Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

MODUL SEJARAH KERTAS 3

(1249 / 3)
2019

Tema Umum :
Pembinaan Negara dan
Bangsa Ke arah Kemunculan
Negara Malaysia Berdaulat
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

TUGASAN UMUM

Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara


Malaysia Berdaulat

Pembinaan negara dan bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang
kaum dan agama seperti Malaysia. Kejayaan pembinaan negara dan bangsa
Malaysia memerlukan semangat patriotisme yang tinggi dan penyertaan
menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat supaya proses pembinaan negara
menjadi lebih kukuh.

NO SOALAN Halaman
1 a. Jelaskan latar belakang Pembinaan Negara dan bangsa dalam 3
masyarakat MelayuTradisional di negara kita. (Jawapan Bab 3)
b. Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembentukan Malaysia. 3
(Jawapan Bab 6)
c. Jelaskan konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional 4
yang membawa kepada pembentukan negara dan bangsa Malaysia.
(Bab 6)
d. Konsep negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. 4-5
2 a. Jelaskan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia ( Buku Teks hlm 73-74) 5
b. Keunikan negara dan bangsa pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. 6-7
Bincangkan (buku teks hlm 75-78)
c. Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka. (buku 6-8
teks hlm 75-78)
d. Jelaskan pembinaan negara Itali, Jerman, Madinah dan Malaysia. (buku 8-9
teks hlm 67-70)
3 (a) i. Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli. (Tingkatan 5 Bab 5 muka surat 117 – 118)
ii. Jelaskan maksud Pakatan Murni. (Tingkatan 5 Bab 5 muka surat 119)
iii. Jelaskan usaha-usaha ke arah pembentukan Pakatan Murni sebelum
kemerdekaan. (Pakatan Murni PraPerikatan). (Tingkatan 5 Bab 5 muka 9 - 11
surat 119 - 121)
iv. Jelaskan usaha-usaha mengadakan Pakatan Murni sehingga Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan. Tingkatan 5 Bab 5 muka surat 119 –
123)

1
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

3 (b) i. Pelaksanaan Sistem Ahli dan pembentukan Pakatan Murni dapat 11 - 12


memupuk perpaduan kaum. Buktikan pernyataan tersebut.
4 (a) a) Jelaskan kesan pembentukan Malaysia terhadap ekonomi, politik dan
sosial. (10 markah)
i. Kesan Ekonomi 12
ii. Kesan Politik 13
iii. Kesan Sosial 13
4 (b) a) Kerjasama antara masyarakat dan pemimpin penting bagi membina 13 - 15
sebuah negara yang mantap, berdaulat dan sejahtera.
5 (a) i. Sebagai rakyat Malaysia, apakah cadangan-cadangan anda untuk 15 -16
memupuk jati diri sebuah bangsa yang dikenali sebagai bangsa
Malaysia?
ii. Kejayaan Pakatan Murni yang diusahakan pelbagai kaum di Tanah 16 - 17
Melayu telah menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui
rundingan sehingga mencapai kemerdekaan. Buktikan.
5 (b) b) Berdasarkan pengatahuan sejarah anda , bagaimanakah pembentukan 17 - 18
Malaysia menjadi asas kepada kemakmuran Malaysia pada hari ini.
6 a) Jelaskan cabaran untuk memupuk semangat patriotisme dalam 18 - 19
kalangan generasi muda ke arah membina negara dan bangsa yang
berdaulat.
b) Sejauh manakah Malaysia berjaya memupuk jati diri sebuah negara 20 - 21
bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia.
7 a) Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memupuk semangat 21 - 22
patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia dalam proses pembinaan
Negara dan bangsa Malaysia
b) Nyatakan nilai murni / Patriotisme yang diperoleh daripada 22 - 23
pembentukan Malaysia
8 a) Iktibar diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji. 23 - 24
b) Jelaskan iktibar di peroleh dalam proses penentangan masyarakat 24
melayu terhadap Malayan union sehingga Negara mencapai
kemerdekaan
c) Dasar pembangunan sosial menjadi teras utama kerajaan dalam 25 - 26
membina Negara bangsa Malaysia yang bersatu padu.

2
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

9 a) Sediakan rumusan berdasarkan tajuk di atas. (Bab 3) 26


b) Sediakan rumusan berdasarkan tajuk di atas. (Bab 6) 26 - 27
c) Sediakan rumusan berdasarkan tajuk di atas. (Bab 5) 27

Soalan 1

1. a) Jelaskan latar belakang Pembinaan Negara dan bangsa dalam


masyarakat MelayuTradisional di negara kita. (Jawapan Bab 3)
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional berbeza daripada sistem politik
negara moden pada hari ini. Dalam masyarakat Melayu Tradisional telah muncul
kerajaan dan kemunculannya disebabkan oleh adanya raja. Kedudukan raja begitu
tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. Raja bertanggungjawab memberikan
perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah
kekuasaannya. Sebagai balasan, rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah
oleh raja akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap
rajanya inilah menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh
raja tersebut. Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaaan yang lain
yang lemah untuk mengembangkan empayarnya.

1. b) Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembentukan Malaysia.


(Jawapan Bab 6)
Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-
19.Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu
Pengarah Syarikat Borneo Utara. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British
menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri- Negeri Melayu
dan Negeri- Negeri Selat. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald yang
merupakan Gabnenor Jeneral Asia Tenggara (1949 – 1952), mencadangkan supaya
Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Pada tahun 1956, Dato‟ Onn Ja‟far mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti
British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu.

3
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

1. c) Jelaskan konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional


yang membawa kepada pembentukan negara dan bangsa Malaysia. (Bab 6)
Penjajahan oleh kuasa Barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri
masyarakat Melayu tradisional. Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri beerti
kawasan, misalnya negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Krian. Dalam perjanjian
antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing, keseluruhan kerajaan telah
disebutkan sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya. Namun setelah British
campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu, British mula merujuk setiap kerajaan
Melayu sebagai negeri. British telah menetapkan sempadan setiap kerajaan. Konsep
kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri. Pengenalan gagasan
Malayan Union pada tahun 1946 di Tanah Melayu oleh British untuk membina
sebuah negara dan bangsa yang moden telah ditentang oleh orang Melayu. Namun,
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menaggabungkan
semua negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat. Pada tahun 1957, British
memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan lantas
menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri Melayu yang merdeka.
Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah
Melayu telah mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.

