Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

DINAMIKA MALAYSIA (UHMS1172-03)

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


UNTUK KEHARMONIAN NEGARA

NAMA: MUHAMMAD ISKANDAR BIN JASMAN


NO. MATRIK: A19BE0134
NO KAD PENGENALAN: 990426-01-7615
NO. TELEFON: 019-5928231
KURSUS: 1SBEC

NAMA PENSYARAH: PUAN SUHAIBAH BINTI ABU BAKAR


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN ................................................................................................................. 1

2. UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ....................... 2

3. KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN ................................................................. 8

4. PERKEMBANGAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN ............................................ 9

5. JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN .................................................................................. 11

6. KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA UNTUK KEHARMONIAN


NEGARA ................................................................................................................................. 13

6.1 Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Sesebuah Negara ........................................... 13

6.2 Perlembagaan Malaysia Boleh Menjadi Rujukan ..................................................... 14

6.3 Perlembagaan Malaysia dapat Mewujudkan Kestabilan Negara .............................. 15

6.4 Pemerintahan yang Adil dan Saksama ...................................................................... 16

6.5 Mengawal Pergerakan Kerajaan dan Rakyat ............................................................ 18

6.6 Memastikan wujudnya Keadilan sosial antara kaum ................................................ 19

7. KESIMPULAN ................................................................................................................ 21

RUJUKAN ............................................................................................................................... 22

Buku Ilmiah .......................................................................................................................... 22

Laman Web .......................................................................................................................... 23


1. PENGENALAN
Perlembagaan ialah satu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk
menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu akan dijalankan.
Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang
dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang
yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.

Seperti negara lain yang berdaulat di dunia, Malaysia mempunyai suatu


Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undang-undang tertinggi negara.
Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi,
kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan
kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Dengan lain
perkataan, bolehlah kita anggap bahawa Perlembagaan Persekutuan yang mencorakkan
sistem pemerintahan di Malaysia.
Perlembagaan Malaysia diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan tanah
Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh
Lord Reid. Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dalam bulan Jun 1956 dan telah
menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini
kemudiannya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh Majlis
Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama. Perlembagaan Persekutuan mula
dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri-negeri Melayu, Pulau
Pinang, dan Melaka.

1
2. UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Unsur-unsur tradisi amat penting dibicarakan kerana menjadi factor utama


untuk mewujudkan identity Malaysia dan memupuk persefahaman kea rah perpaduan.
Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa
menggubal Perlembagaan. Menurut Mohd Salleh Abas (1985) unsur-unsur tradisi ini
meliputi :

1) Bahasa Kebangsaan

2) Agama Persekutuan

3) Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan

4) Pemerintahan Beraja

Unsur-unsur tradisi ini sebenarnya perlu kerana telah wujud ratusan tahun
sebelum Perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Unsur tradisi berperanan
menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dubuat oleh Suruhanjaya Reid
menekankan betapa pentinganya Perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah,
tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Abdul Aziz Bari,2001).
Hal ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di
bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada
dijadikan isu perbincangan awam.

Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang


diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Dengan ini jelaslah bahawa hak
istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima
sebagai bahasa kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh
etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuh. Prasyarat ini menunjukkan bahawa
pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang
wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 membawa satu lagi dimensi kepada
hubungan etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan kaum
Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama sebagaimana
orang Melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153. Tetapi peruntukan
tersebut tidak member lessen untuk menindas kaum-kaum lain kerana hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi dengan cara yang
tidak menafikan hak-hak asas kaum lain.

Sabah dan Sarawak masing-masing telah menandatangai Perjanjian 20 Perkara


(20-Point Argreement) dan Perjanjian 18 Perkara (18-Point Argreement) semasa
menyertai gagasan Malaysia. Kedua-dua perjanjian tersebut bertujuan untuk
melindungi kepentingan dan autonomi rakyat Sabah dan Sarawak. Perjanjian-
perjanjian tersebut merangkumi pelbagai perkara termasuk imigresen, bahasa,
kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan
Malaysia dilindungi oleh kuasa Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia
dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua Negeri negeri-negeri berkenaan, iaitu pindaan
hanya boleh dibuat sekiranya terdapat persetujuan mereka. Dengan kata lain, Parlimen
tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak. Hal ini menyamai
peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu.

