Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

BINCANGKAN PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH BERIKUT : HERODOTUS

THUCYDIDES ST. AUGUSTINE LEOPORD VON RANKE KARL MARX

PENGENALAN

Pensejarahan atau historiografi bukanlah satu bidang yang baru dalam dunia
intelektual, malahan bidang ini telah dikaji dan ditulis oleh sejarawan Barat sejak abad ke-5
sebelum masihi (SM). Historiogarfi ialah merujuk kepada hasil pengkajian dan penulisan
sejarah. Ia tidak menekankan kepada pencatat sejarah sahaja, ia perlu juga menerangkan
pemikiran dan pengaruh zamannya, ke atas hasil penulisannya tentang karya-karya lain yang
bercorak sejarah semasa.

Pensejarahan Barat dapat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu zaman klasik,
pertengahan dan moden. Pensejarahan zaman klasik bermula pada abad ke-5 sebelum masihi,
pada zaman Yunani dan Rom. Sejarawan yang pertama dalam penulisan sejarah ialah
Herootus dan Thucydides.

Zaman pertengahan juga dikenali sebagai zaman Gelap. Pada ketika itu, masyarakat
Eropah telah dikongkong oleh gereja yang mendomnasi pentadbiran kerajaan berdasarkan
agama dan mereka cuba mempertahankan dogma-dogma tradisi tersebut. Terdapat banyak
tulisan sejarah berbentuk teologi atau falsafah keagamaan yang dihasilkan oleh paderi-paderi
kristian. Mereka menggunakan kitab Bible sebagai sumber rujukan utama. Tokoh terkenal
pada masa ini ialah St. Augustine

Zaman moden pula muncul pada abad ke-19. sejarawan pada masa ini mula
melakukan penyelidikan dengan menggunakan kaedah moden dan kemudiannya mengambil
idea baru bagi menyelesaiakan masalah-masalah mereka. Mereka telah membahagikan
sejarah kepada pelbagai bidang dan menekankan fakta-fakta serta bukti yang bersifat objektif,
Tokoh pada zaman ini ialah Leopord Von Ranke dan Karl Marx.[1]

HERODOTUS

BIODATA

Herodotus dilahirkan kira-kira tahun 484 S.M di wilayah Halicarnassus iaitu Bodrum
di Turki sekarang. Beliau dikatakan berketurunan daripada keluarga berpengaruh di wilayah
tersebut tetapi disingkirkan oleh Lygdamis yang memerintah dengan kejam. Kemudian beliau
meninggalkan Halicarnassus dan pergi ke usat perkembangan di negara Kota Athens. [2] Dari
Negara Kota Athens beliau mula mengembara dan mengumpul maklumat bagi menulis
bukunya yang terkenal iaitu Histories. Beliau dikenali sebagai Bapa Sejarah dan Antropologi
oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Beliau meninggal dunia pada tahun 424 S.M selepas
meletusnya Perang Pelopenesia.

1
KARYA PENSEJARAHAN

Dalam karya pensejarahannnya dikatakan beliau telah menghasilkan sembilan buah buku.
Buku-buku ini telah disalin semula oleh seorang penyalin yang membahagikannya kepada
tiga bahagian besar. Bahagian pertama daripada tiga bahagian besar mengenai pemerintah-
pemerintah Cyrus, Canbyses dan Kemahkotaan Darius di Parsi. [3] Bahagian pertama ini
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang kecil pula. Pertama, kebangkitan kejayaan-
kejayaan empayar Parsi. Kedua, mengenai Eropah dan peristiwa pertempuran antara Parsi dan
Yunani dan ketiga, Yunani dan kemenangannya ke atas Parsi. Manakala bahagian kedua
daripada tiga besar ialah mengenai tentang pemerintahan Yertes. [4] Melalui karya inilah
sejarah Perang Parsi yang berlaku pada tahun 478 S.M di pertempuran Salamis. Peperangan
antara kedua-dua pihak akhirnya dimenangi oleh tentera Athens. Namun Herodotus percaya
bahawa peperangan bermula disebabkan pemberontokan pihak tentera Athens terhadap
pemerintahan empayar Parsi yang diperintah oleh Danius I, di samping takdir Tuhan yang
telah mengatur segala-galanya.

MOTIF PENULISAN

Berkaitan motif penulisan pula, Herodotus telah mengusahakan pensejarahan itu


secara bersendirian. Baginya pensejarahan itu adalah suatu yang timbul dari minat untuk
membuat penyelidikan dan penulisan agar generasi akan datang tidak melupakannya. Kajian-
kajian ke atasnya yang antara lain menganggap keobjektifan sikapnya dalam membicarakan
perhubungan permusuhan, ataupun konflik berterusan, di antara kedua negara yang berlainan
peradaban itu.[5] Menurut Stephen Usher, tiga motif yang nyata dalam mukadimah
prasejarahnya ialah pertama Herodotus berminat untuk mangabdikan catatan-catatan
mengenai tindakan-tindakan manusia, kedua ialah mengagungkan tindakan antara orang
Yunani mahupun orang biadap yakni Parsi dan ketiga ialah memenuhi minat saintifik untuk
mencari sebab berlaku pertelagahan yang berpanjangan di antara kedua peradaban ternama
yang berhampiran kedudukannya.[6]

