Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KURSUS :

SKAG3113 PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

TAJUK :

PERBANDINGAN PENCAPAIAN SDG MALAYSIA (2019) DENGAN PENCAPAIAN


SDG EMPAT NEGARA TERPILIH

DISEDIAKAN OLEH :

WAN MOHD FAZLI BIN WAN HAMIZUL (A163971)

NUR AINA NAJIHA BINTI JAZLAN (A164466)

MUHAMMAD ZAIM B. SAMION (A164472)

MUHAMMAD IRFAN BIN ABDUL RASHID (A164815)

NUREEN ANNISA BINTI SHAHLAN (A165576)

PENSYARAH :

Dr. MOKHTAR BIN JAAFAR


Prof. Madya Dr. KADARUDDIN BIN AIYUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Pembangunan lestari dapat membawa maksud pembangunan atau kemajuan dengan


pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan bererti
membaik pulih sumber-sumber alam. Sebagai contoh, air, hutan, tenaga, udara,
mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber tersebut
musnah. Bagi pemeliharaan pula, ia bererti aspek penjagaan dan perlindungan untuk
mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh
manusia. Pembangunan lestari ini dibentuk berasaskan kepada konsep dan prinsip
pembangunan secara berterusan dan bematlamat untuk memberi keperluan masa kini
tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Dalam memastikan konsep pembangunan lestari ini, Sustainable Development


Goals (SDG) telah diperkenalkan. SDG adalah sebuah program yang diperkenalkan
bagi mewujudkan kesepakatan pembangunan baru yang mendorong
perubahan-perubahan kearah pembangunan berkelanjutan berdasarkan hak asasi
manusia dan kesetaraan untuk mendorong pembangunan sosial, ekonomi dan
lingkungan hidup.

Terdapat 17 komponen utama dalam SDG ini. Yang pertama ialah No Poverty
atau tanpa kemiskinan. Ia bertujuan untuk mengakhiri kemiskinan di seluruh dunia.
Kedua ialah Zero Hunger atau sifar kelaparan. Ia bertujuan untuk menghilangkan
kelaparan, mencapai daya ketahanan yang baik serta meningkatkan kemajuan dalam
sektor ekonomi. Seterusnya ialah Good Health and Well-being atau kehidupan sihat
dan sejahtera. Ia bertujuan bagi menjamin kehidupan yang sihat dan sejahtera kepada
semua manusia tanpa mengira lapisan umur. Keempat ialah Quality Education atau
pendidikan berkualiti. Ia bagi menjamin kualiti pendidikan serta meningkatkan
kesempatan bagi mendapatkan pendidikan sepanjang hayat kepada semua orang.
Kelima ialah Gender Equality atau kesetaraan jantina. Ia bagi mencapai tahap
keserataan jantina serta meningkatkan lagi keupayaan kaum wanita.

Selanjutnya ialah Clean Water and Sanitation atau air yang bersih. Ia bertujuan
menjamin ketersediaan air yang bersih serta sanitasi yang berterusan kepada semua
orang. Komponen ketujuh ialah Affordable and Clean Energy atau tenaga yang
terjangkau dan bersih. Ia bererti untuk menjamin setiap manusia dapat menggunakan
atau mengakses tenaga. Komponen kelapan ialah Decent Work and Economic Growth
atau pekerjaan yang layak dan pertumbuhan ekonomi. Ia bertujuan untuk
meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan dan
menyediakan pekerjaan yang bersesuaian. Seterusnya ialah Industry, Innovation and
Infrastructure atau industry, inovasi dan infrastruktur. Ia bertujuan untuk
membangunkan infrastruktur yang tertangguh, meningkatkan industri serta
mendorong inovasi. Komponen yang ke-10 ialah Reduced Inequalities atau
mengurangkan ketidaksamarataan. Komponen ini penting bagi memastikan setiap
manusia mendapatkan hak yang sama rata.

Komponen ke-11 ialah Sustaianable Cities and Communities atau komuniti


dan bandar mampan. Ia bertujuan bagi menjadikan bandar sebagai satu tempat yang
membangun, aman dan sejahtera. Komponen ke-12 ialah Responsible Consumption
and Production atau penggunaan dan pengeluaran yangbertanggungjawab. Ia bagi
menjamin pola pengeluaran dan penggunaan dalam keadaan yang baik. Komponen
ke-13 ialah Climate Action atau perubahan klimaks. Ia bagi bertujuan bagi tindakan
segera bagi mengatasi masalah perubahan klimaks. Selanjutnya ialah Life Below
Water atau ekosistem lautan. Komponen ini bertujuan melestarikan dan
memanfaatkan sumber ekosistem lautan. Komponen ke-15 ialah Vie Terrestre atau
ekosistem daratan dan ia bertujuan bagi melindungi serta memanfaatkan ekosistem
daratan. Komponen ke-16 ialah Peace, Justice and Strong Institutions atau
pendamaian, keadilan serta institusi yang kukuh. Ia bertujuan untuk menguatkan
masyarakat serta memastikan keadilan dan pendamaian. Komponen terakhir ialah
partnerships for the goals atau kerjasama untuk mencapai tujuan.
2.0 PERBANDINGAN PENCAPAIAN SDG MALAYSIA PADA TAHUN 2017 & 2019

JADUAL 2.1

Perbandinngan SDG Malaysia pada tahun 2017 dan 2019

Bil Komponen SDG MALAYSIA

2017 (%) 2019 (%)

