memperkasakan dan memperketat undang-undang negara terhadap pelaku
rasuah supaya mereka berfikir dan takut untuk memberi dan menerima rasuah.
Masyarakat perlu diterapkan dengan nilai-nilai integriti dan mengamalkan
budaya anti rasuah supaya menjadi insan yang mulia. Selain itu, memantapkan
lagi peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
membasmi masalah rasuah di dalam negara ini. Kerajaan juga telah melancarkan
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 pada Januari tahun ini dalam
usaha merealisasikan menjadikan negara bebas rasuah dan berintegriti.
[4 markah]

86
JELASKAN KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM PEMBINAAN
NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA BERDAULAT.

Kepentingan semangat patriotisme dalam pembinaan negara dan bangsa


Malaysia berdaulat ialah mewujudkan semangat mencintai negara dan bangsa
bagi memelihara keamanan dan kemakmuran negara. Rakyat Malaysia yang
terdiri daripada kaum majoriti iaitu Melayu, Cina, dan India perlu dilibatkan
bersama-sama di dalam semua aspek, misalnya bersama-sama meraikan
perayaan setiap kaum bagi mewujudkan semangat kekitaan yang tinggi antara
satu sama lain. Oleh yang demikian musuh tidak akan berani mengganggu
kedaulatan negara kita.
[4 markah]

Seterusnya, dapat melahirkan identiti masyarakat berjiwa patriotik dengan


menjadi bangsa Malaysia yang bersatu padu dan progresif untuk menjamin
keselamatan negara dan bangsa. Generasi muda perlu dididik untuk mempunyai
jati diri yang tegar serta ada sifat keberanian di dalam diri yang sentiasa ada jiwa
bangsa Malaysia bagi mempertahankan negara daripada pelbagai fitnah dari
dalam dan luar negara yang mahu melonggarkan keakraban rakyat di negara kita.
Contohnya, menjadi perwira negara dengan menyertai anggota pertahanan
negara seperti askar, polis, dan tentera laut.
[4 markah]

Di samping itu,rakyat perlu ada sikap menghargai antara satu sama lain
walaupun berlainan keturunan dengan mengamalkan sikap berbaik- baik ketika
melakukan sesuatu perkara bagi memastikan perpaduan antara kaum menjadi
satu teras utama di Malaysia untuk menjamin kesinambungan bangsa dihargai.
Suasana harmoni rakyat ini akan dapat merangsang perkembangan sektor
pelancongan negara. Contohnya budi bahasa rakyat Malaysia sering dihargai oleh
pelancong negara Barat.
[3 markah]

Semangat patriotism dapat membentuk masyarakat yang amat bersyukur


melalui pelaksanaan sebuah kerajaan demokrasi yang memberikan kebebasan
kepada masyarakat untuk mentadbir negara mengikut acuan sendiri.
Pemerintahan negara yang adil dan telus oleh pemimpin yang berwibawa akan
menjadikan rakyat untuk bekerja kuat dengan bersungguh-sungguh agar dapat
menyumbang ke arah pembangunan negara. Rakyat sentiasa berganding bahu di
dalam bidang ekonomi terutama bidang perindustrian dan pertanian bagi
meningkatkan sumber kewangan negara.
[4 markah]
87
Kepentingan semangat patriotisme yang seterusnya dapat menjadi
pemangkin imej negara yang gah di persada antarabangsa. Malaysia
merupakan negara yang pesat membangun kerana wujudnya jiwa patriotisme
yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang telah
mengharumkan nama negara di persada dunia, antaranya, Dato’ Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor menjadi angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa
pada tahun 2007. Selain itu, Tun Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang sering di sanjung tinggi oleh semua pemimpin dunia kerana
lantang bersuara. Misalnya, pada 25 September 2019 di ibu pejabat PBB, Tun
Mahathir mengkritik kerajaan Myanmmar kerana tidak menyelesaikan krisis etnik
Rohingya yang menyebabkan jutaan orang kini menjadi pelarian.
[4 markah]

Rumusannya, kepentingan semangat patriotisme dalam pembinaan negara


dan bangsa adalah perlu dititik beratkan oleh kerajaan untuk memastikan
kedaulatan negara dipelihara dengan teguh. Walaupun pelbagai masalah dan
halangan yang dihadapi, rakyat Malaysia yang jitu dengan tali perpaduan akan
memastikan kesejahteraan bangsa dan negara dipelihara dengan sepenuh hati.