KAEDAH PENULISAN

Dalam kaedah penulisan yang digunakan, Herodotus telah mengembara bagi


mandapatkan sumber-sumbernya. Beliau mengembara bagi mendapatkan sumber-sumbernya.
Beliau mengembara ke Negara-negara luar yang terlibat dengan Perang Parsi

seperti Mesir, Syria, Mesopotamia, Scythia, Cyrene dan juga bekas medan-medan
pertempuran di antara Yunani dengan Parsi. Kaedah penyelidikan yang digunakan sedikit
sebanyak sudah mempunyai ciri-ciri kaedah yang dianggap saintifik dan sikap yang agak
kritis sumber-sumbernya. Khususnya sumber lisan, menguatkan lagi kedudukannya sebagai
sejarawan.[7] Contohnya, beliau menyelidik dan mencari maklumat bertulis serta
menemubual daripada saksi-saksi yang terlibat dengan Perang Parsi. Beliau juga melihat
sendiri tempat berlakunya pertempuran I samping meninjau kehidupan dan kebudayaan
negara itu. Di samping itu, beliau menulis dan menceritakan hasil penyelidikan kepada
masyarakatnya yang gemar mendengar kisah-kisah peperangan, kepahlawanan, kesakitan
serta cerita-cerita dongeng. Pengaruh unsur sastera berupa puisi dan penglipur lara yang

2
wujud dalam karyannya kerana beliau terpengaruh dengan karya Homer berupa epik ternama
Iliad dan Odyssey. Beliau turut memasukkan unsure ‘ketentuan’ dalam penulisan kerana
menganggap bahawa dewa-dewi atau Tuhan turut berperanan dalam proses pergerakan
sejarah.

KELEMAHAN KARYA

Antara kelemahan yang wujud dalam karya Herodotus ialah dari segi penyelidikan
beliau menampakkan beberapa kelemahan. Sungguhpun beliau dikatakan oleh J.B Bury telah
memperkenalkan prinsip kritikan dalam penyelidikan sejarah namun pengertian dan
amalannya tidaklah begitu mendalam. [8] Misalnya beliau masih menerima sumber-sumber
lisan yang berupa dogengan ataupun khayalan bagi menerangkan sesuatu peristiwa walaupun
secara peribadi ia tidak mempercayainya.

Menurut J.C Bottom, penulisan Herodotus “dipenuhi dengan data-data yang kerap
menimbulkan kesangsian, walaupun mengagumkan, tentang geogfari dan juga manusia
daripada zamannya, disulami dengan pelbagai kisah ngeri yang mustahil yang dipercayai.[9]

Beliau juga dianggap sebagai pengarang ataupun “penglipur lara” yang telah
mencetuskan tradisi Homer, terutamanya daripada segi stail, jalan cerita, penggunaan bahasa
motif bagi menghiburkan hadirin dan pendengar. Atas alasan ini Herodatus dan
pensejarahannya telah menerima kritikan yang tajam oleh Thucydides yang menganggapnya
sebagai golongan ahli “logographoi” ( penglipur lara ) malah sebagai bapa pembohong.

Kesimpulannya, Herodatus merupakan sejarawan pada zaman klasik yang juga


dikenali sebagai bapa sejarah. Namun secara amnya bukanlah bererti pensejarahannya itu
tidak mempunyai sebarang kelemahan yang ketara. Pensejarahan itu adalah merupakan titik
tolak kepada satu lambang pensejarahan tradisi Eropah yang penting untuk pengkajian sumber
sejarah pada masa kini.

3
THUCYDIDES

BIODATA

Thucydides telah dilahirkan di antara tahun 470-460 SM, di Athens, daripada


golongan orang yang berada serta berpengaruh di kalangan ahli-ahli politik pada ketika itu.
Menjelang tahun 424 SM, ketika beliau berumur kira-kira 30 tahun, beliau telah menyandang
jawatan strategoes ataupun general dalam pasukan Athens. Pada ketika itu, Perang
Teloponesia itu baru sahaja bermula dan beliau diperintahkan memimpin sepasukan tentera
bagi mempertahankan Amphi polis, iaitu di bahagian timur laut negaranya. Tetapi beliau telah
gagal dalam melaksanakan tugas itu, lantas dihukum buang negeri. Sesetengah sejarawan
mengatakan bahawa beliau melarikan diri kerana malu. Thucydides sebenarnya bercita-cita
untuk menulis sejarah Perang Teloponesia sebaik sahaja ia meletus kerana suatu peristiwa
besar yang patut diabadikan. Hukuman dibuang negeri yang dikenakan ke atasnya telah
memberikan peluang untuk belia menulis sejarah perang tersebut. Dalam pada itu, hasil
perlombongan emas dan perak kepunyaannya di Thrace telah memberikan sumber kewangan
yang mencukupi bagi menampung kehidupan dan juga penyelidikannya. Beliau telah kembali
semula ke Athens, selepas Athens dikalahkan oleh Sparta pada tahun 404SM. Beliau telah
meninggal dunia di Thrace pada 399SM.[10]

