Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

HNG 3033 :

PEMBANGUNAN WILAYAH

TAJUK :
[TUGASAN INDIVIDU]
PENILAIAN KEBERKESANAN PROSES PEMBANGUNAN WILAYAH DI
MALAYSIA DALAM ASPEK SOSIO-EKONOMI PENDUDUK TEMPATAN DI
MALAYSIA.

NAMA PENSYARAH : DR. RAHIMAH BINTI WAHID


PROGRAM : ISM PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58)
KUMPULAN :B

NAMA NO. MATRIK

NUR HARWANA BINTI ABD WAHID D20162076088


ISI KANDUNGAN

BIL ISI MUKA SURAT

1 1.0 Pengenalan 3-4

2.0 Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)


2 2.1 Kesan Pembangunan Koridor terhadap sosioekonomi 4-8
penduduk tempatan Malaysia

3.0 Koridor Pembangunan Sabah (SDC)


3 3.1Kesan Pembangunan Koridor terhadap sosioekonomi 8-10
penduduk tempatan Malaysia

4 4.0 Kesimpulan 11

5 5.0 Rujukan 12

1.0 Pengenalan
2
Pembangunan secara umumnya adalah suatu perubahan daripada tradisional kepada
moden, daripada skala kecil kepada skala besar, daripada mundur menjadi maju dan
sebagainya. Pembangunan biasanya meliputi pembangunan politik, ekonomi dan sosial.
Dalam hal ini, semua negara di dunia ini telah melalui proses-proses pembangunan bagi
membangun dan memajukan negara masing-masing dalam pelbagai aspek. Wilayah boleh
ditakrifkan sebagai sekumpulan kawasan berterusan yang berada pada tahap
pembangunan yang hampir sama, mempunyai sumber-sumber dan kegiatan ekonomi yang
hamper sama serta berpusatkan kepada satu kawasan bandar utama. Wilayah-wilayah
perancangan ini didasarkan kepada beberapa kriteria pembangunan yang agak seragam
dalam lingkungan wilayah yang telah dibentuk. Oleh yang demikian, wilayah ini boleh
merangkumi sebuah ataupun beberapa buah negeri. Walau bagaimanapun, prinsip asas
perancangan wilayah di Malaysia ialah untuk memperbaiki lompang dan ketidakseragaman
pembangunan yang telah dibangunkan pada zaman Inggeris iaitu daripada penumpuan ke
arah pendekatan fizikal kepada penumpuan ke arah pembangunan ekonomi dan sosial
penduduk. Justeru, pembangunan Iskandar Malaysia sebenarnya bukanlah satu
perancangan wilayah yang baru. Namun merupakan rentetan daripada pelbagai
perancangan pembangunan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan di wilayah
pembangunan selatan semenjak tahun 1980an lagi.

Seterusnya, kita pergi kepada strategi pembangunan. ia merupakan cara atau jalan
terbaik untuk mencapai tujuan dan sasaran untuk pembangunan tidak kira untuk skala
wilayah ataupun skala yang lebih kecil iaitu desa. Pembangunan bermaksud suatu proses
atau perubahan terus dalam bidang fizikal, ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh
manusia. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan taraf hidup semua anggota masyarakat
dalam lingkungan kawasan pembangunan Selain itu, antara objektif utama dilakukan
pembangunan keatas wilayah-wilayah terpilih ini adalah untuk Memastikan perancangan
yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan optimum sumber sumber di peringkat
wilayah, negeri dan antara negeri, bandar dan luar bandar. Hal ini adalah untuk mewujudkan
pembangunan wilayah yang lebih seimbang.

Pembangunan wilayah koridor yang ada di negara Malaysia yang telah disediakan
adalah di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9). Terdapat lima koridor wilayah
yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu Tun Abdullah
Haji Ahmad Badawi. Antara lima koridor itu adalah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (WCER),
Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar (PI), Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER),
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

