Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


PRASEKOLAH MALAYSIA.

1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam

1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM

1992 – KPM memulakan Prasekolah

1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia


dikeluarkan oleh KPM

2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)

2008/9 – KPK disemak semula

RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH


KEBANGSAAN.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk


memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak
terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada
kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PERUBAHAN YANG BERLAKU

Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:

 Pembangunan modal insan


 Penghasilan pelajar celik minda
 Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan
maklumat

Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang


berfikiran kritis, kreatif dan inovatif

PERUBAHAN YANG DILAKUKAN

1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran


masa depan
2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi,
kreativiti dan keusahawanan.

3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan


pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan,
semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama

4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam


pendidikan melalui program prasekolah

5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna


dan menyeronokkan

6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.

7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

KEDUDUKAN PRASEKOLAH DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN


MALAYSIA

PENEKANAN KURIKULUM DAN TAHAP PERSEKOLAHAN DALAM


KURIKULUM TRANSFORMASI.
4M

Membaca

Menulis

Mengira

Menaakul

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD


PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Matlamat

Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan


prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti
yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya
dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran
dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

4 kata kekunci

•Menyuburkan (Enriching)

•Aktif Penglibatan (Engaging)


•Selamat (Safe)

•Seronok (Fun)

OBJEKTIF KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada


murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut

Jasmani:

•Mempunyai tubuh badan yang sihat

•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas

•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik

•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan

•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan


motor kasar

Emosi:

•Mempunyai konsep kendiri yang positif

•Mempunyai keyakinan diri

•Mempunyai jati diri

•Berani mencuba

•Mempunyai kematangan emosi

•Menghormati perasaan dan hak orang lain

Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara


berkumpulan

Intelek:

•Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur)


menggunakan bahasa Malaysia

•Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris


•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang
berkenaan)

•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang


berkenaan)

•Memperolehi kemahiran proses sains asas

•Memperolehi kemahiran matematik asas

•Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul

•Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam


kehidupan seharian murid

•Mempunyai daya kreatif dan estetika

•Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani:

•Mengamalkan nilai murni

•Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid


beragama Islam.

Sosial:

•Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.

•Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan


rakan sebaya.

•Menyuarakan pandangan dan perasaan.

•Bekerjasama dengan orang lain.

TUNJANG-TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD


PRASEKOLAH KEBANGSAAN.
REKABENTUK KURIKULUM

 Kurikulum berasaskan Standard


 Kurikulum berbentuk modular

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD


Justifikasi Penggunaan Standard.

•Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti.

•Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan


yang sama

•Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi


pendidikan yang berkualiti.

•Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk


memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

•Kebertanggungjawaban (Accountability) guru dan pentadbir

o Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang


ditetapkan
o Memastikan semua prasekolah awam dan swasta
mematuhi keperluan dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan.

•Skema dan piawai pengukuran

o Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur


dengan jelas untuk tujuan meningkatkan tahap
pembelajaran murid
o Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for
learning)
o Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
KURIKULUM BERBENTUK MODULAR

•Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang


kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.

DUA JENIS MODUL

•Modul Teras Asas

•Modul Bertema

Modul Teras Asas

•Bahasa Malaysia

•Bahasa Inggeris

•Bahasa Cina/Bahasa Tamil

•Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

•Matematik

•Aktiviti di Luar (Outdoor activity)

Modul Bertema

•Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi


unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif,
kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu
kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.
Justifikasi penggunaan modul

•Bersifat dinamik

o pertambahan dan pengurangan kandungan boleh


dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan kurikulum

• Pelaksanaan p & p yang fleksibel

o Guru ada pilihan menggunakan modul mengikut


kesesuaian

PERUNTUKAN MASA
PRINSIP PEMBELAJARAN

Prinsip Pembelajaran yang dijadikan Fokus

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan


prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori
pembelajaran konstruktivisme di mana:

•Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan


secara spoon feeding.

•Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.

•Perbezaan individu dibenarkan.

•Murid belajar mengikut kadar sendiri.

•Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian


murid.

STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

•Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu


diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan
pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama:


•Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-
kanak.

•Guru prasekolah perlu membuat perancangan jangkamasa panjang


(contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnya
Rancangan Harian) berdasarkan keperluan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan dan keperluan kanak-kanak.

•Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang


dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:

 Kreativiti
 Pemikiran logikal
 Kemahiran Menaakul
 Perkembangan Rohani
 Pembentukan sikap positif dan nilai murni
 Perkembangan fizikal dan kesihatan
 Kreativiti dan estetika

•Guru prasekolah memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran


yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan
pengetahuan murid-murid.

•Guru prasekolah membimbing dan menjadi fasilitator dalam


pembelajaran murid dengan:

 Mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan


menggalak semua murid berfikir secara kritis dan kreatif.
 Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.

•Guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran
terbuka dengan:

 Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid.


 Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses
membuat keputusan.
 Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap pembelajaran
mereka sendiri.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua:


•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian
dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally
appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna
kepada murid.

