Kebebasan Beragama Di Malaysia Terjamin Dalam Perlembagaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kebebasan beragama di Malaysia terjamin dalam perlembagaan. Bincangkan.

Di dalam sebuah Negara mempunyai rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama. Di
sesebuah Negara juga mempunyai peraturan dan perlembagaan yang perlu diikuti dan
dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia. Malaysia merupakan Negara yang membenarkan
rakyat hak untuk bebas mengamalkan kepercayaan dan agama memasing walaupun agama
Islam merupakan agama rasmi persekutuan. Kebebasan beragama adalah terjamin
berdasarkan perlembagaan berikut.

Perkara 11 yang diperuntuki dalam perlembagaan Malaysia telah menerangkan mengenai


kebebasan beragama. Seluruh rakyat mempunyai hak masing masing dalam memilih agama
yang ingin di anuti tetapi bagi kaum Melayu, mereka telah di wajibkan untuk menganut
agama Islam.

Yang seterusnya, Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur dan Labuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad, usahan
dan kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. Dengan ini
penganut agama lain tidak perlu risau tentang penganut agama Islam sekiranya mereka ingin
memaksa kaum lain untuk menganut agama Islam dengan ugutan.

Walaupun kebebasan yang diberikan kepada rakyat untuk mengamalkan agama masing-
masing ini tidak sehingga membenarkan perlakuan dan oerbuatan yang boleh melanggar
undang dan peraturan serta mendatangkan masalah kepada rakyat dan Negara sekaligus
terhadap kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Ini telah dinyatakan dalam Perkara
11 (5) di dalam perlembagaan Malaysia. Sebagai contoh, penganut agama Kristian ingin
memberi pendedahan dan mengajak penganut agama Islam untuk memeluk agama mereka
dengan memberi ceramah tentang agama mereka di tempat ibadah penganut agama Islam
iaitu masjid.

Akhir sekali, konsep kebebasan beragama diamalkan terdapat pengecuailian yang tertentu
mengenai kebebasan tersebut. Pendedahan tentang agama lain selain dari Agama Islam di
Negara adalah di larang dan tidak dibenarkan sama sekali dan kepada individu ataupun
kelo,pok yang terlibat dalam menyebarkan agama bukan Islam akan di sabit kesalahan dan di
denda di bawah akta-akta yang telah di tetapkan dalam perlembagaan dan undang-ungdang
Malaysia. Sebagai contoh, penyebaran agama baru yang bertentangan dengan agama Islam
adalah dilarang di sebarkan kepada penganut agama Islam dan individu yang terlibat akan
dikenakan hukuman.

You might also like