3
Pembangunan koridor yang dilancarkan oleh kerajaan adalah merupakan inisiatif
yang diambil untuk memastikan kemajuan yang dilakukan dapat diagih dan dirasai oleh lebih
ramai penduduk disetiap pelusuk negara. Konsep Koridor Malaysia ini adalah berdasarkan
kesedaran bahawa pembangunan akan terlaksana dengan lebih teratur dan pantas jika
potensi setiap negeri di terokai bersama dan menikmati hasil dengan samarata.
Sememangnya Malaysia sudah menikmati pencapaian yang baik dalam pelbagai aspek iaitu
ekonomi, pembangunan, sosial yang sebagainya. Namun masih banyak kekurangan untuk
bersaing dengan kemajuan negara-negara yang lain. Mentranformasikan kawasan luar
Bandar kepada ekonomi desa yang moden dapat melahirkan industri-industri kecil IKS atau
baharu. Hal ini dapat mengurangkan kemunduran dan meningkatkan kemajuan setempat.
Sekaligus dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berdaya saing. Untuk
merealisasikan impian ini perubahan perlu dilakukan dan juga mengenalpasti potensi-
potensi negeri.

2.0 Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia

Pembangunan Iskandar Malaysia (Iskandar Development Region) dilancarkan pada 30


Julai 2006 dan telah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Dahulunya dikenali sebagai Koridor Wilayah Iskandar. Manakala
pelancaran secara rasmi diperkenan oleh sultan Johor, Almarhum Duli Yang Maha Mulia
Baginda Almutawakkil’alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 4 November
2006. Rancangan pembangunan merupakan rangka pembangunan yang paling besar
dilaksanakan di negeri Johor selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Pembangunan
yang mengambil masa sehingga tahun 2025 ini meliputi kawasan selatan Johor dan
memerlukan kos sebanyak RM 47 billion dan terbahagi kepada 5 zon ekonomi iaitu Johor
Bharu, Nusajaya Pintu Pembangunan Barat, Pintu Pembangunan Timur, dan kawasan Senai
hingga Skudai. Objektif utama pembangunan ini ialah menjana pertumbuhan ekonomi
wilayah Selatan Johor dan mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus untuk
tempoh lima tahun yang pertama. Selain itu, pembangunan Iskandar Malaysia merangkumi
tiga lokasi utama iaitu, Lapangan Terbang Senai, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan
Pelabuhan Pasir Gudang.

Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM 4.3 bilion di bawah


Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk dijadikan modal permulaan. Mantan
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi juga berharap Iskandar Malaysia
mampu melahirkan bandar metropolis yang pertama di Johor selepas tahun 2025.
(Zaharudin Mohd Ali dan Lukman Ismail. 4 November 2006. Utusan Malaysia) Kawasan
yang diterokai ialah seluas 2,217 kilometer persegi atau 3 kali keluasan Singapura. Empat
4
komponen yang penting dalam pembangunan Iskandar Malaysia iaitu penggubalan Pelan
Induk Perniagaan, penubuhan badan penyeliaan yang kukuh iaitu di bawah Pihak Berkuasa
Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), penubuhan Pemaju Raya atau dikenali dengan
South Johor Investment Corporation Berhad (SJICB), dan pemberian pakej insentif untuk
menggalakkan inisiatif untuk pemangkin pembangunan. Berdasarkan pelan pembangunan
Iskandar Malaysia, kerajaan telah menumpukan ekonomi yang pelbagai. Contohnya, bidang
elektrik dan elektronik, 3 petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian,
perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan,
kewangan serta industri kreatif.

Khazanah Nasional Bhd telah diberi tanggungjawab menguruskan pembangunan


rancangan pembangunan wilayah ini. Projek-projek yang sedia seperti pembangunan
bandar pesisir pantai Teluk Danga, bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang
dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) turut ditambah dengan projek-projek
baru. Kerajaan juga yakin bahawa WPI mampu menarik pelaburan asing ke negeri Johor
seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk.

2.1 Kesan Pembangunan Wilayah Iskandar

2.1.1 Kesan Positif Pembangunan Wilayah Iskandar Terhadap Penduduk Tempatan di


Malaysia

i. Sosial

Kemudahan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perhubungan dan pengangkutan,


perumahan dan sebagainya merupakan aspek-aspek sosial yang dibangunkan dalam
Wilayah Iskandar Malaysia. Kewujudan banyak peluang pekerjaan dari perlancaran koridor
ini telah menarik minat pendatang luar datang ke Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia
yang sedang membangun dengan maju. Oleh hal yang demikian, populasi penduduk di
negeri Johor semakin bertambah terutamanya daripada golongan yang berumur antara 25
hingga 50 tahun. Di samping itu juga, pertambahan penduduk tidak menjadi masalah kerana
kawasan perumahan yang dibangunkan mencukupi bagi menampung populasi penduduk
yang semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Rancangan pembangunan Iskandar Malaysia juga menempatkan Sekolah