1. d) Konsep negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat.


Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan atau dengan kata lain warganegara sesebuah negara. Konsep
bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka, lahirlah negara dan bangsa
Malaysia. Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yng
berlainan bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan. Bangsa
Malaysia telah dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta
pengamalan kebudayaan kebangsaan dan rukun negara dalam setiap bidang
kehidupan. Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan
kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.

Oleh itu, konsep negara dan bangsa ini lebih sesuai digunakan dalam
membincangkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Ciri- ciri negara dan
bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, semasa

4
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

penjajahan Barat, dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, dan sebaik- baik


sahaja negara Malaysia terbentuk. Sehingga kini proses pembinaan negara dan
bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu dan progresif masih berterusan dan
generasi pada hari ini bertanggungjawab memastikan matlamat ini tercapai.

Soalan 2

2. a) Jelaskan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia ( Buku Teks hlm 73-74)
Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah
yang berwibawa. Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah. Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang
tersusun dan bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik
serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah


wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa,adat resam, keseniaan dan
pengalaman sejarah. Idea bangsa ini sering digunakan oleh negara kita untuk
melahirkan perasaan bersatu padu dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum
demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh.

Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan


melaksanakan dasar sesebuah negara. Kerajaan atau institusi pemerintah ini
merangkumi semua badan yang membuat,mantaksir dan melaksanakan dasar-
dasar tersebut. Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah
kehidupan masyarakat sesebuah negara. Kerajaan di negara kita merujuk kepada
tiga badan dalam pemerintahan, iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan
Badan Kehakiman.

Perlembagaan merupakan peraturan yang tertinggi sama ada bertulis atau


tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah
sesebuah negara. Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi
yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara. Perlembagaan
bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

5
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

2. b) Keunikan negara dan bangsa pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Bincangkan (buku teks hlm 75-78)
Keunikan negara dan bangsa pada Zanam Kesultanana Melayu Melaka
melalui wilayah pengaruh yang luas. Dalam wilayah pengaruh tersebut sempadan
tidak ditetapkan dan empayarnya meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan
seluruh Timur Sumatera.

Selain itu keunikannya juga dilihat melaui kedaulatan yang merujuk kepada
raja yang memerintah. Raja mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.
Seterusnya terdapat juga lambang negara. Lambang tersebut menjadi simbol atau
tanda yang menjadi identiti sesebuah negara. Contonya bahasa melayu merupakan
bahasa kebangsaan yang menjadi lambang penyatuan negara dan bangsa. Malahan
dalam sistem pemerintahan beraja terdapat adat istiadat melayu yang diamalkan
melalui penggunaan alat-alat kebesaran seperti regalia, nobat dan juga warna.

Di samping itu keunikan juga dapat dilihat melalui undang-undang bertulis.


Dalam Kesultanan Melayu Melaka terdapat Hukum Kanun Melaka dan juga Undang-
Undang Laut Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang
menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar. Malahan pantang-larang dalam
kalangan anggota masyarakat turut dimasukkan. Undang-undang tersebut juga
menyatakan hukuman terhadap jenayah awam serta undang-undang keluarga.

Manakala Undang-Undang Laut Melaka menyentuh tatacara pelayaran di laut


serta tanggungjawab pengawal kapal. Seterusnya menyentuh atur cara pelayaran
dan bidang kuasa nakhoda kapal. Di samping itu hukuman bagi kesalahan jenayah
turut dikuatkuasakan.

Keunikan yang seterusnya ialah melalui peranan rakyat. Mereka


bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah dan perlu bersedia
mempertahankan negara. Ketaatan rakyat dibuktikan melalui menghadiri adat
istiadat kerajaan, mengadakan gotong-royong dan terlibat dalam kerahan tenaga.

Malahan dalam Kesultanan Melayu Melaka terdapat kerajaan yang


merupakan pemerintah yang tertinggi. Raja dibantu oleh Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi tonggak dalam institusi
kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-

6
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

masing di istana, darat, laut,disekitar Melaka dan jajahan takluk Melaka. Selain ini
mereka juga mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjamin
kesentosaan sistem pemerintahan beraja.

2. c) Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.


(buku teks hlm 75-78)
Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah setiap
negara mempunyai wilayah pengaruh iaitu kawasan yang rakyatnya menerima dan
memperakui pemerintahan seorang raja. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai
lingkungan pengaruh yang luas. Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung
Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.

Seterusnya, kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat


sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
Kedaulatan ini juga merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki sesebuah negara atau
pemerintah. Negara atau pemerintah menggunakan segala kuasa yang dimiliki
untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Kedaulatan memastikan
sebuah negara bebas daripada campur tangan asing. Kedaulatan juga dirujuk
kepada raja yang memerintah.

Lambang negara merupakan simbol atau tanda menjadi identiti sesebuah


negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan
negara dan bangsa. Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu dan agama
Islam merupakan warisan yang dikekalkan hingga hari ini. Kebesaran sultan
dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol
dan adat istiadat istana.

Selain itu, keunggulan undang-undang ialah salah satu asas pembentukan


Negara dan bangsa. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal
untuk mengawal masyarakat melalui peraturan. Undang-undang dicipta untuk
memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang
menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima
oleh masyarakat. Terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu hukum adat
tempatan dan agama Islam. Dua undang-undang bertulis yang terkenal ialah Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Undang-undang Laut Melaka
berkaitan bidang kuasa nahkoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

7
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Manakala Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 Fasal yang menyentuh bidang


kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dalam kalangan masyarakat.
Malahan mengenai hukuman kesalahan jenayah awam dan undang-undang
keluarga.

Seterusnya, rakyat ialah penduduk di sesebuah wilayah dan mereka ini


terikat kepada undang-undang. Rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang
memerintah. Sebagai tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahan negara,
menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.

Akhir sekali, kerajaan merupakan badan yang menguruskan pentadbiran,


menjaga keamanan, mempertahan kedaulatan negara, dan menjalin hubungan
diplomatik dengan negara lain. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, raja atau
sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu
Bendahari, Laksamana dan Temenggung. Mereka menjadi tonggak institusi
kerajaan dan diberi potfolio mengikut bidang tugas masing-masing di istana, darat,
laut, di sekitar Melaka dan jajahan takluk Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan
ini menjamin kedaulatan sistem beraja.

