Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KANDUNGAN

1.0 Tajuk Inovasi ................................................................................................................. 2

2.0 Pengenalan .................................................................................................................... 2

3.0 Mengenal Pasti Masalah Yang Wujud.......................................................................... 3

4.0 Objektif inovasi ............................................................................................................. 4

5.0 Kumpulan sasaran ........................................................................................................ 4

6.0 Kedudukan sebelum inovasi ........................................................................................ 5

7.0 Impak Pelaksanaan Rumus K(-el-em-er-in)X Guess The Picture QuickappNinja ..... 6

8.0 Kelemahan ..................................................................................................................... 7

9.0 Kekuatan ........................................................................................................................ 8

10.0 Penambahbaikkan....................................................................................................... 8

Rujukan

1
1.0 Tajuk Inovasi

Penggunaan Rumus K(-el-em-er-in-)X dalam Aplikasi Digital Guess The Word QuickappNinja

2.0 Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan


Perkara 152 yang tidak boleh dipertikaikan penggunaannya dalam negara Malaysia.
Termaktubnya perkara ini menjadikan sistem pendidikan perlu patuh akan keutamaannya
sebagai bahasa pengantar sekali gus mengangkat bahasa kebangsaan ini dalam urusan
rasmi di sekolah-sekolah kerajaan. Oleh itu, dalam aspirasi PPPM 2015-2020 juga berhasrat
ingin melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam berbahasa Melayu. Perkara ini amat
dituntut dalam DSKP Bahasa Melayu yang menekankan kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis serta aspek tatabahasa dan seni bahasa.

Sehubungan itu, bagi melahirkan modal insan yang cekap dalam kemahiran
berbahasa pada hakikatnya memerlukan asas tatabahasa khususnya. Asas ini memainkan
peranan penting terhadap murid agar dapat menzahirkan idea dalam bentuk lisan serta
tulisan. Namun demikian, kemahiran tertinggi dalam bahasa Melayu pula ialah menulis,
kebolehan mengolah ayat merupakan rentetan daripada asas morfologi dan sintaksis (Nik
Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Halim Mohamed, 2016). Justeru itu,
boleh dikatakan bahawa morfologi merupakan tingkat utama dalam tatabahasa yang wajar
dikuasai oleh seseorang.

Kecekapan morfologi daripada aspek proses pembentukan kata dapat dilihat juga
apabila individu boleh menggunakan kata dasar yang melalui proses pengimbuhan.
Antaranya, imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Namun demikian sejauh manakah
murid berupaya menguasai proses penerbitan kata tersebut? Jenis-jenis pengimbuhan yang
popular menjadi perbincangan kajian adalah seperti awalan, akhiran dan apitan. Imbuhan
sisipan juga ada disebut dalam sesuatu kajian namun tidak menyeluruh skop dan batasannya
kerana ia merupakan proses yang minimal daripada aspek penerbitan perkataan baru (Zaiton
Abd. Rahman, 1992). Oleh sebab itu, imbuhan sisipan ini kian dilupai bagaimanakah ia
terbentuk. Penulisan ini akan menjustifikasikan dengan lebih lanjut tentang inovasi yang
bertajuk Penggunaan Rumus K(-el-em-er-in-)X dalam Aplikasi Digital Guess The Picture
QuickappNinja bagi mengetengahkan semula imbuhan sisipan dalam kalangan murid-murid
sekolah.

Imbuhan sisipan iaitu -el-, -em-, -er- dan -in- merupakan imbuhan yang hadir di celah
kata dasar selepas konsonan pertama (Abdullah Hassan, 2006). Kata terbitan melalui sisipan

2
ini amat terhad bilangannya. Ada pakar bahasa pula berpendapat bahawa imbuhan sisipan
merupakan yang tertua dan ketinggalan sifatnya (Rohani Mohd. Yusof, 2016). Imbuhan
sisipan dalam kata dasar bahasa Melayu hanya menerbitkan sebilangan kata sahaja seperti
kata nama, kata adjektif dan kata kerja yang tertentu. Pendekatan untuk mengajarkan
imbuhan sisipan juga kurang diketengahkan golongan pendidik dalam penyelidikan. Namun
demikian, tidak dinafikan bahawa penggunaan kata terbitan imbuhan sisipan tidak kurangnya
juga ada terdapat dalam sesetengah teks sahaja dalam bidang tertentu (Nur Ashikin Halid &
Nazlia Omar, 2017). Kesannya juga kepada penghasilan bahan bantu mengajar yang maujud
apatah lagi dalam bentuk inovasi digital.

