Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

.

Dalam bahasa Arab, tamadun bermaksud, berasal atau dari perkataan maddana iaitu katakerja
yang merujuk kepada dua pengertiana iaitu pertama memeperhaluskan budi bahasa dan
memperelokkan tingkah laku. Bagi pengertian kedua ialah, membuka atau membuat Bandar.
Contohnya, Ibn Khaldun telah menggunakan dua perkataan iaitu umran dan hadharah. Umran
bermaksud sifat organisasi manusia dalam sosial. Hadarah pula ialah, kehidupan menetap.

Dalam Bahasa Melayu pula, Tamadun di Kamus Dewan diertikan sebagai keadaan masyarakat
yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan serta perkembangan pemikiran yang
tinggi merangkumi sosial, budaya, politik dan lain-lain.

Dalam Bahasa Inggeris pula, pengertian bagi tamadun ialah, civilization dan urbanization.
Civilization dari istilah perancis diambil dari civitas iaitu, kehidupan Bandar dan mencapai satu
tahap kesopanan yang tinggi. Urbanization pula ialah, perbandaran. Contohnya, Jacqueta
Hawkes (1910-1996) telah mengatakan iaitu, tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang
dimiliki oleh sesuatu masyarakat.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia secara ringkasnya TITAS adalah suatu subjek yang
diwajipkan bagi setiap pelajar IPTA untuk mengambil subjek tersebut. Mata pelajaran tersebut
lebih fokus kepada pembangunan masyarakat dan sosial Malaysia dengan memberi tunjuk ajar
ketamadun islam dan juga asia. Antara kepentingan ilmu tamadun ialah, dapat memberi
kefahaman sebenar kehidupan bertamadun dan memberi gambaran mengenai tamadun manusia.
Sepertimana yang kita tahu bahawa, Malaysia sebuah negara yang majmuk dan mempunyai
masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. Dengan pembelajarantamadun –tamadun bagi
setiap bangsa akan lebih mengukuhkan sistem masyarakat dinegara kita.

Pembelajaran Tamadun juga memainkan peranan penting dengan memberikan kesedaran pada
isu-isu ketamadunan dalam kalangan masyarakat. Mata pelajaran ini, juga dibuka dalam internet
bagi pelajar-pelajar antarabangsa. Dengan ini, Ia memberikan pelajar antarabangasa satu peluang
untuk belajar dan mengenal pasti tamadun Islam dan juga tamdun asia. Dengan langkah ini, Ia
juga bermanfaat kepada pelajar dalam kampus dan juga pelajar bukan kampus.
Subjek TITAS ini menerangkan sejarah bagi sesebuah tamadun, prinsip dan nilai bagi
pembelajaran ketamadunan di Malaysia dan juga negara-negaralain terutamanya di negara Islam.
Contohnya, asas tamadun Islam terbahagi kepada 3 kumupulan utama iaitu, akidah, syariah dan
juga akhlak. Tamadun islam juga mempunyai beberapa prinsip ataupun konsep iaitu, pertama
sekali menjadi hamba ALLah S.W.T yang sebenar. Bagi kedua pula iaitu, Berorganisasi atas asas
akidah tauhid. Ini merupakan prinsip atau konsep tamadun Islam. Bagi nilai tamadun Islam ialah
seperti, Universal atau sejagat, Rabbani, Terbuka, Positif dan lain-lain lagi.

Dengan subjek ini juga, pelajar akan didedahkan kepada kepentingan nilai, penghormataan, dan
interaksi dalam kalangan masyarakat majmuk ini. Ini kerana, setiap tamadun telah berinteraksi
antatra satu sama lain. Ini boleh menjadi satu teladan kepada masyarakat kita. Contonya, batu
bersurat yang telah dijumpa di Terengganu.

Aspek yang akan diajar ialah pengenalan kepada tamadun dan interaksi antara tamadun. Pelajar
akan diajar tentang Tamdun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun India dan juga Tamadun Cina.
Dengan nilai-nilai ini daripada setiap tamadun ini pastinya akan menjadi teladan bagi genarasi
akan datang bagi memajukan negara. Tambahan pula, Ia juga akan mengajar isu-isu
kontemporari dalam tamadun Islam.

Selain itu, perkembangan teknologi telah mendorong pembelajaran secara colobrasi antara
pelajar yang sentiasa secara bertukar idea dan pandangan yang melibatkan diri dalam aktiviti
online. Tambahan pula, tugasan-tugasan untuk mengukuhkan tahap pemahaman pelajar dalam
tamadun Islam dan tamadun Asia.

Pembelajaran secara “online” telah memberi fokus kepada kualiti mengajar dan juga belajar
dimana maklumat yang diberi menjadi lebih berkualiti. Bukan sahaja maklumat yang berkualiti
tetapi maklumat yang menyeluruh yang dapat merangkumi segala aspek.
Universiti Putra Malaysia, lebih menilai kepada kreativiti dan juga invotif serta pengalaman
kepada tahap pencapaian pelajar. UPM juga mengambil langkah untuk iaitu maklumat ini sampai
epada pelajar dinegara lain.

Kesimpulanya, sebagai generasi muda kita seharusnya mengambil iktibar dan juga teladan
daripada setiap satu tamdun yang kita telah belajar supaya pengajaran ini dapat digunakan untuk
masa depan negara. Setiap tamadun mempunyai kelahiran, kemajuan dan juga emerosatan atas
foktor-faktor tertentu. Sebagai generasi muda, kita seharusnya mengambil iktibar dan juga
pengajaran agar kita tidak mengulangi kesalahan tersebut. Kita juga haruslah mengambil nilai
yang diperoleh bagi memajukan sesebuah tamadun tersebut seperti sikap terbuka, sistem
pemerintahan yang sistematk, tiada diskriminasi, undang-undang yang bagus dan lain-lain lagi.
Dengan ini pastinya, tamadun sesebuah negara dapat dimajukan.

Rujukan

1. Buku TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA diterbitkan oleh Penerbit UTHM
cetakan 2016.
2. https://www.openlearning.com/courses/tamadunislamtamadunasia

You might also like