88
HURAIKAN CABARAN UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG
BERJIWA PATRIOTISME DALAM PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA.

Cabaran untuk melahirkan masyarakat yang berjiwa patriotisme dalam


pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah sikap individualisme yang
merujuk kepada perbuatan mementingkan diri tanpa mempedulikan
kepentingan negara dan bangsa. Sikap ini merujuk kepada rakyat yang berusaha
agar diri mereka didahulukan dari kepentingan negara jika berlaku desakan hidup.
Sanggup menggadai maruah bangsa dan negara kepada musuh. Misalnya
bersekongkol dengan musuh dengan menabur fitnah di dalam media sosial. Ini
akan menyebabkan keruntuhan bangsa dan negara berlaku kerana tiada
perasaan cinta untuk berganding bahu antara satu sama lain dalam
menyelesaikan masalah negara.
[4 markah]

Selain itu, penularan budaya asing yang liberal menyebabkan jiwa rakyat
atau generasi muda tidak peka lagi semangat menghargai negara dan bangsa.
Budaya asing yang dipraktikkan menyebabkan rakyat dan generasi muda kian
melupai asal usul warisan nenek moyang. Alpa dengan cara hidup barat seperti
mengamalkan cara hidup bebas antara lelaki dengan perempuan dan budaya
LGBT. Oleh itu, generasi muda mula melupai cara hidup masyarakat timur yang
terkenal dengan budi bahasa yang tinggi terutama menghormati orang yang lebih
tua.
[4 markah]

Cabaran seterusnya ialah, sentimen perkauman yang kuat dan menebal


menyebabkan pembinaan negara dan bangsa yang berdaulat sukar untuk dicapai.
Segelintir rakyat Malaysia masih lagi mementingkan kaum sendiri untuk membina
legasi keturunan mereka tanpa mempedulikan kemajuan negara. Cara kehidupan
yang hanya mementingkan pembangunan sesuatu kaum sahaja menyebabkan
negara mungkin sampai bila-bila tidak akan mencapai status negara maju.
Misalnya ekonomi negara dikuasai oleh kaum tertentu di Malaysia dan parti politik
yang berasaskan kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja.
[4 markah]

Selain itu, sikap berprasangka antara satu sama lain merupakan cabaran
bagi melahirkan masyarakat bersemangat patriotisme yang tinggi. Masyarakat
yang berbilang kaum masih lagi menjiwai sifat prasangka yang kuat menyebabkan
program atau aktiviti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan menemui jalan buntu
kerana masing-masing menganggap mereka yang terbaik di dalam sesuatu hal.
89
Secara tidak langsung musuh akan mencari isu perkauman untuk melaga-lagakan
antara satu sama lain supaya keharmonian negara hancur.
[4 markah]
Seterusnya ialah wujudnya jurang perbezaan pendidikan antara kaum.
Kelompok sesuatu kaum masih lagi memilih sekolah yang terdiri daripada kaum
majoriti mereka sahaja. Sikap tidak mahu bercampur dengan kaum yang lain
menyebabkan mereka tidak ada semangat jati diri yang tinggi. Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Wawasan tidak mendapat sambutan seperti yang
diharapkan kerana mereka takut hilang identiti dan budaya asal mereka.
[3 markah]

Kesimpulannya, jika rakyat masih lagi berdegil tidak mahu menerapkan


semangat patriotisme dalam membina negara dan bangsa yang berdaulat,
cabaran ini pasti menjadi halangan untuk membina keharmonian bangsa diantara
satu sama lain. Semua pihak yang terlibat perlu memandang serius setiap apa
yang dialami atau berlaku bagi memastikan cabaran melahirkan masyarakat yang
bersemangat patriotik dapat ditangani dengan lebih efisien.

