Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

HEXA PRO EDUCATION GROUP SDN.

BHD
(INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL PUTRA)
472C-476C, JALAN KENANGA 29/11, BANDAR
INDAHPURA, 81000 KULAIJAYA,
JOHOR DARUL TAKZIM.

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


IT-020-4-2013
PROGRAM /
COMPUTER SYSTEM ADMINISTRATION
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL FOUR (4)

NO. DAN TAJUK UNIT


IT-020-4:2013-C04
KOMPETENSI /
COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE MANAGEMENT
COMPETENCY UNIT
NUM. AND TITLE
1. ANALYSE COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE
REQUIREMENTS
2. DEVELOP COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE
PLAN
NO. DAN PENYATAAN 3. MANAGE COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE
AKTIVITI KERJA / WORK WORK
ACTIVITIES NUM. AND 4. MANAGE COMPUTER SYSTEM TROUBLESHOOTING
STATEMENT ISSUES/FAILURES
5. PRODUCE COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE
MANAGEMENT REPORT

NO. KOD / CODE NUM IT-020-4:2013-C04/P(1/1) Muka : 1 Drp : 14

TAJUK/TITLE : KENALPASTI KEPERLUAN PENYELENGGARAAN SISTEM


KOMPUTER

TUJUAN/PURPOSE :
Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih berkenaan dengan
sistem penyelenggaraan serta mendedahkan kepada pelatih kaedah-kaedah
penyelenggaraan dengan betul .

PENERANGAN

Penjagaan perkakasan komputer perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana


penyelenggaraan secara berterusan dan penjagaan yang betul adalah penting untuk
memastikan sistem komputer selamat daripada sebarang kerosakan yang serius yang
akan melibatkan kos pembaikan yang tinggi. Ini dapat menjamin jangka hayat
perkakasan akan lebih panjang.

KONSEP PENYELENGGARAAN

1. Penyelenggaraan merupakan salah satu fungsi yang perlu dijalankan untuk


menyokong operasi utama syarikat.
2. Matlamat utama syarikat adalah untuk memastikan bahawa sumber-sumber
fizikal sentiasa produktif dan boleh dipercayai.
3. Fungsi penyelenggaraan boleh ditafsirkan sebagai satu kombinasi tindakan /
langkah yang di ambil untuk merekod dan membaik pulih sesuatu sumber fizikal
dalam keadaan berfungsi dan selamat.

JENIS PENYELENGGARAAN

1. Penyelenggaraan pemulihan (Corrective Maintenance)


a. Tindakan yang di ambil untuk memperbaiki / mengganti komponen /
sumber fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang telah
ditetapkan.

2. Penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance)

a. Kerja-kerja yang di ambil untuk memeriksa, servis , membaiki / mengganti


komponen / sumber fizikal secara teratur mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
b. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kerosakan sumber fizikal supaya
ia dapat beroperasi dengan cekap secara berterusan.
Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

KEBAIKAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN YANG CEKAP


1. Memberikan perkhidmatan / keluaran produk yang berkualiti kepada pelanggan
syarikat.
2. Penjimatan dan kos penggantian jangka panjang
3. Mewujudkan suasana kerja yang selesa demi mempertingkatkan produktiviti
syarikat.
4. Pemeliharaan imej syarikat sebagai sebuah syarikat yang berkualiti.

SISTEM PENYELENGGARAAN YANG DIRANCANG (SPR)

1. SPR adalah untuk mewujudkan satu kaedah yang sistematik bagi memupuk
budaya selenggara di peringkat syarikat.
2. SPR jika dilaksanakan dengan berkesan akan memastikan bahawa setiap agensi
memberikan perhatian yang sewajarnya dalam penyelenggaraan aset syarikat.
3. Erti lain disebut “Planned Maintenance System”.