Secara umumnya, perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam


Perlembangan Malaysia adalah seperti berikut :

1. Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini
dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya;

2. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh


kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya ;

3. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat


undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa
Melayu dan Islam;

4. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama islam, adat istiadat Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat;

5. Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa
menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka da

6. Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan


kepentingan sah kaum-kaum lain.
2.1 Bahasa Melayu

Bahasa Kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152


yang memperuntukan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut
implikasi mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi). Namun begitu,
perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukan
bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain.

2.2 Agama Islam

Kedudukan agama Islam terdapat dalam Perkara 3 (1), iaitu agama Islam
ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Penerimaan ini telah diteliti dengan
melihat komposisi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai
golongan etnik. Hal ini kerana semasa penjajahan British imigran Cina dan
India yang berhijrah ke Tanah Melayu ialag secara langsung membawa sekali
agama Kristian, Hindu dan Buddha (Mohd.Salleh Abas, 1985). Dengan itu,
Perkara 3 telah memperuntukan suatu fasal imbangan, iaitu agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan terhadap semua agama, iaitu
setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
setiap agama mempunyai hak untuk :

I. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

II. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
; dan

III. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan


mentadbirnya mengikut undang-undang.

Menurut Mohammad Suffian Hashim, 1987, oleh sebab Islam diterima


sebagai bagi Persekutuan, pihak kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan,kuasa dan keistimewaan untuk
menubuh atau menyelenggara atau membantu penubuhan institusi Islam dan
melaksanakan ajaran dalam agama Islam serta mengeluarkan perbelanjaan
yang diperlukan untuk tujuan itu.

Kenyataan ini diperkukuh dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus
dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu :

Perkara 11 (4) :

“ Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang
yang menganuti agama Islam.”

Perkara 12 (2) :

“.. adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau
menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam
mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan
sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.”

Perkara 121 (1A)

“ Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh


mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang
kuasa mahkamah syariah.”

2.3 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak


pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas
yang diberikan. Walaubagaimanapun, perkara ini juga mengandungi kaum-
kaum lain, iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk
melindungi hak-hak nereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga
perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang
jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa
atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau
penamatan permit lessen yang dipegang olehnya.
Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuklah
peruntukan perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang
memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang
sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh
orang Melayu ke dalam Rejimer Askar Melayu, dengan pengecualian orang
Bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh
juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu
(Mohd Salleh Abas, 1985)

Perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan


Bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan malaysai (Perkara
160), “Melayu” itu dimaksudkan sebagai :

1. Lazimnya bertutur dalam Bhasa Melayu

2. Menganuti agama Islam

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah :

1. Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan,


Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kelabit, Kayan, Kenyah,
Kajang, Lugat, Melayu, Murut, Melanau, Penan, Sian, Tabun, Tagal dan Ukit
atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut dan ;

2. Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli
Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

2.4 Pemerintahan Beraja

Pemerintahan Beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di


negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini,
raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran
negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya
sebelum penjajahan British.

Namun semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja mula terhad iaitu
raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali
dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku
apabila British memperkenalkan Malayan Union yang turut menghapuskan
kuasa Raja-raja Melayu. Tetapi selepas Malayan Union mendapat tentangan
hebat daripada orang Melayu, kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan semula
apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan


di bawah konsep raja berpengalaman selaras dengan sistem demokrasi yang
diamalkan di Malaysia. Menurut konsep raja Berpelembagaan ini, raja-raja
bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.

Gambar 1: Raja-Raja Melayu yang bertakhta semasa kemerdekaan


negara.
3. KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Undang-undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang paling


tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-
undang sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Perlembagaan ini juga
menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan
persekutuan, perundangan, kedudukan negeri, perkhidmatan awam, kehakiman dan
lain-lain lagi. Semua undang-undang yang sedia ada tidak boleh berlawanan dengan
perlembagaan. Hal ini demikian, perlembagaan merupakan dokumen yang
mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah negara.
Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting untuk
negara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti negara Malaysia. Hal ini
memudahkan kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran
dengan mudah tanpa terpaksa bersaing dengan pihak lain. Seiring dengan kedudukan
perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen telah memperoleh
kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak
boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang sudah berada di luar bidang
kuasanya.
Mahkamah di negara ini mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-
undang yang digubal oleh parlimen jika undang-undang berkenaan berada di luar
bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini
bermakna mahkamah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Walaupun
Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, baginda juga perlu tertakluk kepada
perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati, tetapi baginda harus
menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam perlembagaan.
4. PERKEMBANGAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN

Setiap perlembagaan bertulis mengalami beberapa perubahan atau boleh


dipinda dari masa ke masa. Pindaan perlembagaan dibuat kerana fahaman dan
kehendak rakyat telah berubah. Keputusan mahkamah-mahkamah juga akan
menyebabkan perlembagaan dipinda. Semenjak Perlembagaan Persekutuan tanah
Melayu digubal, ianya telah mengalami beberapa perubahan dan pindaan. Namun,
pindaan dan perubahan yang dibuat itu, sehingga kini masih akan kekal dengan sifat
yang mempunyai lingkungan rangka perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu.

Perubahan dan pindaan yang telah dilakukan dalam perlembagaan itu adalah
didasarkan kepada beberapa perubahan yang berlaku di negara kita. Hal ini merupakan
suatu perkara yang biasa, lebih-lebih lagi apabila terdapat sesuatu perkara dalam
perlembagaan yang dirasakan tidak begitu sesuai lagi. Sebagai contoh, apabila
Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Persekutuan Malaysia dengan kemasukan
Sabah dan Sarawak, perlembagaan telah dipinda supaya dapat disesuaikan dengan
sesuatu undang-undang itu dengan konsep negara Malaysia. Satu lagi peristiwa yang
membawa kepada pindaan perlembagaan ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969 ianya
berkaitan dengan soal kebebasan hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan
Perlembagaan.

Perlembagaan mempunyai kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan


menubuhkan persatuan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa kawalan telah
mencetuskan perkara yang tidak kita ingini. Golongan orang bukan Melayu
contohnyanya, dengan lantangnya telah berani mempersoalkan kedudukan raja-raja,
hak keistimewaan orang-orang Melayu dan bahasa Kebangsaan. Apabila tercetusnya
peristiwa berdarah dan sangat menakutkan pada 13 Mei 1969 itu di Malaysia, Parlimen
pada tahun 1967 meluluskan akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia
mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Empat perkara yang
dilarang bagi perbincangan umum, iaitu perkara-perkara yang dianggap sensitif, seperti
soal kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu di Malaysia, kedudukan orang
Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Perlembagaan Malaysia sentiasa dikaji dari semasa ke semasa. Jika perlu , ia


akan dipinda dan diubah mengikut kehendak pemimpin dan kerajaan yang memerintah.
Kali terakhir berlakunya pindaan Perlembagaan ialah semasa Dewan Rakyat bersidang
pada bulan Ogos 1983 yang lalu. Di dalam persidangan Dewan Rakyat pada bulan Julai
1983, Dewan telah berjaya meluluskan beberapa rang undang-undang yang kemudian
diluluskan oleh Dewan Negara.

Gambar 2: Pelbagai kaum di negara Malaysia


5. JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN

Perlembagaan terdiri daripada beberapa jenis iaitu

1. Perlembagaan Panjang dan Pendek

Perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara dengan negara lain tidak
sama. Panjang atau pendek sesebuah perlembagaan itu bergantung kepada nilai
banyak perkara yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut. Sebagai contoh,
Perlembagaan India amat panjang, manakala Perlembagaan negara Amerika
Syarikat adalah sedikit/pendek di mana terdapat hanya tujuh perkara sahaja.
Sementara di Malaysia pula perlembagaannya sederhana panjang, mengandungi
183 perkara.

2. Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis

Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terdapat dalam bentuk


dokumen yang nyata atau boleh nampak, seperti Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-
akta yang lain tetapi tidak dikodkan atau direkodkan. Perlembagaan jenis ini boleh
dilihat di United Kingdom.

Di dalam amalannya perlembagaan tidak bertulis menjadikan parlimen


mempunyai kuasa yang sangat tinggi sebagaimana yang wujud di United Kingdom.
Sementara di Malaysia yang mengamalkan perlembagaan bertulis, kedudukan
parlimen tertakluk kepada perlembagaan kerana dari segi status, perlembagaan
adalah yang paling tinggi. Oleh itu, jika sebuah negara mengamalkan perlembagaan
bukan bertulis, maka parlimen berkuasa membuat dan meminda undang-undang.
Manakala dalam negara yang menggunakan perlembagaan bertulis maka pindaan
ke atas perlembagaan itu sendiri boleh dibuat melalui tatacara yang khusus yang
berbeza dengan acara perundangan yang lain.

3. Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden

Dalam sistem perlembagaan berparlimen ia mempunyai hubungan antara


institusi perundangan dan institusi pemerintahan yang amat rapat. Dalam sistem
perlembagaan berpresiden, pengasingan kuasa agak jelas dililihat seperti yang
diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina.

4. Perlembagaan yang Ketat (rigid) dan Perlembagaan yang Longgar (flexible)

Longgar atau ketat (Flexible or Rigid) sesuatu perlembagaan dilihat kepada


keadaan bagaimana dan cara perlembagaan itu boleh dipinda. Perlembagaan itu
dianggap sebagai ketat sekiranya susah dipinda kerana memerlukan majoriti
sokongan yang sangat tinggi. Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar
sekiranya ia boleh dipinda dengan mudah, hanya memerlukan majoriti kecil sahaja.
(simple majoriti).

5. Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu

Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahan dibuat dengan cara


pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan jelas, membahagikan kuasa pemerintahan
antara kerajaan pusat dan negeri. Seperti di Malaysia, kuasa itu diperuntukkan
melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Lazimnya kuasa
kepada persekutuan lebih banyak berbanding kuasa yang telah dimiliki oleh negeri.
6. KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA UNTUK KEHARMONIAN
NEGARA
6.1 Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Sesebuah Negara

Perlembagaan Malaysia boleh menjamin keutuhan dan kedaulatan


sesebuah negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang perlu
dipatuhi dalam menetukan hala tuju sesebuah negara. Tanpa perlembagaan
rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan taat
setia mereka dalam mendirikan sebuah negara yang makmur dan harmoni.
Semangat nasionalisme tidak akan wujud di dalam hati kalangan rakyat yang
tidak memikirkan dan mencintai negara mereka. Apabila semangat ini tidak
terdapat di dalam diri seseorang rakyat, maka tidak akan wujud di dalam diri
mereka semangat patriotisme di dalam jiwa mereka sebagai satu syarat untuk
menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara. Justeru itu, negara menjadi
lemah. Sesebuah negara yang tidak mempunyai kekuasaan yang kuat dan utuh,
pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah boleh mengambil alih kerajaan
atau tampuk pemerintahan negara. Jadi dengan wujudnya perlembagaan negara,
rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan
dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat.

Kita boleh lihat dengan lebih mendalam pada Perkara 8 Perlembagaan


Malaysia. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah berkenaan
dengan hak kesamarataan. Hak ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya
diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat Malaysia seterusnya dapat
menegakkan keadilan hak asasi manusia. Kesamarataan ini juga dapat dilihat
dari banyak aspek termasuklah dari segi agama, bangsa, keturunan, tempat lahir
dan jantina. Hak kesamarataan ini diiktiraf sebagai salah satu kebebasan asasi
yang termaktub dan dibuku di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kesamarataan
adalah amat penting dalam sesebuah demokrasi. Jika tiada wujudnya
kesamarataan, maka akan timbul diskriminasi dalam masyarakat seperti
diskriminasi gender, majoriti vs minoriti, ekonomi dan juga kewarganegaraan.
Justeru, wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub Perkara 8 iaitu
hak terhadap layanan secara sama rata di sisi undang-undang dengan tujuan
untuk menegakkan keadilan hak asasi manusia. Perkara 8 yang menjamin
kepada semua rakyat kesamarataan di sisi undang-undang dan perlindungan
yang sama undang-undang tidak akan terjejas dalam keluasan yang berkenaan
dengan hak yang berkaitan pendidikan serta secara khusus dikecualikan, fasal
kesaksamaan tidak boleh membatalkan atau melarang mana-mana undang-
undang Negeri di dalam Negeri Sabah atau Sarawak yang memperuntukkan
perizaban tanah untuk anak negeri atau bagi memberikan hakmilik kepada
mereka atau kerana memberi layanan istimewa berkenaan dengan pemberian
hakmilik tanah oleh kerajaan.

