Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

OBJEKTIF 2

HASIL KAJIAN : 3

i. Pengenalan Negeri Terengganu dan Daerah Besut 4

ii. Sejarah penubuhan Besut 5

iii. Perkembangan sejarah Besut 6

iv. Penjajahan yang pernah berlaku di Besut 8

v. Perkembangan dari segi sosial, ekonomi, dan pendidikan 9

vi. Kehidupan masyarakat Besut 12

vii. Tokoh Ulama Pondok dan Pendidikan Islam di Besut 14

viii. Aspek keagamaan yang dianuti oleh masyarakat Besut 18

ix. Seni dan Budaya yang terdapat di Besut 19

x. Keistimewaan Besut 21

SUMBER RUJUKAN 22

PETA DAERAH BESUT 23

LAMPIRAN 24

1
OBJEKTIF KAJIAN

Kawasan kajian yang dikaji ialah Daerah Besut. Objektif kajian kumpulan ini ialah agar

mahasiswa dan mahasiswi sekaligus para pelajar dapat:

i. Mengetahui sejarah penubuhan dan perkembangan Daerah Besut

ii. Mengetahui dan dapat mengkaji sejarah tokoh-tokoh yang telah menubuhkan Daerah

Besut

iii. Mengetahui dan dapat mengkaji latar belakang masyarakat di Daerah Besut dari aspek

sosial

iv. Mengetahui sejauh manakah perkembangan ekonomi daerah tersebut

v. Mengetahui perkembangan pendidikan di Daerah Besut

2
HASIL KAJIAN

Antara hasil kajian yang didapati setelah mengkaji Daerah Besut ini ialah:

i. Pengenalan Negeri Terengganu dan Daerah Besut

ii. Sejarah penubuhan Besut

iii. Perkembangan sejarah Besut

iv. Penjajahan yang pernah berlaku di Besut

v. Perkembangan dari segi sosial, ekonomi, dan pendidikan

vi. Tokoh Ulama Pondok dan Pendidikan Islam di Besut

vii. Aspek keagamaan yang dianuti oleh masyarakat Besut

viii. Keistimewaan Besut

3
PENGENALAN NEGERI TERENGGANU DAN DAERAH BESUT

Terengganu Darul Iman ialah salah sebuah negeri di dalam negara Malaysia yang mempunyai
Sultan. Keluasan negeri ini lebih kurang 12,956km persegi yang terletak di antara negeri
Kelantan (di sebelah utara dan di barat laut) dan negeri Pahang (di sebelah selatan dan di barat
daya) manakala sebelah timur negeri ini pula terhampar luas Laut China Selatan.
Terengganu mendapat nama apabila sekumpulan pemburu dari Pahang terjumpa sebatang
taring ketika berburu di Sungai Terengganu Mati. Salah seorang pemburu menanyakan soalan
“taring apakah itu” kepada salah seorang pemburu. Salah seorang daripada mereka menjawab
“taring anu” kerana tidak tahu taring binatang apakah yang sebenarnya. Beberapa hari kemudian
mereka berjaya memperolehi rusa dan kayu gaharu. Apabila ditanya dimanakah mereka
mendapat buruan itu, mereka memberitahu buruan dan kayu gaharu itu diperolehi di “taring
anu”. “Taring anu” ini akhirnya bertukar menjadi “Terengganu”.
Besut merupakan salah sebuah daerah di dalam negeri Terengganu yang terletak di bahagian
utara. Daerah ini bersempadan dengan negeri Kelantan. Keluasan daerah ini ialah 123,367.8
hektar atau 1978.76 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 114,616 orang pada tahun
1990. Pada tahun 1970, penduduk di daerah ini lebih kurang 79,240 orang penduduk dan hampir
95% daripadanya ialah orang Melayu.
Setiap daerah yang berada di dalam negeri ini mempunyai warna benderanya yang
tersendiri. Bendera daerah Besut ialah MERAH. Maksud bendera ini ialah melambangkan
keberanian dan kesungguhan bekerja. Setiap bendera ini telah dipersetujui untuk diterima pakai
mulai 7 Jun 1988 bersamaan 22 Syawal 1408. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 1,
2, 3, 185

