Kertas Kerja Projek Lepas Upsr

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROJEK KAIN RENTANG DAN MENCANTING BATIK


(AKTIVITI MURID TAHUN 6 LEPAS UPSR)

TARIKH : 1-12 OKTOBER 2018


MASA : WAKTU PERSEKOLAHAN
TEMPAT : KELAS TAHUN 6, SK TTDI 2.
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN SENI

UNTUK PERHATIAN DAN KELULUSAN


GURU BESAR SK TAMAN TUN DR. ISMAIL 2
1. Tajuk Kertas Kerja:
Projek Kain Rentang dan Mencanting Batik untuk Murid Tahun 6 selepas UPSR.

2. PENDAHULUAN
Projek Kain Rentang dan Projek Mencanting Batik ini merupakan aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan untuk murid-murid tahun 6 selepas mereka menjalani
UPSR. Projek ini diadakan bertujuan untuk memenuhi masa lapang murid dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah selain memenuhi sukatan pelajaran murid dalam
mata pelajaran pendidikan seni. Melalui projek ini, murid-murid dapat melibatkan
diri dengan aktif di sekolah serta dapat menggalakkan kehadiran murid-murid
tahun 6 ke sekolah melalui projek-projek seni yang menarik lagi menyeronokkan.
Perlaksanaan projek pendidikan seni ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi
murid untuk terus belajar dan meneruskan persekolahan mereka pada tahun ini.

3. Objektif:
2.1 Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan teknik
kesenian yang betul.
2.2 Memupuk semangat bekerjasama dan mengamalkan semangat kerja
berkumpulan sebagai persediaan melangkah ke alam dewasa.
2.3 Memenuhi sukatan pelajaran pendidikan seni bagi murid-murid tahun 6.
2.4 Menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah melalui aktiviti seni yang
menarik.
2.5 Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni dan sikap positif melalui
penglibatan aktif murid dalam aktiviti yang dianjurkan.

4. Tarikh, Masa dan Tempat :


Tarikh : 1-12 Oktober 2018
Masa : Waktu persekolhan
Tempat : Kelas Tahun 6, SKTTDI 2.
5. Sasaran:
5.1 Semua murid tahun 6 seramai 137 orang.

6. Anggaran Perbelanjaan:
Anggaran Harga Jumlah Harga
Perbelanjaan Kuantiti
(RM) (RM)
Cat Plaka
1. Warna merah 4 RM15.90 RM63.60
2. Warna Biru 4 RM15.90 RM63.60
3. Warna Kuning 4 RM15.90 RM63.60
4. Warna Hitam 4 RM15.90 RM63.60
Kain Cotton
20 meter 1 m = RM 4.50 RM90
(Warna Putih)
Metallic Paint Marker
1. Warna Silver 4 RM8 RM32
2. Warna Gold 4 RM8 RM32
Berus
40 RM1.20 RM48
(Saiz Kecil)

JUMLAH RM456.40

7. Ahli Jawatankuasa :

PENASIHAT : Puan Azlinda Sham binti Abdullah Sani (Guru Besar)

PENGERUSI : En. Kamaruddin bin Mahamad (GPK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI 1 : Encik Mohd Khairani Bin Hassan (GPK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2 : Puan Norzita binti Osman (GPK HEM)

PENYELARAS : Puan Mastura binti Abdul Halim

SETIAUSAHA : Cik Nurul Aisyah binti Mior Isa


8. Penyelaras Projek

Bil. Projek Pendidikan Seni Penyelaras


1. Kain Rentang Puan Suhaida binti Mamat
2. Mencanting Batik Puan Junita binti Khalid
3. Mencipta Model daripada Barangan Puan Mastura binti Abdul Halim
Terbuang

9. Penutup:
Dengan terlaksananya projek seni ini, diharap murid-murid bukan sahaja dapat
memenuhi masa dengan aktiviti yang berfaedah malah dapat mempraktikkan
dan mengukuhkan kemahiran-kemahiran kesenian yang telah dipelajari. Semoga
projek yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan kegembiraan kepada
murid-murid supaya dapat terus hadir ke sekolah sehingga tamat sesi
persekolahan tahun 2018.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ ________________________
(NURUL AISYAH BINTI MIOR ISA) (MASTURA BINTI ABDUL HALIM
Setiausaha, Ketua Panitia.
Panitia Pendidikan Seni, Panitia Pendidikan Seni,
SK Taman Tun Dr. Ismail 2. SK Taman Tun Dr. Ismail 2

Diluluskan oleh:

______________________
(PUAN AZLINDA SHAM BINTI ABDULLAH SANI)
Guru Besar,
SK Taman Tun Dr. Ismail 2

You might also like