•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut


kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang
hendak dicapai:

 Pembelajaran Berpusatkan murid


 Inkuiri Penemuan
 Belajar Melalui Bermain
 Pendekatan Bersepadu
 Pendekatan Bertema
 Pembelajaran Berasaskan Projek
 Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa
dan kemahiran)
 Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid,
alam persekitaran murid)
 Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple
intelligences)

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga:

•Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan


menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard
Pentaksiran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat:

•Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang


kondusif dalam bilik prasekolah.

•Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria,


selesa dan mesra dalam kelas.

•Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas


prasekolah.

•Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan


yang sesuai, mencukupi dan updated.

•Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas.


•Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat
pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima:

•Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam


pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting
dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

•Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan


perhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai
cara.

•Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk


jawatankuasa yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid.

•Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara


berkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun.

•Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan
aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong,
lawatan dan program keibubapaan.

•Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah


termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.

•Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumah


untuk murid yang bermasalah jika perlu.

•Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan


pembelaran dari sekolah ke rumah.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam:

•Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid


keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu
mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang
bersesuaian kepada ibubapa.

•Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan


borang pengesanan yang telah disediakan di sekolah.

•Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk


menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.
STANDARD P & P (Overview)

•Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan


pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-
kanak.

•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian


dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally
appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna
kepada murid.

•Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan


menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard
Pentaksiran.

•Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang


kondusif dalam bilik prasekolah.

•Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam


pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting
dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

•Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid


keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu
mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang
bersesuaian kepada ibubapa.

STANDARD PENTAKSIRAN

Standard Pentaksiran Pertama:

•Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran


yang ditetapkan.

•Tujuan pentaksiran adalah untuk:

 Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat


umur.
 Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh
dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara
menyeluruh.
 Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa.
 Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua
aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
 Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

•Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang


tindakan susulan yang berkesan untuk:

 Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain


kognitif, afektif dan psikomotor.
 Membantu pembelajaran murid.
 Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran guru.

Standard Pentaksiran Kedua:

•Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan


sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.

•Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:

 Penerapan nilai
 Pembentukan sikap
 Penguasaan kemahiran
 Status kecergasan
 Status kesihatan
 Kesediaan sosial (social readiness)

•Aktiviti kokurikulum dan ektra-kurikulum tidak harus ditaksirkan


kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini
secara berdikari.

•Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh


diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada
peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak
faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Standard Pentaksiran Ketiga:

•Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

Standard Pentaksiran Keempat:


•Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

•Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan


bukan perbandingan antara murid.

•Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut:

 Pemerhatian berterusan
 Penilaian hasil kerja

•Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-


kanak:

 Ujian atau peperiksaan formal


 Ujian kertas and pensil

•Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.

•Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.

•Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau


kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.

•Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik


berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid
. Contoh rekod adalah seperti berikut:

•Senarai Semak.

•Skala Kadar.

•Rekod Anekdot.

•Rekod Berterusan (Running Record).

•Portfolio

Standard Pentaksiran Kelima:

•Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi


meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk
membantu pengajaran.
•Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid
tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat


kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-


murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.

Standard Pentaksiran Keenam:

•Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi


kanak-kanak perlu dipatuhi.

•Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang


lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu
sahaja.

•Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-


kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat
dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-
kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif
dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.

•Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru


perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau
’B’ dan seterusnya.

Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap


tetapi boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara
fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa
daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid
lelaki sebagai lambat daripada perempuan.

Standard Pentaksiran (overview)

•Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran


yang ditetapkan.

•Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan


sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.

•Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.


•Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi


meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk
membantu pengajaran.

•Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi


kanak-kanak perlu dipatuhi.

STANDARD DOMAIN KREATIVITI

•Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid


semasa proses pengajaran dan pembelajaran mulai dari prasekolah
lagi.

•Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh


diberikan dalam banyak konteks yang berbeza dan boleh
diintegrasikan dalam banyak aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

•Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah perlu


memberi peluang kepada murid agar mereka:

 suka menyoal dan mencari jawapan


 membuat perkaitan dan melihat hubung kait
 menjangka apa yang akan berlaku
 membuat spekulasi tentang kemungkinan
 meneroka idea
 berfikir secara literal
 sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan
dan hasil.

•Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah


dimantapkan melalui dua pendekatan utama, iaitu:

 Penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti


pengajaran dan pembelajaran
 Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan
muzik dan pendidikan seni visual

•Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua


komponen iaitu: pemikiran kreatif dan pemupukan sikap dan
personaliti.
Standard Domain Kreativiti Pertama:

•Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk


meningkatkan kemahiran berfikir kreatif mereka

•Standard ini mencadangkan bahawa:

 Murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untuk


menghasilkan karya/ciptaan yang asli, penyelesaian masalah
dan membuat keputusan.
 Murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan
dibawah dengan bimbingan guru.

Standard Domain Kreativiti Kedua:

•Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar


mereka menghayati dan menghargai nilai estetik dalam kehidupan dan
seterusnya meningkatkan naluri mereka untuk terus menghasilkan
karya kreatif secara berterusan dan beretika.

SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran


Malaysia

You might also like