Tech Ulasan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Berdasarkan tugasan kerja kursus bagi subjek Teknologi Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran (EDUP3053) saya telah ditugaskan untuk membina sebuah projek iaitu
membangun bahan multimedia interaktif berkaitan kursus major saya iaitu subjek Sains (Sc).
Saya telah membina sebuah blog yang dilengkapi dengan pelbagai bahan multimedia
interaktif dengan menerapkan beberapa elemen seperti teks, grafik, audio dan video serta
animasi. Selain itu, bagi subjek sains saya telah membina satu slide interaktif yang berfungsi
seperti buku cerita digital yang mempunyai pelbagai elemen multimedia interaktif.

2.0 Pembangunan Multimeda Interaktif (Blog Interaktif).


2.1 Perisian pembangunan Multimedia Interaktif.

Saya telah membina satu blog interaktif diberikan nama Cikgu Deku. Pada mulanya saya
menggunakan Blogger tetapi disebabkan oleh kekangan item dan grafik yang kurang
memberangsangkan saya telah memlih Wixsite. Di sini saya lampirkan beberapa gambar
berkaitan dengan blog saya di lampiran dan URL blog : https://dekuking14.wixsite.com/mysite.

2.2 Slide interaktif hasil pembangunan Multimedia Interaktif

Slide interaktif berkonsepkan buku cerita digital ini telah dibina dengan aplikasi Powerpoint,
Photoshop dan Filmora. Karakter animasi utama yang digunakan ialah Boboiboy Galaxy untuk
menarik murid-murid untuk belajar. Slide ini dilengkapi dengan pelbagai ciri multimedia seperti
teks, video, animasi, permainan mini dan soalan kuiz online dan offline.

3.0 Analisis keberkesanan

Berdasarkan projek multimedia yang telah dibina iaitu blog interaktif saya telah mendapati ia
sangat berkesan untuk digunakan di sekolah rendah. Bahan ini telah diuji semasa saya
melakukan PBS di SK Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) di Terengganu.

3.1 Kelebihan slide interaktif.

Semasa menggunakan blog interaktif di dalam kelas, murid-murid menunjukkan reaksi yang
positif dan seronok. Selain itu murid-murid juga menunjukkan sifat inkuiri yang sangat tinggi
dengan pelbagai fungsi yang terdapat di dalam blog tersebut. Semasa proses PdP
berlangsung murid dapat bertanyakan dan bermain permainan pendidikan menerusi Pear
Deck yang berada di ruangan aktivtii digital dan memuaturun slide interaktif di ruangan nota
digital. Semasa bermain menggunakan permainan digital mini, murid lebih seronok dan
menumpukan sepenuh perhatian. Hal ini dibuktikan apabila 85% murid lebih tertarik dan
gemar menggunakan media interaktif berbanding pembelajaran tradisional (Siti Nursaila Alias

1|Page
& Faridah Ibrahim, 2017). Murid yang introvert dapat bertanyakan soalan secara terus dengan
menaip dan memberikan respon pada slide. Selain itu ia juga dapat merangsang konsep
pembelajaran Field Dependent yang mengalakkan murid-murid belajar secara kendiri tetapi
dalam pengawasan guru (Noreliana bt Md Sharif, 2012). Guru juga dapat mengawal kelas
dengan memberikan pilihan. Misalnya pada awal pembelajaran hanya guru sahaja mendapat
kawalan penuh dan murid hanya memerhati dan tidak dapat mengakses slide tersebut tetapi
pada waktu aktiviti guru memberikan peluang dengan menjadikan slide tersebut umum dan
boleh diakses kepada semua dan dipaparkan di atas skrin pada masa yang sama. Oleh itu,
ia akan meningkatkan keupayaan murid untuk memahami dan mengingati pelajaran pada hari
tersebut kerana murid terlibat secara langsung dalam PdP dan semua mendapat peluang
yang sama rata (Siti Zaharah Mohid,, 2018). Selain Pear deck, Kahoot juga memberikan
peluang kepada semua secara sama rata untuk menjawab soalan dan skor dapat dipaparkan
secara terus. Hal ini meningkatkan semangat murid untuk terus belajar.

