Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PEMBANTU ANTIDADAH S19 – 07.1.

2019

1. 3/5 daripada sejumlah bilangan kuih-muih yang dijual di gerai Cik Siti adalah karipap. 1/5 adalah kuih keria
manakala selebihnya adalah cucur badak iaitu sebanyak 25 biji. Berapakah bilangan karipap dijual di gerai Cik Siti?

A) 125
B) 100
C) 75
D) 25

2. Sebuah kotak mengandungi 90 batang pen merah dan 140 batang pen biru. Terdapat 20% daripada pen merah
dan 10% daripada pen biru telah rosak. Berapakah bilangan kesemua pen yang masih elok?

A) 32
B) 72
C) 126
D) 198

3. 15 jam 55 minit + 32 minit + 7 jam 24 minit =

A) 22 jam 11 minit
B) 23 jam 51 minit
C) 22 jam 51 minit
D) 23 jam 09 minit

4. Ah Seng mempunyai 45 keping wang 20 ringgit dan 35 wang keping 5 ringgit. Muthu pula mempunyai 13 keping
wang 50 ringgit dan 19 keping wang 10 ringgit. Berapakah perbezaan jumlah nilai wang Ah Seng dan Muthu?

A) RM1,915
B) RM1,015
C) RM840
D) RM235

5. Sebuah karung memerlukan 150cm tali untuk mengikatnya. Berapakah jumlah tali yang akan digunakan untuk
mengikat 150 buah karung?

A) 22,500m
B) 2,250m
C) 225m
D) 22.5m

6. Sebuah lif telah turun dari tingkat 9 ke tingkat 5. Sekiranya lif tersebut turun 2 tingkat lagi ke bawah dan
kemudian naik semula 5 tingkat ke atas. Di tingkat manakah lif itu berhenti sekarang?

A) 9
B) 8
C) 7
D) 6

7. 3 jam 25 minit sebelum pukul 2.45 petang ialah

A) 11.20 pagi
B) 11.25 pagi
C) 11.45 pagi
D) 12.10 tengah hari
8. Luas satu permukaan bagi sebuah kubus ialah 169cm². Berapakah jumlah luas keseluruhan permukaan kubus
tersebut?

A) 676cm²
B) 1,014cm²
C) 1,352cm²
D) 2,197cm²

9. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 6.9?

A) 6.045
B) 6.065
C) 7.015
D) 7.095

10. Sebuah lori dipandu dari Bandar R ke Bandar S yang jaraknya ialah 380km. Berapakah tempoh masa yang
diambil oleh lori tersebut jika dipandu pada kelajuan purata 80km/j?

A) 3 jam 45 minit
B) 4 jam 15 minit
C) 4 jam 45 minit
D) 5 jam 15 minit

11. 1/5 daripada 1/3 daripada 3.6 liter ialah

A) 1.2 liter
B) 720 mililiter
C) 0.70 liter
D) 240 mililiter

12. Sebuah kereta dipandu dengan purata kelajuan 85km/j selama 4 jam 30 minit. Setiap 1 liter minyak petrol,
kereta tersebut boleh bergerak sejauh 12km. Jika minyak petrol berharga RM2.20 seliter, berapakah kos minyak
petrol yang ditanggung sejauh perjalanan tersebut?

A) RM31.90
B) RM67.00
C) RM70.10
D) RM84.15

13. (Panjang X Lebar) bagi sebuah segi empat sama ialah (18cm X 18cm). Berapakah luas 3/4 segi empat tersebut
dalam unit sentimeter persegi (cm²)?

A) 81
B) 243
C) 108
D) 324

14. {M, A, K, A, N, A, N} mewakili satu set data dan min data tersebut ialah 15. Berapakah jumlah bagi kesemua
nilai A?

A) 3
B) 15
C) 45
D) 105
15. Sebuah bekas mengandungi 14.25 liter air. Air itu dituangkan sama banyak ke dalam 15 buah jag. Berapakah
jumlah isi padu air di dalam 5 buah jag tersebut?

A) 950 mililiter
B) 9 liter 50 mililiter
C) 4 liter 75 mililiter
D) 4 liter 750 mililiter

16. Besen merah mengandungi 165 liter air dan besen hijau mengandungi 66 liter air. Berapakah nisbah isi padu air
di dalam besen merah kepada isi padu air di dalam besen hijau?

A) 3:1
B) 5:2
C) 4:1
D) 3:2

17. Umur Amran 23 tahun 7 bulan dan umur Hakimi kurang 10 bulan daripada umur Amran. Berapakah jumlah
umur mereka?

A) 22 tahun 3 bulan
B) 22 tahun 9 bulan
C) 45 tahun 10 bulan
D) 46 tahun 4 bulan

18. Sebuah bas dijadualkan bertolak pada pukul 10.50 pagi. Perjalanan bas itu mengambil masa 6 jam 15 minit
untuk sampai ke destinasi tujuan. Pukul berapakah masa ketibaan bas tersebut?

A) 4.50 petang
B) 5.05 petang
C) 6.10 petang
D) 6.15 petang

19. Sebuah kedai elektrik telah menjual 16 buah mesin basuh dan memperolehi hasil jualan sebanyak ialah
RM15,360. Jumlah keuntungan jualan mesin tersebut ialah RM5,920. Berapakah kos modal bagi sebuah mesin
basuh tersebut?

A) RM370
B) RM590
C) RM960
D) RM9,440

20. Sebuah syarikat pembinaan bercadang untuk mengurangkan pekerja daripada 2850 orang kepada 2394 orang.
Berapa peratuskah pekerja yang dikurangkan?

A) 15%
B) 16%
C) 18%
D) 19%

You might also like