4
SEJARAH PENUBUHAN DAERAH BESUT

Nama Besut adalah terbitan dari nama ketua seorang pangan atau sakai. Daerah ini suatu
ketika dahulu diperintah oleh seorang ketua lanun yang bergelar “Raja Sang Nyana”. Kuala
Besut mempunyai beberapa buah gua batu yang sesuai dijadikan tempat perlindungan lanun-
lanun.
Sekumpulan pedagang dari Patani datang ke Besut dan diketuai oleh Encik Wan yang
berasal dari Sumatera. Beliau merupakan datuk yang keenam kepada Haji Yusof Ali (bekas
imam Kampung Payang Setiu dan tinggal di Palembang, Besut, meninggal dunia pada 12
November 1974) dan Haji Muhammad (bekas imam Masjid Kampung Raja).
Encik Wan memujuk puak-puak pangan yang mendiami kawasan Besut dengan
menukarkan segantang mata kail dengan ketuanya iaitu Pak Wong agar berpindah ke tempat
lain. Perjumpaan dan rundingan tersebut berlaku di Kampung Nail (tempat membentuk mata
kail) dan satu perjanjian juga dibuat supaya tidak berlaku pencerobohan dan pembunuhan
oleh puak-puak pangan ke atas orang-orang Encik Wan semasa mencari hasil hutan di dalam
Daerah Besut. Encik Wan dan orang-orangnya juga telah membuat sebuah kampung di tepi
Sungai Besut yang diberi nama Palembang. Nama ini diambil sempena nama negeri asalnya
iaitu Palembang Sumatera.
Selepas kematian Encik Wan, anaknya yang bernama Encik Namat telah mengambil alih
tempat Encik Wan sebagai ketua. Semasa Encik Namat menjadi ketua, banyak rintangan
yang terpaksa dihadapinya. Pada tahun 1780-an, Encik Namat mendapat tentangan daripada
lanun yang berkubu di pulau-pulau sekitar daerah Besut. Beliau juga pernah meminta
bantuan daripada Sultan Mansur Pertama untuk menghantar angkatan tentera bagi membasmi
lanun-lanun tersebut. Anak baginda sendiri yang bernama Tengku Abdul Kadir telah datang
sendiri untuk mengetuai pasukan ini. Beliau berjaya dalam pertempurannya dan dilantik
menjadi pemerintah Besut manakala Encik Namat menjadi seorang pembesar daerah. (Sejarah
Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 185, 187

5
PERKEMBANGAN SEJARAH BESUT

Tengku Abdul Kadir berjaya mentadbir Besut, beliau juga telah membina benteng-
benteng pertahanan sepanjang Sungai Besut yang berhampiran dengan Pelembang dan membuat
tempat kediamannya di kawasan Kampung Raja selepas menjadi pemerintah Besut. Selepas
kematian Tengku Abdul Kadir, puteranya yang bernama Tengku Ali telah mengambil alih
pemerintahan di Besut dan beliau enggan mematuhi pemerintahan Yang Dipertuan di Kuala
Terengganu.
Tindakan Tengku Ali telah mencetuskan peperangan antara pasukan beliau dengan
pasukan dari Terengganu. Kejadian ini telah berlaku pada 22 November 1875 atau pada 23
haribulan Syawal 1292H. Punca pemberontakkan Tengku Ali adalah disebabkan oleh dasar
Sultan Umar kerana memerintah daerah-daerah sekitar Terengganu secara langsung. Walaupun
Tengku Ali adalah anak sepupu Sultan Umar, mereka tidak pernah menjalinkan hubungan rapat
selama 15 tahun termasuk juga dengan pihak istana.
Ada musuh dalam selimut, itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Tengku Ali
apabila beliau meminta bantuan dari Kelantan agar membantunya menurunkan baginda daripada
takhtanya dan diganti dengan Tengku Cik Muda Putra, Yamtuan Muda Tengku Abdullah iaitu
saudara baginda sendiri. Hal ini tidak diketahui oleh Sultan Umar dan baginda juga menjemput
Tengku Ali menghadiri satu acara istiadat. Segala persiapan telah diatur untuk melantik Tengku
Ahmad iaitu saudara baginda menjadi Yamtuan Muda dan menjemput Tengku Ali supaya
menghadiri istiadat itu tetapi Tengku Ali enggan memperkenankan jemputan tersebut.
Baginda telah menghantar beberapa orang utusan untuk menjemput Tengku Ali iaitu
Tuan Muda, Tengku Ibrahim dan Orang Kaya Megat Seri Mahkota. Namun demikian, sebaik
sahaja tiba di tempat Tengku Ali, mereka mendapati Tengku Ali sedang berkumpul di Kampung
Raja dengan beberapa pasukan yang bersenjata dari Kelantan.
Pihak baginda telah mengutus surat bantahan kepada pemerintahan Siam di Senggora dan
juga bantahan atau amaran kepada pemerintahan Kelantan supaya tidak mencampuri hal ehwal di
Besut. Sultan Umar juga telah menghatar mufti Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amim ke
Kelantan untuk menyampaikan hasrat baginda bahawa mereka tidak berniat hendak mengubah
sempadan antara Kelantan-Terengganu. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 187, 188