1. No Poverty 69.7 100.0

2. Zero Hunger 98.2 45.2

3. Good Health & Well Being 54.1 79.0

4. Quality Education 83.1 91.4

5. Gender Equality 51.2 55.6

6. Clean Water And Sanitation 90.0 76.3

7. Affordable & Clean Energy 84.1 90.0

8. Decent Work & Economic


71.2 80.4
Growth

9. Industry Inovation &


60.8 56.8
Infrastructure

10. Reduce Inequalities 40.7 42.5

11. Sustainable Cities And


94.5 82.6
Communities

12. Responsible Consumption


69.7 77.1
And Production

13. Climate Action 82.4 87.8

14. Life Below Water 45.9 49.2


15. Life On Land 31.6 43.0

16. Peace, Justice And Strong


79.0 68.5
Institutions

17. Partnerships For The Goals 59.9 57.1

(Sumber : 2017 & 2019 sustainable development report)

Jadual pada Bahagian 2 menunjukkan berbandingan pencapaian SDG (Sustainable


Development Goals) Malaysia tahun 2017 dan tahun 2019. Terdapat 17 perkara yang
akan dibincangkan untuk memahami sejauh mana perkembangan SDG Malaysia
dalam jangka masa 2 tahun tersebut iaitu pada tahun 2017 dan tahun 2019.

Pertamanya ialah membincangkan tentang komponen yang di panggil sebagai


No Poverty atau Tiada Kemiskinan. Jadual menunjukkan peningkatan yang agak
ketara untuk komponen ini, di mana pada tahun 2017 peratusannya ialah sebanyak
69.7% dan telah meningkat sebanyak 30.3% pada tahun 2019 (100.0%). Oleh itu, ini
telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan pada tahun 2017 adalah lebih banyak
daripada tahun 2019.

Komponen yang kedua dikenali sebagai Zero Hunger atau Sifat Kelaparan.
Jadual menunjukkan bahawa berlakunya penurunan yang banyak iaitu sebanyak 53%,
di mana pada tahun 2017 peratusannya ialah 98.2% namun turun mendadak kepada
45.2%. Perbandingan yang dapat dibuat ialah sifat kelaparan rakyat Malaysia pada
tahun 2017 lebih baik berbanding tahun 2019. Oleh itu, daripada komponen yang
pertama dan kedua ini, dapat dikaitkan dan ditafsirkan bahawa kemiskinan mutlak
semakin berkurangan tetapi kesejahteraan rakyat Malaysia dari segi komponen sifar
kelaparan agak serius jumlah penurunannya pada tahun 2019.

Komponan ketiga ialah Good Health & Well Being atau Kesihatan dan
Kesejahteraan yang Baik. Di Malaysia, dapat dilihat bahawa pada tahun 2017
peratusannya ialah sebanyak 54.1% dan terus meningkat sebanyak 24.9% pada tahun
2019 (79%). Dapat dilihat perbandingan yang cukup ketara pada tahun 2017 kerana
masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat
Malaysia berbanding tahun 2019 yang semakin baik dan berlaku peningkatan yang
positif. Hal ini demikian kerana berlakunya pengurangan kes seperti penyakit bawaan
air, penyebaran HIV/AIDS, malaria dan lain-lain.

Komponen keempat ialah Quality Education atau Pendidikan yang Berkualiti.


Peningkatan yang baik telah berlaku iaitu pada tahun 2017 peratusannya ialah 83.1%
manakala pada tahun 2019 ialah 91.4%. Hal ini memperlihatkan peningkatan yang
baik dari tahun 2017 ke tahun 2019 iaitu meningkat sebanyak 8.3%. Hal ini bermakna
Pendidikan yang berkualiti pada tahun 2017 lebih rendah berbanding tahun 2019.

Komponen kelima ialah melibatkan Gender Equality atau Kesaksamaan


jantina. Pada tahun 2017, peratusannya ialah 51.2% dan sedikit meningkat sebanyak
4.4% pada tahun 2019 (55.6%). Hal ini bermakna kesaksamaan jantina pada tahun
2017 lebih rendah berbanding tahun 2019. Kaitan yang dapat disimpulkan daripada
komponen keempat dan kelima ini ialah pada peringkat sekolah rendah mahupun di
peringkat sekolah menengah dan Pendidikan tinggi, pendidikan yang semakin
berkualiti diterapkan dan diiringi dengan kadar kesaksamaan pendaftaran pelajar
lelaki dan perempuan yang tidak jauh bezanya.

Komponen keenam dikenali sebagai Clean Water And Sanitation atau Air
Bersih dan Sanitasi. Jadual menunjukkan pada tahun 2017 peratusan untuk negara
Malaysia bagi komponen ini ialah sebanyak 90.0%. Namun, pada tahun 2019 pula
peratusannya telah menurun sebanyak 13.7% kepada 76.3%. Hal ini menunjukkan
bahawa peratusan bagi komponen air bersih dan sanitasi pada tahun 2019 lebih tinggi
berbanding tahun 2019.

Komponen ketujuh pula berkaitan Affordable & Clean Energy atau Tenaga
yang Berpatutan dan Bersih. Pada tahun 2017 peratusannya ialah sebanyak 84.1% dan
meningkat sebanyak 5.9% kepada 90% pada tahun 2019. Hal ini menunjukkan
komponen ini pada tahun 2017 lebih rendah berbanding tahun 2019. Saling kaitan
antara komponen keenam dan ketujuh yang dapat ditafsirkan ialah bekalan air bersih
dan sanitasi masih banyak yang perlu diperbaiki sedangkan tenaga yang berpatutan
dan bersih adalah semakin baik dan mempunyai perkembangan yang baik untuk
negara.
Komponen kelapan berkaitan dengan Decent Work & Economic Growth atau
Kerja yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi. Dapat dilihat bahawa peratusan bagi
komponen ini pada tahun 2017 adalah lebih rendah berbanding tahun 2019. Buktinya,
pada tahun 2017 peratusannya ialah sebanyak 71.2% dan meningkat sebanyak 9.2%
kepada 80.4% pada tahun 2019. Oleh itu, hal ini membuktikan bahawa kualiti
produktiviti daripada perkerja di Malaysia semakin baik disamping pertumbuhan
ekonomi yang memberangsangkan.