HASIL KARYA

Hasil karya, beliau telah menulis buku tentang Perang Pelopponesia. Tulisan beliau telah
merangkumi masa kira-kira dua puluh tahun. Buku yang ditulisnya terdiri daripada 8 jilid.
Jilid I, merupakan pengenalan, manalaka 7 jilid yang lain adalah sejarah

peperangan tersebut sejak awal, hinggalah tahun 411SM. Jilid II, menceritakan serangan
Thebes terhadap Platea, wabak yang melanda di Athens, pidato pengkebumian oleh Pricles
dan kematiannya, dan serangan-serangan tentera laut Athens dibawah pimpinan Pharmio. Jilid
III,menceritakan tentang pemberontakan Mytilene, Platea menyerah kalah, penghasutan di
Coreyra, serangan Athens untuk pertama kali ke Sicily dan gerakan-gerakan Athens
dibahagian barat laut. Jilid IV, memuatkan usaha-usaha dan cadangan pihak-pihak Sparta
untuk berdamai, tetapi telah ditolak oleh Athens, kejayaan Athens menawan Tylos dan
Sphacterian dan Pulau Cythera. Kejayaan Sparta dalam pertempuran Delium dibahagian barat
laut. Jilid V pula menceritakan gerakan yang dibawa oleh Cleon membawa kematian dan
termaktubnya perjanjian Micius dan kejayaan Athens menawan Melos. Jilid VI dan VII pula
menceritakan keseluruhan ekspedisi ke Sicily. Manakala Jilid VIII, menceritakan peperangan
yang disambung semula, sehinggalah tahun 411SM apabila usahanya terhenti secara tba-tiba.
[11] Pemberhentiannya dengan tiba-tiba itu menimbulkan tanda tanya, kerana pada masa itu
beliau masih hidup sehinggalah perang berakhir, salah satu kemungkinannya ialah beliau
sedang membuat penyemakan semula penulisan yang telah dilaksanakan sambil memuatkan
dialog-dialog dan pidato-pidato yang dirasakan perlu. [12] Namun demikian, karyanya itu
tetap merupakan suatu hasil karya pensejarahan yang terbaik daripada segi penerangan
terhadap sebab-sebab berlakunya peperangan.

4
MOTIF PENULISAN

Dari segi motif penulisan, beliau merupakan tokoh sezaman yang terlibat secara langsung
dalam peprangan yang menjadi bidang kajiannya, Apa yang dituliskan atau yang
dipersembahkan adalah suatu peristiwa, suatu kisah peperangan sebenar yang berlaku
sezamannya. R.G Collingwood menganggapThucydides bersikap “anti-sejarah” kerana tidak
menjelmakan atau menghidupkan harapan Herodatus, sebaliknya beliau lebih menumpukan
kepada sejarah kontemporari. Karya beliau lebih bercorak empirik iaitu tidak mampu
menghadapi arus nasionalisme Greek yang nyata lebih dominan.[13] Motif utamanya untuk
menghasilkan karya pensejarahannya itu, iaitu untuk mewujudkan ataupun mendapatkan
kebenaran sejarah itu dengan setepat-tepatnya. Beliau juga berpendapat bahawa sejarah
sezaman itulah satu-satunya sejarah yang boleh ditulis dengan kebenaran kerana melaluinya
sejarawan mempunyai peluang yang luas untuk memaparkan perkara-perkara atau peristiwa-
peristiwa yang boleh dibuktikan kebenarannya.[14]

KAEDAH PENULISAN

Dalam menghasilkan karya pensejarahan terbaik, Thucydides telah menggunakan beberapa


kaedah penulisan iaitu, sikap yang kritis. Beliau telah dikenali oleh para pengkajinya sebagai
seorang sejarawan purba yang mementingkan ketepatan agar tidak terjerumus ke dalam tradisi
dongeng dan juga “logographoi” yang lalu.[15] Tidak bersifat penglipur tetapi tegak, keras
dan kasar.untuk mewujudkan pensejarahan yang besar serta tepat. Disebabkan keupayaan
beliau mencari kebenaran sejarah berdasarkan bukti-bukti

yang benar dan bersikap kritikal, maka beliau dianggap sebagai pengasas sejarah berbentuk
kritikal dan saintifik.[16]

Beliau juga terpengaruh dengan golongan sofis dan Hippocrates. Sofis merupakan
golongan bijak pandai yang bergerak dari sebuah bandar ke sebuah bandar mengajar segala
ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh seorang negarawan dan ahli-ahli politik.[17] Ilmu
yang berguna serta praktikal itu haruslah tepat dan benar. Atas pengaruh itulah Thucydides
berhasrat menghasilkan karya pensejarahan yang saintifik dan maujud supaya ia kekal dan
dapat digunakan selama-lamanya sebagai panduan kepada yang memerlukannya. Selain itu,
beliau dipengaruhi oleh cara penerangan Hippocrates dalam menerangkan sesuatu peristiwa-
peristiwa sejarahnya yang mementingkan ketepatan urutan-urutan. Oleh sebab itu juga,
Collingwood menganggap beliau sebagai “bapa psikologis”. Cara penerangannya adalah
berbentuk keperihalan yang kritis, tegas dan menumpu kepada apa yang ingin diterangkannya
tanpa menggunakan bahasa yang berbunga-bunga.