6
Kemudian baginda menghantar satu angkatan perang ke Besut. Seramai 8,000 orang
mengikut jalan laut dan jalan darat yang diketuai oleh Panglima Besar Orang Kaya Megat Seri
Mahkota Raja (Wan Abdul Rahman bin Idris) saudara sepupu baginda, penolongnya Tengku
Yusof Panglima Kedai Payang, Tengku Long bin Mustaffa, (Tengku Long Pendikar), dan
Tengku Nik, manakala panglima-panglima perang ialah Encik Musa, Dato’ Bandar Jaafar, Tuk
Kaya Mahkota Haji Abdul Rahman, Tuk Setia Wan Ismail Kampung Gedung.
Angkatan ini diatur sendiri oleh Engku Saiyed Seri Perdana (Engku Saiyed Zain bin
Muhammad) yang dianggap sebagai Perdana Menteri baginda. Engku Saiyed Seri Perdana telah
membedil Besut dari laut.
Engku Saiyed Seri Perdana dan angkatannya mendarat selepas membedil Besut, mereka
mendapati Tengku Ali telah melarikan diri ke Kelantan. Terdapat juga cerita yang mengatakan
Tengku Ali meninggal dunia di Kelantan pada 11 Zulkaedah 1292H atau pada 9 December 1875
selepas kejadian yang berlaku di Besut. Tindakan Tengku Ali yang ingin menjatuhkan Sultan
Umar menyebabkan Besut tiada pemerintah. Oleh itu pemerintahan Besut diserahkan kepada
Tengku Ngah, seterusnya kepada Tengku Chik Haji anak Tengku Abdul Kadir. Semasa
pemerintahan Tengku Chik Haji, daerah Besut mula mengalami perubahan dari semua segi dan
beransur maju. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 188

7
PENJAJAHAN YANG PERNAH BERLAKU DI BESUT

Seperti yang kita ketahui, Malaysia atau nama panggilannya, Tanah Melayu sebelum
mencapai kemerdekaan pernah dijajah oleh Negara Barat dan Negara Jepun. Penjajahan yang
pernah berlaku di Terengganu khususnya Besut ialah pernah dijajah oleh pihak British dan
Jepun.

BRITISH
Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mula campur tangan dalam
urusan pentadbiran negeri Terengganu. Perlantikan Penasihat British telah membawa kepada
penyusunan semula pentadbiran. Terengganu yang dahulunya ditadbirkan mengikut sistem
pentadbiran daerah telah berubah kepada sistem jajahan iaitu dengan wujudnya tiga buah jajahan
iaitu Jajahan Timur (Kemaman, Kemasik, Kertih, Paka dan Dungun); Jajahan Tengah (Kuala
Terengganu, Marang dan Kuala Berang) dan Jajahan Barat (Besut dan Setiu) dengan pusat
pentadbirannya di Kuala Terengganu.
Ketiga-tiga buah jajahan ini ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya dan dibantu oleh Penolong
Penasihat British. Di peringkat negeri wujud tiga buah pejabat pentadbiran iaitu Pejabat
Penasihat British, Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan. Jabatan-jabatan
penting seperti Jabatan Kastam, Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan
Perubatan diletakkan di bawah Penasihat British. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) –
Halaman 7

JEPUN
Selain itu, negeri ini juga pernah dijajah oleh negara Jepun pada tahun 1941. Pentadbiran
negeri Terengganu diletakkan di bawah kendalian Syuciji (Gabenor). Jajahan atau daerah
Kemaman, Dungun,Besut dan Hulu Terengganu ditadbir oleh Pesuruhjaya Jajahan berbangsa
Jepun. Setiap jajahan ditempatkan seorang ketua jajahan (Gunco) berbangsa Melayu, seterusnya
mukim di bawah Penghulu dan kampung di bawah Ketua Kampung. Jikeidan dibentuk bagi
menjamin keselamatan kampung. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 8

8
PERKEMBANGAN DARI SEGI SOSIAL, EKONOMI DAN PENDIDIKAN

Terdapat beberapa perkembangan yang sedang rancak berlaku di Terengganu.


Perkembangan tersebut meliputi sosial, ekonomi dan pendidikan. Perkembangan ketiga-tiga
unsur ini menyebabkan Terengganu yang dahulunya agak mundur kini menjadi maju.

 SOSIAL
Kebajikan
Bantuan kerajaan negeri yang diberikan kapada penduduk di Terengganu untuk melicinkan
proses penyediaan kemudahan sosial kepada kumpulan sasaran. Salah satu bantuan yang
diberikan ialah menyediakan tempat tinggal selesa melalui Penempatan Keluarga Miskin,
antaranya ialah Nurul Saadah di Kampung Tok Dor (53 buah), Kampung Gong Mak Som (3
buah), Kampung Gong Tembila (10 buah) dan Kampung Teluk Budu (10 buah). (Pembangunan
Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 349, 350, 351

Kesihatan

Slogan “Rakyat Sihat Negara Sejahtera” bersesuain dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam
menjayakan “Wawasan Sihat”. Pembinaan kemudahan kesihatan yang diberikan adalah
berasaskan kepada kepadapatan penduduk. Pada tahun 1997, daerah Besut mempunyai 18
buah buah kemudahan kesihatan iaitu sebuah hospital, 3 buah klinik dan 14 buah klinik desa.
(Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 355, 357