Komponen kesembilan ialah Industry Inovation & Infrastructure atau Industri,


Inovasi dan Infrastruktur. Pada tahun 2017 peratusan bagi komponen ini ialah 60.8%
namun menurun sebanyak 4% kepada 56.8% pada tahun 2019. Jelas berlaku
perbandingan yang tidak begitu ketara tetapi peratusannya pada tahun 2017 adalah
lebih tinggi berbanding tahun 2019.

Komponen kesepuluh pula ialah Reduce Inequalities atau mengurangkan


ketidaksamaan. Peratusan yang agak rendah ditunjukkan untuk kedua-dua tahun
kerana tidak melebihi 50% pencapaian SDG untuk negara Malaysia. Hal ini
menyaksikan bahawa pada tahun 2017 peratusan yang dicapai ialah 40.7% dan sedikit
meningkat sebanyak 1.8% kepada 42.5% pada tahun 2019. Meskipun sedikit
meningkat, namun peratusan tersebut tidaklah menunjukkan sesuatu yang baik untuk
mengurangkan ketidaksamaan yang berlaku di Malaysia.

Komponen kesebelas ialah Sustainable Cities And Communities atau


Banndar-Bandar dan Komuniti yang Lestari. Pada tahun 2017 menunjukkan peratusan
untuk komponen ini ialah 94.5% dan menurun sebanyak 11.9% kepada 82.6% pada
tahun 2019. Peratusan yang tinggi oleh kedua-dua tahun tersebut membuktikan
bahawa kebanyakkan bandar-bandar dan komuniti di sekelilingnya sangat baik dalam
aspek kelestariannya biarpun pada tahun 2017 lebih tinggi berbanding tahun 2019.
Terdapat kaitan yang dapat dikaitkan ialah untuk komponen kesembilan dan kesebelas
Hal ini demikian kerana, biarpun industri, inovasi dan infrastuktur di Malaysia masih
lagi ditahap yang sederhana tetapi dari segi bandar serta komunitinya berada pada
tahap yang sangat positif ke arah kelestarian yang baik.

Komponen kedua belas ialah Responsible Consumption And Production atau


Penggunaan dan Pengeluaran Secara Bertanggungjawab. Jadual menunjukkan pada
tahun 2017 peratusan komponen ini ialah 69.7% dan meningkat sebanyak 7.4%
kepada 77.1% pada tahun 2019. Ini menunjukkan bahawa perbezaanya ialah peratusan
pada tahun 2017 telah diperbaiki sehingga berlukanya peningkatan pada tahun 2019.

Komponen ketiga belas ialah Climate Action atau tindak balas iklim. Dapat
dilihat bahawa peratusan bagi komponen ini berada dalam kedudukan yang baik iaitu
sebanyak 82.4% pada tahun 2017 dan meningkat sebanyak 5.4% kepada 87.8% pada
tahun 2019. Hal ini menunjukkan pencapaian yang positif oleh negara Malaysia yang
sangat baik dalam mengawal tindak balas iklim. Buktinya, encapaian pada tahun 2019
lebih tinggi daripada tahun 2017. Hal ini seterusnya dapat menghuraikan saling kaitan
antara komponen kedua belas dan komponen ketiga belas iaitu penggunaan dan
pengeluaran produk barangan yang semakin meningkat dilakukan secara
bertanggungjawab dengan meminimakan kesan tindak balas iklim di Malaysia. Oleh
itu, pencapaian tersebut amat baik di samping perlu dipertingkatkan lagi pada masa
akan datang.

Komponen keempat belas ialah dari aspek Life Below Water atau hidupan
dalam air. Peratusan yang rendah dapat dilihat oleh kedua-dua tahun untuk negara
Malaysia iaitu 45.9% pada tahun 2017 dan hanya sedikit meningkat sebanyak 3.3%
kepada 49.2% pada tahun 2019. Kedua-dua angka peratusan tersebut dilihat agak
rendah kerana berada bawah pada 50%.

Komponen kelima belas ialah Life On Land atau hidupan di atas darat. Skrip
yang sama seperti komponen keempat belas berlaku kepada peratusan komponen
kelima belas ini. Meskipun pada tahun 2019 peratusannya lebih tinggi iaitu 43%
berbanding tahun 2017 iaitu 31.6%, namun angka peratusan tersebut masih lagi
rendah sebagai pencapaian negara Malaysia yang membangun. Saling kaitan yang
dapat di buat ialah meskipun Malaysia menyertai dalam usaha pemuliharaan
sempadan antarabangsa iaitu, Heart of Inisiatif Borneo untuk hutan dan Inisiatif Segi
Tiga Coral untuk kawasan marin, namun masih banyak perkara dan kerjasama perlu
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memperbaiki peratus bagi komponen
hidupan dalam air dan hidupan di atas darat.

Komponen keenam belas ialah Peace, Justice And Strong Institutions atau
Keamanan, Keadilan dan Kekuatan Institusi. Nilai peratusan bagi komponen ini pada
tahun 2017 ialah 79% dan menurun sebanyak 10.5% kepada 68.5% pada tahun 2019.
Hal ini menunjukkan bahawa peratusan pada tahun 2017 lebih tinggi berbanding
tahun 2019. Ianya menunjukkan kemerosotan yang sedikit dalam keamanan, keadilan
dan kekuatan institusi di Malaysia dan harus di ambil serius. Sebagai contoh, integriti
yang mantap perlu ditingkatkan lagi untuk mengeluarkan negara Malaysia dari
kelompok negara yang tinggi kadar rasuah. Selain itu, Sub-indeks Perkhidmatan
Dalam Talian walaupun sudah semakin menunjukkan perkembangan yang positif,
ianya masih lagi banyak perlu dipertingkatkan untuk mencapai hasil yang lebih baik.