Slide interaktif, video dan nota juga dapat diakses dan dimuaturun secara terus pada ruangan
nota digital. Oleh itu guru dapat mengaplikasi blended dan flipped classroom ketika di dalam
kelas dengan kaedah ini ia akan meningkatkan kesediaan murid untuk mengikuti PdP di dalam
kelas kerana telah mengulangkaji menggunakan blog interaktif di rumah (Norasyikin binti
Osman, 2016). Selain dari terdapat juga ruangan komen untuk bertanyakan soalan dan
penambaikan. Melalui ruangan ini keberkesanan bahan multimedia dapat dikenalpasti dan
dapat dipertingkatkan. Semasa PBS borang soal selidik juga diberikan sebagai penilaian
keberkesanan bahan multimedia.

3.2 Analisis data keberkesanan

Dua cara telah digunakan sebagai indikator iaitu komen secara online dan borang soal selidik
secara offline. Komen yang diberikan adalah dalam bentuk yang positif dan membina, tetapi
terdapat juga komen dan cadangan penambahbaikan yang memberangsangkan. Bagi borang
soal selidik semua menunjukkan skor 75 keatas sehingga 80. Hal ini menunjukkan bahawa
murid seronok dan faham untuk menggunakan blog interaktif. Borang soal selidik ini
dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu media interaktif, mesra pengguna, potensi dan
reka bentuk. Semua skor dikumpul dan dikira secara purata mengikut bilangan sepuluh
responden dan dirumuskan dalam bentuk carta pai.

2|Page
PURATA SKOR

media interaktif, 19
Mesra pengguna, 24

Rekebentuk , 14

Potensi, 19

Mesra pengguna Potensi Rekebentuk media interaktif

Carta pai 3.2.1: purata skor 4 bahagian di dalam boring soal selidik

Semua bahagian menunjukkan skor yang memuaskan daripada skor keseluruhan pada setiap
bahagian. Blog ini adalah mesra pengguna kerana ia dapat diakses kepada semua golongan
secara percuma. Selain itu, semua nota dan video dapat dimuat turun secara percuma.
Seterusnya, bagi potensi ia mempunyai potensi untuk dipasarkan dan pada peringkat lebih
tinggi di luar negara untuk menjalinkan koloborasi secara global seperti konsep pertukaran
pelajar luar dan dalam negara. Koloborasi secara global akan menyumbang kepada
kepelbagain input pembelajaran, perkongsian budaya dan Bahasa negara itu sendiri (Saiful
Bahri Kamaruddin, 2016).

Bagi reka bentuk ia mempunyai reka bentuk yang menarik dengan kepelbagaian warna untuk
menarik minat murid. Bagi media interaktif, murid sangat seronok terutama dengan
kepelbagaian animasi di dalamm video ia membuatkan mereka mudah untuk mengingati. Hal
ini dibuktikan melalui komen yang menyatakan intipati di dalam video tersebut mempunyai
akronim dan anologi yang mudah untuk diingati. Misalnya litar siri di analogikan sebagai satu
atau single. Tambahan pula, audio dan tempo yang mudah ,menarik dan sebutan yang jelas
membuatkan murid-murid mudah untuk menghafal ciri-ciri litar selari dan litar siri dengan cara
yang lebih seronok dan tidak membosankan.

3.3 Penambahbaikan blog interaktif

Terdapat juga cadangan penambahbaikan daripada guru SKSS1 bagi projek multimedia ini,
antaranya jadikan blog interaktif ini sebagai satu aplikasi yang boleh diakses secara offline.
Hal ini kerana terdapat sekolah yang mempunyai rangkaian internet yang kurang

3|Page
memberangsangkan dan kekurangan komputer. Selain itu, isi kandungan di dalam blog ini
boleh ditambahbaik dengan mempelbagai topik dan diringkaskan lagi dalam bentuk infografik,
peta minda dan sebagainya. Video dalam Bahasa melayu dan permainan mini yang lebih
menarik supaya dapat menarik minat murid-murid untuk lebih memahami PdP di dalam bilik
darjah.

4.0 Penutup

Penghasilan projek multimedia ini sangat menarik dan dapat menarik minat murid-murid untuk
terus belajar dan menjadikan PdPc tidak lagi membosankan dengan suasana bilik darjah
tradisional. Melalui projek multimedia ini pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih mudah dan
guru bertindak sebagai aktivator dalam membantu murid-murid di sekolah. Selain itu, murid
dapat berkongsi dan menyelesaikan masalah secara global dengan mengunakan platform
internet selaras dengan revolusi industri 4.0. Di samping itu, hubungjalin antara subjek sains
dan TMK membuktikan bahawa NPDL dapat diaplikasikan pada peringat sekolah rendah
selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Kesimpulanya, murid perlu didedahkan
dengan dunia teknologi agar mereka tidak ketinggalan dengan dunia-dunia maju kerana murid
atau golongan belia adalah pelapis negara dan penggunaan blog ini adalah sangat berkesan
dan perlu diperluaskan secara beransur-ansur kepada semua warga pendidik.