Beliau mengunakan dua sumber dalam penghasilan pensejarahan iaitu, sumber lisan
dan sumber bertulis. Melalui sumber lisan kebanyakannya didapati melalui pertanyaan,
temuduga, ataupun perbualan sepanjang penyelidikannya itu. Manakala sumber bertulis
sebahagian besar adalah terdiri daripada dokumen-dokumen yang

5
berkaitan yang boleh didapati pada ketika itu, umpamanya naskah-naskah perjanjian, ataupun
arahan rasmi dan juga surat-surat.[18] Setiap sumber diperiksa dan dibandingkan untuk
menentukan keutuhannya serta mengelakkan daripada sumber yang palsu.

Beliau memuatkan unsur-unsur pidato bagi menjelaskan sesuatu peristiwa,


mengukuhkan pandangan dan menerangkan sesuatu perkara pidato-pidatoyang dimuatkan
tidaklah terdiri daripada pidato-pidato politik sahaja, tetapi terdapat pidato-pidato para
panglima .perang, pengkebumian dan juga pidato-pidato perbahasan. Pidato seperti ini
merupakan ciri-ciri yang lazim bagi pensejarahan tradisi orang Yunani. Ia adalah sebahagian
daripada cara ia menyatakan kebenaran dan ketepatan sejarahnya, iaitu tanpa melakukan
kenyataan yang umum seperti yang dilakukan oleh sejarawan moden.[19]

KELEMAHAN KARYA

Dalam karya pensejarahan Thucydides terdapat juga kelemahan penulisannya. Dari


sudut penggunaan sumber lisan dan bertulis, beliau menyatakan kesukaran dalam menentukan
fakta-fakta. Ini merupakan suatu kelemahan perkaedahan dari sudut pensejarahan moden,
tetapi beliau menulis dalam zaman yang jauh berbeza dari zaman lahitrnya serta
berkembangnya pensejarahan moden. Baginya, pensejarahan itu tidaklah sekali-kali
didasarkan kepada sumber yang mula-muka didapati tetapi sebahagiannya pula kepada apa
yang disaksikannya oleh orang lain yang ketepatan laporannya akan sentiasa diuji dengan cara
terperinci.[20]

Manakala dari sudut sumber pidato pula, pidato-pidato tersebut mengandungi lebih
banyak imaginasi dan bukannya sejarah, mengikut pandangan Grote. Nyatalah bahawa
Thucydides juga tidak dapat memisahkan pensejarahan sepenuhnya daripada cirri-ciri dan
bentuk pensejarahan tradisi secara am telah dikecamnya sebagai digenangi oleh dongeng-
dongeng yang karut.[21]

Beliau mengemukakan konsep “tyche” ataupun nasib dalam menerangkan beberapa


perkara yang dilihatnya tidak dapat diterangkan daripada sudut tindak tanduk manusia
semata-mata. Contohnya, beliau membicarakan tentang wabak yang melanda di Athens,
beliau tidak menerangkan tentang ubat-ubatan atau cara mengatasinya tetapi
penyembuhannya adalah bergantung kepada nasib daripada rawatan tersebut.

Sesetengah pengkritik pula menganggap beliau telah menyempitkan lapangan sejarah


itu kepada gejala politik dan ketenteraan sahaja. Beliau tidak menghiraukan kepentingan
dokongan-dokongan budaya, sosial dan ekonomi yang lebih mendalam dalam sejarah.

Walau bagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan di sini ialah, sebagai seorang
sejarawan Thucydides telah melaksanakan dan menghasilkan pensejarahan dengan cara yang
paling baik jika dibandingkan dengan keadaan yang wujud pada ketika itu. Selainitu,
pensejarahan yang dibuat oleh Thucydides juga menggambarkan hubungan dan timbal balik
di antara kepentingan sejarah dengan kepentingan sejarawan berkaitan dengan
pensejarahannya, dan beliau berjaya memenuhi tuntutan itu dengan jayanya

6
AURELIUS AUGUSTINUS

BIODATA

Nama sebenarnya ialah Aurelius Augustinus tetapi dalam dunia pensejarahan dan juga
keagamaan beliau dikenali sebagai St. Augustina yang berasal dari Hippo. Beliau dilahirkan
pada T.M 354 di Thagaste dan meninggal dunia pada T.M 430 di Hippo ketika bandar itu
berada dalam kepungan suku kaum randal. [22] Ibu beliau bernama Monica yang berpegang
teguh kepada ajaran agam Kristian manakala bapanya pula masih menganut kepercayaan
tradisi pada masa ini. Pada masa kecilnya, beliau belum menganut agama Kristian. Beliau
hanya memeluk agama Kristian pada usianya 32tahun iaitu bermula pada T.M 387 melalui
pengaruh dan penghujahan biskop Ambrose sewaktu di Milan. Beliau menerima pendidikan
awal di Madura dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Yunani. Selepas itu, beliau
menyambung pengajaran di Carthage dalam retorika. Pada usia 19 tahun, beliau mula
membaca karangan-karangan yang ditulis oleh Ucero yang merupakan negarawan dan
pemidato Rumawi yang terkenal pada masa tersebut. Akibat daripada minat beliau dengan
penerangan Cicero mengenai kebahagian hidup yang boleh dicapai dengan mengabdikan diri
kepada usaha-usaha mencari ilmu dan mencapai kebijaksanaan, beliau telah menyertai
kumpulan penganut ajaran Manichees. Setelah tamat pengajian beliau kembali ke Thagaste
dan menjadi guru retorika di sana dan pada penghujung tahun 1370-an beliau mangambil
keputusan untuk mangajar di Chartage pula. Pada tahun T.M 384, beliau dilantik menjadi
pemidato umum di Milan. Di Milan, beliau bertemu dan bergaul dengan paderi-paderi agama
Kristian. Oleh itu, pada zaman pertengahan ini beliau merupakan paderi yang terkenal pada
zaman tersebut.