6.2 Perlembagaan Malaysia Boleh Menjadi Rujukan

Selain itu, Perlembagaan Malaysia juga boleh dijadikan sebagai rujukan


kepada rakyat. Hal ini dengan adanya, perlembagaan sebagai undang-undang
tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain boleh
menjadikan ia sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah yang
timbul. Keadaan tegang dan huru-hara akibat daripada perasaan tidak puas hati
dapat dielakkan jika rakyat diwajibkan menurut dan menghormati apa yang
tercatat di dalam perlembagaan. Masalah salah faham boleh diselesaikan
dengan tenang berdasarkan undang-undang yang telah sedia ada di dalam
perlembagaan. Apabila semua pihak yang bertentangan duduk membincangkan
masalah mereka secara bersama, maka masalah yang mungkin muncul tidaklah
begitu sukar diselesaikan. Justeru, dengan adanya perlembagaan sebagai
sumber rujukan utama dari segi perundangan ia dapat menyesuaikan konflik dan
ketidakfahaman yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.

Masalah konflik tentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


boleh dilihat pada perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Perkara 152,
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan di
Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan bagaimanapun tidak tidak boleh dinafikan kedudukan dan hak
bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan
menggunakan dana awam. Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam dan
dihapuskan kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perlu perkenan Majlis
Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.
6.3 Perlembagaan Malaysia dapat Mewujudkan Kestabilan Negara

Perlembagaan juga dapat mewujudkan kestabilan negara Malaysia.


Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh
dilakukan dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya. Sebarang pindaan
perlembagaan yang dilakukan dalam mana-mana negara, ia mestilah
berdasarkan perlembagaan di negara juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan
mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal), maka ini
akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir di mana pemimpin itu mungkin
bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas
betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan kestabilan dalam sesebuah
negara. Oleh itu, Mahkamah majlis khas raja-raja telah dibentuk oleh Parlimen
di dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara melibatkan majlis Khas Raja-raja boleh dilihat di dalam Perkara


Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kekebalan raja-
raja. Perkara 182 menunjukkan bahawa, Raja-raja tidak boleh lari dari
kesalahan. Pada tahun 1993, Parlimen telah meminda Perkara 182
Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kekebalan dan kuasa raja-
raja. Melalui pindaan itu, Mahkamah Raja-Raja telah ditubuhkan dan berkuat
kuasa pada 30 Mac 1993..

Terdapat banyak bidang kuasa Mahkamah Khas Raja-raja. Mahkamah


Khas Raja-raja mempunyai pelbagai bidang kuasa ekslusif untuk membicarakan
segala hal kesalahan yang tekah dilakukan dalam Persekutuan oleh Yang di-
Pertuan Agong. Selain itu, Mahkamah Khas Raja-raja turut membicarakan
tentang segala hal kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja
sesebuah negeri. Mahkamah Khas raja-raja mempunyai bidang kuasa yang
serupa dengan mahkamah-mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, dan
Mahkamah Persekutuan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
atau mana-mana undang-undang persekutuan. Seterusnya, Keputusan
Mahkamah Khas raja-raja adalah muktamad dan tidak boleh dicabar,
dipertikaikan dan dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa
alasan.
6.4 Pemerintahan yang Adil dan Saksama

Selain itu, perlembagaan juga mewujudkan satu bentuk pemerintahan


yang adil dan saksama. Kewujudan perlembagaan adalah bertujuan untuk
mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan telus serta tidak menjurus
kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam
Perlembagaan Malaysia mewartakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak
menjejaskan bahasa ibunda kaum lain seperi Bahasa Tamil dan Bahasa Cina
malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia. Bahasa
Melayu juga sebagai bahasa kebangsaan, tetapi penggunaan dan pembelajaran
bahasa lain turut digalakkan oleh kerajaa. Menjadikan agama Islam sebagai
agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan. Prinsip bertolak ansur oleh
orang Melayu, orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat
beberapa hak istimewa, tetapi kaum lain mendapat perlindungan yang
sewajarnya. Ini akan dapat memudahkan lagi perpaduan nasional dan
pembangunan negara kita. Perlembagaan melindungi semua kepentingan semua
kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan
pembangunan negara tercinta kita. Perlembagaan Malaysia juga menentukan
supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
tidak boleh dipersoalkan dan diubah oleh mana-mana pihak. Hal ini kerana
keistimewaan dan kelonggaran ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan
Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki
Malaysia pada tahun 1963.