5.0 Rujukan

Norasyikin binti Osman. (2016). HUBUNGAN KESEDIAAN PELAJAR MENGIKUTI


PEMBELAJARAN BERASASKAN BLENDED LEARNING BERDASARKAN JANTINA
DAN PROGRAM. JURNALKURIKULUM & PENGAJARAN ASIA PASIFIK, 2-3.
Noreliana bt Md Sharif. (2012). KESAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM KALANGAN
PELAJAR. Laporan Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat, 15-17.
Saiful Bahri Kamaruddin. (2016). Matlamat UKM Setiap Pelajar Hadiri Program Luar Negara.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Nursaila Alias & Faridah Ibrahim. (2017). KEBERKESANAN PERMAINAN PENDIDIKAN
TERHADAP PEMBELAJARAN HUKUM NEWTON. Journal of Nusantara Studies, 71-
85.
Siti Zaharah Mohid,. (2018). TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN ABAD 21. 5th
INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE, 6-
8.

4|Page
6.0 Lampiran

Blog interaktif Cikgu deku Slide interaktif , buku cerita digital

Komen dan cadangan penambaikan pada elemen multimedia blog interaktif

Penambaikan melalui medium whatsapps Pandangan dan komen pada blog interaktif

5|Page
Borang soal Selidik
Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang diberikan.

Tidak setuju
tidak setuju

Tidak pasti
Sangat

Sangat
Sutuju

setuju
No Perkara

1 2 3 4 5
(A) Mesra Pengguna

1 Blog interaktif ini boleh digunakan dengan mudah. 1 2 3 4 5

Blog interaktif ini membolehkan anda menyemak mempelajari


2 1 2 3 4 5
sesuatu topic yang baharu dengan lebih mudah.

3 Manual Pengguna mudah difahami dan digunakan. 1 2 3 4 5


Blog interaktif ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur di
4 1 2 3 4 5
sekolah rendah.
Blog interaktif dan mudah dilayari di mana saja sama ada secaara
5 1 2 3 4 5
Offline atau Online.
(B) Potensi

6 Blog interaktif ini ini boleh di sebarluaskan kepada pengguna . 1 2 3 4 5

Blog interaktif ini membantu guru yang mempunyai kekangan masa


7 1 2 3 4 5
dalam menyantuni murid kerana animasi yang menarik

Masalah kekeliruan jawapan murid terhadap kandungan sesetengah


8 1 2 3 4 5
topik di dalam mata pelajaran tertentu dapat dikurangkan.
meningkatkan keupayaan pembelajaran kendiri murid dalam
9 1 2 3 4 5
Teknologi dan Maklumat (TMK)

(C) Rekabentuk

Reka bentuk Blog interaktif ini kelihatan menarik dan ringkas 1 2 3 4 5


10
Warna yang digunakan pada blog interaktif sesuai dan sangat
11 1 2 3 4 5
menarik
Pengabungjalinan dalam subjek sains dan TMK dalam blog ini
12 1 2 3 4 5
kelihatan menarik dan mudah difahami.

6|Page
No Perkara

Tidak pasti
Sangat

Sangat
Sutuju
setuju

setuju

setuju
Tidak
tidak
1 2 3 4 5
(D) Media Interaktif

14 Blog interaktif ini mudah untuk diteroka dan dicari. 1 2 3 4 5

15 Audio yang jelas dan video yang sangat menarik. 1 2 3 4 5

16 Blog ini menarik, mudah dan padat dengan maklumat serta panduan. 1 2 3 4 5
Penggunaan grafik, animasi, audio dan video yang menarik dan
17 1 2 3 4 5
efisien.

Bil (A )Mesra Pengguna (B) Potensi (C) (D)


Rekabentuk Media Interaktif Jumlah
(25) (20)
(15) (20) (80)
1 24 19 15 19 77
2 25 18 14 20 77
3 23 20 14 20 77
4 22 20 14 20 76
5 24 20 14 18 76
6 25 19 13 19 76
7 25 19 15 19 78
8 25 18 15 20 78
9 23 18 14 20 75
10 24 19 14 18 75
Purata 24 19 14 19 76

Sampel data yang diperoleh daripada 10 orang responden daripada SK Sultan Sulaiman 1

7|Page
8|Page

You might also like