2. d) Jelaskan pembinaan negara Itali, Jerman, Madinah dan Malaysia. (buku


teks hlm 67-70)
Negara bangsa Itali dibentuk pada abad ke 19. Ia dibina menggunakan
amalan real politik. Mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat seperti
tipu helah dan peperangan. Count Camillo berusaha menyatukan Itali menjadikan
negara melalui peperangan dan akhirnya Berjaya pada 1870.

Pembinaan negara bangsa Jerman dipimpin oleh Otto Eduard von Bismarck.
Belaiu mengamalkan real politik dan politik darah dan besi. Beliau mengunakan
taktik menipu, provokasiuntuk mencetuskan peperangan. Belaiau menggunakan isu
membenci kuasa asing untuk menang dan membentuk negara bangsa Jerman.

Pembinaan negara bangsa Madinah dipimpin oleh Nabi Muhammas SAW.


Penyatuan melalui prinsip Islam. Baginda menyusun perlembagaan terlebih dahulu.
Baginda menyatupadukan penduduk Madinah yang berbilang bangsa. Baginda
menggunakan cara diplomasi untuk mewujudkan amalan kerjasama antara
pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat.

8
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Pembinaan negara Malaysia hasil kebijaksanaan pemimpin. Negara terbentuk


melalui rundingan dan kerjasama tampa pertumpahan darah. Semua ini melalui
Pakatan Murni dan tolak ansur antara kaum di Malaysia.

Soalan 3 (a)

3. a. i. Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli. (Tingkatan 5 Bab 5 muka surat 117 – 118)

Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955,
iaitu sebelum pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dijalankan pada
bulan Julai 1955. Antara ciri Sistem Ahli ialah satu sistem kabinet bayangan yang
terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk
memegang jawatan yang dibentuk.

Anggota sistem Ahli dikenal sebagai Ahli. Contohnya Ahli dalam Negeri.
Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja Melayu. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang
penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris. Daripada lima orang
penduduk Tanah Melayu, tiga daripadanya merupakan orang Melayu, Cina dan
India. Ahli-Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

3. a. ii. Jelaskan maksud Pakatan Murni. (Tingkatan 5 Bab 5 muka surat 119)

Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu


menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum
mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan
penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.

3. a. iii. Jelaskan usaha-usaha ke arah pembentukan Pakatan Murni sebelum


kemerdekaan. (Pakatan Murni PraPerikatan).

(Tingkatan 5 Bab 5 muka surat 119 - 121)

3. a. iv. Jelaskan usaha-usaha mengadakan Pakatan Murni sehingga Tanah


Melayu mencapai kemerdekaan. Tingkatan 5 Bab 5 muka surat 119 – 123)

Usaha-usaha ke arah pembentukan Pakatan Murni ialah penubuhan


Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau
Pinang. Pada peringkat permulaannya CLC hanya dianggotai oleh dua kaum

9
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

terbesar di Tanah Melayu, iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu yang bernaung di
bawah UMNO diketuai oleh Dato‟ Onn Ja‟afar, orang Cina pula dinaungi Persatuan
Cina Malaya (MCA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.

Pada bulan Ogos 1949 keanggotaan CLC diperluaskan dengan penyertaan


enam orang pemimpin Melayu, enam orang pemimpin Cina dan seorang wakil
daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah. Hal ini merupakan permulaan
kerjasama antara kaum.

Perundingan UMNO-CLC telah menghasilkan penubuhan Lembaga


Pembangunan Industri Desa (RIDA). Seterusnya, kerakyatan Negeri 1951 diberikan
kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya pilihan raya akan
diadakan pada masa yang sesuai.

Usaha kedua ialah pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu seperti
yang dicadangkan oleh Dato‟ Onn Ja‟afar pada tahun 1951. Tindakan beliau telah
dikecam oleh masyarakat Melayu lalu beliau meninggalkan UMNO.

Usaha ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Dasar IMP
menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti dan terbuka kepada
semua kaum.

Usaha keempat ialah penubuhan Persidangan Kebangsaan pada bulan


Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald. Tujuannya adalah untuk mencapai
kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman dalam kalangan
penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

Usaha berikutnya ialah penganjuran Konvensyen Kebangsaan oleh Tunku


Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO bersama-sama MCA. Konvensyen ini
disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik yang lain. Kerjasama ini telah
menjadi asas pembentukan Parti Perikatan.

(Calon menyambung bahagian ini untuk soalan 3.a. iv)

Kerjasama UMNO-MCA telah dibentuk apabila British ingin mengadakan


pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Gabungan UMNO–MCA telah
memenangi sembilan daripada dua belas kerusi. Seterusnya, dalam pilihan raya
majlis perbandaran lain, gabungan UMNO–MCA menang 226 daripada 268 kerusi.

10
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Hal ini membuktikan permuafakatan antara kaum dalam pelbagai parti telah
diterima.

Seterusnya ini membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Pilihan Raya


dalam Majlis Perundangan Persekutuan yang dianggotai oleh pemimpin parti politik
seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai tinggi British. Jawatankuasa ini
mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 lagi ahli dilantik oleh
Pesuruhjaya Tinggi British. Parti Perikatan telah menang 51 daripada 52 kerusi
dalam pilihan raya tersebut ekoran manifesto yang telah dikemukakan.

Kemenangan Pari Perikatan telah membolehkan Tunku Abdul Rahman


selaku ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Kesannya, rombongan rundingan kemerdekaan ke
London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman yang akhirnya membawa
kemerdekaan kepada negara kita.

Jelaslah bahawa kerjasama dan tolak ansur politik antara kaum telah berjaya
melahirkan perpaduan yang utuh sehingga melahirkan negara yang berdaulat.

Soalan 3 (b)

3 b. Pelaksanaan Sistem Ahli dan pembentukan Pakatan Murni dapat


memupuk perpaduan kaum. Buktikan pernyataan tersebut.

Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum
lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu. Sistem Ahli dapat mewujudkan
perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada berbilang bangsa seperti orang
Melayu, orang Cina dan orang India. Ahli-ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga
satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. Sistem Ahli juga
merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah
berkerajaan sendiri. Selain itu, Sistem Ahli juga memulakan proses perpaduan kaum
di Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini kerana, ahli-ahlinya merupakan gabungan
pemimpin daripada pelbagai kaum yang terdapat di negara ini. Perkara ini
merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai
mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Kesimpulannya,
Sistem Ahli memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk
mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.