Yayasan Pembangunan Keluarga

Sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada 25 April 1986.
Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk mempertingkatkan mutu kehidupan keluarga ke
peringkat optimum. Taska yang telah ditubuhkan ialah TASKA Keluarga Besut. (Pembangunan
Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 363, 367

9
Kem-kem Bina Diri

Kem-kem bina diri di Terengganu telah ditubuhkan untuk memberi kemudahan latihan,
kursus, khemah kerja dan program-program yang mempunyai hubung kait dengan
pembinaan insan. Kem-kem tersebut ialah, Kem Seri Keluang, Kem Bina Negara dan Kem
Lata Tembakah. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 389

 EKONOMI
Berdasarkan syarikat yang berdaftar dengan YPU pada 1999, bidang ekonomi yang diceburi
oleh masyarakat di Besut adalah sangat memberangsangkan. Bilangan dan sektor penglibatan
syarikat IKS di daerah ini mencecah angka 200. Sektor yang banyak diceburi ialah
pemborong binaan iaitu sebanyak 185, sektor makanan pula berada di tempat kedua iaitu
sebanyak 14 buah syarikat IKS yng terlibat dalam sektor ini. Tempat ketiga pula ialah sektor
perkayuan iaitu sebanyak 11, perdagangan atau pembekal sebanyak 10, perkilangan sebanyak
6 buah syarikat, perhotelan pula sebanyak 5, batik dan kraftangan atau tekstil, percetakkan
dan pembinaan atau harta tanah masing-masing 3 dan perkhidmatan professional sebanyak 1
sahaja.
Bagi memantapkan lagi bidang ekonomi, kerajaan dan agensi-agensi swasta telah
mengambil peranan masing-masing. Kerajaan dan agensi swasta ini telah memberi kerjasama
dan sokongan terhadap pembangunan usahawan seperti Perbadanan Memajukan Iktisad
Negeri Terengganu (PMINT), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysian Industrial Estates
Berhad (MIEL), Jabatan Belia dan Sukan, Standard Industrial Research Institute of Malaysia
(SIRIM), Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia, Instut Teknikal Tinggi Terengganu (TATI), Pusat
Pembangunan Kemahiran Terengganu (TESDEC), Pusat Latihan Industri Perkayuan
Terengganu (TTITC), Institut Latihan Perindustrian Petroleum (ILPP), Institut Kemahiran
Belia Nasional (IKBN) dan INStitut Lathan Perindustrian (ILP). (Warisan Terengganu (The
Heritage of Terengganu)) – Halaman 32

10
 PENDIDIKAN

Pendidikan Islam dan Ulama Pondok

Pendidikan yang ditekankan di daerah ini ialah pendidikan agama dan pengajian pondok.
Pengajian pondok diberikan kepada masyarakat di sekitar Besut terutamanya para petani dan
penangkap ikan. Kesibukan tidak dijadikan alasan untuk mereka tidak melibatkan diri dalam
pengajian pondok, malah mereka menggunakan masa lapang mereka untuk mempelajari al-
Quran dan mengikuti pelajaran agama. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 63

11
KEHIDUPAN MASYARAKAT BESUT

Seperti yang kita ketahui, Besut merupakan salah satu kawasan yang terkenal dengan
aktiviti perikanan. Namun demikian, untuk menjadikan kehidupan mereka menjadi lebih baik,
anak-anak muda Besut telah berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
Sektor perkilangan dan sektor pembinaan di bandar adalah lebih baik kerana mereka boleh
menjana pendapatan dengan lebih banyak dan tetap. Secara amnya, anak-anak Besut berhijrah ke
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuantan, Melaka, Pulau Pinang dan
Johor Bharu kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang lebih menarik dan bergaji lumayan,
status sosial dan budaya tempat kerja yang lebih selesa dan kemudahan pengangkutan yang lebih
baik. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut – Halaman 25, 26, 27

Bagi membantu kehidupan nelayan pesisir ini, peruntukkan daripada agensi-agensi


tertentu telah disalurkan kepada nelayan melalui Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dana yang diperuntukkan ini bertujuan
untuk membiayai pembelian atau penggantian bot, enjin, pukat dan peralatan berkaitan bagi
membantu nelayan secara terus. Selain diberikan peruntukkan, para nelayan juga disediakan
pelbagai pinjaman untuk membiayai dan menggalakkan pembangunan ekonomi golongan
nelayan. Dana khusus seperti bantuan peralatan menangkap ikan kepada para nelayan di Besut
juga disediakan secara percuma. Bantuan kerajaan seperti Program Ternak Ikan Air Tawar,
Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) dan bantuan pinjaman modal
untuk membeli bot dan kelengkapan tangkap ikan oleh MARA diberikan kepada para nelayan
untuk meningkatkan taraf hidup. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut – Halaman 28, 29, 30, 69