Komponen yang terakhir ialah Partnerships For The Goals atau Perkongsian
untuk matlamat. Pada tahun 2017 menunjukka peratusan bagi komponen ini ialah 59.9%
dan menurun sebanyak 2.8% kepada 57.1%. Perbandingan ini jelas dilihat bahawa
Malaysia perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk bekerjasama dengan negara
luar. Kerjasama seperti perkongsian Kerjasama Teknikal Program dan pengukuhan
rakan kongsi ASEAN Komuniti Ekonomi perlu diperhebat bagi menjadikan negara
Malaysia dan negara ASEAN lain menjadi lebih kuat dalam penguasaan ekonomi.

Kesimpulannya, dengan merujuk kedudukan negara Malaysia pada tahun 2017


di dalam SDG Index and DashBoards Report 2017, Malaysia berada ditangga yang
Ke-54 daripada 157 negara iaitu mempunyai peratusan SDG sebanyak 69.7%. Namun
pada tahun 2019, di dalam Sustainable Development Report 2019 menunjukkan
Malaysia jatuh 14 anak tangga kepada kedudukan Ke-68 daripada 162 negara iaitu
mempunyai peratusan SDG sebanyak 69.6%. Hal ini membuktikan perbandingan
yang akan tidak bagus untuk negara secara keseluruhan di antara tahun 2017 dan 2019.
Oleh itu, pemantapan kerjasama oleh semua pihak perlu diteruskan bagi menjadikan
negara Malaysia seimbang dari segi pencapaian dalam SDG untuk tahun-tahun akan
datang.

3.0 LATAR GEOGRAFI NEGARA-NEGARA BANDINGAN


Terdapat empat negara bandingan yang telah dipilih iaitu Kazakhstan, Marocco,
Perancis dan Chile.

3.1 NEGARA KAZAKHSTAN

Kazakhstan dikenali secara rasminya merupakan Republik Unitari Demokratik.


Kedudukan Kazakhstan adalah bersempadanan dengan Rusia, China, Kazakhstan,
Uzbekistan dan Turmenistan. Ia berada di antara 40⁰-56⁰ LU dan 46⁰-88⁰ BT. Luas
wilayah negara ini sebesar 2.74.900 km. Seterusnya, bagi bentuk fizikal negara ini
dilitupi banyak kawasan tanah pamah, batuan, bukit bukau, delta, gunung-ganang
yang dilitupi salji dan terdapat juga gurun.

Bagi penduduk di negara ini, kepadatannya adalah antara yang terendah iaitu
kurang 6 orang perkilometer persegi. Pada dahulunya, kawasan ini didukuki oleh suku
Nomad Turkik yang berketurunan banyak seperti Kekhaganam Turki. Jumlah
penduduk sebenar 15.556.689 orang, majoriti etnik Kazak/Qazaq (63.1%) dan etnik
Rusia (23.7%). Namun, sebahagian besar penduduknya adalah beragama islam iaitu
sebanyak (70.2%) dan Kristian (26.2%). Bahasa rasmi yang digunakan adalah Bahasa
Kazakh.

Seterusnya, bagi bidang ekonomi, ekonomi utama negara ini adalah bermula
dengan pelbagai sumber daya alam yang melimpah seperti bahan fosil, mineral serta
logam yang besar. Hal ini demikian, menjadikan negara ini sebagai ekonomi terbesar
dikawasan Asia Tengah. Terdapat juga ekonomi sampingan yang diusahakan seperti
pengangkutan, farmasi, telekomunikasi, pengolahan makanan dan petrokimia.
Pendapatan domestik yang diperoleh PDB adalah sebanyak US$474,30 dengan
pertumbuhan ekonomi sebanyak 4% manakala pendapatan perkapita sebanyak
US426.100. Bagi guna tanah negara ini kebanyakkan adalah pembangunan kilang
untuk pengeluaran produk.
3.2 NEGARA MOROCCO

Negara bandingan yang kedua iaitu, Morocco, Morocco adalah sebuah negara beraja
di utara Afrika, nama lain bagi Morocco juga dikenali sebagai Magribi. Untuk
menunjukkan letakan geografi bagi negara ini, ia berkeluasan 446.550 km per segi.
Rabat merupakan ibu negara bagi Morocco, ia juga berada di laut benua Afrika
memanjang dari selat Gibrata dan laut Mediteranian di utara ke selatan dengan lautan
Atlantik di Barat. Penduduk yang mendiami negara ini adalah seramai 33.8 juta orang.
Guna tanah di sini kebanyakkan hasil bangunan seni bina yang masih wujud untuk
lawatan pelancong-pelancong, kawasan institusi pendidikan yang terkenal seperti Al
Alchawyn Universiti In Frane.

Bagi sektor ekonomi negara Morocco, ekonomi utamanya adalah dalam sektor
pelancongan, negara ini menerima kedatangan pelancong seramai 4 juta pada tahun
2014. Morocco menjadi salah satu negara yang yang mempunyai pelancong yang
ramai. Hal ini kerana, negara ini mempunyai kawasan dan tempat yang cantik untuk
dilawati dan dikunjungi. Selain itu juga, hasil pertanian seperti buah Oren Mandarin
dan juga penanaman Barli juga menyumbang kepada ekonomi negara ini.
3.3 NEGARA PERANCIS

Bagi negara bandingan yang ketiga iaitu Perancis, dikenali sebagai Republik Perancis
ia adalah sebuah negara di wilayah metropolitan yang terletak di Eropah Barat.
Negara ini dibentuk oleh pulau dan wilayah yang terletak di benua yang lain. Negara
Perancis ini bersempadan dengan Teluk Biscay dan selat Inggeris, antara Belgium dan
Sepanyol, tenggara United Kingdom, bersempadanan dengan laut Mediterrian dan
antara Itali dan Sepanyol. Keluasan kawasan negara ini meliputi 551,695 kilometer
persegi iaitu 213,010 batu persegi.