11
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu dalam


menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum
mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan
penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum di Tanah Melayu. Dalam usaha
untuk mencapai Pakatan Murni, penubuhan Communities Liaison Committee (CLC)
misalnya merupakan titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
Perkara ini merupakan perubahan terhadap dasar UMNO kerana kesanggupannya
berunding dengn kaum lain untuk kepentingan masa depan negara. Perpaduan
kaum penting untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan
perkauman dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasam politik
contohnya antara UMNO-MCA telah memenangi 26 daripada 37 kerusi yang
dipertandingkan dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan
Februari 1952. Kemenangan dalam pilihan raya menunjukkan permuafakatan kaum
dalam pelbagai parti dapat diterima oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

Soalan 4

4. Jelaskan kesan pembentukan Malaysia terhadap ekonomi, politik dan


sosial. (10 markah)
Kesan Ekonomi:

Kecemerlangan negara hasil daripada kerjasama dan tolak ansur politik


antara kaum di Malaysia amat penting. Melalui tolak ansur politik antara kaum,
negara kita aman. Industri pelancongan berkembang maju dan dapat memberi
pendapatan kepada negara. Tiada rusuhan kaum berlaku dalam negara menjadikan
ekonomi negara berkembang pesat. Negara menjadi tumpuan pelabur-pelabur asing
kerana kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, pemimpin-pemimpin
negara mementingkan kesejahteraan ekonomi melalui dasar ekonomi negara yang
mantap seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2021 - 2030 sebagai hala tuju
baharu negara. Pemantapan ekonomi Malaysia dapat dilihat apabila rakyat dari
negara luar berhijrah mencari rezeki di Malaysia. Seterusnya, semasa negara
berada dalam situasi ekonomi yang tidak menentu serta kegawatan ekonomi,
negara tidak perlu berhutang dengan „International Monetary Fund‟ (IMF).
Pemimpin-pemimpin negara berjaya mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi
kemelut ekonomi negara.

12
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Kesan Politik:

Malaysia telah menjadi antara negara yang bebas daripada pengaruh dan
anasir-anasir asing. Keadaan ini berbeza daripada kehidupan nenek moyang zaman
dahulu yang hidup dalam ketakutan dan kerisauan kerana menjadi mangsa
kekejaman komunis. Seterusnya, tiada peperangan dan keselamatan negara
terkawal, menjadikan negara terus makmur. Masyarakat terus menghayati prinsip-
prinsip Rukun Negara dan pemimpin-pemimpin sedia menerima pandangan
daripada rakyat untuk memajukan negara. Rakyat memberikan taat setia yang tidak
berbelah bahagi kepada raja dan negara.

Kesan Sosial:

Malaysia menjadi hub kecemerlangan pendidikan di rantau Asia. Sebagai


contoh, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti
Lim Kok Wing telah menarik ramai pelajar asing dari seantero dunia. Sistem
pengangkutan dan perhubungan diperluas untuk kecemerlangan negara seperti
Lebuhraya Pan Borneo. Pembentukan Malaysia telah berjaya menyatupadukan
seluruh bangsa Malaysia sehingga terbentuknya satu bangsa Malaysia yang unik.
Keadaan ini menjadi daya tarikan para pelancong ke Malaysia untuk menyaksikan
keunikan kepelbagaian etnik tersebut melalui slogan „Truly Malaysia‟. Jelaslah
bahawa kecemerlangan negara hasil daripada kerjasama dan tolak ansur politik
antara kaum.

4. b) Kerjasama antara masyarakat dan pemimpin penting bagi membina


sebuah
negara yang mantap, berdaulat dan sejahtera. (10 markah)

Kepentingan kerjasama antara masyarakat dengan pemimpin adalah elemen


yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah negara. Keadaan ini jelas
dapat dilihat melalui pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Pentadbiran negara
melibatkan semua kaum dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin
dan pemimpin dengan rakyat. Kepimpinan cemerlang dan berwibawa penting bagi
mengekalkan perpaduan kaum di negara kita. Pemimpin-pemimpin negara
menegakkan keadilan seperti tidak memihak mana-mana kaum jika berlaku kes
yang melibatkan isu perkauman dan bertindak mengikut perlembagaan. Rakyat

13
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Malaysia turut menyokong dasar-dasar kerajaan dengan menggunakan saluran


yang betul untuk menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati. Mereka tidak
menggunakan kaedah-kaedah yang ekstrem seperti demonstrasi jalanan dan tunjuk
perasaan yang melampau. Sebaliknya, rakyat Malaysia yang pernah terlibat dalam
demonstrasi BERSIH untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilhan
raya yang adil dan bersih adalah secara aman. Jelasnya, kekuatan spiritual dan
mental rakyat perlu dikukuhkan agar dapat menangani ancaman globalisasi.

Pemantapan dari segi ekonomi negara amat penting dalam melahirkan warga
yang berilmu untuk memajukan taraf hidup semua kaum di Malaysia. Kita dapat
mewujudkan kerjasama antara semua lapisan masyarakat agar negara terus
makmur. Kekayaan negara diagihkan secara adil supaya jurang ekonomi antara
kawasan bandar dan luar bandar dapat dirapatkan. Warganegara yang berjiwa
patriotik dan bersemangat untuk membangunkan ekonomi negara bersama-sama
dapat dilahirkan.

Seterusnya kemajuan dalam bidang pendidikan dapat melahirkan


warganegara yang berilmu pengetahuan dan menyumbang kepada kemakmuran
dan kemajuan negara. Keadaan ini bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara
untuk melahirkan masyarakat yang mampu berdaya saing dalam kepesatan
teknologi industri 4.0. Mereka bukan hanya sebagai pengguna teknologi tetapi
mampu mencipta dan melahirkan teknologi baharu. Generasi akan datang ini dapat
meluaskan ilmu pengetahuan seperti dapat bertukar pandangan untuk memajukan
negara. Mereka dapat bertukar teknologi seperti teknologi nuklear untuk memajukan
negara dalam bidang industri selain melahirkan masyarakat yang terbuka dan dapat
menerima faedah kebaikan permodenan demi memajukan negara.