Besut mempunyai dua jenis kategori nelayan iaitu kelompok nelayan baru yang bekerja
sebagai awak-awak dan berpendidikan rendah dan yang keduanya ialah kelompok keluarga
nelayan lama yang mempunyai ketua keluarga lanjut usia. Pengagihan sumber ekonomi
biasanya dipengaruhi oleh saiz keluarga. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan di Besut,
jumlah anak bagi satu keluarga adalah lebih daripada sepuluh orang. Anak-anak yang telah tamat
persekolahan rendah atau menengah atau gagal melanjutkan pengajian tinggi akan terus bekerja
bersama bapa mereka. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut – Halaman 45, 46

12
Ikan sangat penting kepada nelayan di Besut. Ikan merupakan sumber pendapatan kepada
majoriti penduduk Besut. Hasil tangkapan ikan adalah kegunaan sendiri dan jika hasil tangkapan
adalah lebih yang selebihnya akan dijual untu membeli barangan keperluan harian. Pada tahun
1970-an dan 1980-an, komuniti Kuala Besut sangat mewah dengan jumlah tangkapan ikan yang
melimpah ruah. Oleh itu, peralatan yang canggih telah dibekalkan kepada para nelayan melalui
bantuan dan peruntukkan yang diberikan oleh badan-badan tertentu. Ekspedisi Komuniti Nelayan
Kuala Besut – Halaman 65, 66, 67

13
TOKOH ULAMA PONDOK DAN PENDIDIKAN ISLAM DI BESUT

Terdapat empat tokoh ulama yang terkenal di Besut iaitu Tuan Guru Haji Hussein, Tuan
Guru Haji Muhammad, Tuan Guru Haji Umar dan Tuan Guru Haji Abdul Latif.

 Tuan Guru Haji Hussein dan pengasasan Pondok Kampung Lampu


Tuan Guru Haji Hussein merupakan orang pertama yang memperkenalkan sistem pondok di
Besut. Beliau merupakan bekas anak murid Tuan Guru haji Hassan Al-Fatani. Pondok
Kampung Lampu dibuka pada tahun 1905 dan pusat pengajian ini berjalan sehingga tahun
1917. Tuan Guru Haji Hussein berasal dari Tnat Dang, Daerah Patani, Selatan Thai.
Selepas Tuan Guru Haji Hussein barangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya,
beliau bersama-sama dengan keluarganya telah berpindah ke Besut. Beliau seringkali ke
Mekah untuk menunaikan haji disamping mendalami lagi pengajiannya. Tuan Guru Haji
Hussein memilih Besut kerana penempatan Kampung Lampu yang agak besar. Beliau telah
membina rumahnya berhampiran dengan istana Tengku Muda. Selain itu, beliau juga
diberikan sebidang tanah sawah untuk keluarganya. Kedatangan beliau telah menyebabkan
Kampung Lampu menjadi terkenal dan mendapat perhatian luar. Beliau menjadi Guru al-
Quran kepada anak-anak Tengku Muda.
Pada tahun 1905 ramai pelajar yang datang dari Kelantan, Pahang dan dari dalam
Terengganu untuk belajar dengannya. Sokongan dan pertolongan Tengku Muda
menyebabkan Tuan Guru Haji Hussein mendapat satu kawasan untuk mendirikan pondok
bagi menempatkan pelajar-pelajar luar. Hubungan antara pemegang kuasa tempatan dengan
beliau adalah baik.
Sebelum Tuan Guru Haji Hussein meninggal dunia, beliau sempat mendidik dan melatih
anak-anaknya untuk mengantikan beliau sebagai guru di Pondok Kampung Lampu. Pada
tahun 1917 Tuan Guru Haji Hussein telah meninggal dan pada tahun itu juga merupakan
perkembangan pesat pondoknya. Kematian Tuan Guru Hussein sebagai guru diganti oleh
anaknya iaitu Tuan Guru Haji Muhammad. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 65, 66

14
 Tuan Guru Haji Muhammad dan Pengasasan Pondok Kuala Besut
Beliau dilahirkan di Tnat Dang, Yala, Patani, Selatan Thai pada tahun 1880 dan
merupakan anak sulung. Tuan Guru Muhammad mendapat pendidikan asas dari ayahnya
sendiri.
Tuan Guru Haji Muhammad telah berpindah ke Kuala Besut setelah berkahwin
dengan seorang gadis di sana. Pada tahun 1918 beliau telah mendirikan pondoknya di
kampung itu. Semasa berada di tanah suci beliau telah berguru dengan Syeikh Daud al-
Fatani. Gurunya banyak memberi nasihat dan memberi perangsang semasa Tuan Guru
Haji Muhammad mengendalikan pondok di Kuala Besut.
Masyarakat di Kuala Besut tidak mengambil berat terhadap pendidikan agama.
Mereka lebih menumpuhkan masa mereka dengan perkerjaan dan hiburan. Suasana ini
telah dihadapi oleh Tuan Guru Haji Muhammad sebagai seorang pendidik agama. Beliau
tidak terus mengajar secara pondok setelah menetap di Kuala Besut. Pada mulanya beliau
mengajar di masjid yang telah dibina oleh orang ramai khususnya kepada orang-orang
tua. Keadaan berubah apabila sebilangan pelajar dari pondok Haji Hussein di bawah
kelolaan Tuan Guru Haji Abdullah datang belajar dengan beliau. Bilangan penuntut
menjadi semakin ramai akibat kedatangan pelajar-pelajar daripada kawasan lain selain di
Besut.
Pada tahun 1930-an bilangan penuntut semakin berkurangan apabila ramai
penuntut berpindah ke Pondok Haji Umar di Kampung Raja dan di tempat-tempat lain.
Tuan Guru Haji Muhammad telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan pada ketika itu
hanya lima buah pondok sahaja di Pondok Kuala Besut. Kemerosotan ini berlaku kerana
kepesatan pendidikan moden dan pendidikan agama juga diambil alih oleh beberapa
sekolah Arab di daerah Besut. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 67, 68, 69