Antarabangsa dan universiti luar negara dan mengadakan program sekolah angkat di
kawasan luar bandar. Pusat kecemerlangan barat dan kolej komuniti juga turut dibangunkan.
Bagi memperkasa pembangunan modal insan, kerajaan telah melancarkan Pelan Induk
Pendidikan 2006-2010, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, melangkaui tahun 2020,

5
dan Pelan Induk Pengajian Tinggi 2007-2010 dengan matlamat menyediakan tenaga kerja
yang berinovatif dan berkemahiran tinggi. Pusat pendidikan seperti ini mampu melahirkan
warga kerja berpendidikan yang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu serta dapat
menguasai bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa mandarin. Hal ini bersesuaian
dengan objektif kerajaan ialah meningkatkan hub pendidikan yang bertaraf dunia.

Oleh itu, kerajaan telah meningkatkan peluang pendidikan kepada semua lapisan
masyarakat yang ada di sekitar. Dengan adanya penambahbaikan dalam penawaran kursus
sebagai contoh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memfokuskan kepada kajian 4
teknikal di bawah fakulti-fakulti yang berbeza. Contohnya mengasingkan fakulti pendidikan,
sains tulen dan pengurusan serta pembangunan sumber manusi sekaligus memudahkan
dalam urusan pembelajaran. Selain itu, universiti yang juga universiti kejuruteraan tertua di
Malaysia juga mempunyai kerjasama akademik antarabangsa dan menawarkan 108
program lepasan ijazah kejuruteraan dan teknologi. Tidak hairanlah sekiranya kerajaan
mampu mengeluarkan tenaga buruh mahir bagi mengisi kekosongan jawatan dalam
pembangunan yang hampir selesai untuk fasa pertama. Penawaran kursus pendidikan
seperti ini mampu menampung keperluan tenaga mahir dan mengurangkan kadar
pengangguran golongan mahasiswa.

ii. Politik

Pembangunan wilayah Iskandar Malaysia merangkumi 5 zon utama iaitu Pusat


Bandar Johor Bharu, Nusajaya, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), kawasan Senai dan
Pasir Gudang dan zon Tanjung Langsat. Letakan pusat pentadbiran bagi 5 zon utama
berikut adalah di zon Nusajaya. Bandar Nusajaya dipilih sebagai pusat pentadbiran yang
baru bagi negeri Johor kerana di situ lengkap dengan Kompleks Kerajaan Negeri dan
Persekutuan, Pusat Persidangan Negeri (DUN), Dataran Mahkota dan Kompleks Menteri
Besar Negeri Johor. Pusat pentadbiran di Nusajaya yang dilengkapi dengan kemudahan-
kemudahan yang lebih selesa dan setempat.tambahan pula, memudahkan masyarakat yang
mempunyai urusan dengan bahagian pentadbiran untuk pergi ke satu kawasan yang
mempunyai kompleks-kompleks pentadbiran yang berhampiran satu sama lain. Hal ini juga
mungkin boleh menjimatkan kos perjalanan memendekkan masa seseorang individu untuk
berurusan dengan pihak kerajaan. Tambahan pula, kemudahan yang lengkap telah
disediakan bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

iii. Ekonomi

Pembangunan wilayah Iskandar telah memangkin perubahan ekonomi bagi wilayah negeri
Johor. Contohnya, wujudnya Hub Halal, Hub Logistik dan pelabuhan kelas pertama, Hub
6
kewangan Islam dan Hub Biofuel. Hub Halal merupakan salah satu produk keluaran
tempatan yang terdiri daripada industri-industri kecil dalam strategi kerajaan
mempromosikan pengeluaran makanan halal seperti produk daging halal di Malaysia. 5
Produk daging halal bukan sahaja mendapat sambutan dalam pasaran tempatan, malahan
produk ini juga mendapat perhatian di pasaran antarabangsa. Seringkali Malaysia
memperkenalkan MIHAS (Pameran Produk Halal) yang diadakan sepanjang tahun. Langkah
kerajaan ini bukan sahaja menambahkan permintaan eksport, malah ia juga sekaligus
menambahkan pendapatan dan pengaliran wang masuk kedelam negara serta permintaan
terhadap eksport meningkat telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Secara tidak langsung, pengeluaran produk halal merupakan satu bonus terutamanya
kepada usahawan-usahawan muda dalam pasaran baru seperti ini.