Bentuk fizikal terdiri daripada landskap dari daratan pantai di utara dan barat
hingga Banjaran Gunung Alp di tenggara Massif Central. Perancis mempunyai sistem
sungai menyeluruh seperti sungai Loire yang memisahkan Massif Central daripada
Alp dan mengalir ke laut Mediterian di Camargue.

Seterusnya, ekonomi utama negara ini adalah dari sektor perindustrian.


Perancis merupakan salah satu negara pengeksport kelima terbesar dan pengimport
keempat terbesar barang buatan kilang. Oleh itu, sumber atau produk yang
dikeluarkan dari kilang adalah penyumbang utama bagi ekonomi negara tersebut. Di
samping itu, penduduk Perancis seramai 611 juta orang dan ia antara negara ke 23
paling ramai penduduk. Bandaraya terbesar di Perancis ialah Pans, Lyon,dan Lille.
Hal ini kerana, pertumbuhan populasi semulajadi Perancis merupakan salah satu
punca terbesar keseluruhan pertumbuhan populasi semulajadi dalam Kesatuan Eropah.

3.4 NEGARA CHILE

Akhir sekali, bagi negara bandingan iaitu Chile, terletak dibenua Amerika Selatan,
negara yang memiliki nama rasmi iaitu Republik Chile. Secara geografinya, Chile
bertentangan dengan Peu di sebelah Utara dan bertentangan dengan Bolivia di sebelah
timur laut. Sedangkan disebelah Chile bertentangan dengan Argentina. Manakala di
sebelah barat dan selatan adalah Samudera Pasifik. Chile merupakan negara yang
berada di persisir sempit dan panjang di tepi barat Andes Amerika Selatan dengan luas
wilayah sebesar 756.102 km.

Seterusnya, jumlah penduduk seramai 17.789.267 orang, yang mejoriti Etnik


Kuill putih dan non-pribumi. Kebanyakan berketurunan Eropah dan Metizo iaitu
sekitar 88.95%. Penduduk asli Mapuche dan Aymard (9.1%) dan (0.75%) daripada
keseluruhan jumlah penduduk. Penduduk di negara ini beragama Katolik , Roma , dan
Pretestan. Bahasa rasmi yang digunakan iaitu Sepanyol.
Selain itu, ekonomi negara ini adalah makmur dan stabil di wilayah Amerika
Selatan. Pendapatan domestik Bruto/PDB sebesar US4452,1 milion dengan
pendapatan perkapita sebesar US424.600. Chile merupakan sebuah negara yang
mengeksport anggur terbesar di dunia. Keadaan iklim yang sesuai dan tanah yang
subur menjadikan ia negara pengeluar anggur yang terbesar bagi penghasil minuman
‘wine’ dan buah anggur. Selain itu, terdapat juga beberapa produk sampingan seperti
kayu-kayan, Tembaga, Besi dan baja , semen, dan tekstil.

Bagi bentuk fizikal negara ini, terdapatnya Banjaran Andes yang membentuk
jajaran pergunungan terbuka yang terpanjang didunia. Terbentang sebagai satu
rangkaian tanah tinggi yang berterusan sepanjang pantai barat Amerika Selatan.
Daripada banjaran ini juga terdapat nya pengaliran sungai untuk kegunaan kawasan
pertanian di negara tersebut. Seterusnya, ciri fizikal daripada aspek geologi, pada
asasnya ia terhasil oleh proses plat tektonik yang terbentuk oleh pembenaman plat
Nazca di bawah plat Amerika Selatan. Sempadan dua plat ini menghasilkan jurang
antara Peru dengan Chile.Selain itu, terdapat juga gunung berapi yang masih aktif
iaitu gunung berapi Cotopai. Bagi keadaan iklim negara Chile ia bergantung kepada
kedudukan dan ketinggian jarak dengan laut. Pada bahagian selatan berudara sejuk
dan kerap hujan manakala bahagian tengah kering di utara Andes kerap hujan tetapi
panas purata suhu mencecah 18⁰c di Colombia. Keadaan cuaca yang berubah secara
mendadak.

Bagi guna tanah kebanyakan bahagian di negara ini dibangunkan kawasan


pertanian dan juga pembangunan kawasan warisan dan sejarah yang ada.
Pembangunan kawasan sejarah yang menjadi tarikan kepada pelancong untuk
dilawati.
4.0 PERBANDINGAN PENCAPAIAN SDG MALAYSIA DENGAN 4 NEGARA
TERPILIH

Bahagian ini akan menghuraikan secara ringkas faktor yang mungkin mempengaruhi
persamaan dan perbezaan SDG Malaysia dan 4 negara lain yang terpilih.