LANGKAH-LANGKAH DALAM SISTEM PENYELENGGARAAN YANG DIRANCANG.

a. Melantik seorang pengawai kanan untuk semua aspek


LANGKAH
penyelenggaraan.
1
b. Pegawai ini akan mengawasi pewujudan dan perlaksanaan
SPR

a. Penyediaan Daftar Aset


LANGKAH b. Daftar ini akan menyenarai semula asset yang memerlukan
2 penyelenggaraan bagi memastikan ia sentiasa dalam
keadaan selamat dan berfungsi.
Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

a. Mewujudkan jadual penyelenggaraan bagi setiap aset yang


telah didaftarkan.
LANGKAH b. Jadual ini perlu memperincikan segala jenis penyelenggaraan
3
dan kekerapan untuk item tersebut.
c. Kekerapan penyelenggaraan harus berdasarkan kepada
keutamaan penyelenggaraan.

a. Merancang pelan operasi penyelenggaraan


b. Pelan ini akan memastikan aktiviti penyelenggaraan untuk
LANGKAH
4 semua item dalam daftar aset penyelenggaraan untuk satu
jangka masa tertentu seperti setiap hari, minggu, 1 bulan, 3
bulan, 6 bulan dan 1 tahun.

a. Penilaian program penyelenggaraan


b. Penyelenggaraan adalah mustahak sebagai rekod mengenai
LANGKAH
5 semua jenis penyelenggaraan yang telah dilakukan maklumat
yang disimpan adalah untuk memastikan matlamat program
penyelenggaraan tercapai.
Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

MENGATUR / MENYUSUN JADUAL PENYELENGGARAAN

1. Senaraikan peralatan yang perlu diselenggara.

a. Jenis peralatan
b. Jenis penyelenggaraan
c. Lokasi peralatan
d. Jadual penyelenggaraan
e. Mengenal pasti jenis penyelenggaraan

2. Kaji setiap peralatan yang telah disenaraikan


a. Menentukan penyelenggaraan bagi setiap peralatan

3. Merancang jadual
a. Kos penyelenggaraan
b. Kitaran hayat peralatan
c. Mengatur jadual
d. Anggaran penyelenggaraan

4. Menghasilkan jadual

MEMERIKSA PERALATAN SISTEM KOMPUTER DALAM SYARIKAT

1. Kenalpasti peralatan sistem komputer dalam syarikat.

2. Membuat pemeriksaan
a. Jenis kerosakan
b. Jangka hayat peralatan
c. Kos pembaik pulih
d. Prosedur pemeriksaan peralatan

MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELENGGARAAN


Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

1. Senaraikan peralatan untuk laporan


a. Kumpul maklumat untuk penyediaan laporan.
b. Kenalpasti setiap fungsi jenis peralatan Contoh : peralatan yang kerap
rosak.

2. Buat kajian / penyelidikan - Analisa keperluan maklumat dalam laporan.

3. Sediakan laporan.

4. Hantar laporan kepada pihak atasan.

CARTA ALIR PROSES PENYELENGGARAAN DALAM ORGANISASI SYARIKAT


Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

Pendaftaran
Asset

Pendaftaran
Penyelenggaraan

Simpan untuk Boleh Membuat


jadual diguna perancangan
penyelenggaraan maklum balas
TIDAK TIDAK untuk pengurusan

YA

Perlu di baiki / servis / ganti

Staff Di Jabatan Pembekal Kontrak Pembekal Biasa

Kos penyelenggaraan

Membuat kerja-kerja penyelenggaraan

Merekod untuk di simpan


Muka / Page : 8
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

CORRECTIVE AND PREVENTIVE MAINTENANCE CHECKLIST

CONTOH
BORANG
KEW.PA-13
Muka / Page : 9
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

CONTOH BORANG PENYELENGGARAAN


Muka / Page : 10
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

JENIS SENGGARAAN :

1. Senggaraan Cegahan Pasif


Muka / Page : 11
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

Senggaraan ini dilakukan untuk mengelakkan berlakunya gangguan sekeliling


terhadap perjalanan sesebuah komputer. Antara gangguan sekeliling yang biasa
berlaku ialah:

a. Bekalan Kuasa Rendah: Cara mengatasinya ialah dengan menggunakan


AVR (Automatic Voltage Regulator). Alat ini dapat melaraskan voltan
keluaran kepada voltan yang tetap seperti 240 volt. Jika berlakunya
masalah bekalan kuasa rendah ianya boleh mengakibatkan kerosakan
kepada papan utama dan juga aksesori komputer yang lain.