 Tuan Guru Haji dan Pengasasan Pondok Kampung Raja


Tuan Guru Haji Umar dilahirkan kira-kira tahun 1891 di Kampung Sungai, Kampung
Raja. Dalam usianya yang muda beliau telah membuka pondoknya dengan mendapat
sokongan Raja Besut pada tahun 1919. Ayahnya merupakan orang terkaya pada masa itu
di Kampung Sungai. Selepas itu beliau dihantar ke Mekah dan menuntut di Mekah

15
selama dua belas tahun. Tuan Guru Haji Umur mempunyai perwatakan yang baik dan
bersopan-santun. Hal ini menyebabkan beliau disenangi rakan seperjuangannya.
Pada tahun 1919, beliau pulang dari Mekah dan terus menetap di Kampung
Palembang, berhampiran dengan Kampung Raja Besut. Beliau mengajar di sebuah masjid
yang telah dibina menerusi bantuan-bantuan orang Kampung Palembang. Pengajaran
Tuan Guru Haji Umar juga membawa kepada penubuhan lebih kurang tujuh puluh buah
pondok kesemuanya, dengan bilangan pelajar seratus lima puluh orang, iaitu apabila
pusat pendidikannya didatangi oleh orang luar. Pelajar tersebut merupakan orang dari
Kelantan. Tuan Guru Haji Umar telah dilantik sebagai Imam Masjid Raja dengan diberi
saguhati $30.00 sebulan oleh Tengku Chik, pemerintah Besut. Disamping itu, beliau
mendapat zakat fitrah dari orang ramai. Anaknya yang bernama Hajah Nafisah telah
dihantar ke Mekah untuk belajar.
Pada tahun 1932, kebakaran telah berlaku di Kampung Palembang yang
menyebabkan pondok-pondok dan rumah tuan guru sendiri turut terbakar. Pelajar-pelajar
yang datang dari luar Besut terpaksa menumpang di masjid Kampung Raja. Keadaan ini
menyebabkan Pondok Tuan Guru Haji Umar dipindahkan ke kawasan Beris, Kampung
Raja. Di situ telah dibina sebuah masjid dan pondok-pondok yang baru bagi meneruskan
pengajaran agama.
Tuan Guru Haji Umar meninggal dunia pada tahun 1941, iaitu sebelum
pendudukan Jepun di Daerah Besut. Kematian Tuan Guru Haji Umar menyebabkan ramai
di antara pelajarnya berpindah ke pondok-pondok lain. Keadaan ini berlaku kerana tiada
pengganti beliau yang boleh meneruskan pengajaran agama yang telah diasaskan oleh
Allahyarham. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 69, 70

 Tuan Guru Haji Abdul Latif dan Pengasasan Pondok Alor Keladi
Tuan Guru Haji Abdul Latif, pengasas Pondok Alor Keladi merupakan anak tempatan
Besut. Beliau dilahirkan pada tahun 1915 di Pulau Berangan, Jertih. Tuan Guru Haji
Abdul Latif mendapat pendidikan di Besut. Beliau pernah berguru dengan Tuan Haji
Umar di Kampung Raja dan pernah menjadi murid kepada Tuan Guru Haji Musa di
Pondok Bukit Puteri, dari tahun 1938 hingga 1941, apabila pusat pengajian itu tutup.

