Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SKRIP UNTUK TAKLIMAT KEPADA PENYELIDIK JPN/PPD

1. LATAR BELAKANG KAJIAN INDEKS KEMENJADIAN MURID


Indeks Kemenjadian Murid KPM merupakan inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menghasilkan satu indeks pengukuran pencapaian murid yang bersifat holistk selaras dengan kehendak
dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Indeks Kemenjadian Murid KPM mengandungi empat
domain utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Domain Jasmani mengukur kemenjadian
murid dalam aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat
serta menjaga kesihatan diri. Domain Emosi adalah bagi mengukur kebijaksanaan murid mengawal
emosi melalui kemahiran intrapersonal, interpersonal, penyesuaian diri dan pengurusan stres.
Kemenjadian murid dalam domain Rohani adalah berdasarkan indikator murid yang mempunyai
pengetahuan, menghayati nilai beragama dan nilai murni serta pengamalannya secara tekal. Domain
Intelek dalam Indeks Kemenjadian Murid diukur berdasarkan tiga indikator utama iaitu pencapaian
akademik , kebijaksanaan dalam tindakan melalui minda usahawan serta kemahiran ICT murid yang
merangkumi aspek teknologi, etika dan kognitif. Alat ukur Indeks Kemenjadian Murid adalah instrumen
Situational Judgement Test, ukuran BMI, Ujian kecergasan SEGAK, peperiksaan awam UPSR dan SPM,
instrumen Sahsiah Unggul Murid (SUMUR), pentaksiran bilik darjah (PBD) Pendidikan Islam, PBD
Pendidikan Moral tahun enam, instrumen Minda Sihat dan ujian Digital Competency Standard (DCS).
Indeks Kemenjadian Murid melibatkan pengukuran pencapaian murid tahun enam dan murid tingkatan
lima yang merupakan proksi kepada outcome pendidikan rendah dan pendidikan menengah.
Penghasilan Indeks Kemenjadian Murid juga akan memberi gambaran dan menjadi indikator kepada
keberkesanan sistem pendidikan negara.

2. KETIBAAN DI SEKOLAH
● Penyelidik akan sampai di sekolah antara jam 8.00 hingga 8.30 pagi (boleh berbincang dengan
sekolah)
● Berjumpa dengan pentadbir sekolah dan memaklumkan tujuan kedatangan dan menerangkan
tentang perjalanan seluruh program
● Meminta sekolah menyediakan/mengumpulkan murid untuk sesi menjawab soal selidik

3. SESI MENJAWAB SOAL SELIDIK (3 DOMAIN dalam satu Booklet)


● Mengikut jadual yang telah ditetapkan
i. soal selidik INTELEK ( 9.00 am hingga 9.30 am)
ii. Rehat (9.30am hingga 9.40 am)
iii. soal selidik JASMANI (9.40 am hingga 10.10am)

1
iv. Rehat dan makan (10.10am hingga 10.40am)
v. Soal selidik EMOSI (10.40am hingga 11.10am)
vi. Kumpul soal selidik dan sesi tamat (11.30am)

4. TAKLIMAT KEPADA MURID (10 minit sebelum menjawab)


● Booklet ini mempunyai 3 jenis soal selidik :
i. Soal selidik Intelek , Jasmani dan Emosi
ii. Murid WAJIB menjawab semua soalan
BAHAGIAN A (MAKLUMAT ASAS)

● Sila isi semua maklumat asas di Bahagian A (m/s 2). Baca satu persatu item tersebut dan
minta murid menjawab ( Kod sekolah, Nama sekolah, Nama Murid……….Pendapatan Seisi
Keluarga).
● Untuk soalan 6 (kelas)
-Minta murid menandakan kedudukan kelas mereka mengikut ranking (biasanya kelas 1 –murid
cemerlang, kelas2- murid sederhana dan seterusnya). Mohon kerjasama guru penyelaras
untuk membantu murid menetapkan kedudukan/ranking kelas mereka.
● Untuk soalan 11 (pendapatan seisi keluarga)
- Boleh bantu sekiranya murid tidak tahu menjawab. Rujuk kepada guru penyelaras yang
ada membantu dalam pelaksanaan kajian.