Selain daripada Hub halal, Hub logostik dan pelabuhan kelas pertama juga telah
diwujudkan melalui wilayah pembangunan Iskandar. Hal ini berikutan penaiktarafan
Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP) sebagai pelabuhan kelas pertama, sehinggakan
pelabuhan yang berkembang pesat ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai
Best Emerging Container Terminal. Ini merupakan salah satu kejayaan besar pembangunan
koridor Masyarakat juga berpeluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan
adanya Zon bebas cukai yang diperkenalkan dalam Wilayah Iskandar Malaysia iaitu di
kawasan Bandaraya Johor Bharu (Zon A). Contoh bidang perniagaan yang boleh diceburi
ialah kraftangan, makanan, pakaian, dan sebagainya.

Kerajaan juga menaiktaraf Lapangan Terbang Senai untuk dijadikan pembangunan.


Oleh itu, penggunaan tanah seluas 2800 ekar diterokai untuk membina Taman Berteknologi
Tinggi, Pusat Kargo Udara dan kemudahan-kemudahan sokongan lain. Bandar logistik juga
diwujudkan bagi membolehkan penyediaan kilangkilang yang siap dibina dengan prasarana
asas untuk pembangunan kelompok industriindustri yang berteknologi tinggi di bawah satu
pengezonan bersepadu seperti yang dipromosikan. Kawasan Zon Bebas Senai juga turut
diperkenalkan. Kawasan ini memperuntukkan pajakan perniagaan untuk logistik dan aktiviti-
aktiviti pembuatan berteknologi tinggi. Wilayah Pembangunan Iskandar juga menjadi salah
satu kawasan tumpuan pelabur asing dan ini menguntungkan masyarakat setempat dan
juga negara. Rancangan-rancangan yang dilaksanakan telah memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk terutamanya di sektor perkhidmatan, perindustrian, pelancongan,
perniagaan dan sebagainya. Secara tidak langsung, kerajaan dapat mengurangkan kadar
pengangguran dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Hal ini terbukti apabila
kadar inflasi di negeri Johor adalah rendah iaitu di bawah 3.5 peratus.

3.0 Pembangunan Koridor Sabah (SDC)


7
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Koridor
Pembangunan Sabah (SDC) di Pelabuhan Kontena, Teluk Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah,
pada hari Rabu, 29 Januari 2008. Perlancaran SDC ini adalah rentetan daripada pelancaran
pelan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor awal tahun 2008 yang hasilnya jelas
mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara lebih pantas khususnya melalui
penyertaan pelabur asing (FDI), projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pula
dilancarkan yang meliputi negeri Kedah, Perlis, Seberang Prai dan Perak Utara yang
diterajui oleh Sime Darby Bhd. Bagi menjana ekonomi negeri-negeri terbabit. Tempoh
pelaksanaan SDC ialah dari tahun 2008 sehingga 2025 meliputi seluruh kawasan dan
penduduk Sabah. Lebih kurang 900,000 peluang pekerjaan akan daapt diwujudkan jika
projek ini berjalan dengan lancar. Sebanyak 13 memorandum persefahaman (MOU) telah
ditandatangani oleh pelabur asing seperti syarikat dari China, Jepun dan Amerika Syarikat
yang sudi bekerjasama dengan Malaysia serentak dengan perasmian pelan tindakan SDC
tersebut.