Perkara yang dikaitkan dengan hak keistimewaan yang diperuntukkan


kepada orang melayu di Malaysia ialah Tanah Simpanan Melayu, kuota dalam
perkhidmatan awam, biasiswa kerajaan, pendidikan awam, lesen perdagangan
dan permit. Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira
kaum adalah sama rata di sisi undang-undang Perlembagaan Malaysia (Perkara
8 (1), bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1) dan
berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara dan hal di atas, terdapat juga
peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1) yang menegaskan bahawa
tidak boleh ada satu pun perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-
mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk dijadikan
sebab kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan tinggi yang
diselenggarakan oleb kerajaan. Oleh itu, isu-isu yang memperjuangkan hak
sama rata antara bumiputera dan bukan bumiputera perlu di ambil perhatian
yang amat serius kerana ini akan mengancam keharmonian negara. Pihak yang
menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti isu ini daripada sudut
perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah yang merupakan mimpi
ngeri negara ini, 13 Mei 1969 tidak berulang.

Kepercayaan keagamaan merupakan satu perkara yang paling asas


dalam hidup. Semua agama mengajar kita tentang kebaikan dan melarang
kejahatan. Justeru, setiap insan mestilah menpunyai agama masin-masing yang
dipercayai. Di Malaysia, Perlembagaan Malaysia menyediakan Perkara 3(1)
yang menjelaskan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.
Pada masa yang sama, kebebasan menganuti agama- agama lain oleh penganut-
penganutnya adalah dijamin oleh Perlembagaan. Pentingnya peranan agama
dalam memupuk nilai- nilai murni bagi menlahirkan rakyat bertangungjawab
dan bermoral tidak dapat dinafikan lagi. Bagaimanapun, pemupukan nilai
keagamaan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sentiasa
mencabar. Walaupun toleransi keagamaan berada di tahap yang baik dan
memuaskan, namun kepelbagaian cara hidup dan kemewahan serta keriangan
hidup di kota seringkali menampilkan nilai- nilai yang berbeza. Dalam konteks
inilah pentingnya konviksi keagamaan dan persefahaman dalam kalangan
penganut berlainan agama menjadi faktor paling penting.

Perlembagaan di Malaysia yang digubal adalah untuk memperuntukkan


kuasa kepada pemerintah secara berkawal ke arah kemakmuran negara.
Memperuntukkan kuasa kepada rakyat secara terkawal seperti kebebasan asasi
rakyat. Menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat. Perlembagaan
menjadi penentuan kepada hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap,
kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan juga dapat
mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan kerajaan.
6.5 Mengawal Pergerakan Kerajaan dan Rakyat

Perlembagaan juga bertujuan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.


Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa
kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agar dasar-dasar yang
dijalankan oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Keadaan ini secara
tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan
dominasi kuasa oleh sesuatu pihak atau kaum. Di samping itu, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia turut memperuntukkan kuasa kepada rakyat melalui
kebebasan asasi yang termaktub pada Perkara 5-13 dalam perlembagaan
Malaysia. Hal ini menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak
boleh dilakukan. Sebagai contoh, Perkara 5(1), Tiada seseorang pun boleh
diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-
undang. Oleh hal demikian, pergerakan atau tingkah laku rakyat akan dapat di
kawal dan keharmonian serta kesejahteraan negara akan terjamin.

Menurut Mustafa Ishak (2006), dalam karyanya Politik dan


Pemerintahan Negara, perlembagaan mempunyai peranan penting dalam
memastikan keutuhan dan kestabilan sesebuah negara. Kerajaan adalah unsur
yang tidak kekal dalam pembentukan negara, dan apabila berlaku pertukaran
kerajaan maka perlembagaan akan berperanan untuk memberi panduan dan
rujukan mengenai urusan perlantikan dan pemilihan pemerintah. Oleh hal yang
demikian, kestabilan negara akan terus bertahan kerana kerajaan yang baru akan
mengikut lunas undang-undang yang digariskan dalam perlembagaan. Mustafa
Ishak (2006) turut menyatakan, kerajaan yang berpelembagaan dikatakan wujud
apabila sesebuah negara diperintah menurut undang-undang dan prinsip-prinsip
perlembagaan dan prosedur pemilihan pemerintah itu selari dengan peraturan
dan panduan perlembagaan. Perlembagaan juga menjadi wadah untuk
menyelesaikan masalah khususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan
Persekutuan Malaysia menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi
rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.
Semua jenis undang-undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan
perlembagaan dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
adalah tidak sah. Sebarang masalah dalam penggubalan undang-undang atau
rujukan apa-apa hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan
perlembagaan

Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh


rakyat yang berhak dalam sesebuah negara. Kedudukan ini memberikan hak,
faedah dan kemudahan tertentu. Pengisian status ini juga sekaligus menuntut
tanggungjawab tertentu. Undang- undang kewarganegaraan ini sangat berguna
untuk menentukan satus dan hak seseorang di dalam negeri tempat seseorang
tinggal. Kesannya, seorang warganegara hendaklah mengisi tangungjawab dan
memainkan peranannya dalam negerinya. Di antara tuntutan terhadapnya
adalah menyumbang kepada produktiviti negara dalam apa sahaja bidang yang
diceburinya (setiap rakyat, tidak kira apa peranannya dalam ekonomi negara
adalah penting bagi kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat) dan
menyertai dan sebolehnya menyokong program dan acara nasional seperti
sambutan Hari Kebangsaan.

6.6 Memastikan wujudnya Keadilan sosial antara kaum

Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya


keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan
ini dihadkan. Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi
kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak
dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian
terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan
pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini,
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang
mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan
seseorang itu bercakap dengan sewenang-wenangnya sehingga menyentuh isu
sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaan
menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya.

Kepentingan - kepentingan Perlembagaan di Malaysia menjelaskan


keunikan perlembagaan negara kita. Kita dapat melihat keteguhan
Perlembagaan kita kerana mempunyai bentuk dan peruntukan yang sangat
relevan untuk masyarakat berbilang kaum dan bagi sesebuah negara Raja
berperlembagaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Penetapannkeluhuran perlembagaan di tingkat ketiga selepas kepercayaan
kepada Tuhan dan kesetiaan kepada raja dan negara dalam Rukun Negara
memang tepat untuk memandu tindakan setiap rakyat negara ini.

Semangat kerjasama dan penglibatan oleh banyak pihak dalam


menyumbang kepada penggubalan Perlembagaan tidak sia- sia. Akhirnya kitab
perundangan tertinggi ini diterima oleh semua pihak amnya. Ternyata bahawa
semangat tolak ansur dan persefahaman yang sangat penting bagi sebuah negara
berbilang kaum seperti Malaysia dapat dikekalkan. Soal kewarganegaraan di
satu pihak, dan hak istimewa di satu pihak kain merupakan dua perkara besar
yang dipersetujui dan menjadi satu pemeteraian kontrak sosial yang murni di
antara pihak- pihak berkenaan.
7. KESIMPULAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-


undang negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar
dilaksanakan. Hal ini bertunjangkan kepada pembentukan awal perlembagaan yang
mendapat persetujuan ramai. Malah jika dilihat, sebenarnya perlembagaan merupakan
dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka dengan itu
diharap setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-
masing dan pembelaan sewajarnya.

Selain itu, Perlembagaan Malaysia juga merupakan undang-undang tertinggi


negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem
pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan
perlindungan kepada raykat. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan
perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu
menggubal Perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai
pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaaan seharusnya dijunjung bagi
mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.
RUJUKAN

Buku Ilmiah

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dll (2004).
Pengajian Malaysia:kenegaraan dan kewarganegaraan.Selangor : Pearson Maysia
Sdn.Bhd.

Mustafa Ishak & Afifi Abd Razak. (2006) Politik dan pemerintahan negara {Politics and
State Governing}. Singapore: Thomson Learning/Thomson Asia Pte Ltd.

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee.
2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia.

Mohamed Suffian Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salleh Buang. 2007. Cadangan hapuskan hak bahasa Melayu. Dlm. Salleh Buang.
Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia: Perlembagaan dan Pentadbiran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web

http://www.authorstream.com/Presentation/firohar-3130653-jenis-perlembagaan/

https://www.scribd.com/presentation/245812316/perlembagaan

http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/FC/PERLEMBAGAAN%2
0PERSEKUTUAN%20ULANG%20CETAK%202016.pdf

https://pewariskeamanan.blogspot.com/2010/08/perlembagaan-malaysia.html

https://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia

You might also like