Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Geografi

Pencemaran Udara

Nama : Ariff Danial


Kelas : 2 Ruby
Guru : Cikgu Putit Bin Awi
Senarai Isi Kandungan

 Penghargaan
 Pendahuluan
 Objektif Kajian
 Kawasan Kajian
 Kaedah Kajian
 Dapatan Kajian
 Rumusan
 Rujukan
Penghargaan

Saya, Ariff Danial Bin Sukendar ingin mengucapakan ribuan terima


kasih kepada pihak sekolah, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah,
kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membuat Kajian
Geografi Tempatan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengetua kolej,
Puan Cathrine Rithikos @ Fiziah Abdullah kerana sering memberi
dorongan untuk memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan
selamat.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru
Geografi saya iaitu cikgu Putit.Saya juga ingin merakamkan
penghargaan kepada kedua-dua ibu dan bapa saya yang selalu
memberi bimbingan kepada saya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan rakan kajian saya iaitu Adam,
Raiyan, Athira dan Batrisya.
Pendahuluan

Saya, Ariff Danial Bin Sukendar dari kelas 2 Ruby di Kolej Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah telah menjalankan Kajian Geografi
Tempatan yang bertajuk ‘Pencemaran Udara’ di Kampung Gita Laut,
Kuching, Malaysia.
Saya memilih Kampung Gita Laut kerana ia merupakan tempat
kediaman saya. Selain itu, saya memilih kawasan tempat kediaman
saya supaya mudah untuk saya membuat kajian ini.
Objektif Kajian

1. Mengkaji suasan udara di Kampung Gita Laut, Kuching.

2. Mengenalpasti potensi udara kepada kegiatan penduduk


Kampung Gita Laut, Kuching.

3. Mengenalpasti punca-punca pencemaran udara di Kampung


Gita Laut, Kuching.

4. Mengenalpasti kesan pencemaran udara kepada penduduk di


kawasan kajian iaitu Kampung Gita Laut, Kuching.

5. Mengenalpasti langkah-langkah untuk membaik pulihkan


pencemaran udara di Kampung Gita Laut, Kuching.
Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang saya pilih bagi mengkaji kajian yang diberi adalah
Kampung Gita Laut, Kuching, Sarawak.

Kampung Gita Laut telah dianggap sebagai contoh kepada


kampung-kampung yang lain yang terdapat di kawasan pilihan
rayaTupong kerana kebolehanuntuk mempamerkan kerjasama dan
hubungan rapat antara penduduk-penduk kampung.
Wakil rakyat Tupong, Datuk Abdul Rahman ketika menunjukkan
bahawa saling mengenali antara satu sama lain, membangunkan
hubungan rapat dan meningkatkan semangat bersama merupakan
formula kejayaan penduduk-penduduk untuk setiap program yang
telah mereka libatkan diri masing-masing.
“Penduduk kampung ini (Kampung Gita Laut) telah membuat yang
terbaik dari segi penglibatan jawatankuasa. Kebanyakan program
yang dijalankan di kampung ini telah mencapai sasaran dan berakhir
dengan sangat baik”, beliau menyatakan semasa penutupan majlis
Hari Keluarga Kampung Gita Laut.
Menggambarkan hubungan rapat sebagai alat penting untuk
kejayaan para generasi muda penduduk kampung, Daud yang juga
merupakan Pembantu Menteri (hal ehwal Islam) menggesa ibu bapa
untuk memastikan anak-anak mereka Berjaya dalam pelajaran dan
untuk membuatkan ia sebagai keutamaan.
“Pendidikan merupakan alat utama yang boleh mengangkat status
para penduduk di sini. Dengan kerja yang mendatangkan lumayan,
mereka yang dai mendapat pendapatan rendah boleh memperbaiki
hidup dan status mereka”, beliau berkata.
Kaedah Kajian
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan kaedah
seperti berikut:
 Kaedah Pemerhatian
Saya menggunakan kaedah ini untuk memerhatikan dan mengenal
pasti kondisi udara di kawasan kajian iaitu Kampung Gita Laut.

 Kaedah Temu Bual


Saya menemu bual 3 orang responden iaitu Ketua Kampung Gita
Laut iaitu Encik Othman, bapa saya iaitu Sukendar Bin Razali dan
ibu saya iaitu Amy Melissa Binti Hj. Bujang tentang pentingnya
untuk memulihara udara di kawasan kajian.

 Kaedah Rujukan
Akhir sekali saya telah menggunakan, pelbagai sumber rujukan
seperti internet dan buku telah dirujuk dan dijadikan penduan serta
mendapat maklumat seperti peta kawasan kajian untuk
menyiapkan kerja kursus ini.
Dapatan Kajian

Jenis Masalah Pencemaran


 Pencemaran udara
Punca-punca masalah pencemaran
i. Asap kenderaan
ii. Asap pembakaran secara terbuka
iii. Asap daripada kilang-kilang
iv. Aktiviti pembangunan dan perindustrian
Langkah-langkah mengatasi pencemaran
i. Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis
asap
 Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan
serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong
asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang
dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak
mencemarkan udara.

ii. Penguatkuasaan undang-undang


 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi
mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada
kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk
di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil
tindakan selanjutnya.

iii. Kempen
 Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan
radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.
Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu
agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan
datang.
Rumusan

Saya telah membuat kajian di kawasan Kampung Gita Laut,


Kuching, Sarawak mengenai pencemaran udara. Saya dapati punca
pencemaran udara di kawasan kajian ini ialah akibat asap
kenderaan dan aktiviti pembakaran secara terbuka kerap
dilakukan. Amalan ini telah memberi kesan negative di kawasan
kajian ini seperti jerebu, suhu meningkat dan hujan asid. Walau
bagaimana pun terdapat beberapa cadangan atau langkah yang
telah diambil untuk mengurangkan kesan pencemaran udara
seperti penguatkuasaan undang-undang, mengadakan kempen
mencintai alam sekitar dan pendidikan alam sekitar untuk memberi
kesedaran kepada penduduk di kawasan kajian ini.

Sebagai penduduk kampung ini, saya berasa bangga kerana


penduduk kampung ini mempunyai kesedaran tentang pentingnya
menjaga alam sekitar. Kerjasama yang erat antara penduduk di
kampung ini dengan pihak kerajaan telah mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar dalam usaha menjadi kampung ini lestari
di masa hadapan.
Rujukan

 Buku teks

 Buku rujukan

 Internet

 Surat khabar lama

You might also like