Objektif kewujudan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) adalah untuk menjana


pertumbuhan ekonomi negeri ini agar membangun selari dengan pembangunan di
Semenanjung Malaysia. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata bahawa SDC
akan memacu pembangunan yang seimbang dalam kalangan rakyat negeri Sabah dengan
merapatkan jurang sosioekonomi antara bandar dan luar bandar.Selain itu, projek dalam
sektor pelancongan seperti pembangunan eko-pelancongan misalnya di Hutan Simpan Ulu
Segama dibangunkan dan mengembangkan bidang kesihatan atau perubatan, pembinaan
kondominium mewah dan hotel lima dan enam bintang serta pembangunan pusat-pusat
peranginan. Di samping itu, sektor pembuatan dan sektor pertanian juga turut dibangunkan
melalui beberapa inisiatif. Selain itu, melalui SDC juga dapat mengukuhkan penyelidikan
agrobio supaya negeri tersebut akan menjadi pusat kecemerlangan untuk aktiviti-aktiviti
yang berkaitan. Terdapat tiga prinsip utama yang akan menjadi teras semua pembangunan
yang dijalankan di Sabah bagi membasmi kemiskinan tegar, memulihara alam sekitar dan
meningkatkan aktiviti-aktiviti bernilai tinggi dalam industri. SDC sangat bermakna kepada
rakyat Sabah kerana akan merapatkan jurang yang ketara setelah pembangunan ekonomi
berlaku, namun begitu, sesetengah orang akan ketinggalan jika tidak mengikuti
perkembangan projek tersebut manakala yang lain akan terus maju ke hadapan.

Pelancaran SDC ini amat signifikan bagi Sabah dengan objektif utama menjana
pembangunan negeri agar selari dengan pembangunan di Semenanjung. Ia juga bagi
memacu pembangunan seimbang dalam kalangan rakyat negeri Sabah sekali gus
mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup penduduk bandar dan luar bandar. Setiap

8
orang akan diberi peluang yang sama untuk turut serta menikmati kemajuan termasuk
daerah yang terletak di kawasan luar bandar.

3.1 Kesan Pembangunan Koridor Sabah (SDC)

3.1.1Kesan Positif Pembangunan Koridor Sabah Terhadap Penduduk Tempatan di


Malaysia

i. Kemudahan Infrastruktur dari pelbagai aspek.

Rangkaian jalan raya di Sabah seperti yang kita tahu ianya masih lagi ketinggalan
berbanding di Semenanjung Malaysia. Malahan di kawasan utama seperti Kota
Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau tidak mempunyai hubungan
jalan raya yang baik untuk menghubungkan bandar-bandar tersebut. Melalui
pelaksanaan Rangka Tindakan SDC, dijangkakan lebih 80 peratus jalan batu kelikir akan
diturap. Pembangunan Koridor Sabah, telah memudahkan urusan perjalanan rakyat
Sabah dengan menaik taraf standard jalan rayanya. Jalan raya telah dilebarkan bagi
mengurangkan kesesakan kenderaan. Jalan raya juga dibina di kawasan pedalaman
Sabah bagi memudahkan mereka untuk berurusan ke Bandar. Sejumlah RM3,187.5 juta
telah diluluskan untuk pembinaan hubungan jalan raya. Antara projek jalan raya utama
dalam ruang lingkup SDC adalah seperti menghubungkan Sabah tengah dengan ke
kawasan selatan, menghubungan bahagian utara Sabah ke Sub-Wilayah Tengah dan
Barat iaitu Kota Marudu ke Ranau. Hasilnya, rakyat dapat menjalankan urusan
perjalanan dengan licin. Selain itu, bekalan tenaga elektrik kepada masyarakat luar
Bandar di Sabah Liputan tenaga elektrik Sabah ialah 67 peratus daripada penduduknya.
Permintaan tenaga elektrik semakin bertambah dari setahun ke setahun. Buktinya,
menjelang tahun 2010,liputan tenaga elektrik di luar bandar dijangka bertambah kepada
80.6 peratus dan liputan keseluruhan kepada 90 peratus. Rangkaian elektrik Sabah
tidak standing dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Hal ini kerana rangkaian
pengedaran semasa di Sabah masih kurang memuaskan. Tenaga elektrik di Sabah
menggunakan diesel. Penjanaan melalui loji diesel memakan perbelanjaan yang besar
dan juga memberi kesan kepada alam sekitar. Dengan pembangunan SDC, dijangka
penduduk Sabah akan menikmati dan merasai tenaga elektrik yang memuaskan.
Kerajaan sedaya upaya meningkatkan tahap tenaga elektrik di Sabah sama seperti di
Semenanjung Malaysia.