16
Selepas itu beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan
tinggal disana selama lapan belas tahun dengan mempelajari pelbagai ilmu.
Semasa di Tanah Suci, beliau sentiasa bergaul dengan pelajar-pelajar dari luar
negeri, terutamanya penuntut-penuntut dari Indonesia. Beliau terkenal sebagai Tuan Guru
Haji Abdul Latif Geluk Getah kerana kepandaiannya dalam silat gayung. Apabila
keluarga beliau tidak mampu memberi wang perbelanjaan kepada beliau seketika, Tuan
Guru Haji Abdul Latif telah menjadi guru silat gayung kepada orang-orang di Mekah.
Sekembalinya beliau dari Mekah pada tahun 1949, Tuan Guru Haji Abdul Latif
pulang ke Pulau Berangan iaitu tempat asalnya. Beliau kemudian berpindah ke Alor
Keladi dan di sana kedatangan beliau disambut mesra oleh penduduk setempat serta
menjemput beliau mengajar al-Quran di sebuah masjid yang telah pun dibina.
Sejak perubahan pondok di Alor Keladi sehinggalah zaman akhir hayat Tuan
Guru Haji Abdul Latif , pelajar-pelajarnya hanya datang dari Daerah Besut dan Kelantan.
Perkembangan pusat pengajian yang pesat menyebabkan Ketua Agama Islam menghantar
wakilnya untuk merundingkan supaya pondok itu diambil alih olehnya. Sebaliknya beliau
menolak tawaran tersebut dan meneruskan pengajaran di kawasan persekolahnya secara
bebas. Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1970 pondok tersebut diuruskan oleh
pelajarnya yang pernah menjadi pembantunya iaitu Abdul Latif Mohamad.
Tuan Guru Haji Abdul Latif merupakan ulama yang aktif dalam politik kepartian
di Besut. Pondoknya menjadi pusat kegiatan PAS dan seramai seratus peratus daripada
pelajarnya menyertai parti tersebut. Pengisytiharan Tuan Guru Haji Abdul Latif sebagai
penyokong PAS menjelang pilihanraya 1959 sebenarnya memberi perangsang kepada
anak-anak muridnya untuk menyertai parti tersebut. Tuan Guru Haji Abdul Latif
mengambil inisiatif menjelajah kampung-kampung untuk menjalankan kempen. (Ulama
Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 70, 71, 72

17
ASPEK KEAGAMAAN YANG DIANUTI OLEH MASYARAKAT BESUT

Hampir majoriti penduduk di Daerah Besut ini memeluk agama Islam iaitu 95 peratus
daripada 79,240 orang ialah berbangsa Melayu. Negeri Terengganu mempunyai dua orang tokoh
agama iaitu Tuan Syeikh Abdul Kadir bin Tuk Wan Abdul Rahim dan Tuan Guru Haji Hassan
bin Tuan Ishak. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 185

Kedua-dua tokoh ini terkenal dan berjasa kepada negeri Terengganu. Satu kerugian
dialami oleh negeri ini apabila kedua-dua tokoh agama ini telah meninggal dunia. Terdapat
catatan yang menyatakan makam Tuan Syeikh Abdul Kadir bin Tuk Wan Abdul Rahim berada
di Perkuburan Syeikh Ibrahim Kuala Terengganu manakala makam Tuan Guru Haji Hassan bin
Tuan Ishak atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Hassan Gedong pula berada di Kampung Raja
Besut. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 195

Selain itu, terdapat juga empat orang ulama di Besut yang mengajar pengajian pondok
dan pendidikan agama iaitu Tuan Guru Haji Hussein, Tuan Guru Haji Muhammad, Tuan Guru
Haji Umar dan Tuan Guru Haji Abdul Latif. Keempat-empat ulama ini telah membentuk satu
tradisi pengajian yang agak kukuh di daerah ini. Oleh itu, Besut telah menjadi kawasan yang
subur dengan kegiatan agama. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72

18
SENI DAN BUDAYA DI BESUT

Terengganu sememangnya terkenal dengan kecantikkan semula jadi dan seni budaya
yang menawan hati. Moto pelancongan yang diberikan juga bersesuaian dengan tempat ini iaitu,
“Terengganu Cantik Budaya Menarik”. Negeri ini juga banyak aktiviti seni dan budaya yang
berkembang. Seni dan budaya ini jugalah yang telah mewarnai Besut.

 ANGGUK MERBUK

Angguk merbuk merupakan satu aktiviti kepada pencinta burung. Aktiviti ini
dipertandingan bagi mencari suara merbuk yang baik dan kerap diadakan. Nilai burung
merbuk bukan terletak pada bentuk rupa tetapi suaranya. (Warisan Terengganu (The Heritage of
Terengganu)) – Halaman 63

 SILAT MELAYU
Silat Melayu adalah seni mempertahanakan diri. Silat juga dikenali sebagai satu bentuk
gerak tari yang menarik selain sebagai seni mempertahankan diri. (Warisan Terengganu (The
Heritage of Terengganu)) – Halaman 63

 SEPAK RAGA

Permainanan ini telah diperkenalkan sejak seratus tahun dahulu dan masih popular dalam
kalangan pemuda di luar bandar. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman
63

 GASING

Permainan gelanggang yang sangat popular. Terdapat beberapa jenis gasing iaitu gasing
jantung, gasing leper, gasing cina dan gasing buku benang. Permainan ini biasanya
dimainkan pada akhir musim menuai. Gasing yang lama berputar akan dikira menang.
(Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 64