90
HURAIKAN LANGKAH MEMANTAPKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA.

Langkah untuk memantapkan semangat patriotisme dalam pembinaan negara


dan bangsa melalui sistem pendidikan di sekolah. Semangat patriotisme boleh
boleh diajar secara terus melalui subjek Sejarah atau merentas kurikulum seperti
subjek Sivik dan Kewarganegaraan dalam kalangan murid di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Isi kandungan pembelajaran perlu menitik beratkan
perasaan menyayangi negara dan bangsa Malaysia contohnya perjuangan tokoh
seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambhantan.
Pihak sekolah juga boleh mengadakan program seperti sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah dan menyanyikan lagu NegaraKu pada setiap
kali perhimpunan rasmi. Jika perkara ini dilaksanakan secara rutin maka sudah
pasti semangat patriotisme akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.
[4 markah]

Selain itu, peranan kerajaan dengan melaksanakan program yang


menerapkan semangat negara bangsa melalui program PLKN. Program ini perlu
penglibatan masyarakat pelbagai kaum. Program ini dilaksanakan kepada semua
remaja di Malaysia setelah berumur 17 tahun ke atas yang bertujuan bagi
pembinaan sahsiah diri bagi mengukuhkan semangat patriotisme serta integrasi
nasional melalui penerapan nilai- nilai murni. Contohnya, remaja yang menyertai
program ini dapat dilihat mempunyai tahap disiplin yang tinggi seperti patuh dan
taat setia kepada negara dan bangsa. Oleh itu, program ini amat baik dalam
melahirkan bangsa Malaysia yang berpatriotisme.
[4 markah]

Disamping itu, menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media


massa. Kempen yang berkaitan dengan peningkatan semangat patriotisme
kepada masyarakat majmuk di Malaysia dapat menjamin kesejahteraan hidup.
Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melalui Kementerian
Penerangan Malaysia, boleh menggunakan media massa dan media sosial
menayangkan filem seperti Hati Malaya 1957, Bukit Kepong atau iklan-iklan
semangat patriotik seperti iklan Pertonas. Penggunaan Instagram atau Facebook
untuk menyalurkan semangat patriotik amat bersesuaian bagi menarik perhatian
golongan remaja seperti mengadakan pertandingan gubahan lirik lagu patriotik
mahupun pertandingan swafoto yang berkaitan dengan semangat patriotik.
[4 markah]

Seterusnya, semangat keberanian dan bangga terhadap negara oleh tokoh


pejuang perlu diterapkan dalam diri generasi pada hari ini untuk menjamin
91
keutuhan bangsa dan negara dengan menghormati antara satu sama lain. Ibu
bapa perlu mendidik anak-anak untuk mempunyai sikap keberanian dalam
menegakkan sesuatu kebenaran. Pengetahuan tentang sejarah asal usul
keturunan bangsa, sebab-sebab berlakunya penjajahan oleh kuasa luar dan
keistimewaan yang dimiliki negara kita perlu diperjelaskan. Ibu bapa boleh
membawa anak-anak ke tempat bersejarah seperti Muzium Kemerdekaan atau
tugu kebangsaan bagi menyemai semangat patriotisme dalam diri anak-anak.
[4 markah]

Langkah seterusnya untuk meningkatkan semangat patriotisme dengan


melukis mural dan membina monumen peristiwa-peristiwa bersejarah di
tempat awam ataupun di premis kerajaan. Melalui lukisan dan monumen ini jiwa
patriotisme tidak akan hilang dalam diri rakyat Malaysia. Kisah sejarah pembinaan
negara dan bangsa serta tokoh penggerak kemerdekaan dari dulu hingga kini
akan menyedarkan bahawa memperjuangkan kemerdekaan lebih mudah
daripada mengekal dan mengisi kemerdekaan.
[3 markah]

Rumusannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan


warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa dan agama. Individu yang memiliki semangat patriotik
yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya
agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat serta setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding
bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

92
HURAIKAN NILAI MURNI / IKTIBAR DALAM PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA.

Nilai murni / iktibar yang dapat diambil daripada proses pembinaan negara
dan bangsa Malaysia ialah pentingnya sifat toleransi dan tolak ansur antara
kaum. Sifat toleransi ini sangat penting memandangkan Malaysia memiliki
masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kepentingan, bahasa dan
kepercayaan.Toleransi dapat dipupuk melalui sikap saling hormat-menghormati,
melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan seperti gotong-royong, rumah
terbuka dan sebagainya. Tegasnya, toleransi ini membolehkan rakyat hidup
dalam keadaan aman, selamat dan harmoni.
[4 markah]