KARYA PENULISAN

St. Augustine menghasilkan dua karya yang terbesar, iaitu The Confessions dan The City of
God. The Confessions terdiri daripada 13 jilid yang menceritakan tentang riwayat hidupnya
sendiri sejak kecil sehinggalah beliau memeluk agama Kristian ketika berusia 32 tahun.
Bahagian ini meliputi sebahagian besar daripada Confessions iaitu sebanyak 9 jilid. Dalam 9
jilid yang terawal ini juga menceritakan perihal kedua ibu bapanya dan juga mengenai
kegiatan zaman-zaman remajanya yang dianggapnya telah menyeleweng daripada ajaran
agama Kristian. Sesungguhnya semua itu dicatatkan oleh beliau dengan sewenang-wenangnya
[23]. 4 jilid yang seterusnya pula memuatkan perbahasan-perbahasan yang bersifat
keagamaan. Dalam karyanya The City of God mengandungi sebanyak 22 jilid yang
menceritakan mengenai hal ehwal manusia yang tinggal dalam dua kota yang berbeza iaitu
kota Tuhan dan kota Syaitan[24]. Karya ini menceritakan bagaimana dan mengapa manusia
boleh menjadi penghuni salah satu daripada kota tersebut dan bagaimana kehidupan yang
terdapat dalam kota-kota yang berkenaan. Kota Tuhan itu melambangkan manusia atau
masyarakat yang beriman kepada Tuhan dan taat kepada hokum-hukum agama manakala kota
Syaitan merujuk kepada manusia atau masyarakat yang tidak beriman dan ingkar kepada
ajaran-ajaran agama.

7
Tujuan St. Augustine menghasilkan kedua-dua karya yang terbesar iaitu The Confessions dan
The City Of God bukanlah untuk menghasilkan pensejarahan yang berwibawa tetapi untuk
memenuhi maksud keagamaan. The Confession ditulis bagi mencari kebenaran yang
berlandaskan agama kristian manakala karyanya The God Of City pula dihasilkan demi
mempertahankan daripada cemaran-cemaran dan tohmahan-tohmahan orang jahil.[25] Orang
Pagan menuduh orang Kristian yang menyembah tuhan menyebabkan keruntuhan Empayar
Rumawi di tangan suku kaum Vandal, Alan, dan Serevi kerana penganut agama kristian
enggan menyembah dewa-dewa purba yang diagumg-agungkan dalam zaman Yunani dan
Rumawi sebelum kedatangan Kristaian.[26]

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian beliau tidak sama dengan dan teknik penyelidikan sejarah yang telah
dilaksanakan oleh sejarawan sekular seperti sejarawan Yunani –Rumawi dahulu. Beliau telah
menggunakan sumber kajian sejarahnya yang pertama dan utama iaitu kitab Bible. Sumber-
sumber lain, seperti penulisan-penulisan berbentuk falsafah dari Rumawi misalnya digunakan
sebagai sumber rujukan bagi penghujahan intelek.Bagi St.Augustine sumber-sumber ang
digunakan tidaklah dipilih dengan bebas tetapi dipilih mengikut kesesuaian dengan tuntutan
agama Kristian.

MOTIF PENULISAN

St.Augustine mengkaji sejarah demi kepentingan keagamaan dan demi mengukuhkan


keimanannya.Oleh yang demikian,beliau melihat sejarah itu daripada sudut keagamaan dan
menerangkan prosesnya daripada sudut tersebut. Dengan kata lain,tujuan kajian dan kaedah
penerangan yang digunakan harus disesuaikan dengan tuntutan keagamaannya.Bagi
beliausejarah merupakan proses yang diatur oleh.Oleh itu, penerangannya perlu dilakukan
mengikut garis-garisyang telah diwahyukan oleh Tuhan.