JADUAL 4.1

Perbandingan negara Malaysia dengan 4 negara terpilih

2019 (%)

Malaysia Kazakh Morocco France Chile


Bil
stan
Jenis SDG

Negara
1. No Poverty 100.0 99.9 94.9 99.5 98.9

2. Zero Hunger 45.2 50.9 53.8 66.0 63.3

3. Good Health & Well Being 79.0 75.8 73.7 94.3 86.6

4. Quality Education 91.4 91.0 78.0 97.4 92.8

5. Gender Equility 55.6 77.1 42.9 86.5 70.5

6. Clean Water And 76.3 74.8 66.1 87.9 96.6


Sanitation

7. Affordable & Clean 90.0 85.8 87.7 97.0 91.0


Energy

8. Decent Work & Economic 80.4 76.7 67.4 78.1 80.7


Growth

9. Industry Inovation & 56.8 35.2 32.4 73.6 49.2


Infrastructure

10. Reduce Inequalities 42.5 62.1 61.5 85.6 27.3

11. Sustainable Cities And 82.6 78.4 72.2 87.0 80.7


Communities

12. Responsible Consumption 77.1 62.4 82.5 53.4 72.5

And Prouction

13. Climate Action 87.8 75.1 92.4 86.4 94.7

14. Life Below Water 49.2 43.4 48.2 64.2 66.2

15. Life On Land 43.0 58.6 75.6 76.7 59.3

16. Peace, Justice And Strong 68.5 69.0 69.0 76.6 75.9

Institutions

17. Partnerships For The Goals 57.1 51.9 75.9 75.1 79.4

(Sumber : 2019 sustainable development report)


Berdasarkan jadual di atas, dapat kita lihat bahawa pencapaian Malaysia untuk SDG
yang pertama iaitu “no poverty” menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 100%. selain
itu, 4 negara lain yang terpilih iaitu Kazakhstan, Morocco, France dan Chile masing
mencatatkan nilai melebihi 94%. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh persamaan
dari segi faktor ekonomi di negara Malaysia dan 4 negara terpilih yang lain dimana
ekonomi negara tersebut berkembang dengan pesat lalu mampu menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk. Apabila wujudnya peluang pekerjaan, maka penduduk
akan mempunyai pendapatan yang tetap. Melalui pendapatan tersebut, mereka mampu
membeli barang keperluan yang penting untuk meneruskan kehidupan.

Seterusnya, untuk SDG yang kedua iaitu “zero hunger” mendapati negara
Malaysia menunjukkan peratusan yang terendah iaitu 45.2% berbanding 4 negara
terpilih yang lain. Perancis mencatatkan peratusan tertinggi berbanding 4 negara yang
lain iaitu 66%, diikuti dengan Chile (63.3%), Morocco (53.8%) dan Kazakhstan
(50.9%). Salah satu faktor yang mempengaruhi persamaan pencapaian SDG
Malaysia dengan 4 negara yang lain ialah peningkatan kesedaran penjagaan
pemakanan yang sihat dalam kalangan penduduk Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan
dengan data yang telah dikeluarkan oleh SDG dimana peratusan untuk kelaziman
obesiti bmi melebihi 30> berlaku tren menurun untuk setiap negara terpilih.

Selain itu, pencapaian Malaysia untuk SDG yang ketiga iaitu “good health &
well being” menunjukkan peratusan ketiga tertinggi sebanyak 79% berbanding dengan
4 negara terpilih yang lain. Perancis mencatatkan nilai tertinggi iaitu 94.3% diikuti
negara Chile iaitu 86.6%. Persamaan yang dapat dilihat antara negara Malaysia
dengan 4 negara yang lain ialah kemajuan dalam bidang perubatan moden dan taraf
kesihatan yang tinggi dalam menangani penyakit berbahaya dan penyakit berjangkit
serta lain-lain penyakit. Kemajuan dalam bidang perubatan moden ini secara tidak
langsung mampu meningkatkan jangka hayat penduduk kerana mempunyai keperluan
yang lengkap untuk mengatasi sebarang masalah kesihatan.

Di samping itu, pencapaian Malaysia untuk SDG yang keempat iaitu “quality
education” menunjukkan peratusan yang tinggi sebanyak 91.4% hampir dengan
peratusan 4 negara terpilih yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia dan 4
negara terpilih yang lain mempunyai persamaan yang hampir sama iaitu taraf
pendidikan yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan dengan peratusan yang dicatatkan
oleh 3 negara terpilih iaitu Kazakhstan, Perancis dan Chile melebihi 90% dan hanya
negara Morocco sahaja mencatatkan nilai 78%. Taraf pendidikan yang tinggi
mampu melahirkan generasi yang celik iT, bijak dan menjadi sumber modal insan
yang berguna untuk negara pada masa akan datang.

Selain daripada itu, pancapaian Malaysia untuk SDG yang kelima iaitu “gender
equility” mencatatkan nilai sebanyak 55.6%. Peratus yang dicatatkan oleh Malaysia
tersebut merupakan nilai kedua terendah berbanding dengan 4 negara terpilih yang
lain iaitu Kazakhstan (77.1%), Morocco (42.9%), Perancis (86.5%), dan Chile
(70.5%). Persamaan yang dapat dilihat antara negara Malaysia dengan 3 negara lain
iaitu Kazakhstan, Perancis dan Chile menunjukkan bahawa golongan lelaki dan
wanita diberi peluang sama rata dalam memenuhi keperluan negara pada masa ini.
Hal ini dapat dibuktikan dengan peluang yang diberikan kepada lelaki dan wanita
dalam menyambung pelajaran dan bekerja dalam bidang yang diingini tanpa berlaku
diskriminasi jantina. Penglibatan golongan wanita ini sedikit sebanyak mampu
meningkatkan jumlah tenaga buruh yang diperlukan untuk sesebuah negara itu
membangun dengan pesat terutama dalam bidang ekonomi.

Seterusnya, pencapaian Malaysia untuk SDG yang keenam iaitu “clean water
and sanitation” mencatatkan nilai sebanyak 76.3%. Malaysia berada di kedudukan
ketiga berbanding 4 negara terpilih yang lain. Negara yang mencatatkan nilai
peratusan tertinggi ialah Chile iaitu 96.6% manakala Morocco berada ditempat kelima
dengan nilai sebanyak 66.6%. Perbezaan yang dapat dilihat antara negara Malaysia
dan Chile ialah kecekapan dan penggunaan teknologi moden yang digunakan dalam
merawat air kumbahan. Berdasarkan data yang diperolehi daripada laporan
Sustainable Development Goals (SDG), Malaysia hanya mampu mencatatkan 19.6%
sahaja dalam merawat air kumbahan berbanding dengan Chile yang mencatatkan 87.5%
dalam merawat air kumbahan. Selain itu, penduduk di negara Chile juga
menggunakan perkhidmatan air (98.2%) dan sanitasi (85.5%) yang selamat untuk
kegunaan harian mereka.