b. Spike ( Bekalan Kuasa Meninggi Dengan Tiba-Tiba ) Cara mengatasi


masalah ini ialah dengan menggunakan surge protector. Alat ini dapat
menstabilkan voltan walaupun bekalan meninggi dengan secara tiba-tiba.
Jika berlaku spike secara tiba-tiba maka risiko yang bakal dihadapi ialah
kemungkinan kerosakan pada bahagian bekalan kuasa.

c. Bekalan kuasa terputus secara tiba-tiba.Cara untuk mengatasi masalah ini


ialah dengan menggunakan UPS (Uninterruptible Power Supply). Bila
bekalan kuasa terputus, maka UPS akan beroperasi dengan menggantikan
bekalan kuasa yang terputus. Ini membolehkan komputer beroperasi
dalam beberapa minit sementara menunggu proses menyimpan maklumat
atau shut down dilakukan .Jika berlaku masalah bekalan kuasa terputus
secara tiba-tiba kerap, maka ianya boleh mengakibatkan kerosakan
kepada cakera keras (hardisk). Juga kehilangan data yang ditaip jika ia
belum disimpan (save).

d. Kepanasan / Haba Cara mengatasi masalah ini ialah dengan


menggunakan langsir atau memasang penghawa dingin ataupun kipas
angin. Jika berlaku masalah kepanasan yang berterusan maka ia
menggangu perjalanan sesebuah komputer. Program sesebuah komputer
kemungkinan akan menjadi terhenti secara tiba-tiba (hang).
Muka / Page : 12
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

e. Wap / Kelembapan. Cara mengatasi masalah ini ialah jangan memasuki


bilik komputer dalam keadaan basah dan pastikan tiada bahagian
bangunan, bilik, tingkap yang bocor yang memungkinkan dimasuki air atau
tempias dikala hujan. Papan litar utama dan bekalan kuasa serta aksesori
komputer akan rosak jika dimasuki air.

f. Debu / Habuk .Cara mengatasi masalah ini ialah dengan memastikan bilik
komputer selalu berkunci dan disedut serta dibersihkan selalu. Pastikan
juga kasut, makanan, minuman tidak dibawa masuk ke dalam bilik
komputer.

2. Senggaraan Cegahan Aktif

Senggaraan ini dilakukan dengan menjalankan ujian-ujian yang telah


ditetapkan dan juga pembersihan pada perkakasan dan kad-kad utama
bagi memastikan ketahanan perkakasan disamping akan memanjangkan
jangka hayat komputer. Ia dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan
bergantung kepada pemilik komputer itu sendiri. Penyelenggaraan ini boleh
dijalankan sama ada 2 minggu, 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun sekali. Tempoh
penyelenggaraan juga bergantung kepada jenis perkakasan tersebut
seperti pemacu cakera liut, pencetak dan sebagainya.
Muka / Page : 13
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

PERALATAN/BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SENGGARAAN :

a. Penyedut habuk (vacuum cleaner) : ia digunakan untuk menyedut kekotoran


seperti habuk,serpihan kertas dan lain -lain kekotoran didalam dan luar
bahagian casing komputer mahupun pencetak.
b. Kain pengelap dan span : ia digunakan untuk mengelap kekotoran di
sekeliling casing mahupun di bahagian yang diperlukan seperti di bahagian
casing skrin paparan dan sebagainya.
c. Berus cat: ia digunakan untuk menyapu dan membuang habuk di bahagian
yang sukar dilakukan oleh vakum.
d. Cecair pencuci : ia digunakan sebagai bahan peluntur kotoran di bahagian
luaran seperti casing komputer, pencetak, skrin paparan, papan kekunci,
tetikus dan pada bahagian lain yang bersesuaian.
e. Putik kapas : ia digunakan untuk membersihkan kekotoran di kepada
pemacu cakera liut jika berlaku kekotoran yang sukar dibersihkan oleh disket.
f. Cleaner : digunakan untuk membersihkan kotoran di bahagian yang sempit.
g. Pemadam pensil : ia digunakan untuk membersihkan kotoran dibahagian
pengalir arus dibahagian kad-kad kawalan.
h. Pengalir Bumi ( Ground Strap ) : ia digunakan untuk mengalirkan cas badan
kita ke bumi. Jika cas ini tidak dialirkan ke bumi kemungkinan ia akan
merosakkan litar bersepadu komputer.
i. Diskett pembersih cakera liut: ia digunakan untuk membersihkan pemacu
cakera liut ( floppy disk)
j. Pembersih pemacu CD-ROM: ia digunakan untuk membersihkan pemacu
cd-rom.
k. Tool Kit ( Multimeter , pemutar skru, plier , dll ) Alat yang digunakan untuk
proses servis dijalankan

BAHAGIAN YANG PERLU DISELENGGARA :


Muka / Page : 14
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

1.