Inovasi ialah suatu penemuan baharu atau tambah baik daripada idea asal yang
berkaitan dengan kaedah, proses serta produk yang membawa manfaat kepada masyarakat
dari aspek ekonomi, kos, lestari dan guna semula (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016).
Inovasi digital pula merujuk kepada produk inovasi dalam format digital yang dibina melalui
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi. Berdasarkan konteks inovasi digital
pendidikan pula menjurus kepada pembaharuan dalam bentuk produk yang dibina melalui
aplikasi-aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke arah keluwesan bidang pendidikan
yang memberi manfaat kepada sekolah, guru, murid dan masyarakat.

3.0 Mengenal Pasti Masalah Yang Wujud

Masalah yang telah dikenal pasti sebelum tercetusnya idea inovasi rumus ini adalah
rentetan daripada kelemahan murid mengenal pasti perkataan yang menerima imbuhan
sisipan yang terdiri daripada -el-, -em-, -er- dan -in-. Imbuhan sisipan hendaklah hadir di celah
kata dasar dengan tepat agar memberi makna dan fungsi yang betul. Kesilapan
menggunakan imbuhan sisipan dengan tepat dalam kalangan murid menunjukkan kefahaman
mereka terhadap proses penyisipan tidak mendalam. Murid yang mengalami kesalahan
tersebut juga adalah rentetan daripada kekurangan kosa kata imbuhan sisipan dalam
pengetahuan mereka. Terdapat juga murid pernah mendengar kosa kata tersebut tetapi tidak
mengetahui merujuk kepada benda apa. Pernyataan masalah adalah seperti berikut:

 Terdapat beberapa kata dasar sahaja yang menerima imbuhan sisipan. Kata dasar itu
biasanya terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang tertentu sahaja
boleh menerima imbuhan sisipan bahasa Melayu.
Berikut merupakan antara contoh kata dasar yang menerima imbuhan sisipan bahasa
Melayu :

3
Sisipan -el- Sisipan -em- Sisipan -er- Sisipan -in-
gegak - gelegak gelap - gemerlap cucuk- cerucuk sambung-
getar - geletar gilang - gemilang cacak - ceracak sinambung
geman – geleman girang – gemirang gigi – gerigi
jajah - jelajah gentar - gementar godak - gerodak
kangkang - kelangkang guruh - gemuruh kelip – kerlip
kembung - kelembung ketot - kemetot ketot - keretot
kopak - kelopak kuncup - kemuncup kontang- kerontang
kupas - kelupas serbak - semerbak kuping - keruping
sirat - selirat santan - semantan sabut - serabut
serak - selerak suling - seruling
senggara - selenggara
tangkup - telangkup
tapak - telapak
tunjuk - telunjuk

Jadual 3.0 Sejumlah kata dasar yang menerima imbuhan sisipan


 Sisipan juga amat kurang petua dan pendekatan pengajaran dalam bahasa Melayu.
Antara masalah lain ialah yang melibatkan imbuhan sisipan yang tidak dinyatakan dalam
kebanyakan pendekatan sedia ada kerana ia dianggap sebagai imbuhan yang tidak
popular dan tidak produktif (Abdullah Hassan, 2006).
 Murid tidak menggunakan imbuhan sisipan -el-, -em-, -er- dan -in- dengan tepat dalam
kata dasar.

4.0 Objektif inovasi

1. Mengenal pasti kesalahan penggunaan imbuhan sisipan -el-, -em-, -er- dan -in- di
antara kata dasar yang menerima imbuhan sisipan.
2. Mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi digital K(-el-em-er-in-)X Guess The
Picture QuickappNinja di samping penggunaan rumus K(-el-em-er-in-)X imbuhan
sisipan bahasa Melayu.