Selain itu, pencapaian Malaysia untuk SDG yang ketujuh iaitu “affordable &
clean energy” mencatatkan nilai sebanyak 90%. Berdasarkan 4 negara terpilih,
Perancis mencatatkan nilai tertinggi iaitu 97% diikuti Chile sebanyak 91%, Morocco
sebanyak 87.7% dan Kazakhstan sebanyak 85.8%. Persamaan yang dapat dilihat
antara Malaysia dan 4 negara terpilih yang lain mendapati kesemua penduduk di
negara terpilih mempunyai kemudahan elektrik yang dapat digunakan dengan
sebaiknya serta mempunyai akses kepada tenaga bahan api yang bersih. Tenaga
bahan api yang bersih ini penting untuk memastikan jumlah karbon dioksida terlepas
ke ruang atmosfera dapat dikurangkan sekaligus memastikan kelestarian alam sekitar
terjamin.

Di samping itu, pencapaian Malaysia untuk SDG yang kelapan pula iaitu
“decent work & economic growth” mencatatkan nilai sebanyak 80.4%. Nilai
tersebut merupakan peratusan kedua tertinggi berbanding 4 negara terpilih dimana
negara Chile mencatatkan nilai sebanyak 80.7%, Perancis (78.1%), Kazakhstan
(76.7%) dan Morocco (67.4%). Salah satu faktor yang mungkin mempengaruhi
persamaan SDG Malaysia dengan 4 negara terpilih yang lain ialah persekitaran tempat
kerja yang baik telah meningkatkan produktiviti pekerja. Apabila produktiviti
meningkat, maka ekonomi negara akan berkembang dengan baik. Hal ini dapat
dibuktikan dengan data yang telah dikeluarkan oleh SDG dimana penduduk yang
berusia 15 tahun dan keatas sudah mampu menabung untuk kepentingan pada masa
akan datang. Kesemua negara terpilih menunjukkan tren meningkat.

Bagi pencapaian Malaysia dalam SDG bagi komponen yang kesembilan iaitu
“industry innovation & infrastructure merupakan nilai yang kedua tertinggi
berbanding dengan negara bandingan iaitu 56.8 % di belakang perancis yang
menduduki tangga pertama dengan nilai sebanyak 73.6 %.Chile menduduki tempat
ketiga selepas Malaysia iaitu dengan nilai 49.2 % dan diikuti oleh Kazakhstan dan
morocco iaitu mencatat nilai sebanyak 35.2 dan 32.4. Perbezaan yang ditujukan oleh
kelima negara ini mungkin disebabkan faktor teknologi disesebuah negara. Umum
mengetahui negara perancis merupakan antara negara yang mempunyai kemag]hiran
dalam menghasilkan beberapa teknologi baharu. Oleh disebabkan inilah
membolehkan ia menjadi negara yang lebih maju dalam aspek inovasi dalam
menghasilkan sesuatu produk.

Kesepuluh adalah perbandingan SDG dalam komponen “ reduce Inequalities “.


Malaysia mencatat nilai sebanyak (42.5%), Kazakhstan (62.1%), Moroco
( 61.5%),Perancis (85.6 %) dan Chile sebanyak (27.3%).Perbezaan yang sangat ketara
dapat diperlihatkan oleh Malaysia dengan negara lain. Hal ini mungkin disebabkan
faktor ekonomi yang kukuh.Ekonomi yang kukuh membolehkan sesebuah negara itu
mempunyai belanjawan yang sangat banyak dan akhirnya membolehkan kerajaan
sesebuah negara itu menguruskan pembangunannya dengan sebaik mungkin termasuk
juga dalam mengatasi kemiskinan, pendidikan dan taraf kesihatan. Seiring dengan
statusnya sebagai negara maju membolehkan nilai wang di negara tersebut lebih tinggi
berbanding negara lain. Oleh itu,kita boleh dapati sendiri Perancis menunjukkan nilai
yang paling tinggi yang bermakna pengurang ketaksamaannya dapat di atasi .

Setersunya adalah pencapaian Malaysia dalam komponen yang ke 11 iaitu


“Sustainable Cities And Communities “ yang mana Malaysia mencatat nilai sebanyak
82.6 %. Manakala Kazakhstan dan Moroco mencatat nilai sebanyak 78.4% dan
72.2%.Akhir sekali adalah Perancis dan Chile mencatat nilai sebanyak 87.0% dan
80.7 %.Berdasarkan 4 negara tersebut Malaysia mempunyai persamaan yang sama.
Hal ini demikian kerana, seluruh negara telah mulakan langkah yang lebih baik dalam
membangunkan sesebuah kawasan itu.Pembangunan telah dirancang terlebih dahulu
bagi memastikan sumber alam di negara tersebut kekal ada dan berterusan.

Komponen yang ke 12 menunjukkan mengenai “ Responsible Consumption


and Protection yang mana negara Moroco mencatat nilai yang paling tinggi iaitu
82.5 % . Diikuti oleh Malaysia,Chile, Kazakhstan dan Perancis iaitu 77.1 %, 72.5%,
62.4 %. dan 53.4 %.Berdasarkan bacaan peratus bagi 4 negara tersebut boleh
dikatakan Malaysia menunjukkan persamaan. Hal ini mungkin disebabkan kesemua
negara telah memainkan peranan yang penting dengan menitikberatkan tindakan dan
prosedur yang sesuai yang dibenarkan oleh sesuatu syarikat pengeluaran.Hal ini
supaya setiap negara ingin memastikan tiada bahan pencemar dilepaskan yang boleh
menganggu ekosistem negara tersebut.