Seterusnya, pemantapan ekonomi negara dapat melahirkan masyarakat yang


berdaya saing seperti tekun berusaha demi kemajuan negara. Masyarakat yang
berinovatif seperti menambah baik ciptaan teknologi untuk kemajuan negara juga
dapat dilahirkan. Hasilnya, warga yang berani dan sabar menghadapi cabaran
dapat menembusi pasaran global untuk kemajuan negara juga terbentuk. Selain itu
negara Malaysia telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Penglibatan
rakyat pelbagai kaum mewakili negara pada peringkat antarabangsa seperti
badminton, skuasy dan sukan permotoran.

14
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Pemimpin dan rakyat Malaysia terkenal dengan semangat sukarelawan yang


tinggi dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada negara-negara lain yang
menghadapi masalah. Contohnya Mercy Malaysia menghantar bantuan
kemanusiaan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Medan dan Banda Acheh.
Hal ini menjadikan suara pemimpin Malaysia didengari di peringkat dunia.
Contohnya baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia diberi kepercayaan untuk
berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA)
sesi ke - 74 di New York.

Kesimpulannya, kerjasama antara masyarakat dan pemimpin penting bagi


membina sebuah negara yang mantap, berdaulat dan sejahtera. Kedudukan sumber
kewangan yang kukuh akan dapat membawa perubahan dan kemajuan sekiranya
rakyat bermuafakat dan bekerjasama.

Soalan 5 (a)

5. a. i. Sebagai rakyat Malaysia, apakah cadangan-cadangan anda untuk


memupuk jati diri sebuah bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia?
Cadangan saya untuk memupuk jati diri sebuah bangsa yang dikenali
sebagai bangsa Malaysia ialah melancarkan kempen “Memperkasakan Bahasa
Melayu” secara berterusan dan besar-besaran. Usaha ini boleh dilaksanakan
dengan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam majlis rasmi di peringkat
antarabangsa. Kesannya lahir masyarakat Malaysia yang menggunakan Bahasa
Kebangsaan.

Selain itu, penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara di dalam majlis-majlis


rasmi negara. Ini akan dapat mengukuhkan semangat kekitaan sebagai bangsa
Malaysia. Seterusnya dapat menyemai rasa sayang dan kesedaran terhadap masa
depan negara. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berani
mempertahankan jati diri negara.

Seterusnya, semangat patriotisme perlu ditanam sejak zaman kanak-kanak


lagi. Hal ini supaya mereka akan membesar dengan menghargai kepelbagaian
warisan dan sejarah bangsa. Hal ini juga dapat melahirkan generasi yang bukan
sahaja sayang akan negara tetapi faham akan keperluan negara.

15
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memastikan nilai-nilai
patriotisme disemai dalam jiwa anak-anak dengan memberi sokongan kepada anak-
anak. Caranya dengan memberi sumbangan dari segi material seperti menyediakan
kostum kemerdekaan untuk anak-anak mereka menyertai pertandingan pada hari
kemerdekaan. Selain itu, dengan cara mengibarkan bendera di rumah sepanjang
bulan kemerdekaan.

Akhir sekali, pihak kerajaan perlu program baru ke arah pembentukan


generasi muda yang berjati diri tinggi. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan cara
menjadikan negara Korea sebagai contoh dari segi latihan kerahan tenaga
melibatkan remaja yang berumur 18 hingga 20 tahun. Kesannya remaja akan dapat
dipupuk dengan nilai cinta akan bangsa dan negara yang tidak berbelah bahagi.

SOALAN TAMBAHAN

5. a. ii. Kejayaan Pakatan Murni yang diusahakan pelbagai kaum di Tanah


Melayu telah menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui
rundingan sehingga mencapai kemerdekaan. Buktikan.
Kejayaan Pakatan Murni yang diusahakan pelbagai kaum di Tanah Melayu
telah menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Buktinya
ialah dengan cara mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contohnya melalui
penubuhan Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC. Ini dapat
dilaksanakan dengan cara mengamalkan konsep kerjasama dan rundingan dalam
membuat penyelesaian.

Selain itu, pelaksanaan pilihan raya di peringkat Majlis Perbandaran, Negeri


dan Majlis Perundangan Persekutuan. Melalui pilihan raya, rakyat mendapat hak
untuk memilih pemimpin dan membentuk kerajaan sebelum mendapat
kemerdekaan.

Seterusnya, penggubalan Perlembagaan Merdeka oleh Suruhanjaya Reid.


Hal ini dapat dilaksanakan melalui semangat tolak ansur politik dengan mengiktiraf
kedudukan raja, kedudukan istimewa orang Melayu dan menerima kerakyatan jus
soli dalam perlembagaan.

16
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Bukti seterusnya ialah negara mencapai kemerdekaan. Hal ini telah


menamatkan penjajahan British serta menjadi negara bangsa yang bermaruah.
Rakyat tempatan mendapat hak mutlak mentadbir negara mengikut cara sendiri.

Soalan 5 (b)

5. b. Berdasarkan pengatahuan sejarah anda , bagaimanakah pembentukan


Malaysia menjadi asas kepada kemakmuran Malaysia pada hari ini.

Pembentukan Malaysia menjadi asas kepada kemakmuran Malaysia pada hari


ini ialah

Sistem Ahli ( m/s 117)

Sistem ahli merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan
ke arah berkerajaan sendiri. Sistem ahli juga memulakan proses perpaduan kaum di
Persekutuan Tanah Melayu.Ini adalah kerana ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai
kaum yang terdapat di negara ini. Sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada
beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat. Selain itu. anggota dikenali
sebagai ahli dan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Seterusnya, Ahli mengetuai
portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan . mereka menguruskan
pentadiran harian jabatan tersebut mengikut dasar dasar yang sedia ada.

Pilihan Raya ( m/s121 )

Dalam pilihan raya tersebut gabungan UMNO-MCA telah memenangi 9


daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Gabungan UMNO-MCA telah memenangi
26 daripada 37 kerusi yang dipertandingan dan parti perikatan telah memenangi 226
daripada 268 kerusi yang dipertandingkan kemenangan ini menunjukkan
permuafakatan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima oleh penduduk
persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Reid ( m/s 125 )

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1957 bagi membincangkan
dan menyusun perlembagaan persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Suruhanjaya ini mengambil kira isu kedudukan raja-raja Melayu hak istimewa orang
Melayu. Selain itu, kewujudan satu bangsa persekutuan Tanah Melayu juga

17
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

diberikan perhatian. Seterusnya, Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131


memorandum daripada pelbagai pihak. Cadangan-cadangan suruhanjaya Reid telah
diterbitkan pada bulan Februari 1957.Antara isu hangat ialah kerayatan jus soli.