19
 MAIN PUTERI

Secara tradisinya, Main Puteri ini digunakan untuk tujuan perubatan. Tuan rumah pesakit
mesti menyediakan bahan keperluan seperti beras kunyit, bertih, telur rebus dan duit
syiling 15sen bagi memulakan perubatan. Peralatan untuk latar belakang muzik yang
digunakan untuk permainan ini ialah rebab dan gong. (Warisan Terengganu (The Heritage of
Terengganu)) – Halaman 64

 WAYANG KULIT
Permainan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Terengganu. Ianya dipengaruhi
oleh wayang kulit Jawa dan Siam. Patungnya diperbuat daripada belulang. Sebidang
layar putih akan dibentangkan atas pentas dan batang pisang untuk memudahkan patung
wayang kulit dipacakkan. Sebiji lampu juga akan digantungkan di sebelah dalam layar
untuk menghasilkan baying ketika persembahan dimainkan. (Warisan Terengganu (The
Heritage of Terengganu)) – Halaman 65

 SENI SUARA
Seni suara juga tidak ketinggalan di negeri ini. Seni suara yang berkembang baik di
negeri ini ialah berzanji, nasyid, rodat dan bacaan al-Quran. Berzanji ialah satu seni
bacaan sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) dan puji-pujian
(selawat) ke atas baginda. Selain itu, ia juga dipersembahkan dalam majlis bercukur
rambut untuk anak-anak yang baru lahir, Maulidur Rasul dan majlis perkahwinan. Seni
yang kedua ialah nasyid iaitu nyanyian Islam. Seni kata dan cara persembahannya dijaga
menurut tatasusila Islam. Nasyid biasanya diajar di sekolah, pondok, tadika dan
persatuan-persatuan. Seni yang ketiga ialah rodat. Permainan ini telah dibawa masuk dari
Sambas, Kalimantan. Permainan ini didendangkan dalam bahasa Arab yang memuji
Allah dan RasulNya. Seni seterusnya ialah bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran dan tajwid
adalah suruhan agama. Mempelajari dan mengaji al-Quran menjadi tradisi. Majlis ujian
Tilawah al-Quran sering diadakan bagi melahirkan qari dan qariah yang bermutu tinggi.
(Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 65, 66

20
KEISTIMEWAAN TENTANG BESUT

 Pengajian Pondok
Keistimewaan daerah ini ialah, Besut mempunyai tradisi pengajian pondok. Kehadiran
ulama dari Patani menyebabkan munculnya pengajian ini. Selain itu, ketiadaan alim ulama
yang berkelayakan untuk mengajar dan membimbing orang ramai di daerah ini juga
memudahkan pengasasan dan perkembangan pondok. Pengajian pondok ini juga
mendapat perhatian dalam kalangan istana dan menjadi guru kepada kepada anak-anak
raja. Putera-putera tersebut mendapat pendidikan secara perseorangan dari ulama.
Kemunculan ulama dan penglibatan mereka dalam pengajaran secara pondok di
Besut terbukti telah membentuk satu tradisi pengajian yang kukuh di daerah itu. Besut
menjadi kawasan yang subur dengan kegiatan pendidikan agama. Sikap dan sambutan
yang telah diberi oleh masyarakat tempatan turut bertanggungjawab mewujudkan keadaan
yang membolehkan perkembangan ini berlaku. Satu aspek penting dalam sejarah
kebangkitan ulama dan pengasasan pondok di Besut ialah kerjasama dan sokongan moral
serta material, yang telah diberi oleh wakil raja atau pemerintah daerah sendiri kepada
usaha-usaha pembangunan Islam.
Kedudukan sosial ulama-ulama ini sendiri termasuk keilmuan, kebolehan dan
kepandaian telah menjadikan mereka tokoh-tokoh yang mendapat perhatian umum.
Anggota masyarakat mengunjungi mereka untuk mendapat bantuan, perubatan, nasihat,
dan ketika politik pilihanraya melanda daerah Besut, pengaruh yang ada pada individu-
individu ini. Penglibatan mereka dalam lapangan-lapangan juga seterusnya mempunyai
kesan pendidikan kerana secara langsung pembabitan tersebut membantu pemasyarakatan
dan pembentukan nilai-nilai Islam. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 63, 72

21
SUMBER RUJUKAN

BUKU ILMIAH

1. Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang


Diterbitkan oleh: Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu 1999

2. Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M)


Dato’ Setia Jasa (Dato’ Haji Muhammad Saleh Haji Awang)
Dibantu oleh: Mohd. Yusof Abdullah
Mohamad Abu Bakar
Haji Othman Haji Ali

3. Ulama Terengganu Suatu Sorotan


Suntingan dan pengenalan oleh Muhammad Abu Bakar

4. Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

5. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut


Isu dan Perspektif Penyelidikan
Edisi Kedua
Disunting oleh: Nik Fuad Mohd Kamil, Noraien Mansor, Mohd Shaladdin Muda, Muhammad Najit
Sukemi

INTERNET

Peta Daerah Besut yang terbaru

22
PETA DAERAH BESUT

http://maps.google.com.my/

23
LAMPIRAN

24

You might also like