Seterusnya pencapain Malaysia dalam SDG bagi komponen yang ke 13 iaitu


“climate action” mencatat nilai sebanyak 87.8 %.Kazakhstan mencatat nilai sebanyak
75.1% , Moroco mencatat nilai sebanyak 92.4 % ,Perancis sebanyak 86.4 % dan Chile
sebanyak 94.7%.Bacaan ini menunjukkan persamaan Malaysia dengan 4 negara lain.
Hal ini mungkin disebabkan seluruh negara telah sedar akan kepentingan alam sekitar
termasuklah tindakan iklim.Kesemua negara telah menggunakan beberapa bahan
sumber yang mesra pengguna bagi mengelakkan berlakunya masalah iklim yang
sangat ketara. Malahan kemajuan daam bidang teknologi dan pengangkutan
membolehkan perlepasan bahan yang tercemar yang boleh mengangu iklim dunia .

Bagi komponen ke 14 dalam SDG iaitu mengenai “life below water “ antara
Malaysia dan 4 negara lain. Negara di Chile dan Perancis mencatat nilai yang paling
banyak iaitu 66.2 % dan 64.2 %.Malaysia mencatat nilai sebanyak 49.2 % dan
Kazakhstan dan Moroco mencatat nilai sebanyak 43.4 % dan 48.2 %. Terdapat
perbezaan yang sangat ketara .Hal ini mungkin disebabkan faktor ekonomi yang
dijalankan.Umum mengetahui aktiviti nelayan merupakan antara aktiviti ekonomi
yang dijalankan oleh penduduk di Malaysia. Penangkapan sumber hidupan laut ini lah
menyebabkan Malaysia merekodkan bacaan yang agak sedikit berbanding negara lain.

Manakala komponen ke 15 menerangkan “life on land “, yang mana 43.0%


telah direkodkan nilainya bagi Malaysia.Kazakhstan mencatat nilai sebanyak
58.6 %.Moroco mencatat nilai sebanyak 75.6 %.Perancis dan Chile mencatat nilai
sebanyak 76.7 % dan 59.3 %..Berdasarkan niali peratus yang direkodkan bagi 4
negara ini boleh dikatakan terdapat perbezaan yang sangat ketara terutamanta
Malaysia dan Perancis. Hal ini mungkin boleh dikatakan sama sebabnya di komponen
yang ke 14.Malaysia mengamalkan corak kehidupan yang banyak berasakan pertanian
dan perrternakan. Malahan corak kehidupan penduduk di Malaysia turut
dipengaruhi.Ini kerana, sudah menjadi kebiasaan penduduk disini dengan
pengambilan karbohidrat dan protein yang sangat banyak.Berrbeza dengan corak
kehidupan di Perancis yang mana pengambilan karbohidrat dan lemak yang secara
sederhana.Oleh sebab itulah terdapat jurang yang agak besar antara Malaysia dan
Perancis serta dengan negara yang lain

Komponen 16 adalah mengenai “Peace, Justice and Strong Institutions


“.Dalam komponen ini Malaysia mencatat nilai yang paling sedikit iaitu 68.5 %.Bagi
negara Kazakhstan dan Moroco mencatat nilai yang sama iaiti 69.0%.Perancis
mencatat nilai paling tertinggi dan diikuti Chile iaitu76.6 % dan 75.9 %.Walaupun
malaysia menunjukkan jumlah yang sedikit tapi masih boleh dianggap sama kerana
ia tidak menunjukkan jurang yang agak besar. Hal ini demikian kerana, seluruh negara
mengamalkan peraturan yang tertinggi di dalam pengurusan negara tersebut. Keadaan
politik dan ekonomi yang stabil membolehkan juga penduduk hidup dengan aman dan
bebas daripada peperangan.
Bagi komponen yang terakhir adalah mengenai :Partnerships For The Goal
“ yang mana Malaysia mencatat nilai sebanyak 57.1 %, Kazakhstan 51.9%,Moroco
75.9%,Perancis 75.1 5 dan Chile 79.4%.Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara
Malaysia dan 4 negara lain. Hal ini mungkin disebabkan status negara
tersebut.Malaysia merupakan antara negara yang membangun manakala perancis
merupakan negara yang maju.Perbezaan inilah menyebabkan perkongsian Malaysia
adalah sedikit berbanding Perancis dan lain-lain.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Sustainable Developments Goals atau SDG ini dapat


membantu pembangunan sesebuah negara dan memastikan kemajuan negara dicapai.
Malaysia merupakan negara pertama di Asia Pasifik yang melancarkan SDG. Negara
kita juga dilihat semakin komited dalam menyokong agenda SDG menerusi
pembangunan selaras petunjuk SDG. Dalam konteks negara Malaysia, kemajuan SDG
Malaysia dapat dilihat dari segi tadbir urus dan pelaksanaan hala tuju serta penilaian
data. Hal ini demikian, data-data yang terdapat dalam SDG ini bersifat menyeluruh
serta meliputi aspek daripada peringkat kebangsaan sehingga ke daerah. Disebabkan
itu, semakin banyak negara di seluruh dunia mula menggunakan SDG bagi
memastikan lagi perkembangan negara mereka. Ia dapat dilihat kebaikan dan manfaat
yang diberikan oleh SDG berdasarkan data-data komponen SDG negara Malaysia dan
negara-negara bandingan yang telah dipersembahkan. Oleh itu, penggunaan konsep
pembangunan lestari dan SDG ini merupakan satu langkah yang baik dalam
memastikan perkembangan terutamanya dari segi pembangunan sesebuah negara
tersebut.

You might also like