Namun Raja-raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat
orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Dengan tolak ansur ini satu pakatan
murni antara kaum telah terbina di persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

Pakatan Murni ( m/s 119 )

Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di tanah melayu menghasilkan


satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.pakatan murni merupakan
jalan meyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum. Jawatankuasa
perhubungan antara kaum (CLC). CLC dianggotai oleh kaum Melayu yang diketuai
Dato Onn Jaafar (UMNO) dan kaum Cina diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock (MCA).
CLC dianggotai 6 pimpinan Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil kaum
India,Sri Lanka, Serani dan Eropah. Ini merupakan. Titik permulaan kerjasama kaum
di Negara kita. Dasar UMNO juga telah berubah apabila sanggup berunding dengan
kaum lain. Menurut Dato Onn Jaafar perpaduan antara kaum patut menjadi asas
kemerdekaan Negara kita.

Soalan 6 (a)

6. a. Jelaskan cabaran untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan


generasi muda ke arah membina negara dan bangsa yang berdaulat.
Cabaran untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda ke arah membina negara dan bangsa yang berdaulat ialah sebahagian
masyarakat tidak menguasai Bahasa kebangsaan dengan baik. Sebagai rakyat
Malaysia, adalah menjadi kewajipan untuk setiap warganya untuk menguasai
Bahasa Melayu dengan baik. Hal ini selaras dengan perkara yang termaktub dalam
perlembagaan negara iaitu meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Isu papan tanda yang tidak menggunakan Bahasa Melayu baru-baru
ini jelas meminggirkan bahasa kebangsaan kita. Perkara tidak bertanggungjawab ini
dilihat menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah
generasi muda hari ini lebih mengangkat martabat bahasa asing berbanding bahasa

18
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

kebangsaan. Penggunaan Bahasa Inggeris lebih banyak mendominasi perbualan


dalam kalangan generasi muda khasnya di kawasan bandar.

Cabaran kedua untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan


generasi muda ke arah membina negara dan bangsa yang berdaulat ialah
masyarakat lebih mengangkat budaya luar. Generasi muda lebih mengagungkan
budaya luar sehingga meminggirkan budaya sendiri. Contohnya budaya K-pop yang
menular dalam generasi muda hari ini.

Cabaran seterusnya ialah segelintir masyarakat yang tidak menghormati


perlembagaan negara. Mereka menyentuh perkara-perkara sensitif yang sudah
termaktub dalam perlembagaan. Contohnya isu berkaitan institusi diraja, bahasa dan
agama. Hal ini akan menggugat perpaduan kaum dan boleh mencetuskan
ketegangan kaum serta keamanan negara.

Antara lain ialah wujudnya kelemahan dalam sistem pendidikan negara.


Contohnya terdapat sekolah persendirian yang tidak mengikut sistem Pendidikan
Kebangsaan. Manakala sistem pendidikan vernakular yang berasaskan kaum telah
menyebabkan wujudnya jurang pemisah antara kaum. Hal ini menyukarkan
pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Cabaran berikutnya ialah wujudnya jurang ekonomi antara kaum yang tidak
seimbang. Jurang ekonomi ini akan menjejaskan hubungan antara kaum dan
wilayah. Taraf hidup penduduk juga akan berbeza. Hal ini akan menimbulkan rasa
tidak puas hati antara penduduk dalam negara. Malahan perasaan curiga-
mencurigai serta cemburu akan menonjol dalam kalangan penduduk. Penduduk
atau kaum yang tertinggal dari segi ekonomi dan taraf hidup sudah pasti akan
menjauhkan diri dari penduduk yang memiliki taraf hidup yang lebih tinggi.
Contohnya seperti rusuhan kaum yang pernah berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Hal ini akan memberikan kesan buruk dalam membina negara dan bangsa yang
berdaulat.

19
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Soalan 6 (b)

6. b. Sejauh manakah Malaysia berjaya memupuk jati diri sebuah negara


bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia.
Malaysia berjaya memupuk jati diri sebuah negara bangsa yang dikenali
sebagai bangsa Malaysia dapat dibuktikan melalui pemerkasaan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di
semua sekolah kebangsaan.

Jati diri bangsa Malaysia dapat dilihat melalui langkah kerajaan yang telah
mencetuskan Wawasan 2020 pada tahun 1991. Wawasan 2020 ini bertujuan
mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Perpaduan dalam bangsa Malaysia dapat dibuktikan dengan sambutan Hari


Kebangsaan yang diadakan secara gilang-gemilang. Sambutan ini bagi
mengingatkan masyarakat kepada sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Hal ini
dapat memupuk semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kejayaan seterusnya turut disempurnakan dengan kerajaan mewajibkan mata


pelajaran Sejarah diajar di sekolah dan universiti untuk memperluaskan
pengetahuan dan pengkajian tentang sejarah bangsa dan negara. Matlamat
pendidikan sejarah adalah untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat setia
negara atau jati diri sebagai warga negara Malaysia yang berdaulat. Mata pelajaran
Sejarah turut dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi calon SPM.

Akta Pendidikan 1995 yang dibentuk memberikan penekanan kepada


kepentingan ilmu sebagai penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa.
Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan berjaya memupuk jati diri masyarakat dalam
pelbagai bidang dalam sektor pendidikan.

Kejayaan seterusnya dibuktikan melalui Akta Bangsa Kebangsaan. Akta ini


dapat membentuk identiti bangsa Malaysia melalui penggunaan bahasa yang
seragam yang digunakan tanpa mengira kaum. Selain itu penguasaan penggunaan
bahasa kebangsaan digunakan dalam urusan rasmi negara.

Kejayaan Malaysia dalam aspek ekonomi ialah Malaysia telah melaksanakan


Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

20
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Dasar ini juga bertujuan mewujudkan keseimbangan kaum dari segi ekonomi dan
sosial. Selain itu perpaduan rakyat serta integrasi nasional dapat diwujudkan.

