Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEPIMPINAN BERPASUKAN

Sebuah pasukan ialah sekumpulan orang yang berkongsi objektif, yang mempunyai
kemahiran, bakat, personaliti dan kebolehan yang berbeza, dan yang komited terhadap
tanggungjawab mereka untuk bersama- sama menyiapkan sesuatu tugas secara bersama dan
untuk tujuan yang sama.

Kepimpinan Pasukan Projek


Pasukan ini, yang mungkin tidak akan tahan lama, ia adalah berguna sebagai
kumpulan spesifik untuk mereka, memulakan dan membuat perubahan dan kawalan.
Tugasnya dikawal dengan ketat dan ia mempunyai tujuan dan tugas yang amat jelas dan
ringkas dan. Ia juga memfokus terhadap melahirkan output yang tertentu. Pemimpin pasukan
ini dipilih untuk mengetuai kumpulan sehingga matlamat atau output terhasil. Pemilihan
kepimpinan berdasarkan kepada kebolehan untuk mencapai objektif tertentu.

Kepimpinan Pasukan Pelbagai Fungsi.


Pasukan pelbagai fungsi ini menggabungkan semua ahli utama dalam organisasi
untuk memfokus pada satu masalah, isu, perkembangan produk dan lain- lain. Ahli
mempunyai kemahiran dan fungsi tersendiri di gabung dalam menyelesaikan
masalah.Pemimpin pasukan ini haruslah mengetahui kekuatan dan fungsi setiap ahli.
Penyelarasan tugas juga perlu diambil berat berdasarkan kemahiran dan fungsi untuk
menjamin keberkesanan.

Kepimpinan Pasukan Super


Pasukan Super boleh di kategorikan sebagai pasukan yang sangat komited terhadap
kualiti. Kebanyakannya datang dari kategori atau peringkat yang sama dari segi kuasa dan
fungsi. Mempunyai pengaruh yang besar ke atas organisasi. Kuasa untuk mempengaruhi
tidak berdasarkan kuasa rasmi tetapi berdasarkan keupayaan pasukan. Pasukan dan organisasi
saling belajar dan mengajar
Mereka mengeluarkan tenaga, semangat dan komitmen yang datang bersama
kejayaan. Mereka juga menjadi terkenal. Mampu mengekalkan komunikasi dan momentum
apabila mereka bekerja berasingan atau bekerja bersama- sama. Pemimpin ini haruslah
mempunyai karisma yang tinggi disamping kuasa yang tertinggi untuk mengawal dan
memberi arahan. Pemimpin ini menguasai kemahiran yang tinggi disamping mampu
mengambil tindakan. Pemimpin ini juga berupaya untuk mengambil tindakan dan
membetulkan semula hala matlamat jika pasukan tersasar dari halatuju yang ditetapkan.

You might also like