5.0 Kumpulan sasaran

 Murid tahap 2 sekolah kebangsaan

Hal yang demikian berhubung kait dengan DSKP Bahasa Melayu Tahun 5 seperti berikut:

4
Standard kandungan Standard pembelajaran
5.2 Memahami dan menggunakan 5.2.1 Memahami dan menggunakan
pembentukan kata yang sesuai dalam imbuhan apitan pada kata kerja
pelbagai situasi mempeR…kan, mempeR…i, dipeR…kan,
dipeR…i serta imbuhan sisipan dalam
pelbagai situasi dengan betul.
Jadual 5.0 standard kandungan 5.2 serta standard pembelajaran 5.2 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2014).

6.0 Kedudukan sebelum inovasi

Soalan
Kesalahan
jawapan Keterangan
nombor
1, 2 Jawapan sama sedangkan getar boleh
menerbitkan dua perkataan gementar
dan geletar.
3 Penggunaan sisipan –in- betul tetapi
unsur yang mengiringi perkataan

Rajah 6.1 Hasil kerja murid selepas sisipan tersebut salah iaitu

sebelum inovasi. menggunakan huruf n bukan m.


Sinanbung sepatutnya sinambung.
4,13,19 Kesalahan menggunakan imbuhan
sisipan -em-
5, 6, 15, 20 Kesalahan menggunakan imbuhan
sisipan -er-
10, 14, 16,18 Kesalahan menggunakan imbuhan
sisipan –el-
12 Kesalahan menggunakan imbuhan
sisipan -em- dan unsur yang mengiringi
sisipan tersebut. Kemtot sepatutnya
kemetot.

Jadual 6.1 Kesalahan penggunaan imbuhan sisipan

5
Sebelum inovasi diperkenalkan murid mengalami kesukaran memahami proses
penyisipan dalam kata dasar. Murid mengalami masalah menggunakan imbuhan sisipan -el-
, -em-, -er- dan -in- dengan tepat berdasarkan kata dasar yang diberikan di samping murid
tidak didedahkan sejumlah kata dasar yang menerima imbuhan tersebut dalam Bahasa
Melayu.

Rajah 6.2 Panduan guru untuk pengajaran imbuhan sisipan, buku teks muka surat 57

Berdasarkan rajah di atas merupakan bahan yang guru sering gunakan dengan
meminta murid mengenal pasti perkataan berimbuhan sisipan yang terdapat dalam teks
malahan juga hanya mempamerkan beberapa jenis sejumlah perkataan yang menerima
imbuhan sisipan menggunakan contoh buku teks. Guru pula kurang menekankan pengajaran
cara imbuhan sisipan el-, -em-, -er- dan –in boleh hadir di celah perkataan. Bahkan kurang
penekanan pengajaran sebab dan faktor pembentukan kata terbitan baru.

7.0 Impak Pelaksanaan Rumus K(-el-em-er-in)X Guess The Picture QuickappNinja

1. Impak terhadap pengetahuan murid

Berdasarkan instrumen penilaian yang diberikan kepada murid sebagai tujuan maklum
balas, murid tahu, faham dan boleh menggunakan rumus dan aplikasi digital dalam
pembelajaran aspek tatabahasa imbuhan sisipan, Murid sedia maklum tentang konsep
penyisipan bahasa melayu dengan jelas menggunakan rumus. Murid boleh memuat turun
aplikasi melalui pautan yang dikongsikan oleh guru dalam media sosial. Murid menggunakan
gajet di rumah untuk melakukan pembelajaran luar bilik darjah dan meningkatkan pengukuhan
imbuhan sisipan menggunakan aplikasi digital.

