Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUGASAN 4: Apreasi Seni

Karya yang saya hasilkan adalah sebuah karya 3 dimensi bertemakan


harmoni. Arca ini menggunakan dua bahan utama iaitu dawai dan batu. Arca yang
diberi tajuk ‘Hidup’ ini mempunyai saiz berukuran 43 x 26 cm. Dalam penghasilannya,
saya telah mempersembahkan hal benda yang dipilih secara ringkas melalui
stylization atau mujarad.

Saya memilih pokok sebagai hal benda bagi arca ini sebagai representasi
atau simbolik kepada kehidupan. Pokok yang diperbuat dari dawai ini pula
dicantumkan pada sebuah batu yang berfungsi sebagai tapak bagi arca. Pokok
dicantum pada batu dengan cara melilit akar pokok di batu.

Arca ini dibuat dengan mempertimbangkan Unsur Seni dan Prinsip Rekaan
dalam pemilihan bahan dan gaya yang persembahan. Garisan dawai yang beralun
dan berlingkar pada pokok memberikan bentuk yang lebih dinamik di samping
mewujudkan kesan jalinan. Dawai-dawai yang dijalinkan bersama menjadikan
struktur pokok kelihatan lebih harmoni. Bentuk dan ranting pokok dilentur dan
dibengkokkan supaya ia kelihatan lebih organik, hidup dan tidak kaku.

Berbeza dengan pokok dawai, batu dipersembahkan secara kontra daripada


pokok. Bentuk batu yang lebih konkrit menjadikan arca lebih stabil namun tidak
dilihat terpisah daripada pokok kerana elemen pergerakan akar pokok yang melilit
batu memberikan kesan kesatuan antara dua hal benda ini.

Dari aspek komposisi, batu yang lebih besar daripada pokok telah digunakan.
Pokok tersebut sengaja tidak diletakkan pada bahagian tengah batu tetapi
diposisikan pada bahagian hujung kiri batu kemudian diimbangkan dengan dahan
dan ranting pada bahagian kanan batu. Sifat batu yang lebih menonjol daripada
pokok akan menyebabkan audien terlebih dahulu fokus ke arah batu dan pandangan
tersebut akan bergerak daripada batu kemudiannya bergerak mengikut batang pokok
sehinggalah akhir sekali pandangan mata akan terhenti pada ranting paling atas.

Oleh itu bentuk pokok yang organik dan harmoni adalah penting supaya kesan
pergerakan anak mata dapat dirasai oleh audien dan secara tidak langsung
memberikan ketenangan kepada audien.

Untuk menghasilkan karya-karya 3 dimensi atau arca bukan semudah yang


disangka. Ia memerlukan satu proses yang tersusun rapi dengan perancangan yang
teratur dan kemas. Saya perlu mengetahui dari mana, bagaimana dan kenapa
sesebuah karya itu dihasilkan supaya ianya boleh dibincangkan secara formal dan
kesemua persoalan ini telah saya jawab melalui arca saya ‘Hidup’.

You might also like