8
LEOPOLD VON RANKE

BIODATA

Leopold von Ranke dilahirkan pada 21 Disember 195 di daerah Wieche, Saxony. Beliau
merupakan antara tokoh yang membawa kepada perkembangan dalam bidang persejarahan
dunia Barat sehingga sejarah menjadi sector disiplin ilmu moden. Beliau meninggal dunia
pada usia 91 tahun pada 23 Mei 1886. beliau memulakan pendidikan di Sekolah Menengah
Schulforta dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Leipsic dalam bidang teologi
dengan penghuraian terhadap teks-teks lama.seterusnya, beliau menjadi guru di salah sebuah
sekolah menengah di Krankfurt dan berkhidmat selama tujuh tahun di situ iaitu dari tahun
1818 sehingga 1825. selepas menghasilkan karya pensejarahan beliau yang pertama berjudul
Sejarah Bangsa-bangsa Latin di Tentonic:1494-1514, beliau telah dilantik menjadi penolong
professor di Universiti Berlin dalam bidang sejarah. Namun demikian, pada ketika beliau
berusia 82 tahun, beliau telah memulakan usaha untuk menulis apa yang dianggapnya sebagai
‘sejarah dunia’. Hakikatnya ‘sejarah dunia’ yang dimaksudkannya itu hanyalah merupakan
sejarah Eropah dalam jangka waktu yang telah dinyatakan di negara-negara lain di dunia
hanyalah disentuh seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

KARYA PENULISAN

Dianggarkan Ranke telah menghasilkan sebanyak 63 jilid penulisan sejarah yang


sebahagiannya merupakan karya-karya pensejarahan yang tinggi nilai kesejarahannya.[27]
Antara karyanya yang terawal berjudul Sejarah Bangsa-bangsa Latin di Tentonic:1494-1514.
Seterusnya beliau menghasilkan karya-karya yang panjang pada pertengahan tahun 1830-an.
Pada tahun 1840-an, beliau telah menghasilkan dua karya yang terbaik iaitu Sejarah Paus-
paus(1834-1836) dan Sejarah Zaman Islah di Jerman(1839-1847). Seterusnya, Ranke
menghasilkan pula Sejarah Prussia(1847-1848), Sejarah Perancis(1852-1856), dan Sejarah
England(1859-1868). [28]Beliau telah menghasilkan karyanya yang terakhir pada usianya
telah mengjangkau lapan puluhan iaitu ‘Sejarah Dunia’ yang berjaya dikajinya sehingga
kurun ke-15. Karya beliau yang pertama dihasilkan merupakan sejarah politik dan hubungan
diplomatik yang biasa sahaja[29]. Kebanyakan kajian beliau dalam karya-karyanya memberi
penekanan dalam bidang sejarah politik dan kegiatan-kegiatan hubungan diplomatik. Dalam
karyanya Sejarah Perancis, Sejarah England, Sejarah Prossia, dan Sejarah Jerman, beliau
menganggap bahawa landasan-landasan politik dan diplomasi itu merupakan landasan-
landasan yang lumrah serta boleh dipraktikkan di mana-mana dan pada setiap tahap sejarah
manusia. Selain itu, beliau juga ingin menganggapnya sebagai suatu bentuk hokum sejarah
kerana beliau yakin bahawa tenaga pendorong yang unggul dalam perkembangan tokoh
sejarah dapat disaksikan dalam kesedaran kebangsaan dan politik kuasa-kuasa besar yang
berkenaan. Setiap karyanya juga mesti mengandungi masa lalu yang dikajinya, walaupun
kebenaran itu tidak semestinya mutlak tetapi cukuplah sekiranya dapat dibuktikan sebagai
menyerupai kebenaran masa lalu.

9
MOTIF PENULISAN

Ranke menganggap bahawa peristiwa-peristiwa sejarah harus ditulis dan diceritakan


dengan benar juga.Selain itu, beliau juga menganggap sejarah itu sebagai suatu tindakan
daripada Tuhan yang Maha Berkuasa[30]. Bahkan, beliau juga menuntut agar sejarah itu
dikaji dan ditulis dengan sebenar-benarnya kerana baginya tindakan Tuhan tidak wajar
dipalsukan mahupun ditokok tambah oleh manusia. Oleh itu, untuk mendapatkan kebenaran
sejarah itu, konsepnya adalah melalui pendidikan. Pengkajian sejarah didasarkan dengan
penyelidikan terhadap sumber-sumber yang boleh digunakan bagi mentafsir atau memaparkan
kembali peristiwa-peristiwa masa lalu itu. Sumber yang digunakan merupakan sumber-
sumber utama yang terdiri daripada bahan-bahan ertulis yang terdapat dalam beberapa buah
arkib di Eropah pada ketika itu. Bagi Ranke, sepucuk surat asal oleh seseorang tokoh
bersejarah adalah lebih penting berbanding daripada penceritaan yang disampaikan oleh orang
lain. Ertinya sesuatu dokumen yang asli itu adalah lebh penting daripada sumber kedua.
Beliau telah menjadikan arkib sebagai gedung pensejarahan yang mesti didampingi oleh
sejarawan-sejarawan dalam membuat penyelidikan masing-masing.