6
2. Impak terhadap tingkah laku murid

Murid cenderung melibatkan diri untuk menjawab soalan menggunakan komputer dengan
adanya jawapan mereka di paparan skrin. Murid berpeluang merasai TMK dengan menaip
jawapan dan bermain aplikasi digital tersebut secara terkawal. Guru menyarankan setiap
kumpulan berbincang dan menjawab dengan tepat. Murid berasa teruja untuk mempelajari
aspek tatabahasa dengan TMK.

3. Impak terhadap PdP guru

Guru boleh mempelbagaikan gaya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
menggunakan inovasi digital seperti K(-el-em-er-in-)X Guess The Picture. Guru boleh
mendorong pemikiran kritis murid untuk menilai gambar pada setiap peringkat permainan
dalam masa yang sama memberi peluang kepada guru membimbing murid mempelajari
imbuhan sisipan sehingga mencapai objektif.

Guru boleh berkreativiti dengan menggunakan aplikasi digital dan rumus tersebut
unutk menghasilkan bahan maujud bagi persediaan terputus bekalan elektif ataupun tiada
sambungan internet. Hal yang demikian, memberikan alternatif kepada guru untuk
berkreativiti dan meneruskan PdP tanpa ragu-ragu dan lancar.

Guru pula boleh mempraktikkan teknik pengajaran imbuhan sisipan dengan teratur
dan sistematik menggunakan rumus K(-el-em-er-in-)X di samping menyediakan kepada murid
sejumlah kata dasar yang menerima imbuhan tersebut. Guru dapat mendalami konsep
penyisipan dengan betul dan menyalurkan pengetahuan kepada murid melalui inovasi rumus
sebegitu.

8.0 Kelemahan

Antara kelemahan Rumus K(-el-em-er-in-)X ialah masa untuk memberikan


penerangan kepada murid . Murid terdiri daripada kepelbagaian kecerdasan menjadi aspek
yang perlu guru pertimbangkan agar murid tidak tercicir. Jadi, bagi menilai keberkesanan ini,
kuiz pendek perlu dilaksanakan. Bukan itu sahaja, masa menerangkan cara aplikasi berfungsi
turut memerlukan kemahiran murid sendiri agar menerokai di rumah. Malahan itu, terdapat
murid yang enggan melibatkan diri apabila guru menggunakan gajet untuk murid menjawab
soalan dalam aplikasi digital tersebut. Murid ini mudah hilang tumpuan kerana tiada
rangsangan yang menggalakkan penglibatannya. Di samping itu, tidak semua tempat
mempunyai capaian internet dan gajet canggih untuk memuat turun aplikasi digital ini rentetan
latar belakang keluarga dan status sosioekonomi.

7
9.0 Kekuatan

Kekuatan aplikasi ini kelihatan apabila rumus K(-el-em-er-in-)X diaplikasikan dengan


betul semasa bermain Guess The Picture. Murid juga mengenali sejumlah kata dasar yang
menerima imbuhan sisipan yang tiada dalam buku teks. Murid didedahkan ilmu luar buku teks
dan penambahan kosa kata baharu dalam set minda mereka dalam konteks imbuhan sisipan
bahasa Melayu. Impaknya, menambahkan kefahaman dan kemahiran menulis ayat
menggunakan imbuhan sisipan dalam pelbagai konteks. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana
terdapat penggunaan gambar dalam peringkat aplikasi digital tersebut yang menggalakkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid untuk memperoleh jawapan yang betul.
Murid dapat menggunakan aplikasi tersebut di luar bilik darjah untuk membuat latihan
pengukuhan yang dibekalkan kepada mereka. Malahan juga, murid didedahkan pembelajaran
melalui TMK selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (Nabihah Hamid, 2013). Murid boleh
berkomunikasi dengan ibu bapa untuk mendapatkan kebenaran menggunakan gajet telefon
pintar untuk melaksanakan pengukuhan imbuhan sisipan.