Melalui aspek sosial, jati diri bangsa Malaysia dapat dihayati dengan
pengamalan prinsip Rukun Negara oleh semua rakyat Malaysia. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan berjaya mewujudkan perpaduan dalam bangsa Malaysia. Contohnya
penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
diterapkan sejak di bangku sekolah lagi.

Soalan 7

7. a) Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memupuk semangat


patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia dalam proses pembinaan
Negara dan bangsa Malaysia ( 10 Markah)
Antara langkah yang boleh diambil untuk memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan rakyat Malaysia dalam proses pembinaan negara dan bangsa ialah
dengan mengadakan sambutan kemerdekaan di sekolah-sekolah. Pelbagai aktiviti
boleh diadakan seperti pertandingan nyanyian patriotik, tayangan filem, bersajak,
melukis poster dan sebagainya. Hal ini dapat mendedahkan para pelajar seawal
dari usia yang muda tentang sejarah negara seterusnya dapat meningkatkan
semangat cinta akan negara.

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen


secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen berkaitan dengan
semangat patriotisme ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita, Sebagai
contohnya media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patrtiotik dalam kalangan masyarakat.
Televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan ataupun program seperti
menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara, seperti filem
Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan lain-lain. Jelaslah media massa memainkan
peranan paling utama dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat Malaysia.

Di samping itu, agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan


wanita dan keluarga, perlu sentiasa mengadakan forum tentang semangat patriotik

21
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh
masyarakat yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dulu.
Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat
mengeratkan perpaduan antara kaum di Negara kita. Perkongsian ilmiah dan
pengalaman sejarah oleh tokoh-tokoh ini dapat meningkatkan jati diri serta
mengekalkan keharmonian masyarakat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai
kaum.

7. b) Nyatakan nilai murni / Patriotisme yang diperoleh daripada pembentukan


Malaysia ( 10 Markah)
Antara nilai murni atau patriotisme yang diperoleh daripada pembentukan
Malaysia ialah mengamalkan sikap tolak ansur antara kaum. Hal ini dapat dilihat
melalui kerjasama antara pemimpin yang berbilang kaum. Rundingan antara
pemimpin-pemimpin dari persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak telah berjaya merealisasikan gagasan Malaysia. Sebagai contohnya
Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK) yang telah bermesyuarat sebanyak 24 kali
bagi mewajarkan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.

Kita juga perlu sentiasa merancang strategi yang berkesan dalam merancang
sesuatu pekara atau menyelesaikan cabaran yang dihadapi. Penyelesaian rintangan
harus ditangani secara bijaksana agar dapat diatasi secara berkesan dan dapat
menguntungkan semua pihak. Sebagai contohnya kebijaksanaan Tunku Abdul
Rahman menyelesaikan masalah penentangan daripada Indonesia dan Filipina
semasa pembentukan Malaysia.

Selain itu, kita mestilah perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa


mengenal erti putus asa. Hal ini jelas semasa pembentukan Malaysia, walaupun
Indonesia melancarkan dasar Konfrantasi ke atas Malaysia, dasar Ganyang
Malaysia, serangan udara ke atas kapal nelayan, namun tidak mematahkan
semangat pemimpin Negara dalam usaha mereka merealisasikan gagasan
Malaysia.

Selain itu, nilai sikap keterbukaan perlu kita amalkan dan dijadikan sebagai
iktibar.Sikap ini jelas boleh dilihat dalam kalangan rakyat dan pemimpin dalam
menzahirkan pembentukan Malaysia. Sebagai contohya melalui peristiwa

22
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

penerimaan hak wilayah asingan dan majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju
menyertai Persekutuan Malaysia.

Soalan 8

8. i. Iktibar diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.


Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah kita mengamalkan
sikap hormat menghormati antara satu sama lain yang mempunyai plebagai
pandangan ,amalan hidup dan sebagainya walaupun wujud kepelbagaian tafsiran
ideologi dan pendapat tetapi keamanan dan perpaduan negara yang perlu
diutamakan. (bab3)

Selain itu kerjasama pelbagai kaum telah menyatukan semangat masyarakat


untuk mencapai proses pembinaan negara melalui semanagat yang ditunjukkan oleh
masyarakat semasa peristiwa Malayan union.(bab 4)

Seterusnya menerusi perjanjian sebagai wadah mencari titik penyelesaian


iaitu perjanjian 1948 telah menyatukan negara dan menjadi asas perlembagaan
negara.(bab 4)

Kita hendaklah mengamalkan pendekatan musyawarah dalam menyelesaikan


sesuatu masalah. Pemimpin dan rakyat Malaysia telah bertoleransi antara satu
sama lain melalui pakatan murni. (bab 5)

Seterusnya iktibar yang diperoleh daripada perjuangan pemimpin pemimpin


ialah kebijaksanaan pemimpin mengatur strategi melalui sistem ahli.Mereka telah
diberi latihan awal dalam selok belok pentadbiran negara.(bab 5)

Selain itu sikap tolak ansur dan toleransi perlulah diterapkan dalam kalangan
generasi muda agar dapat menyemai semangat perpaduan yang berterusan justeru
itu kedaulatan negara akan terjamin malah dapat mengekalkan kesejahteraan
semua anggota masyarakat. (bab 6)

Selain itu kita perlulah bersyukur kerana menetap di negara yang stabil
politiknya serta dapat menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.(bab 7)

23
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Kita hendaklah bersungguh-sungguh meningkatkan pembangunan negara


dengan melaksanakan pelbagai usaha dan program bersepadu agar matlamat yang
disasarkan tercapai melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran (bab 8)

8. ii. Jelaskan iktibar di peroleh dalam proses penentangan masyarakat


melayu terhadap Malayan union sehingga Negara mencapai kemerdekaan.
Sikap bekerjasama menjadi asas kepada pencapaian sesuatu perkara iaitu
pihak british melihat kerjasama masyarakat dan akur kepada reaksi masyarakat
Tanah Melayu sehingga pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Selain itu tindakan perubahan kearah kebaikan akan membawa kepada


perubahan yang lebih baik lantaran daripada penolakan Malayan Union negara
mencapai kemerdekaan pada 1957.

Selain itu kita perlulah saling bersatu padu supaya pepecahan dalam
kalangan masyarakat akan memudahkan musuh luar menguasai Negara kita oleh
demikian sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggalkan perjuangan
untuk memartabatkan bangsa.