BAHAGIAN B (INTELEK)
● Setelah mendapati murid selesai Bahagian A, teruskan ke Bahagian INTELEK (Bahagian B-
m/s 3)
● Bacakan arahan kepada murid…..(Bahagian ini mengandungi sebelas (11) situasi. Setiap
situasi diikuti oleh beberapa penyataan…….Sila bulatkan jawapan yang sesuai dengan diri
anda)
● Terangkan kepada murid bahawa mereka perlu membaca setiap situasi sehingga faham dan
selepas itu baru menjawab soalan. Murid perlu menjawab semua item yang diberi dalam
11 situasi ini. Mereka boleh menjawab dengan membulatkan skala yang diberi (1,2,3)
mengikut pilihan mereka sendiri . Skala 1 akan menunjukkan bahawa penyataan yang diberi
adalah BUKAN DIRI SAYA atau TIDAK SETUJU, manakala skala 2 menunjukkan penyataan
yang diberi adalah KADANG-KADANG BENAR UNTUK DIRI SAYA atau AGAK SETUJU dan
seterusnya skala 3 menunjukkan penyataan yang diberi adalah BENAR UNTUK DIRI SAYA
atau SETUJU.
● Murid akan menjawab menggunakan skala 1,2,3 bagi situasi 1 hingga situasi 11 (ms 3-ms7)

BAHAGIAN C (INTELEK)

2
● Bagi Bahagian C (ms 8), bacakan arahan kepada murid ( Bahagian ini mengandungi empat
(4) situasi……….menggambarkan tentang diri anda).
● Nyatakan kepada murid untuk memilih hanya SATU daripada pilihan jawapan yang diberikan
(A/B/C)
Setelah semua maklumat di atas telah diberitahu kepada murid, berikan arahan seterusnya :

i. Murid akan menjawab untuk Soal selidik INTELEK (9.00 am – 9.30 am). Murid hanya
perlu menjawab sehingga mukasurat 8 sahaja. Kemudian murid dibenarkan berehat
selama 10 minit. Seterusnya murid akan menjawab soal selidik JASMANI (9.40 – 10.10
am) dari mukasurat 9 hingga mukasurat 17 sahaja. Kemudian murid dibenarkan rehat
dan makan selama 30 minit. Akhir sekali murid akan menjawab soal selidik EMOSI (10.40
hingga 11.10) dari mukasurat 18 hingga mukasurat 24.
ii. Kaedah menjawab bagi soalselidik (menggunakan skala 1,2,3 atau pilihan jawapan
A/B/C ) adalah SAMA bagi INTELEK, JASMANI dan EMOSI .

5. SELEPAS MURID SELESAI MENJAWAB SOAL SELIDIK (11.10 – 11.30 AM)


● Penyelidik akan memeriksa dan memastikan yang murid telah menjawab SEMUA soalan
yang diberikan. Sekiranya ada yang tertinggal, minta murid melengkapkan jawapan
tersebut.
● Penyelidik boleh memohon guru penyelaras untuk membantu memeriksa jawapan soal
selidik murid
● Setelah selesai urusan pemeriksaan tersebut, murid boleh dibenarkan keluar.

6. PENYERAHAN SOAL SELIDIK dan BORANG TUNTUTAN PERJALANAN


● Setelah selesai melaksanakan kajian, Penyelidik JPN/PPD perlu menyerahkan booklet
kepada Penyelidik Bahagian KPM secara serahan tangan (pos tidak dibenarkan)
● Penyelidik JPN/PPD boleh menyerah borang TNT pada hari akhir kajian bersama-sama
serahan soal selidik. Namun begitu, sekiranya belum lengkap, boleh pos kepada
URUSETIA di BPPDP dan perlu sampai sebelum 5 NOVEMBER 2018.

*****Mukasurat bagi setiap soalselidik (INTELEK/JASMANI/EMOSI) adalah berbeza antara SK,


SJKC, SJKT dan Sekolah Menengah. Mohon Penyelidik rujuk sebelum memberi taklimat. Yang
diberikan dalam skrip ini, hanya untuk Sekolah kebangsaan sahaja.

*****sekiranya borang TNT tidak mencukupi, mohon diperbanyakkan

*****Urusan TNT boleh menghubungi Cik Harlina (BPPDP) – 03 88846290 (hp: 013 5060314)

3
SENARAI SEMAK :

o Booklet Soal selidik Sekolah Rendah


o Booklet Soal Selidik Sekolah Menengah
o Borang TNT
o Panduan Booklet SK, SJKC, SJKT, Sekolah menengah
o Senarai nama murid (emel-soft copy)

You might also like