KELEMAHAN KARYA

H.E.Barnes telah merumuskan empat kelemahan yang digunakan oleh Ranke dalam
penyelidikan dan penulisan beliau. Antara kelemahan tersebut ialah kegagalan menggunakan
keseluruhan sumber-sumber yang dapat diperolehi bagi tujuan kajiannya. Selain itu, beliau
yjuga menganggap Ranke terlalu menekankan soal-soal politik dan tokoh-tokoh. Ranke yang
dianggap terlalu taat kepada agama sehingga menyebabkan teori sejarahnya berbentuk
ketuhanan. Bahkan H.E.Banes juga menganggap Ranke terlalu ghairah untuk menuliskan
sejarah mengenai Luther, keluarga Hohenzolleru dan Prussia[31]. Secara umumnya, terdapat
banyak kelemahan dalam penghasilan karya-karya beliau kerana terdapat unsure dualisme
dalam proses perkembangan sejarah itu. Hal ini berlaku kerana di satu pihak beliau melihat
proses sejarah itu daripada sudut ketuhanan tetapi di satu pihak yang lain pula beliau
menekankan unsur politik, diplomasi dan ketokohan yang sekular sebagai unsur-unsur
pendorong yang unggul bagi perkembangna sejarah sesuatu zaman. Selain itu, teknik
penulisannya, ataupun persembahannya, seperti cara membuat nota kaki, pengaturan
bibliografi dan sebagainya masih belum begitu teratur seperti yang didapati pada hari. Bahkan
Ranke juga telah mengabaikan aliran-aliran yang lain disebabkan oleh penipuannya dalam
bidang-bidang yang dianggapnya merangkumi keseluruhan sejarah masa lalu.[32]

Kesimpulannya, sumbangan Von Ranke adalah amat besar dan tidak dapat dilupakan
begitu sahaja. Sejarawan Eropah yang lain menganggapnya sebagai sejarawan yang paling
ulung pada zaman moden ini bukan sahaja disebabkan beliau telah mengasaskan kajian yang
saintifik terhadap sumber-sumber dan mempunyai sikap yang saksama yang tidak ada tolok
bandingnya, tetapi disebabkan oleh kegigihan usahanya dan panjang usianya telah
membolehkan menghasilkan karya-karya pensejarahan yang terbaru dan jumlahnya tidak
dapat ditandingi oleh sejarawan lain. Ringkasnya di sebalik kelemahan dan kritikan yang telah
disuarakan oleh para pengkajinya, beliau sesungguhnya telah memberikan sumbangan yang
abadi dalam bidang pensejarahan moden Eropah.

10
KARL MARX

BIODATA

Nama penuh Karl Marx ialah Karl Heinrich Marx, lahir pada 5 May 1818. Beliau
berketurunan Yahudi dan dilahirkan di Trier, Prussia (Jerman). Merupakan seorang ahli
falsafah , politik dan pakar teori kemasyarakatan Prussia. Marx mendapat pendidikan di
Universiti Bonn pada 1833 dalam jurusan undang-undang namun disingkirkan kerana terlalu
aktif dalam berparti. Beliau bertukar ke Universiti Friedrich-Wilhelms (Universiti Humbold)
di Berlin pada 1834 yang telah menjurus Marx dalam bidang falsafah ‘Young Hegelians’
yang diketuai oleh Bruno Bauer yang mempertahankan siri Historical Dialectic yang
menjadikan Marx sebagi radikal Hegelian Muda. Pada tahun 1842, Marx menceburi bidang
kewartawanan dan menjadi penyunting penerbitan Rheinische Zeitung, akhbar radikal
Cologne. Pada tahun 1843, Marx kembali ke bidang falsafah, aktif politik dan menjadi
pemberita bebas selepas penerbitan tersebut ditutup kerana wujud pertelingkahan dengan
kerajaan. Bekerjasama dengan Friedrich Engels yang menarik minat Marx kepada ekonomi
dan memberi perhatian kepada ekonomi dan memberi perhatian kepada kelas pekerja. Marx
telah meninggal dunia pada 14 March 1883.[33]

PENGARUH HEGEL DAN DIALEKTIK MATERIALISME

Satu percubaan yang lebih besar untuk melihat falsafah sejarah sebagi sesuatu yang saintifik
yang telah dilakukan oleh Karl Marx pada pertengahan kurun ke-19. beliau terkenal dengan
konsep fahaman kebendaan atau dialektik yang mana dikenali sebagai sosialisme atau
komunisme bagi ideologi sosiopolitiknya yang baru itu.[34]Oleh sebab itu idea-idea yang
dikemukakan oleh Marx juga diperkatakan oleh ahli-ahli fakir sebelumnya. Keistimewaan
Marx ialah, beliau telah dapat memberi analisis dan sintesis yang logik berdasarkan proses
pergerakan sejarah.

Pengaruh Hegel dan Diakletik Materialisme. Teori proses pergerakan yang


dikemukakan oleh Marx memang dipengaruhi oleh dialektik Hegel. Pada peringkat awal
perkembangan, Marx memandang tinggi teori Falsafah Hegel itu. Tetapi disebabkan
penekanan dan penegasannya terhadap konsep materialisme, iaitu menampakkan satu natijah
yang sugguh berbeza daripada teori Hegel, maka beliau menafikan yang teorinya dipengaruhi
oleh Hegel. Baginya sejarah adalah sesuatu yang berkembang terus-menerus disebabkan
persengketaan di antara kelas-kelas masyarakat yang berebut sumber ekonomi. Kelas
masyarakat yang berjaya menguasai ekonomi dapat memegang tampuk pimpinan negara. Di
dalam penulisannya iaitu “Communist Manisfeto” (1847) falsafah sejarah bagi semua
masyarakat wujud sampai kini adalah perjuangan kelas.