Kita sepatutnya kewajarnya mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang


mempunyai semangat setia negara yang tinggi yang menyebabkan mereka sanggup
berkorban untuk Negara bangsa dan tanahair.

Kita haruslah mengutamakan perpaduan bangsa jika orang Melayu tidak


bersatu ,Malayan Union tidak dapat digagalkan dan Tanah Melayu menjadi Tanah
Jajahan Mahkota.

Seterusnya kita harus sentiasa menjaga warisan tamadun supaya tidak


terhapus.kita mestilah menjaga Bahasa Melayu, agama Islam dan hak Istimewa
orang Melayu supaya tidak terjejas.

Selain itu kita perlu bersemangat kental memperjuangkan hak dan kedaulatan
negara dan bangsa agar masyarakat kita tidak dapat diperkotak katikkan oleh anasir
luar oleh itu kita perlu menekan aspek pendidikan sepanjang hayat serta menguasai
kepelbagaian kemahiran .

24
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

8. iii. Dasar pembangunan sosial menjadi teras utama kerajaan dalam


membina Negara bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Iktibar yang dapat diperoleh dari dasar pembangunan sosial ialah kita perlu
bersikap kreatif dan inovatif serta bersedia menerima perubahan agar tidak tersasar
daripada objektif kerajaan .

Selain itu kita harus bijak memanfaatkan sumber yang ada serta mengambil
peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam menyediakan pelbagai usaha
dan program demi kesejahteraan rakyat.

Disamping itu sikap berdaya saing yang tinggi mampu meletakkan kita pada
kedudukan setaraf dengan masyarakat dunia luar yang sudah lama mengecapi
kemajuan.

Sikap bersyukur terhadap kekayaan Negara seperti sumber semulajadi yang


dimiliki haruslah diterapkan daripada peringkat awal lagi agar masyarakat dapat
menggunakan hasil bumi Negara semaksimum mungkin

Pembangunan sosial menjadi teras pembentukan masyarakat.justeru itu


sekiranya wujud masyarakat yang menghadapi masalah sosial akan menghasilkan
rakyat yang pincang dalam usaha pembangunan negara.

Selain itu usaha membangunkan kawasan yang mempunyai potensi ekonomi


khususnya di bandar perlulah diberi keutamaan oleh pihak kerajaan agar dapat
menghapuskan identiti kaum berdasarkan kegiatan ekonomi .

Pihak kerajaan perlu merangka pelbagai aktiviti ekonomi demi menjana


sumber pendapatan rakyat serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam
kalangan penduduk luar bandar khususnya contohnya dalam perlaksanaan industri
hiliran.

Dasar pembangunan sosial menuntut setiap rakyat supaya terlibat secara


aktif dalam usaha memupuk perpaduan nasional .masyarakat Malaysia harus
sentiasa berpegang teguh kepada prinsip - prinsip Rukun Negara supaya kita
menjadi sebuah negara yang bersatu padu dan berjaya dalam semua aspek seiring
dengan negara yang lebih maju.

25
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Selain itu pendidikan menjadi asas dalam pembangunan sosial. Pendidikan


dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan seterusnya
menyumbang kearah kejayaan negara kita.

Soalan 9

Sediakan rumusan berdasarkan tajuk di atas. (Bab 3)

Pengetahuan yang diperoleh daripada tajuk di atas ialah konsep negara dan
bangsa di Malaysia merujuk kepada pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
Selain itu, kejayaan pembentukan negara dan bangsa di Malaysia bergantung pada
kesediaan setiap warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang
mengamalkan sikap tolak ansur dan kesederhanaan.

Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada tajuk di atas ialah setiap kaum
mestilah sanggup berkongsi secara bijak dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial
bagi memperkukuh pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

Unsur patriotisme yang diperoleh daripada tajuk di atas ialah menjadi bangsa
Malaysia yang bersatu padu dan progresif. Di samping itu, kita perlu bersama-sama
bertanggungjawab memelihara keamanan dan kemakmuran negara.

Harapan saya untuk menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang


cemerlang dan gemilang ialah pemimpin perlu bijak memanfaatkan peluang untuk
menjanjikan kemajuan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang. Seterusnya,
Malaysia perlu menerima pembaharuan dan bersikap optimis dalam membangunkan
negara.

Sediakan rumusan berdasarkan tajuk di atas. (Bab 6)

Pengetahuan yang diperoleh daripada tajuk di atas ialah pembentukan


Malaysia hasil cadangan usaha bersungguh-sungguh oleh Tunku Abdul Rahman
bersama menteri-menteri di bawahnya iaitu V.T Sambanthan, Tan Siew Sin serta
Tun Abdul Razak.

Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada tajuk di atas ialah pemimpin perlu
bersepakat dalam menjayakan sesuatu dasar.

26
MODUL SEJARAH KERTAS 3, DAERAH KINTA UTARA, 2019

Selain itu, unsur patriotisme yang terdapat dalam tajuk di atas ialah
kerjasama antara rakyat dalam memastikan kedaulatan negara terjamin.

Harapan saya untuk menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan
terbilang ialah rakyat Malaysia pelbagai kaum harus berusaha mempertahankan
kedaulatan negara.

Sediakan rumusan berdasarkan tajuk di atas. (Bab 5)

Pengetahuan yang diperoleh daripada tajuk di atas ialah membina sebuah


negara dan bangsa yang merdeka dan berdaulat bukanlah suatu yang mudah.
Langkah para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang memilih musyawarah
sebagai pendekatan mengatasi segala kemelut politik merupakan langkah yang bijak
dan amat berkesan.

Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada tajuk di atas ialah pembinaan sebuah
negara dan bangsa yang merdeka melibatkan rundingan dan kerjasama.

Selain itu, unsur patriotisme yang terdapat dalam tajuk di atas ialah bertolak
ansur dan berdiplomasi berjaya menyatupadukan penduduk Tanah Melayu yang
terdiri daripada pelbagai kaum.

Harapan saya untuk menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan
terbilang ialah generasi hari ini perlu bersatu padu dan berusaha gigih untuk
mengekalkan kemajuan Malaysia diperingkat antarabangsa. Selain itu,
kebijaksanaan pemerintah pada hari ini amat penting untuk mengisi kemerdekaan
yang telah dicapai oleh pemimpin sebelumnya.

27

You might also like