Tambahan pula, bekalan air semua bandar utama telah dibekalkan dengan air yang
terawat. Kini loji air mampu diagihkan kepada 200,000 pengguna. SDC telah
penduduknya telah memberikan manfaat dengan mendapat kemudahan air paip
9
terutamanya di luar Bandar iaitu di kawasan pedalaman. Seterusnya, terdapat projek
pembinaan Empangan seperti di Milau dan empat loji rawatan air lain di Tuaran, Papar,
Kudat dan Sandakan. Seterusnya, SDC menggalakkan industri dan pembuat,
terutamanya dalam POIC, untuk mengitar semula air dengan menawarkan insentif tarif
dan seterusnya menguatkuasakan perancangan dan perlindungan tadahan air dan
sumber air semula jadi dengan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan
penjimatan air.

Kemudahan dari segi telekomunikasi yang terdapat di sabah ialah TELEKOM


Telekom Malaysia (TM) Syarikat ini menyediakan kemudahan talian tetap dan telefon
mudah alih. Sabah mempunyai kadar penembusan talian yang terendah. Negeri Sabah
yang amat luas menjadikan pelaksanaan rangkaian telekomunikasi mahal dan sukar.
SDC telah mencuba untuk menambah liputan di luar bandar dan rangkaian telefon
mudah alih menawarkan perkhidmatan GPRS. Projek jalur lebar dengan kelajuan tinggi
telah dijalankan sejak akhir tahun 2007. RM60 juta telah dibelanjakanuntuk memperbaiki
di kawasan SDC. Jadinya, ianya dapat menghubungkan sesuatu kawasan dengan
kawasan yang lain. Memudahkan lagi urusan rakyat.

ii. Peluang pekerjaan kepada masyarakat

Pembangunan SDC telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat


Sabah. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh diceburi terutamanya kepada
golongan muda. Bukan itu sahaja, penduduk di kawasan pedalaman juga berpeluang
untuk bekerja dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kemiskinan dapat diatasi. Bahkan, dapat
memperbaiki kehidupan sosioekonominya agar lebih baik lagi.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pembangunan koridor sememangnya berguna kepada pembangunan


wilayah. Hal ini kerana pembangunan koridor berpotensi mengembangkan lagi sesebuah
kawasan denganpesat dan cepat. Boleh dilihat bahawa pertumbuhan ekonomi meningkat
dengan pembangunan yang ada. Selain itu, dapat mengubah sosioekonomi rakyat setempat
sekaligus membuka peluang-peluang seperti peluang pekerjaan. Hal ini boleh dilihat pada
kesan pembangunan wilayah dalam aspek sosial diatas. Pembangunan wilayah yang
dijalankan di negara kita adalah bermatlamat pengembangkan ekonomi, sosial masyarakat
dan meningkat perindustrian negara. Pertumbuhan pembangunan yang pesat akan secara
10
langsung memberi impak dalam kehidupan seharian. Selaras dengan hasrat pemimpin
negara kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara
maju setanding negara maju lain di dunia pada tahun 2020.

11
5.0 Rujukan

Buku dan artikel

Khairul Hisyam Kamaruddin.(2013).Pembangunan Wilayah di Malaysia.


Skudai.Johor:Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Aini Haji Idris & Ishak Yussof. (2009). Ekonomi Malaysia ke arah pembangunan
seimbang. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Aini Haji Idris & Ishak Yussof. (2009). Ekonomi Malaysia ke arah pembangunan
seimbang. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosniza Aznie Hj. Che Rosa, Abdul Rahim Md Nor,Asmah Ahmad, Amriah Buang & Rosmiza
Mohd Zainol. (2011). Pemantauan keberkesanan pembangunan wilayah Malaysia dalam
aspek penduduk tempatan di Iskandar Malaysia. Bangi:.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaharudin Mohd Ali dan Lukman Ismail. 4 November 2006. Utusan Malaysia

Talian

http://www.teraju.gov.my/sumber/koridor-ekonomi/

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/493886/belanjawan-2019-pacu-
pembangunan-iskandar-malaysia

http://journalarticle.ukm.my/3199/1/2.geografia-2011-4-sp-katiman-ukm-1-
EDITED_ROSMIZA-24.10.pdf

12

You might also like