Manusia bebas dan hamba, golongan bangsawan dan rakyat, tuan tanah dan hambanya
yang menindas dan tertindas sentiasa sahaja bertentangan antara satu sama lain. Mereka
melaksanakan perjuangan terus menerus yang kadang kala tersembunyi dan kadang kala
terbuka, yang setiap kali berakhir sama ada dengan pembentukan semula revelusioner bagi
masyarakat.[35]

11
Dengan ini, jelas bahawa yang menjadi pendorong utama perjuangan kelas untuk
merebut penguasaan ekonomi yang dengan sendirinya menjelaskan konsep materialisme.
Dengan hal yang demikian, proses perkembangan sejarah adalah berdasarkan oleh faktor-
faktor ekonomi.

PERINGKAT PERKEMBANGAN SEJARAH

Karl Marx telah membahagikan perkembangan sejarah Eropah kepada lima peringkat
yang jelas. Pada peringkat permulaannya, manusia Eropah hidup dalam keadaan primitif dan
seterusnya berkembang kepada peringkat kedua iaitu masyarakat hamba abdi. Daripada
peringkat ini maka ia berkembang kepada peringkat yang ketiga iaitu feudalisme. Pada
peringkat ini, masyarakat dianggap sudah agak sisitematik landas dikiranya sebagai tesis di
dalam dialektik triadnya.[36] Daripada peringkat ini, masyarakat Eropah akan melahirkan dan
berubah kepada kapitalisme dan akhirnya sosialisme dan komunisme. Peringkat feudalisme
atau ‘tesis’ akan runtuh kerana keadaan serta keperluannya dengan sendirinya menimbulkan
persengketaan dan pertentangan. Akan tetapi peringkat kapitalisme tidak kekal, kerana turut
mengalami keruntuhan ataupun diruntuhkan. Persengketaan dan pertentangan timbul secara
automatis yang akhirnya dan seterusnya akan meruntuhkan kapitalisme atau ‘antitesis’ itu.
Runtuhnya ‘antitesis’ atau kapitalisme membuka jalan kepada tebentuknya ‘sintesis’ yang
merupakan pangkat sosialisme. Seterusnya, komunisme iaitu satu system masyarakat yang
dianggap ideal iaitu tidak wujud pelbagai kelas masyarakat. Pada masa ini, persengketaan dan
pertentangan tidak lagi wujud dan pangkat itu kekal serta tidak berubah selama-lamanya.[37]

MOTIF PENULISAN

Karl Marx adalah seorang aktivis revolusioner yang mengemukakan teori atau
falsafahnya demi kepentingan ideologinya. Bagi membuktikan kebenaran teorinya, beliau
telah merujuk kepada sejarah. Marx telah membina satu model falsafah dialektik triad dan
kemudian mengisikannya dengan perkembangan sejarah Eropah sebagi usaha beliau
membuktikan kesejarahan lantas kebenaran model tersebut. Sebenarnya Marx yelah
menjadikan falsafah sejarahnya sebagai satu falsafah ideologi.

Beliau juga menyatakan bahawa sejarahnya itu adalah saintifik.[38] Pada


anggapannya ia memang berlaku sama ada di dalam sejarah atau pada masa yang akan dating
dan ia adalah satu teori yang tepat serta tidak disangkal kebenaran dan logiknya atas hakikat
bahawa ia adalah saintifik. Namun, anggapan beliau tidak boleh diterima secara
keseluruhannya tentang kebenaran serta ketetapannya, sama ada yang merujuk masa silam
apatah lagi kepada masa yang akan dating. Teori beliau juga tidaklah tepat sebenarnya atau
saintifi, hakikat ini bukn sahaja ternyata pada peringkat akademik semata-mata tetapi lebih
jelas lagi apabila ia telah dijadikan sebahagian daripada asas-asas ideologi peringkat politik
atau negara.

12
KARYA PENULISAN

Antara karya dan sumbangan Karl Marx ialah On The Jewish Questian iaitu penilaian
terhadap Bauer dan kumpulan Hegelians Muda dan kritikan pada pendapat semasa mengenai
hak awam dan kebebasan politik. The German Ideology iaitu kritikan mengenai falsafah
Hegel dan Hegelians Muda. The Poverty of Philosophy (1847) kritikan mengenai fikiran
sosialis Perancis. The Eighteen Brimaire of Lois Bonarparte (1852) pamphlet yang
menganalisa tentang pengambil alihan Perancis oleh Napoleon. Capital : A Critique of
Political Economy (1867) satu set himpunan Dass Kapital berkenaan dengan hasil pemikiran
sejarah serta teori daripada Marx.

RUMUSAN

Hakikatnya, terdapat sesetengah pemikiran sejarawan barat ini ada yang berunsurkan
mitos, dongengan, pengaruh agama, ketepatan fakta atau kebenaran dan juga timbulnya idea
menghasilkan teori sendiri dalam menghasilkan karya-karya pensejarahan. Kaedah-kaedah
baru yang diperkenalkan oleh para sejarawan barat amat penting penggunaannya dalam
penyelidikan sejarah pada masa kini. Kita juga haruslah menghargai karya-karya pensejarahan
tradisi barat kerana menjadi sumber kajian sejarah pada masa kini.

13

You might also like