10.0 Penambahbaikkan

Berdasarkan kelemahan yang telah dinyatakan, cadangan penambahbaikan ialah


dengan menyediakan bahan maujud yang menyerupai aplikasi digital. Bahan maujud ini
sesuai apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti tiada bekalan elektrik atau capaian
internet serta tiada gajet canggih di sesuatu tempat. Berikut merupakan ilustrasi cadangan
bahan maujud yang menyerupai aplikasi digital ini untuk menggalakkan penglibatan aktif
murid dalam bilik darjah:

K-Konsonan

X-Unsur yang mengiringi

8
Guru boleh mereka suatu bahan yang boleh dipegang dan dirasai oleh pancaindera
murid selain menggalakkan pemikiran kritis untuk mengukuhkan pengetahuan dan aplikasi
rumus K(-el-em-er-in-)X. Bahan maujud ini seperti skrol yang boleh diputarkan untuk
menyesuaikan konsonan dan sisipan serta unsur yang mengiringi kata dasar tersebut. Murid
akan memutarkan ketiga-tiga bahagian tersebut berdasarkan gambar rajah yang diperoleh.
Murid seterusnya dikehendaki menulis jawapan di atas kertas yang disediakan oleh guru atau
buku latihan.

Malahan itu, bagi menarik minat murid semasa aktiviti penerangan konsep dan proses
penyisipan berlaku, guru boleh menyediakan bahan multimedia alam maya yang berilustrasi
agar murid menyukai sesi PdP tersebut selain mengukuhkan lagi daya ingatan imej-visual
mereka. Guru boleh membina laman sesawang khusus untuk penerangan ini bagi
menjimatkan masa. Misalnya, mengintegrasi video, audio, imej dan alat yang menggalakkan
interaksi antara guru dan murid secara alam maya dengan mudah.

Masalah mengekalkan tumpuan murid semasa menjalakan aktiviti bilik darjah


hendaklah diatasi dengan memberikan rangsangan kepada yang berjaya menjawab soalan
dalam aplikasi K(-el-em-er-in-)X Guess The Picture. Contohnya, mendapat ganjaran yang
positif untuk menggalakkan penglibatan aktif. Guru boleh menyediakan ruangan jurnal khusus
untuk murid menyatakan kebaikan terhadap mereka semasa menggunakan aplikasi digital
tersebut. Dengan itu, guru boleh menilai semula kekurangan sepanjang pelaksanaan aplikasi
ini.

Bahkan juga, guru perlu mengadakan aktiviti pembinaan ayat menggunakan jawapan
K(-el-em-er-in-)X Guess The Picture dalam pelbagai konteks agar menemui hasrat sebenar
DSKP di samping memberi kefahaman yang mendalam tentang morfologi imbuhan sisipan.
Selepas pengajaran konsep dan kefahaman imbuhan sisipan, guru perlu juga menambahkan
latihan yang menarik murid untuk membina ayat berdasarkan perkataan berimbuhan sisipan
khususnyaa agar mereka berupaya menguasai morfologi dan sintaksis secara menyeluruh.

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Draf DSKP Bahasa Malaysia Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Nabihah Hamid. (November 12, 2013). Produk inovasi pendidikan mampu rangsang kreativiti
pelajar. Diakses Mac 12, 2019 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/produk-
inovasi-pendidikan-mampu-rangsang-kreativiti-pelajar-25392
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Halim Mohamed. (2016).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9
Nur Ashikin Halid & Nazlia Omar. (2017). Penandaan Golongan Kata Bahasa Melayu
Menggunakan Pendekatan Berasaskan Petua. Jurnal Teknologi Maklumat dan
Multimedia Asia Pasifik, 6, 1-17.
Rohani Mohd. Yusof. (2016). Morfem (Me) Dan Nasalasi Sebagai Imbuhan Kata Namaan
Dalam Bahasa Melayu Dan Iban. Jurnal Bahasa, 152-167.
Wan Syamsul Amly. (2014, Mei 16). #MyGuru: Penekanan unsur kreativiti dan inovasi di IPG.
Diakses Februari 27, 2019 dari http://www.astroawani.com/myguru/myguru-
penekanan-unsur-kreativiti-dan-inovasi-di-ipg-35912
Zaiton Abd. Rahman. (1992). Perancangan Kata Sisipan. Ke Arah Pembentukan Istilah Yang
Sempurna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

You might also like