Selain itu, pembinaan negara dan bangsa juga memerlukan pemimpin-


pemimpin yang berwibawa untuk membawa negara ke mercu kejayaan.
Kebijaksanaan pemimpin terdahulu dalam merelisasikan pembentukan Malaysia
perlu dicontohi. Pemimpin-pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul
Razak telah berjaya mentadbir negara dengan baik. Pemimpin perlu mengelakkan
mengutamakan kepentingan peribadi sebaliknya berusaha melaksanakan
amanah yang telah diberikan. Jelasnya, Pemimpin perlu bijak menguruskan
negara agar Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju dan disegani.
[4 markah]

Seterusnya, pembinaan negara dan bangsa memerlukan kerjasama yang


padu antara semua lapisan masyarakat. Tanpa kerjasama yang mantap, impian
untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, cemerlang dan makmur akan
gagal. Semua lapisan masyarakat perlu bekerjasama dan berganding bahu
dalam semua perkara terutamanya dalam mendepani cabaran dalam
mewujudkan sebuah negara yang maju dan berdaulat. Jelasnya, semua lapisan
masyarakat tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab membina negara.
[4 markah]

Iktibar lain ialah masyarakat perlu mengekalkan perpaduan dan sentiasa


bersatu dalam menghadapi apa jua rintangan. Membina sebuah negara yang
makmur dan berdaulat bukan satu perkara yang mudah. Masyarakat perlu
mengelakkan dari membangkitkan isu-isu sensetif yang boleh memecahkan
perpaduan seperti isu bahasa dan hak istimewa orang Melayu. Perpaduan yang
mantap membolehkan pemimpin negara fokus untuk memajukan negara
terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil sekarang.
[4 markah]

93
RUMUSAN

Berdasarkan kajian, rumusan yang dapat diambil ialah pembinaan negara


dan bangsa yang berdaulat bukan perkara yang mudah kerana melalui beberapa
fasa yang mencabar seperti Malayan Union 1946, Persekutuan Tanah Melayu
1948, Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Pembentukan Malaysia 1963. Dalam
pembinaan negara dan bangsa, kesejahteraan rakyat menjadi agenda utama
pembangunan negara melalui keadilan ekonomi dan perpaduan negara seperti
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Justeru, langkah para pemimpin Persekutuan
Tanah Melayu yang memilih pendekatan musyawarah melalui Sistem Ahli dan
Pakatan Murni sebagai pendekatan mengatasi segala kemelut politik merupakan
langkah yang bijak dan amat berkesan.

Pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat membuktikan


kebijaksanaan setiap kaum yang sanggup berkongsi. Hal ini telah
menyebabkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat diperkukuh dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial. Kebijaksanaan pemimpin terdahulu seperti
Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra al Haj, Tun Tan Cheng Lock, Tun
V.T Sambanthan telah menjadikan negara dan bangsa Malaysia satu realiti.
Justeru, pengorbanan dan perpaduan merupakan elemen penting bagi
pembinaan negara yang aman lagi makmur kerana Malaysia terdiri daripada
pelbagai bangsa di dalamnya.

Iktibar yang diperoleh daripada kajian ini penting kepada negara yang
mempunyai rakyat pelbagai kaum. Kerjasama dan permuafakatan antara kaum
menjadi teras dalam menyelesaikan permasalahan yang wujud. Masalah ini dapat
diselesaikan melalui rundingan. Hal ini dapat mengelakkan perbalahan antara
kaum kerana lahirnya perasaan hormat-menghormati dalam kalangan
masyarakat. Di samping itu, wujud kerjasama antara kaum dan sanggup
berkorban demi memperjuangkan kedaulatan negara. Kesannya, sikap toleransi
dalam membentuk pakatan murni dan berjaya mewujudkan sebuah negara dan
bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang unik telah menjadi model
kerana keamanan dan kestabilan politiknya. Dalam hal ini, menjadi harapan
kepada rakyat Malaysia agar negara ini terus aman, makmur dan berdaulat.
Perasaan setia, bangga dan cinta akan negara perlu kita pupuk untuk
mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia. Di samping itu,
menjadi harapan rakyat agar generasi muda hari ini menghargai kebijaksanaan
pemimpin negara dalam membina negara bangsa. Mereka seharusnya
94
mendukung konsep kerjasama sebagai pendekatan dalam memastikan
kemerdekaan yang dinikmati akan terus terpelihara. Justeru, rakyat Malaysia yang
pelbagai kaum hendaklah berusaha mempertahankan kedaulatan negara
daripada sebarang bentuk penjajahan.

PANDUAN MENJAWAB TAMAT

95

You might also like