Monitor

2.
Pemacu Cakera Liut
(Floppy Disk )

3.
Papan Kekunci ( Keyboard )

4.

Tetikus (Mouse )

5.
Papan Litar Utama ( Motherboard )
Muka / Page : 15
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

PEMBINAAN REKOD & DOKUMENTASI

1. Seorang penyenggara yang cekap dan profesional selalunya akan melakukan


catatan rekod dan dokumentasi khas bagi segala tugas yang telah
dilaksanakannya. Selain memudahkan perjalanan kerja, ia juga boleh dijadikan
bukti kejujuran dalam melaksanakan tugas seharian.

2. Penyediaan rekod dan dokumentasi membolehkan penyenggara dan juga


pentadbir mengesan sejarah kerosakan dan baik pulih sistem perkomputeran
mereka. Ia juga membolehkan institusi mengenalpasti tempoh jaminan dan
membuat anggaran bagi perkembangan sistem mereka.

3. Antara kebaikan menyediakan rekod dan dokumentasi ialah:

a. Menyimpan butir-butir lengkap mengenai sistem perkomputeran yang


digunakan (kos, jaminan, syarikat pembuat / pembekal).
b. Menyimpan senarai tugas penyenggaraan yang telah atau bakal
dilaksanakan ke atas sistem.
c. Menyimpan data berkenaan individu yang terbabit dengan
penyenggaraan sistem.
d. Memudahkan rujukan berkenaan teknik baik pulih sistem yang pernah
bermasalah, dan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah
kerosakan baru dengan situasi yang hampir sama.
e. Membolehkan institusi membuat anggaran jangka hayat sistem dan
merangka perkembangan bagi sistem mereka untuk masa hadapan.
Muka / Page : 16
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

SOKONGAN KOMPUTER

1. Sesebuah syarikat perlu mempunyai bahagian perbaikan dan servis bagi


meningkatkan kuantiti perkhidmatan.

2. Sokongan komputer terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :-

a. Front line support


b. Second line support
c. Third line support

FRONT LINE SUPPORT


a. Bertanggungjawab untuk melayan pelanggan dan memberi
maklumbalas sebarang masalah yang dihadapi pelanggan serta
merekodkannya.

SECOND LINE SUPPORT


a. Mengambil rekod dari front line support dan memberi bantuan
secara teknikal kepada pelanggan.

THIRD LINE SUPPORT


a. Berperanan untuk membaikpulih memeriksa kerosakan komputer.
Terdapat 4 peringkat bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberi
oleh semua yang terlibat dengan layanan urusan pelanggan.

Peringkat pertama Persediaan

Peringkat kedua Sambutan Panggilan

Peringkat ketiga Panggilan Pelanggan

Peringkat keempat Tindakan Susulan


Muka / Page : 17
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

LAPORAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER


Muka / Page : 18
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

RUJUKAN/REFERENCES :

1. Terangkan jenis-jenis penyelenggaraan.

2. Nyatakan gangguan sekeliling yang biasa berlaku dalam senggaraan cegahan


pasif.

3. Nyatakan 3 peringkat Sokongan komputer beserta huraian

RUJUKAN/REFERENCES :

1. Khaled M. Khan, Yan Zhang, 2005, Managing Corporate Information Systems


Evolution and Maintenance, ISBN 9781591403661
2. Paul D. Tomlingson, 1985, Maintenance Management Information Systems
3. Ralph M. Stair, George Reynolds, George W. Reynolds, 2008, Fundamentals of
Information Systems, ISBN 9781423925811
4. Riccardo Manzini, Alberto Regattieri, Hoang Pham, Emilio Ferrari, 2009,
Maintenance for Industrial Systems, ISBN 9781848825741.
Muka / Page : 19
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013-C04/P(1/1)
Drp/of : 18

You might also like